reka bentuk bengkel yang efisien

Upload: afiq-aisar

Post on 02-Apr-2018

2.381 views

Category:

Documents


90 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    1/16

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    2/16

    Jenis ruang di dalam bengkel

    Ruang bengkel yang diperlukan Ciri-ciri ruang

    Ruang tempat duduk untuk kelas teori Sebaiknya berasingan dari tempat

    kerjaStor alat dan bahan Berdekatan dengan tempat duduk

    guru untuk tujuan kawalan.

    Berdekatan dengan tempat kerja

    Keluasan: 18x 34 ka

    Stor untuk menyimpan projek pelajar Berdekatan dengan tempat kerja

    Ruang kerja:

    1. Ruang tunjuk cara(demonstrasi)

    2. Ruang kerja individu

    3. Ruang kerja kemasan dan

    penyudah

    4. Ruang mesin

    Di hadapan ruang kerja pelajar

    Bergantung kepada jenis bengkel,

    jenis aktiviti dan bilangan pelajar

    Disediakan secara berasingan dari

    ruang kerja

    Penempatan mesin perlu mengikut

    proses kerja

    Contoh:

    a. Mesin potong

    b. Mesin ketam

    c. Mesin gerudi

    Ruang pintu masuk 1 kali ganda dari keluasan pintubiasa

    Tempat simpanan barang pelajar Disediakan di luar bengkel

    Ruang di antara mesin dan tempat kerja Yang mencukupi

    Cabinet pameran Disediakan

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    3/16

    Keperluan jenis ruang bengkel adakalanya berbeza mengikut jenis bengkel. Sebagai

    contoh, bengkel jahitan mungkin tidak memerlukan ruang penyudah seperti bengkel

    kerja kayu tetapi bengkel jahitan memerlukan jenis ruang yang lain seperti ruang

    persalinan. Oleh itu, sebagai seorang perancang ruang bengkel, guru perlu

    mendapatkan khidmat nasihat dan mengadakan perbincangan dengan mereka yang

    berpengalaman di dalam bidang terbababit agar jenis ruang yang disediakan benar-

    benar dapat memenuhi keperluan khusus program latihan. Walaubagaimanapun, jenis

    ruang serta ciri-cirinya seperti yang dinyatakan di atas boleh dijadikan panduan asas

    bagi merancang pembangunan ruang di dalam sesuatu bengkel.

    IDEA

    ANDA

    Lakarkan ruang kerja yang terdapat di dalam bengkel sekolah andaatau di tempat kerja anda.

    Adakah ruang yang anda lakar di atas merangkumi semua ruang

    seperti yang dicadangkan?Ya/ tidak

    Jika ya sila nyatakan ruang-ruangnya.

    Jika tidak nyatakan perbezaan ruang yang terdapat di bengkel anda

    berbanding ruang yang dicadangkan

    Untuk maklumat lanjut mengenai ruang bengkel layari laman web

    berikut:http://www.martinsite.com/workshop . htm

    sila telitikan cara penyusunan peralatan bengkel itu. Anda diminta

    membuat satu lakaran tentang penyusunan mesin dan peralatan

    bengkel yang terdapat dalam laman web ini.

    http://www.martinsite.com/workshophttp://www.martinsite.com/workshophttp://www.martinsite.com/workshophttp://www.martinsite.com/workshop
  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    4/16

    Di dalam proses merancang reka bentuk bengkel, faktor kegunaan bengkel, lokasi dan

    bakal pengguna bengkel perlu diambil kira dengan teliti. Pada kebiasaannya bengkel

    dibina di dalam bentuk empat segi tepat dan mempunyai panjang yang sekurang-

    kurangnya dua kali ganda daripada lebarnya. Sebagai contoh, jika lebarnya 20 kaki

    maka panjangnya hendaklah sekurang-kurangnya 40 kaki atau lebih. Bentuk ini

    merupakan bentuk yang efisien kerana ia memudahkan proses pengurusan bengkel

    dari segi penyusunan perabot, alatan, mesin dan bahan. Selain itu, ia juga lebih

    praktikal dan dikatakan dapat beroperasi dengan lebih berkesan.

    Latihan

    Nyatakan cirri-ciri penting bagi jenis ruang bengkel di bawah:

    Stor alatan dan bahan

    Jawapan:

    Ruang kerja bagi ruang mesin

    Jawapan:

    Ruang pintu masuk

    Jawapan:

    FIKIR

    ??????

    Sebelum kita melihat apakah ciri-ciri bengkel yang

    efisien.Sila bayangkan keadaan bengkel di tempat anda

    bekerja atau di sekolah anda. Adakah bengkel tersebut

    berkesan untuk latihan kemahiran yang dijalankan.

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    5/16

    Bengkel yang efisien juga mempunyai sekurang-kurangnya 2 pintu sebagai laluan

    masuk dan keluar. Selain daripada tujuan keselamatan kepada pengguna bengkel ia

    juga lebih ideal untuk memudahkan proses keluar dan masuk mesin, bahan dan alatan

    bengkel.

    Bengkel yang baik perlu mempunyai ruang yang cukup dan sesuai dengan bilangan

    pelajar dan aktiviti yang akan dijalankan di dalamnya. Maksud kecukupan ruang ini

    adalah berbagai mengikut jenis bengkel. Kecukupan ruang diambil kira dari segi

    keluasan stesen atau meja kerja untuk seorang pelajar dikalikan dengan bilangan

    maksimum pelajar yang akan bekerja pada satu-satu masa termasuklah keluasan untuk

    stor. Pada kebiasaannya keluasan stor yang diperlukan untuk sesebuah bengkel ialah

    18 kaki lebar dan 34 kaki panjang.

    Keluasan ruang di dalam bengkel berdasarkan jenis aktiviti

    Jenis aktiviti Keluasan yang diperlukan

    bagi seorang pelajar

    Anggaran Keluasan

    minimum bagi 20 org

    pelajar

    Kerja ringan- elektrik,

    elektronik

    30 kaki persegi 600 kaki persegi (18 ka x

    34 ka tidak termasuk

    keluasan ruang bilik stor

    Kerja sederhana-

    perpaipan/ peranian

    50 kaki persegi 1000 kaki persegi (22 ka x

    44 ka tidak termasuk

    keluasan ruang bilik stor

    Kerja berat-bengkel

    membaik pulih alatan/

    mesin

    100 kaki persegi 2000 kaki persegi

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    6/16

    Terdapat juga bengkel yang memerlukan ruang tambahan di luar bengkel, sebagai

    contoh bengkel membaiki kereta memerlukan ruang tambahan untuk menyimpan

    kenderaan. Secara keseluruhannya, sebagai panduan jadual menunjukkan cadangan

    keluasan ruang untuk beberapa jenis bengkel.

    Cadangan keluasan ruang untuk beberapa jenis bengkel

    Jenis bengkel Keluasan untuk seorang

    pelajar(ka2)

    Bilangan pelajar

    Bengkel kerja kayu 125 -150 16-22

    Bengkel kecantikan

    (coctomology)

    80-152 16-22

    Bengkel elektrik dan

    elektronik

    30-60 20-26

    Bengkel kimpalan dan

    fabrikasi logam

    130-160 18-22

    Bengkel automotif atau

    mekanik

    180-250 16-22

    Bengkel masakan/

    pramusaji

    50-65 18-22

    Sumber: George Strom, 1976

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    7/16

    Oleh itu, semasa merancang ruang untuk stesen kerja atau mesin terdapat beberapa

    faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu:

    Kenal pasti bilangan individu akan bekerja di sesuatu stesen pada satu masa

    Keluasan ruang yang diperlukan untuk pelajar bekerja dengan selesa dan

    bergerak dengan selamat

    Anggaran saiz dan bahan yang maksimum yang akan digunakan di stesen

    berkenaan.

    Semasa melakukan kerja amali di bengkel, pada kebiasaannya guru dan pelajar akan

    sentiasan bergerak sama ada untuk mendapatkan alatan atau bahan, menggunakan

    mesin dan sebagainya. Corak pergerakan ini akan menghasilkan apa yang dikatakan

    sebagai corak aliran kerja (traffic pattern) yang perlu diambil kira di dalam organisasi

    dan pengurusan bengkel bagi melahirkan reka bentuk bengkel yang efisien. Bagi

    menghasilkan corak aliran kerja yang baik faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan:

    Lorong pergerakan utama yang lebar

    Pelajar boleh bergerak dengan mudah untuk mendapatkan alat dan bahan tanpa

    perlu menggangu kerja rakan yang lain

    Jarak di antara stesen kerja dengan tempat simpanan bahan tidak jauh

    Mempunyai beberapa lorong yang lurus untuk membolehkan pelajar bergerak

    pergi dan balik dari tempat kerja yang merbahaya dengan pantas(untuk tujuan

    keselamatan dan kawalan)

    Jalan keluar dari kawasan kerja yang merbahaya (contohnya mesin pemotong

    kayu) dekat dengan pintu keluar dan tiada halangan diantaranya)

    Bahan yang panjang, contohnya batang paip, batang besi boleh dibawa dari stor

    ke tempat kerja tanpa perlu berpusing pada sudut yang kecil dan

    membahayakan pelajar.

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    8/16

    Perancangan pengaliran pergerakan yang baik dan pendek akan menjadi faktor yang

    penting bagi:

    Menjimatkan tenaga dari segi pergerakan semasa bergerak di dalam bengkel

    Membolehkan kerja dijalankan dengan lebih efisien dengan mengurangkan

    pembaziran masa kerja

    Menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk pelajar

    Memudahkan kawalan guru terhadap masalah disiplin pelajar

    Selain daripada pergerakan, faktor penglihatan juga amat penting. Sebaiknya semasa

    bekerja di dalam bengkel, guru boleh melihat semua kawasan kerja tidak kira di mana

    mereka berada. Keadaan ini membolehkan guru memerhatikan setiap pelajar dan

    membantu pelajar yang memerlukan bantuan atau mengambil tindakan yang

    sewajarnya sekiranya berlaku masalah keselamatan.

    Oleh itu, beberapa garis panduan perlu dipertimbangkan bagi membolehkan

    penglihatan yang baik dalam bengkel iaitu:

    Elakkan bengkel bentuk L atau mempunyai ruang yang berasingan

    Jangan bina pemisah dinding atau panel alat di tempat yang boleh menghalang

    pandangan di dalam bengkel Alatan yang besar atau almari perlu diletak di tepi dinding di mana ia tidak akan

    menggangu pandangan

    Pastikan tiada tiang atau struktur bangunan di dalam bengkel yang boleh

    menggangu pandangan.

    Bukan sahaja faktor penglihatan,faktor pendengaran juga penting bagi membantu

    guru mengawal aktiviti amali di dalam kelas. Sebagai contoh, bunyi yang ganjil

    daripada mesin,mungkin disebabkan oleh ia tidak dapat berfungsi dengan baik atau

    pelajar tidak dapat mengendalikannya dengan betul perlu dapat menarik perhatian

    guru dengan segera. Faktor ini penting bukan sahaja untuk tujuan keselamatan dan

    menegur kesalahan pelajar tetapi juga penting untuk tujuan mencegah kerosakan

    dan memanjangkan jangka hayat sesuatu mesin.

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    9/16

    IDEA

    ANDA

    Apakah ciri-ciri penting untuk sebuah bengkel yang

    efisien dalam bidang yang anda ajar?

    LATIHAN

    1. Berikan rasional anda tentang mengapakah faktor berikut perlu dimiliki oleh sebuah bengk

    yang efisien?

    a. Bentuk segi empat tepat dengan panjang dua kali ganda lebar?

    JAWAPAN:

    b. Mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu

    JAWAPAN:

    c. Mempunyai aliran pergerakan kerja yang baik

    JAWAPAN:

    d. Penglihatan yang baik

    JAWAPAN:

    e. Pendengaran yang baik.

    JAWAPAN:

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    10/16

    RUMUSAN

    Di dalam bab ini anda telah mempelajari jenis ruang di dalam bengkel dan ciri-ciri

    penting yang perlu dipertimbangkan semasa merancang ruang tersebut. Di samping itu,

    anda juga didedahkan tentang kepentingan setiap faktor bagi menghasilkan

    rekeabentuk bengkel yang efisien. Dalam merancang sebuah bengkel yang efisien

    anda juga perlu mengetahui perbezaan konsep kecukupan ruang berdasarkan jenis

    aktiviti kerja di dalam bengkel.

    2. Berikan maksud konsep kecukupan ruang

    JAWAPAN:

    3. Sila lengkapkan ruang kosong di dalam ruang yang disediakan

    Jenis bengkel Keluasan yang

    diperlukan bagi

    seorang pelajar

    Bilangan pelajar Keluasan

    bengkel(tidak

    termasuk

    keluasan

    stor)(ka2)

    Memenuhi

    konsep

    kecukupan

    ruang(ya/tidak)

    Bengkel

    elektronik

    12 600

    Bengkel mesin 25 1300

    Bengkel

    automotif

    15 1000

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    11/16

    PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENGKEL

    Pengenalan

    Pada kebiasaanya bengkel untuk program teknikal dan vokasional dilengkapi dengan

    kemudahan yang mahal. Justeru itu, ia memerlukan pengurusan yang baik agar

    pelaburan masyarakat tidak akan disia-siakan dan pada masa yang sama matlamat

    penubuhan program ini dapat dicapai. Justeru itu, bagi mencapai hasrat ini guru perlu

    mengetahui apakah prinsip-prinsip pengurusan dan pengendalian bengkel yang baik

    dan apakah fasa-fasa yang perlu di lalui di dalam proses mengurus dan mengendalikan

    bengkel.

    Prinsip Pengendalian dan Pengurusan Bengkel

    Pada asasnya tujuan pendidikan teknik dan vokasional adalah untuk membolehkan

    pelajar belajar dan menguasai kemahiran yang diperlukan di dalam pekerjaan yang

    akan diceburi. Oleh itu segala kemudahan yang disediakan di bengkel perlu dapat

    membantu pelajar mendapatkan pengalaman bekerja sebagai persediaan sebelummenceburi dunia pekerjaan yang sebenar. Justeru itu, pengendalian dan pengurusan

    bengkel perlu dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu agar dapat memenuhi

    tujuan tersebut.

    FIKIR

    ???

    Berdasarkan pengalaman yang pernah anda lalui, nyatakan

    apakah sebenarnya tujuan anda melakukan proses

    pengendalian dan pengurusan bengkel.

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    12/16

    a) Menghasilkan sebuah bengkel yang efisien

    Guru dan pelajar seharusnya dapat menjalankan kerja dengan memaksimumkan

    produktiviti dan mengurangkan pembaziran tenaga dan masa. Oleh itu bagi

    memenuhi prinsip ini faktor yang perlu diambil kira ialah susunan alat dan

    kelengkapan yang dapat membantu pelajar menjalani latihan dangan berkesan.

    b) Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk bekerja

    Kesihatan dan keselamatan pelajar perlu terjamin di sepanjang masa mereka

    mengikuti program latihan. Oleh itu, bengkel perlu dilengkapi dengan kemudahan

    pencahayaan yang baik, sistem pengudaraan yang dapat berfungsi dengan baik,

    sistem penyerapan bunyi yang baik dan peralatan yang selamat digunakan.

    c) Memenuhi keperluan psikologi pelajar

    Pengendalian dan pengurusan bengkel perlu dapat menghasilkan persekitaran

    yang mendorong pembentukkan sikap yang baik seperti menjaga kebersihan,

    berdisiplin dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama ia akan dapat melahirkan

    kesihatan mental yang baik di kalangan pelajar seperti rasa selamat, rasa dapat

    bekerja di kalangan pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini akan

    meningkatkan minat untuk belajar di kalangan pelajar.

    d) Memudahkan kawalan guru di sepanjang masa

    Bagi mencapai tujuan ini guru seharusnya memastikan mereka memiliki garis

    penglihatan yang baik di semua bahagian di dalam bengkel. Selain daripada itu,

    mereka juga perlu dapat mendengar bunyi peralatan dan mesin yang sedang

    beroperasi dan seharusnya mempunyai kemudahan laluan yang cepat ke semua

    arah dan bahagian di dalam bengkel.

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    13/16

    e) Mewujudkan keadaan yang selamat kepada semua alatan mesin, mesin

    dan bahan yang penting di dalam bengkel.

    Bengkel yang perlu direka bentuk untuk meminimumkan kemungkinan

    kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kecurian, cuaca. Salah guna,

    tingkah laku yang suka merosakkan harta benda dan elemen-elemen negative

    yang lain.

    f) Mewujudkan keadaan pencahayaan yang baik kepada pengguna bengkel.

    Faktor yang perlu dipertimbangkan di sini adalah dari segi pencahayaan yang

    mencukupi, penggunaan warna, susunan bengkel,ruang dan semua faktor yang

    akan member kesan dari segi penglihatan kepada pengguna bengkel.

    Proses Pengurusan Bengkel Mengikut Fasa

    Terdapat beberapa fasa,proses dan aktiviti yang perlu dilakukan bagi melahirkan

    sebuah bengkel yang berkualiti dan pengajaran yang berkesan. Fasa-fasa tersebut

    adalah:

    FIKIR?

    ???Pada fikiran anda apakah aktiviti yang perlu dilakukan

    oleh guru di dalam proses pengurusan bengkel.?

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    14/16

    Fasa Pertama

    Fasa pertama merangkumi proses perancangan dan pengendalian kemudahan di

    bengkel. Di antara aktiviti yang perlu dilakukan di dalam fasa ini adalah seperti:

    Mereka bentuk Mereka bentuk pelan lantai bengkel

    Perancangan Menyediakan kemudahan asas

    seperti pendawaian, pengudaraan

    dan perpaipan

    Penyusunan ruang untuk peralatan

    utama

    Penyusunan perabot di dalam

    ruang kerja

    Kedudukan stor

    Laluan keselamatan

    Penggunaan warna di dalam

    bengkel

    Mengapakah kemudahan asas seperti pendawaian

    elaktrik.pengudaraan dan pencahayaan perlu diambil kira

    dalam perancangan untuk sebuah bengkel?

    IDEA

    ANDA

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    15/16

    Fasa Kedua

    Fasa yang kedua, merangkumi proses merancang dan melaksanakan proses

    pembangunan di bengkel. Apa yang lebih penting untuk diambil kira di dalam

    merancang pembangunan ruang bengkel ialah merancang untuk jangka masa panjang.Ini adalah kerana perubahan di dalam bidang teknologi akan sentiasa mempengaruhi

    keperluan bengkel pendidikan teknik dan vokasional. Oleh itu ia sentiasa memerlukan

    perancangan mengikut arus perubahan ini. Sebagai contoh bagi jurusan mekanikal,

    pada masa akan datang mesin yang dikendali secara manual akan digantikan dengan

    mesin berkomputer atau robotic. Di dalam keadaan ini, kuasa guru mungkin terhad,

    tetapi guru masih berkuasa sepenuhnya di dalam merancang susun atur perabot,

    alatan pengurusan stor dan bahan.

    Di dalam proses perancangan pembangunan bengkel, di antara aktiviti yang perlu

    dirancang ialah membina rak, merancang panel penyimpanan alatan, mewarna

    kawasan mesin, menanda tanda amaran bahaya pada mesin dan lain-lain lagi.

    Manakala teknik yang perlu digunakan bagi membantu proses merancang

    pembangunan ialah lakaran pelan, lukisan berskala menggunakan kertas graf dan

    membina model.

    Dengan kaedah melakar susunan atau perubahan yang ingin dibuat ia akan dapatmambantu guru untuk menggambarkan keadaan selepas perubahan dilakukan. Selain

    daripada itu, ia juga memudahkan guru mendapatkan pandangan daripada orang lain

    seperti rakan sejawat, ketua bidang atau pengetua. Walaubagaimanapun, teknik ini

    kurang tepat untuk menggambarkan keadaan sebenar bengkel selepas perubahan

    dilaksanakan.

    Selain daripada itu, lakaran pelan guru juga boleh menggunakan kertas graf bagi

    mendapatkan lukisan pelan mengikut skala. Teknik ini mungkin agak sukar kerana guru

    perlu mendapatkan ukuran yang sebenar bagi ruang lantai, perabot, mesin dan alatan

    di mana segala alatan akan diwakili oleh symbol seperti segi tiga, bulat, segi empat

    tepat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, teknik ini dapat meminimumkan sebarang

    kesilapan terhadap perancangan susun atur di bengkel.

  • 7/27/2019 Reka Bentuk Bengkel Yang Efisien

    16/16

    Setelah perancangan pembangunan dibuat guru perlu melaksanakan perancangan

    tersebut. Di antara tindakan yang boleh diambil ialah dengan melibatkan pelajar selain

    daripada rakan sejawat, pembantu makmal dan ahli professional. Penglibatan pelajar

    perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin bagi mengenalpasti masalah di dalam

    bengkel. Mereka juga boleh digunakan untuk membantu membuat penyusunan

    perabot, alatan, rak, sesenan alatan di stor atau mewarna mesin di makmal.

    Rumusan

    Di dalam bab ini. Anda telah mempelajari 2 perkara utama iaitu prinsip-prinsip

    pengurusan dan pengendalian bengkel dan aktiviti pengurusan bengkel mengikut dua

    fasa. Prinsip-prinsip mengurus dan mengendalikan bengkel adalah amat penting untuk

    seorang guru teknikal kerana pengurusan bengkel yang baik akan bergantung kepada

    amalan prinsip-prinsip yang anda telah belajar dalam bab ini.

    Sila nyatakan perbezaan di antara Fasa 1 dengan Fasa 2

    dalam proses pengurusan bengkel. Anda boleh menulis

    jawapan anda dalam bentuk jadual

    Idea

    anda