register your product and get support at · 2012-08-14 · yang diterangkan dalam buku panduan ini....

12
Register your product and get support at www.philips.com/welcome HP8655 HP8656 MS-MY Manual pengguna

Upload: ngonhan

Post on 17-Jul-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Register your product and get support atwww.philips.com/welcome

HP8655HP8656

MS-MY Manual pengguna

c

d

ihgfeba c d j k

C

3

7~10 sec.

3CM

7~10 sec.

7

Bahasa MelayuTahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk memanfaatkan sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.

1 PentingBaca dan teliti manual pengguna ini sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan masa depan.

AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini dekat dengan air. Apabila anda menggunakan perkakas ini dalam bilik mandi, cabut plagnya setelah digunakan kerana kehampirannya dengan air juga adalah risiko, walaupun setelah perkakas dimatikan.AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini berhampiran dengan tab mandi, pancur air, sinki atau bekas lain yang mengandungi air.Jangan masukkan objek logam ke dalam gril udara untuk mengelakkan kejutan elektrik. Jangan halang gril udara.Sebelum anda menyambungkan perkakas ini, pastikan voltan yang dinyatakan pada perkakas selaras dengan voltan kuasa tempatan anda.Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain selain daripada yang diterangkan dalam buku panduan ini.Hanya gunakan untuk mengering dan menggayakan rambut di kepala. Jangan gunakan perkakas pada rambut palsu.Apabila perkakas telah disambungkan kepada kuasa, jangan sekali-kali dibiarkan tanpa diawasi.Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan. Jangan sekali-kali gunakan sebarang perkakas atau bahagian dari mana-mana pengilang atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia dimatikan secara automatik. Cabut plag perkakas dan biarkan sejuk selama beberapa minit.

Sebelum anda menghidupkan perkakas itu semula, periksa gril untuk memastikan ia tidak tersekat oleh gumpalan bulu, rambut dll.Jangan lilit kord sesalur mengelilingi perkakas. Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun dan

atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan jika mereka diberi pengawasan dan arahan berkaitan penggunaan perkakas secara selamat dan memahami bahaya yang mungkin berlaku. Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan perkakas ini. Pembersihan dan penyenggaraan oleh pengguna tidak sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan agar anda memasang peranti arus baki (RCD) dalam litar elektrik yang membekali bilik air tersebut. RCD ini mesti mempunyai arus operasi baki berkadar yang tidak melebihi 30mA. Tanya pemasang anda untuk mendapat nasihat.Tunggu sehingga perkakas sejuk sebelum menyimpannya.

Medan elektromagnet (EMF)Perkakas ini mematuhi semua piawai yang berkaitan dengan medan elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul dan menurut arahan di dalam manual pengguna ini, perkakas ini selamat untuk

Alam sekitarJangan buang perkakas ini dengan sampah rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawa ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan ini, anda membantu memelihara alam sekitar.

2 Gayakan rambut anda

Perhatian: Setiap kali hendaklah dibiarkan perkakas dan alat tambahan menyejuk dahulu sebelum anda memasang atau menanggalkan alat tambahan.Jangan gunakan peralatan pada rambut yang benar-benar basah. Keringkan rambut anda dengan tuala terlebih dahulu. Perkakas ini paling berkesan apabila digunakan pada rambut dikeringkan tuala.Pilih alat tambahan yang sesuai bagi gaya rambut yang anda kehendaki.

Hasil penggayaan Alat tambahan

Cipta rambut lurus semula jadi Berus kayuh ( ) (HP8656 sahaja)

Ciptakan lebih kekembangan pada akar rambut

Pengembang ( )

Cipta selakan ke dalam/luar Berus Termo ( )

Cipta keritinglonggar Berus bulu kejur boleh tarik semula( )

Rambut kering Muncung ( )

Petua

Sebelum bermula,gunakan semburan pelindung haba untuk melindungi rambut anda dengan lebih baik.

Sebelum dan selepas menggayakan rambut anda (Rajah 3).1 Keringkan rambut anda dengan tuala.2 Sambungkan plag kepada soket bekalan kuasa.3 Detapkan alat tambahan yang sesuai pada penggaya dengan

menjajarkan alur pemandu dan putarkan alat tambahan ke kiri.

» Anda akan dengar bunyi “klik”, dan alat tambahan sudah terkunci di tempatnya.

4 Luncurkan suis aliran udara ( dalam Rajah 1) kepada aliran udara dingin dan lembut untuk menetapkan gaya rambut anda, aliran udara kuat dan hangat untuk pengeringan dan penggayaan pantas, atau tetapan ThermoProtect untuk pengeringan dan penggayaan ringan, yang mengelakkan rambut anda daripada panas melampau. » Apabila perkakas dihidupkan, ion-ion akan dikeluarkan secara automatik dan berterusan untuk memberi sinaran tambahan dan mengurangkan keriting halus.

5 Untuk menanggalkan alat tambahan, tekan butang pelepas ( , Rajah 1) kemudian tarik.

Petua

Selepas menggayakan, gunakan penyembur atau mousse rambut untuk menetapkan gaya rambut anda.

Cipta rambut lurus semula jadi (Rajah. 4) (HP8656 sahaja)1 Letakkan berus kayuh ( dalam Rajah 1) pada rambut anda.2 Dengan perlahan berus rambut anda dengan berus kayuh,

sebagaimana biasa.3 Berus rambut ke belakang mengikut yang anda suka.Petua: Anda boleh memberus di bawah rambut anda untuk mendapatkan gaya rambut melantun.4 Setelah selesai, gunakan jari anda untuk membentuk rambut anda.Cipta lebih kekembangan pada akar rambut (Rajah. 5)1 Luncurkan pengembang ( dalam Rajah.1) pada rambut anda, kira-

kira 3cm dari belahan rambut.2 Semasa memegang perkakas secara mendatar, gerakkan pengembang

perlahan-lahan ke tengah kepala anda, yang membolehkan rambut ditolak pada pengembang dan mencipta gumpalan rambut pada pengembang.

3 Pegang perkakas bersama pengembang selama 7-10 saat.

4 Condongkan tangan anda supaya pengembang berada pada sudut tertentu dengan kepala anda.

5 Jauhkan pengembang dari kepala anda, yang akan membebaskan rambut yang ada pada pengembang.

Ulang langkah 2-5.6 Setelah selesai, letakkan jari pada rambut anda dan tolak rambut ke

tengah kepala anda. Laraskan kekembangan pada rambut mengikut kesukaan anda.

Mencipta selakan ke dalam/luar(Rajah 6):1 Sikat rambut anda dan bahagikannya pada beberapa gelung.2 Ambil segelung rambut, dan berus dengan berus termos ( dalam

Rajah 1) ke bawah. Kemudian, di hujung rambut, putarkan berus ke dalam atau keluar.

3 Pegang berus pada kedudukan tersebut selama 7 hingga 10 saat, kemudian alihkan daripada rambut anda.

Ulang langkah 2 dan 3 ke seluruh rambut anda.4 Setelah selesai, gunakan jari anda untuk membentuk hujung rambut.

Laraskan selakan mengikut kesukaan anda.Cipta keriting longgar (Rajah 7):1 Putar tombol penyentut bulu kejur ( in Rajah1) pada berus bulu

kejur boleh tarik semula ( dalam Rajah 1) untuk mengeluarkan bulu kejur.

2 Gelungkan satu bahagian rambut melingkari berus dengan bulu kejur dikeluarkan.

3 Kekalkan berus pada kedudukan ini selama 7 hingga 10 saat.4 Putarkan tombol ( dalam Rajah 1) untuk menarik masuk bulu kejur

dan jauhkan berus dari rambut anda.Ulang langkah 2-4 pada seluruh rambut anda.5 Setelah selesai, lilitkan rambut yang telah dikeritingkan pada jari untuk

mengetatkan keriting anda.6 Laraskan keriting mengikut kesukaan anda untuk mendapatkan hasil

yang anda kehendaki.Selepas digunakan:1 Matikan perkakas dan cabut plagnya.2 Letakkannya di atas permukaan yang tahan panas sehingga ia

menyejuk.

3 Buang rambut dan habuk daripada perkakas dan alat tambahan.4 Bersihkan perkakas dan alat tambahan dengan kain lembap.5 Simpan perkakas di tempat yang selamat dan kering, yang bebas

daripada habuk. Simpan unit utama dan alat tambahan di dalam pau ( dalam Rajah.1).

6 Anda juga boleh menggantungnya dengan gelung gantung ( dalam Rajah 1).

Catatan

Pau ini adalah untuk menyimpan perkakas dan alat tambahan.

Bahaya

Elakkan penyalahgunaan pau. Jauhkan pau ini dari bayi dan kanak-kanak untuk mengelakkan bahaya kelemasan.

3 Jaminan dan perkhidmatanSekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda akan mendapatkan nombor telefonnya di dalam buku jaminan serata dunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, pergi ke penjual Philips tempatan anda.

All registered and unregistered trademarks are property of their respective owners.© 2012 Koninklijke Philips Electronics N.V.All rights reserved.

HP8655_6_ROW_MS-MY_CCR 3140 035 30381