reflesi

3
7.0 REFLEKSI Secara keseluruhannya, saya telah berjaya mempelajari dan mempertingkatkan nilai etika dan professional dengan menyertai dalam Program Pesta Tanglung UKM ke-35. Melalui program ini, saya dapat memahami proses perancangan untuk suatu projek adalah memerlukan masa yang panjang dan perancangan adalah sangat penting kerana ia merupakan asas penyediaan untuk sesuatu projek. Dalam pelaksanaan projek, kerjasama antara ahli kumpulan adalah elemen yang penting untuk menjayakan program tersebut. Maka, untuk mewujudkan kerjasama yang berkesan dalam situasi yang harmoni dan aman, nilai-nilai etika dan professional seperti kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti dan amanah adalah sangat penting. Dalam program ini, saya telah mengambil jawatan sebagai ahli jawatankuasa Alatan dan Hiasan Pentas. Tugas utama saya ialah untuk mencipta alatan, menyediakan hiasan, dan menghiaskan pentas dengan kretiviti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program ini seperti malam sambutan tanglung, majlis pelancaran Pesta Tanglung UKM ke-35, Karnival Pesta Tanglung, Karnival Lantera Hias serta Malam Persembahan Pentas. Melalui penyertaan dalam aktiviti- aktiviti tersebut, saya telah mengamalkan nilai etika yang baik seperti bercakap dengan sopan antara satu sama lain dan menghormati ahli-ahli lain supaya mewujudkan keadaan yang harmoni dan aman. Selain itu, saya juga berpeluang bekerjasama dengan kawan-kawan untuk menjalankan sesuatu tugasan yang telah diagihkan oleh exco-exco. Saya telah menjalankan tugas tersebut secara berintegriti dan amanah. Setelah menerima arahan daripada exco-exco, saya telah menyoalkan exco-exco tentang tugasan tersebut dengan lebih lanjut sehingga saya

Upload: weiki1130

Post on 16-Aug-2015

42 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reflesi

7.0 REFLEKSI

Secara keseluruhannya, saya telah berjaya mempelajari dan mempertingkatkan nilai etika dan professional dengan menyertai dalam Program Pesta Tanglung UKM ke-35. Melalui program ini, saya dapat memahami proses perancangan untuk suatu projek adalah memerlukan masa yang panjang dan perancangan adalah sangat penting kerana ia merupakan asas penyediaan untuk sesuatu projek. Dalam pelaksanaan projek, kerjasama antara ahli kumpulan adalah elemen yang penting untuk menjayakan program tersebut. Maka, untuk mewujudkan kerjasama yang berkesan dalam situasi yang harmoni dan aman, nilai-nilai etika dan professional seperti kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti dan amanah adalah sangat penting.

Dalam program ini, saya telah mengambil jawatan sebagai ahli jawatankuasa Alatan dan Hiasan Pentas. Tugas utama saya ialah untuk mencipta alatan, menyediakan hiasan, dan menghiaskan pentas dengan kretiviti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program ini seperti malam sambutan tanglung, majlis pelancaran Pesta Tanglung UKM ke-35, Karnival Pesta Tanglung, Karnival Lantera Hias serta Malam Persembahan Pentas. Melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut, saya telah mengamalkan nilai etika yang baik seperti bercakap dengan sopan antara satu sama lain dan menghormati ahli-ahli lain supaya mewujudkan keadaan yang harmoni dan aman.

Selain itu, saya juga berpeluang bekerjasama dengan kawan-kawan untuk menjalankan sesuatu tugasan yang telah diagihkan oleh exco-exco. Saya telah menjalankan tugas tersebut secara berintegriti dan amanah. Setelah menerima arahan daripada exco-exco, saya telah menyoalkan exco-exco tentang tugasan tersebut dengan lebih lanjut sehingga saya memahami tentang peranan saya supaya tidak melakukan kesilapan serta memastikan tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dalam masa yang tertentu. Sebagai contoh, saya telah memastikan kehendak exco untuk memasang papan dan mengecat papan dengan warna yang telah ditetapkan supaya tidak mengecat dengan warna cat yang lain.

Semasa menjalankan tugasan, saya juga menunjukkan sifat professional dengan menggunakan kreativiti saya untuk menghasilkan alatan yang diperlukan dalam Malam Persembahan Pentas. Sebagai contoh, dengan mengambil kira kesan alam sekitar yang mungkin diwujudkan, saya telah berbincang dengan ahli-ahli supaya menghasilkan barang hiasan yang lebih menjaga alam sekitar. Contohnya, kita telah menggunakan bahan-bahan sekitar seperti kertas untuk menghasilkan majalah, kamera wartawan dan sebagainya. Selain itu, sisa-sisa polistirena yang lebih telah digunakan semula untuk menjadikan hiasan yang menarik pada papan kenyataan.

Dalam proses pelaksanaan tugasan, saya dapat berkerjasama dengan kawan-kawan dalam keadaan yang harmoni kerana saya mengamalkan nilai etika yang baik

Page 2: Reflesi

seperti menghormati pandangan kawan-kawan dan berbincang dengan berintegriti untuk mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah dan cabaran yang dihadapi. Sebagai contoh, apabila cat yang diperlukan telah habis digunakan, saya telah memaklumkan exco-exco dengan segera dan berbincang dengan bersopan bagi menangani masalah tersebut.

Kesimpulannya, saya menyedari nilai-nilai etika dan professional ini adalah sangat penting dalam melengkapkan pelajar menjadi individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat. Oleh itu, saya sangat gembira dan berasa bertuah kerana saya berpeluang menyertai dalam Pesta Tanglung UKM ke-35 ini sehingga saya telah berjaya mempelajari nilai kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, dan amanah yang amat diperlukan untuk menjadikan seorang individu yang berkeperibadian murni dan professional dalam era perkerjaan pada masa akan datang.