reflesi lmck 1421

3
7.0 REFLEKSI Melalui program ini, saya dapat memahami proses perancangan untuk suatu projek adalah memerlukan masa yang panjang dan perancangan adalah sangat penting kerana ia merupakan asas penyediaan untuk sesuatu projek. Dalam pelaksanaan projek, kerjasama antara ahli kumpulan adalah elemen yang penting untuk menjayakan program tersebut. Dalam sesuatu projek, pihak-pihak exco sudah tentunya akan menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, maka kemahiran berfikir secara kritis amat diperlukan daripada ahli-ahli supaya dapat menjanakan idea-idea untuk menyelesaikan masalah bagi melancarkan program tersebut. Dalam program ini, saya telah mengambil jawatan sebagai ahli jawatankuasa Alatan dan Hiasan Pentas. Tugas utama saya ialah untuk mencipta alatan, menyediakan hiasan, dan menghiaskan pentas dengan kretiviti. Sepanjang program ini, kita telah menghadapi pelbagai masalah terutamanya dalam bahagian alatan dan hiasan pentas seperti kekurangan ahli, kekurangan bahan, kerosakan bahan dan sebagainya. Sebagai contoh, bahagian kami menghadapi masalah kekurangan ahli yang sudi untuk membantu dalam penyediaan Karnival Lantera Hias yang dianjurkan di SJK(C) Sin Min, Semenyih, maka saya dan kawan-kawan telah memberi kerjasama dan sudi untuk membantu dalam aktiviti penyediaan ini. Kami juga telah menghulurkan bantuan kepada bahagian lain supaya dapat berkerjasama untuk melancarkan aktiviti penyediaan ini. Selain itu, saya juga telah menjalankan tugasan yang diagihkan oleh exco-exco secara berintegriti dan amanah dengan mengenal pasti tindakan yang tepat bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Setelah menerima arahan daripada exco-exco, saya telah menyoalkan exco-exco tentang tugasan

Upload: weiki1130

Post on 16-Aug-2015

40 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reflesi lmck 1421

7.0 REFLEKSI

Melalui program ini, saya dapat memahami proses perancangan untuk suatu projek adalah memerlukan masa yang panjang dan perancangan adalah sangat penting kerana ia merupakan asas penyediaan untuk sesuatu projek. Dalam pelaksanaan projek, kerjasama antara ahli kumpulan adalah elemen yang penting untuk menjayakan program tersebut. Dalam sesuatu projek, pihak-pihak exco sudah tentunya akan menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, maka kemahiran berfikir secara kritis amat diperlukan daripada ahli-ahli supaya dapat menjanakan idea-idea untuk menyelesaikan masalah bagi melancarkan program tersebut.

Dalam program ini, saya telah mengambil jawatan sebagai ahli jawatankuasa Alatan dan Hiasan Pentas. Tugas utama saya ialah untuk mencipta alatan, menyediakan hiasan, dan menghiaskan pentas dengan kretiviti. Sepanjang program ini, kita telah menghadapi pelbagai masalah terutamanya dalam bahagian alatan dan hiasan pentas seperti kekurangan ahli, kekurangan bahan, kerosakan bahan dan sebagainya.

Sebagai contoh, bahagian kami menghadapi masalah kekurangan ahli yang sudi untuk membantu dalam penyediaan Karnival Lantera Hias yang dianjurkan di SJK(C) Sin Min, Semenyih, maka saya dan kawan-kawan telah memberi kerjasama dan sudi untuk membantu dalam aktiviti penyediaan ini. Kami juga telah menghulurkan bantuan kepada bahagian lain supaya dapat berkerjasama untuk melancarkan aktiviti penyediaan ini.

Selain itu, saya juga telah menjalankan tugasan yang diagihkan oleh exco-exco secara berintegriti dan amanah dengan mengenal pasti tindakan yang tepat bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Setelah menerima arahan daripada exco-exco, saya telah menyoalkan exco-exco tentang tugasan tersebut dengan lebih lanjut sehingga saya memahami tentang peranan saya supaya tidak melakukan kesilapan serta memastikan tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dalam masa yang tertentu. Sebagai contoh, saya telah memastikan kehendak exco untuk memasang papan dan mengecat papan dengan warna yang telah ditetapkan supaya tidak mengecat dengan warna cat yang lain.

Semasa penciptaan alatan yang sesuai diperlukan dalam Malam Persembahan Pentas, pihak-pihak exco telah memberi tugasan yang hendak ahli-ahli untuk menghasilkan alatan dan hiasan yang lebih menjaga alam sekitar kerana mereka telah mengambil kira kesan alam sekitar yang mungkin diwujudkan. Maka, untuk memenuhi kehendak pihak exco-exco, saya telah berbincang dengan ahli-ahli dan akhirnya dapat menjanakan idea dalam penghasilkan barang hiasan yang lebih menjaga alam sekitar. Contohnya, kita telah menggunakan bahan-bahan sekitar seperti kertas untuk menghasilkan majalah, kamera wartawan dan sebagainya. Selain itu, sisa-sisa polistirena

Page 2: Reflesi lmck 1421

yang lebih telah digunakan semula untuk menjadikan hiasan yang menarik pada papan kenyataan.

Dalam proses pelaksanaan tugasan, saya menghadapi masalah seperti kekurangan cat yang diperlukan. Maka saya telahpun memaklumkan masalah ini kepada exco-exco dengan segera supaya dapat menyelesaikan masalah dengan kadar yang cepat. Selain itu, saya juga menghadapi masalah seperti kerosakan bahan apabila memasang roda pada papan yang dijadikan latar belakang drama pada Malam Persembahan Pentas. Roda yang dipasang itu telah tidak dapat berfungsi dengan lancar. Dengan pemikiran yang kritis, saya telah mengambil tindakan untuk memaklumkan kepada exco-exco kerana saya mempertimbangkan akibat kerosakan roda ini akan menjejaskan proses persembahan pada malam tersebut. Oleh kerana kesuntukan masa yang menyebabkan kita tidak dapat menukarkan roda dengan roda yang baru, maka kita telah menyelesaikan masalah ini dengan mengubahsuaikan roda tersebut bagi mempertingkatkan fungsinya dan kita berjaya menjadikan roda dapat berfungsi dengan baik berbanding dengan sebelumnya. Dengan ini, proses pertukaran scene pada Malam Persembahan Pentas dapat dijalankan dengan agak lancar.

Kesimpulannya, saya menyedari bahawa kemahiran berfikir secara kritis adalah sangat penting dalam melengkapkan pelajar menjadi individu yang dapat mempraktikkan pemikiran tersebut untuk cuba menyelesaikan masalah yang relevan dan mengenal pasti tindakan yang tepat bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu, saya sangat gembira dan berasa bertuah kerana saya berpeluang menyertai dalam Pesta Tanglung UKM ke-35 ini sehingga saya telah berjaya memupuk kemahiran berfikir secara kritis yang amat diperlukan untuk menjadikan seorang individu yang mampu mencari jalan ke arah menyelesaikan masalah dan menyedari implikasi hasil daripada tindakan yang diambil.