refleksi.docx

Upload: ismanabilah

Post on 29-Feb-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksiBIGfasa1

TRANSCRIPT

PENILAIAN KENDIRIAlhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menjalani aktiviti BIG Fasa I Siri II yang telah dijalankan pada 19 Mac 2012 sehingga 22 Mac 2012. Program ini telah dijalankan di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu. Sepanjang program ini, banyak pengalaman baru yang saya dapati. Antaranya ialah dapat belajar berenang dan berkayak. Walaupun tidaklah sehebat guru pelatih yang lain, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat mengapungkan diri di permukaan air dan berkayak mengelilingi Pulau Poh.Selain itu juga, saya dapat berkenal-kenalan dengan guru pelatih dari kumpulan lain. Melalui kenalan tersebut, saya dapat melihat pelbagai karakter dan perwatakan peribadi seseorang. Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, tetapi saya dapat bergaul dengan kaum-kaum lain seperti Cina, India, Dusun, dan Iban. Di sana, sikap bertolak ansur dan bekerjasama diterapkan melalui aktiviti yang dilakukanAktiviti yang disediakan juga menarik. Saya dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Antaranya ialah tentang Tasik Kenyir itu sendiri yang mempunyai sejarahnya di mana sebanyak tujuh buah kampung ditenggelamkan dan beberapa buah bukit.Akhir kata, saya berharap program BIG seperti ini dapat dijalankan lagi bagi memberi pengalaman baru yang berguna dan meningkatkan keyakinan diri terutamannya ketika bertugas sebaai pendidik kelak. Sesungguhnya, program BIG ini banyak mengajar dan memberikan pengalaman yang berguna buat saya yang pastinya untuk diaplikasikan pada masa akan datang.