refleksi merentas desa

3
REFLEKSI Mohd Khairul bin Atoh (PISMP Bahasa Melayu) Syukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya dapat saya menyelesaikan tugasan saya iaitu Kejohanan Merentas Desa peringkat IPG Kampus Keningau. Kami diminta untuk menganjurkan kejohanan untuk kali ini untuk memenuhi kehendak profoma olahraga dalam aspek pengurusan dan pengelolaan. Terdapat tiga opsyen kami telah digabungkan kepada satu unit pengurusan yang akan melaksanakan dan menjayakan Kejohanan Merentas Desa pada kali ini. Kami terdiri daripada kelas PISMP TESL, PISMP Bahasa Melayu dan PISMP Prasekolah. Ketiga-tiga kelas ini telah digabungkan kemudiannya membentuk satu ahli jawatankuasa pelaksana yang akan mengelola Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2015. Setelah tugas diserahkan kepada kami, kami telah mengadakan mesyuarat bagi melantik jawatankuasa bagi mengetuai setiap unit-unit dan bahagian tugas agar mudah dan melancarkan perjalanan program ini. Saya telah dipilih untuk menjadi pengerusi dan Fareha dari kelas PISMP TESL telah dipih untuk menjadi Timbalan Pengerusi dengan cara undian. Seterusnya barulah saya mengambil alih untuk pemilihan calon seterusnya. Saya hanya akan memilih ketua bagi setiap ahli jawatan kuasa kemudian meminta ketua-ketua untuk mencari anak buah mereka masing-masing supaya memudahkan kerja dan boleh bekerja dengan ahli yang mereka selesa dan berpengalaman dalam bidang tersebut.

Upload: mohd-amdih-saidi

Post on 29-Sep-2015

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Refleks iRefleksI MERENTAS DESA RefleksI MERENTAS DESA

TRANSCRIPT

REFLEKSIMohd Khairul bin Atoh (PISMP Bahasa Melayu)Syukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya dapat saya menyelesaikan tugasan saya iaitu Kejohanan Merentas Desa peringkat IPG Kampus Keningau. Kami diminta untuk menganjurkan kejohanan untuk kali ini untuk memenuhi kehendak profoma olahraga dalam aspek pengurusan dan pengelolaan.Terdapat tiga opsyen kami telah digabungkan kepada satu unit pengurusan yang akan melaksanakan dan menjayakan Kejohanan Merentas Desa pada kali ini. Kami terdiri daripada kelas PISMP TESL, PISMP Bahasa Melayu dan PISMP Prasekolah. Ketiga-tiga kelas ini telah digabungkan kemudiannya membentuk satu ahli jawatankuasa pelaksana yang akan mengelola Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2015. Setelah tugas diserahkan kepada kami, kami telah mengadakan mesyuarat bagi melantik jawatankuasa bagi mengetuai setiap unit-unit dan bahagian tugas agar mudah dan melancarkan perjalanan program ini. Saya telah dipilih untuk menjadi pengerusi dan Fareha dari kelas PISMP TESL telah dipih untuk menjadi Timbalan Pengerusi dengan cara undian. Seterusnya barulah saya mengambil alih untuk pemilihan calon seterusnya. Saya hanya akan memilih ketua bagi setiap ahli jawatan kuasa kemudian meminta ketua-ketua untuk mencari anak buah mereka masing-masing supaya memudahkan kerja dan boleh bekerja dengan ahli yang mereka selesa dan berpengalaman dalam bidang tersebut.Terdapat beberapa kelebihan yang saya dapat di lihat atau pun kekuatan pengelolaan pada kali ini. Terdapat beberapa aspek yang boleh kita kelaskan dalam pengurusan kejohanan-kejohanan seperti ini. Antaranya ialah bahagian PA Sistem atau pun AJK Siaraya yang telah menguruskan bahagian mereka dengan cemerlang. Pengunaan sound sistem yang mantap juga boleh dikira sebagai satu kekuatan dalam satu pengurusan kejohanan merentas desa ini. Bunyi yang jelas dan kuat serta sedap di dengar. Pemain muzik pun baik dan tidak tersangkut-sangkut dan berjalan dengan lancar. Selain itu, setiausaha juga banyak memainkan peranan dan ajk yang menyediakan surat makluman untuk bahgian keselamatan juga berjaya. Semasa kejohanan berlangsung terdapat beberapa motor peronda polis yang berkeliaran untuk memastikan tiada sebarang masalah keselamatan dan kesesakan. Selain itu, terdapat juga kekuatan dalam bahgian pencatat masa, penjaga check point dan tahniah kepada ajk makanan yang akhirnya berjaya juga untuk mendapatkan peruntukan air mineral dan makanan untuk pelajar. Terdapat juga ajk rondaan dan ahli BSMM dari kalaangan PISMP Semester lima iaitu batch kami untuk membantu yang tidak terlibat dalam larian. Yang paling penting adalah semua ahli kerana sepanjang Kejohanan Merentas Desa ini dijalankan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecatatan. Semua ahli memainkan peranan dan bekerjasama untuk melaksanakan tugasan itulah yang luar biasa dan kelebihan ataupun kekuatan bagi perlaksanaan pada kali ini.Walaubagaimanapun masih juga terdapat beberapa kekurangan yang dapat saya lihat semasa perlaksanaan. Pertama sekali ialah penyediaan AJK Peralatan, terdapat beberapa persfahaman antara AJK dengan pihak terbabit yang akhirnya tidak dapat menyediakan khemah untuk pelatih berteduh semasa ucapan perasmi namun saya telah mengambil tindakan untuk meminjam daripada Jabatan Pendidikan Jasmani beberapa payung yang boleh digunakan untuk memberikan tempat berteduh iaitu payung besar sebagai tanda untuk memberikan identity kepada setiap rumah sukan kerana ditandai dengan payung besar tersebut untuk memudahkan dan melicinkan perjalanan program dan mengelak daripada berlaku masalah lain seperti pengsan kerana terlalu panas.Seterusnya, terdapat lagi kekurangan lain dalam bahagian keselamatan kerana kami tidak mempunyai walkie talkie untuk berhubung dalam kadar segera dan jelas. Maklumat juga cepat untuk disampaikan. Walaubagaimanapun kami masih boleh berhubung melalui telefon iaitu menggunakan group wasap yang telah kami tubuhkan.Justeru, kami telah berjaya untuk melaksanakan dan mengelola aktiviti ini iaituKejohanan Merentas Desa. Terima kasih saya ucapakan kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam menjayakan tugasan ini dan memberikan kerjasama yang padu kepada saya.Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan