refleksi merentas desa

4
PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI 2013 REFLE KSI REFLEKSI INDIVIDU Refleksi Program Larian Merentas Desa Anjuran PISMP Ambilan Januari 2013 Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi, pada 07 Mac 2015 iaitu bersamaan dengan hari sabtu, bertempat di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGKTAR) ini, satu acara merentas desa telah dijalankan dengan jayanya. Acara ini merupakan acara tahunan yang dijalankan setiap tahun dan semua guru pelatih wajib mengikutinya. Acara merentas desa pada kali ini dikelolakan oleh guru pelatih Ambilan Jun 2013 iaitu kumpulan saya sendiri. Seperti tahun-tahun yang lalu, pertandingan ini telah dijalankan meliputi kawasan IPGKTAR dan Desa Ilmu, Kota Samaraham. Tarikh yang dipilih amatlah sesuai kerana pada hari itu merupakan masa yang terluang bagi penganjur, peserta-peserta dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam pertandingan ini. Lantaran tarikh untuk pertandingan ini telah ditunda sebanyak 2 kali kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaupun terpaksa mengorbankan hari dan masa, kami tetap memberi sokongan untuk meneruskan demi menjayakan pertandingan ini. Tambahan pula, kami mempunyai masa yang agak singkat kerana perlu menjalani pratikum pada semester ini. Saya begitu terharu dan gembira sekali apabila melihat semangat dan NAMA : Nur Nadiah Binti Mohd Yassin NO. KAD PENGENALAN : 920126-12-5506 KUMPULAN / OPSYEN : Pendidikan Islam 2113 1

Upload: nadiahmy

Post on 11-Sep-2015

504 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

REFLEKSI MERENTAS DESA SEM6

TRANSCRIPT

PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI 2013REFLEKSI

REFLEKSI INDIVIDUNAMA : Nur Nadiah Binti Mohd YassinNO. KAD PENGENALAN: 920126-12-5506KUMPULAN / OPSYEN: Pendidikan Islam 2113

Refleksi Program Larian Merentas Desa Anjuran PISMP Ambilan Januari 2013

Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi, pada 07 Mac 2015 iaitu bersamaan dengan hari sabtu, bertempat di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGKTAR) ini, satu acara merentas desa telah dijalankan dengan jayanya. Acara ini merupakan acara tahunan yang dijalankan setiap tahun dan semua guru pelatih wajib mengikutinya. Acara merentas desa pada kali ini dikelolakan oleh guru pelatih Ambilan Jun 2013 iaitu kumpulan saya sendiri. Seperti tahun-tahun yang lalu, pertandingan ini telah dijalankan meliputi kawasan IPGKTAR dan Desa Ilmu, Kota Samaraham.

Tarikh yang dipilih amatlah sesuai kerana pada hari itu merupakan masa yang terluang bagi penganjur, peserta-peserta dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam pertandingan ini. Lantaran tarikh untuk pertandingan ini telah ditunda sebanyak 2 kali kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaupun terpaksa mengorbankan hari dan masa, kami tetap memberi sokongan untuk meneruskan demi menjayakan pertandingan ini. Tambahan pula, kami mempunyai masa yang agak singkat kerana perlu menjalani pratikum pada semester ini. Saya begitu terharu dan gembira sekali apabila melihat semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan saya yang memberikan kerjasama yang baik.

Bagi saya acara ini banyak memberi pengalaman, pengajaran dan panduan di dalam apa jua aspek. Sepanjang berlangsungnya acara ini, secara tidak langsung saya dapat melihat dan merasakan sendiri hubungan yang terjalin erat di antara rakan-rakan penganjur. Dengan adanya hubungan yang erat ini, kami saling membantu dan ini mampu memberikan impak yang baik kepada kami semua terhadap acara ini. Saya amat gembira sekali melihat komitmen yang begitu tinggi antara kami semua. Walaupun ini merupakan kali pertama kami mengelolakan acara ini.

Semasa acara ini berlangsung, saya diberi tanggungjawab untuk bertugas sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Ini kerana saya merupakan ahli BSMM. Oleh itu, kami telah diagihkan tugas masing-masing semasa acara berlangsung. Lantaran itu, dalam pertandingan ini terdapat juga kelebihan dan kekurangannya. Antara kelebihannya ialah kerjasama yang baik antara ahli kumpulan kami. Saya dapat lihat setiap ahli memberi komitmen yang sangat baik sama ada sebelum dan semasa acara berlangsung. Ini kerana ketua kami sentiasa memberi arahan dari masa ke semasa dengan cepat. Lantaran itu, semasa mengelolakan pertandingan merentas desa ini saya belajar daya kepimpinan seseorang ketua.

Seterusnya, kelebihan yang turut saya dapati pada acara kali ini ialah ahli kami diberikan tugas untuk menjaga beberapa stesen dan laluan semasa acara ini berlangsung. Tambahan lagi, kami bukan hanya menjaga stesen tetapi beberapa laluan yang lain. Ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam penambahbaikan daripada tahun-tahun yang lepas yang hanya bertugas mengikut stesen checkpoint. Saya juga dapat melihat ahli-ahli kami menjalankan tugas sepenuhnya semasa menjaga stesen dan laluan.

Kelebihan seterusnya adalah saya dapat melihat laluan yang dipilih dalam pertandingan merentas desa ini amat selamat sekali kerana laluan tersebut kurang kenderaan disebabkan di laluan perumahan. Dengan itu, risiko kemalangan dalam pertandingan ini dapat dikurangkan. Seterusnya ajk laluan juga telah meletakkan beberapa petunjuk arah di setiap checkpoint bagi setiap laluan lelaki dan perempuan supaya mereka berlari di laluan yang betul semasa pertandingan.

Namun, antara kelemahan dalam pertandingan ini, saya melihat kebanyakan peserta-peserta khususnya peserta perempuan tidak mahu menghabiskan larian mereka semasa pertandingan ini. Dan kebanyakkan mereka hanya sekadar berjalan dan bukannya berlari. Semasa pertandingan juga, saya melihat pihak ambulans tidak dimaklumkan tentang lokasi pertandingan menyebabkan mereka datang lewat ke lokasi pertandingan. Semasa pertandingan ini juga, saya melihat peserta-peserta digalakkan membawa air sendiri kerana air yang disediakan oleh pengajur tidak mencukupi kerana kekurangan bajet daripada pihak atasan. Namun ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan acara merentas desa pada kali ini. Oleh itu, kejayaan ini tidak akan dapat dikecapai jika tidak ada sokongan daripada rakan-rakan terutamanya pengurus program ini iaitu Jackwarior Jackol. Dia banyak memberikan kerjasama dan kata-kata semangat kepada kami semua. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang lain yang bertungkus lumus di dalam apa jua aktiviti yang dilakukan sepanjang acara ini.

Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pensyarah yang terlibat di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Mereka banyak membantu kami terutamanya di dalam apa jua perkara atau masalah yang dihadapi semasa pertandingan ini dijalankan. Mereka memberitahu yang mana sesuai dan tidak sesuai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan senior yang banyak memberi panduan dan nasihat kepada kami dalam membuat kertas kerja.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan lain jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang bersama dalam bertugas sepanjang acara ini berlangsung. Saya berharap acara ini dapat diadakan secara berterusan sepanjang tahun kerana acara seperti ini banyak membawa faedah kepada guru pelatih. Ia juga dapat membuka mata dan minda para guru pelatih tentang pengelolaan acara merentas desa di sekolah nanti.

Disediakan Oleh,

_________________________________

( NUR NADIAH BINTI MOHD YASSIN )

1