reflection on sustainable.doc

3
HAZWANI BINTI KHALIMI S-PM0054/14 860907-49-6498 May 11, 2015 REFLEKSI KELESTARIAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN Kelestarian membawa maksud keadaan yang kekal, tidak berubah dan masih seperti sediakala. Ini termasuklah keadaan hutan, alam sekitar dan sebagainya. Manakala maksud kelestarian di dalam Kamus Dewan edisi keempat, kelestarian ialah suatu keadaan di mana keadaan itu tetap terpelihara seperti asalnya. Kelestarian dalam pengertian yang lebih mudah ialah pengekalan atau keaslian. Dalam erti kata lain, kelestarian berkait rapat dengan keperluan untuk hidup dan kesejahteraan hidup yang saling bergantung terhadap alam semula jadi sama ada ianya secara langsung mahupun tidak langsung. Kelestarian bermakna perlindungan, pembaikan semula dan pemuliharaan alam sekitar (Marinova, 2008). Ilmu pendidikan dan pengetahuan mengenai kelestarian perlu diterapkan dalam minda pelajar bermula dari alam persekolahan lagi. Terutamanya murid-murid di sekolah rendah dan menengah. Negara yang sudah lama menerapkan budaya mengingati kelestarian dalam diri ialah negara Jepun. Negara ini seharusnya menjadi contoh kepada negara-negara Asia yang lain kerana mereka dari kecil lagi mempunyai disiplin dan sivik yang tinggi. Antara cara kelestarian itu dilakukan ialah apabila tidak menggunakan lampu, mereka segera menutup suis lampu itu. Selain itu juga, sekiranya mereka tidak menggunakan air, mereka segera menutup 2

Upload: malim-perman-bin-ramli

Post on 24-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

HAZWANI BINTI KHALIMI S-PM0054/14 860907-49-6498

HAZWANI BINTI KHALIMI S-PM0054/14 860907-49-6498

May 11, 2015

REFLEKSI KELESTARIAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Kelestarian membawa maksud keadaan yang kekal, tidak berubah dan masih seperti sediakala. Ini termasuklah keadaan hutan, alam sekitar dan sebagainya. Manakala maksud kelestarian di dalam Kamus Dewan edisi keempat, kelestarian ialah suatu keadaan di mana keadaan itu tetap terpelihara seperti asalnya. Kelestarian dalam pengertian yang lebih mudah ialah pengekalan atau keaslian.Dalam erti kata lain, kelestarian berkait rapat dengan keperluan untuk hidup dan kesejahteraan hidup yang saling bergantung terhadap alam semula jadi sama ada ianya secara langsung mahupun tidak langsung. Kelestarian bermakna perlindungan, pembaikan semula dan pemuliharaan alam sekitar (Marinova, 2008). Ilmu pendidikan dan pengetahuan mengenai kelestarian perlu diterapkan dalam minda pelajar bermula dari alam persekolahan lagi. Terutamanya murid-murid di sekolah rendah dan menengah.

Negara yang sudah lama menerapkan budaya mengingati kelestarian dalam diri ialah negara Jepun. Negara ini seharusnya menjadi contoh kepada negara-negara Asia yang lain kerana mereka dari kecil lagi mempunyai disiplin dan sivik yang tinggi. Antara cara kelestarian itu dilakukan ialah apabila tidak menggunakan lampu, mereka segera menutup suis lampu itu. Selain itu juga, sekiranya mereka tidak menggunakan air, mereka segera menutup paip air tersebut. Inilah yang perlu diterapkan menjadi satu budaya di sekolah dan di mana-mana sahaja.Kelestarian amatlah penting dalam penghidupan kerana tanpa pendidikan dan pendedahan mengenainya, maka keperluan sosial, ekonomi dan sebagainya akan terusik dan generasi masa kini dan masa hadapan akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Salah sebuah universiti tempatan yang berusaha dalam menyedarkan anak muda mengenai kelestarian ialah Universiti Sains Malaysia (USM).

Semua sekolah perlu mengadakan program berkaitan pendidikan kelestarian agar murid-murid dan para pelajar akan lebih menghargai dan bersyukur dengan segala sumber yang ada. Antara contoh program yang boleh dibuat ialah dengan menjimatkan penggunaan kertas A4, mereka perlu mengumpul kertas-kertas yang tidak digunakan lagi atau surat khabar lama dengan membuatnya menjadi wau atau layang-layang. Mereka juga boleh membuat kertas-kertas itu menjadi kotak atau bakul serbaguna. Pendedahan mengenai kelestarian ini boleh dilakukan menerusi matapelajaran Pendidikan Sains, Pendidikan Geografi, Pendidikan Kemahiran Hidup dan sebagainya.Murid-murid serta para pelajar harus tahu segala bentuk penggunaan sumber atau pembangunan alam sekitar perlu mempunyai batas-batasnya agar tidak melampaui batasan. Contohnya aktiviti pembalakan. Adakalanya aktiviti pembalakan dilakukan secara haram demi mengaut keuntungan dan memenuhi kepuasan diri. Para guru ialah insan yang boleh mendidik generasi masa kini untuk memastikan bahawa pada masa akan datang, cucu cicit kita akan dapat merasai persekitaran yang sempurna.Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, penghayatan mengenai makna kelestarian amatlah penting agar generasi masa kini akan memastikan penggunaan air, bahan-bahan dan sumber-sumber yang lain terjaga dan dapat memenuhi keperluan sejagat dan generasi seterusnya. Kesejahteraan generasi masa hadapan perlu diambil kira dengan tindakan mengekalkan komponen alam sekitar, hidupan serta tanah, air dan udara. Pendek kata, pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini dilakukan tanpa menganggu keperluan generasi masa hadapan.HAZWANI BINTI KHALIMI860907-49-6498

S-PM0054/14