rawatan islam di nusantara: analisis · pdf filekhusus. manakala akademi ... tulisan ayat...

Download RAWATAN ISLAM DI NUSANTARA: ANALISIS · PDF filekhusus. Manakala Akademi ... Tulisan Ayat al-Quran Atau Doa / 10. ... Kedua, sekiranya proses scanning dilakukan dengan hanya membacakan

If you can't read please download the document

Upload: trinhcong

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 399

    RAWATAN ISLAM DI NUSANTARA: ANALISIS TERHADAP PENGAMALAN KAEDAH RAWATAN YANG

    MERAGUKAN

    Khadher Ahmad1, Sedek Ariffin1, Thuraya Ahmad1 dan Norhasnira Ibrahim2

    Abstrak: Dalam perkembangan semasa kini, didapati bahawa pertumbuhan pusat rawatan alternatif berteraskan rawatan Islam berkembang dengan pesat sekali sejajar dengan perkembangan teknologi kini. Hal ini memperlihatkan kepada permintaan terhadap rawatan berasaskan tibb al-nabawi kian mendapat perhatian ramai. Persoalannya, adakah perkhidmatan rawatan yang ditawarkan tersebut benar-benar berasaskan rawatan Nabawi? Melalui kajian di 23 pusat rawatan Islam di Malaysia, terdapat 20 kaedah dan pendekatan rawatan yang dipraktikkan dalam rawatan penyakit. Daripada 20 kaedah tersebut terdapat lapan kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai dalil nas yang jelas membenarkannya. Namun, dua daripadanya mempunyai dalil yang menunjukkan pengharam. Oleh itu, melalui metode deduktif, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci terhadap enam kaedah yang meragukan tersebut dan pada akhirnya menetapkan statusnya dari sudut hukum Islam semasa.

    Kata Kunci: Rawatan Islam, Rawatan Alternatif, Nusantara, Pusat Rawatan Islam, Analisis.

    PENGENALAN

    Sambutan terhadap rawatan alternatif di Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan sejajar dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan alternatif yang tidak lagi berteraskan klinikal semata-mata seperti hospital dan klinik. Namun, pusat-pusat rawatan alternatif tersebut menggunakan pelbagai pendekatan dalam rawatan yang ditawarkan. Antaranya perubatan berasaskan doa-doa yang disebutkan rawatan Islam, perubatan homeopathy, perubatan aura (rekki), perubatan berasaskan warna (terapi warna), perubatan herba dan lain-lain lagi.

    Demikian juga perubatan bertunjangkan kepada rawatan Islam yang didapati berkembang dengan pesat dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan Islam. Daripada penelitian yang dijalankan, pertumbuhan pusat rawatan Islam berlaku melalui beberapa cara iaitu diasaskan melalui sesuatu pertubuhan atau persatuan seperti Darussyifa, Persatuan Perubatan Islam Darussalam dan Pusat Rawatan Islam al-Manarah (PRIM), atau berteraskan syarikat perniagaan, atau premis tertentu, atau di kediaman peribadi dan ada yang bergerak secara solo dan berkumpulan tanpa sebarang premis. Antaranya seperti Perubatan Islam al-Hidayah, Sinar Zamdurrani, Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Pusat Rawatan Sinar Nur, Pusat Rawatan Terapi Hikmah (Kedai Bekam dan Resdung), Kartika Buana: Pusat Rawatan Tradisional Islam Berasaskan al-Quran dan Pusat Rawatan Qalbun Sakinah yang bergerak dalam sebuah premis khusus. Manakala Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE), Pusat Rawatan Islam Gshahmisteri, Rawatan Islam Darul Manzil (RIDA), Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa (PURIDAS), Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA), Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna, Perubatan Islam 7 Puteri, dan Pusat Rawatan Islam al-Musataqim adalah antara pusat rawatan Islam yang beroperasi berhampiran dengan kediaman pengasasnya.

    Pertumbuhan ini menunjukkan bahawa sambutan terhadap rawatan berasaskan kepada pedekatan rawatan Islam semakin mendapat perhatian masyarakat. Dalam isu ini, adakah semua pusat rawatan yang melebalkan perkhidmatan rawatan yang dijalankan itu sebagai rawatan Islam benar-benar berada di bawah petunjuk al-Quran, hadith, dan sejajar dengan pandangan para ulama atau sebaliknya?

    1 Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 2 Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, N. Sembilan.

  • 400

    SKOP DAN METODOLOGI

    Berdasarkan kepada analisis yang telah dijalankan terdapat 20 kaedah yang dipraktikkan dalam rawatan penyakit di pusat-pusat rawatan Islam. Daripada 20 kaedah tersebut, sebahagian kaedah dipraktikkan berdasarkan sumber dalil yang jelas daripada al-Quran, hadith atau pandangan para ulama. Pada sebahagian kaedah yang lain, didapati bahawa tiada dalil jelas yang mengharuskan penggunaan kaedah rawatan tersebut sehingga sebahagiannya meragukan dan tidak sewajarnya dilabelkan sebagai rawatan Islam. Jadual 1.0 di bawah menyenaraikan 20 kaedah rawatan dan sumber pendalilannya berdasarkan sama ada dari al-Quran, hadith atau sunnah, pandangan ulama atau tiada sebarang sumber yang membenarkan dan tidak pula melarangnya.

    Jadual 1.0: Ketepatan Kaedah dan Pendekatan Rawatan di Pusat-Pusat Rawatan Islam di

    Malaysia Mengikut Sumber Pendalilannya

    Bil. Pendekatan dan Kaedah Rawatan

    Sumber Pendalilan

    Al-Quran Hadith Pandangan

    Ulama

    Tiada

    Dalil

    1. Kaedah Bacaan Ruqyah al-Shariyyah / /

    2. Kaedah Jampi dan Mentera /

    3. Kaedah Scanning (Diagnosis) /

    4. Kaedah Tepukan Dan Sapuan /

    5. Kaedah Pukulan Dengan Alatan Tertentu /

    6. Kaedah Mencari Barang Sihir /

    7. Kaedah Membatalkan Sihir dan Memusnahkan Bahan

    Sihir /

    8. Kaedah Memberi Minum Air Jampi/Ruqyah / /

    9. Kaedah Memberi Minum Air Yang Dilarutkan Dari

    Tulisan Ayat al-Quran Atau Doa /

    10. Kaedah Mandi / /

    11. Kaedah Batin Atau Kekuatan Jiwa /

    12. Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir /

    13. Kaedah Bekam / /

    14. Kaedah Rawatan Jarak Jauh / /

    15. Kaedah Membunuh Jin /

    16. Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin /

    17. Kaedah Memerangkap Jin /

    18. Kaedah Terapi Solat / /

    19. Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin /

    20. Kaedah Terapi al-Quran / /

    Artikel ini tidak akan menjelaskan secara terperinci setiap daripada kaedah dan pendekatan yang disenaraikan di atas. Fokus utama perbahasan adalah perbincangan terhadap lapan kaedah yang tiada sumber dalil. Walaupun demikian, jika kaedah rawatan tersebut jelas diharamkan atau dilarang berdasarkan sumber nas yang jelas, maka ia turut tidak termasuk dalam perbincangan ini. Oleh itu, hanya kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai sumber yang jelas sahaja akan diteliti dan dibahaskan dengan terperinci bagi menentukan status kaedah rawatan tersebut sama ada dibenarkan ataupun tidak. HASIL DAN DAPATAN KAJIAN

    1. Kaedah dan Pendekatan Rawatan Yang Tiada Sumber Dalil

    Melalui penelitian yang telah dilakukan, terdapat lapan daripada 20 kaedah yang tidak mempunyai dalil yang jelas membenarkan penggunaan kaedah rawatan tersebut dalam rawatan penyakit. Lapan kaedah tersebut adalah Kaedah Jampi dan Mentera; Kaedah Scanning (Diagnosis); Kaedah Batin Atau Kekuatan Jiwa; Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir; Kaedah Membunuh Jin; Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin; Kaedah Memerangkap Jin dan Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin.

    Apabila dirujuk kepada dalil yang melarang sesuatu pendekatan atau kaedah rawatan, terdapat dua kaedah yang jelas dilarang dan diharamkan penggunaannya dalam rawatan penyakit. Dua kaedah tersebut adalah Kaedah Jampi dan Mentera dan Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir.

  • 401

    Bagi Kaedah Jampi dan Mentera, terdapat dalil yang jelas daripada hadith Nabi SAW yang melarang menggunakan jampi dan mentera khususnya daripada jenis jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya. Daripada Awf bin Malik al-Ashjai berkata: Ketika zaman Jahiliah, kami melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): Wahai Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian? Maka sabda Nabi SAW: Kemukakan kepada ku jampi kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi syirik (kepada Allah). (Muslim, 2000, no.hadith 5732, h.1068)

    Manakala Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir larangnya adalah jelas berdasarkan

    kepada hadith Nabi SAW yang melarang pendekatan sedemikian digunakan untuk merawat

    orang yang terkena sihir. Kaedah ini dinamakan dalam hadith sebagai al-Nushrah. Daripada

    Jabir RA berkata: Rasulullah SAW telah ditanya tentang al-Nushrah. Maka sabda Nabi SAW: (al-

    Nushrah) adalah amalan syaitan. (Abu Dawud, 2000, h.1507; al-Fifi, t.t, h.152)

    Walaupun terdapat perbezaan pandangan para ulama berhubung dengan al-Nushrah ini,

    namun apa yang dimaksudkan dalam hadith adalah merujuk kepada penggunaan ilmu sihir

    untuk merawat sihir yang dikenakan ke atas seseorang. Al-Hasan al-Basri mengatakan bahawa

    al-Nushrah adalah daripada (jenis) sihir (Ibn Athir, 1979, j.5, h.128) dan tidak dihalalkan

    (dibatalkan) sihir melainkan melalui tukang sihir. Musa al-Fifi yang memetik pendapat Ibn Baz

    mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan menghalalkan (membatalkan) sihir melalui

    tukang sihir adalah dengan menggunakan al-Nushrah al-Shaytaniyyah yang menjadi amalan tukang

    sihir. Perkara ini tidak diharuskan bahkan ia merupakan amalan syaitan seperti mana disebutkan

    oleh Nabi SAW dalam hadith riwayat Abu Dawud tersebut. (Khadher, 2012, h.159)

    2. Kaedah Rawatan Islam Yang Meragukan

    Daripada lapan kaedah yang disebutkan sebelum ini, dua daripadanya terdapat dalil yang jelas

    melarang penggunaannya dalam rawatan penyakit. Oleh itu, hanya enam kaedah dan

    pendekatan sahaja yang memerlukan penelitian dan penjelasan lanjut berhubung dengan status

    pengamalannya. Kaedah rawatan tersebut adalah:

    Pertama: Kaedah Scanning (Diagnosis)

    Kaedah ini bertujuan untuk mengimbas atau mengesan kehadiran makhluk halus dalam tubuh

    badan pesakit. Teknik imbasan dilakukan oleh perawat dengan meletakkan tangan dan

    menyentuh badan pesakit atau memicit pada bahagian tertentu seperti celah jari antara ibu jari

    dan jari telunjuk untuk mengesan keberadaan makhluk halus d