rawatan cpr nas 2015.docx

Upload: saharudin

Post on 04-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IKHLAS DARIKU..nasril 2015

RAWATAN CPR

Definisi CPRCPR atau cardiopulmonary resuscitation adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidakdilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

Kepentingan CPRMenurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung atau pun jantung terhenti. Keadaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30%daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung.

Jika seorang tidak bernafas atau aliran darahnya tidak cukup, CPR boleh membantu melancarkan perjalanan aliran darah berserta oksigen ke otak. Tanpa oksigen,kerosakan otak kekal atau kematian boleh terjadi dalam masa kurang lapan minit.Tekanan di dada berfungsi menstimulasi pam jantung dan membekalkan alirandarah ke organ penting.CPR juga seakan memberi peluang seseorang pesakit yang diserang sakit jantunguntuk hidup sementara menanti rawatan. Bagi kanak-kanak, CPR boleh menjadi pertolongan paling bermakna di dalam situasi kemalangan, hampir lemas atau tercekik.CPR yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkelayakan boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit. Oleh itu untuk memperoleh kemahiran pertolongan cemas,seseorang itu selalunya berlatih dengan patung terlebih dahulu.