rapuh perpaduan runtuh keamanan rumi 0

Upload: rolina

Post on 03-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan Rumi 0

    1/6

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    "RAPUH PERPADUAN RUNTUH KEAMANAN "

    ( 8 JULAI 2!! # $%AA&AN !'2H )

    $i*an+ Jumaat %an+ Di,a-mati Alla-.

    Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

    SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi

    segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh

    rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan

    membincangkan tajuk khutbah mengenai Ra/u- Pe,/a*uan Runtu- Keamanan0.

    $i*an+ Jumaat %an+ Di,a-mati Alla-.

    !ita bersyukur kepada Allah SWT kerana masyarakat dan rakyat jelata dapat hidup

    dengan sejahtera dan harmoni di negara ini. Salah satu aspek terpenting yang

    menyumbang keadaan ini adalah wujudnya perpaduan di kalangan rakyat berbilang

    kaum dan agama. "erpaduan merupakan satu kunci kejayaan. #engan perpaduan kita

    dapat bersatu tenaga dan $ikiran bagi melaksanakan sesuatu untuk kebajikan bersama.

    Tenaga seseorang indi%idu dengan sendirinya tidak mampu mengatasi berbagai tugas

    hidup. Sebaliknya tenaga ramai yang disatupadukan boleh menghasilkan kejayaan

    yang luar biasa. Sebab itu apabila terdapat umat yang bersatu padu, maka kejayaan

    &

  • 7/21/2019 Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan Rumi 0

    2/6

    yang cemerlang akan dicapai. Sebaliknya apabila perpecahan berlaku di kalangan

    umat, maka buruklah akibatnya. 'irman Allah SWT dalam surah al-(asyr ayat &)*

    Ma1su*nya Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu,

    melainkan dikampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok.

    Permusuhan di antara mereka amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu-

    padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah

    kaum yang tidak memahami.+

    "erpecahan dan permusuhan di kalangan rakyat akan membawa kesengsaraan

    hidup, kemusnahan harta benda, kemunduran ekonomi dan merosakkan sistempengurusan negara, keluarga dan masyarakat. "ara jemaah dan umat slam sekalian

    dapat menyaksikan sendiri di tele%isyen, akhbar dan majalah tentang kesan rapuhnya

    perpaduan dan perpecahan yang berlaku. Malah apa yang paling malang sekali

    sekiranya perpecahan dan perbalahan ini terjadi di kalangan sesama umat slam

    sebagaimana yang berlaku di beberapa buah negara slam di Asia barat. Negara yang

    kaya-raya dan aman suatu ketika dulu tapi akibat daripada perpecahan dan perbalahan

    dikalangan rakyat menyebabkan kuasa luar mengambil kesempatan dan akhirnya

    negara itu runtuh serta ekonominya hancur. Mimbar ingin menarik perhatian jemaah

    dan umat slam sekalian, sedarlah kita bahawa untuk membangunkan semula

    hubungan antara kaum yang berpecah belah dan membangunkan ekonomi atau

    negara mungkin akan memakan masa berpuluh-puluh tahun pula lamanya.

    $i*an+ Jumaat %an+ Di,a-mati Alla-.

    !ita semua maklum bahawa, di antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi

    asulullah SAW menyebarkan slam ialah dengan mewujudkan perpaduan di

    kalangan penganut-penganut slam. mat slam diikat dengan erat melalui konsep

    tauhid, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun dalam pada itu,

    /aginda dan para sahabat juga sentiasa diterjah dengan berbagai ancaman musuh

    0

  • 7/21/2019 Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan Rumi 0

    3/6

    slam yang didalangi oleh orang-orang 1ahudi untuk mengkucar-kacirkan ikatan

    persaudaraan slam. "ihak musuh menggunakan pelbagai pendekatan dan helah,

    diantaranya menggunakan agama sebagai alat perpecahan seperti menghasut supaya

    dibina masjid bagi menyaingi masjid !uba2 yang sangat berjaya diimarahkan. Musuh

    slam juga menggunakan taktik menunjuk perasaan sebagaimana yang berlaku dalam

    peperangaan hud. Mereka membantah melalui penarikan diri kira-kira 344 orang

    tentera daripada menyertai angkatan bersenjata slam. Namun asulullah SAW dan

    para Sahabat dapat menangani dan mengekalkan semangat perpaduan kerana mereka

    mengetahui siapakah sebenarnya yang menjadi dalang kepada kekacauan ini.

    $i*an+ Jumaat %an+ Di,a-mati Alla-.

    (ari ini sekali lagi pihak-pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan yang terbinaselama ini. Mereka cuba dengan pelbagai helah dan cara. "ersoalan besar timbul di

    sini, siapakah sebenarnya golongan yang menjadi pengkhianat pada agama, bangsa

    dan negara ini5 Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah

    menimbulkan kemarahan umat slam. Mempertikaikan hak-hak orang slam serta

    memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama slam yang dikaburi

    oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa. Mereka menghasut dengan menyemai

    perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah. /erbagai pendekatan mereka

    lakukan termasuklah melalui undang-undang dan mahkamah. Tidak cukup dengan

    itu, mereka mempengaruhi rakyat melahirkan perasaan benci dengan melaungkan

    slogan tertentu dengan berbagai cara. nilah mereka yang sebenarnya, bertopengkan

    atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan, menjadikan rakyat sebagai perisai tetapi

    hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-harakan negara,

    melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di

    mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

    Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat slam sekalian bahawa

    sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah

    mengkhianati agama Allah SWT, terpesong daripada ajaran asulullah SAW,

    3

  • 7/21/2019 Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan Rumi 0

    4/6

    melakukan dosa yang besar dan men6alimi umat slam serta keharmonian negara.

    7usteru itu, sebagai umat slam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa

    dan negara, diseru agar tidak bersama dengan golongan ini, jangan terpengaruh

    dengan pujuk rayu dan tipu daya mereka. Marilah sama-sama kita mempertahankan

    setiap inci tanah air kita ini dari dicerobohi oleh musuh-musuh slam, marilah sama-

    sama kita berganding bahu, bersatupadu, merapatkan sa$, mengeratkan perpaduan

    dikalangan kita agar apa jua usaha pihak musuh untuk menggugat keharmonian dan

    keamanan negara dapat digagalkan. Sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah

    SWT sentiasa bersama jemaah dan mereka yang benar. 'irman Allah dalam Surah

    Ali- mran ayat &84*

    Ma1su*nya Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan

    dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang

    akan dapat menolong kamu sesudah Allah menetapkan yang demikian!" #an

    ingatlah!, kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.+

    $i*an+ Jumaat %an+ Di,a-mati Alla-.

    "erpaduan dan keharmonian hidup di negara ini dikagumi banyak pihak. Apa yang

    pasti dan menjadi satu hakikat perpaduan yang kita nikmati hari ini tidak datang

    bergolek. a adalah hasil daripada kebijaksanaan pasukan kepimpinan negara dan

    kesetiaan rakyat kepada pemerintah. /erdasarkan ma$asid syariyahmaka menjadi

    tanggungjawab pemerintah kepada rakyat untuk menjaga lima perkara iaitu agama,

    nyawa, akal, keturunan dan harta. Ternyata pemerintah berjaya memastikan

    kemaslahatan untuk rakyat dari mara bahaya dan kebinasaan. "emerintah adalahpelindung Allah SWT di muka bumi ini, barangsiapa memuliakan pemerintah maka

    Allah SWT akan memuliakannya. Mimbar ingin mengingatkan bahawa teraturnya

    urusan agama dan dunia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah dan kesetian

    rakyat, malah keadaan masyarakat akan menjadi kacau bilau dan saling berbalahan

    antara satu sama lain. 7usteru slam telah menetapkan hukuman yang berat kepada

    )

  • 7/21/2019 Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan Rumi 0

    5/6

    sesiapa sahaja yang cuba memporak-perandakan pemerintah, kehidupan umat dan

    kesejahteraan negara. Sabda asulullah SAW*

    Ma1su*nya Akan wujud keadaan kacau bilau di kalangan umat, maka barang

    siapa yang ingin memecahbelahkan perpaduan umat ini, hendaklah ia dipancung

    dengan pedang tanpa mengira siapakah orangnya+.9 (adith iwayat Muslim:

    Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru seluruh umat slam

    sekalian agar jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan musuh slam ini,

    jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan ummah. Marilah

    sama-sama kita menjunjung Titah !has #uli 1ang Maha Mulia Seri "aduka /aginda1ang di "ertuan Agong al-Wathi;u /illah Tuanku Mi6an

  • 7/21/2019 Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan Rumi 0

    6/6

    damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku %alim terhadap yang

    lain, maka lawanlah puak yang %alim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah

    Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah keduanya dengan adil, dan berlaku

    adillah kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.+

    9Surah al-(ujuraat*>:

    8