ramadhan dan kemuliaanya - sabah

6
1

Upload: others

Post on 22-Jan-2022

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

2

RAMADHAN DAN KEMULIAANYA

KHUTBAH PERTAMA

د لل مح را مبارك الي الح وى ،جعل رمضان شهح ل التقح جحيام ل نح ل .وفرض عليحنا الص

هد أ شح

أ

ده ل شيحك ل إل إل الل ل ، وحح ن ممدا عبحده ورسوحهد أ شح

وسل مح عل سي دنا .وأ

اللهم صل تب حمجح حوف وعل آل ،ممد ال هحل التق وال

أ به ما بعحد .وصحح

لموحن ،أ حمسح ها ال ي

وحصيحكمح ! فياأ

أ

وى الل سح بتقح . وطاعته فقدح فاز من اتق ونفح

كريحم الل فقال عوحذ بالل :تعال فح كتابه الح

م الل ،الشيحطان الرجيحم من أ ن الرحيحم بسح . الرحح

ها اليحن ييام كما كتب عل اليحن منح قبحلكمح لعلكمح تتقوحن اياأ ءمنوا كتب عليحكم الص

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Berada pada bulan Ramadan merupakan satu peluang keemasan yang mungkin tidak

berulang. Justeru, marilah bersama–sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah

SWT dengan mengerjakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-

Nya . Semoga kita akan beroleh segala kebaikan Ramadan dan tergolong dalam

kalangan mereka yang bertaqwa.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan magfirah untuk umat Islam yang

berpuasa. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

Rasulullah SAW bersabda:

م منح ذنحبه تسابا غفر ل ما تقد منح صام رمضان إيمانا واححYang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan keimanan dan mengharap

ganjaran pahala daripada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni”

3

Menurut catatan ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari bi Syarhi Sahih al-

Bukhari, yang dimaksudkan dengan “imanan” adalah berpuasa kerana meyakini akan

kewajiban ibadah puasa tersebut, manakala yang dimaksudkan dengan “ihtisaban”

adalah mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah SWT. Ini menunjukkan, untuk

mendapatkan magfirah Allah tersebut, kita perlu yakin terhadap pensyariatan ibadah

puasa dan seterusnya memanfaatkan kemulian bulan ini dengan mengharap ganjaran

yang berlipat ganda dari Allah SWT.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Ibadah puasa di bulan Ramadhan juga merupakan perisai bagi mereka yang berpuasa

daripada melakukan maksiat. Ini dizahirkan dalam Hadith baginda Rasulullah SAW:

وح قاتل حد أ

خبح فإنح سابه أ حدكمح فل يرحفثح ول يصح

يام جنة وإذا كن يوحم صوحم أ رؤ والص ه فلحيقلح إن امح

صائم

Yang bermaksud: “Puasa adalah perisai. Jika salah seorang daripada kalian sedang

berpuasa, janganlah ia berkata keji dan berteriak-teriak. Jika ada orang yang

mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa” (Hadith

Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith ini memberi panduan kepada kita untuk menjauhkan diri daripada perbuatan keji

apatah lagi melakukannya pada waktu kita berpuasa. Menjadikan puasa sebagai alasan

atau benteng daripada melakukan perbuatan keji akan mendidik kita menjadi hamba

Allah yang lebih baik selepas madrasah Ramadhan ini berakhir.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Kesimpulan khutbah pada Jumaat ini ialah Allah SWT telah menjanjikan banyak

kemuliaan dalam bulan Ramadan yang mana adalah satu kerugian yang amat besar

sekiranya kita tidak merebutnya dengan melipat gandakan amalan kita. Sekiranya kita

berjaya menghayati kemuliaan Ramadhan ini, impak positifnya akan kita lihat dalam diri

kita selepas bulan Ramadhan kelak. In sha Allah. Semoga selepas bulan Ramadan ini

kita akan menjadi orang-orang yang bertaqwa sepertimana firman Allah SWT:

ها يأ ح كتب عليكم لين ٱ ي يام ٱءامنوا ١٨٣من قبلكم لعلكم تتقون لين ٱكما كتب عل لص

4

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa

sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu

bertaqwa.” (Al-Baqarah, ayat 183)

Meskipun kita berada di dalam bulan pesta ibadah dan mahabbah, kita perlu beringat,

virus covid-19, masih bersama-sama kita. Oleh yang demikian, mimbar ingin menyeru

para Jemaah supaya terus mematuhi SOP yang telah keluarkan oleh KKM dan

Kerajaan. In sha Allah, dengan pematuhan SOP tersebut, kita akan berjaya

memutuskan rangkaian Covid-19.

الل من بارك فيحه بما ونفعن وإياكمح العظيحم آن بالقرح ولكمح لح الكيحم ر كح وال الآيات

الع الل تغحفر واسح هذا قوحل اقول العليحم السميحع هو إنه تلوته ومنحكمح لح وتقبل من ظيحم ف منات والمؤح منينح والمؤح لمات والمسح المحسلمحين ولسائر كمح

الحغفور ول هو إنه تغحفروحه اسح . الرحيم

5

6

لء عنا ادحفع اللهم حوباء الح شاء وال حمنحكر والحفحح حمحن وال منح ،بطن وما منحها ظهر ما ،والحفت والان ومنح ،خاصة هذا بلنا بلح لمينح حمسح ء ك عل إنك ،عمة ال من بك نعوذ إنا اللهم .قديحر شح

حبص نون ،ال ذام ،والح ء ومنح ،والح قام س سحرححم يا ،ال

أ .الراحينح

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak penyakit berbahaya khususnya Covid-19. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mematuhi SOP yang disediakan MKN dan KKM bagi membendung penyebaran Covid-19 yang sememangnya telah berada dalam komuniti kami. Sesungguhnya kepadaMu juga tempat kami memohon perlindungan. Ya Allah, Jadikanlah kami dan daripada keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan solat secara berjemaah, menunaikan zakat, mewakafkan harta dan berinfaq pada jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu jua Ya Allah tempat Kami mengadu dan memohon pertolongan.

خرة حسنة وقنا عذاب النار ربنا آتنا ف ال .نحيا حسنة وف ال

كرحكمح الحعظيحم الل فاذحكروا كروه ،يذح لوه ،كمح يزدح نعمه عل واشحأ له منح واسح يعحطكمح فضح

ر ب الل ولكح كحنعون ما يعحلم والل ،أ .تصح

****

Disediakan dan diedar oleh: Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS 88737 KOTA KINABALU. Tel: 088-522127

Pihak JHEAINS berusaha untuk mempertingkat kualiti khutbah Jumaat yang diterbitkan. Maklum balas dari

pihak tuan/ puan amat dihargai. Sila semak QR code ini. Sekian, terima kasih.