rahsia remaja

10
8/8/2019 RAHSIA REMAJA http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 1/10 Rahsia Remaja APA ITU REMAJA Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. RAHSIA REMAJA PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan- perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN Buah dada (payudara) mula membesar. Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Jerawat mula tumbuh. Mula didatangi haid. Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA LELAKI Suara menjadi garau. 1

Upload: tuan-iffah-nabihah

Post on 10-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 1/10

Rahsia Remaja

APA ITU REMAJA

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zamanremaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempohperalihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

RAHSIA REMAJA

PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akanmengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antararemaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza diantara seorang individu dengan individu yang lain.

PERUBAHAN FIZIKAL

REMAJA PEREMPUAN

• Buah dada (payudara) mula membesar.

Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.

• Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.

• Jerawat mula tumbuh.

• Mula didatangi haid.

• Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suarayang lebih matang.

PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH

PERUBAHAN FIZIKAL

REMAJA LELAKI

• Suara menjadi garau.

1

Page 2: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 2/10

• Misai dan janggut mula tumbuh.

• Bahu dan dada menjadi bidang.

• Jerawat mula tumbuh.

• Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh.

• Zakar dan buah zakar mula membesar.

PERUBAHAN SEMASA AKIL BALIGH

ORGAN REPRODUKTIF

ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN

• Ovari : organ yang menyimpan ova.

• Saluran Fallopian : mengawal pergerakan ova ke uterus

• Uterus : tempat ova melekat selepas dipersenyawakan

• Lapisan dinding uterus : menyediakan suasana untuk ovatersenyawa melekat.

Pangkal rahim.

• Faraj : menyambungkan organ reproduktif dengan bahagian luar tubuh

Tahukah anda, semenjak lahir seorang bayi perempuan mempunyai 4000,000ova (sel telur). Bagaimana hanya kira-kira 350 hingga 500 ova sahaja akanmatang dan boleh disenyawakan sepanjang hanyat seorang wanita.

ORGAN REPRODUKTIF

ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI

Organ reproduktif remaja lelaki terdiri dari :

• Zakar : organ yang menyalurkan semen dan air kencing keluar daritubuh.

2

Page 3: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 3/10

• Testis : organ yang menghasilkan sperma.

• Kelenjar prostat : mengandungi cecair semen.

• Urethra : saluran yang mengalirkan air mani dan air kencing (air kencing dan air mani tidak boleh dikeluarkan pada waktu yang sama).

HAID

KITARAN HAID

HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAHMULA BERFUNGSI

1. Hari pertama kedatangan haid. Selalunya pusingan haidberlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalamihaid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid adalah berbeza diantara seorang gadis ke seorang gadis yang lain.

2. Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari.

3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang barumula terbentuk di dalam uterus.

4. Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari.Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian.Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperma, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterusakan dikeluarkan sebagai haid.

HAID

Januari

I 1 8 15 22 29

S 2 9 16 23 30

3

Page 4: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 4/10

R 3 10 17 24

K 4 11 18 25

J 5 12 19 26

S 6 13 20 27

A 7 14 21 28

Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga diamengalami putus haid (menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapunhaid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan:

• Gangguan emosi.

• Tekanan dalam hidup.

HAID

BAGAIMANA MENJAGA KEBERSIHAN SEMASA HAID

Kebersihan peribadi semasa haid adalah amat penting. Semasa kedatanganhaid seorang gadis perlu:

• Menggunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perluditukar selalu. (jangan buang tuala wanita merata-rata). Bungkus danbuang ke dalam tong sampah.

• Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.

• Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.

HAID

APA ITU SENGGUGUT?

4

Page 5: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 5/10

Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertamakedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit dibahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seoranggadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah.

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut?

• Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berbaring.

• Sekiranya tidak dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinikyang terdekat dengan anda.

DARA

APA ITU DARA

Dara adalah istilah yang digunakan untuk remaja lelaki dan perempuan yang

belum pernah mengalami perhubungan seks (persetuhuhan).

Bagi remaja perempuan, dara dikaitkan dengan selaput dara. Seorang gadis itudikatakan hilang dara sekiranya selaput dara gadis koyak akibat daripersetubuhan. Namun begitu selaput dara juga boleh koyak akibat darisenaman lasak dan kemalangan. Jika ini berlaku, gadis itu tetap lagi dikatakandara.

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi.Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan

  jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari prosespembesaran.

Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidakmenghancurkan masa depan remaja.

PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:

Perubahan-perubahan lain yang tidak kurang penting ialah:-

• Perasaan inginmencari identiti diri.

• Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.

• Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukansebelum ini.

5

Page 6: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 6/10

RAKAN SEBAYA

Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran sepertipergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihatdan sebagainya cuba merancuni golongan remaja.

Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pendoman untuk menunjukarah masa depan.

SOKONGAN SOSIAL

Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi denganrakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasicabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan :

• Ibubapa.

• Rakan sebaya : Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.

• Guru/orang dewasa yang boleh dipercayai.

Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat dipersekitaran anda.

GAYA HIDUP SIHAT

REMAJA SIHAT MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

TIDAK CUKUP TIDUR

Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perluberehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalumandi dan mencuci rambut.

PEMAKANAN SEIMBANG

Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambilmakanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan,

6

Page 7: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 7/10

daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkanperanan penting dalam diet harian anda.

BERSENAM SECARA TETAP

Senaman akan :

• Menguatkan otot

• Menjadikan remaja segar pada waktu siang

• Membantu remaja tidur lena di waktu malam

ALAM REMAJA

ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA

Ibubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapimungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnyadengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan untuk memilih antara peraturan ibu-bapadengan kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun disekolah. Anda terpaksa membuat keputusan mengenai …..

• Nilai yang ingin anda pilih

• Memilih rakan sebaya

• Arah masa depan anda

• Cita-cita anda

Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa.Luahkan perasaan anda dengan ibubapa.

NILAI-NILAI MURNI

HIASLAH DIRI ANDA DENGAN NILAI-NILAI MURNI …

• Hormatlah orang-orang yang lebih tua dari anda.

• Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.

• Amanah.

7

Page 8: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 8/10

• Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.

• Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.

• Menabung untuk masa depan anda.

TIPS UNTUK REMAJA

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN SEKIRANYA ANDA ….

• Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial

semasa remaja.

• Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.

• Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda.

REMAJA SIHAT

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI REMAJA YANG SIHAT?

Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini.

Bil Aktiviti Ya Tidak

1. Makan pemakanan seimbang dan sihat.

2. Bersenam tiga kai seminggu secara tetap.

3. Tidur dan rehat secukupnya.

4. Mampu mengendalikan tekanan denganberkesan

5. Tidak merokok.

6. Tidak menggunakan dadah.

7. Tidak meminum arak.

8

Page 9: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 9/10

8. Tidak melakukan hubungan seks sebelumnikah.

9. Tidak memandu laju/berlumba haram.

10.

Mempunyai hubungan baik dengan ahlikeluarga.

Jika jawapan anda `Ya’ bagi semua soalan di atas, SYABAS! Anda adalahseorang remaja yang sihat. Sekiranya anda menjawab `Tidak’ bagi satu soalanatau lebih, anda perlu mengubah gaya hidup anda.

Anda boleh meminta bantuan dari:-

• Ibubapa

• Kaunselor 

• Guru

• Doktor 

PESANAN

PESANAN UNTUK REMAJA

ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA

LENGKAPKAN DIRI ANDA UNTUK

MENJADI PELAPIS

GENERASI AKAN DATANG

Kesihatan dari segi fizikal, mental dan sosial

Adalah prasyarat untuk mencapai matalamat

9

Page 10: RAHSIA REMAJA

8/8/2019 RAHSIA REMAJA

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-remaja 10/10

Wawasan 2020

10