rahsia meraih an rm300 - rm1000 sehari (2)

21
Panduan Langkah Demi Langkah Yang mudah Diikuti RAHSIA MERAIH PENDAPATAN DARI RM300-RM1000 Setiap Hari Tanpa Berpeluh & Keluar Rumah Hanya Memakai Seluar Pendek & Singlet Sebuah Buku Hebat Dari : M.HAMIDAN SALIHEN Anda Boleh Melakukan Pekerjaan Hanya Dari Rumah Untuk Menghasilkan Pendapatan Yang Sangat Lumayan Ini

Upload: yus07

Post on 14-Jun-2015

887 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

Panduan Langkah Demi Langkah Yang mudah Diikuti

RAHSIA MERAIH PENDAPATAN DARI RM300-RM1000 Setiap Hari Tanpa Berpeluh & Keluar Rumah Hanya Memakai Seluar Pendek & Singlet Sebuah Buku Hebat Dari : M.HAMIDAN SALIHEN Anda Boleh Melakukan Pekerjaan Hanya Dari Rumah Untuk Menghasilkan Pendapatan Yang Sangat Lumayan Ini

Page 2: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

BAGAIMANA OLEH MENJADI KAYA DENGAN SEBENARNYA

Semua orang memang berhak dan boleh menjadi kaya dan memiliki apa yang diingininya. Yang membezakan diantara orang yang berjaya, kaya dan orang yang miskin dan orang munduradalah cara mereka berfikir dan juga cara mereka bertindak. Wang ada dimana-mana dan memang telah disediakan untuk manusia dan ianya hanya perlu diambil sahaja dan tidakm menjadi kesukaran mendapatkannya jika anda mengetahui caranya. Wang memang telah tersedia dengan banyaknya di dunia ini dan ia dicipta hanya untuk manusia bukan untuk makhluk lain dan telah diciptakan sejak berzaman lamanya. Anda hanya perlukan sedikit usaha, ilmu pengetahuan, kemahuan dan keyakinan serta disiplin yang tinggi untuk mendapatkannya. Bukti wang ada dimana-mana ialah apabila anda mencari wang pasti anda akn menemuinya walaupun anda berada ditempat yang tidak dihuni oleh manusia. WANG tersebut tidaklah berupa segumpal wang tetapi berbentuk bahan dan benda-benda yang boleh dijadikan wang apabila ianya dijual atau dipasarkan. Buku ini ditulis ialah untuk insan yang mahu menjadi kaya dengan ilmu, kaya hati, kaya cita-cita, kaya impian, kaya budi, kaya harta, kaya wang dan kaya raya yang pemurah itulah makna kaya yang sebenarnya. Buku ini juga berguna bagi mereka yang mahu membunuhdiri, yang pernah tewas dan gagaldalam hidup, yang masih mencari-cari, yang masih merancang tetapi tidak bertindak, yang takut-takut, anda yang tidak cukup masadan terlebih masa, orang yang hanya pandai dengki dan irihati, orang yang tidak mahu membuat apa-apa, orang yang masih ternate dan tercari-cari, orang yang tidak mahu berdikari dan menghargai diri sendiri, orang yang seperti beruk menangkap belalang tiada pegangan hidup yang suka capai sana capai sini. Orang yang tidak mempunyai kesabaran. Buku ini boleh mambantu anda untuk manjadi kaya kawan, harta, keinginan, usaha, wang dan kejayaan. Buku Ini jud membantuu anda emnjadi seorang yang celik akalnya, tahu harga dirinya dan bangun berusaha mencungkil emas dan permata dalam dirinya yang tidak diketahui atau telah terkambus sekian lama akibat buta akal dan hatinya. Buta akalnya dan hati menyebabkan insan hilang harga dirinya, Insan yang berguna dan mulia ialah insan yang celik akal dan hatinya. Orang yang mati akalnya hanya tahu menyalahkan orang lain tidak dirinya. LEBIH MUDAH UNTUK SENANG Sebenarnya lebih mudah untuk senang dari jadi susah, dalam dunia ini yang Maha Adil telah menjadikan perkara positif lebih mudah untuk dilakukan dari perkara yang negatif. Contohnya untuk senyum lebih mudah dan anda tidak perlu gerakkan banyak urat dan otot berbanding untuk masam muka. Senyuman positif dan masam muka itu negative. Jika anda senyum sudahlah ianya mudah malah anda diberi pahala pula ! Tapi ramai orang mengangap perkara mudah itu susah dan perkara susah itu mudah kerana fikiran telah menjadi kacau bilau. Orang yang suka berkata susah dan mudah menganggap sesuatu perkara itu susah sudah pasti akan mendapat susah. Sebenarnya apa yang kita selalu fikirkan dan cakapkan itu adalah permintaan dan doa dalam senyap yang kita sendiri mahu dan minta. Memang tidak mustahil orang yang selalu berkata SUSAH adalah terdiri daripada orang yang susah. Mereka hanya boleh mengkagumi kejayaan dan kekayaan orang lain akan seringkali menganggap orang tersebut memang hebat dan bernasib baik. Dia hanya memikirkan nasib baik orang lain bukan nasib baik dirinya. Walau bagaimana pun anda bukan sahaja perlu befikir dan bersikap positif tetapi anda juga perlu bertindak dengan positif. Apa faedahnya jika anda selalu befikir dan mempunyai idea yang positif tetapi anda tidak mengamalkan dan tidak membuat sebarang idea anda itu boleh dijadikan kenyatakan. Jika terlalu banyak bercakap dan merancang tetapi tidak melakukan tindakakn tentu tiada sebarang hasil. Akhirnya anda akan dijauhkan oleh kawan-kawan kerana anda suka cakap kosong. Orang yang suka cakap kosong adalah serupa dengan belon. Nampak sahaja besar tapi Cuma angin, tiada isi yang berguna. HIDUP BERNAFASKAN KEJAYAAN Insan yang bernafaskan kejayaan itu menghubungkan niat dan perbuatan. Dia adalah insane yang menentukan matlamatnya (niat) dan bertindak untuk mencapai cita-citanya (perbuatan). Niatnya kerana Allah dan perbuatanya juga kerana Allah. Untuk hidup bernafaskan kejayaan, anda mesti yakin kepada diri anda sendiri. Jika anda percaya kepada kebolehan anda. Anda boleh sahaja berfikiran positif sepanjang hidup anda, anda boleh belajar hingga keperingkat tertinggi, anda mampu mempunyai berbagai kebolehan dan kontek dan anda boleh mempunyai pengetahuan yang luas. Tetapi anda tidak akan menjadi seorang khalifah sehinggalah anda bertindak. Itulah hidup yang bernafaskan kejayaan . INGATLAH !

“ Sikap Positif itu bukan sahaja mengubah hidup anda , tetapi ia juga mampu mengubah seluruh dunia.”

Page 3: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

MENCARI WANG DENGAN BERNIAGA DIRUMAH Perniagaan yang mula-mula wujud dalam sejarah ialah dirumah. Hingga kepada zaman revolusi industri asalnya perniagaan sebenar ialah perniagaan dirumah. Apabila berlakunya revolusi industri dengan terbinanya kilang-kilang yang besar, komplek pejabat, kesinambungan perniagaan dirumah telah sedikit terganggu. Tetapi sekarang bentuk perniagaan dirumah telah dipopular semula dan berkembang dengan pesatnya dinegara-negara maju. Mungkin pada masa dahulu pernigaan dirumah dilihat sebagai perniagaan kecil yang penakut. Sekarang anggapan seperti itu sudah tidak boleh dipakai lagi. Malah boleh dikatakan semua jutawan dan multi billionaire asalnya hanya melakukan pernigaan dirumah. Ia adalah satu langkah awal yang mempunyai satu perkiraan bijak. Yang penting ialah merancang masa depan dengan baik dengan kebolehan yang anda ada. Berjuta orang pada masa kini percaya dan yakin bahawa perniagaan dirumah adalah berjaya yang terbaik. Sekarang ini di Amerika sahaj terdapat kira-kira 26 juta perniagaan dirumah yang telahpun beroperasi. Pada tahun 1995, 14 juta rakyat Amerika berniaga dirumah sepenuh masa, dan 13 juta orang berniaga separuh masa. Nampaknya bagi kira-kira 40% tenaga kerja di Amerika dan Canada akan beroperasi dari rumah. Keadaan begini juga pasti berlaku di Negara ini tidak lama lagi. Ini dapat dilihat dimana sekarang didapati semakin banyak kakitangan kerajaan dan juga swasta telah meletakkan jawatan pada usia muda untuk berniaga sendiri. Satu kajian yang dilakukan di Amerika dan Canada pada tahun1997 terhadap pelajar pusat pengajian tinggi mendapati tujuh puluh peratus daripada mereka mereka menyatakan berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri apabila tamat pelajaran kelak. Dimuka surat berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa semakin ramai orang mahu berniaga sendiri dirumah. Anda sendiri akan dapat memhami sebab-sebab ini jika anda pernah berkerja dimana-mana sebelum ini. Dan memang tidak hairan mengapa ramai orang berhasrat meletakkan jawatan walaupun sudah berjawatan tinggi dan bergaji lumayan semata-mata untuk membina perniagaan sendiri. Pada masa sekarang ini memang terdapat banyak kali peluang untuk manjalankan perniagaan sendiri termasuklah perniagaan yang boleh dijalankan hanya dari rumah. Seperti yang telah dinyatkan sebelum ini, dinegara-negara maju perkara dan trend perniagaan dirumah memang sudah menjadi perkara biasa malah setiap tahun bilangan syarikat yang ujud berdasarkan perniagaan dirumah berjumlah berjuta-juta. Mungkin dinegara ini perkara ini masihlagi diperingkat awal dan belum ramai orang yang menyedari perkara ini. Menjalankan perniagaan dari rumah mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Kebaikan ialah, anda anda dapat mengurangkan kos perberlanjaan seperti sewa kedai dan pejabat, kos tambang untuk petrol, menjimatkan masa dan tidak terperangkap didalam kesesakan jalan raya. Tidak perlu mengupah pekerja yamg ramai. Bekerja dirumah boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kerana biasanya akan mendapat sokongan keluarga. Tidak payah makan tengahari diluar, boleh masak sendiri. Boleh mambuat jadual kerja sendiri. Keburukanya pula ialah, kita mungkin sering menunda sesuatu tugas kerana sering terganggu akibat perkara yang berlaku sekitar rumah, seperti gangguan daripada anak-anak, ada tetamu, terpaksa melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Berkerja dirumah juga akan menyebabkan kita rasa selesa berada sekitar rumah dan jika kita tidak mengikuti jadual kerja kita dan tidak mematuhi disiplin yang kita buat ianya akan menyukarkan dan bukan mustahil boleh menggagalkan perniagaan dan usaha kita. Untuk mendapatkan keseimbangan kerja yang dilakukan kita mestilah mempunyai jadual kerja seperti sebuah perniagaan ataupun waktu kerja yang tetap dan teratur seperti pengurusan sebuah pejabat. Kita mestilah mengutamakan kerja dan tugas-tugas penting yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan kita itu. Dengan membuat jadual kerja yang teratur dan betul serta mahu mematuhinya InsyaAllah kita akan dapat memperolehi kejayan. Selain daripada itu mempunyai kemahuan yang kukuh dan mahu terus belajar juga adalah factor yang sudah pasti dapat memajukan diri dalam perniagaan kita.

Page 4: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

MENGAPA MAHU MEMILIH MENJADI USAHAWAN DIRUMAH Berikut adalah merupakan sebab-sebab mengapa semakin ramai orang mahu menceburi atau menerokai perniagaan sendiri dirumah. Malah bilangan orang yang berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri dirumah semakin bertambah setiap tahun. Ramai yang memilih untuk bersara awal selepas bekerja selama beberapa tahun. 1) Menambah pendapatan . Memang telah menjadi kebiasaan masalah kurang pendapatan dan wang tidak mencukupi ataupun kurang daya membeli berlaku disebabkan harga barangan sentiasa meningkat dan tidak sejajar dengan kenaikan gaji. Harga barangan sentiasa terus meningkat dan kadar inflasi juga turut meningkat setiap tahun sebaliknya kanaikan gaji tidak menyamai kenaikan harga barangan. Memang tiada keseimbangan. 2 ) Persediaan awal untuk bersara atau meletak jawatan. Memang adat bekerja, semakin tinggi kedudukan dan jawatan yang di pegang maka semakin besar dan banyaklah pula kerja dan tugas yang perlu di pikul. Fenomena ini kadangkala boleh menimbulkan kebosanan, dengan itu maka mereka akan mencari alternatif lain untuk mencari wang bagi menyara hidup. 3) Mahu melakukan kerja yang disukai. Sesetengah orang memohon pekerjaan hanya disebabkan tiada banyak pilihandan terdesak kerana menghadapi masalah kewangan. Mereka ini terus bekerja selama bertahun-tahun walaupun tidak menyukai pekerjaan tersebut sehinggalah mereka melihat peluang untuk bekerja sendiri dan melakukan kerja-kerja yang hanya di minati dan disukai sahaja. Ini akan menambahkan kejayaan bagi dirinya. 4) Untuk mengurangkan tekanan. Bekerja dibawah arahan orang lain memang sentiasa menghadapi tekanan di dalam tugas. Hal ini tidak terjadi apabila bekerja sendiri walaupun menghadapi tekanan tetapi ianya tidak sama seperti masa bekerja dengan orang lain. Bila bekerja sendiri, walaupun menghadapi tekanan tetapi ianya boleh memberikan kepuasan kerana hasil yang bakal di perolehi akan menjadi milik kita sendiri, itulah perbezaanya. 5) Mempunyai keyakinan diri. Ini merupakan perkara penting bagaimana membezakan seseorang individu yang berjaya dan yang gagal. Bagi orang yang telah mencipta kejayaan factor keyakinan diri merupakan elemen penting. Hanya orang yang mempunyai keyakinan terhadap dirinya sahaja sanggup meninggalkan keselesaan yang tidak seberapa itu dimana sebelumnya mereka bekerja dengan orang lain dan bila cukup bulan mereka dibayar gaji. Bagi yang mempunyai keyakinan diri, mereka percaya kepada potensi diri sendiri dan percaya bahawa mereka boleh memperolehi pendapatan yang lebih besar jika melakukan usaha mereka sendiri. Mereka juga percaya bahawa mereka boleh merealisasikan impian mereka untuk hidup senang dan percaya bahawa mereka tidak akan dapat mengecapi kesenangan dan kemewahan jika hanya bekerja untuk orang lain. Ramai orang yang mengetahui perkara ini tetapi tidak ramai yang sanggup mengorbankan keselesaan pada masa sekarang untuk membina dan mengecapi kesenangan dan keselesaan dimasa hadapan. Kebanyakan orang hanya beranggapan mahu bekerja dan memperolehi gaji sahaja bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka. Dan sebahagian besar pula hanya mahu mencari wang yang mudah dan banyak tetapi hanya mahu membuat kerja-kerja yang sedikit dan jika boleh tidak payah membuat apa-apa kerja pun. Caranya memang ada tetapi ia perlulah dipelajari dahulu. Mereka ini terdiri daripada golongan seperti golongan yang terdesak, suri rumah , pelajar dan juga pekerja disektor awam dan juga swasta. Mereka mahu mencari alternatif menambahkan pendapatan yang mana jika boleh tidak perlu membuat apa-apa kerja. Dan sebahagian pula tidak mempunyai motivasi langsung untuk berusaha apabila sudah mendapat idea. Mereka menganggap makan gaji adalah lebih baik dan selamat kerana pihak yang menyedikan sumber kewangan. Mereka tidak perlu bersusah-payah memerah otak dan tenaga untuk mencari wang. Untuk mencari wang yang banyak dan membuat kerja yang mudah memang ada caranya dan ia sudah pun dibuktikan oleh ramai individu yang berjaya. Sebab itulah saya menulis buku ini supaya saya dapat menerangkan cara-cara untuk mencari wang yang banyak dirumah dengan membuat kerja kerja yang lebih mudah dan hanya memerlukan masa kerja yang minima sahaja.

Page 5: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

7 )Pengiktirafan. Pengiktirafan yang diberikan oleh majikan selalunya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan . contohnya ,seorang operator pengeluaran yang bekerja di sebuah syarikat gergasi jepun selama 16 tahun ,tidak mengambil cuti selama bertahun – tahun , sentiasa mengambil kerja lebih masa setiap minggu dan cuti umum , mempunyai rekod kedatangan yang bersih . dia hanya diberikan pengiktirafan sebuah loket emas bernilai tidak lebih RM400 setelah 15 tahun bekerja .. Kenaikan gaji sebanyak RM 70 hingga RM 90 setahun hanya setelah lebih 5 tahun bekerja . Setelah 16 tahun bekerja gaji yang di perolehi hanya sekitar RM 1 ,500. sebulan sahaja .tetapi bagi mereka yang bekerja sendiri mereka boleh meningkatkan perolehan berlipat ganda banyaknya dalam masa setahun dua sahaja vergantung kepada cara mereka melakukannya. Golongan ini mampu mengiktiraf diri sendiri. 8 ) Menjimatkan masa. Bekerja sendri dapat menjimatkan banyak masa. Ini tidak boleh di lakukan jika bekerja denagn orang lain,yang memerlukan masa bekerja yang panjang dari 8 hingga 16 jam sehari. Bekerja sendri dapat menjimatkan masa,walaupun masa bekerja yang singkat tetapi menjadi lebih produktif dan menjimatkan banyak kos.boleh memelih masa bekerja sendiri, tidak perlu memohon cuti dari majikan dan sebagainya.hal ini sudah tentu akan berlaku jika anda bekerja dengan orang lain. 9 ) Kerja yang penting . Anda boleh melakukan hanya kerja yamg mustahak sahaja dan tidak membuang masa dengan berbual kosong dan melayan karenah birokrasi. Boleh menyelesaikan kerja dalam masa yang sedikit sahaja selebihnya boleh digunakan masa tersebut untuk bersama keluarga dan juga beriadah. Masa memang begitu berharga dan tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit dan nilai kasih sayang keluarga. Hanya orang yang tahu menguruskan masa dengan bijak sahaja akan dapt menikmati keseronokan dan kebahagian hidup sebenarnya. 10) Kemajuan teknoloji. Tidak dapt disangkal lagi pada masa kini bahawa kemajuan teknologi telah dapat membantu memudahkan dan meyelesaikan banyak sekali urusan hidup dan perniagaan. Dengan kemajuan teknoloji dan penciptaan peralatan komunikasi dan data telah membolehkan urusniaga dilakukan dirumah, dilaut, di belantara malah dimana sahaja ceruk rantau dan benua tanpa perlu menemui sesiap. Pemindahan wang boleh dilakukan dengan hanya stu panggilan ataupun dengan hanya menekan butang-butang tertentu sahaja. Malah dengan terciptnya pera;latan komunikasi baru yang berteknoloji tinggi dengan membuat satu panggilan sahaja sudah boleh menghasilkan wang bernilai berjuta. Cara yang pasti untukterlepas dari berjaya, ialah terlepas peluang. Victor Charles

HANYA ADA SATU PILIHAN DAN SATU HUKUM SAHAJA UNTUK DIPILIH

Didalam dunia ini hanya ada satu pilihan dan satu hukum sahaja yang boleh dibuat dan terpaksa diikuti . Bukan semua orang menyedari dan memahami perkara ini lebih-lebih lagi jika anda seorang yang suka bersenang-senang dan berleka-leka . Apakah pilihan tersebut ? Pilihan tersebut ialah mengenai kehidupan kita sendiri . Kita hanya ada satu pilihan sahaja , jika ada orang mengatakan banyak pilihan ianya adalah pecahan daripada pilihan utama ini . Pilihan tersebut ialah mengenai sama ada anda MEMILIH UNTUK BERJAYA atau ANDA MEMILIH UNTUK GAGAL . Itu sahaja pilihan yang ada yang boleh anda buat . Sama juga Jika anda sampai kesebuah bangunan penting , jika diatas sana ada PELUANG BAIK untuk mendapat kekayaan . Anda hanya perlu membuat SATU PILIHAN sahaja iaitu sama ada anda mahu naik keatas atau anda tidak mahu naik dan dengan maksud membatalkan niat anda yang asal . Mengenai hokum pula ialah anda akan dipandang lebih baik jika anda hidup senang atau berada . Anda boleh Tanya diri anda sendiri , apakah pandangan anda mengenai jenis kehidupan . Adakah anda lebih seronok hidup susah dan berada dalam kemiskinan , adakah saudara mara anda akan memuji anda jika anda hidup susah dan jika anda hidup senang dan mempunyai kekayaan , anda akan dipandang hebat dan akan dipuji pula malah anda akan dijadikan contoh sebagai simbol kejayaan . Inilah hokum yang diciptakan manusia . Sebenarnya menjadi miskin atau pun kaya ia adalah pilihan kita sendiri . Ada orang dengan mudah meletakan dirinya sudah DITAKDIRKAN untuk miskin . Ini adalah pandangan yang salah kerana kita berhak untuk MEMILIH dan boleh belajar pula . Menjadi miskin tidak salah , tetapi jika sampai meminta- minta ia adalah satu kerugian . Menjadi kaya juga tidak salah asalkan tidak sombong dan angkuh kerana kekayaan dan harta yang diperolehi adalah sebagai pinjaman dari Allah semata- mata dan ia boleh diambil pada bila –bila masa . Yang paling baik dan berkat serta mulia ialah orang yang menjadi kaya dan suka membuat amal jariah dan sedekah . Bukan sahaja hartanya bermanfaat kepada dirinya tetapi mendapat berkat dan manafaat pula kepada orang lain . Inilah yang MESTI KITA CARI untuk bekalan hidup dialam akhirat . Semakin kita kaya semakin banyak pula pahala yang kita perolehi . Sebaliknya jika kita miskin biasanya kita mudah menjadi kufur jika iman kita tidak kuat . Semakin miskin semakin kurang ilmunya dan semakin banyak jahilnya sebab itulah mudah sahaja Untuk membuat maksiat dan mengingkari perintah Allah . Ingatlah !Dudukdiam dan mengeluh hanya akan menambahkan Kemiskinan dan kegagalan . terlebih rehat dan terlebih tidur hanya melebihkan hutang.

Page 6: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

KISAH BENAR

Siapa yang tidak pernah gagal tidak akan menjadi kaya Charles H . Spurgeon.

Zaman yang pantas perkembangan teknologinya ini dan dengan terhasilnya ciptaan berbagai peralatan berteknologi tinggi telah dapat melahirkan beribu-ribu peluang kerja dan sebahagian besarnya telah memberikan ruang untuk orang biasa mendapatkan wang hanya dari rumah sahaja . Malah beribu orang sudah pun melakukannya diseluruh dunia sejak beberapa dekad yang lalu . Semua orang sebenarnya boleh mempunyai pendapatan yang tinggi secara sampingan atau sepenuh masa dirumah jika mengetahui caranya . Bekerja dirumah mempunyai keburukan dan kebaikan tersendiri . Anda boleh sentiasa bersama keluarga dan mengetahui apa yang berlaku dalam keluarga setiap hari . Orang cina biasanya memiliki dan menjalankan perniagaan keluarga dimana mereka tinggal didalam bangunan yang sama Setiap ahli keluarga mempunyai pendedahan tentang perniagaan dan keusahawanan sejak dilahir lagi . Sebab itu cara pemikiran dan budaya hidup mereka adalah cara hidup usahawan . Didalam buku panduan ini anda akan diajar bagaimana anda boleh menjadi usahawan dirumah dan anda boleh MEMBINA mesin mencetak wang anda sendiri dirumah dengan cara lebih mudah . Anda boleh melakukan kerja-kerja selama 2 hingga 5 jam seminggu yang boleh menghasilkan pendapatan hingga berbelas ribu ringgit sebulan , walaupun bunyinya agak luarbiasa tetapi ia adalah satu kenyataan dan kisah benar yang berlaku keatas penulis buku ini yang pernah jatuh bangkrap beberapa tahun dahulu .. Penulis buku ini ialah saya sendiri iaitu MOHD HAMIDAN B . SALIHEN . Saya berasal dari kampong dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi , bersekolah hanya tamat tingkatan tiga pada tahun 1979 .Anak yatim piatu sejak berusia 5 tahun lagi . Saya pernah bekerja sebagai penoreh getah, mengait kelapa sawit , bekerja sebagai pembantu kedai , pembantu kantin , menjadi pemandu jentera berat dan sebagainya . Saya pernah berniaga makanan diwarung sehinggalah saya boleh membuka restoran sendiri , pernah memiliki rumah dan kereta dan mempunyai simpanan wang yang banyak . Semuannya telah saya usahakan sendiri tanpa mendapat bantuan daripada keluarga kerana saya adalah anak bungsu dan memang telah berdikari sejak tamat sekolah lagi .dipendekkan cerita pada tahun 1989 saya telah berkenalan dengan seorang broker saham yang menjalankan urusniaga pasaran saham hadapan komoditi berpusat di Singapura. Walaupun tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam bidang tersebut saya telah berani melaburkan hamper semua wang yang saya simpan. Semuanya disebabkan hilang pertimbangan dan pendengar janji manis boleh mendapat keuntungan yang tinggi. Malang memang tidak berbau, hanya dalam masa lebih kurang 2 bulan sahaja semua wang saya telah lenyap begitu sahaja. Habis segala penat lelah saya selama bertahun dan musnah pula hingga berpuluh ribu ringgit. Walaupun kereta dan rumah sudah dijual hutang tetap tidak berbayar habis. Saya terpaksa menutup kedai kerana tiada modal pusingan, terpaksa menyewa rumah dan hanya naik basikal. Sehinggakan hinggakan mahu makan pun saya tiada wang dalam poket. Pad masa itu saya hamper mati akal dibuatnya kerana tidak tahu macam mana dan dimana lagi nak cari wang untuk menyara diri. Semua barang keperluan telah saya jual termasuk perabut rumah tetapi saya masih tetap mempunyai hutang. Pernah satu ketika saya hanya mampu makan roti sandwich dan air kosong sahaja selama satu minggu. Bukan sahaja hilang tenaga, semangat pun hampir hilang, Dalam keadaan seperti ini tiada siapa pun yang mengambil peduli dan sudah menjadi sikap saya bahawa saya tidak akan meminta apa-apa bantuan daripada keluarga. Pada masa itu jika boleh saya mahu mencari wang seberapa banyak yang boleh dengan segera. Tetapi memang tidak ada CARA SEGERA untuk mencari wang dengan hanya menggunakan kaedah biasa. Dalam masa itu saya pun dengan rasa renah hati membuat semula kerja-kerja kampung yang pendapatnya tidak seberapa. Untuk menyara diri pun tidak mencukupi apatah lagi untuk membayar hutang. Saya diburu kegelisahan setiap masa dan juga pengutip hutang.

Page 7: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

Kemudian saya telah memohon kerja disebuah gudang menggeridkan kayu dan papan secara kontrak dan memperolehi pendapatan yang tidak mencukupi untuk membayar hutang, sewa rumah, bil telefon , bil air dan bil elektrik. Malah saya memang selalu terpaksa mengikat perut dan tidak makan. Selama 6 bulan saya tidak dapat membayar sewa rumah dan hamper di halu keluar, say apernah ditanya oleh jiran apa yang saya makan. Selama satu setengah tahun saya mengalami keadaan demikian . Saya sebenarnya memang hampir mati akal mengenangkan hutang yang tidak habis-habis malah dalam tempoh tersebut saya tidak pernah menonton TV dan mendengar radio kerana semuanya sudah dijual dan tidak mampu untuk memiliki lagi. Bayangkan betapa bosanya hidup saya ketika itu dan nasib saya masih belum berkahwin lagi ketika itu. Tetapi yang membuat saya rasa terkilan selama bertahun-tahun ialah saya telah ditanggalkan tunang saya dalam masa menhadapi keadaan yang sangat sulit itu walaupun telah saling kenal selama 7 tahun. Itulah sikap manusia yang sebenarnya yang dapat saya pelajari. Tetapi syukur sekarang saya telahpun berumahtangga dan bahagia. Di ringkaskan cerita lagi pada awal 1991 saya telah menemui satu system mencari wang yang boleh dijalankan dari rumah. Saya telah menemui sistem tersebut melalui buku yang dijual secara iklan didalam sebuah majalah fotografi bebahasa Inggeris. Saya telah membeli buku tersebut secara pos dari England dengan harga RM240 sebuah. Setelah tida bulan barulah saya menrima pesanan tersebut. Buku tersebut menceritakan bagaimana orang malas boleh menjadi kaya (jutawan) dengan menggunakan satu sistem perniagaan dirumah . Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak yakin untuk melakukannya lalu telah membeli beberapa buku seperti itu lagi dari luar negeri dan saya juga cuba menyertai berbagai sekim mencari wang dirumah tapi tiada hasilnya . Beribu-ribu wang saya telah habis hinggakan hutang yang patut di bayar tetapi tidak saya bayar . Dan sebahagian dari wang tersebut saya pinjam dari kawan-kawan . Pada tahun tersebut (1991) saya telah memberanikan diri memulakan usaha pertama saya dan saya pinjam duit dari kawan sebanyak RM 35 . Dari usaha yang pertama itu saya memperolehi pulangan sebanyak RM 400 , kemudian saya labor semula sebanyak RM180 , 3 minggu kemudian saya menerima RM 3,400 , inilah jumlah wang yang paling banyak pernah saya perolehi sejak dua tahun lalu . Di bulan berikutnya saya melabur semula sebanyak RM 376 ,hasilnya dalam masa 21 hari kemudian saya telah memperolehi wang sebanyak RM6, 500.Di bulan berikutnya pula saya melabur sebanyak RM 700 ,selepas 25 hari saya menerima RM11,200 .Kehidupan saya sudah mula berubah dalam masa beberapa bulan sahaja . Sekarang saya memiliki pendapatan sebanyak RM10, 000 hingga RM 16 ,000 sebulan hanya dengan bekerja selama 2 hingga 5 jam seminggu hanya dari meja makan dirumah saya . Inilah cara mencari wang yang paling mudah pernah saya perolehi setakat ini .

“Kegagalan adalah asas kejayaan dan kaedah bagaimana kejayaan di capai.”

Page 8: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

Saya sudah dapat memcapai kebebasan kewangan sebenar Sebelum itu saya tidak pernah terfikir bahawa adanya kerja yang lebih mudah dan boleh menghasilkan wang yang lumayan . Apa yang selalu saya fikirkan dan merasa hairan ialah bagaimanakah cara untuk mencari wang banyak , adakah ianya memerlukan modal yang besar dan kerja keras yang sebenar. Akhirnya sayamengetahui bahawa dengan menghargai idea dan mencari kaedah baru dan sentiasa berlajar serta mengamalkannya akan dapat mempercepatkan kejayaan . Menggunakan idea baru yang munasabah dan tidak hanya melakukan kerja yang serupa sahaja boleh mengubah cara hidup dan meningkatkan pendapatan . Dulu sewaktu saya menjalankan perniagaan makanan saya fakir itulah cara terbaik untuk mendapatkan wang tunai setiap hari Walaupun dengan bekerja selama 16 jam seharisetiap hari hingga tiada masa untuk beriadah .Hari-hari asyik fakir pasal kerja dan Duit hingga selalu tidak cukup tidur . Tetapi setelah menemui sistem baru ini ternyata saya mempunyai lebih banyak masa .,boleh pergi membeli belah tiap hari jika mahu , pergi makan angina tiap-tiap bulan , malah saya hanya bekerja tidak lebih dari 3 jam sehari dan hanya 2 hingga 3 hari dalam seminggu itupun saya sudah sibuk .Saya juga mempunyai tidur yang cukup (kadangkala lebih dari cukup) dan sekarang saya tidak perlu risau lagi tentang masalah kewangan dalam hidup saya .Seminggu sekali atau dua kali saya akan pergi ke Bank Untuk menyimpan wang sehinggakan pekerja bank telahmengenali saya . Saya memperolehi wang sebanyak RM 2,500 hingga RM4,000 seminggu , malah adakalanya pendapatan saya mencecah hingga RM 1 ,000 sehari . Inilah yang saya alami sejak beberapa tahun dahulu sehinggakan jiran-jiran dan rakan-rakan saya telah merasa hairan kerana saya memang tidak pergi bekerja seperti orang lain dari jam 8 pagi hingga 5 petang . Saya sentiasa berada di rumah . Malah bapa mertua saya pun berasa hairan dengan kerja yang saya lakukan kerana saya sentiasa mempunyai masa apabila diajak kesana kemari .Kaedah perniagaan ini sememangnya unik mudah dan menyeronokkan. Sekarang saya sudah merasa benar-benar bebas dari masalah kewangan dan saya juga mempunyai masa yang banyak dan memcukupi untuk membuat amal ibadat kepada Allah . Saya tidak lagi merasa tergesa-gesa kerana kesuntukan masa . Saya bangun awal pagi setiap hari dan selepas solat subuh saya akan membaca akhbar atau melihat maklumat terbaru melalui internet menggunakan komputer ( notebook ) ataupun komputer peribadi saya dirumah . Sekarang saya telah mempunyai dua buah computer bagi memudahkan kerja-kerja saya . Dulu saya bukan sahaja bangkrap malah tiada wang untuk membeli makanan apatah lagi untuk membeli komputer . malahsaya tidak kenal apa itu komputer apatah lagi menggunakannya .Saya tidak menyangka saya dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini . Dulu memang saya berusaha mencari banyak wang supaya boleh hidup senang .Sayaberniaga dan bekerja keras dan sanggup bekerja dalam tempoh yang lama .Tetapi pendapatan saya dahulu tidaklah sehebat seperti yang saya perolehi sekarang disamping saya masih mempunyai masa luang yang banyak . Kini saya hanya sesekali menulis tetapi saya suka menggunakan komputer dan menggunakan internet bagi mendapat idea dan bahan-bahan terbaru.Itulah rutin saya tiap hari, selalu juga saya makandiluar bersama isteri dan anak-anak atau pergi window shopping . Bila hujung minggu kami biasanya pergi berkelah. Saya juga membeli sebidang tanah untuk membina rumah baru kami yang lebih seratus ribu ringgit . Saya juga akan menukar kereta buat kali ketiga dalam masa 4 tahun bulan hadapan . Saya bercadang membeli kereta yang lebih mewah untuk keselesaan dan kemudahan kami sekeluarga .Sekarang saya rasakan hidup benar-benar bermakna kerana saya mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga , untuk membuat amal , mempunyai sumber kewangan yang banyak , boleh membuat amal jariah dan sebagainya .Sekarang saya sedia berkongsi rahsia dengan anda kerana saya fikir ianya perlu memandangkan saya pernah kehilangan wang beribu ringgit kerana terperangkap dengan sekim cepat kaya dan surat berantai yang disertai melalui iklan di akhbar tetapi tidak mendatangkan hasil pun . Lagi pun saya menganggap ilmu pengetahuan yang dikongsi dengan orang lain akan menambahkan lagi ilmu yang saya miliki dan juga boleh meningkatkan pendapatan . Memang benar pada masa dulu , mulanya saya telah menjual rahsia yang telah di bukukan tersebut dengan harga RM 299 sebuah .Harga tersebut bukan kerana tebalnya buku itu tetapi kerana nilai rahsianya yang amat berharga bagi diri saya lebih-lebih lagi kerana saya telah banyak kerugian banyak wang sebelum menemui sitem tersebut . Kini setelah saya miliki gaya hidup yang diingini saya sudah berkongsi rahsia dengan anda .Peluang ini kini boleh anda miliki dan saya hanya mengenakan sedikit bayaran untuk menampung kos dan mendapatkan sedikit untung . Jika anda mengikuti langkah-langkah yang saya akan ajarkan nanti saya yakin anda juga boleh memperolehi peningkatan pendapatan yang berlipat kali ganda asalkan anda mahu melaksanakannya . Janganlah hanya diperam sahaja idea dan pengetahuan

Page 9: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

Anda mesti bergerak dan mengubah nasib anda Memang benar hidup anda ditentukan oleh Allah , tetapi adakah anda telah mengetahui ketentuan Allah itu ? Dan adakah dengan itu anda berserah hidup anda kepada keadaan sahaja bagi menentukan hidup anda tanpa Berusaha dengan bersungguh-sungguh atau hanya berusaha setengah jalan sahaja..Jika begitu tidak hairanlah Jika anda masih tidak memcapai impian anda sekarang Memang benar sekali , apa yang berlaku kepada Kebanyakkan manusia didunia ini ialah lebih banyak menerima sahaja daripada memberi . Dengan itu hidupnya Tidak mengarah kemana-mana . Semuanya mereka harap ada yang menyediakan kemudahan, bantuan ( subsidi ), perkerjaan dan macam-macam lagi. Apabila tamat sekolah mereka harap ‘berpeluang dapat kerja yang diingin’ yakin hanya melihat ialah apa yang ada didepan mata sahaja . Jika susah sikit sahaja mereka tidak yakin boleh memperolehinya . Mereka sebenarnya tidak mempercayai diri sendiri .Kebanyakkan orang bekerja hanya sekadar mahu menyara hidup sahaja sekadar makan dan pakai sahaja selebihnya mereka berfikir apabila bersara kelak akan dapat wang pencen dan terjamin .Oleh kerana lebih ramai bilangan orang yang hidup didunia ini tidak mahu menggunakan akal atau otaknya secara maksimun dalam bekerja maka hidupnya menjadi ‘biasa sahaja ‘.Oleh kerana’ terlalu sayangkan’ otaknya maka mereka tidak berani berfikir lebih kerana takut pening kepala ,atau malas menyesakkan kepala dengan benda yang tidak diketahuinya maka hidupnya pun sentiasalah sesak selalu .Manusia adalah dari golongan makhluk ciptaan Allah yang paling mulia sekali tetapi malangnya manusia menjadi hina sekali kerana ‘gagal memanafaat ‘ anugerah paling berharga dari Allah iaitu nikmat akal . Malah yang membezakan diantara manusia dan haiwan ialah akalnya sahaja , begitu juga diantara yang pandai dan sibodoh ,sikaya dan simiskinmalah didalam Quran sering disebut supaya manusia menggunakan akalnya untuk melihat kebesaran Allah dan membezakan mana buruk dan mana baik.Sebenarnya ramai orang mempersiakan nikmatdanpemberian Allah didalam hidupnya.Mereka adalah golongan yang tidak bersyukur malah hanya tahu meminta sahaja tetapi tiada usaha . Wang ringgit tidak akan turun dari langit begitu sahaja walhal ia terdapat dengan banyaknya dimuka bumi ini dan ia hanya menunggu untuk ‘diambil’ sahaja .Ianya mungkin masih berada ditangan orang lain sekarang kerana sifat dan rupa wang ialah hanya sehelai kertas sahaja sebagai alat penukaran . Manusia yang mencipta dan memberi kuasa kapadanya tetapi malangnya ramai pula manusia yang tidak dapat melihat kelebihan ini.Ia bukan satu keajaiban bagaimana seseorang boleh menjadi jutawan .Mereka ini cumagolongan yang amat percaya pada kebolehan sendiri dan juga dari golongan yang percaya bahawa Allah telah menyediakan banyak sekali kemudahan dan anugerah nya itu sahaja ..Wang yang banyak itu memang untuk manusia kerana ia dicipta oleh manusia juga .Anda hanya perlu mencari kaedah untuk mendapatkan wang ,sama ada untuk wang yang sedikit .Semakin banyak wang yang anda mahu perolehi maka semakin banyak pula pengetahuan yang perlu anda cari . Anda perlu mempelajari kaedah-kaedah mencari wang dan mengamalkannya supaya anda benar –benar boleh bebas daripada masalah kewangan .Anda perlu mengubah nasib anda sekarang . Dari nasib yang kurang baik untuk menjadi nasib yang lebih baik lagi.Tiada tangan lain yang dapat membantu mengubah nasib anda selain daripada tangan anda sendiri.Orang lain tidak akan membantu anda , hanya anda sahaja yang boleh membantu diri sendiri .Jika anda merayu-rayu untuk meminta bantuan kepada saya , apa yang boleh saya ? Adakah saya akan menghantar sebukit emas ataupun segudang wang ? Saya tidak mampu berbuat begitu sebaliknya saya hanya boleh memberi jalan dan berkongsi idea dan pengalaman saya yang sudah menjadi kenyataan .Anda sendiri fikirlah ….. sedangkan Allah yang menciptakan manusia pun tidak menyediakan selonggok wang kepada hambanya sebaliknya disediakan dengan pelbagai kesenangan dan nikmat melimpah ruah yang tidak terhitung .Kekayaan telah disediakan kepada setiap manusia dan ia berada dalam diri sendiri .Ianya juga berada dalam bentuk tersembunyi seperti berada dalam segumpal masalah . Apabila anda dapat mencari kaedah menyelesaikan masalah tersebut ianya akan bertukar menjadi bentuk peluang dan wang.Disitulah bermulanya kekayaan anda . Nasihat saya ialah ,jika anda mahu mendapat banyak wang carilah masalah anda sendiri dan masalah oirang lain . Tanya kepada diri anda sendiri tentang apa yang anda mahu , jika anda mahu mencari banyak wang bagaimana caranya . Anda boleh menggunakan apa sahaja untuk mendapatkan wang .Anda boleh tukarkan benda-benda menjadi wang dan yang paling mudah sekali ialah MENUKARKAN IDEA ( menjual idea ) supaya boleh menjadi wang.

Page 10: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

‘.bekerja untuk mencari rezeki ‘Saya percaya pada nasib dan saya juga percaya lebih kuat saya bekerja ,saya akan menjadi lebih bernasib baik’ Pekerjaan adalah tugas dan asaa utama anda untuk memcari rezeki bagi keluarga dan diri anda sendiri .Untuk pengtahuan anda sumber rezeki yang Allah kepada makhluknya adalah terlalu banyak dan lebih dari mencukupi , dan sumber rezeki ‘utama ‘ anda ialah AKAL .Jika anda hanya berkerja menggunakan tenaga semata-mata sampai kesatu masa kelak tenaga anda semakin berkurangan dan menjadi lemah sebaliknya akal tidak menjadi lemah apabila digunalan tetapi ianya akan ‘berkarat ‘ bila jarang digunakan sehinggakan tidak dapat melihat kelebihan diri sendiri . Tiap-tiap orang memiliki kelebihan dirinya sendiri .Fungsi akal sama dengan pisau jika selalu diasah akan menjadi tajam jika tidak tentu akan menjadi tumpul ,malah jika salah diasah maka ia akan menjadi tumpul juga yakin hilang keupayaan sebenar . Maka jika anda bekerja dengan mengabungkan akal dan tenaga lalu akan wujudlah banyak peluang malah anda boleh menggunakan tenaga orang lain untuk bekerja dengan anda dan mampu menghasilkan pulangan berlipat kali ganda berbanding tenaga anda seorang . Contah yang paling jelas ialah tempat dimana anda bekerja sekarang , sama ada dipejabat , dikilang syarikat perniagaan dan sebagainya .Anda adalah sebagai alat untuk menjalankan tugas yang tidak boleh diselesaikan seorang diri oleh majikan anda .Oleh sebab itu pekerja adalah dianggap sebagai eset atau harta utama malah ia disebut ‘tenaga kerja ‘ .Diantara anda dan majikan tidak kira siapa , kerajaan atau swasta siapakah mempunyai lebih banyak wang dan lebih cepat menjadi kaya ? Malah di dalam islam apabila kita menyediakan lebih banyak peliang dan pekerjaan ia disebut sebagai ibadah dan bekerja juga jika , ikhlas merupakan satu ibadah . Tetapi diantara yang menyediakan lebih banyak peluang ibadah dengan hanya yang beribadah siapakah yang lebih baik kedudukannya dan siapa pula yang lebih banyakmenerima ganjarannya ?Anda boleh memilih untuk bekerja makan gaji atau mahu bekerja sendiri yakin dengan membuka perniagaan sendiri . Sebenarnya semua orang mempunyai asas untuk berniaga .Menukar dan bertukar sesuatu adalah sejenis perniagaan .Contohnya jika anda ada idea atau cerita ,anda akan berbual dengan kawan anda dan mereka juga bercerita dengan anda. Anda tidak perlu melihat jauh-jauh , cuba lihat kembali kepada suasana keluarga . Perbincangan dalam keluarga antara suami dan isteri ,anak-anak dan ibu bapa . Untuk memdapatkan pekerjaan anda perlu menjual diri anda (bukan menjual tubuh ) tetapi menjual kelayakan dan kemahiran yang anda miliki .Kemudian majikan pula menawarkan wang sebagai gaji atau upah . Itulah perniagaan sebenarnya . Walau apa pun caranya anda mencari rezeki .Anda boleh memilih cara yang anda minati dan sukai . Yang penting anda ada matlamat , tiada gunanya anda bekerja jika tiada matlamat . Tetapi anda harus ingat , walau sebesar mana pun matlamat anda , ia tidak dari sampah jika tidak ada usaha untuk mencapainya . Berapa ramai manusia didunia ini yang bermatlamat hebat tetapi akhirnya matlamat itu semakin jauh melayang ke langit kerana terlupa atau buat-buat lupa bahawa diantara keadaan sekarang dengan keadaan yang di kehendaki di tengah-tengahnya ialah USAHA . Bahkan berusaha boleh gagal , jika usahanya hanya sekali –sekali . Orang yang berjaya ialah orang yang berusaha dengan gigih . Orang yang gagal tidak ada niat dan kemahuan yang begitu kukuh .’Betul kamu nak berjaya ?’. Mestilah nak berjaya ‘ . Kalau begitu bila kamu nak mula ?” Bila diajukan soalan begitu , orang yang gagal dan akan gagal selalunya mengatakan ,” Nantilah …..”

“sembilan puluh sembimlan peratus kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu,siapa yang mahu dan tidak birtindak,dia adalah haiwain perosak” -William Balake.

Masa Depan Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Page 11: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

Kewajipan berdoa Sebagai manusia tidak kira walau apa juga bangsa dan agamanya mereka tidak akan terlepas daripada bergantung kepada Penciptanya yang maha kuasa . Dan setiap makhluk yang dijadikan Allah tidak akan terlepas dari berdoa memohon perlindungan dan kemudahan hidup serta dimurahkan rezeki , hatta makhluk-mahkluk yang lain .Tetapi kebanyakkan manusia selalunya akan memohon doa apabila berada di dalam keadaan tersempit kecualilah mereka yang terdiri dari golongan orang-orang yang benar –benar beriman dan bertakwa kepada Allah .Memang tidak dinafikan bagi orang islam yang mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam sentiasa berdoa di dalam solatnya agar Allah memurahkan rezeki kepadanya . Berdoa kepada Allah merupakan amalan yang mulia tetapi apabila doa tersebut tidak disusuli dengan perbuatan sekali maka sukar baginya untuk mencapai apa yang diingini kerana Allah tidak akan menurunkan rezeki dan segala kemudahan terus melayang daripada langit .Malah setiap usaha yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan diberikan pahala pula . Sebenarnya peluang-peluang adalah smber rezeki yang dianugerahkan kepada manusia secara tersembunyi dan nikmat akal yang telah dianugerahkan kepada manusia . Allah menyuruh kita “berfikir “supaya dapat melihat dan mensyukuri nikmat yang melimpah ruah itu .Sering kali peluang datang kepada kita dalam bentuk tersembunyi sama ada ia datang melalui kawan-kaean atau dari sikap suka membaca kita atau dari pergaulan kita atau orang-orang yang berdaya maju . Ia mungkin terdapat didalam jualan langsung , menjadi agen insurans dan sebagainya . Tetapi malangnya terlalu ramai orang beranggapan bahawa rezeki itu hanya datang dalam bentuk yang nyata sedangkan rezeki yang lebih besar sebenarnya masih tersembunyi dengan banyaknya di didalam bentukyang berbeza-beza . Dari pemerhatian penulis ramai sekali orang yang telah menolak peluang datang setiap hari di dalam hidupnya dengan alasan mereka sibuk dan tidak cukup masa dan mereka mempunyai seribu satu alasan untuk tidak mahu melakukan sesuatu . Walhal ramai orang-orang kaya yang pada awalnya telah bekerja keras dan akhirnya telah mempunyai lebih banyak masa dan wang berbanding orang biasa yang kurang berjaya atau tidak berjaya . Orang kaya mempunyai lebih banyak masa dan wang tetapi orang biasa tidak mempunyai masa dan juga wang .Siapakah yang tersilap dalam hal ini ?Orang yang berdoa tetapi tidak melakukan sesuatu bolehlah dikatakan tidak wajar baginya berdoa meminta supaya ditunjukkan jalan tetapi tidak pula mengikuti jalan yang diberikan adalah sia-sia sahaja walaupun DOA itu sendiri adalah satu ibadah tetapi dia akan gagal mendapatkan manafaat jika tidak tahu berfikir dengan sempurna Bezanya diantara orang-orang yang berjaya dan orang yang gagal ialah cara bagaimana dia berfikir dan bertindak .Jika pendapatan anda hanya sebanyak RM500 atau RM2000 sebulan dan anda rasa ia tidak mencukupi dan pada masa yang sama pula anda sering berdoa agar di murahkan rezeki tetapi dalam masa yang sama juga anda selalu menolak berbagai peluang .Memanglah mustahil bagi anda boleh mengubah nasib anda kerana sudah jelas dinyatakan di dalam Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alas an. Sebenarnya , apa yang anda fikirkan dan angan-angankan ianya adalah merupakan satu doa senyap anda kepada Allah .Pemikiran anda yang sedemikian akan mempengaruhi otak anda danjuga anggota tubuh anda .Contohnya jika anda tidak begitu percaya dan yakin terhadap apayang anda impikan sudah tentu ianya akan membawa kepada seluruh ANGGOTA TUBUH supaya tidak mempercayai dan meyakini diri sendiri .Fikiran anda akan mempengaruhi tubuh badan anda sekiranya selalu mengelakkan amalan tersebut . Sebenarnya permintaan dan doa dalam senyap ini jauh lebih merbahaya keranaia akan mempengaruhi seluruh perbuatan dan kehidupan anda . Ianya adalah satu permasalahan makro . Ia mungkin akan menyebabkan anda mempunyai sikap tidak percaya diri sendiri , sikap pengecut untuk mencuba dan bertindak , malah sikap ini akan memakan dirisendiri dimana anda akan terperangkap di dalam penjara ciptaan diri anda sendiri.Ada suri rumah dan orang-orang biasa yang berfikiran mereka agak sukar untuk memulakan perniagaan sediri dirumah .Sebenarnya ia tidak susah mana asalkan anda mahu mencubanya . Halangan dan rintangan memang ada , tetapi kita tidak akan dapat mengetahui apa yang ada diatas bukit sana jika kita berani untuk mendakinya .Mungkin pemandangan diatas bukit tersebut sangat indah dan udaranya juga begitu segar , sudah tentu sangat HEBAT!

Page 12: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

Anda perlu mengetahui cara untuk ….

MEMBINA KEKAYAAN TANPA MODAL

Tanamkan Sifat Positif Dengan Kejayaan Dan Menghargai Dan Menggunakan Akal Yang Telah Dianugerahkan Kepada Kita Dengan Bijaksana Dan Maksimun

Page 13: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

SEMUA ORANG MEMANG MAHU MEMILIKI BANYAK WANG Mempunyai pendapatan yang lebih banyak memang menjadi impian setiap orang kerana hidup di zaman sekarang ini wang menjadi sangat penting kerana barang keperluan kos sar hidup sentiasa meningkat harganya . Ramai orang memilih jalan dengan menyertai berbagai usaha sampingan sama ada dengan menceburi bidang perniagaan jualan langsung atau melabur didalam pasaran saham bagi mereka yang mempunyai lebihan wang dan pengetahuan serta berani menanggung risikonya .Selain itu ramai juga yang menceburi atau melakukan berbagai usaha sampingan sebagai jalan menambah sumber kewangan contohnya seperti memotong rumput ,mencuci pinggan mangkuk direstoran ,berniaga di pasar malam ,menjual nasi lemak , menjual kuih muih dan lain-lain lagi . Bagi mereka yang menjalankan perniagaan jualan langsung kawan-kawan dan ahli keluarga boleh menjadi pelanggan mereka dan bagi yang benar-benar beruasha tentu akan mencapai kejayaan yang besar , tetapi bagi mereka yang hanya hangat-hangat tahi ayam pasti kekecewaan sahaja yang dicapai .Sudah ramai orang yang menjadi jutawan dinegara ini dengan menjalankan perniagaan jualan langsung .Untuk berjaya usaha yang itu dan kemampuan berfikir cekap adalah faktor utama untuk mencapai matlamat tersebut .Ramai yang hanya berangan-angan untuk mempuyai banyak wang dan hidup senang tetapi mereka tidak sanggup mengembelingkan usaha sebaliknya hanya berangan-angan dan menunggu-nunggu masa yang sesuai dan tidak mahu belajar lebih jauh lagi . Kebanyakannya hanya sekadar boleh mengkagumi pencapaian orang lain dan membayangkan orang tersebut sungguh bernasib baik . Sebenarnya nasib tidak akan sekali-kali menyebelahi orang yang malas berusaha , berfikir dan bertindak . Ramai orang mempunyai idea yang baik dan bernas tetapi tidak pula melaksanakannya kerana menunggu masa sesuai atau mempunyai alasan sibuk dan tiada modal .Tidak ada benda yang ada di dalam hidup kita berlaku secara tiba-tiba , anda tidak dilahirkan sebagai seorang dewasa dengan tiba-tiba .Pokok-pokok juga tidak terus tumbuh menjadi tinggi , anda juga tidak terus bekerja tanpa melalui proses belajar dari sekolah tadika , rendah , menengah , kolej seterusnya ke universiti dan memasuki alam pekerjaan . Sebenarnya terlaku ramaiorang memberikan alas an yang tidak masuk akal untuk tidak melakukan sesuatu .Ramai suri rumah telah berjaya dalam perniagaan walaupun pada masa yang sama mereka sibuk dengan urusan rumah tangga dan kerjaya lain .Di Amerika seorang suri rumah yang sarat sedang mengandung dan telah di tinggalkan oleh suaminyaserta tidak mempunyai wang membayar sewa bilik yang di dudukinya telah memulakan usaha menjual barangan cenderamata secara pos dengan sedikit wang yang ada ditangannya hanya dari bilik tidurnya yang dijadikan sebagai pejabat dan sekaligus sebagai tempat tinggal selama bertahun-tahun lamanya. Sekarang beliau merupakan seorang uahawan paling berjaya yang dan mempunyai pendapatan lebih satu billion dolar setahun, nama beliau ialah Lilian Vernon. Sebenarnya masih banyak lagi kisah kejayaan individu yang berada didalam kesusahan dan kesulitan tetapi telah mencipta kejayaan yang gemilang oleh itu untuk menyatakan bahawa anda tidak mampu melakukan dan tiada masa serta tiada modal adalah karut semata-mata. Jika anda mempunyai fikiran yang waras dan tenang anda akan lebih mudah untuk mendapatkan jalan. Dengan sentiasa mengingati Allah juga anda akan dikurniakan dengan ilham dan juga idea yang boleh mendatangkan keuntungan besartetapi ia bergantung kepada cara anda melaksanakannya . Sebenarnyasangatbanyak cara yang boleh digunakan bagi meningkatkan pendapatan dari rumah , ada yang boleh lakukan secara sambilan dan ada juga yang boleh dijalankan secara sepenuh masa . Jika ditanya kepada sesiapa sahaja mengenai pandangan mereka tentang wang , saya percaya jika diberi pilihan memang semua orang akan memilihuntuk hidup senang dan memiliki untuk hidup senang dan memiliki banyak wang . Tetapi jika diberikan jalan dan kaedah untuk hidup senang mereka akan hanya memilih cara yang paling mudah untuk menjadi kaya. Sebab itulah dapat dilihat begitu ramai orang dengan mudahnya telah melaburkan sebahagian dari pendaptanya dalam judi ekor setiap minggu. Golongan ini adalah golongan yang punya cita-cita tinggi untuk menjadi kaya tetapi mereka juga mempunyai sikap yang paling malas. Jika anda bergaul dengan golongan seperti ini, anda akan mendapati impian mereka sungguh besar. Mereka juga adalah golongan kaki sembang kedai kopi, pakar ramal tapi terlalu jarang yang menjadi.

Page 14: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

MENGGUNAKAN MAKLUMAT SEBAGAI SUMBER KEKAYAAN

SEMULA JADI AMAT MENGUNTUNGKAN Mungkin anda tidak pernah memikirkan bahawa apa yang anda miliki di dalam diri anda merupakan sumber asli atau pun telaga emas yang belum lagi diterokai selama ini dan mungkin anda sendiri tidak mengetahuinya. Emas yang masih tersembunyi itu mungkin dalam bentuk pengetahuan ,dalam bentuk hobi, bentuk kemahiran, bakat, keinginan, pelajaran, kisah hidup , pengalaman dan sebagainya . Anda hanya perlu menggunakan dan mengolah perkara-perkara yang telah anda miliki itu dan menggunakan kaedah tertentu untuk menjadikan anda seorang jutawan dengan hanya menjual ataupun mengedarkan maklumat. Tiap-tiap orang sebenarnya boleh menjadi jutawan asalkan di mahu berusaha. Sumber kekayaan telah sedia ada didalam diri anda kerana Allah telahpun menyedikan keperluan bagi manusia lebih dari mencukupi untuk membolehkan manusia hidup dengan kegemilangan supaya mereka dapat melihat kebesaran Nya dan mensyukuri nikmat Nya . Itulh tujuan anda dihidupkan didunia ini. Anda hanya perlu membuka AKAL supaya celik , kerana mata yangcelik belum tentu dapat melihat emas disebalik tembok apatah lagi melihat kedalam diri sendiri. Tetapi Akal yang celik dapat melihat bukan sahaja emas dan permata dibumi malah boleh membayangkan cara untuk terbang ke langit biru dan menyelam didasar lautan. Okey sekarang ini saya tidak mahu membuang masa anda lagi untuk menerangkan perkara-perkara yang sepatutnya telahpun anda ketahui. Saya akan cuba membawa anda kepada objektif sebenar saya dan mengapa anda sanggup membeli buku ini, mungkin hanya kerana disebabkan anda terlalu ingin untuk mengetahui bagaimana saya boleh memperolehi pendapatan hingga berbelas ribu ringgit malah kadang kala hingga melebihi seribu ringgit sehari. Anda juga boleh mempelajari dan melaksanakan kaedah yang saya berikan dan anda boleh memiliki pendapatan sedemikian kerana ianya bukanlah satu perkara yang luarbiasa dan pelik. Anda akan diajar dan diberitahu cara untuk mancari wang yang lebih mudah dan lebih lumayan dengan menggunakan masa yang lebih minima berbanding kerjaya biasa yang dilakukan dan juga melakukan hanya dengan menggunakan ko yang paling minima berbandibg perniagaan biasa. Malah anda boleh melakukan usaha –usaha ini hanya dari bilik tidur sahaja ,hanya dari meja makan di dapur rumah anda, atau sambil menonton rancangan TV kegemaran anda. Kerja-kerja ini boleh dilakukan pada waktu siang dan malam atau pada waktu subuh dan waktu petang. Pada peringkat permulaan anda hanya memerlukan masa diantara satu hingga dua jam sahaja seminggu dan ia sudah memadai. Anda akan diberitahu dan boleh mengikut dan boleh mengikut langkah-langkah sewajarnya dengan bahasa dan penyampaian yang mudah difahami . Malah anda akan diajar bagaimana untuk membuat keuntungan sehinga dua ribu peratus dengan menjual barangan yang ringan dan mudah dikeluarkan sendiri. Harap maaf kerana kami tidak menyedikan peluang pekerja untuk anda kerana kami tidak mahu anda bergantung semata-mata kepada kami ( DYNAMIC MAIL ENT ). Kami mahu anda memiliki kebebasan kewangan sebagaimana yang kami janjikan bukan hanya bergantung pendapatan daripada kami kerana seandainya kami berhenti berniaga atau kami jatuh bankrap anda tidak akan mendapat susah kerana hilang pekerjaan dari punca pendapatan sebaliknya anda kan terus menikmati kebebasan kewangan sebenar dengan usaha anda itu melalui bimbingan kami dari buku ini. Itulah tujuan kami sebenarnya . “ Bergantung pada sesuatu tidak akan dapat bertahan bertahan lama , tetapi berdiri sendiri adalah lebih teguh “. DYNAMIC MAIL ENT bukanlah sebuah syarikat konglomerat tetapi kami adalah sebuah syarikat kecil ( one man show ) single handed. Tetapi kami mampu memperolehi pendapatan yang sangat lumayan hanya dengan menjalankan perniagaan dari rumah seperti yamg kami terangkan . Kami telah menjadikan maklumat sebagai SUMBER KEWANGAN YANG AMAT MENGUNTUNGKAN. Kami telah menggunakan MAKLUMAT-MAKLUMAT KHUSUS sebagai perniagaan kami dirumah . Kami akan membuka pemikiran anda supaya anda boleh melihat betapa besarnya peluang-peluang yang boleh anda rebut didalam industri ini. Anda boleh menjadikan maklumat-maklumat sebagai SUMBER KEWANGAN DAN KEKAYAAN ANDA. Dengan menggabungkan maklumat-maklumat ini dengan AKAL anda , kelak anda akan menjadi lebih GENIUS dan anda seperti memiliki harta karun dan juga akal anda sebagai LAMPU ALADDIN YANG AJAIB itu. Akal atau otak jika digunakan dengan bijak dan betul serta diarahkan kepada arah kekayaan nescaya akan menghasilkan kekayaan sebenar . Kekayaan dan wang yang banyak semuanya bermula dari dalam fikiran dan idea-idea yang telah disempurnakan atau idea yang telah dijadikan kenyataan sebenar bukan hanya dijadikan angan-angan yang kosong sahaja.

Page 15: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

JUAL IDEA SENDIRI ATAU IDEA ORANG LAIN DAN JADIKANYA

SEBAGAI ( BAHAN ) KOMODITI MAKLUMAT

Mungkin anda tidak pernah memikirkan bahawa apa yang anda miliki dan ketahui merupakan harta atau aset utama didalam hidup anda. Perkara tersebut mungkin mengenai pengetahuan anda , pelajaran anda, kemahiran anda kerana tiap-tiap orang memiliki kemahiran tersendiri . Ianya juga mungkin mengenai hobi, seperti berbasikal, menonton, bersiar , mengumpul setem, memancing , menyanyi , dan sebagainya . Pengetahuan pula mungkin mengenai jahitan , membaiki kereta , membaiki peralatan elektronik, menggunakan komputer, menaip , dan sebagainya lagi. Dengan memiliki itu semua jika di olah dengan betul tidak mustahil anda boleh menjadi kaya pada satu hari nanti atau anda mungkin akan menjadi seorang jutawan kerana semua itu merupakan sumber emas yang sudah ada dalam diri anda yang masih belum di gali lagi. Maknanya anda tidak perlu lagi berkejar kesana dan kemari untuk mencari benda yang anda sendiri belum pasti sebaliknya jika nada mahu menyelidiki apa yang nada ketahui ia boleh menjadi telaga emas. Bagaimanakah caranya untuk menggali emas dan membina kekayan dari dalam diri yang sudah sedia ada itu ?. Dengan itu eloklah anda membuka fikiran terlebih dahulu sebelum anda pergi lebih jauh lagi . Dapatkan fakta dan contoh bagaimana ramai orang yang telah mencipta kekayaan melalui apa yang mereka ada dan katahui . Tanpa perlu membuang masa lagi cuba lihat kepada kerjaya seorang konsultan atau penasihat kewangan , perniagaan , kerjaya , kesihatan , peribadi , dan lain-lain lagi . Penasihat perniagaan misalnya memberi khidmat nasihat mengenai cara memulakan perniagaan , memilih jenis perniagan , mencari nama perniagaan , cara memasarkan produk , dan sebagainya . Agensi perkhidmatan kewangan , mereka hanya menjadi agen penyelesai masalah orang lain. Begitu juga dengan penasihat atau perunding kerjaya yang mengajar anda cara memohon kerja , menghadapi temuduga , mereka mengadakan kursus dan seminar dengan mengenakan bayarn tetentu bergantung kepada jenis kerja . Doktor dan penguam juga begitu , mereka cuba menyelesaikan masalah oaring lain melalui khidmat nasihat mengenai kesihatan , ubat-ubatan , rawatan dan bagi seorang peguam pula mereka memberi khidmat mengenai cara membuat perjanjian jual beli , pinjaman , wasiat kematian mengenai harta dan lain-lain. Malah para tabib dan tukang urut , dukun dan bomoh dan pengamal perubatan Islam dan tradisional juga adalah bertindak sebagai PENYELESAI MASALAH dan pemberi khidmat .Ya ! mereka semua mengenakan bayaran , melalui khidmat dan maklumat yang diberikan . Marilah kita lihat pula kepada majalah-majalah yang tajuknya beribu-ribu jenis , akhbar harian dan mingguan yang menerbitkan berbagai isu dan cerita. Stesyen TV dan radio yang berbagai jenis, mereka menyiarkan berbagai rancangan, berita , rencana , iklan-iklan . Pakar sakit jiwa hanya memberikan nasihat-nasihat untuk orang yang menghadapi masalah kehidupan supaya mereka boleh hidup dengan lebih aman dan tenteram.Mereka yang memberikan nasihat mengenai pengurusan masa dan kerjaya semua ini bidang adalah orang yang boleh membuat wang . Bagaimana mereka melakukannya? Mereka adalah agen “pemberi maklumat” mereka telah belajar mengenai kerjaya mereka sebelumnya. Kemudian mereka mencipta kekayaan melaluinya. Saya juga telah membina kerjaya saya dan telah memperolehi pendapatan yang sangat lumayan dengan menjadi agen maklumat tetapi dengan cara yang lebih mudah dafn tidak perlu menemui pelanggan serta bercakap dengan mereka .Saya mempunyai cara yang lebih mudah dan menguntungkan dengan menjual maklumat yang mudah di rumah.Setiap hari kita menggunakan maklumat di dalam kehidupan , tanpanya kita tidak akan dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Contohnya jika seorang petani hanya mahu menggunakan cara lama sahaja untuk bertani tanpa mahu mencari kaedah dan pengetahuan baru , maka dia bukan saja akan ketinggalan dari segi pendapatan malah dia juga akan semakin kurang upayakeranakehabisan tenaga dan akan menjejaskan produktivitinya . Sebaliknya jika dia mencari pengetahuan dan menggunakan kaedah pertanian baru dan moden sudah pasti dia akan memperolehi pendapatan berlipat kali ganda dan masih mempunyai masa yang banyak disamping tenaga yang tetap kuat . Jika menggunakan kaedah lama dan usang mereka perlukan tenaga kerja yang ramai ,masa yang lama , pengurusan yang tidak kemasdan mantap . Ini jelas membuktikan maklumat memang SANGAT PENTING dan amat diperlukan untuk mengubah hidup anda . Sebab itulah saya memilih untuk bekerja sendiri setelah saya memperolehi maklumat ini dahulu . Saya hanya menjadi penyedia maklumat kepada sesiapa sahaja yang berminat, salah satu maklumat yang saya edarkan ialah seperti buku yang sedang anda pegang dan baca ini sekarang . Dulu saya juga mencari maklumat seperti ini . Sebab itulah dunia , maklumat ADALAH SEPERTI LOMBONG EMAS . Dengan menjual maklumat anda PASTI BOLEH memperolehi pendapatan yang SANGAT BESAR DAN LUMAYAN seperti yang saya lakukan sejak dahulu sehingga sekarang . Sudah tentu ANDA JUGA BOLEH MELAKUKANYA…….

Page 16: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

BAGAIMANA BOLEH MEMBINA KEKAYAAN

TANPA MODAL ?

Sebelum anda boleh berjaya wang ringgit sebagai simbol kekayaan terlebih dahulu anda mesti perlu mengetahui cara bagaimana orang yang kaya membina kekayaan kerana kebanyakan daripada mereka telah membina kekayaan dari perit jerih dan kemiskinan yang telah menghimpit diri mereka . Apakah sifat dan jalan yang ditempoh sebelum mereka berjaya memiliki kekayaan wang . Bahagian ini disebut sebagai MEMBINA KEKAYAAN TANPA MORAL wang. Ia boleh disebut membina sikap seseorang . Tanpa sikap yang penting ini pasti anda tidak akan berjaya menjadi manusia yang punyai banyak wang apatah lagi untuk hidup senang . Setelah anda memiliki sikap tersebut semua usaha akan menjadi lebih mudah dan seolah-olah akan terpanggil dengan sendirinya kepada anda dan wang akan mengalir masuk tanpa henti kedalam hidup anda kelak . Dan anda hanya perlu melakukanya sahaja atau DO IT ! Orang melayu kata DU IT . Ya apabila anda buat kerja dengan memiliki sikap yang betul dan berkomiten akhirnya duit akan datang kepada anda dengan lebih mudah . Ini kerana sudah menjadi sifat semulajadi WANG , ia sukakan kepada orang yang bermatlamat , tekun , berdisplin , kuat pendirian , sabar dan tahan ujian . Ini bukan perkara pelik dan ajaib atau formula-formula luar biasa . Ini adalah perkara biasa yang tidak dilakukan oleh kebanyakan orang biasa . Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting sekali untuk dipelajari. Ianya penting kerana jika anda tiada pengetahuan dan mengenali sifat wang anda kenalah mencarinya terlebih dahulu . Ia boleh didapati dengan cra membaca , bergaul atau menghadiri kursus . Apabila pengetahuan sudah di miliki barulah usaha untuk mengalirkan wang akan menjadi lebih mudah lagi. Pastikan anda mengenali sifat wang dahulu supaya anda tidak akan kecewa apabila anda gagal . Anda tahu punca kegagalan anda jika ianya berlaku . Begitulah juga dalam melaksanakan sebarang yugas, anda pastikan kita mengenali jenis tugas dan bidang yang mahu kita lakukan , jika tiada pengetahuan , anda boleh mencarinya dahulu . Sering kali berlaku bila kita mempunyai idea yang bagus tetapi tidak tahu pula bagaimana untuk memulakanya maka idea tersebut kan terus terkubur begitu sahaja hinggalah tiba-tiba anda dapati ada orang lain sebelum anda benar-benar bersedia untuk melaksanakannaya . Lagipun jika anda selalu duduk berangan-angan tanpa melaksanakan idea tersebut idea baru akan terus datang ini boleh mentebabkan fikiran bercelaru dan bercampur baur kerana otak kita tidak akan berhenti jika kita mula menggunakanya. Kerana kurang daya tahan mental dan tiada keyakinan maka kita sudah tentu akan melupakan terus untuk melaksanakanya kerana bimbang kepada kegagalan , rasa tidak boleh , tidak cukup masa walaupun tidak sibuk , dan berbagai perkara yang menghalang kita dari memulakan usaha . Kerana sering memikirkan kemungkinan gagal sebelum gagal lagi maka kita akhirnya benar-benar gagal sebelum sempat melakukan sesuatu apap pun . Dan setiap kali ada idea baru kita berfikir seperti itu maka kita akan sentiasa gagal sebelum gagal . Kebimbangan anda telah mengatasi keyakinan diri yang memang lemah . Pernahkah anda mendengar nama besar seperti Thomas Alva Edision yang begitu besar jasanya kepada kehidupan manusia sejagat. Beliau adalah seorang pencipta agung yang sempat bersekolah hanya beberapa bulan sahaja kerana dianggap terlalu bodoh oleh gurunya dan pernah di hantar pulang kerumah kerana kebodohanya itu . Beliau adalah seorang yang berfikiran kretif dan telah melakukan beribu-ribu kali percubaan untuk menyalakan sebuah mentol ciptanya sehinggalan beliau telah dianggap gila dan beliau tidak penduli dengan cemuhan dan akhirnya beliau berjaya mencipta mentol elektrik dan sehingga sekarang telah berjasa besar kepada dunia. Beliau juga telah mencipta peti nyanyi yang pertma dengan mengalami ratusan kegagalan dan cubaan . Begitu jugalah dengan Alexander Graham Bell yang telah mencipta talipon yang pertama dan bercakap melalui wayar . Beliau juga menjadi bahan ketawa dengan ideanya itu tetapi kini melalui usahanya itu telahdapat membuka fikiran manusia hinggakan telah membawa teknologi canggih pada hariini dimana kita boleh bercakap tanpa menggunakan wayar lagi ,inikan lebih pelik lagi untuk difikirkan .Banyak lagi kemajuan dan ciptaantelah dilakukan oleh manusia yang asalnya hanya dari satu idea sahaja hinggalah zaman computer yang wujud sekarang .

Page 17: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

ATTENTION

ANDA MESTI MENAJAMKAN GERGAJI MATA GERGAJI ANDA Pernahkah anda melihat gergaji dan menggunakannya ? I adalah alat untuk memotong kayu , besi ataupun plastic . Bagaimanakah agaknya jika mata gergaji yang anda gunakan itu tidak tajam ataupun tumpul ? Memang sukar untuk anda menggunakan kerana bukan sahaja lambat untuk menghabiskan kerjamemotong malah ia amat meletihkan sekali .Lebih-lebih lagi jikaandamemotong besi yang keras itu .Begitu juga halnya jika pisau di dapur yang sering digunakan itu matanya tidakmatanya sudah tentu ia amat membosankan .Untuk menggunakannya dengan lebih selesa dan mudah apayang perlu dilakukan ialah mengasah atau menajamkannya matanya sama ada dengan batu asah biasa ataupun dicanai dengan grender .Jika anda memotong juga dengan mata gergaji atau pisau yang tumpul itu bodohlah maknanya kerana hanya akan memenatkan sahaja . Begitulah juga denganminda atau akal fikiran atau otak andaitu kerana ia adalah ‘ jentera ‘ utama di dalam tubuh anda . Tanpa jentera yang boleh berfungsi dan berkeadaan dengan baik maka banyak kerja yang akan terbengkalai dan tidak dapat di siapkan . Apa yang mahu saya di jejaskan disini ialah bolehkah anda melakukan sesuatu kerja tanpa memiliki pengehtahuan tentangnya ? Walaupun boleh kemungkinan besar ialah kerja tersebut tidak sempurna seperti yang sewajarnya . Oleh sebab itu sebaliknya anda perlu belajar dan maedapatkan pengetahuan sebelum melakukan kerja yang anda ingini begitu jga dengan hasrat anda untuk memiliki pendapatan tinggi dan lumayan .Kerana wang tidak akan dapat anda miliki tanpa anda tahu cara untuk mengambilnya . Begitu juga jika anda ingin memiliki gadis idaman atau jejaka idaman , anda pun perlu mengetahui latar belakang , sikap , cara untuk mendekati , dan mengenalinya , anda juga perlu mempunyai keyakinan diri barulah akhirnya anda boleh memiliki apa yang diinginkan dan diidamkan. Hal ini samalah halnyadengan menajamkan mata gergaji untuk melaksanakan kerja-kerja potongan . Tanpa otak yang tajam dan berpengetahuan wang tidak akan turun dari langit dengan sendirinya .Wang juga memerlukan cara dan teknik untuk mengambilnya contohnya seperti dengan bekerja dan berniaga .Anda perlu menyedari bahawa AKALkita jika dibiarkan terlalu lama dan tidak digunakan ia juga boleh berkarat sebagaimana dengan besi .Ini disebabkan perkara- perkara negative atau maklumat salah yang di dengar dan diterima setiap hari menyebabkan ia boleh jadi begitu . Perkataan yang sering didengar seperti tak ada masa … nantilah dulu .. ;eceh … malaslah …takutlah …susahlah sekarang …tengoklah nanti … boleh ke ? ini semua merupakan unsure yang boleh mempercepatkan lagi proses mengkaratkan otak atau minda anda .Besi yang berkarat sudah tidak begitu bernilai lagi kerana lebih lama ia berkarat ia semakin reput . Begitu juga dengan otak dan akal anda jika dibiarkan sahaja dengan cara pemikiran biasa tanpa perlu ditambah dengan pengetahuan baharu iaakan mengkaratkan lagi otak anda . perkataan seperti itu seringkali diucapkan oleh 99 % manusia di dunia ini kerana selalu sangat mendengar perkataan seperti itu akhirnya terbentuklah sikap negative yang akan memusnahkan diri sendiri . Ia samalah juga dengan sampah yang di longgokkan didalam tong sampah yang tidak dibakar atau ditimbus jika dibiarkan semakin lama ia semakin bertokok tambah dan akhirnya melimpah serta mengeluarkan bau busuk yang amat menjijikkan . Otak jika tidak kerap dicuci tentu melahirkan sikap danakhirnya perbuatan yang buruk .Jika anda selalu mendengar perkara negative atau buruk lama-lama ia akan melahirkan perbuatan dan tabiat ini lebih buruk lagi kerana menjadi sukar untuk dikikis jika sudah bertapak . J ika andabergaji dua ribu sebulan dan bercita-cita membeli kereta mecedes dengan gaji tersebut itu sudah gila namanaya . Tetapi jika seorang pemintasedekah berhasrat berenti jadi pengemis sudah pasti dia boleh jika dia mahu melakukannya .Tanpa kemahuan dan komitmen yang betul-betul sudah tentu sukar untuk mencapai apa yang diimpikan . Komitmen bermakna anda perlu mengikat diri dengan apa yang sedang di lakukan .Bukan sekadar membuat sesuatu sambil lewa kemudian jika tidak berhasil anda berasa kecewa dan mencari lagi cara lain . Jika andaasyik bersikap begitu sudah pasti anda sudah melimpah kegagalan sahaja Untuk berjayaanda perlu buat betul- betul (bersungguh-sungguh ) dan bertanggungjawab . Jangan hanya suka melepak dan membuang masa dikedai kopi , jangan suka berbual kosong , jangan suka bergosip , jangan hanya membaca majalah hiburan yang tidak berfaedah , jangan suka melepak di depan TV berjam- jam .Gunakan masa terluang untuk membaca kisah-kisah orang berjaya dan jika bolah berkawan dan dampingilah orang yang berjaya dan juga jutawan . Tetapi jangan mendampingi ahli korporat kedai kopi dan kaki putar alam shah (orang yang suka cakap banyak ).

Page 18: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

MELIHAT NILAI DIRI ANDA DAN

JUGA INTENSIF MINDA

Semua manusia yang telah diciptakan telah diberikan harta yang sangat berharga untuk digunakan dimana ia diberikan dengan jumlah yang sama rata banyaknya tidak kira siapa pun dirinya , ianya sesuai dengan sifat ALLAH yang maha Adil lagi Bijaksana. Harta tersebut jika di urus dengan sempurna akan memberikan kekayaan yang tidak terhingg malah menguntungkan untuk dunia dan akhirat . Katakanlah anda mempunyai seorang bapa saudara yang sangat kaya dan beliau tidak mempunyai seorang waris pun kecuali diri anda sahaja . Sebelum mati beliau telah mewasiatkan hartanya kepada pemegang amanah supaya anda menggunakan harta tersebut sebanyak RM 1440 setiap hari sampai bila-bila yang anda suka. Anda telah dikhaskan wang sebanyak itu setiap hari, mahukah anda menggunakanya ? Sebenarnya semua orang telah dikhaskan jumlah wang yang sangat banyak untuk digunakan setiap hari mengikut kemahuannya sendiri tetapi malangnya hanya bilangan kecil sahaja manusia dimuka bumi ini mengetahui perkara ini . Hal ini mungkin berlaku juga kepada diri anda ataupun saya dulu . Sekarang saya ingin membuka pintu rahsia gedung harta dengan menggunakan kunci rahsia khas . Mula-mula sekali saya ingin memberitahu bahawa harta tersebut ialah MASA . Ianya dimiliki sama banyak oleh setiap insane dimuka bumi ini , iaitu 24 jam sehari bersamaan 60 minit sejam dan 1440 minit dalam sehari . Belum pernah dengar bahawa ada manusia yang hidup diplanet bumi ini memiliki lebih dari 24 jam dalam sehari . Tetapi yang anehnya masih ramai orang mendakwa mereka tidak memiliki masa yang mencukupi sedangkan masa yang dimilikinay juga sama banyak dengan orang lain. Tetapi mengapa orang lain boleh hidup berjaya dan memiliki kekayaan sedangkan orang yang tidak punya masa ini pila tetap gagal dan tidak berharta ? Anda boleh memilih sama ada untuk menjadi orang yang ada masa dan ada wang , ada wang tiada masa . ada masa tiasa wang , tiada wang dan tiada masa, atau ada masa ada wang ada kebebasan . Anda boleh memilih mana-mana keadaan yang sesuai dengan anda dan kehidupan yang anda mahu miliki. Cerita diatas menjelaskan bahawa orang yang berjaya menilai dirinya hanya dengan nilai sebanyak RM1 seminit boleh memperolehi pendapatan RM 1,440 sehari dan RM43,000 sebulan . Sebenarnya ini bukan mustahil kerana begitu ramai jutawan mempunyai pendapatan lebih dari itu setiap bulan dan mereka masih mempunyai banyak masa pula berbanding orang yang yang memiliki pendapatan dibawah paras RM 2,000 sebulan tetapi hidupnya tetap tidak cukup masa juga . Bagaimanakah cara masa yang ada itu digunakan ? Adakah hanya sekadaruntuk bersembang-sembang dikedai kopi , bersembang dirumah jiran atau sekadar berbaring-baring didepan TV selama berjam-jam setiap hari ? Oleh itu anda perlu menginsafi diri anda sekarang dan bersedia untuk membuka fikiran anda dengan luas dan mempelajari perkara-perkara yang baru yang boleh menguntungkan anda . Seorang hartawan yang ternama bernama George Berhard Shaw pernah berkata bahawa beliau telah menjadi sangat kaya kerana beliau sering melakukan suatu perkara dalam seminggu dimana beliau telah menperuntukkan selama satu jam dalam sehari sahaja . Perkara tersebut ialah BERFIKIR . Beliau telah memperuntukan masa untuk berfikir bagi mencari jalan membaiki kehidupannya dan tidak hanya bergantung kepada orang lain . Sebelum anda mahu memiliki wang yang banyak erlulah anda mempelajari cara dan teknik bagaimana anda boleh mendapatkan wang serta membuka fikiran untuk mempelajari . Tidak ada jalan pintas dan mudah di dunia ini untuk berjaya tetapi boleh mengikut jalan dan pertunjuk dari orang-orang yang telah berjaya dimana andatidak perlu lagi membuang banyak masa sukar seperti yang di lalui oleh mereka yang terdahulu . Didalam perjalanan perjalan anda kedestinasi kejayaa , anda akan menempuh rintangan berbagai rintangan dan cabaran . Seperti mana anda memandu kereta didalam bandar dimana anda akan menempuh beberapa nauuh lampu isyarat . Anda terpaksa berhenti apabila tiba dilampu isyarat berwarna merah . Jadi perjalanan anda bukannya sentiasa lancar dan mudah . Sebagaimana yang penulis buku alami didalam hidupnya . Perjalanan untuk menuju kearah kejayaan memang sentiasa disulami dengan rintangan . Biasanya rintangan yang besar adalah datang dari diri sendiri seperti suka bertangguh , mahu mencari masa yang sesuai untuk bermula , suka mendengar cakap orang , tidak mempunyai keyakinan diri , dan mempunyai sifat malas . Terlalu sedikit halangan yang disebabkan oleh unsure luar . Kita tidak akan ada musuh jika kita tidak suka bermusuh dan mempunyai sikap beprasangka . Nilai diri anda terletak kepada cara anda meletakkan diri anda didalam masyarat dan cara anda menilai diri anda sendiri . Jika anda meletakkan diri anda hanya dalam lingkungan susah , hasilnya anda akan hidup dalam keadaan susah . Jika anda meletakkan diri anda didalam lingkungan kejayaan , anda akan dapat mencapai kejayaan yang diimpikan kerana anda tahu dan sanggup menghadapi cabaran dan rintangan .

Page 19: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

AL KISAH

Pada satu masa dahulu terdapat sebuah kisah yang benar-benar berlaku disebuah tanah Arab mengenai seorang pemuda yang datang untuk berguru disatu tempat perguruan yang begitu jauh dan terkenal . Kisah ini ada;ah mengenai seorang anak muda yang mengembara dan berjalan berbulan –bulan lamanya semata-mata untuk menemui seorang guru untuk menuntut ilmu .Maka setelah sekian lama berjalan dengan menempuh berbagai dugaan dan bahaya akhirnya sampailah beliaukesebuah negeri yang dimaksudkan yang terletak di semenanjung arab itu . Setelah sampai dirumah guru tersebut dan setelah memberi salam serta memperkenalkan dirinya maka dia pun dijemput masuk .Guru tersebut memjemput beliau duduk sambil merehatkan badan ., sementara itu guru tersebut masuk ke dapur dan mengambil minuman yang terkenal ditanah arab iatu sejenis teh yang diperbuat daripada herba . Guru tersebut memberi sebiji cawan yang di perbuat daripada tanah kepadanya . Sambil memegang cawan tersebut dia telah ditanya beberapa soalan dan tujuan dia datang kesitu . Guru tersebut pun menuangkan air teh tersebut kedalam cawan yang sedang dipegang oleh pemuda itu . Tiba-tiba pemuda itu menjerit terperanjat sambil berkata ; cukup….cukup … cawan saya sudah penuh, air sudah melimpah . Guru tersebut terus juga menuang air sehingga habis . Apabila air sudah habis guru tersebut lantas berkata ; ‘Nak ! adakah kamu rasa kamu sudah mempunyai ilmu yang banyak apabiladatang kemari ? Janganlah menjadi seperti cawan ini yang sudah penuh dan melimpah airnya . Banyak lagi yang mesti di pelajari kerana semakin banyak yang kita tahu semakin kurang rasanya ilmu yang di miliki . Jangan sekali-kali merasakan diri kita sudah cukup berilmu sedangkan banyak lagi perlu di pelajari didalam hidup .Oleh itu sentiasalah merendahkan diri dan mengosongkan fikiran untuk mempelajari perkara baru . Hidup tidak boleh berhenti daripada belajar, proses belajar sebenarnya bermula sejak dari dalam rahim lagi sehinggalah sampai keliang lahat . Hidup dan masa depan adalah dibentuk oleh fikiran masa kini apa yang anda fikir itulah diri anda . Jika anda fakir anda malu , malas , takut , leceh dan sebagainya maka tidak hairanlah anda akan jadi seperti itu malah semua yang datang dirasakan sukar . Hidup kita di bentuk oleh fikiran kita . Apa yang kita semai hari ini , kita akan menuainya kelak . Jika kita menyemai benih kejayaan dan benih kekayaan sudah pasti kita akan menuai hasilnya kelak seperti yang kita inginkan . Sebelum itu anda juga mestilah memjaga benih yang di semai dengan menyiramkan air danjuga memberi baja . Jika anda menyemai benih dan tidak diberikan perhatian dan penjagaan teliti , tidak mungkin anda akan dapat menuai hasil yang baik ,malah silap hari bulan benih yang disemai langsung tidak tumbuh . Apa yang boleh dipelajari dari cerita diatas ialah , jika anda menyemai benih kejayaan ,andamestilah memjaganya dengan melaksanakan semua hokum kejayaan seperti mencari ilmu pengetahuan , menggunakan masa dengan betul dan bijak , jujur dan ikhlas , sabar dan tekun tetapi berusaha gigih dantidak mudah berputus asa . Jika gagal sanggup meneliti punca kegagalan dan berusaha sekali lagi InsyaAllah kejayaan akan mendapatkan anda. Wang juga hanya menyukai orang-orang mempunyai sifat seperti diatas . Dari cerita diatas maka bolehlah kita ambil iktibar bahawa sesungguhnya kita tidak boleh mengaku pandai dan sentiasa bersedia untuk belajar setiap hari daripada orang lain kerana pelajaran daripada orang lain yang berjaya adalah lebih baik daripada belajar di universiti tanpa amali . Belajar daripada orang yang berjaya sebenarnya dapat menjimatkan bukan sahaja tenaga dan masa tetapi ia lebih menjimatkan wang . Contohnya anda boleh belajar dengan membaca buku kisah kejayaan seorang usahawan . Hanya dengan model beberapa puluh ringgit sahaja anda sudah boleh MEMBELI PENGALAMAN usahawan tersebut yang mana jika anda perlu menggunakan wang untuk mengalami sendiri semua rintangan dan kesusahan berapa banyakkah wang yang sanggup anda belanjakan ? Anda dfapat menghindari segalakesilapan yang dilakukan dan dilalui oleh usahawan tersebut dan anda hanya perlu melaksanakan apa yang disarankan . Adakah anda rugi mempelajari prinsip kejayaan dan membayar sedikit wang untuk mendapatkan pengalaman orang-orang yang berjaya ? Jika anda merasa rugi membayar sedikit wang untuk mendapatkan prinsip kejayaan lebih baik anda jangan menyimpan cita-cita dan impian untuk hidup senang kerana kesenagan tidak boleh di jual beli .Anda tidak mendapat kesenagan yang datang bergolek terus keriba anda. Tetapi ramai orang yang telah menjadi seperti cawan atau gelas yang penuh .Apabila tamat BELAJAR di sekolah atau universiti sahaja mereka rasakan ianya sudah cukup bagi diri mereka dan malas untuk belajar benda-benda yang baru dengan yang lain perkataan mereka telah meletakkan had batasan hidupnya .Mereka mencipta siling diataskepala mereka sebagai halangan .

Page 20: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

BAGAIMANA CARA ANDA BOLEH MENGELAKKAN RISIKO Ramai orang cuba untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diketahuinya dan adakalanya mereka akan menolak mentah-mentah diberikan saranan . Kononnya bagi mengelakkan risiko yang boleh berlaku . Sebenarnya apabila seorang manusia cuba mengelakkan diri dari menempuh risiko atau mahu mengelakkan dari menanggong risiko itu bermakna bahawa dia cuba memberitahu dirinya yang dia gembira hidup berhati- hati didalam lingkup kehidupan rutin yang selamat . Pada hal hakikatnya mereka memang tidak gembira , mereka keseorangan danbosan , mereka kekurangan , tidak mampu dan tidak selamat . Mereka tidak tahu atau tidak faham mengenai syarat dan prinsip untuk berjaya . Jika merekatahu pun mereka hanya tahu cara untauk mengelakkan risiko. Orang yang tidak suka menempoh risiko adalah orang yang tidak suka kepada kejayaan .Oleh itu awaslah jika matlamat utama dalam hidup anda hanya mahukan keselamatan sahaja dan jika itu di anggap sebagai satu kepuasan hidup bermakna anda hanya mahu mengekalkan keadaan sekarang . Sebenarnya jika anda menjalani hidup yang amat berhaati-hati seperti itu anda sendiri telah mengambil risiko yang lebih besar . Risiko yang bakal anda hadapi ialah kehilangan sebarang peluang untuk menikmati kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar . Erti kegembiraan dan kebahagiaan ialah apabiladapat mencapai matlamat yang bermakna dan tahu bahawa anda telah berjaya melakukan yang sebaliknya serta anda menjadi insane yang terbaik dan lebih mampu daripada orang lain .Anda sebenarnya telah dapat mencapai apa sebenarnya yang ramai orang mahu jadi tetapi ramai orang tidak boleh dapat sedangkan anda boleh mencapai nya . Seperti mana penulis juga yang telah berani menangong risiko meminjam wang , sekarang penulis telah mencapai apa yang ramai orang tidak boleh capai yakin bekerja di rumah dalam masa beberapa jam sahaja dalam seminggu dan memiliki pendapatan lebih besar daripada kebanyakan orang yang merasakan dirinya selamat tetapi sebenarnya belum selamat lagi . Itulah kepuasan yang rasakan dan betapa seronoknya kehidupan yang dilalui sekarang ini . Penulis tidak bergantung kepada orang lain dan tidak takut kehilangan pekerjaan , tidak risau kena marah , tidak risau pasal wang dan kesesakan jalanraya . Sebenarnya hidup ini tidak boleh lari daripada risiko . Kelahiran anda juga adalah risiko yang boleh menyebabkan kmatian ibu atau diri anda sendiri . Menyeberang jalan pun berisiko dilanggar , kemalangan , kesakitan malah tidur juga merupakan risiko kerana ramai juga orang yang mati sewaktu tidur , makan juga menyebabkan risiko , kurang makan pun risiko , terlebih makan juga berisiko mendapat mendapat penyakit , betapa ramainya orang dapat penyakit dan mati kerana makan . Darah tinggi , kencing manis , skit jantung , kanser , sakit buah pinggang semua penyakit tersebut terjadi disebabkan makan bukan sebab tak makan. Makanan yang lazat dan enak juga boleh menyebabkan penyakit , bukankah itu juga risiko namanya . Jadi bagaimana anda boleh mengelakkan rosiko ? Sebenarnya yang lebih berisiko ialah apabila anda tidak berani dan cuba mengelakkan diri dari membuat sesuatu . Anda akan menghadapi risiko sepanjang hidup anda , anda akan mendapat risiko kehidupan yang susah , anda akan mendapat risiko kurang pendapatan . Adakah risiko ini yang anda cari ? Jika anda cuba mengelakkan risiko yang satu lagi maka anda akan menanggung risiko yang ini pula . Sebenarnya anda memang tidak boleh mengelakkan diri daripada menanggung risiko. Sebenarnya jika anda berani melakukan sesuatu pekerjaan yang baru , sesuatu yang baru , sesuatu bidang baru , anda bukan sahaja akan mendapat pengalaman baru yang menarik dan hebat malah anda akan berpeluang mendapat sumber kewangan yang baru yang menarik dan hebat malah anda akan berpeluang mendapat sumber kewangan baru yang juga menarik . Anda perlu membuat pilihan sama ada mahu menghadapi kehidupan seperti sekarang sampai bila-bila atau anda mahu mengubah cara hidup dan kewangan anda . Jika anda memilih untuk mengelakan risiko untuk berjaya , lupakan sahaja niat anda untuk mencari wang tambahan . Tidak ada gunanya anda menyimpan niat untuk dan hasrat seperti itu jika anda tidak mahu bersusah payah sedikit .

Kelalaian Yang Paling Sering Disesali Orang Ialah Tidak Mempergunakan Ketika Ada Kesempatan Untuk Kebaikan .

Page 21: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (2)

REBUTLAH PELUANG DAN KESENANGAN HIDUP YANG SEBENAR

Sebenarnya hidup ini dipenuhi dengan peluang yang akan membawa kepada kegembiraan dan juga kebahagian . Kesihatan , cinta , keluarga bahagia , kerjaya yang memuaskan , rakan-rakan , kejayaan kewangan , kepuasan diri dan memiliki kekayaan , semua ini boleh mendatangan kegembiraan sebaliknya jika tidak memiliki semua peluang diatas anda berisiko hidup tidak bahagia dan tidak gembira . Jika anda meletakkan had diri anda didalam kongkongan hanya mahu selamat atau hanya mahu mencari tapak yang selamat , ternyata anda telah memenjarakan peluang untuk gembira . Tetapi apabila anda boleh membuangkan rutin lama itu dan berusaha untuk melepasi halangan serta menggunakan pendekatan yang tidak terhad maka anda sebenarnya telah membuka ruang untuk menikmati peluang yang mat besar untuk diri anda . Anda akan memberikan keputusan yang sangat adil kepada diri sendiri untuk memilih dan menikmati kehidupan yang benar-benar menggembirakan kerana tidal ada orang lain yang berhak membuat keputusan terhadap kehidupan dan diri anda kecuali diri sendiri . Oleh itu sentiasalah ingat bahawa hidup ini sebenarnya risiko bukanya cara untuk mengelakkan risiko . Jika anda tidak melakukan sesuatu yang berguna didalam hidup anda apabila anda mati kelak anda juga akan ditanya diakhirat tentang masa hidup didunia ini adakah anda telah melakukan perintah dan kebaikan ? Semua ada risiko , hidup berisiko matipun berisiko jadi kemana lagi hendak anda larikan diri daripada menempuh risiko ? Jangan takut untuk melakukan sesuatu atas alas an kerana ia mempunyai risiko , kerana risiko yang sebenar ialah apabila anda tidak melakukan suatu apa pun didalam hidup anda . Itu risiko terbesar yang SEBENARNYA . Katakanlah anda lapar lalu pergi ke restoran untuk makan . Tetapi anda takut masuk ke kedai tersebut kerana tidak tahu sama ada makanan yang disediakan itu bersih atau tidak , atau anda malas berbaris sedangkan orang terlalu ramai , berbaris, berjalan dan berdiri juga risiko manalah tahu ada penyeluk saku atau anda mungkin boleh pitam kerana bediri terlalu lama . Oleh kerana anda tidak mengenali sesiapa anda mungkin akan kelaparan kerana tiada siapa yang boleh menolong anda . Sedangkan bila anda makan pun mungkin anda boleh tercekik tulang atau sakit perut . Tetapi risiko terbesar yang anda hadapi ialah jika anda tidak makan dan tidak berbuat apa-apa pun . Ia boleh menyebabkan anda mati disediakan kepada manusia . Jika anda miskin , hidup susah , telah bangkrap dan tiada pekerjaan tetapi anda tidak melakukan sesuatu yang wajar maka anda akan menanggung risiko yang lebih bsar lagi . Sekarang anda tentu sudah boleh memahami mengapa para bijak pandai mengatkan: “Orang yang takut gagal itu ialah orang yang takutkan kejayaan “. Dia akan menempoh risiko yang sebenar apabila cuba lari daripada risiko BUATAN . Untuk menikmati kejayaan dan kekayaan kita mesti BERANI GAGAL dan berani MENANGGUNG RISIKO . Jika tidak anda hanya akan jadi seperti tunggul hanyut di laut , kesana kemari . Kehidupan manusia penuh dengan nikmat yang melimpah ruah yang telah disediakan oleh Allah yang MahaKuasa. Wang dan kekayaan sudah lama disediakan kepada manusia. Anda hanya memerlukan ilmu pengetahuan dan cara untuk memilikinya sahaja . Jika anda malas mengambil tahu dan mals mempelajari dan juga malas atau takut membelanjakan sedikit wang dan untuk mendapatkan ilmu tersebut maka anda bukan sahaja akan kerugian seumur hidup malah sebenarnya anda sendiri telah menolak NIKMAT ALLAH yang melimpah ruah itu , yang sememangnya sudah disediakan untuk manusia . Orang yang menolak nikmat dan tidak mensyukuri adalah golongan yang amat rugi kedua-keduanya , dunia dan akhirat . Orang yang sanggup merebut peluang dan sanggup berusaha dengan memerah otak dan tenaga akan mendapat banyak ganjaran , didunia dia mendapat ganjaran kesenangan dan kekayaan dan diakhirat dia akan mendapat balasan syurga jika harta yang perolehinya itu diperbelanjakan kepada jalan Allah. Maksud membelanjakan kekayaan kejalan Allah ialah dengan menyara keluarga dengan mencukupi , membelanjakan wang untuk mencari ilmu pengetahuan bagi diri dan keluarga juga anak-anak. Memberikan kehidupan yang terbaik . Banyak membuat amal jariah seperti bersedekah kepada orang susah dan miskin , bersedekah kepada anak-anak yatim , membantu membina madrasah dan sekolah , memberi rawatan kepada orang yang kurang mampu dan lain-lain lagi . Terlalu banyak keuntungan yang boleh anda perolehi dan patut anda rebut. Adakah anda hanya mahu duduk dirumah setiap hari melakukan perkara yang samaatau mengadap kaca TV siang dan malam sahaj lebih-lebih lagi bagi para suri rumah . Jika nada menggunakan akal anda dengan maksimum dan sentiasa memikirkan cara-cara untuk membantu keluarga dan meningkatkan perolehan keluarga nescaya anda boleh menemui caranya . Buku ini juga menerangkan cara-cara untuk meningkatkan perolehan dari rumah .