rahsia meraih an rm300 - rm1000 sehari (1)

50
ARTIKEL INI KAMI BERI KEPADA ANDA PERCUMA SAHAJA, TAK PERLU ANDA MEMBAYAR RM99.95 SEBAGAIMANA KAMI BAYAR KEPADA SESEORANG YANG MENGENDALIKAN PROGRAM MAIL ORDER. BOLEHLAH DIGUNAKAN SEBAGAI MOTIVASI KEPADA ANDA. Bagaimana Anda Boleh Memperolehi Pendapatan RM 1,000 Hingga RM 15,000 Sebulan Cara Mudah Dapatkan Wang Di Rumah MENERBIT DAN MENJUAL MAKLUMAT KHUSUS SECARA POS ADALAH SATU CARA PALING MUDAH DAN PRAKTIKAL YANG BOLEH MEMBERIKAN HASIL YANG AMAT LUMAYAN DAN KEUNTUNGAN BERKALI GANDA . IANYA BOLEH DIURUSKAN DAN DIJALANKAN OLEH SEORANG PENGENDALI SAHAJA . TIDAK PERLUKAN KEDAI , TIDAK PERLUKAN PEJABAT , TIDAK PERLUKAN PERALATAN CANGGIH UNTUK MEMULAKANNYA , TIDAK PERLUKAN KAKITANGAN . MODAL YANG DIGUNAKAN JUGA SANGAT KECIL. Peluang memiliki pendapatan yang sangat lumayan setiap hari ,minggu dan bulan.

Upload: yus07

Post on 14-Jun-2015

774 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

ARTIKEL INI KAMI BERI KEPADA ANDA PERCUMA SAHAJA, TAK PERLU ANDA MEMBAYAR RM99.95 SEBAGAIMANA KAMI BAYAR KEPADA SESEORANG YANG MENGENDALIKAN PROGRAM MAIL ORDER. BOLEHLAH DIGUNAKAN SEBAGAI MOTIVASI KEPADA ANDA. Bagaimana Anda Boleh Memperolehi Pendapatan RM 1,000 Hingga RM 15,000 Sebulan Cara Mudah Dapatkan Wang Di Rumah MENERBIT DAN MENJUAL MAKLUMAT KHUSUS SECARA POS ADALAH SATU CARA PALING MUDAH DAN PRAKTIKAL YANG BOLEH MEMBERIKAN HASIL YANG AMAT LUMAYAN DAN KEUNTUNGAN BERKALI GANDA . IANYA BOLEH DIURUSKAN DAN DIJALANKAN OLEH SEORANG PENGENDALI SAHAJA . TIDAK PERLUKAN KEDAI , TIDAK PERLUKAN PEJABAT , TIDAK PERLUKAN PERALATAN CANGGIH UNTUK MEMULAKANNYA , TIDAK PERLUKAN KAKITANGAN . MODAL YANG DIGUNAKAN JUGA SANGAT KECIL. Peluang memiliki pendapatan yang sangat lumayan setiap hari ,minggu dan bulan.

Page 2: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Ambil Sesuatu Perkara Yang Biasa Dan Jadikannya Luarbiasa Seperti yang telah penulis terangkan kepada anda diawal buku ini bagaimana penulis melakukan kerja-kerja dirumah dan memperolehi pendapatan yang sangat lumayan hanya dengan melakukan kerja dalam beberapa jam sahaja seminggu yakni lain daripada yang lain sehinggakan ramai orang merasa hairan dengan kehidupan penulis . Seperti yang penulis nyatakan bahawa anda juga mampu untuk melakukan kerja seperti ini dan boleh memperolehi pendapatan sama atau lebih banyak daripada yang penulis perolehi. Ini disebabkan penulis juga bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi dan mempunyai sebarang ijazah atau diploma . Penulis sendiri hanya mempunyai sijil rendah pelajaran sahaja malah mungkin anda sendiri memiliki tahap kelulusan akademik yang jauh lebih tinggi . Penulis hanya mempelajari cara-cara menjalankan usaha ini melalui buku-buku sahaja walaupun pada asalnya penulis bukannya pandai dan tidak faham bahasa inggeris .Tetapi disebabkan terlalu ingin untuk mengubah nasib maka penulis pun berusaha belajar bahasa tersebut sehingga pandai . Malah penulis juga tidak tahu untuk menulis sebarang cerita , apatah lagi buku , dan panduan-panduan kerana penulis tidak memiliki asas dalam bidang ini . Penulis sendiri tidak tahu menulis dengan mesin taip apatah lagi menggunakan komputer pada masa dahulu . Tetapi sekarang penulis sudah mahir menulis menggunakan komputer malah penulis juga telah tahu menggunakan kemudahan internet . Ini kerana penulis berpegang kepada prinsip tidak ada yang mustahil dan jika kita mahu membuat sesuatu kita pasti boleh berusaha untuk mencari jalannya . Penulis hanya belajar daripada buku-buku dan majalah sahaja . Itulah sebabnya penulis menyatakan bahawa semua orang boleh melakukan usaha ini walaupun tidak mempunyai wang kerana penulis sendiri memulakan usaha ini hanya daripada wang yang dipinjam daripada kawan-kawan dengan jumlah beberapa puluh ringgit sahaja . Ianya terlalu kecil jika dibandingkan dengan kerja atau perniagaan lain untuk memulakannya . Buku ini juga bukannya untuk mengajar anda tentang skim cepat kaya atau cara mendapat duit dengan pantas yang banyak disiarkan diiklan-iklan akhbar . Malah system yang akan diajarkan ini juga bukannya hanya cerita orang lain ataupun menyuruh anda membuat salinan potostat dan mengedarkan risalah-risalah yang hanya bertukar tangan . Penulis hanya mahu memberi tunjuk ajar melalui apa yang benar-benar penulis alami dan melalui pengalaman yangsebenar dan tulin . Sebenarnya memang sangat banyak cara untuk anda mencari wang dirumah , ada yang mudah dilakukan dan ada juga yang susah untuk dilakukan . Apa yang mahu penulis beritahu disini ialah mengenai satu sistem mencari wang dirumah yang boleh dilakukan melalui pos dan tidak perlu menemui orang lain ataupun bercakap dengan sesiapa .

Page 3: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Kerja seperti ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai perasaan malu yang tinggi dan untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa terluang . Penulis mengatakan kerja ini mudah kerana penulis sudah beberapa tahun menjalankan usaha ini . Malah penulis sendiri telah membimbing ramai individu yang sekarang ini telah berjaya memiliki pendapatan yang lumayan . Mengapa pula penulis mahu mendedahkan rahsia yangsangat berharga ini kepada ramai orang ? Sebenarnya kalau boleh memang penulis tidak ingin sekali-kali untuk memberitahu orang lain mengenai peluang seperti ini , tetapi saya percaya sesuatu yang baik mestilah yang boleh dikongsi bersama . Dan ilmu pengetahuan yang baik perlu disebarkan kerana sesuatu yang kita miliki di dunia ini bukanlah menjadi milik diri kita yang mutlak sebaliknya hanya dipinjamkan oleh Allah sekejap sementara kita hidup . Dan apabila kita meninggalkan perkara yang baik serta memberi manafaat kepada orang ramai ia akan dikira sebagai amal jariah kita . Oleh sebab itu saya rasakan ianya perlu dikongsi bersama dengan orang yang memerlukan seperti juga diri anda dan ramai lagi . Mungkin diantara anda ada yang mempunyai pendapatan yang lebih lumayan daripada penulis . Tetapi penulis percaya ramai diantara anda masih memerlukan maklumat seperti ini untuk membantu menjadikan diri anda seorang yang lebih berjaya . Oleh itu saya hanya mahu menerangkan mengenai perkara-perkara biasa yang boleh ditukarkan menjadi bentuk peluang dan wang yang banyak . Sebagaimana saya mula-mula melakukannya dahulu dimana saya hanya mengunakan apa yang saya tahu serba sedikit mengenai hobi saya dulu yang mana ianya benar-benar telah memberi pulanga yang begitu baik sekali bagi orang yang tidak pernah dan tidak tahu melakukan kerja seperti itu sebelumnya . Semua benda memang boleh ditukarkan kedalam bentuk duit jika kita tahu caranya sebab itulah kita perlu mempelajari cara-caranya . Seperti kata Horace Tranbol: “JIKA BUMI INI SEJUK , JADIKANLAAH API SEBAGAI PERNIAGAAN” BAGAIMANA SAYA MEMPEROLEHI RM 16,000 DALAM MASA 30 HARI DAN ANDA JUGA BOLEH MELAKUKANNYA Ya ! saya telah memperolehi RM 16,000 hanya dalam masa 30 hari bekerja hanya 2 jam sahaja sehari dirumah selama 3 hari dalam seminggu . Inilah impian ramai orang yang saya telah berjaya mencapainya dengan bekerja tidak lebih 24 jam sebulan . Saya telah berjaya mencapai impian ini tanpa perlu membazirnya duit untuk petrol , tidak perlu menempuh kesesakan jalanraya , tidak perlu menanggung beban kerja yangbanyak , dan tidak perlu bekerja

Page 4: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

selama 8 hingga 12 jam setiap hari sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang untuk mencari wang tambahan dengan melakukan banyak kerja lebih masa termasuk bekerja dihari minggu dan cuti . Apa yang telah saya buat SEHINGGA boleh memperolehi pendapatan bulanan yang sedemekian ? Anda perlu membuka fikiran anda dengan luas sekarang untuk menerima satu pelajaran baru . Ianya bukan perkara yang terlalu pelik dan luarbiasa dan anda tidak perlu percaya cakap saya sehingga anda telah mencubanya sendiri . Jika anda masih tidak mempercayai kata-kata saya sehingga sekarang ini , itu tidak mengapa kerana anda berhak beranggapan begitu dan saya tidak pernah berhasrat memaksa anda mempercayai apa yang saya katakana . Tetapi walau apa pun anggapan anda mengenai kata-kata saya , saya tidak kisah sangat kerana anda mungkin hanya akan percaya jika anda sendiri yang mengalaminya. Tetapi saya mahu mengatakan bahawa saya memang benar-benar telah berjaya memiliki pendapatan sedemikian sekarang ini sejak beberapa tahun lalu . Malah saya sangat percaya bahawa saya masih boleh memperolehi pendapatan yang lebih banyak daripada itu jika saya mahu . Dan saya mengatakannya mudah kerana sewaktu saya menulis buku ini pun saya hanya menulisnya diatas meja makan di dapur rumah saya di sebelah peti ais dengan hanya memakai seluar pendek dan memakai singlet sahaja . Malah tidak keterlaluan jika saya katakan kalau saya memilih untuk tidak memakai apa-apa sewaktu membuat kerja saya dirumah tiada siapa yang akan memarahi saya . Apa kerja yang telah saya lakukan ? Saya hanya MENJUAL MAKLUMAT-MAKLUMAT berupa PANDUAN-PANDUAN melalui pos dengan menggunakan iklan-iklan kecil di dalam akhbar harian , akhbar mingguan dan tabloid . Pekerjaan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi AMAT MENGUNTUNGKAN . Saya YAKIN ANDA JUGA BOLEH melakukanya . Malh tidak mustahil jika anda boleh memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada saya kelak jika anda mahu mempelajari dan melaksanakan kaedah ini . Sekarang anda mungkin merasa pelik atau keliru kerana anda masih tidak faham dan tidak tahu caranya dan mungkin anda benar-benar tidak tahu . Tidak mengapalah … ….anda tidak perlu risau , bacalah sahaja buku panduan ini secara tenang dan perlahan-lahan dan sebaiknya anda mengulangi pembacaan anda dan fahami mengenai MAKLUMAT-MAKLUMAT yang boleh dijadikan sumber pendapatan . Saya percaya akhirknya anda akan memahaminya dan merasa okey .

Anda Boleh Mempelajarinya Sekarang

Bagaimanakah cara saya melakukan urusniaga ini ? Saya akan memberitahu anda semua teknik yang saya gunakan didalam

Page 5: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

bahagian penting buku ini sekarang . Apa itu maklumat ? Anda tahu apa itu MAKLUMAT? Maklumat ialah PERKARA ATAU CERITA tentang sesuatu perkara . Semua berita dan cerita adalah maklumat , anda hanya perlu mengenal pasti maklumat yang diperlukan sahaja dan boleh ditukar menjadi wang jika ianya dijual atau disebarkan kepada orang ramai . Anda hanya perlu perlu mengenal pasti maklumat yan diperlukan sahaja dan boleh ditukar menjadi wang jika ianya dijual dan disebarkan dan dijual kepada orang ramai. Anda hanya perlu mempelajarinya dan mengetahui cara untuk mendapatkannya dan seterusnya menukar bentuk maklumat tersebut, kemudian belajar cara mengeluarkannya dan cara untuk menjualnya . DUNIA MAKLUMAT ADALAH DUNIA WANG . Anda tidak perlu menjadi pengumpat atau menyebarkan khabar angina dan mengata orang , itu juga adalah maklumat , tetapi maklumat bodoh yang hanya menambahkan dosa dan membuang masa anda sahaja. MENCARI WANG DENGAN MENJUAL MAKLUMAT MELALUI KEMUDAHAN POS Dalam mengejar arus kemodenan kehidupan yang semakin maju semakin ramai orang memerlukan maklumat-maklumat yang boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah kecil dan juga masalah besar mereka .Kemudahan perhubungan komukasi juga semakin canggih , telah banyak ciptaan teknologi baru yang dibuat untuk memudahkan urusan . Maklumat dapat dihantar keseluruh pelusuk dunia dalam masa beberapa saat sahaja pada masa sekarang , saiz bumi tidak mengecil tetapi segala kemudahan yang dicipta telah mengecilkan jurang jangkauan masa yang dalam tempoh beberapa dekad yang lalu merupakan satu masalah komunikasi yang besar .Pada masa ini anda boleh membaca akhbar dan memesan barangan keperluan malah anda boleh membeli kereta hanya dengan menekan beberapa butang ditelefon ataupun papan kekunci (keyboard) computer anda. Hampir kesemua perkara dapat dilaksanakan hanya dari rumah tanpa meninggalkan tempat tidur dan tempat duduk anda termasuk sistem perbankkan dan pembayaran bil-bil . Anda tidak perlu beratur panjang dikaunter ataupun membawa wang tunai yang banyak . Jadi dengan segala kemudahan yang ada itu bermakna semakin ramai orang boleh bekerja dari rumah dan memperolehi pendapatan yang lebih besar tanpa perlu membayar kos yang banyak dan ia juga dapat menjimatkan kos yang besar . Ini kerana dengan sistem yang tercipta sekarang ini penggunaan kertas dan masalah birokrasi dan tidak kecekapan dapat diatasi . Ini adalah fakta yang sebenar yang sedang berlaku pada masa sekarang . Didalam alaf baru yang akan dating sudah psti persaingan akan bertambah rumit dan kemudahan semakin banyak .

Page 6: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Sebagai mana yang saya lakukan sekarang dimana saya hanya mengambil faedah daripada kewujudan kemudahan tersebut . Saya telah dapat melihat potensi peluang yang sangat besar untuk mencari wang dari rumah . Saya akan mengajar bagaimana untuk mencari wang dirumah dengan cara yang lebih mudah dan lebih murah tetapi boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi . Anda tidak perlu risau mengenai kekurangan modal , tidak memiliki telifon , tidak memiliki mesin taip ataupun komputer . Anda boleh mendapatkan semua keperluan dan kemudahan ini kemudian nanti . Sekarang saya akan mengajar anda dan memberitahu anda bagaimana saya telah menggunakan kemudahan sistem pos biasa untuk mencari wang ? Saya telah menjual barangan bercetak seperti buku yang sedang anda pegang dan baca sekarang ini . Ia juga adalah maklumat bukan ? Sebagaimana anda telah membelinya kerana mahu mendapatkan maklumat mencari wang dirumah , begitulah juga yang dialami oleh beribu-ribu orang lain dan tidak terkecuali juga diri saya sendiri satu ketika dahulu . Ini adalah hanya sebahagian kecil daripadanya sahaja . Maklumat boleh dibuat sama ada dalam bentuk buku-buku kecil , pita kaset , dalam bentuk rakaman gambar video , di dalam bentuk disket computer , dan juga di dalam bentuk CD ROM . Maklumat yang baik dan boleh memberikan keuntungan adalah maklumat yang merupakan maklumat yang mudah dijual dan mempunyai pasaran yang tidak terbatas serta mudah pula untuk mengendalikannya . Dengan menjual maklumat seperti ini anda tidak perlu menyimpan stok barangan , tidak perlu takut kehabisan stok atau tiada pembekalan barangan . Anda boleh mengeluarkannya sendiri maklumat anda berulang kali dengan mudah dengan menggunakan kos yang sangat minima . Ini juga dapat mengurangkan risiko keperluan mofal yang besar , pengurangan kos pengurusan dan kos gaji pekerja , kos keperluan pejabat dan sewaan ruang niaga . Anda TIDAK PERLU membuka syarikat akhbar atau majalah atau penerbitan lain yang perlukan modal besar dan kakitangan yang ramai untuk menjual maklumat anda itu . Ianya boleh dikendalikan secara berseorangan sahaja itulah kelebihan dan kebaikan sistem yang saya gunakan sekarang ini , itulah sebabnya ia dikatakan mudah . Adakah perkara yang mudah ini sukar bagi anda untuk melakukannya ? Saya juga seperti anda , malah mungkin keadaan anda sekarang lebih baik daripada saya dahulu . Saya hanya ada kaki dan tangan , mata , otak , telinga , hidung dan mulut . Tetapi saya tidak mempunyai wang , malah saya menanggung hutang yang banyak yang boleh memungkinkan saya menjadi gila kerana tiada wang untuk membayarnya serta telah menerima saman supaya segera membayar hutang saya . Kerana tidak putus asa maka Allah telah memberikan jalan kepada saya . Syukur kerana saya tidak gila dan berputus asa dulu jika tidak anda mungkin akan menemui saya merayau ditepi jalan dan bercakap

Page 7: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

sendirian . Okey sekarang saya akan mendedahkan kepada anda mengapa dunia maklumat dikatakan lebih mudah untuk MEMBUAT DUIT daripada cara lain dan mengapa bidang ini lebih ramai melahirkan usahawan dan jutawan berwibawa ? Maklumat yang telah saya katakan tidak terbatas dan boleh dibuat dalam berbagai bentuk seperti yang dikatakan diatas . Ianya mungkin dalam bentuk majalah hiburan ,berita,kartun,nasihat,rencana,artikel,puisi,cerpen,pendidikan,politik,kerjaya, salah dan kaunseling,kenderaan bermotor, pertanian, penternakan, reakrasi, hobi-hobi , seni, sukan, makanan, kesihatan, kecantikan, petua-petua, agama dan bermacam-macam lagi jenis maklumat dan panduan boleh dihasilkan kerana maklumat adalah ASAS dan keperluan hidup. Hanya orang yang sudah mati sahaja tidak perlu maklumat lagi yang berkaitan kehidupan di dunia ini. Begitulah luasnya makna maklumat.

BAGAIMANA SAYA MEMBUAT DUIT MELALUI POS Pada awal penglibatan saya di dalam industri mencari wang secara pos dan menjual maklumat-maklumat tertentu saya memanglah tidak begitu arif sehinggakan saya banyak membaca dan mencuba sendiri teknik-teknik dan cara memasarkan produk saya kepada golongan tertentu . Maklumat yang mula-mula saya jual ialah mengenai perkara yang bersangkutan dengan hobi saya ketika itu iaitu fotografi . Saya pernah memiliki pelbagai jenis kamera daripada kamera jenis poket yang kompak sehinggalah kepada kamera jenis SLR yang berharga lebih RM 3,000 ketika itu . Saya suka mengambil gambar walaupun tidak berapa suka menjualnya . Pada masa yang sama saya juga membaca majalah fotografi dari dalam dan luar negara . Dengan hobi dan pembacaan saya itulah saya menjadi mahir dan saya juga menemui peluang rahsia sistem mencari wang ini melalui iklan didalam majalah-majalah tersebut . Maklumat pertama yang saya tulis ialah mengenai cara-cara mencari wang melalui kamera . Saya menulis panduan sebanyak (8) muka surat yang isinya banyak saya ambil daripada petikan-petikan rencana berbahasa Inggeris yang kemudian saya terjemahkan dengan bahasa cara yang saya fahami yakni tidak begitu tersusun dengan baik . Saya telah menghantar hasil tulisan saya itu kesebuah kedai percetakan segera dimana saya tidak begitu arif mengenai dunia percetakan . Upah menaip bagi satu muka surat ialah RM 10 ketika itu . Ia memang mahal bagi saya kerana saya tidak ada wang . Selain itu saya juga ada menyediakan brosur / catalog atau surat keterangan ringkas tentang panduan yang saya jual itu . Semuanya saya buat berdasarkan apa yang diajar melalui buku yang saya beli dulu . Kemudian dengan duit yang saya pinjam daripada seorang kawan sebanyak RM 35 saya pun membuat iklan disebuah akhbar tempatan seminggu sekali .

Page 8: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Panduan yang saya jual itu di beri tajuk BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM300 SEMINGGU DENGAN KAMERA ANDA . Iklan yang saya buat itu kecil sahaja iaitu diruangan rampaian jenis iklan perkataan . Tajuk iklan saya : RAHSIA MEMPEROLEHI RM 300 SEMINGGU DARI KAMERA ANDA . Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila kirimkan envelop 4/9 beralamat dan bersetem 30 sen kepada : DYNAMIC MAIL ENTERPRISE . Jln Sg Gelama Off Jln Tok Muda , 42200 Kapar , Selangor . Lebih kurang seminggu saya memperolehi banyak surat pertanyaan lalu saya membalasnya dengan menghantar brosur atau catalog yang telah dilengkapkan dengan boring pesanan supaya mereka boleh membuat pesanan . Saya menjual panduan tersebut dengan harga sebanyak RM 19.95 sebuah , hanya lapan muka surat sahaja . Selepas membalas semua surat itu dalam masa beberapa hari sahaja saya mulai menerima pesanan-pesana untuk mendapatkan panduan-panduan tersebut . Saya hanya perlu membuat salinan fotostat sahaja mengikut jumlah pesanan yang diterima dimana kosnya hanya 5 sen bagi setiap muka surat dan saya menjualnya dengan harga RM 19.95 . Kos sebuah panduan campur kos iklan dan setem hanya lebih kurang RM 5 sahaja . Jadi saya masih untung sebanyak RM 14.95 dari sebuah panduan yang di jual . Sejak daripada itu saya terus mengembangkan usaha saya itu dalam berbagai bentuk maklumat tentang perkara-perkara yang lain pula sehinggalah sekarang dimana saya telah menerbitkan sebanyak 9 panduan yang berlainan konsep lain-lain golongan tertentu sahaja .Sekarang saya telah menggunakan cara dan peralatan yang lebih canggih termasuk kemudahan mesin menjawab talipon , mesin faks ,dan juga computer . Untuk menulis dan mencari-cari idea ia sudah tidak menjadi masalah kepada saya sekarang kerana sudah biasa dan tahap pembacaan meluas yang saya miliki sama ada melalui bahan bacaan dari dalam negeri ataupun daripada luar negeri . Sesetengahnya saya perolehi daripada majalah dikedai dan juga buku serta sesetengahnya daripada maklumat yang diperolehi dari internet . Saya menjadi mahir kerana melakukannya selalu hinggakan saya boleh melihat setiap “benda” yang ada dirumah pun boleh di buat cerita bagaimana ia boleh menghasilkan duit . Katakan sahaja , kereta,motosikal, rumah,karpet,basikal,talipon,TV,radio,pokok bunga,perabot dan banyak lagi semuanya boleh menghasilkan wang kepada kita jika kita tahu untuk mengekplotasikannya menjadi bentuk PELUANG bukannya sebagai HALANGAN sebagaimana kebiasaan ramai orang sangkakan . Malahan benda-benda terpakai pun memberi keuntungan . Dengan berfikir secara positif kita akan dapat menukarkan sesuatu yang tidak berguna menjadi perkara yang berguna .Sedangkan sampah sarap pun masih boleh digunakan oleh orng Bayangkan betapa ruginya jika otak/akal yang dikurniakan Allah

Page 9: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

tidak digunakan dengan betul dan digunakan secara maksimum. Otak dan akal adalah sumber dimana kewangan anda boleh dihasilkan kerana semuanya bermula dan diproses dengan menggunakan otak dan akal yang bernas . Betapa ruginya jika akal tidak digunakan dengan sempurna . Anda boleh menggunakan otak anda untuk mencari AKAL bagi mencari wang . Jika anda malas menggunakannya maka sudah tentu duit juga malas menghampiri anda.

“ Hanya orang yang tahan berjalan didalam gelap gelitalah yang dapat melihat bintang- bintang dengan terang”

Seperti yang telah dinyatakan bahawa memang terdapat berjuta-juta jenis barangan yang boleh dijual melalui pos dari rumah . Sama ada barangan tersebut daripada hasil yang dikeluarkan sendiri ataupun ia di perolehi daripada pembakal yang lain . Masalah biasanya berlaku jika mengedarkan barangan yang dikeluarkan orang lain kerana wujudnya persaingan yang banyak tetapi masalah tidak akan berlaku jika sekiranya anda menjual barangan yang boleh dikeluarkan sendiri . Dan seperti yang sudah diberitahu sebelum ini . MAKLUMAT merupakan bahan yang termurah dan termudah ,untuk dikeluarkan dan mudah untuk dijual . Sebab itu jika dilihat dinegara ini setiap bulan akan terbit bahan-bahan bacaan baru dengan banyaknya . Ini tidak termasuk bahan-bahan yang dibawa dari kuar ngara kesini . Itu membuktikan bahawa maklumat adalah satu industri yang menguntungkan kerana ianya murah . Maklumat merupakan nadi pembangunan minda insan dan asas yang menggerakkan kemajuan ekonomi sesebuah negara . Dengan maklumat juga tamadun manusia telah berkembang ia adalah pamangkin pembangunan secara keseluhuran. Kerana jika tanpa menggunakan maklumat yang tepat dan betul ekonomi, pendidikan, pertahanan sesebuah Negara tidak akan berkembang dengan pesat . Bahan-bahan yang boleh anda tulis sendiri ialah mengenai apa sahaja topic tetapi yang penting ialah mempastinya agar dapat memberi faedah kepada pembacanya . Ia boleh dibuat dalam berbagai bentuk seperti News Letter atau surat berita ,buku-buku panduan kecil mengenai cara menjaga bunga ,panduan bagaimana menghasilkan wang daripada sesuatu hobi tersebut. Jika minat anda ialah didalam bidang masakan anda boleh menulis petua-petua dan juga resepi-resepi , jika anda tahu menjahit bolehlah anda menulis buku panduan atau laporan-laporan ringkas mengenai cara menjahit, memotong, menyulam, menerangkan cara mencari wang dari bidang jahitan kerana tidak semestinya hanya dangan menjahit baju sahaja.

Page 10: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Anda tidak perlu menulis sehingga menjadi sebuah buku sangat tebal dan lengkap tetapi cukuplah sekadar mengandungi dua atau tiga muka surat sahaja pada peringkat awal . Yang penting ialah ianya padat dengan isi dan mudah difahami . Jika anda tidak mempunyai pengetahuan dan bahan yang cukup cubalah mendapatkannya daripada buku-buku, majalah-majalah ataupun dari rencana-rencana akhbar harian dan mingguan atau cuba dapatkannya dengan membuat rujukan melalui buku-buku di perpustakaan . MENCARI WANG YANG MUDAH DENGAN MENJUAL IDEA ANDA Untuk mengetahui resepi membuat duit yang penting sekali anda mestilah MEMPUNYAI IDEA dan bersedia untuk mempelajeri cara untuk melaksanakannya.Sebelum itu anda juga hendaklah membuat kajian sendiri mengenai minat dan hobi anda terlebih dahulu sebelum anda bersusah payah mencari bahan dari luar.Saya ambil contoh diri saya dahulu: katakana saya minat menjahit pakaiantetapi saya tidak berminat membuka kedai jahit kerana factor ada perasaan segan atau malu,faktor kos dan masa. Oleh itu saya boleh membuat pilihan lain yang lebih mudah, saya boleh tuliskan pengetahuan saya itu dalam bentuk panduan bersiri mengenai cara mengukur, memotong dan menjahit pakaian dan lain-lain. Saya akan jadikan sebagai “kursus jahitan ekspress”. Jika saya malas nak buat buku saya boleh membuatnya dalam bentuk gambar video, jual dalam bentuk pita video, atau saya boleh rakamkan suara dalam pita kaset . Jika dibuat dalam bentuk bahan bercetak seperti buku atau newsletter ia mudah dilakukan dan untuk membuat salinan juga mudah begitu juga dengan pita video. Saya boleh mambuat salinan sendiri dengan membeli pita video kosong dan kaset kosong dan menyalinnya dirumah daripada pita video dan kaset yang asli yang saya telah rakamkan. Begitu juga jika saya menjual buku panduan, saya boleh membuat salinan secara potostat dengan mudah. Kaset dan pita video kosong selama 30 minit adalah yang paling murah dan hanya berharga beberapa ringgit sahaja sebuah. Ia menjadi lebih murah jika dibeli dengan kuantiti yang banyak. Jika mahu membuat salinan potostat saya hanya perlu pergi kemana-mana kedai fotokopi sahaja. Ianya lebih murah daripada bekerja di kilang. Idea lain pula ialah katakanlah saya mamiliki kereta, saya boleh menulis bagaimana mencari wang dengan kereta pada hujung minggu. Katakan saya tinggal di Kuala Lumpur, saya mengetahui tempat-tempat tertentu yang boleh dikunjungi pelawat. Saya akan ceritakan di dalam panduan tersebut bagaimana saya boleh memjadi seorang pemandu pelancong secara bebas (freelance) .Saya akan mengenakan bayaran sebanyak RM40 seorang bagi tempoh 4 jam untuk melawat sekitar bandaraya K.L.Jika dalam satu hari saya ada 5orang pelanggan sahaja ,saya sudah boleh memdapatsebanyak

Page 11: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

RM 200 selama 4jam dengan bekerja hanya seminggu sekali. Untuk mencari pelanggan saya akan mengiklankan perkhidmatan saya itu diakhbar dan memberikan nombor telifon untuk kemudahan menghubungi saya .Jika saya seorang mekanik pula, saya akan menulis atau menerbitkan kursus dan cara-cara membaiki kereta dalam bentuk video, begitu juga dengan motosikal. Jika anda memiliki motosikal berkuasa tinggi anda boleh menawarkan peluang melawat dan bereakrasi dengan motosikal besar, anda boleh mengenakan sejumlah bayaran. Jika anda seorang kerani akaun anda boleh menulis panduan bagaimana untuk membuat akaun sendiri atau boleh mengambil upah membuat kerja perakaunan dari syarikat lain atau pejabat di rumah. Jika saya pandai dalam bidang lukisan, matematik, computer saya akan menulis tentang cara belajar melukis, belajar matematik, dan belajar komputer dirumah. Saya boleh menerbitkan dalam bentuk buku panduan ,kaset atau pita video. Jika saya pandai bermain gitar saya akan menulis atau merakamkan suara dan gambar cara bermain gitar dalam bentuk kaset atau pita video yang dilengkapi penerangan sekali. Jika saya suka menyanyi, saya akan tuliskan panduan bagaimana cara untuk mengawal suara, petua menjaga suara ,cara menjadi penyanyi yang baik, siapa yang boleh dihubungi, maklumat mengenainya boleh didapati didalam majalah-majalah hiburan. Jika saya suka memancing saya akan menulis atau membuat rakaman video atau marakamkan suara dalam suara dalam kaset yang menerangkan cara untuk menangkap dan memancing ikan yang baik. Cara memilih umpan ,dimana tempat memancing yang baik, petua-petua memancing yang membawa hasil lumayan dan lain-lain lagi. Jika saya tahu mengenai bunga saya akan tulis mengenai cara menjaga bunga, menggubah bunga, bagaimana menghasilkan bunga yang baik. Ia boleh diajar dalam bentuk kaset, buku, dan video. Jika saya ada mesin taip atau computer saya akan menceritakan bagaimana saya boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM20 satu jam dengan mengambil upah menaip dan melakukan kerja perakaunan, mereka bentuk grafik dan sebagainya. Jika saya tahu mengenai penjagaan permaidani saya akan tulis bagaimana boleh mengambil upah mencuci permaidani dirumah dan memperolehi pendapatan sebanyak RM100 sehari. Upah mencuci permaidani adalah mahal. Jika saya tahu mengenai kanak-kanak dan penjagaan bayi saya boleh menulis tentangnya ataupun cara mencari wang dengan membuka pusat penjagaan dan asuhan kanak-kanak. Jika anda seorang perunding, anda boleh menulis panduan bagaimana untuk menjadi perunding bebas yang berjaya dirumah. Jika anda seorang penjual kuih atau roti canai, anda boleh menulis mengenai cara membuat kuih dan roti canai yang lazat.Seorang suri rumah di Amerika telah menulis

Page 12: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

resepi kek klasik zaman 1880an dan telah mengiklankan RAHSIA resepi tersebut didalam INTERNET. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 70 ribu naskah resepi hanya dalam masa seminggu sahaja. “Orang yang tidak menyukai ilmu memang tidak ada kebaikan padanya” Beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak US$250,000 hanya dalam masa seminggu sahaja. Seorang penjual bunga pula telah memperolehi US$150,000 seminggu dengan menjual rahsia menjaga kesegaran bunga. Jika anda sanggup untuk belajar sedikit demi sedikit, mahu membuat kajian, membaca buku-buku yang membina diri untuk menjadi insane yang berjaya dan positif seterusnya anda bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau membaca kisah kejayaan serta selalu bersikap positif, ia akan mempercepatkan lagi kejayaan anda. Kegagalan hidup sembilan puluh lima peratus manusia di dunia ini adalah disebabkan dari cara pemikiran mereka sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain.Apa yang mereka fakir itulah yang akan mereka dapat. Ramai yang tidak mengetahui dan berusaha menggali nilai EMAS yang ada di dalam dirinya sendiri. Mereka lebih selesa diri dan kehidupan mereka diuruskan dan diarahkan oleh pihak lain. Apa yang lebih menyadihkan ialah mereka telah membiarkan pihak lain menentukan pendapatannya sendiri ,apakah tugas yang perlu dibuatnya dan berapa gajinya, dan apa yang mesti dilakukan. Sebab itulah apabila mereka memohon pekerjaan tidak ramai orang yang berani meminta jumlah gaji yang diingininya kalau ada jumlah yang diminta pun ianya hanya lebih sedikit dari apa yang telah ditawarkan. Dengan lain perkataan dia tidak mengetahui nilai dirinya sendiri. Setiap hari mereka melihat semakin ramai orang yang menjadi kaya, termasuk boss mereka sendiri yang datang kepejabat dengan menaiki kereta mewah dan mempunyai pemandu. Ada juga yang Cuma seronok untuk menjadi pemandu asalkan menerima gaji setiap bulan dan dapat menanggung keperluan keluarga itu dianggap sudah bagus. Jika anda hanya mempunyai sikap CEPAT BERPUAS HATI arah hidup anda akan terencat. Mereka dapat melihat kejayaan orang lain setiap hari, tetapi mereka masih lagi buat-buat tidak kisah atau tidak nampak. Cara hidup begitu ibarat seperti katak dibawah gelas. Walaupun dia boleh nampak sekeliling tapi masih tetap mahu berada disitu sahaja selagi perut masih kenyang hanya disebabkan keselasaan yang sedikit itu sahaja. Untuk memulakan sesuatu janganlah ditunggu sehingga ianya menjadi lebih sempurna kerana selagi anda tidak melakukannya maka ia tidak akan sempurna dengan sendirinya. Pengalaman hanya akan didapati hanya setelah anda melakukan sesuatu pekerjaan tersebut tetapi selagi ianya tidak dilakukan dan dirasai anda tidak akan tahu tentangnya. Jadi sesuatu perkara itu tidak akan menjadi sempurna jika anda tidak melakukannya.

Page 13: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Pada peringkat awal saya mulai menulis dahulu ramai juga pelanggan saya yang telah menulis surat kepada saya dan memberikan komen temtang hasil kerja saya yang tidak begitu sempurna. Malah sehingga sekarang pun saya masih lagi mengalu-alukan komen daripada pembaca dan pelanggan saya untuk meningkatkan mutu tulisan dan kerja saya. Jika anda mahu menjadi penulis di peringkat awal anda tidak perlu terlalu risau mengenai penggunaan ayat-ayat yang tidak teratur pada peringkat awal. Anda perlu faham! Untuk mendaki sebuah tangga, anda tidak boleh melangkah terus ke anak tangga yang teratas sekali. Ramai orang yang tidak boleh melakukannya. Anda perlu memijak anak tangga pertama dahulu seterusnya yang kedua dan begitulah seterusnya. Itu adalah hukum alam semula jadi yang tidak boleh dielakkan oleh sesiapa. Jika ada sesiapa yang cuba melakukan tugas tanpa melihat hukum semulajadi ini nescaya tugas yang dilakukan tidak akan menjadi sempurna dengan jayanya. Mungkin ia akan terhenti di awal jalan, di tengah jalan atau langsung terhenti tanpa berjalan. Pekerjaan yang sempurna hanya dapat dilakukan setelah mengalami kesilapan dan kesalahan dari satu peringkat kesatu peringkat. Saya juga telah menjadi semakin mahir setelah melalui kesilapan-kesilapan yang saya lakukan.Dan saya telah menjadi lebih pandai dengan membaca buku-buku sambil melaksanakan seranan yang terkandung di dalamnya sedikit demi sedikit.Tidak ada gunanya jika anda asyik mencari peluang kesana kemari jika anda jenis manusia yang CEPAT BERPUTUS ASA sedangkan masa akan terus berjalan meninggalkan kita tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Kerana sebenarnya tidak ada FORMULA AJAIB atau luar biasa untuk berjaya atau menikmati pendapatan yang lumayan. Apa yang ada ialah KEAJAIBAN anda melaksanakan sesuatu pekerjaan dan tugas sehingga berjaya dan berhasil. Kerana tidak ramai orang yang sanggup menyelesaikan sesuatu pekerjaan apabila dia mula menemui sedikit kesukaran dalam perjalanannya untuk mengejar cita-citanya. Keajaiban sebenar ialah apabila anda mahu melakukan satu usaha / pekerjaan sehingga selesai dan berjaya .

“ Rezeki selalu mencari orang yang sabar, tabah, tahan uji dan gembira. Siapa yang tangannya selalu menadah sedekah sahaja,

khirnya menjadi pemeras dan menjemukan sesamanya”

Kegagalan bukan akhir dari pekerjaan tetapi permulaan untuk mencapai kejayaan Jika anda mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri anda boleh mengajarnya melalui kursus secara pos atau melalui pita

Page 14: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

video.Anda boleh memberi tajuk kursus anda begini “RAHSIA UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DARI MUSUH”boleh dipelajari dengan cepat. RAHSIA MEMBACA DENGAN CEPAT,RAHSIA MENINGKATKAN IQ,RAHSIA MENCARI WANG MELALUI AKHBAR,RAHSIA MENJADI JUTAWAN,RAHSIA KELIHATAN MUDA SENTIASA,RAHSIA MENAMBAT HATI SUAMI/ISTERI,RAHSIA HIDUP TENTERAM,RAHSIA MENCARI WANG DENGAN KOMPUTER,RAHSIA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN,RAHSIA BERJAYA DALAM TEMUDUGA,RAHSIA MENCARI WANG DIRUMAH,anda boleh memberi tajuk-tajuk yang menarik seperti diatas untuk menjadikan bahan tulisan atau gambar video anda kelihatan penting dan menarik. Dengan menggunakan perkataan seperti RAHSIA dan BAGAIMANA ia akan dapat menjadikan produk anda kelihatan hebat.Oleh kerana ramai orang memerlukan maklumat seperti itu maka dengan memberi tajuk sedemikian boleh merangsang minda pembaca. RAHSIA MENDAPATKAN WANG DARIPADA HOBI ANDA. Katakanlah anda mempunyai hosi mengumpul setem, anda boleh membaca buku mengenai hobi ini yang boleh anda beli dikedai-kedai buku kemudian anda tubuhkan sebuah kelab pengumpul setem dan mengeluarkan berita terbaru, sejarah setem dan sebagainya. Anda boleh mengenakan sejumlah bayaran tahunan katakan 1000 ahli di seluruh Malaysia, yuran ahli ialah RM30 setahun jadi anda boleh dapat sebanyak 30 ribu ringgit setahun. Untuk memahirkan diri dan mendapatkan banyak maklumat anda mesti banyak membaca dan membuat kajian sama ada dengan bertanya kepada orang yang mempunyai kemahiran tersebut atau anda mendapatkannya daripada buku-buku. Saya juga banyak belajar daripada buku dimana setiap bulan saya telah membeli buku dan majalah dari berbagai tajuk, saya membaca hamper semua tajuk buku. Saya tahu mengenai computer, memancing, kereta, perniagaan, buku terbaru, video, perisian computer, industri muzik, politik, ekonomi dan macam-macam lagi. Saya memiliki banyak koleksi buku dan boleh dikatakan menjadi pandai hanya dengan membaca buku tanpa perlu pun menjejakkan kaki ke universiti. Sekarang saya boleh menjadi penulis yang sederhana, mudah untuk mengeluarkan idea kerana saya mempunyai banyak pengetaahuan. Saya juga mempunyai banyak pengalaman yang boleh membantu saya menjayakan usaha saya. Saya tahu bagaimana untuk mencari pendapatan sebanyak seribu, dua ribu hingga dua puluh ribu ringgit sebulan dirumah dengan penuh selesa. Saya boleh menulis dan mencari idea cara untuk mencari wang, dan menulis 5 hingga 6 muka surat dalam sehari sahaja. Seperti yang telah saya katakan, anda tidak perlu menulis buku yang panjang lebar dan berjela-jela kerana anda hanya mahu menyampaikan dan memberitahu rahsia yang anda miliki secara ringkas.

Page 15: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Saya percaya setiap orang ada memiliki “bukunya” sendiri kerana setiap orang memang mempunyai kepandaian, kemahiran dan pengetahuan tersendiri. Hanya orang yang tidak pernah mengambil tahu tentang apa-apa sahaja yang tidak mengetahui apa-apa pun. Contoh paling mudah ialah jika anda tidak memiliki wang yang banyak, apakah cara untuk hidup selesa tanpa memerlukan wang yang banyak. ANda mungkin terpaksa mengawal nafsu untuk berbelanja dan terpaksa berhemat, menyimpan atau menabung, mencari wang tambahan dengan membuat kerja seperti menjual kuih dan lain-lain.Anda boleh menuliskan semua cirri-ciri diatas sebagai rahsia hidup selesa, ada wang, sihat dan menjadi kaya. Kerana semua prinsip tersebut termasuk tabiat menabung boleh menjadikan diri anda kaya pada satu hari nanti. Menabung dan melabur adalah cara untuk menjadi kaya lebih cepat. Anda boleh melabur dalam saham atau perniagaan. Seperti juga saya, dulu tidak ada wang tetapi setelah saya ada sedikit wang dan saya melaburkannya di dalam perniagaan ini sekarang wang saya berkembang dengan cepat dan membolehkan saya hidup dengan lebih selesa. Rahsia bagaimana saya memperolehi banyak wang ialah sebagaimana yang saya tuliskan di dalam buku ini sendiri. Ia adalah satu cara untuk mempertingkatkan sumber pendapatan atau dijadikan sebagai satu kerjaya. Saya katakana ianya mudah kerana ia memang mudah dan saya hanya bekerja dirumah sahaja. Sesuatu perkara akan menjadi mudah jika anda melihatnya sebagai mudah,jika dilihat susah maka dengan sendirinya ia menjadi susah.Jika anda fikir makan itu susah maka anda akan merasa susah untuk makan.Seperti juga; sebuah kapal yang belayar dilautan,ia tidak akan tenggelam disebabkan air yang berada diluar kapal yang banyak itu sebaliknya kapal itu akan tenggelam kerana air yang masuk (bocor) yang berada didalam kapal itu.Sikap anda mencerminkan diri anda dan akhirnya akan menghasilkan mutu kerja yang anda anggap dan fikirkan. Kegagalan anda didalam mencapai hasrat dan cita-cita anda disebabkan anda tidak bersungguh –sungguh berusaha berlandaskan apa yang anda ketahui selain anda lebih banyak menerima pengaruh dari luar yang lebih banyak akan menggagalkan usaha anda. Jika anda mendengar kata-kata yang berbau kegagalan dari orang lain anda seharusnya lebih bijak menapis dan mengutamakan untuk mencapai hasrat dan cita-cita dan anda mesti tegas. MENCARI WANG DENGAN CARA BIJAK MELALUI URUSNIAGA MENJUAL

MAKLUMAT SECARA POS

Bagi kebanyakan orang mencari wang dirumah dengan membuat sedikit kerja sendiri dari rumah dianggap seperti memerlukan pelaburan wang yang banyak. Sebagai contoh ialah mengenai cara-cara menerbitkan sendiri maklumat berupa laporan-laporan,buku panduan kecil tentang berbagai perkara seperti yang saya telah terangkan dimuka surat 33,34,35 sebelum ini. Bagi mereka yang tidak tahu tentu menganggapnya sebagai susah dan memerlukan belanja

Page 16: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

yang banyak,sebenarnya kos yang diperlukan adalah sangat kecil dan masa yang diperlukan juga amat sedikit berbanding perniagaan jenis lain atau kerja-kerja lain. Sebagai contoh, buku ini ditulis hanya dalam masa dua minggu secara sedikit demi sedikit, kos mencetak bagi sebuah buku ini ialah sekitar RM3.00 sahaja.Untuk pengetahuan anda , membuat kerja-kerja pernebitan sendiri dirumah adalah merupakan cara mencari wang yang paling mudah sekali di dunia. Di Negara maju seperti di barat perniagaan penerbitan sendiri dirumah adalah satu industri yang mempunyai rekod jualan bernilai berbillion-billion dolar setiap tahun dan jumlahnya terus meningkat.Ianya satu perniagaan dirumah (Homebased Business) yang cukup popular sejak beberapa dekad dahulu. Sudah tentu ianya memerlukan sedikit pengetahuan dan juga bakat tetapi ianya begitu mudah untuk dipelajari. Bukan sahaja ianya mudah dipelajari tetapi ia juga mudah untuk difahami. Cuba perhatikan keterangan dibawah ini. Anda boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti yang akan diterangkan dibawah ini dengan berkesan. 1: Pilih dan cari satu tajuk untuk ditulis.Pilih sesuatu yang anda suka dan seronok melakukannya atau perkara yang anda mahu lakukan.Sebagai contoh ialah mengenai RESEPI MASAKAN,beli majalah atau buku resepi atau dapatkanya daripada ibu atau nenek anda mengenai resepi asli. 2: Sekarang katakan saya sudah memiliki semua maklumat mengenai resepi tersebut, selepas beberapa minggu atau bulan saya sudah mempunyai banyak bahan. 3: Pada peringkat seterusnya saya akan menyusun dan membuat senarai kategori. Katakan untuk kek,lauk, biskut saya akan jadikannya sebagai satu bab berlainan. 4: Seterusnya saya akan menaipkan semuanya menggunakan computer atau mesin tapi jika tidak saya akan mengupah orang lain menaipkannya. Saya akan letakkan nombor muka surat 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya. 5: Sekarang buku tersebut sudah sedia untuk dicetak, saya akan membuat semakan mengenai ejaan dan perkataan yang digunakan serta memperbaiki kesilapan dan cuba meminimumkan kesilapan. Saya sudah dapat melihat kerja terakhir. Saya akan menulis buku saya dalam saiz kertas fotokopi A4 seperti buku ini. Kemudian buat tambahan dua muka surat untuk dijadikan kulit depan dan belakang. Ini adalah saiz terbaik untuk projek perniagaan secara pos kecualilah jika anda sudah boleh menulis novel setebal 100 muka surat.

Page 17: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Buku resepi saya itu mungkin tebalnya hanya 10 atau 20 muka surat sahaja. Jika saya mahu membuat banyak muka surat saya boleh menulis dengan tulisan yang bersaiz besar supaya saya boleh dapat lebih banyak muka surat. Seterusnya saya akan mencetak dua muka surat depan dan belakang. Jika saya membuat fotokopi dengan menggunakan toner powder iaitu jenis yang paling terang dan baik bagi setiap muka surat kosnya hanya sekitar 5 sen hingga 15 sen bergantung kepada dimana anda tinggal dan berapa banyak kedai yang ada menawarkan perkhidmatan fotokopi didaerah anda. Dan selain itu semakin banyak anda membuat salinan fotostat kosnya akan menjadi semakin murah. Katakan buku saya itu setebal 20 muka surat kosnya hanya diantara RM1 hingga RM3 sahaja bagi setiap naskah. Kemudian saya akan membuat iklan diaakhbar setiap minggu menawarkan resepi istimewa yang lazat bagi menjual resepi saya itu. Saya juga akan membuat(menulis) brosur atau surat keterangan jualan untuk buku tersebut dimana saya akan menceritakan secara ringkas tentang kebaikan dan kelebihan buku tersebut. Di dalam brosur tersebut saya akan menyediakan boring pesanan sekali supaya mereka mudah untuk membuat pesanan. Dimuka surat berikut nanti akan diterangkan bagaimana caranya membuat surat jualan atau brosur. Tidaklah sesusah mana untuk mencipta mesin membuat wang anda sendiri. Setiap orang memiliki kebolehan dan minat tersendiri. Tiada rahsia yang saya masih sembunyikan lagi sekarang.Dengan semua keterangan yang diberikan ini anda boleh mencipta pendapatan sendiri mulai sekarang. Jika minat dan pengetahuan anda boleh menarik minat orang lain maka peluang adalah amat cerah sekali bagi anda. Di jamin! Jadi, mulakanlah sekarang. Pilih dan fikirkan satu tajuk yang menarik, kumpulkan semua maklumat mengenainya dan taipkannya. Anda akan menjadi juara sebelum anda mengetahuinya. Jiran akan mulai melabel anda sebagai penulis.Anda boleh mendongakkan kepala anda dan anda boleh mulai meletakkan perkataan “penulis” di dalam kad perniagaan anda (business card).Bukankah itu sesuatu yang hebat? Di muka surat berikut nanti akan diterangkan bagaimana untuk mendapatkan idea mudah. CONTOH MENGGUNAKAN IDEA YANG PALING MUDAH DAN RINGKAS

BAGI MENCARI WANG DIRUMAH

Kebanyakan orang merasa amat sukar untuk mencari idea dan ramai orang mengatakan buntu memikirkan bagaimana untuk mencaari idea. Ini berlaku disebabkan beberapa factor seperti, memang tidak tahu kerana ia perkara baru baginya atau kerana dia tidak mahu belajar kerana malas berfikir disebabkan otaknya sudah berkarat. Sebenarnya terlalu banyak benda yang boleh difikirkan dengan mudah dan boleh ditukarkan menjadi peluang membuat duit. Disini saya akan memberikan contoh yang paling mudah sekali seperti ini. Dinegara ini terdapat begitu banyak sekali syarikat jualan langsung atau MLM yang

Page 18: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

memberikan peluang menambahkan pendapatan dengan menjadi agen jualan langsung. Malah anda sendiri mungkin pernah menyertainya, mungkin kakak,abang,ibu,bapa,adik,makcik, &pakcik, kawan-kawan anda sendiri pernah menyertai bidang jualan langsung. Anda tidak perlu menjadi agen jualan langsung untuk mereka jika anda tidak suka sebaliknya anda boleh mengumpulkan banyak maklumat serta peluang yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat jualan langsung tersebut dan menuliskannya menjadi satu buku panduan mencari wang lumayan . Anda boleh menuliskan jenis-jenis peluang yang ditawarkan mengenai pelan pemasaran, orang yang boleh dihubungi seperti anda sendiri atau kaum keluarga anda, kawan-kawan anda. Jika anda seorang agen jualan langsung yang aktif bolehlah anda memberikan nombor talipon sekali didalam buku tersebut supaya anda boleh dihubungi. Anda hanya perlu menulis nama syarikat yang menawarkan peluang tersebut dan alamat ahli yang anda kenali yang boleh dihubungi. Untuk mendapatkan nama syarikat dan ahli tidaklah sesusah mana kerana hamper setiap bulan dan hamper semua orang pernah mendengar atau menyertai jualan langsung. Syarikat jualan langsung tumbuh bagai cendawan selepas hujan setiap bulan dimana sehingga kini terdapat lebih 700 syarikat jualan langsung di Malaysia yang memang menawarkan peluang pendapatan yang sangat lumayan bagi mereka yang rajin tetapi tidak bagi yang malas. Anda mungkin boleh dapat 10 hingga 50 nama syarikat kerana banyak iklan dibuat diakhbar setiap minggu, anda boleh dapatkan alamatnya disana. Buku panduan anda itu mungkin boleh dibuat setebal 10 hingga 20 muka surat, itu sudah mencukupi. Ia boleh diberi tajuk begini: “20 PELUANG PENDAPATAN LUMAYAN DIRUMAH”, “PELUANG MEMPEROLEHI PENDAPATAN SEBANYAK RM1,000 HINGGA RM50,000 SEBULAN DIRUMAH”, “KERJA SAMBILAN YANG LUMAYAN DIRUMAH”, “PENDAPATAN LUMAYAN WALAUPUN ANDA SEDANG TIDUR” tajuk ini menarik dan benar kerana banyak syarikat menggunakan sistem “penajaan”, ini bermakna walaupun anda tidak menjual atau menaja pada hari tersebut mungkin orang dibawah tajaan anda sedang menjual atau menaja, oleh itu anda tetap menerima bonus atau komisen jualan. Maknanya sewaktu anda sedang tidur diwaktu malam sebenarnya masih ada orang yang bergerak aktif dimana-mana, oleh kerana dia adalah tajaan anda maka wang tetap diterima sewaktu anda tidur. Banyak sekali idea yang boleh difikirkan. Jika ini pun anda masih fikir ia perkara yang mustahil dan susah cuba fikirkan idea yang berikut ini pula! Anda mungkin seorang pencari peluang dan peminat setia ruangan iklan kerja kosong, peluang perniagaan, pendapatan lumayan yang disiarkan dalam iklan setiap minggu diakhbar tempatan.

Page 19: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Sama ada anda sedar ataupun tidak, sebenarnya selain daripada anda ada beribu-ribu orang lain lagi yang juga sedang mencari maklumat seperti anda. Cara kedua yang paling baik dan berfaedah untuk mendapat keuntungan ialah ; Anda kumpulkan semua nama dan alamat syarikat yang membuat iklan itu, kemudian senaraikannya menjadi satu buku panduan maklumat peluang-peluang pendapatan lumayan di rumah. Cara menyusunnya adalah sama seperti diterangkan sebelum ini. Jadikannya 10 hingga 20 muka surat bergantung kepada berapa banyak senarai yang anda ada. Dan anda boleh mencari nama-nama syarikat dari luar negeri dengan membeli majalah seperti Small Business Opportunities, Business Start Up, Home Based Business dan lain-lain yang boleh didapati dikedai menjual majalah. Setelah buku panduan anda itu siap anda hanya perlu membuat iklan setiap minggu, menyediakan brosur yang lengkap dengan boring pesanan.Jadi secara tidak langsung anda telah menjadi orang tengah disamping anda akan memperolehi pendapatan yang lumayan setiap minggu dengan menyebarkan maklumat seperti itu.Saya juga ada membuat urusan melalui pos dengan menjadi agen sebuah syarikat dari USA yang menawarkan peluang mendapatkan berbagai peluang perniagaan secara mudah dan memperolehi pendapatan melalui kaedah tersebut.Saya mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM30.Untuk mendapatkan maklumat tersebut, mudah bukan ? BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN WANG LUMAYAN DARI PETI SURAT ANDA SETIAP HARI Saya telah mendapatkan wang setiap hari dari peti surat saya. Ia seolah-olah memiliki mesin mencetak duit dimana saya telah menukarkan peti surat saya menjadi mesin membuat duit. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk memperolehi wang secara pos.Untuk menyenaraikan semuanya mungkin tidak cukup untuk diisi dalam sebuah bilik. Walau bagaimanapun saya dengan besar hati mahu membantu anda memulakan perniagaan secara pos dirumah yang sangat menarik ini. Ianya mudah, hasilnya cepat dan sangat lumayan serta kerjanya tidak terlalu berat dan terlalu banyak. Ianya tidak susah langsung jika anda mahu mempelajarinya dengan pelahan-lahan dan sedikit-sedikit. Jimatkan wang anda! Ia tidak memerlukan pelaburan yang banyak dan anda akan merasa takjub bagaimana mudahnya ia boleh dijalankan dan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kedua dengan cepat. Satu perkataan yang anda perlu ingati ialah walau dimana sahaja orang tinggal didunia ini, mereka perlukan maklumat. Dan mereka sanggup membayarnya kepada anda untuk mendapatkannya. Seperti juga dengan saya yang menyediakan maklumat seperti yang anda sedang pegang dan baca ini, saya menulis hanya dengan

Page 20: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

menggunakan computer notebook di atas meja makan berukuran 21/2 kaki kali 3 kaki didapur rumah saya . Kemudian saya hanya perlu membuat iklan dan memang ramai pembaca iklan diakhbar akan menghantar surat pertanyaan berkaitan iklan yang saya keluarkan kepada anda dan saya akan membalasnya dengan mengirimkan catalog jualan buku-buku panduan saya. Dalam beberapa hari sahaja saya akan mulai mendapat pesanan dan tempahan yang telah disertakan wang oleh kerana saya membuat iklan yang berterusan didalam banyak penerbitan maka saya memperolehi wang secara terus menerus setiap hari sehingga ada kalanya boleh mencapai sehingga RM1,000 sehari. Ia memang sungguh lumayan untuk kerja yang hanya dilakukan selama beberapa jam sahaja dalam seminggu dirumah. Apabila membuka sampul surat didalamnya terdapat wang pos,cek,kiriman wang dan kadangkala ada yang mengirimkan wang tunai. Sungguh hebat dan menyeronokkan sekali rasanya memiliki perniagaan seperti ini.

BAGAIMANA CARA MELETAK HARGA ?

Apabila buku anda sudah siap perkara utama untuk dilakukan ialah meletakkan nilai harga bagi buku anda itu. Bagi buku setebal 10 muka surat ia boleh diletakkan harga diantara RM10 hingga RM40 sebuah bergantung kepada pengtingnya panduan tersebut serta betapa menariknya isi buku tersebut. Dan yang paling utama untuk diambil kira ialah mengenai kos keseluhuran dari awal hingga akhir. Ianya meliputi kos menaip walaupun ia hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Kos lain seperti percetakan(fotokopi), pengiklanan,setem,sampul surat dan lain-lain. Pada kebiasaannya harga untuk diletakkan ialah sekurang- kurangnya tiga kali ganda kos pengeluaran contohnya sebuah buku kosnya ialah RM2 maka ia perlu dijual pada harga RM6. Ini adalah harga paling rendah yang anda boleh jual untuk mendapatkan sedikit keuntungan. Pada kebiasaanya mereka meletak harga diantara lima hingga dua puluh kali ganda untuk menampung kos yang sebenar dan memperolehi keuntungan yang sewajarnya. Jika buku anda setebal 10 muka surat anda boleh memberi harga sebanyak RM19.95 ianya terpulang kepada anda. Jika dalam satu hari anda memperolehi pesanan sebanyak 20 buah, anda boleh menikmati pulangan kasar hamper RM400 sehari. Jika ditolak kos keseluhuran, katakanlah hanya 40% anda masih mempunyai untung bersih sekitar RM230 sehari. Ini sudah agak lumayan dan jika anda membuat iklan lebih banyak penerbitan, bukannya mustahil jika anda juga memperolehi pendapatan sehingga dua tiga ribu ringgit dalam sehari. Tiada orang tengah yang akan mengambil keuntungan anda dan anda tidak perlu merasa sakit hati kerana ramai orang berhutang. Ini adalah rahsia sebenar bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan banyak

Page 21: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

setiap hari. Penerbitan sendiri adalah kerja yagn sangat mudah kerana anda tidak perlu menjadi penulis. Anda hanya perlu membuat iklan dan memproses pesana untuk diposkan kepada pelanggan anda dimana ianya boleh dilakukan sambil menonton TV atau sambil berbual-bual selama dua tiga jam sehari dan dua tiga hari dalam seminggu sahaja. Ini bukannya cerita rekaan dan karut yang saya buat-buat tetapi satu kenyataan dimana ia benar-benar berlaku kepada saya sehingga kehari ini sejak beberapa tahun yang lalu. Apabilaa pergi kepejabat pos untuk mengambil surat ramai orang hairan kerana surat yang saya terima jumlahnya beratus-ratus pucuk setiap minggu. Apabila saya pergi ke bank untuk berurusan saya mudah membuat urusan kerana para staff bank sudah mengenali saya. Setiap hari saya akan menghantar anak-anak kesekolah dan isteri saya pula duduk dirumah, memang ramai yagn tidak tahu pekerjaan saya sebenar .

MULAKAN USAHA ANDA DENGAN BIJAK DENGAN MEMPELAJARI LANGKAH YANG PENTING INI

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT SURAT JUALAN / BROSUR / KATALOG

ANDA ADALAH BOSS KEPADA DIRI SENDIRI, ANDA BOLEH MENCIPTA MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG DENGAN PERNIAGAAN INI . TERUSKAN LANGKAH ANDA SEKARANG !!

Page 22: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

BAGAIMANA CARA MEMBUAT SURAT JUALAN YAGN BAIK DAN LEBIH BERKESAN Setelah mempunyai buku panduan anda sendiri kini tibalah pula masanya mempelajari cara untuk membuat surat jualan, ada yang menyebutnya atau memanggilnya brosur ataupun catalog. Walau apa pun nama yang anda sebut mengenainya, yang paling penting ialah bagaimanakah cara untuk menjual buku panduan anda itu dengan lebih berkesan dan mudah tetapi hanya dengan menggunakan kos yang lebih minima atau paling sedikit tetapi sangat menguntungkan. Adakah fikiran anda mulai menjadi kosong untuk menulis surat jualan anda sekarang? Adakah anda mempunyai idea yang bagus sebelumnya dan sekarang ia telah hilang? Jika begitu anda bukanlah keseorangan. Ini adalah halangan biasa yang selalu dihadapi oleh pemilik perniagaan. Disini ada disediakan beberapa tip atau panduan yang dapat membantu anda mengatasi masalah anda itu. Ia boleh membantu anda untuk menulis surat jualan yang lebih berkesan. 1: Jadilah seorang pelanggan; Ini adalah aspek terpenting tentang surat jualan yang baik, tetapi ia sering dilupakan. Bayangkan diri anda sebagai saorang pembaca kepada surat anda tulis itu, tuliskan apa yang pelanggan mahu tahu – bukannya hanya sesuatu yang anda mahu katakan. Anda boleh gunakan satu muka surat penuh saiz A4, penuhi apa yang mereka mahu bukan apa yang anda mahu. 2: Jadikan surat anda kelihatan tersusun; Surat jualan juga seperti kertas ujian sekolah, ia perlukan keterangan pengenalan,isi dan kesimpulannya. Didalam bahagian pengenalan diri atau syarikat anda, beritahu mereka mengapa anda telah menghantar surat tersebut. Isi surat anda ialah senjata utama yang menerangkan mengapa anda mahu menawarkan produk kepada mereka dan kesimpulannya ialah dengan menerangkan atau menyentuh kesemua sekali perkara penting secara ringkas dan meminta supaya pembaca merebut peluang kepada tawaran tersebut. 3: Jadikannya mudah untuk dibaca; Banyak surat jualan hanya dibuang begitu sahaja oleh penerimanya dan tidak dibaca kerana ianya ditulis dengan terlalu komplikated. Jangan membiarkan perkara ini berlaku kepada surat jualan anda. Gunakan petunjuk dibawah ini:

• Tulis dengan bahasa biasa yang mudah, sebagaimana anda biasa bercakap, dengan gaya bunyi biasa. Gaya yang rasmi biasanya tidak perlu untuk menulis surat jualan.

• Gunakan ayat-ayat yang pendek, bila anda mula menulis anda gunalah ayat-ayat yang pendek.

• Buat perenggan yang pendek-pendek sahaja. Kebanyakan orang suka berehat, jika dirasakan tidak selesa dengan ayat dan perkataan yang digunakan tuliskannya semula.

Page 23: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

• Semak dan sentiasa menyemak surat jualan anda baik dari segi bahasanya, perkataannya ataupun dari segi ejaannya. Lakukan ini sehingga ia nampak berkesan.

4: Tarik perhatian pembaca anda; Tajuk utama tidak terhad didalam iklan. Anda boleh gunakan sehingga 3 dan 4 baris ayat sebagai tajuk utama untuk memperlihatkan maklumat penting. Sebagai contoh jika saya menjual buku mengenai mencari wang dengan mesin jahit, saya akan buat tajuk surat jualan saya begini: “Rahsia memperolehi RM800 sehari dengan mesin jahit dirumah”. Saya gunakan huruf besar bagi semua perkataan tersebut sebab ia adalah tajuk utama. Jika tajuknya menarik pembaca akan mahu terus membaca semua isinya. Untuk tajuk iklan tersebut saya juga akan menggunakan saiz huruf yang lebih besar dari sub head. Sub head ialah ayat selepas tajuk utama dan sebelum isi kandungan surat jualan tersebut. Tulisan yang digunakan kecil sedikit saiznya daripada tajuk utama tetapi lebih besar dari isi surat tersebut. Sub head saya mungkin berbunyi seperti ini; Pelajari rahsia memperolehi RM100 satu jam dirumah, bekerja hanya secara sambilan. Boleh gunakan bentuk tulisan yang berlainan supaya nampak lebih menarik lagi dan kelihatan professional. 5: Jadikan pembaca anda berminat; Libatkan pembaca dengan isi surat yang menarik, ceritakan secara ringkas mengenai kelebihan,keistimewaan,keuntungan yang diperolehi jika mereka memiliki produk anda itu. Dengan itu pembaca akan terus membaca sambil memikirkan berkali-kali faedah yang akan diperolehinya jika mereka membeli produk anda. Gunakan bahasa biasa yang mudah tetapi menarik. Berikan jaminan kepuasan atau jaminan wang akan dikembalikan jika mereka tidak berjaya atau berminat selepas mencuba produk anda. 6: Suruh pembaca bertindak dengan segera, nyatakan sebagai tawaran anda adalah terhad dan sebagainya. Ia adalah satu kaedah pemasaran, perkataan JUALAN MURAH dan sebagainya.

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMASARKAN BUKU PANDUAN ANDA DENGAN MENGGUNAKAN IKLAN

Bagaimanakah caranya untuk menjual buku panduan anda dan dimana ia mahu dijual? Ramai yang tidak mengetahui cara untuk menjual hasil keluaran mereka, melainkan biasanya hanya memikirkan ia perlu dijual dikedai atau pasaraya. Saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk memasarkan produk anda tanpa memerlukan banyak kerja dan kos pengurusan yang tinggi. Caranya ialah dengan membuat iklan di dalam majalah dan juga akhbar. Ia boleh dilakukan setiap hari, setiap minggu atau beberapa bulan dan seberapa kerap yang didingini.

Page 24: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Pangiklanan terbahagi kepada beberapa jenis dan kategori, ada yang mahal dan ada juga yang murah. Iklan mahal adalah dari jenis bergambar dan memerlukan ruangan yang besar sehingga satu muka surat penuh. Harga untuk sekali mengiklan boleh mencecah beribu-ribu ringgit jika saiznya besar lebih-lebih lagi jika ianya dari jenis berwarna.Iklan seperti ini hanya sesuai untuk tujuan mengenalkan barangan keperluan bermutu,pakaian,kereta,kosmetik dan sebagainya. Iklan seperti ini dipanggil sebagai iklan “dispalay”. Sekarang saya tidak mahu membuang masa menceritakan perkara ini sebaliknya saya hanya ingin menerangkan mengenai satu lagi jenis iklan yang jauh lebih murah dan juga sangat berkesan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda. Iklan seperti ini dipanggil iklan “rampaian atau klasifikasi” yang mana ianya banyak diguna pakai untuk menawarkan iklan kerja kosong, notis mahkamah, tanah untuk dijual, kereta untuk dijual dan sebagainya.Untuk mendapatkan tempahan ruangan ini anda boleh menghubungi syarikat akhbar atau majalah melalui nombor talipon yang turut disiarkan setiap hari diruangan tersebut. Anda juga boleh menulis surat atau menghantar pertanyaan melalui mesin faks. Kebiasaannya memang ada disediakan borang tempahan untuk membuat iklan beberapa kali dalam seminggu. Anda hanya perlu mengikuti arahan dan syarat yang ditetapkan jika anda mahu membuat iklan. Ia termasuk harga dan jumlah bayaran yang dikenakan untuk sekali mengiklan, seperti jumlah perkataan, saiz kolum atau kekotak jika ia dari jenis kekotak seperti yang ditawarkan oleh akhbar atau majalah mingguan. Biasanya jika akbar harian seperti UTUSAN MALAYSIA, THE STAR, THE SUN, BERITA HARIAN, NEW STRAITS TIMES mereka menawarkan iklan mengikut jumlah perkataan atau barisan. Satu perkataan hanya diantara 80 sen hingga RM2.50, dan jumlah perkataan diantara 35 patah(maksimum). Jika anda membaca akhbar setiap hari dan melihat ruangan rampai iklan dan jika anda juga membaca majalah mingguan hampir semua penerbitan tersebut mempunyai ruangan iklan sendiri. Oleh itu anda bolehlah mengiklankan produk anda atau program, perkhidmatan dan sebagainya didalam penerbitan mereka. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan dan menulis sendiri iklan anda kemudian sertakan bayaran mengikut jumlah yang dikehendaki, berikan tarikh bila anda mahu iklan anda dikeluarkan dan poskan kepada mereka atau anda boleh menalipon mereka untuk menanyakan harga dan juga prosedur untuk membuat iklan. Perkara lain yang harus dipelajari ialah anda perlu menguji iklan anda, bilakah hari yang pembacanya lebih ramai, jenis iklan bagaimanakah

Page 25: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

yang lebih berkesan. Ini hanya dapat diketahui jika anda selalu membuat iklan dan memperbaiki ayat-ayat serta perkataan yang digunakan didalam iklan anda itu. Ia tidak susah jika anda mahu mempelajarinya kerana saya sendiri pada masa dahulu tidak tahu langsung mengenai perkara begini kerana tidak pernah mengambil tahu sebelumnya. Memang saya tidak tahu apa-apa pun mengenai iklan. Tetapi setelah mencuba dan selalu melakukan lama-kelamaan ia sudah menjadi biasa sahaja. Jangan takut untuk mencuba jika anda mahu mencipta kejayaan dan memperolehi wang. Iklan jenis ini memang amat berkesan sekali, jika tidak mengapa anda liht ramai orang/syarikat membuat iklan yang berterusan. Saya sendiri membuat iklan tiga kali seminggu didalam akhbar harian dan seminggu sekali dalam akhbar/majalah mingguan sejak bertahun-tahun dulu. Jika saya rugi buat apa saya membuang masa dan duit selama ini. Begitu juga dengan orang lain. Cuba perhatikan iklan-iklan kecil yang disiarkan setiap hari kebanyakannya dimiliki oleh individu/syarikat yang sama. Anda boleh mempelajarinya dengan melihat dan mengambil contoh dari iklan-iklan tersebut. Perkataan seperti “peluang menambah pendapatan”, “kerja sambilan dirumah”, “pendapatan lumayan dan hebat” dan banyak lagi perkataan yang menarik untuk dijadikan tajuk. Katakan saya membuat iklan begini “peluang memiliki pendapatan lumayan dirumah” Dapatkan keterangan PERCUMA! Hantarkan nama dan alamat/envelop beralamat sendiri dan bersetem kepada; DYNAMIC MAIL ENT,T.S.T Box 8, 42200 Kapar, Selangor. Jumlah perkataan ialah 26 perkataan dan kosnya hanya RM27 sahaja untuk sekali siaran. MEMBUAT IKLAN DIAKHBAR DAN MAJALAH/ JENIS IKLAN YANG MURAH DAN BERKESAN Iklan adalah satu perkara paling penting didalam dunia perniagaan dan juga didalam kehidupan. Semua perkara sebenarnya berkaitan dengan iklan. Sebab itulah industri pengiklanan telah menjadi satu industri yang sangat penting sama ada didalam dunia keusahawanan atau dunia orang biasa. Iklan juga adalah satu cara menyebarkan maklumat, cara bagaimana maklumat boleh disampaikan kepada golongan besar. Sebenarnya semakin anda mencuba dan semakin anda mahu berusaha semakin lama anda menjadi semakin mahir dan pandai. Bagi golongan junior seperti anda yang mahu mengenali dan mahu menceburi industri menjual maklumat secara pos, cara yang terbaik ialah anda memilih untuk membuat iklan menggunakan cara kedua iaitu iklan rampaian. Gunakan dua langkah pemasaran. Mula-mula buat iklan yang memberitahu peluang/….. yang anda tawarkan. Selepas itu anda

Page 26: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

membalas surat dari mereka dengan mengirimkan surat jualan produk atau maklumat anda. Cara ini lebih murah dan selamat berbanding dengan cara anda mencuba untuk terus menjual maklumat anda melalui satu ruang iklan bersaiz kecil. Anda boleh menjual melalui iklan yang bersaiz besar tetapi kos yang perlu dibayar untuk mengiklan adalah sangat tinggi. Ia mungkin tidak sesuai jika anda hanya menjual produk bernilai kurang dari RM100. Peratus pesanan juga mungkin rendah jika anda membuat iklan diakhbar harian dan juga akhbar mingguan. Jadi pilihan untuk menggunakan cara, 2 langkah pemasaran seperti yang diterangkan diatas. GUNAKAN LANGKAH BERIKUT :

1) Buat iklan didalam akhbar harian atau mingguan. 2) Balas surat pertanyaan dari pembaca dengan mengirimkan

catalog jualan / surat jualan dengan seberapa segera yang boleh. Ini adalah jenis pengiklanan 2 langkah yang ternyata lebih selamat, menjimatkan dan mudah.

BAHAGIAN TERPENTING UNTUK MEMPEROLEHI PENDAPATAN SELAIN DARIPADA MEMILIKI PRODUK ANDA SENDIRI YANG BAIK. PERKARA YANG MESTI DIKETAHUI DAN DIPELAJARI. CARA MENGGUNAKAN

PELBAGAI TEKNIK PEMASARAN.

Page 27: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

LANGKAH SETERUSNYA…….MEMBALAS SURAT PERTANYAAN IKLAN DARI PEMBACA

Setelah iklan disiarkan biasanya pembaca akan memberi respon atau mengirimkan surat pertanyaan kepada anda untuk mengetahui apa yang anda tawarkan dengan menghantar surat seperti yang anda suruh mereka lakukan. Dalam masa beberapa hari anda akan mulai menerima surat-surat daripada pembaca. Langkah berikut yang perlu dilakukan sebagai membalas surat mereka ialah mengirimkan kepada mereka surat jualan/catalog/brosur tentang produk anda itu seperti yang diterangkan dimuka surat sebelum ini. Dimana anda perlu memberi tawaran tertentu seperti tawaran potongan harga jika mereka membuat pesanan dalam masa 15 hari.Jika anda menggunakan kaedah seperti ini dan melakukan dengan sungguh-sungguh seperti ini dan membuat iklan yang berterusan anda akan mulai dapat melihat surat-surat pesanan-pesanan yang mengandungi wang pos/cek/kiriman wang ataupun wang tunai sampai ketangan anda dalam masa sepuluh hari. Jika iklan dibuat berterusan, wang juga akan mengalir kepada anda secara berterusan setiap hari,setiap minggu,setiap bulan dan setiap tahun tanpa hentinya. Syaratnya iklan anda mestilah juga berterusan. Dan jika anda membuat iklan dibanyak tempat(penerbitan) pula maka semakin besar pula jumlah pendapatan yang akan anda perolehi. Sebaik-baiknya jika anda mahu membalas surat pertanyaan dari pembaca dengan menghantar catalog jualan anda itu, ia hendaklah disertakan juga sampul surat balasan yang dicetak dengan nama dan alamat anda/syarikat anda. Ini akan dapat meningkatkan dan menguatkan lagi keyakinan pembaca bahawa anda adalah sebuah ayarikat yang baik dan berwibawa. Tetapi bagi anda yang baru mahu menceburi bidang ini dan tidak mempunyai budget /modal yang besar anda tidak perlu berbuat begitu sehinggalah apabila kewangan anda menjadi semakin kukuh. Selain itu, memberikan nombor talipon didalam iklan anda juga ada kebaikan dan disamping ada keburukkannya. Keburukannya ialah anda tidak cukup tangan untuk mengangkat talipon dan menjawab setiap pertanyaan pembaca yang kadang-kadang mereka bukan mahu membeli produk anda tetapi hanya sekadar mahu mendapatkan keterangan yang lebih lanjut sahaja. Untuk mengatasi masalah ini jika anda mahu meletakkan juga nombor talipon, anda boleh membeli dan memasang alat mesin penjawab talipon otomatik. Anda boleh rakamkan keterangan ringkas syarikat dan produk anda supaya mereka boleh mendengarnya apabila mereka mendail. Jika mereka berminat, mereka boleh meninggalkan nama dan alamat lengkap mereka didalam peti simpanan suara (voice mail) tersebut.Jika tidak anda juga akan pening kerana asyik bercakap benda yang sama malah masa untuk menjawab panggilan sahaja boleh menjejaskan kerja anda yang lain. Kebaikannya pula ialah

Page 28: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

pembaca merasa yakin dengan iklan anda itu kerana mereka boleh menghubungi anda secara terus. Walaubagaimanapun setelah saya mempelajari dan mengkajinya secara mendalam maka saya telah mendapat satu cara atau kaedah yang lebih mudah dan berkesan. Saya telah menggunakan (memasang) mesin penjawab talipon otomatik sebagai asisten atau pembantu yang tidak perlu dibayar gaji. Ianya boleh berfungsi dan berkhidmat 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti. Anda boleh membeli mesin tersebut dan memasangkannya ditalian telefon anda dan rakamkan suara anda dengan bunyi yang mesra. Tuliskan terlebih dahulu ayat-ayat untuk keterangan ringkas tentang iklan dan produk anda. Mesin tersebut bersaiz kecil dengan fungsi digital tanpa menggunakan pita, harganya diantara RM30 hingga RM300 bergantung kepada fungsinya. Ada yang boleh merakam suara sehingga 3 minit dan mempunyai rakaman masuk selama 60 minit. Pemanggil hanya perlu meninggalkan nama dan alamat mereka dan anda perlu mendengar semula rakaman suara mereka dan menyalin nama dan alamat mereka seterusnya hantarkan catalog/brosur/surat jualan anda. Saya menerima hamper 100 panggilan setiap hari, jika saya mahu menjawabnya sendiri tentu tidak cukup tangan dan perlukan seorang kakitangan untuk menjawab semua panggilan tersebut. Kos sudah tentu bertambah kerana kena bayar gaji. Saya juga menggunakan mesin faks untuk menerima pesanan dimana saya menerima 2 hingga 5 pesanan sehari melalui mesin faks.Pelanggan hanya perlu memasukkan bayaran kedalam akaun syarikat atau membuat bayaran secara m.o ekspress dan fakskan salinan bayaran tersebut bersama boring yang lengkap diisi kepada saya.Dengan itu ia memudahkan mereka membuat pesanan. Wang terus mengalir masuk kedalam peti surat dan melalui mesin faks saya. Bagi anda yang masih lagi baru dan mahu memulakan urusniaga ini, tidak perlu bagi anda membeli peralatan ini sekarang.Jika perniagaan anda sudah kukuh barulah anda boleh membeli semua peralatan ini. Itulah kehebatan urusniaga pos menjual maklumat dari rumah ini.Jika anda memeperolehi sedikit keuntungan diperingkat awal, jangan risau gandakan iklan anda dengan menggunakan keuntungan yang anda perolehi itu.Begitulah seterusnya sehingga anda memiliki wang yang cukup untuk membuat iklan yang kerap dibanyak penerbitan berulah keuntungan yang besar dan berterusan dapat anda nikmati. Sentiasa membuat kajian dengan iklan-iklan anda,jangan takut membuat kesilapan kerana dengan membuat kesilapan dan kita mencari jalan membetulkannya bermakna kita menjadi semakin pandai dan kejayaan semakin hampir. MEMENUHI DAN MENGHANTAR PESANAN KEPADA PELANGGAN ANDA Setelah pesanan diterima dan wang dikirimkan kepada anda, proses seterusnya ialah menghantar pesanan produk/buku kepada

Page 29: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

pelanggan-pelanggan. Penuhi pesanan yang diminta dalam masa yang dijanjikan jika boleh, kerana kadangkala kita menerima terlalu banyak pesanan, mungkin kita kehabisan stok buku atau terpaksa melawat saudara mara yang sakit dan tidak sempat membalasnya dalam masa yang ditetapkan. Jika ini berlaku ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Jika boleh sertakan juga kad ucapan terima kasih atau kad untuk pelanggan memberikan pendapat dan komen. Catatkan pendapat mereka dan kaji komen-komen pelanggan anda untuk memperbaiki kelemahan produk/buku panduan atau perkhidmatan anda. Jika mereka berpuas hati dan berterima kasih kepada anda bermakna anda sudah boleh berbangga kerana mampu memberikan yang terbaik untuk pelanggan dan sudah tentu nama dan usaha anda akan dikenang dan dikenali. Malah perkataan pendapat mereka yang positif itu boleh digunakan sebagai “iklan” untuk tujuan mempromosikan buku anda dimasa akan datang. Elakkan kegagalan jika boleh atau cuba kurangkan kesilapan yang boleh merugikan dengan membuat persiapan dan perhatian tentang kerja-kerja anda seperti ini. Setiap sampul surat jawapan, sampul surat berisi catalog dan sampul surat yang mengandungi buku-buku yang dikirimkan kepada pelanggan mestilah dicopkan nama dan alamat anda/syarikat anda supaya jika ada diantara surat-surat tersebut yang tidak sampai atau mempunyai alamat yang salah/tidak lengkap ia boleh dikembalikan semula kepada anda oleh pihak pos Malaysia dan ianya tidak terbuang begitu sahaja dan anda masih boleh menggunakan catalog dan buku tersebut untuk dikirimkan dan dijual dimasa akan datang. Jadi begitulah rutin atau kerja yang perlu dilakukan didalam urusniaga pos ini. Anda boleh memilih sendiri waktu bekerja sama ada waktu siang/malam/pagi/petang. Anda boleh memilih untuk bekerja selama mana yang anda mahu tetapi urusniaga ini tidaklah memerlukan masa kerja yang begitu panjang melainkan perniagaan anda sudah menjadi begitu besar dengan memperolehi pendapatan beratus ribu ringgit sebulan. Jika anda sudah mencapai tahap stabil dalam masa beberapa bulan sahaja tentu anda akan dapat menikmati bentuk kehidupan yang jauh lebih selesa dari sekarang, jika itulah yang anda inginkan maka mulakanlah langkah anda sekarang.

Page 30: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

“ WANG TIDAK MENDATANGKAN IDEA, TETAPI IDEALAH YANG MENDATANGKAN WANG” & “JIKA ANDA MAHU MELAKUKAN SESUATU

ANDA AKAN MENCARI JALAN, TETAPI JIKA ANDA TIDAK MAHU MELAKUKAN SESUATU ANDA AKAN MENCARI ALASAN”

CARA MEMULAKAN URUSNIAGA POS DENGAN MUDAH

Anda boleh memulakan urusniaga pos anda sekarang dengan menggunakan cara yang mudah. Untuk memulakan urusniaga pos menjual maklumat dari rumah anda mestilah telah mempunyai produk anda sendiri atau anda boleh membelinya daripada orang lain. Maklumat yang boleh dijual bukanlah semestinya sebuah buku yang tebalnya 20,40 atau 100 muka surat. Anda hanya memerlukan maklumat yang menarik untuk dijual. Maklumat tersebut mungkin hanya perlu mengandungi beberapa helai muka surat sahaja. Bahkan anda boleh menjual maklumat hanya mengandungi satu muka surat sahaja. Jika ianya penting orang akan sanggup membelinya. Cara paling baik adalah memiliki produk sendiri yang berbentuk bahan maklumat bercetak. Ini kerana dengan mempunyai produk sendiri anda tidak perlu bersaing dengan menjual produk yang sama dengan orang lain juga ada menjualnya tetapi mereka menawarkan harga yang lebih murah. Anda akan lebih mudah untuk berjaya dengan menjual produk anda sendiri dan menentukan harga anda sendiri. Mengapa memilih produk berasaskan maklumat bercetak? Maklumat bercetak sangat mudah untuk dikeluarkan semula atau disalin semula. Anda hanya perlu menyimpan salinan asal atau master copy. Jika anda mahu membuat salinan anda hanya perlu membuat salinan fotokopi sahaja dimana-mana kedai fotostat. Dengan hanya modal yang kecil anda boleh menjual dengan harga yang berkali ganda. Memang kebanyakan barang dijual dengan harga berkali ganda daripada harga kos pengeluarannya. Contohnya pakaian kanak-kanak yang dibuat dikilang pakaian dinegara China telah diimport kesinji dengan harga lebih kurang RM3 sepasang atau sehelai termasuk cukai kastam dan jualan. Harga yang dijual dipasaraya dan gedung beli belah ialah antaraRM25 hingga RM40 sepasang. Anda mungkin tidak mengetahuinya. Begitu juga sayur-sayuran dan juga makanan mentah yang laindan bermacam-macam lagi. Lagipun jika anda mempunyai produk anda sendiri, anda boleh bermula pada bila-bila masa dan berhenti pada bila-bila masa juga. Setelah anda mempunyai produk anda sendiri,

Page 31: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

perkara yang lebih penting untuk difikirkan ialah bagaimana cara untuk memasarkannya. Jika anda mempunyai barang dan perkhidmatan yang baiktetapi tidak boleh dipasarkan dengan sebenar kepada pengguna sudah tentu ia tidak memberi faedah kepada anda . Sebaliknya jika anda mempunyai produk yang tidak begitu baik tetapi anda berjaya memasarkannya dengan meluas dan berkesan maka kesannya dari segi keuntungan adalah sangat besar. Anda perlu memikirkan pemasaran yang berkesan dan mudah. Anda boleh mempelajari kaedah pemasaran dengan berkesan dan mudah. Saya akan menerangkannya dari A sampai Z didalam buku panduan ini. Selain itu anda juga perlu memikirkan cara pembayaran dibuat oleh pelanggan anda. Apa yang perlu anda lakukan pada peringkat awal ?

1) Dapatkan produk berupa maklumat 2) Fikirkan cara memasarkannya 3) Membuat surat jualan 4) Menerima bayaran dan memproses pesanan

Keempat-empat perkara ini hendaklah dipelajari supaya anda dapat menjalankan usaha perniagaan secara pos anda dengan lancer. Berikut ini adalah cara yang boleh anda ikuti dan laksanakan.

RAHSIA KEJAYAAN DIDALAM URUSNIAGA POS

Untuk berjaya didalam urusniaga pos anda apa yang perlu dilakukan ialah dengan memahami dan meneliti perkara-perkara dibawah ini yang boleh dianggap amat penting. Bagi anda yang masih baru mahu menceburi kerjaya mudah dirumah ini mungkin anda masih belummempunyai maklumat yang mencukupi. Perniagaan menjual maklumat secara pos memang amat menarik serta mudah untuk dilakukan berbanding kerjaya lain. Pada peringkat awal mungkin anda menganggap perkara ini agak sukar dan leceh. Sebenarnya ianya tidak begitu jika anda dapat mengikuti saranan-saranan yang diberikan dan mencuba sendiri kaedah-kaedah yang anda fikirkan sesuai. Bidang ini adalah satu bidang dimana anda akan merasa seronok kerana setiap kali anda membuat percubaan dan perubahan didalam perniagaan anda ia akan menghasilkan pendapatan yang berbeza-beza. Semakin hari anda akan menjadi semakin mahir dan bijak. Pada peringkat awal saya menjalankan perniagaan ini dahulu saya telah mengalami berbagai-bagai bentuk kesilapan yang telah merugikan wang ringgit saya.

Page 32: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Tetapi kerana saya sangat meminati kerjaya ini setelah saya mencubanya buat pertama kali dimana ianya telah menghasilkan pulangan yang menarik dan mudah. Okay, dibawah ini disenaraikan perkara-perkara yang boleh menolong anda mengelakkan kesilapan yang biasanya dilakukan oleh mereka yang baru menyertai perniagaan ini.

1) Anda mesti mempunyai produk yang boleh anda keluarkan dan hasilkan sendiri dengan mudah dan anda boleh mengawal sepenuhnya. Dengan mempunyai produk anda sendiri anda tidak akan bersaing dengan penjual lain yang menawarkan harga yang lebih rendah. Anda boleh menentukan harganya sendiri. Dengan cara ini pendapatan anda akan jadi lebih selamat dan kukuh. Anda boleh menjual produk anda itu selama bertahun-tahun seumur hidup anda. Jika anda mahu melakukan perubahan ia boleh dilakukan secara sedikit demi sedikit.

2) Apabila anda berurusan dengan pelanggan sama ada anda membalas surat mereka atau anda mengirimkan surat kepada mereka jangan sekali-kali menggunakan sampul surat bersaiz pendek/ sampul surat berbunga-bunga seperti sampul surat untuk dikirim kepada kekasih atau kedua ibu bapa. Sampul surat seperti ini memang tidak sesuai digunakan untuk urusan perniagaan. Sampul surat yang patut digunakan ialah bersaiz 9 kali 4, 9 kali 6, 12 kali 9 inci

Gunakan sampul surat bewarna putih, kuning atau coklat air muda sahaja. Dan sebaik-baiknya ialah anda membuat cop perniagaan anda sendiri dan tiap-tiap sampul surat dicop dengan alamat perniagaan anda. Kebaikannya ialah apabila surat yang anda kirimkan tidak dapat disampaikan oleh posmen kerana mereka sudah pindah atau meninggal dunia, surat tersebut akan boleh dikembalikan semula kepada anda. Dengan itu anda akan dapat menjimatkan kos surat jualan. Anda hanya akan rugi duit setem sahaja.

3) Jangan mengirimkan catalog jualan(surat jualan) yang cetaknya tidak bermutu, kotor dan sukar dibaca. Apabila membuat salinan fotostat gunakan hanya mesin fotokopi yang mnggunakan dakwat(toner) jenis powder. Jika anda menggunakan toner jenis lama hasilnya ialah salinan-salinan yang anda buat itu kelihatan comot dan kotor. Sebelum anda membuat salinan fotokopi dengan jumlah yang banyak, 100 muka surat atau lebih pastikan anda bertanya kepada pekedai mengenai jenis dakwat atau toner yang digunakan. Selain itu jika boleh gunakan kertas bewarna supaya ia akan kelihatan lebih menarik.

Jika anda membuat salinan fotostat, semakin banyak jumlah yang anda cetak kosnya akan menjadi semakin murah. Selain mesin fotostat anda juga boleh gunakan kaedah offset printing dan mesin litograph jika kemudahan tersebut ada ditempat anda. Kualitinya

Page 33: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

adalah lebih baik dan kos mencetak juga lebih murah. Surat jualan adalah sangat penting kerana ia akan bertindak sebagai jurujual bagi pihak anda dan perkataan yang digunakan didalamnya serta mutu cetakan akan boleh menyebabkan anda berjaya menjual produk anda atau tidak. Sebab itu ianya sangat penting.

4) Jangan mahu untung cepat dan mahu cepat kaya. Ramai orang yang baru mencuburi bidang urusniaga pos ini merasa tidak sabar dan menganggap setiap surat yang mereka kirimkan kepada bakal pelanggan akan dibalas dengan segera. Jika anda mempunyai tanggapan yang anda akan mendapat pesanan daripada pelanggan dalam masa 2-3 hari sahaja selepas anda menghantar surat jualan tentu anda akan kecewa. Surat yang anda kirimkan hanya akan sampai dalam masa 2-3 hari itupun jika ianya dialamatkan terus kerumah mereka. Kemudian mereka akan menyimpan dan membaca surat jualan anda selama 1-3 hari barulah mereka akan membalasnya.

Dan anda harus ingat bahawa bukan semua surat yang anda balas akan dibaca oleh pelanggan anda dan dibalas dengan segera. Dan tidak semua (100 pucuk) surat yang anda poskan penerimanya akan membuat pesanan dan belian daripada anda. Jika surat jualan anda berjaya menarik minat mereka, peratus pesanan yang bakal anda terima akan menjadi lebih tinggi dan banyak. Biasanya dari setiap surat jualan yang anda poskan anda akan mendapat diantara 5-20% pesanan. Bermakna anda akan mendapat hanya 5-20 pesanan dari setiap 100 pucuk surat jualan yang anda kirimkan. Biasanya anda akan menerima pesanan dalam masa 7-10 hari selepas anda mengeposkan surat kepada mereka.

5) Membalas surat pertanyaan dari bakal pelanggan dengan segera. Anda perlu membalas surat bakal pelanggan anda dengan seberapa segera ( 24-48 jam). Semakin cepat anda membalas surat mereka semakin cepat peluang untuk anda mendapat pesanan daripada mereka. Pelanggan akan menilai kecekapan pengurusan anda. Jangan diperam surat-surat pertanyaan daripada pelanggan sehingga lebih dari seminggu.

Ini disebabkan pesaing-pesaing atau pengiklan-pengiklan lain akan menawarkan produk yang mungkin lebih baik dan pengurusan yang lebih cekap. Jika ini berlaku anda sudah pasti akan ketinggalan ADN hilang peluang kerana pembaca akan membuat pesanan daripada syarikat lain yang mungkin mempunyai tawaran produk yang lebih baik lagi daripada produk anda.

6) Membuat iklan yang berterusan dan tidak berhenti sekerat jalan. Iklan yang dikeluarkan hanya sekali sekala sahaja tidak dapat menarik minat pembaca. Pembaca biasanya lebih yakin untuk

Page 34: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

berurusan dengan syarikat yang sering kali mengiklan berbanding dengan syarikat yang mengiklan hanya sekali sekala sahaja. Lagipun iklan yang berterusan akan menghasilkan surat-surat pertanyaan yang berterusan juga. Dengan itu urusan anda tidak terhenti dan pendapatan yang bakal anda perolehi juga akan berterusan selagi anda masih membuat iklan.

7) Membaiki iklan anda dari masa kemasa. Anda hendaklah sentiasa membaiki iklan-iklan anda dari masa kesemasa supaya iklan anda akan lebih berkesan bukan sekadar iklan yang menarik sahaja. Perbaiki ayat-ayat dan perkataan yang digunakan supaya boleh menarik minat lebih ramai pembaca untuk menghubungi anda. Ayat-ayat yang digunakan tidak perlu menggunakan perkataan yang terlalu puitis dan canggih tetapi pastikan ianya mampu membuat orang tertarik dengan perkataan yang digunakan.

8) Piramidkan iklan anda. Gunakan keuntungan daripada iklan yang pertama untuk membuat iklan yang kedua dan keuntungan daripada keuntungan kedua untuk membuat iklan yang ketiga. Sentiasa mempiramidkan iklan anda supaya ianya terus berkembang. Ambil keuntumgan (50%) daripada iklan-iklan anda untuk membuat lebih banyak ikln didalam lebih banyak penerbitan. Contohnya jika anda mahukan pendapatan hingga RM20,000 sebulan anda perlu membuat iklan sekurang-kurangnya didalam lima buah penerbitan. Jika anda hanya membuat iklan sekali dan mengharapkan pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan ia memang tidak masuk akall. Ada orang mahu mencari banyak wang tetapi mahu buat kerja terlalu mudah, kalau boleh duduk sahaja atau dengan berbaring-baring sahaja boleh dapat wang beribu-ribu sebulan.

9) Sentiasa mencari idea baru. Jangan hanya menggunakan idea-idea basi sebaliknya carilah idea-idea baru. Lakukan kerja anda secara professional dan pelajari dan mencotohi orang-orang yang telan berjaya, lihat bagaimana cara mereka membuat iklan.

10) Mempunyai cita-cita untuk berjaya. Jika anda mempunyai cita-cita untuk berjaya sudah pasti anda akan merancang segala tindakan anda dengan teratur. Ada cita-cita tetapi tiada sebarang tindakan yang dibuat ia hanya seperti belon kosong yang hanya berisi angina sahaja.

Page 35: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

TEMPAT MEMBUAT IKLAN DIAKHBAR HARIAN DAN MINGGUAN

Membuat iklan didalam akhbar harian dan mingguan adalah merupakan satu kaedah dimana anda memeperkenalkan barangan atau perkhidmatan kepada berjuta-juta orang dengan cara yang murah dan tidak perlu menemui mereka. Kaedah ini amat berkesan dan sudahpun digunakan oleh banyak syarikat sejak berdekad-dekad yang lalu. Dengan membuat iklan mengenai barangan atau perkhidmatan yang kita ada ia akan dapat melangkaui jarak hingga keseluruh Negara. Kesan dan prospek untuk mendapat keuntungan adalah jauh lebih besar dan tinggi jika hanya membuka sebuah premis atau pun kedai dikawasan tempat tinggal anda sahaja. Ada banyak jenis iklan yang boleh dibuat oleh para pengusaha. Ada iklan yang hanya diedarkan dikawasan perbandaran sahaja seperti dengan mengedarkan catalog atau leaflet dari rumah kerumah seperti yang dilakukan oleh pasaraya dan penjual barangan perabot dan elektrik. Ada yang hanya membuat iklan dengan menampalkan kertas iklan mereka dipapan Billboard dikompleks beli belah,dewan,masjid,pondok telefon dan tembok. Untuk mencapai horizon atau jangkauan yang lebih luas lagi hingga keseluruh Negara anda boleh menggunakan pengiklanan diakhbar dan majalah. Iklan diakhbar dan majalah ada dua jenis. Pertama: iklan Display (jenis ruangan dan bergambar). Kedua: iklan klasifikasi (rampai iklan) iklan jenis berbaris dan juga perkataan. Iklan jenis ini adalah iklan kecil dan lebih popular kerana ianya murah. Ada terdapat banyak akhbar dinegara ini sama ada akhbar harian atau pun akhbar mingguan tabloid. Akhbar harian popular seperti Berita Harian,Utusan Malaysia,Harakah,New Straits Times,The Star,The Sun,Malay Mail,Borneo Mail, akhbar-akhbar berbahasa cina dan tamil. Akhbar mingguan Tabloid seperti Bacaria,Warta Perdana,Buletin Utama,Warta Seni,Mingguan Misteri,Warta KL,Mingguan Tempo,Wawasan,KL Classified dan lain-lain lagi. Bagi majalah pula,majalah bulanan popular seperti MASTIKA, INTISARI, MANGGA, WANITA, USAHAWAN, EKONOMI, SENI BELADIRI, MAJALAH MOTOSIKAL, MOTOKAR, PANCING, KESIHATAN dan bermacam-macam lagi majalah yang hampir 600 judul dinegara ini. Anda boleh mendapatkan alamat dan nombor telefon untuk menghubungi syarikat akhbar atau majalah bagi menempah iklan. Jika anda selalu membaca akhbar harian atau akhbar mingguan, anda akan mendapati telah disediakan boring-borang untuk tempahan iklan klasifikasi atau rampai iklan.

Page 36: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Biasanya ia dikeluarkan beberapa kali dalam seminggu bagi akhbar harian dan bagi akhbar mingguan pula biasanya dikeluarkan setiap minggu. Didalam boring tersebut telah disediakan cara untuk membuat bayaran . Keterangan tentang harga iklan ada disediakan sekali, jadi lebih mudahlah untuk anda menempah iklan. Begitu juga mngenai cara pembayaran. Biasanya anda perlu menuliskan iklan anda didalam kertas yang berasingan dan anda juga dikehendaki memilih tarikh bila iklan anda mahu dikeluarkan. Tempahan iklan anda biasanya hanya akan dikeluarkan selepas dua minggu dari tarikh anda menghantar kepada mereka. Oleh itu jikalau anda mahukan ianya disiarkan cepat anda hendaklah menghantar lebih awal. Membuat iklan secara pakej adalah lebih mudah, ini boleh dilakukan sekiranya anda sudah mempunyai modal yang mencukupi. Anda boleh menempah iklan untuk 10-15 kali siaran. Sebenarnya semakin lama anda membuat iklan semakin ramai orang akan menatapnya didalam akhbar atau majalah, sebab itulah mengapa anda boleh melihat iklan daripada syarikat yang sama selama berbulan-bulan hingga bertahun-tahun lamanya yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama sejak dahulu. Iklan yang dikeluarkan pula sama sahaja, jadi adakah mereka hanya suka-suka atau sekadar mahu berseronok membuat iklan begitu? Tidak mungkin, siapa yang mahu membuang wang mereka sekadar untuk suka-suka begitu lebih-lebih lagi jika orang seperti kita yang tidak mempunyai wang yang berlebihan. Jika saya mempunyai wang sekalipun tidak mungkin saya berbuat begitu. Sebenarnya mereka memang mendapat keuntungan. Mereka boleh memperolehi pendapatan berbelas hingga berpuluh ribu sebulan dengan membuat iklan mengenai barangan atau perkhidmatan mereka.

MENJUAL IDEA ANDA UNTUK MENCARI WANG DAN KEKAYAAN

“Semasa kita berhenti dari berfikir, Kita biasanya terlepas satu peluang”

Perkara orang malas boleh menjadi kaya bukanlah satu perkara yang saya mahu ada-adakan kerana perkara ini telahpun saya alami sendiri. Walaupun saya belum lagi bertaraf jutawan tetapi pendapatan bulanan yang saya terima amatlah besar jika dibandingkan dengan kelulusan akademik yang saya miliki untuk bekerja makan gaji. Sebenarnya hidup saya seolah-olah orang malas kerana saya sentiasa berada dirumah dan tidak membuat pekerjaan seperti orang lain hatta berniaga secara biasa. Waktu bekerja saya amat pendek hanya sekitar satu hingga dua jamj dalam sehari dan kadang-kadang saya tidak membuat apa-apa kerja

Page 37: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

pun sehari suntuk. Saya tidak berpanas dan berhujan, tidak perlu keluar awal pagi dan pulang lewat petang. Malah saya hanya bekerja hanya dari ruang dapur dirumah saya. Sebenarnya orang disekeliling saya pun begitu hairan dan merasa cemburu kerana saya mempunyai masa lapang yang sangat banyak. Penganggur juga mempunyai masa lapang yang sangat banyak tetapi mereka tidak mempunyai pendapatan. Inilah sebabnya saya mahu berkongsi rahsia dan peluang ini dengan anda supaya anda juga boleh mempunyai masa lapang yang banyak dan dalam masa yang sama memperolehi wang yang juga banyak. Inilah kehidupan yang menyeronokkan. Biarlah orang kata saya malas, saya tidak ambil peduli langsung. Mungkin orang yang mengata saya seorang pemalas telah bekerja dengan rajin tetapi adakah mereka memiliki pendapatan yang besar? Sebenarnya saya bukan pemalas tetapi hanya bekerja kurang menggunakan tenaga tetapi saya telah menjual idea saya kepada orang lain. Semua orang boleh menjual idea mereka jika idea yang dimilikinya itu bernas dan boleh diterima oleh orang ramai. Ramai orang yang telah menjadi kaya raya setelah menjual idea mereka dengan harga yang sangat lumayan.Jika anda memiliki idea yang hebat, jangan hanya disimpan atau diceritakan kesana kemari kepada kawan-kawan anda. Dan jangan pula dibiarkannya berlapuk begitu sahaja. Hargailah idea anda itu dan laksanakan idea anda mengikut kaedah dan cara-cara yang betul. IsyaAllah anda boleh berjaya dengan cemerlang. Contohilah orang-orang yang telah berjaya betapa idea mereka diperingkat awal dahulu telah menjadi cemuhan dan sindiran. Tetapi akhirnya idea yang dikatakan gila telah menjadikan mereka sebagai orang yang terkenal dan juga kaya-raya. Mereka ini terdiri daripada pereka atau pencipta,pelukis,usahawan dan peniaga. Anda juga boleh mendapatkan kesenangan dan kekayaan dengan cara mencari idea dan menjualanya kepada orang lain. Idea sebenarnya tidak terbatas dan tiada sempadan. Anda boleh mencari berbagai-bagai idea yang mudah dan menjualnya dengan harga yang mahal. Untuk mencari idea ada berbagai-bagai cara yang boleh digunakan seperti dengan membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal anda,membaca buku-buku,akhbar dan majalah,bergaul dengan golongan tertentu, bergaul dengan usahawan tulin dan sebagainya. Jika anda boleh menggunakan akal dengan bijak anda boleh memperolehi berbagai-bagai idea baru setiap hari. Jika anda mendapat idea dan sudah mempunyai idea, cepat-cepat menuliskan idea anda didalam buku catatan supaya idea anda tidak cepat hilang. Biarkan ia selama beberapa hari, kemudian buka semula catatan anda InsyaAllah anda akan mendapat lebih banyak idea lagi dan anda boleh mengembangkan idea itu dan menuliskannya menjadi buku panduan

Page 38: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

ataupun laporan-laporan ringkas. Anda boleh menjualnya kepada golongan yang tertentu dengan menggunakan kaedah pasaran khusus dimana hanya orang-orang yang berkaitan dengan idea anda itu sahaja yang akan menghubungi anda. Anda sudah tentu boleh memperolehi keuntungan yang banyak jika menggunakan cara ini untuk mencari wang malah anda tidak perlu menemui para pelanggan anda itu jika anda menggunakan kaedah pengurusan secara pos ataupun online.

BIARKAN JIKA ORANG TIDAK PERCAYA BUKTIKAN KERJA ANDA

Bukan hanya seorang malah ramai orang yang telah menggunakan kreativitinya dan menjadi kaya. Profesor Cloud Olney menjadi kaya hanya dengan menjalankan perniagaan dimaja didapur rumahnya dan dikeretanya. Sehinggakan ketika mahu makan malam meja itu terpaksa dikemaskan. Biarkan orang tidak percaya dan bertanya bagaimanakah dengan cara itu dia boleh mendapat wang yang banyak sedangkan dia hanya bekerja beberapa jam sehari. Jawapannya ialah idea dan kreativiti yang bijak. Ianya adalah kebolehan inovatif,unik,kreatif,inventif,imaginative,luarbiasa malah ianya bukan sahaja kerana bijak tetapi mempunyai kemahuan tinggi dan minat mendalam yang perlu dipupuk. Bijak sahaja tidak mencukupi tetapi yang penting mestilah mempunyai kemahuan yang tinggi. Tidak ada gunanya anda mempunyai idea tetapi anda tidak ada kemahuan dan usaha yang tinggi untuk mencapainya. Tanyalah kepada diri sendiri, apakah yang diinginkan dan apakah jenis pekerjaan yang boleh menghasilkan wang yang banyak yang mahu anda lakukan. Dan yang paling penting tanyalah kepada diri sendiri sama ada anda sanggup melakukannya ataupun tidak. Jika ada kemahuan tetapi tidak ada kesanggupan sudah tentu ianya tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Adakah anda bekerja hanya menggunakan lebih banyak tenaga dan kurang menggunakan akal atau anda bekerja dengan menggunakan lebih banyak akal dan kurang menggunakan tenaga? Jika cara kedua ini yang anda laksanakan sudah tentu hasil yang diperolehi lebih banyak daripada menggunakan cara biasa yang pertama itu. Malah bagi mereka yang bidangnya lebih professional contohnya seperti perunding (konsultan) , mereka bekerja hanya dengan menggunakan lebih banyak akal. Banyak bidang lain yang boleh dijadikan contoh bagaimana orang yang bekerja dengan menggunakan lebih banyak akal telah memiliki kehidupan yang lebih mewah dan sempurna. Mereka menjual perkhidmatan dan barangan mereka hasil daripada idea kreatif dan inovatif dengan harga yang mahal. Bila anda fikirkan sekali lagi, semua barang, perkhidmatan dan idea yang laris sebenarnya adalah

Page 39: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

hasil daripada pemikiran yang bagus. Begitu juga jika anda mempunyai masalah dalam mencari modal untuk memulakan perniagaan anda, jika anda menggunakan cara dan idea yang kreatif dan inovatif, anda akan mendapat jalan bagaimana untuk mencari wang sebagai modal. Anda mesti faham dan sedar bahawa setiap perkara yang besar itu sebenarnya telah dimulakan dari usaha yang kecil sahaja, paling mudah dikatakan ialah ianya hanya berasal dari satu cara berfikir. Setiap langkah bermula daripada langkah yang pertama. Pokok yang besar hanya berasal daripada sebiji benih yang kecil dan halus sahaja. Kerja dan kejayaan yang besar adalah hasil dari satu idea yang dicanai dengan teratur, berkesan, dengan mempunyai kemahuan dan kesanggupan melakukannya barulah terhasil kejayaan tersebut. Malah pepatah lama ada mengatakan “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit” dan “berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. Saya juga hanya memulakan kerja dari rumah dengan membuat kerja-kerja mudah hanya dari meja makan didapur rumah sahaja. Saya membuat kerja rumah dengan membuat kerja-kerja mudah hanya dari meja makan didapur rumah sahaja. Saya membuat kerja seperti menulis laporan-laporan dan buku panduan kecil, membalas surat-surat dengan memuatkan catalog jualan laporan dan panduan yang saya jual secara pos selama satu hingga dua jam sehari. Saya tidak bekerja hingga 4-8 jam sehari malah saya hanya bekerja tidak lebih tiga hari seminggu dengan masa maksima 15 jam seminggu. Saya boleh memperolehi pendapatan sebanyak beberapa ratus ringgit sehingga beberapa ribu ringgit setiap hari. Jadi, biarkan orang tidak mempercayai idea kita pada peringkat awal dan biar kita bersusah-susah dahulu seperti yang saya lalui dahulu. Kini saya telah dan sedang menikmati hasilnya dan saya boleh dan mahu berkongsi idea dan rahsia ini kepada anda jika anda sanggup melakukannya. Tidak ada gunanya jika sekadar ada kemahuan, semua orang ada kemahuan untuk hidup senang dan kaya dan lepas dari masalah kewangan tetapi berapa ramaikah orang yang sanggup melakukan kerja yang dikehendakinya itu dengan bersungguh-sungguh.

Page 40: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

MENGHARGAI DIRI YANG AMAT BERNILAI

Untuk mencapai kejayaan sebenarnya bermula daripada mengenal diri sendiri terlebih dahulu. Sebagaimana juga didalam agama, dimana anda perlu mengenal diri sendiri untuk mengenal Allah. Memang tiada kerjaya lain selain daripada keusahawanan yang menekankan bahawa anda patut mengenal diri anda sebelum anda kenal dengan apa yang mahu anda lakukan. Malah didalam dunia keusahawanan anda perlu mengenali diri sendiri, dan anda memang bernilai tinggi dan nilai keujudan diri anda itu patutlah dihargai. Sebenarnya anda telah dijadikan sebagai makhluk paling mulia, tetapi jika anda tidak kenal kepada diri anda sendiri, bermakna anda akan menjadikan diri anda lebih hina dari seluruh makhluk didalam ini. Seringkali kita berjumpa dengan manusia yang malas untuk berfikir perihal masa depan mereka, apatah lagi menyimapan hasrat atau harapan untuk mewarnai masa depan dengan warna yang gemilang dan bercahaya. Bagi orang seperti ini, semalam, hari ini dan esok sama sahaja. Sebenarnya ramai orang tidak sedar bahawa jika mereka tidak menghargai keujudan diri mereka, kehidupan mereka akan menjadi bertambah buruk dan celaka. Sepatutnya mereka menjadi agar hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Sesungguhnya diri anda itu amat bernilai malah tiada ternilaikan. Dan semuanya adalah bermula daripada diri anda sendiri terlebih dahulu. Jika anda dapat merasakan bahawa diri anda itu bernilai, sudah tentu anda akan memilih jalan hidup anda yang bernilai. Malah sebenarnya diri anda itu lebih bernilai daripada emas tempawan. Ia lebih beharga daripada berapa banyak sekalipun bahtera yang berisi emas. Sebenarnya emas dan berlian tidak bernilai jika dibandingkan dengan diri manusia. Begitulah bernilainya diri manusia. Jika anda tidak dapat menilaikan diri anda lebih daripada emas, bagaimana mungkinkah anda boleh membuat dan mempunyai sentuhan emas? Jika anda tidak mempunyai sentuhan emas anda mungkin hanya mempunyai sentuhan suasa ataupun besi yang nilainya tidak sebanding dengan emas. Mungkin ianya mencukupi untuk hidup anda selagi anda merasakan bahawa diri anda tidak bernilai. Apabila anda telah menyedari bahawa diri anda itu bernilai tinggilah, maka setiap yang anda sentuh akan turut bernilai. Biasanya tangan emas akan menukarkan sentuhannya menjadi emas. Allah telah menciptakan manusia itu sebagai makhluk yang paling sempurna kejadiannya, ertinya jauh lebih sempurna daripada emas yang digila-gilakan oleh ramai manusia. Malah semua yang lain telah ditundukkan oleh Allah agar dapat mendatangkan guna kepada manusia yang telah dilantik sebagai khalifah dimuka bumi ini. Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Page 41: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

sebenarnya hidup ini lebih bermakna daripada berebutkan emas. Walaupun kita tahu bahawa siapa yang berjumpa emas itu akan menjadi kaya raya, dalam reality, orang yang kaya raya itu bukanlah terjumpa emas, tetapi yang jelas kekayaan mereka itu boleh membeli berlombong-lombong emas. Dan sebenarnya diri mereka itulah lombong-lombong emas yang amat bernilai. Usaha mencari kekayaan itu sebenarnya sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran. Kejayaan bukan satu kebetulan, keributan dan perebutan. Mereka tidak risau jika orang lain tidak mempunyai sentuhan emas, yang mereka risaukan ialah jika mereka tidak cukup usaha dan ikhtiar untuk menggali emas yang sedia ada dalam diri mereka. Emas itu sebenarnya bukan dating dari dalam tanah yang mana boleh runtuh lubangnya apabila terowong yang digali tidak kukuh penyokongnya. Kemiskinan sering mengambil semua semangat yang dimiliki seseorang. Oleh itu kita harus berusaha dengan gigih agar tidak menjadi miskin kerana menjadi miskin tidaklah susah begitu juga untuk menjadi kaya tidaklah sesukar yang dijangkakan. Andai kata tiada harapan yang terkandung dalam diri seseorang sudah pasti dia tiada usaha dan mempunyai tenaga yang kuat untuk mencapai cita-citanya. Bahkan bukan mustahil lagi bagi dirinya bahawa kehidupan didunia ini akan menjadi lebih sempit jadinya daripada liang seekor binatang yang melata ditanah. Malah kehidupannya akan menjadi terasa lebih berat lagi, lebih berat dari lingkaran besi yang membelenggu di kaki dan yang dililitkan disekeliling lehernya. Jika anda tiada cita-cita dan kemahuan serta usaha yang besar sebenarnya anda sendirilah yang membelenggu diri sendiri, mengikat diri dengan kemiskinan dan kesusahan. Milikilah harapan yang besar dan jadikanlah dia sebagai lambing kehidupan. Milikilah angan-angan yang tinggi dan jadikan ia sebagai pakaianan harian.

Page 42: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

KISAH KEJAYAAN E. JOSEPH COSSMAN (Mail Order Business USA)

Kisah Satu Beliau adalah bekas askar perang dunia kedua.Beliau pulang kenegaranya pada tahun 1946 kerana kesempitan wang dan mahu mencari kerja. Kemudian beliau telah mendapat kerja sebagai kerani surat menyurat disebuah firma import/eksport dengan gaji $35 seminggu.Dengan wang gajinya itu beliau telah membeli sebuah mesin taip dan membuka pejabat didapur rumahnya (dapur rumahnya dijadikan pejabat). Pada waktu siang beliau bekerja difirma tersebut, bila balik dari kerja beliau menjalankan perniagaan secara pos ataupun mail order. Beliau telah beristeri dan mempunyai seorang anak pada usia 28 tahun itu. Pada awal perniagaannya dijalankan beliau terpaksa berjimat cermat bagi menampung pengeposan dari keuntungan kecil yang diperolehinya. Setelah setahun beliau berniaga secara sambilan, pada satu hari beliau telah terbaca satu iklan didalam akhbar New York Times yang menawarkan sabun dalam kuantiti yang banyak sedangkan pada ketika itu sabun amat sukar didapati. Joe kemudiannya telah meminta contoh sabun atau sample lalu menghantarnya keseberang laut. Salah satu ejen telah berminat untuk membeli sabun tersebut dan telah menghantarkan letter of credit sebanyak US$ 180,000. Kemudian beliau telah menghadapi berbagai dugaan sebelum berjaya menghantar sabun tersebut ke Afrika. Apabila semua urusan itu beres, beliau telah memiliki keuntungan sebanyak US$30,000 yang mana pada masa sekarang nilainya ialah kira-kira US$2 juta. Cossman telah menjadi salah seorang usahawan yang menakjubkan diabad ini. Bermula dengan tidak cukup dan ketiadaan wang akhirnya beliau telah menjadi multi jutawan. Kemudian Cossman juga telah berjaya menjual produk yang amat unik keseluruh dunia. Beliau telah menjual 10 juta unit Ant Farms, 8 juta unit racun serangga Fly Cake, 1.6 juta Rubber Shrunker Heads, 2 juta unit Potato Spud Gun serta banyak lagi produk serta servis dari lukisan bercetak sehinggakan kepada sabun basuh. Operasi perniagaan Cossman berbeza dari usahawan lain. Beliau tidak menggunakan hanya satu atau dua kaedah agihan malah telah menggunakan sehingga 22 kaedah agihan pemasaran disepanjang karier perniagaannya. Bermula dari dapurnya, kemudian beliau telah bertungkus lumus sebelum beliau benar-benar berjaya bertemu cara mendapatkan wang yang sebenar. Baliau telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak US$25 juta, walaupun begitu disepanjang karier perniagaannya itu beliau tidak pernah mempunyai lebih daripada 12 orang pekerja. Malah semasa berniaga pun beliau tidak mengabaikan

Page 43: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

keluarganya. Cara begitulah yang patut kita contohi. Jadi jika anda mahu mencari wang, sekarang bolehlah anda bertanya kepada diri sendiri, cara bagaimanakah yang anda inginkan. Kisah Kedua Pula ialah mengenai seorang usahawan mail order (perniagaan pos) pada dekad ini 1991. Nama usahawan ini ialah JEFF PAUL. Sebelum beliau berjaya menjadi jutawan dengan menjual maklumat secara pos kehidupan beliau penuh dengan keperitan dan kesulitan. Baliau telah berhutang kepada syarikat kad kredit sebanyak lebih US$100,000 dan tiada tempat tinggal melainkan beliau menumpang dibasemant (tempat letak kereta dibawah rumah) rumah kakak iparnya. Sebelum berniaga secara pos, Jeff Paul adalah seorang eksekutif kewangan yang berjaya sebelum beliau meletakkan jawatan dan memulakan perniagaannya sendiri kemudian telah hamper jatuh bankrap dan berhutang lebih dari $100,000. Baliau tidak mengalah walaupun mengalami kesusahan dan keperitan hidup. Dia berusaha memulakan semula perniagaan mail ordernya dari bilik basemant yang ditumpanginya dirumah kakak iparnya itu . Kemudian dengan sedikit baki kemudahan kredit dari kad kreditnya dan sedikit wang yang dipinjam daripada kawan-kawanya beliau telah berusaha untuk menyertai satu seminar mengenai pemasaran perniagaan secara pos oleh seorang usahawan dan konsultan yang terkemuka diAmerika bernama Dan S.Kennedy dengan bayaran sebanyak US$3,700 . Seminar tersebut berlangsung selama 3 hari . Beliau dan isterinya Peggy tidak mampu untuk makan seperti orang lain direstoran sebaliknya beliau hanya membawa bekalan makanan berupa biskut kraker dan mentega . Beliau dan isterinya hanya makan dibilik hotel yang disewa itu . Selepas menghadiri seminar tersebut beliau telah diberi tunjuk ajar sepenuhnya oleh penceramah tersebut iaitu Dan S . Kennedy yang begitu prihatin dengan kesungguhanya untuk mendapatkan khidmat nasihat walaupun tidak mempunyai wang yang mencukupi . Setelah pulang kerumahnya beliau telah membuat beberapa kajian semula cara pemasaran yang dilakukan sebelumnya . Setelah itu beliau pun menggunakan kaedah yang baru dipelajari itu . Pada bulan berikutnya perniagaannya mulai meningkat dengan begitu drastik sekali . Dibulan tersebut beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak $ 13,400 ( Oktober ), bulan ( November ) $ 26,000 , bulan ( December ) $49,800 . Pada tahun berikutnya (1992) beliau telah memperolehi pendapatan lebih dari $ 1 juta . Pada masa ini beliau

Page 44: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

telah memperolehi pendapatan sebanyak US$4,000 SEHARI dengan hanya bekerja dirumah . Beliau telah berjaya memiliki rumah sendiri yang bernilai $385,000 dan tidak menanggung sebarang hutang lagi . Sekarang beliau telah mempunyai simpanan berjuta-juta dollar . ANDA BOLEH mengikuti kursus yang dianjurkan oleh beliau dimana beliau telah menetapkan bayaran sebanyak US$700 ( RM2,800 ) bagi mengikuti kursus tersebut sama ada secara hadir ataupun secara pos dari USA . Anda boleh menghubungi beliau dialamat JPDK Inc , 121 , N . Washington St, Dept 904 , Naperville . ILL 60540 , USA . Anda juga boleh membeli buku kecil beliau bertajuk How You Can Make $4,000 A Day Sitting At Your Kitchen Table , In Your Underwear yang berharga &29.93 ( RM 120 ).

BERIKUT INI ADALAH KISAH BAGAIMANA MEREKA BOLEH BERJAYA

Berikut ini adalah kisah-kisah benar bagaimana seorang usahawan melakukan kerjanya sehingga berjaya . Kita boleh mengikut dan meniru kaedah dan cara mereka melaksana pekerjaan supaya kita juga dapat menikmati kejayaan seperti mereka . Untuk berjaya sebenarnya kita perlulah meniru dan mencontohi orang-orang yang berjaya melaksanakan pekerjaan dan usahanya . Mungkin ada diantara anda tidak suka meniru cara orang lain . Meniru yangmemeksudkan disini bukanlah bermaksud meniru dan menciplak bukat – bulat atau keseluruhanya . Jika anda meniru bulat-bulat tentu anda akan gagal . Kita boleh mengikuti cara mereka melakukan kerja tetapi kita boleh membuat sedikit perubahan ( inovatif ) supaya ianya sesuai dengan cara kita dan dimana kita berada . Mengapa buku ini banyak menceritakan kisah kejayaan orang lain ? seperti yang telah dinyatakan diatas , untuk berjaya kita mesti bergaul dengan orang yang telah berjaya agar kita tahu rahsia mereka , jika tidak dapat bertemu dengan mereka cukuplah dengan membaca buku mengenali mereka dan mengetahu cara-cara mereka bekerja dan kita boleh meniru cara mereka . Bagaimana mahu berjaya jika kita tiada panduan . Untuk menjadi muslim sebenar yang berjaya juga memerlukan podoman dan panduan dan juga contoh . Pedoman kita ialah Al Quran dan contoh yang boleh kita ikuti ialah Nabi Besar kita Muhammad SAW . HENRY FORD Beliau tidak mempunyai sebarang pendidikan atau latihan formal didalam bidang mekanikal . Beliau hanya belajar sendiri . Dia tahu apa yang dia mahu dan mempunyai hasrat YANG MEMBARA untuk menvapainya . Apabila dia mencipta kereta petamanya , saudara mara dan jiran tetangganya hanya mentertawakanny dan mengatakan sebagai idea gila . Tetapi akhirnya ciptaanya itu telah

Page 45: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

digunakandiseluruh dunia . Sekarang hampir semua Negara telah meniru ciptaan FORD iaitu kereta dan ia telah menjadi industri yang memberikan kekayaan kepada ramai orang disluruh dunia . LE TOURNEAU Satu ketika beliau telah menjadi sub kontraktor disebuah empangan HOOVER . Tanpa menduganya ditempat itu rupa-rupanya terdapat batu-batu pejal yang besar yang menyebabkan beliau kerugian besar . Dia tidak menyalahkan orang lain mengenai nasibnya malangnya , dia juga tidak menyalahkan takdir . Bila menempuh kesukaran beliau berdoa meminta pertunjuk . Kemudian beliau telah membuat keputusan untuk mencipta mesin yang mampu mengalihkan apa sahaja jenis batu pejal dan tanah . Hasil usahanya , mesin ciptaannya sekarang ini telah digunakan diseluruh dunia . Dia telah mempunyai beberapa buah kilang dan telah menjadi multi jutawan . * ARTHUR NASH Beliau menjalankan perniagaan pakaian secara oos ( mail order ) . Pada satu masa perniagaanya telah jatuh bangkrap , dia tidak mengalah begitu sahaja sebaliknya dia dengan cepat telah mengubah suai cara dia berniaga . Dia telah mengambil semua pekerjanya sebagai rakan kongsinya iaitu bekongsi keuntungan selain daripada mendapat gaji . Tidak lama kemudian perniagaanya merupakan perniagaan yang paling untung berbanding syarikat lain yang menjalankan perniagaan yang sama denganya . * JAMES B. DUKE Beliau tidak pernah bersekolah dan tidak pernah belajar menulis tetapi beliau mempunyai kelebihan berfikir secara tepat . Kelebihan inilah yang telah menjadikanya sebagai salah seorang yang paling kaya didunia . Duke tidak suka membuang masa memikirkan perkara yang tidak penting . Dia boleh membuat keputusan dengan tepat sebaik sahaja beliau memperolehi fakta . Pada satu hari dia bertemu dengan seorang kawan lama yang terperanjat bahawa Duke bercadang membuka dua ribu kedai menjual produk tembakau. Duke berkata dia tidak takut kepada kesilapan. Bila dia buat silap dia terus maju kehadapan dan mambuat silap lagi, tetapi tidak kepada perkara yang sama atau melakukan kesilapan yang sama. Duke meneruskan rancangan membuka kedai tembakau hinggalah dia memperolehi keuntungan dan jualan berjuta-juta dollar seminggu. Kemudian dia telah membelanjakan beberapa juta dollar untuk membuka Universiti Duke. Wang itu hanya sebahagian kecil sahaja dari jumlah kekayaanya dan dia sendiri pun tidak pernah kesekolah

Page 46: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

tetapi mampu membina sebuah universiti bagi mengembangkan ilmu kepada bangsanya. * LI KA SHING Dia telah berhenti sekolah ketika berusia 14 tahun untuk menjadi pencari nafkah tunggal bagi keluarganya apabila bapanya meninggal dunia. Kemudian dari itu ketika usianya 17 tahun beliau bekerja disebuah kedai perkakasan sebagai jurujual. Manakala orang lain bekerja selama 8 jam sehari, beliau bekerja selama 16 jam sehari. Hari ini beliau merupakan salah seorang yang terkaya didunia. Namun begitu beliau masih lagi memakai jam tangan jepunnya yang murah dan hanya berharga US$50 dan memakai kasut bertapak plastic. Ada kisah yang mengatakan bahawa jamnya telah dicepatkan 8 minit lebih awal supaya beliau dapat menafaatkan masanya dengan baik. *GEORGE BERNARD SHAW Beliau hanya mampu bersekolah selama 5 tahun sahaja, kemudian dia bekerja sebagai kerani dengan gaji yang amat sedikit. Tetapi in tidak menghalang cita-citanya untuk menjadi penulis. Dia nekad berhenti kerja dan menulis selama 9 tahun yang mana keseluruhanya dia Cuma dibayar sebanyak $30 sahaja. Cuba anda bayangkan! Tetapi dia tetap bersabar dan akhirnya dia telah menjadi salah seorang yang paling terkenal dan telah mendapat berjuta-juta dollar daripada jualan buku dan juga artikelnya. Dia juga telah memenangi hadiah novel kesusasteraan.

*THOMAS ALVA EDISON Beliau telah dihantar pulang dari sekolah kerana terlalu bodoh untuk mempelajari satu apa pun. Tetapi akhirnya dia telah menjadi seorang pencipta yang ulung dalam sejarah manusia. Ciptaan pertamanya ialah mentol letrik yang telah menyinari sebahagian besar dunia pada masa kini. Thukah anda bahawa beliau telah mengalami beribu kali kegagalan dalam usaha untuk menjayakan ciptaan-ciptaanya itu termasuk mentol lampu pertama ciptaanya. * BENJAMIN FRANKLIN Merupakan anak kelima belas daripada tujuh belas adik-beradik. Bapanya hanyalah pembuat lilin yang miskin. Beliau hanya sempat bersekolah selama satu tahun sahaja. Dia telah mengambil usaha sendiri (INISIATIF) mempelajari sastera klasik, falsafah, penulisan, sains, politik, kewangan, mempelajari 4 bahasa dan diplomasi untuk menjadi orang yang paling tinggi pendidikannya dan paling ulung di Amerika.

Page 47: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

UNTUK SENANG ASALNYA SUSAH. BEBERAPA TOKOH AGUNG YANG CACAT

JOAN OF ARC Adalah anak seorang pengembala kambing yang sangat miskin. Dengan usahanya dia telah dapat mengetahui tentera parancis dan memperolehi kejayaan besar dimana orang lain tidak menang walaupun berperang beribu tahun . SHAKESPEARE

Dirinya yang lumpuh tidak menhalangnya daripada mengarang sandiwara-sandiwara terbaik dunia . JOHN MILTON . Dirinya yang buta tidak menghalangnya daripada mengarang sajak teragung di England yang bertajuk PARADISE LOST ataupun syurga yang hilang. BEETHOVEN Dirinya pekak badak dan bisu tetapi beliau berjaya menjadi penggubah lagu klasik dengan gubahan muzik yang terindah didunia. “iskandar agung”. Dia merupakan seorang yang bongkok. Ketika berusia 19 tahun ayahnya telah dibunuh lalu beliau menaiki tahta kerajaanya. HOMER ialah seorang penyanyi kembara yang buta. HANDELL. Bahagian kanan tubuhnya lumpuh ketika beliau menggubah karya teragungnya “The Hellujah Chorus”. EDISON beliau pekak ketika mencipta peti nyanyi. HELLEN ADAM KELLER. Beliau pekak, buta dan bisu tetapi telah menjadi seorang penulis yang terkenal. KUNG FU TZE. Menjadi yatim piatu sejak kecil lagi. FRANKLIN DELLANO ROOSEVELT. Sungguhpun mengidap polio tetapi telah dilantik menjadi presiden Amerika yang ke 32. BOOKER T. WASHINGTON. Walaupun dilahirkan dalam keabdian tetapi telah menjadi pemimpin dan pendidik kaum kulit hitam yang paling berpengaruh dizamannya. STEPHEN WILLIAM HAWKING (pernah berkunjung ke Malaysia beberapa tahun lalu). Ketika berumur 52 tahun, professor British ini telah lumpuh akibat penyakit Neuron motor yang beransur-ansur semakin teruk dan tidak dapat diubati dan ototnya habis kecut berut tetapi beliau masih dianggap sebagai ahli fizik yang terbijak selepas EINSTEIN.

Page 48: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

Dia mula mengidap penyakitnya sejak berusia 21 tahun dan dijangka hanya ada 2 tahun sahaja untuk hidup. Hawking dengan penuh keberanianya menentang dan berjuang melawan penyakit yang melumpuhkan tangan dan kakinya serta peti suaranya. Pada tahun 1988 beliau telah menulis buku bertajuk “A Brief History Of Time” (sejarah ringkas tentang masa) yang telah diterjemahkan kedalam 22 bahasa dan telah dijual sebanyak 10 juta naskhah diseluruh dunia. Padahal beliau seorang penuntut yang tidak serajin mana di Universiti Oxford.

MERUNGUT KERANA TIDAK CUKUP ? Sebahagian besar manusia telah menghabiskan banyak masanya hanya untuk merungut dan mengatakan yang pendapatannya tidak mencukupi. Hati mereka mengeluh dan jiwa mereka meruntuh kerana sering kesempitan. Sepatutnya mereka memperuntukkan sedikit ruang masa supaya mereka boleh memikirkan semula cara hidup dan matlamat hidup mereka. Gunakan masa selama satu jam sehari untuk menyemak dan membedah siasat segala usaha dan pekerjaan yang telah mereka lakukan selama ini. Sudah cukupkah usaha mereka ? Adakah mereka membuka akal dan mempelajari cara-cara yang berlainan daripada pekerjaan harian yang rutin itu. Adakah mereka mempelajari cara-cara untuk memperoleh kejayaan hidup. Adakah mereka membaca buku-buku yang menceritakan tentang kejayaan. Adakah mereka telah menggunakan masa dengan bijak atau adakah selama ini mereka hanya banyak membuang masa seperti pergi minum dan berbual kosong, menonton TV selama berjam-jam, berbual ditelefon hingga berjam-jam, menghadap computer hanya untuk berbual-bual menggunakan internet chit-chat. Untuk hidup senang dan bebas daripada masalah kewangan anda sebenarnya perlu mempelajari cara baru untuk mencari wang. Anda tidak boleh hanya menumpulkan satu cara sahaja dengan alas an mahu agar anda berada didalam horizon selesa dan selamat. Jika anda berfikir begitu anda sebenarnya memang salah. Jika anda seorang pekerja sector perkilangan dan memperolehi pendapatan yang kecil atau anda seorang penoreh getah yang menghadapi masalah pendapatan terlalu kecil, anda sebenarnya boleh mengubah keadaan hidup anda menjadi lebih cemerlang. Itupun jika anda mahu kerana tidak ada orang lain yang boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri yang mengubahnya. Gunakan masa selama satu jam sehari untuk mengkaji selidik diri sendiri. Sanggupkah anda melakukan usaha ini? Jika anda tidak berpengetahuan jangan cepat-cepat mengatakan pada diri sendiri yang anda “ tidak boleh”. Anda sebenarnya boleh melakukan apa sahaja yang anda kehendaki, anda boleh jadi kaya atau anda boleh

Page 49: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

memilih untuk terus menjadi miskin. Belajar perkara baru adalah menyeronokkan sebaliknya hidup dengan mengalami perkara yang sama setiap hari adalah membosankan. Ilmu dan pelajaran boleh dicari, usaha juga boleh dilakukan jika anda mahu, jadi mengapa cepat berputus asa. Apa untungnya anda menjadi miskin dan apa ruginya anda menjadi kaya. Jika anda malas mempelajari perkara baru didalam hidup anda sebenarnya anda sedang menyediakan lubang kesusahan anda sendiri. Untuk mencari banyak wang anda mesti belajar cara untuk mendapatkan wang dan bukan hanya sekadar merasa hairan atau merasa cemburu dengan apa yang orang lain miliki dan perolehi. Ada juga orang yang apabila diberikan kepada mereka peluang untuk memiliki pengetahuan, mereka akan menolak tanpa perlu mahu mencubanya. Malah ada diantara mereka ini cepat menganggap cara-cara dan saranan yang diberikan hanya sebagai satu helah. Orang-orang seperti itu sebenarnya sedang dan memang suka membina tembok-tembok halangan supaya mereka tidak menyukai idea orang lain. Apa yang pelik ialah walaupun mereka bekerja dengan kuat dan rajin tetapi keadaan mereka tidak meningkat menjadi lebih baik, berbanding dengan orang lain pula yang mahu mempelajari idea-idea baru dan mahu mencuba hingga berjaya. Orang jenis ini adalah orang yang suka membatasi keupayaan diri sendiri tetapi mengkagumi kejayaan orang lain. Ada juga jenis manusia yang tidak kisah dan tidak merasa apa-apa walaupun dirinya berada dalam keadaan yang menyulitkan. Mereka hanya berserah kepada keadaan, patutkah kita bersikap begitu sedangkan kita telah diberikan akal fikiran untuk digunakan? Sedarlah……. Lihat kepada majika anda, adakah mereka jenis manusia yang penakut, bacul dan hanya berserah pada keadaan? Apakah mereka hanya membiarkan diri mereka menjadi alat kepada orang lain untuk mencapai cita-citanya. Sanggupkah anda membiarkan tenaga, ilmu dan akal anda digunakan oleh orang lain untuk membina kekayaan mereka? Relakah anda membazirkan tenaga dan ilmu serta akal diperah oleh orang lain? Bukankah lebih baik anda menggunakannya secara maksimum untuk membahagiakan hidup anda dan keluarga anda sendiri. Sedarlah dengan nikmat yang melimpah ruah yang dikurniakan kepada kita, patutnya kita masih berkeluh kesah? Jadilah insan yang hidup bernafaskan kejayaan dan jadilah manusia yang boleh mendatangkan guna dan manafaat kepada orang lain. Jadilah orang yang selalu memberi bukan sebaliknya. Jangan hanya pening kepala kerana memikirkan tidak cukup wang sebaiknya fikirkanlah cara bagaimana untuk mencari wang dengan cara baru yang lebih lumayan.

Page 50: Rahsia Meraih an RM300 - RM1000 Sehari (1)

BERKORBAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Semua perkara yang ditulis didalam buku ini ialah mengenai pengalaman dan cara saya memperolehi pendapatan dari rumah sejak bertahun-tahun dahulu.