ragbi

14
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 151 RAGBI SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Ragbi bermula di sebuah sekolah di England pada tahun 1823 di mana seorang murid bernama William Webb Ellis telah dengan secara tidak sengaja, mengutip bola yang dihantar kepadanya dan membawanya ke gol semasa permainan bola sepak. Bermula daripada kejadian yang lucu dan aneh ini, ia dikatakan mula mendapat perhatian. Pada tahun 1870-an, peraturan permainan ragbi mula diperkenalkan. Para pemain telah dikurangkan kepada lima belas orang sepasukan. Hal ini kemudian diikuti dengan penubuhan persatuan ragbi oleh England, Wales, Scotland dan Ireland iaitu pada tahun 1880. Pertandingan ragbi antarabangsa yang pertama telah diadakan pada tahun 1871 iaitu di antara pasukan dari England dan Scotland. Permainan ragbi mula diperkenalkan di negara kita pada kurun ke-20 oleh orang British. Anak kapal perang British HMS Malaya, telah menghadiahkan sebuah piala pusingan untuk pertandingan ragbi di Malaysia dan piala tersebut dipertandingkan sehingga ke hari ini.

Upload: mohamadkhalidalia71

Post on 11-Aug-2015

190 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ragbi

TRANSCRIPT

Page 1: ragbi

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

151

RAGBI

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Ragbi bermula di sebuah sekolah di England

pada tahun 1823 di mana seorang murid bernama

William Webb Ellis telah dengan secara tidak sengaja,

mengutip bola yang dihantar kepadanya dan

membawanya ke gol semasa permainan bola

sepak. Bermula daripada kejadian yang lucu

dan aneh ini, ia dikatakan mula mendapat

perhatian.

Pada tahun 1870-an, peraturan

permainan ragbi mula diperkenalkan. Para

pemain telah dikurangkan kepada lima belas

orang sepasukan. Hal ini kemudian diikuti dengan

penubuhan persatuan ragbi oleh England, Wales, Scotland dan Ireland

iaitu pada tahun 1880.

Pertandingan ragbi antarabangsa yang pertama telah diadakan pada

tahun 1871 iaitu di antara pasukan dari England dan Scotland. Permainan ragbi

mula diperkenalkan di negara kita

pada kurun ke-20 oleh orang

British. Anak kapal perang British

HMS Malaya, telah

menghadiahkan

sebuah piala

pusingan untuk

pertandingan ragbi

di Malaysia dan piala

tersebut dipertandingkan

sehingga ke hari ini.

Page 2: ragbi

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

152

KEPERLUAN DAN ALATAN RAGBI

Bola ragbi yangberbentuk lonjong

Padang Ragbi

Aksi PemainRagbi

28 - 30 cm

58 - 62 cm

100 m

69 m

22 m

5.6 m3 m

Tiang Gol

Page 3: ragbi

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

153

BAGAIMANA RAGBI DIMAINKAN

Ragbi merupakan permainan yang pantas dan lasak. Perlawanan di

peringkat dewasa dijalankan selama lapan puluh minit (80 minit) dengan setiap

separuh masa mengambil masa selama empat puluh minit (40 minit). Sepak mula

dan pemilihan tempat permainan atau bahagian mana padang akan ditentukan

oleh ketua pasukan dengan melambung duit syiling. Pemain-pemain pasukan

yang membuat sepak mula mestilah berada di belakang pemain yang melakukan

sepakan. Mereka harus berada dalam posisi yang membolehkan mereka

mengawal keseluruhan kawasan permaian.

Para pemain pasukan lawan pula mestilah berada tidak terlalu dekat

dengan pemain yang membuat sepak mula. Pastikan pasukan lawan berada di

belakang garisan sepuluh meter. Biasanya sepak mula dibuat secara tendang

letak dan bola yang ditendang, mestilah mengatasi garisan sepuluh meter.

Skor

Terdapat dua cara skor yang asas dalam permainan ragbi iaitu ‘try’

(percubaan) dan ‘goal’ (gol).

‘Try’ (Percubaan)

Setiap ‘try’ bernilai empat mata. ‘Try’ berlaku apabila pemain berjaya

membawa bola ke kawasan gol dan meletakkan bola di atas tanah. Kawasan

gol ialah kawasan permainan di antara garisan gol dan garisan ‘bola mati’. Sebaik-

baiknya ‘try’ hendaklah dibuat di tengah-tengah tiang gol. Keadaan ini akan

memudahkan tendangan gol yang menyusuli ‘try’ itu.

Kadangkala pengadil boleh memberikan ‘try’ penalti. Keadaan ini berlaku

apabila pemain daripada pasukan yang bertahan, sengaja melakukan kesalahan

ketika sesuatu ‘try’ hendak dibuat dan akibatnya pasukan penyerang akan

mendapat ‘try’ penalti.

‘Try’ penalti dibuat di hadapan tiang gol pada kedudukan di tengah-tengah

kawasan gol. Kedudukan ini memudahkan tendangan gol dibuat. Skor bagi setiap

tendangan gol ialah tiga mata.

Page 4: ragbi

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

154

(ii) Gol

Pasukan yang berjaya membuat ‘try’ akan diberi peluang membuat

tendangan gol. Jika bola yang ditendang melepasi atas palang gol di antara dua

tiang gol, dua (2) mata tambahan akan diberi. Skor tiga (3) mata juga akan diberi

melalui tendangan ‘drop kick’ iaitu tendangan secara lantun dan melepasi atas

palang gol iaitu di antara dua tiang gol.

Posisi Pemain dan Nama Posisi

Pemain Hadapan(Forwards)1. Hooker2. Prop3. Prop4. Lock5. Lock6. Planker7. Planker8. Anchor

Pemain Belakang(Three QS/Back)9. Skrum Half (SH)10. Fly Half (FH)11. Inside Centre (IC)12. Outside Centre (OC)13. Wing14. Wing15. Full Back (FB)

Tendangan sepak mula dikira sempurna apabilabola yang ditendang melewati garisan sepuluhmeter pihak lawan

10 m10 m

2 1 39

14

6 4 5 7

8

10

11

12

13

15

FB

SH

LW

ICOC

FHRW

LW

FB

SHFH

IC

OC

RW

Page 5: ragbi

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

155

Tendangan gol atau ‘conversion’ yangbernilai 2 mata akan diberi selepaspemain berjaya membuat ‘try’.

‘Try’ disempurnakan apabilapemain meletakkan bola

dengan kemas di atas tanahdi kawasan gol

Meletakkan bola denganmenggunakan kedua-duabelah tangan

Meletakkan bola dengan sebelahtangan ke atas tanah dikira sudah

memadai

Semasa permainan sedang dijalankan, iaitu ketika parapemain melakukan serangan, gol boleh diberikan melalui tendangan lantun

(drop kick) dengan syarat bola mestilah melepasi atas palang gol.

Page 6: ragbi

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

156

Hantaran1

TEKNIK DAN KEMAHIRAN

Tekel (Takle)2

Bola dipegang kemassebelum membuat hantaran

Apabila membuathantaran, ia perlu

melihat sasarannya

Selepas hantaran,segera berundur ke

belakang

Membuat tekel darihadapan

Membuat tekel daribelakang

Page 7: ragbi

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

157

Mengelak/Mengacah3

Tendangan Torpedo1

MENENDANG BOLA

Membuat tekeldari sisi

Gerakan mengelak danmengacah yang bijak,boleh mengelirukan

pemain lawan

Page 8: ragbi

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

158

Tendangan Letak untuk Tendangan Bebas atau Penalti2

Tendangan Lantun (Drop Kick)3

Tendangan bola yangmelantun dari tanah

Skrum1

PERATURAN DALAM PERMAINAN RAGBI

Skrum dilakukan apabila seorang atau beberapa pemain melanggar sesuatu peraturan

Page 9: ragbi

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

159

Posisi pemain ketika skrum :1. Hooker2. Prop3. Prop4. Lock (Barisan ke-2)5. Lock (barisan ke-2)

6. Planker (Penyerang Sayap)7. Planker (Penyerang Sayap)8. Anchor9. Skrum Half

Menghantar Bola2

Menendang Bola3

Menyangga Lantunan Bola (Knock On)4

Tendangan dilakukan pemainadalah untuk tujuan mara kekawasan lawan. Bola yangditendang mestilah masuk kekawasan permainan supayahantaran seterusnya dapatdilakukan, bukan tendangan teruske kawasan gol.

Tendangan harus dilakukanjika terdapat masalah di pihaklawan seperti padang danbola licin atau gangguanpancaran matahari yangmenyebabkan bola susahditangkap dengan kemas.

Hantaran bola hanyaboleh dilakukan samaada ke belakang atau kesisi (1 & 2). Hantaran kedepan (3) adalahkesalahan asas yang tidaksepatutnya dilakukan.

Apabila pemain menjatuhkan bola yang ditangkapatau yang sedang dibawa atau menepis bola kehadapan, ia adalah menjadi satu kesalahan. Olehitu skrum akan dibuat pada tempat kejadiantersebut. Jika tidak, permainan akan diteruskanseperti biasa.

96

24

8 15

37

97

3

15

84

26

1

3

2

Page 10: ragbi

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

160

Tekel5

Tekel dibenarkan hanya pada bahagianpergelangan kaki, paha, pinggang dan badan.Tekel sesekali tidak boleh dilakukan padaleher atau kepala. Jika pemain melakukantekel sebegini, dia boleh dibuang padang.

Tekel pada kaki pemain

Tekel pada pahapemain

Ofsaid6Ofsaid diertikan apabilapemain berada lebih hampirpada gol lawan berbandingrakan sepasukan pemainyang memegang bola.

Berbaris (Line Out)7

Bola atau pemain yang membawa bola menyentuh garisan tepi atau terkeluardari kawasan permainan – dianggap bola keluar. Keadaan ini memerlukanpara pemain berbaris (line out) untuk meneruskan permainan.

Tekel pada badanpemain

Page 11: ragbi

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

161

Latihan Hantaran/Menerima1

CADANGAN LATIHAN DAN KEMAHIRAN

Latihan Hantaran Secara Berpasangan

Latihan hantaran berpasangan – diulangdari kiri ke kanan dan sebaliknya

Latihan hantaran menuju kesasaran sama ada secara statik,berlari atau berjalan

Secara lazimnya, berbaris(line out) melibatkan pemain-pemain penyerang (forward)dan hooker pula akanmelontar bola masuk.

Page 12: ragbi

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

162

Latihan Hantaran Secara BerkumpulanPara pemain berbaris sejauh 3 meter jaraknya. Mulakan hantaran ke arah kiri. Sebaiksahaja hantaran dibuat, pemain yang menghantar bola akan berlari ke belakangbarisan untuk menerima hantaran bola daripada pemain kelima. Latihan ini dilakukansecara bergilir-gilir oleh pemain-pemain berikutnya dan dibuat secara berulang-ulangbeberapa kali.

Latihan Kemahiran Mengelak/Mengacah2

Latihan dibuat dengan menggunakan kayu pancang. Pemain berlari dengan mengelakkayu pancang. Langkah kaki hendaklah dikawal agar tidak mudah hilang imbangan diri.Latihan ini kemudian ditukar dengan larian sambil membawa bola.

Page 13: ragbi

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

163

Turutan pergerakan bagi aksi mengacah dengan bola untukmengelirukan pemain lawan

1

2

3

4

Page 14: ragbi

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

164

Latihan Menendang4

Rajah untuk panduan latihantendang dan sambut bola

Latihan tendang danmenyambut bola

Latihan Tekel3

Latihan tekel pada kaki,pinggang dan badan. Ingat!Tekel pada leher dan kepalaadalah dilarang sama sekali.