qualitative

2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kajian lepas dan tujuanya Pengkaji membuat tinjauan keatas kajian kajian lepas untuk memperolehi maklumat yang berkaitan dengan kajian pengkaji. Tujuan utama kajian literatur ialah untuk meletakan kajian pada perspektif saintifik. Ia meletakan kajian pengkaji ke dalam lautan pengetahuan seterusnya membantu pengkaji untuk menghubungkait kajiannya dengan badan pengetahuan. Mengelakan pengkaji daripada membuat penyalinan, iaitu melakukan kajian yang sama dengan kajian lepas tanpa membaiki atau membetulkan kelemahan-kelemahan kajian lepas, atau mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kajian lepas. 2.Maklumat maklumat utama yang dirujuk dalam kajian lepas Maklumat mengenai teori Pengkaji dapat menentukan teori formal yang berkaitan dengan idea pengkaji. Berpandukan kepada teori formal tersebut, barulah pengkaji lebih yakin tentang perhubungan antara konsep konsep tersebut dan seterusnya dapat menyatakan dan menerangkan idea kajian dengan lebih jelas dan teliti. Maklumat mengenai rekabentuk kajian Pengkaji boleh mengetahui rekabentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji lepas untuk membuat penyelidikan ke atas fenomena yang diminati oleh pengkaji tersebut. Pengkaji seterusnya dapat membandingkan kekuatan dan kelemahan reka bentuk kajian tersebut dan membuat keputusan untuk mengunakan reka bentuk yang lebih sesuai.

Upload: sun-tzu

Post on 19-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

qualitative

TRANSCRIPT

Page 1: qualitative

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kajian lepas dan tujuanya

Pengkaji membuat tinjauan keatas kajian kajian lepas untuk memperolehi maklumat yang berkaitan dengan kajian pengkaji.

Tujuan utama kajian literatur ialah untuk meletakan kajian pada perspektif saintifik. Ia meletakan kajian pengkaji ke dalam lautan pengetahuan seterusnya membantu pengkaji untuk menghubungkait kajiannya dengan badan pengetahuan.

Mengelakan pengkaji daripada membuat penyalinan, iaitu melakukan kajian yang sama dengan kajian lepas tanpa membaiki atau membetulkan kelemahan-kelemahan kajian lepas, atau mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kajian lepas.

2.Maklumat maklumat utama yang dirujuk dalam kajian lepas

Maklumat mengenai teori Pengkaji dapat menentukan teori formal yang berkaitan dengan idea pengkaji. Berpandukan kepada teori formal tersebut, barulah pengkaji lebih yakin tentang perhubungan antara konsep konsep tersebut dan seterusnya dapat menyatakan dan menerangkan idea kajian dengan lebih jelas dan teliti.

Maklumat mengenai rekabentuk kajian Pengkaji boleh mengetahui rekabentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji lepas untuk membuat penyelidikan ke atas fenomena yang diminati oleh pengkaji tersebut. Pengkaji seterusnya dapat membandingkan kekuatan dan kelemahan reka bentuk kajian tersebut dan membuat keputusan untuk mengunakan reka bentuk yang lebih sesuai.

Maklumat mengenai kaedah mengumpul dan menganalisis dataPengkaji dapat mengenalpasti kaedah mengumpul dan menganalisis data yang paling sesuai untuk kajiannya.

Page 2: qualitative

Membantu pengkaji mengenalpasti objektif kajian, mengoperasikan konsep teoritikal, membina kebolehpercayaan dan kesahan instrument pengukuran.

Mengenalpasti variable-variable dan faktor faktor yang mempengaruhi masalah kajian yang ingin dilakukan.

Langkah –langkah menjalankan Kajian Lepas.

1. Memilih topik kajianPenyelidik perlu memilih satu topik yang terkini dan berkaitan dengan topik kajian dan seterusnya merumus dan menilai dapatan-dapatan kajian terkini mengikut bidang kajian yang dikaji.