documentqq

39
  0 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON SALWATI BT SELIMIN D2010204228 4 0129155617 PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR SITI SANIAH ABU BAKAR TARIKH : 26.04.2014 KEBERKESANAN KAEDAH PEMBEL AJARAN KOPERAT IF DALAM MEMPERTI NGKATKAN K OSA KATA MURID TAHUN 6 DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI KINTA UTARA PEMARKAHAN

Upload: ruzinaamrun

Post on 08-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

qq

TRANSCRIPT

  • 0

    KRL 3033

    KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH

    RENDAH

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    SALWATI BT SELIMIN D20102042284 0129155617

    PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR SITI SANIAH ABU BAKAR

    TARIKH : 26.04.2014

    KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM

    MEMPERTINGKATKAN KOSA KATA MURID TAHUN 6 DI SALAH

    SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI KINTA UTARA

    PEMARKAHAN

  • 1

    ISI KANDUNGAN

    Halaman

    ISI KANDUNGAN 1

    SENARAI JADUAL 3

    SENARAI RAJAH 4

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.0 Pendahuluan 5

    1.1 Latar Belakang Kajian 7

    1.2

    1.3

    Pernyataan Masalah

    Kerangka Konseptual

    8

    10

    1.4 Objektif Kajian 12

    1.4.1 Persoalan Kajian 12

    1.4.2 Hipotesis Kajian 13

    1.5 Kepentingan Kajian 13

    1.6 Batasan Kajian 15

    1.7 Definisi Pembolehubah 15

    1.7.1 Kumpulan Heterogenus 15

    1.7.2 Prestasi Pelajar 15

    1.7.3 Model STAD 16

    1.7.4 Pembelajaran Koperatif 16

    1.7.5 Pembelajaran Pengajaran Tadisional 17

    1.7.6 Memilih dan Mengisi Tempat Kosong 18

    1.7.7 Klu Gambar 18

    1.7.8 Membina Perkataan 18

    1.7.9 Teknik Kaitan Perkataan (konsep) 18

    RUMUSAN

    19

    BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

    2.0 Pendahuluan 20

    2.1 Literatur Berkaitan 21

    2.1.1 Pembelajaran Koperatif 21

    2.1.2 Teknik-teknik Pembelajaran Koperatif 24

    2.1.2.1 Bahagian Pencapaian Pasukan

    (STAD)

    25

    2.1.3 Pembelajaran Koperatif Sebagai Satu

    Strategi Pembelajaran

    26

    2.2 Kosa Kata 27

    RUMUSAN

    29

  • 2

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pendahuluan 30

    3.1 Reka Bentuk Kajian 30

    3.2 Populasi Kajian 31

    3.3 Instrumen Kajian 31

    3.4 Prosedur Kajian 33

    3.4.1 Prosedur Pengumpulan Data 35

    3.4.2 Prosedur Analisis Data 35

    RUMUSAN

    37

    RUJUKAN 38

  • 3

    SENARAI JADUAL

    Jadual

    Halaman

    3.1 Cara Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif (STAD) 33

    3.2 Skema Pemarkahan 36

  • 4

    SENARAI RAJAH

    Rajah

    Halaman

    1.1 Rangka Konseptual 11

    1.2 Kitaran Aktiviti dalam Pembelajaran Koperatif Model

    (STAD)

    16

    1.3 Kitaran Aktiviti dalam Pembelajaran Tradisional 17

    3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 34

  • 5

    BAB SATU

    PENDAHULUAN

    1.0 Pendahuluan

    Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan yang penting dalam

    kehidupan manusia. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan

    yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa

    Melayu dengan sebaik-baiknya.

    Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain

    untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman,

    buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,menambahkan

    ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya.

    Menurut Raminah Hj. Sabran (1993)

    Penguasaan bahasa lebih ketara pentingnya dalam bidang pendidikan

    kerana bahasa menjadi perantara utama dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan

    murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

    (Melayu) sekolah rendah.

    Terdapat pelbagai aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek

    kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Ia diberi tumpuan utama bagi

    bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu

    membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih sebagai subjek kajian

    atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanan Pembelajaran

    Koperatif di kebanyakan negara Eropah. Justeru, penyelidik ingin mengesan

  • 6

    kesan Pembelajaran Koperatif dalam mempertingkatkan kosa kata murid tahun

    enam. Kaedah Pembelajaran Koperatif menekankan interaksi sosial antara

    rakan sebaya dapat membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar,

    perubahan hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah.

    Cooperative learning is group learning activity organised so

    that learning is dependent on socially structured exchange of

    information between learners in groups and in which each

    learner is held accountable for his or her own learning and is

    mitivated to increase the learning of others.

    (Kagan & Olsen, 1992)

    Guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam

    menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu.

    Isu kelemahan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu di kalangan murid-murid

    sekolah sering menjadi perhatian. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat

    perhatian pelbagai pihak. Murid-murid sekolah bukan sahaja sukar untuk

    memahami kosa kata Bahasa Melayu tetapi juga kosa kata mereka amat terhad.

    Murid-murid sering gagal untuk memilih dan mengisi tempat kosong dengan

    jawapan yang betul dan tepat.

    Punca utama mengapa murid-murid gagal menguasai kosa kata dan

    hanya memiliki kosa kata yang sangat terhad adalah kerana mereka kurang

    minat membaca dan merujuk kamus. Sekiranya murid-murid rajin membaca

    dan merujuk kamus, mereka boleh mempertingkatkan kosa kata dan seterusnya

    mereka boleh menguasai tatabahasa Bahasa Melayu.

    Untuk mengatasi masalah ini guruguru perlu menggalakkan murid-

    murid supaya rajin membaca dan memberi penerangan tentang kebaikan

  • 7

    membaca. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik

    sendiri yang menghadapi murid-murid yang tidak mempunyai kemahiran

    penguasaan kosa kata Bahasa Melayu, menyebabkan penyelidik mencuba

    kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Kaedah tradisional

    dilihat kurang berkesan dalam mempertingkatkan kosa kata murid. Oleh itu

    Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih untuk membuktikan pembelajaran ini

    dapat mengatasi masalah kosa kata murid yang terhad.

    Dalam kajian ini penyelidik memilih beberapa latihan kosa kata

    antaranya iaitu klu gambar, membina perkataan, dan teknik kaitan perkataan

    (konsep) dengan menjadikan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai

    rujukan bagi memilih dan mengisi tempat kosong bagi jawapan yang tepat.

    Penyelidik memilih pelbagai latihan kosa kata ini kerana mengharapkan dapat

    merangsangkan minat dan menggalakkan murid untuk mengambil bahagian.

    Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) ini diharap dapat mempertingkatkan

    lagi kosa kata bahasa Melayu murid-murid tahun enam ini.

    1.1 Latar Belakang Kajian

    Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa aspek

    penting yang mesti diambil kira oleh semua guru. Setiap murid perlu

    dilengkapkan dengan pengetahuan dari segi sebutan, pembacaan penulisan, dan

    kosa kata. Pengetahuan ini adalah penting bagi membolehkan seseorang murid

    itu benar-benar berkualiti dari segi bahasanya. Walau bagaimanapun, masih

    terdapat murid-murid yang masih keciciran dan ketinggalan dalam alam

    pendidikan.

  • 8

    Dalam Sukatan Pelajaran Baharu, selain tatabahasa, ejaan, intonasi, dan

    sebutan, kosa kata merupakan salah satu komponen sistem bahasa yang amat

    penting dan mesti dikuasai oleh murid. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati

    masih ramai murid yang gagal memilih dan mengaplikasikan penggunaan kosa

    kata dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah utama mengapa murid-

    murid tidak mampu untuk memilih jawapan yang betul dan tepat dalam soalan

    pemahaman mengisi tempat kosong adalah kerana pengetahuan kosa kata

    mereka yang amat terhad. Ini menyebabkan mereka juga sering kehilangan

    kosa kata yang sesuai apabila menulis karangan.

    Ini adalah disebabkan mereka kurang membaca dan kurang pendedahan

    dalam bahasa itu sendiri. Sikap malas dan tidak mahu menjadikan kamus

    sebagai bahan rujukan juga menjadi salah satu faktor. Kajian ini dijalankan

    untuk menunjukkan peningkatan murid-murid memilih perkataan yang paling

    tepat bagi mengisi tempat kosong melalui kaedah pembelajaran koperatif.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Masalah utama yang dikenal pasti mengapa murid tidak boleh

    menjawab latihan mengisi tempat kosong atau memilih jawapan yang tepat

    semasa menjawab latihan ujian atau peperiksaan Bahasa Melayu Kertas

    Pemahaman (011) adalah disebabkan pengetahuan kosa kata murid yang terhad.

    Kajian yang akan dijalankan ini untuk meningkatkan lagi keupayaan murid

    dalam penguasaan kosa kata melalui pembelajaran koperatif (STAD).

  • 9

    Kajian ini juga berfokus kepada murid tahun tahun 6, di Sekolah

    Kebangsaan Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh. Pencapaian murid kelas ini

    sederhana sahaja. Kesemua murid kelas ini boleh membaca dan boleh

    menggunakan kamus dengan baik. Kebanyakan pelajar kelas ini adalah berlatar

    belakang keluarga yang sederhana sosio ekonominya.

    Lower economic family backgrounds do have negative effect

    on education aspirations of the students and their resulting

    academic achievements.

    Menurut Mok (1996)

    (Latar belakang keluarga yang rendah sosio ekonominya boleh memberi kesan

    negatif terhadap aspirasi pelajaran pelajar dan keputusan pencapaian akademik

    mereka).

    Menurut Mok Soon Sang (1996), kebanyakan guru mengamalkan

    kaedah pengajaran kelas yang tidak ditumpukan kepada pengajaran yang

    bermakna dan berkesan. Pengajaran biasa di dalam kelas merupakan

    pengajaran yang hanya berfokus kepada penerangan di papan tulis dan tidak

    berlaku komunikasi di antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar.

    Pelbagai kaedah pengajaran dijalankan guru untuk menarik minat

    murid belajar seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Salah satunya adalah

    pembelajaran koperatif. Bagi membuktikan pernyataan itu, kajian dijalankan

    untuk menyelidik kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap peningkatan

    prestasi dan mempertingkatkan kosa kata.

  • 10

    1.3 Kerangka Konseptual

    Kajian ini adalah satu tinjauan untuk membanding kesan kaedah

    pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran tradisional terhadap

    peningkatan prestasi pelajar terhadap kosa kata bahasa Melayu . Pelbagai

    aktiviti dijalankan iaitu klu gambar, membina perkataan, dan peta kaitan

    perkataan (konsep). Kesemua aktiviti ini akan menggalakkan murid mengambil

    bahagian dan menggunakan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memilih

    dan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan tepat.

    Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen di mana

    sampel akan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

    Kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pembelajaran tradisional manakala,

    kumpulan eksperimen pula akan diajar dengan kaedah pembelajaran koperatif

    (Model STAD). Prestasi pelajar dalam ujian pos setelah menerima kaedah

    pembelajaran koperatif adalah di antara hasil kajian ini. Dijangkakan pelajar

    yang mengikuti pengajaran kaedah pembelajaran koperatif menunjukkan

    peningkatan pencapaian yang signifikan berbanding pelajar yang mengikuti

    kelas tradisional. Rujuk rajah 1.1 di bawah.

  • 11

    Rajah 1.1

    Rangka Konseptual

    Kesan Pembelajaran Koperatif (STAD) dalam Mempertingkat

    Kosa Kasa Murid Tahun Enam

    Pembelajaran

    Koperatif

    (STAD)

    Pembelajaran

    Tradisional

    Objektif

    1. Dapat meningkatkan penguasaan kosa kata murid selepas menggunakan kaedah

    pembelajaran koperatif.

    2. Dapat meningkatkan prestasi murid dalam Ujian Pos selepas menggunakan kaedah

    pembelajaran koperatif.

    Sampel

    Kumpulan Eksperimen (n=10)

    Kumpulan Kawalan (n=10)

    Instrumen

    Ujian Pra

    Ujian Pos

    Soal selidik Sikap

    Analisis Data Min

    Sisihan Piawai

    Peratus

  • 12

    1.4 Objektif Kajian

    Soalan tatabahasa dan kosa kata sering diuji dalam peperiksaan. Kosa

    kata memainkan peranan yang amat penting untuk memilih jawapan yang tepat

    dan betul. Murid-murid sukar menjawab soalan jika mereka gagal memahami

    maksud perkataan. Oleh itu rasionalnya kajian ini adalah untuk mengendalikan

    pelbagai latihan kosa kata untuk membantu murid-murid mempertingkatkan

    kosa kata melalui kaedah pembelajaran koperatif.

    Objektif kajian ini untuk :

    a) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian dalam

    mempertingkat kosa kata antara murid yang mengikuti kaedah

    pembelajaran koperatif (STAD) dengan murid yang mengikuti kaedah

    pembelajaran tradisional.

    b) Mengenal pasti sama ada murid-murid lemah untuk memilih jawapan

    yang betul dan tepat disebabkan kosa kata murid yang terhad.

    1.4.1 Persoalan Kajian

    a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif (Model STAD) berkesan

    berbanding kaedah pembelajaran tradisional dalam meningkatkan

    prestasi pelajar terhadap topik kosa kata?

    b) Adakah pelajar lemah memilih jawapan yang betul dan tepat disebabkan

    kosa kata mereka yang terhad?

  • 13

    1.4.2 Hipotesis Kajian

    Hipotesis kajian adalah:

    Ho1: Tidak terdapat perbezaan kesan kaedah pembelajaran koperatif

    (STAD) dan pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi

    pelajar.

    Ha1: Pelajar yang menerima pembelajaran koperatif menunjukkan prestasi

    yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menerima pembelajaran

    tradisional.

    Ho2: Tidak terdapat perbezaan kesan kaedah pembelajaran koperatif (STAD)

    dan Pembelajaran Tradisional terhadap kosa kata murid

    Ha2: Pelajar yang menerima pembelajaran koperatif (Model STAD)

    menunjukkan Peningkatan terhadap penguasaan kosa kata berbanding

    pelajar yang menerima Pembelajaran tradisional.

    1.5 Kepentingan Kajian

    Kajian demi kajian telah dilakukan mengenai keberkesanan kaedah

    pembelajaran koperatif di luar negara dan di Malaysia sendiri namun

    penggunaannya di dalam bidang pendidikan belum begitu meluas. Fenomena

    ini berlaku kerana guru sendiri tidak memahami dengan jelas langkah-langkah

    pelaksanaannya. Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat

    kepada guru tentang kepentingan kaedah pengajaran koperatif yang dapat

    menarik minat pelajar terhadap pelajaran bahasa, di samping meningkatkan

    prestasi pelajar. Pelaksanaan kaedah ini sebenarnya lebih memudahkan guru

    untuk mengajar. Guru berperanan sebagai fasilitator semasa kaedah ini

    dijalankan. Murid-murid pula akan melibatkan diri secara aktif. Diharap

  • 14

    dapatan kajian ini dapat menarik minat dan perhatian ramai guru untuk

    mengaplikasikan kaedah koperatif dalam pengajaran mereka.

    Kepentingan kajian ini juga diharap dapat menjadi panduan dan

    memberi petunjuk kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran dan seterusnya melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif

    dalam mempertingkatkan kosa kata. Guru-guru akan lebih yakin dengan

    keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam usaha untuk meningkatkan

    pencapaian murid dalam memilih kosa kata yang betul dan tepat.

    Sebagai komponen yang penting dalam peperiksaan, cara belajar

    melalui kaedah pembelajaran koperatif ini sepatutnya dilaksanakan oleh guru.

    Perkara ini perlu diberi perhatian dan penekanan oleh guru dan pihak sekolah.

    Ini memperlihatkan adalah wajar murid-murid mempertingkatkan lagi kosa kata

    mereka sebagai persediaan untuk

    ke peringkat yang lebih tinggi.

    Jika pelajar tidak mampu untuk meluaskan kemampuan mereka dalam

    menguasai kosa kata, ini akan memberi kesan kepada keupayaan mereka dalam

    memilih jawapan yang betul dan tepat bagi mengisi tempat kosong yang diberi

    dalam ujian pemahaman (Kertas 011) . Guru-guru pula haruslah memainkan

    peranan penting dalam menyemai minat dan memberikan motivasi kepada

    murid-murid.

  • 15

    1.6 Batasan Kajian

    Batasan pertama, kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan

    kaedah pembelajaran koperatif iaitu model STAD. Justeru itu, dapatan kajian

    hanya difokuskan pada model ini dan tidak merujuk kepada model-model yang

    lain.

    Batasan kedua, kajian ini juga hanya tertumpu kepada 20 orang murid

    tahun tahun 6, SK Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh. 10 orang daripada

    Kumpulan Eksperimen dan 10 orang daripada Kumpulan Kawalan. Mereka ini

    daripada kelas yang sederhana pencapaian akademiknya. Hasil kajian ini

    hanya betul dalam konteks sekolah ini sahaja. Hasil kajian ini mungkin dapat

    dijadikan satu perintis dan landasan untuk kajian yang lebih luas dan mendalam

    dalam bidang yang sama.

    1.7 Definisi Pembolehubah

    1.7.1 Kumpulan Heterogenus

    Kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar pada aras kebolehan yang berbeza.

    Misalnya, seorang pelajar yang berkebolehan tinggi dalam Bahasa Melayu, dua

    sederhana dan seorang yang berkebolehan rendah.

    1.7.2 Prestasi Pelajar

    Prestasi merupakan pencapaian pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan

    ditentukan melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini,

    prestasi pelajar dikesan melalui ujian pra dan ujian pos.

  • 16

    1.7.3 Model STAD

    Model pembelajaran koperatif yang digunakan dalam kajian ini adalah model

    STAD. STAD bermaksud Student Teams Achievement Division atau

    Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar. Model ini menekankan pembelajaran

    melalui rakan sebaya. Kitaran aktiviti pembelajaran di bawah model STAD

    adalah (a) guru melaksanakan pengajaran; (b) pelajar berbincang dalam

    kumpulan ; (c) kuiz/ujian secara individu; (d) pengiraan skor bagi individu

    dan kumpulan; dan (e) pengiktirafan kumpulan. Kitaran aktiviti dalam kelas

    koperatif model STAD dapat dilihat dalam Rajah 1.2.

    Pengajaran Guru

    Pengiktirafan Kumpulan Perbincangan dalam Kumpulan

    Skor Individu dan Kumpulan Kuiz/Ujian secara individu

    Rajah 1.2

    Kitaran Aktiviti Di dalam Pembelajaran Koperatif: Model STAD

    1.7.4 Pembelajaran Koperatif

    Pembelajaran koperatif ialah satu kaedah atau pendekatan dalam pembelajaran

    iaitu murid-murid dalam kumpulan saling berkongsi, bantu membantu,

    mengambil bahagian dan bekerjasama antara satu sama lain dalam proses

  • 17

    pembelajaran. Mereka berkongsi idea-idea dan sumber-sumber dengan ahli

    kumpulan. Semua murid berkongsi bakat mereka. Murid yang lebih cekap atau

    pandai membantu rakan-rakan yang kurang pandai dalam pembelajaran. Ahli-

    ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif dan mereka bekerjasama

    mempelajari kemahiran-kemahiran baru. Dalam suasana pembelajaran

    koperatif, seseorang pelajar bukan sahaja bertanggungjawab untuk

    pembelajaran diri sendiri, tetapi juga untuk pembelajaran rakan-rakannya.

    1.7.5 Kaedah Pengajaran Tradisional

    Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah chalk and talk . Ia merupakan kaedah

    pengajaran yang bersifat komunikasi satu hala. Pembelajaran berfokus kepada

    penerangan guru di papan tulis. Guru banyak bercakap dan pelajar mendengar.

    Pembelajaran pelajaran banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Turutan

    aktiviti pembelajaran di bawah pembelajaran tradisional adalah (a)

    penyampaian kandungan mata pelajaran oleh guru; (b) pelajar membuat latihan

    secara individu; (c) kuiz secara individu; dan (d) pengiraan skor bagi individu.

    Kitaran aktiviti pembelajaran dalam kelas tradisional dapat dilihat dalam Rajah

    1.3.

    Pengajaran Guru

    Skor Individu Latihan Individu

    Kuiz Individu

    Rajah 1.3

    Kitaran Aktiviti Di dalam Pembelajaran Tradisional

  • 18

    1.7.6 Memilih dan mengisi tempat kosong

    Merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam peperiksaan pemahaman

    iaitu Kertas 011 Bahasa Melayu. Dalam kertas tersebut sebanyak 30 soalan

    tatabahasa diberi. Antaranya lebih kurang 20 soalan adalah soalan mengisi

    tempat kosong yang memerlukan murid memilih dan menjawab dengan betul

    dan tepat.

    1.7.7 Klu gambar

    Gambar-gambar seperti gambar bersiri, gambar tunggal dan gambar poster

    digunakan sebagai stimulus. Gambar yang digunakan perlu mempunyai fokus

    kepada sesuatu topik atau tema yang mengandungi kosa kata yang ingin diajar

    atau dilatih oleh guru. Gambar ini bertujuan untuk merangsang murid-murid

    untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat masing-masing.

    1.7.8 Membina Perkataan

    Latihan ini bertujuan untuk mengembangkan kosa kata murid berdasarkan satu

    perkataan yang panjang dan murid sudah tahu maknanya. Murid mungkin

    kurang mengetahui tentang lebih banyak perkataan lain yang boleh dihasilkan

    daripada sesuatu perkataan itu.

    1.7.9 Teknik Kaitan perkataan (konsep)

    Dalam teknik ini satu perkataan diperlukan sebagai stimulus. Berdasarkan

    perkataan tersebut perkataan lain ditulis berkaitan dengan stimulus yang

    dianggap sebagai konsep. Contohnya perkataan AYAM, murid akan memberi

  • 19

    perkataan lain yang berkaitan dengan konsep ayam. Contohnya: ayam golek

    (masakan), ajak-ajak ayam (simpulan bahasa), reban ayam (benda).

    1.8 Rumusan

    Penyelidik telah menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh

    murid dalam mempelajari kosa kata serta mencadangkan kaedah pembelajaran

    koperatif (STAD) supaya dapat menarik minat murid mempelajari kosa kata

    dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat mempertingkatkan kosa kata

    mereka. Kaedah ini diharapkan dapat mewujudkan suasana yang positif

    terhadap pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, penyelidik membincangkan

    kepentingan kajian melalui dua aspek iaitu kepentingan terhadap guru dan

    pelajar. Terdapat tiga batasan kajian disenaraikan oleh penyelidik dan dijangka

    akan berlaku selepas menjalankan kajian ini.

  • 20

    BAB DUA

    TINJAUAN LITERATUR

    2.0 Pendahuluan

    Terdapat banyak kajian dan eksperimen tentang Pembelajaran Koperatif

    dari segi kesannya dan prosesnya telah dilaporkan positif di dalam dan di luar

    negara. Ini dapat dibukti oleh Hamida Bee (1998) yang merumuskan bahawa

    Pembelajaran Koperatif adalah kaedah yang berkesan untuk mengajar pelajaran

    bahasa.

    Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang

    memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan

    kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap

    pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk

    rakan-rakan yang lain.

    Kosa kata (perbendaharaan kata) pula merupakan salah satu komponen

    yang amat penting dalam sistem bahasa. Ini disebabkan kosa kata diperlukan

    dalam semua kemahiran bahasa, iaitu apabila kita mendengar, bertutur,

    membaca dan menulis.

    Dalam hal ini, murid-murid perlu tahu dan perlu diajar bukan sahaja

    tentang makna atau erti perkataan dalam bahasa Melayu malah murid perlu

    diajar tentang bagaimana peranannya dalam ayat supaya dapat disampaikan

    secara lebih jelas dan berkesan.

  • 21

    2.1 Literatur Berkaitan

    2.1.1 Pembelajaran Koperatif

    Kajian yang dijalankan oleh David and Roger Johnson (1981), Robert

    Slavin (1983), pembelajaran koperatif ini membantu meningkatkan pencapaian

    akademik tanpa mengira tahap umur dan mata pelajaran berbanding

    pembelajaran tradisional. Analisis 46 kajian yang dijalankan Robert Slavin

    (1983), 63% pencapaian akademik melalui pembelajaran koperatif, 33%

    menunjukkan perbezaan dan hanya 4% menggunakan cara pembelajaran tradisi.

    Dua teori yang menyumbang ke arah pencapaian kaedah Pembelajaran

    Koperatif ialah teori motivasi dan teori kognitif ( Slavin, 1990). Dalam

    perspektif motivasi, ahli-ahli setiap kumpulan yang mengikuti kaedah

    Pembelajaran Koperatif akan saling membantu dan menggalakkan rakan antara

    satu sama lain untuk pencapaian matlamat akademik (Slavin, 1990). Dalam

    perspektif kognitif pula, pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran

    dan pembinaan, pelajar akan terlibat secara aktif dalam proses integrasi

    pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada untuk mencapai objektif

    pembelajaran yang dijangkakan. Menurut Johnson, Johnsom & Smith (1991)

    Pembelajaran Koperatif ialah pembelajaran yang

    menggunakan arahan-arahan kepada kumpulan kecil di mana

    pelajar-pelajar bekerjasama untuk meningkatkan kemampuan

    belajar sesama sendiri. Oleh kerana Pembelajaran Koperatif

    melibatkan pelajar memproses informasi dan idea secara

    interaktif,maka ia melengkapi pendekatan pengajaran yang

    direka bentuk untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara

    kritis dan kreatif.

    Menurut Hajira Bee (1999)

  • 22

    Pendekatan Konseptual ( Belajar Bersama ) merupakan sebahagian

    daripada Pembelajaran Koperatif di mana pelajar bekerja di dalam kumpulan

    kecil untuk melengkapkan sekeping kertas kerja atau tugas di mana kumpulan

    akan menerima pujian dan pengetahuan. Pendekatan Konseptual juga memberi

    penekanan kepada latihan pelajar untuk menjadi ahli-ahli kumpulan yang baik

    dan penilaian berterusan ' fungsi ahli-ahli kumpulan' ( group functioning by

    group members ).

    Pembelajaran Koperatif merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan

    kecil bagi memaksimakan hasil pembelajaran, sama ada secara individu atau

    kumpulan. Menurut Floyd (1991) pelajar yang belajar secara bekerjasama

    dalam satu kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya

    meningkatkan prestasi mereka. Menurutnya lagi, pembelajaran koperatif boleh

    meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Kaedah

    pembelajaran ini dikatakan lebih baik daripada kaedah pembelajaran tradisional

    kerana ianya lebih menyeronokkan dan dapat juga meningkatkan motivasi,

    akauntabiliti, tanggungjawab dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan

    sesuatu aktiviti pembelajaran yang diberi. Pelajar akan menjadi lebih

    bertanggungjawab kerana mereka mempunyai matlamat pasukan yang perlu

    dicapai bersama. Kaedah ini juga akan dapat menjimatkan masa proses

    pembelajaran pelajar.

    Dengan menggunakan kaedah pengajaran ini, pelajar dari pelbagai

    aneka kebolehan dan tahap pencapaian bekerjasama sebagai satu

    kumpulan untuk menyelesaikan masalah, menyempurnakan sesuatu

    tugasan atau mencapai sesuatu sasaran kumpulan.

    Slavin (1983)

  • 23

    Parker (1995), pula menyatakan pembelajaaran koperatif ialah,

    perkongsian pendapat apabila beliau menegaskan bahawa pelajar yang

    mendapat pencapaian rendah dan tinggi mendapat manfaat daripada

    pembelajaran ini. Manakala pelajar yang mendapat pencapaian rendah

    mendapat manfaat daripada pertolongan rakan-rakan dan juga peluang untuk

    mendengar serta mengalami berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan sesuatu

    masalah.

    Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan, belajar berkumpulan adalah

    satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana

    ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam

    bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle)

    dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dana

    mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.

    Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan

    belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau

    pemikiran dapat dikongsi bersama.

    Mengikut Roger Johnson (1987), dalam bukunya Education Leadership,

    ibu bapa memandang pembelajaran koperatif sebagai sesuatu bonus kerana

    mereka percaya anak-anak mereka dapat berjaya dilatih cara memimpin,

    membuat keputusan bersama-sama, dan mengurus konflik yang diperlukan

    untuk kejayaan dalam kehidupan pada masa depan.

    Pungkody (2002), telah membuat kajian terhadap kemahiran

    komunikasi, pembabitan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia

  • 24

    melalui kaedah pembelajaran koperatif. Dapatan kajian menunjukkan kaedah

    pembelajaran koperatif menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid

    jika dibandingkan kaedah pembelajaran tradisional. Justeru itu guru-guru

    disaran supaya menggunakan kaedah koperatif dalam pengajaran dan

    pembelajaran agar kualiti murid dapat ditingkatkan.

    Suhaida Abdul Kadir (2002) telah membuat perbandingan antara

    pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional terhadap pencapaian

    pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Perakaunan. Dapatan kajiannya

    menunjukkan prestasi kumpulan pembelajaran koperatif lebih tinggi dan

    signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran tradisional. Di samping

    itu, sikap pelajar kumpulan pembelajaran koperatif terhadap mata pelajaran

    turut berubah selepas diajar dengan kaedah pembelajaran koperatif.

    Di dalam kajian Johnson, Johnson dan Scott (1978) mendefinisikan

    pembelajaran koperatif dengan membezakannya dengan kaedah individu.

    Mereka mendapati situasi pembelajaran koperatif mengatasi situasi

    pembelajaran individu dan persaingan dari segi pencapaian dalam aspek

    penyelesaian masalah. Kajian-kajian di luar negara menunjukkan pembelajaran

    koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam berbagai

    matapelajaran untuk semua peringkat pendidikan.

    2.1.2 Teknik-teknik Pembelajaran Koperatif

    Terdapat pelbagai teknik pembelajaran koperatif. Antaranya adalah

    Pembelajaran Pasukan Pelajar (Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-

    rakan di Johns Hopkins University dan Jigsaw oleh Aronson dan rakan-rakan di

  • 25

    University of Texas. Di bawah Pembelajaran Pasukan Pelajar terdapat empat

    lagi teknik pembelajaran koperatif. Teknik-teknik tersebut adalah Bahagian

    Pencapaian Pasukan Pelajar atau Student Teams Achievement Divisions

    (STAD), Pasukan-Permainan-Pertandingan atau Teams-Games-Tournaments

    (TGT), Pembelajaran Individu dengan Bantuan Pasukan atau Team Assisted

    Individualizations (TAI) dan Integrasi Bacaan dan Karangan Koperatif atau

    Cooperative Intergrated Reading and Composition (CIRC) (Slavin,1990)

    2.1.2.1 Bahagian Pencapaian -Pasukan Pelajar (STAD)

    Setiap kumpulan dalam teknik STAD, mengandungi empat hingga lima orang

    ahli yang berbeza tahap kebolehan, bangsa dan jantina. Aktiviti STAD

    dimulakan dengan penyampaian guru secara kelas dan diikuti pelajar membuat

    latihan secara berkumpulan berdasarkan tugasan yang diberi. Selepas itu,

    pelajar akan menjawab kuiz secara individu. Setiap pelajar mempunyai skor

    asas yang dikira berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Sejauh mana

    pencapaian mereka di dalam kuiz meningkat dibandingkan dengan skor asal

    akan diberikan mata tertentu. Skor kumpulan yang mencapai jumlah tertentu

    akan diiktiraf sama ada sebagai kumpulan yang baik, hebat atau kumpulan

    juara. Skor asas yang baru akan dikira selepas setiap kali skor kuiz diperolehi.

    Slavin (1990) berpendapat STAD sesuai digunakan untuk mata

    pelajaran yang mempunyai satu jawapan yang tepat seperti pengiraan

    matematik, nahu bahasa, konsep dan fakta sains. Kajian-kajian yang

    menggunakan STAD menunjukkan teknik tersebut berupaya meningkatkan

    pencapaian pelajar (Allen dan Van Sickle, 1984 ; Peterson, 1992).

  • 26

    Dr. Subadrah Nair (2005) telah mengkaji kesan kaedah pembelajaran

    koperatif (STAD) terhadap pencapaian dan minat pelajar dalam pembelajaran.

    Antara dapatan kajian yang menarik ialah penggunaan kaedah pembelajaran

    koperatif (STAD) dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan

    bagi keseluruhan soalan, soalan-soalan aneka pilihan, soalan esei dan soalan

    graf jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran tradisional. Selain itu,

    didapati minat pelajar terhadap mata pelajaran Kertas Am turut meningkat

    secara signifikan selepas diajar menggunakan pembelajaran koperatif (STAD).

    2.1.3 Pembelajaran Koperatif Sebagai Satu Strategi Pembelajaran

    Strategi pembelajaran koperatif merupakan satu proses pembelajaran yang

    berlaku secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan

    oleh guru (Slavin,1990). Cohen(1994) menakrifkan pembelajaran koperatif

    sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang

    melibatkan semua ahli di dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru

    secara langsung.

    Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaian akademik, kaedah

    ini dikatakan memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran sosial dan

    diasaskan mengikut pandangan humanistik yang berpendapat pendidikan

    sepatutnya berpusatkan pelajar dan dibawah kawalan pelajar. Guru hanya

    sebagai pembimbing dan pemudah cara. Johnson, Johnson, Johnson dan

    Anderson (1976) telah mendefinisikan pembelajaran koperatif di dalam kajian

    mereka sebagai satu kaedah yang mengkehendaki pelajar belajar bersama-sama

  • 27

    dalam menyiapkan satu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan

    saling bantu membantu memberi penerangn sesama mereka tidak bergantung

    kepada guru. Guru akan memberikan pujian ke atas kumpulan yang

    menunjukkan hasil kerja yang memuaskan.

    Hasil kajian Johnson, Johnson dan Scott (1978) mendefinisikan

    pembelajaran koperatif dengan membezakannya dengan kaedah individu.

    Mereka mendapati situasi pembelajaran koperatif mengatasi situasi

    pembelajaran individu dan persaingan dari segi pencapaian dalam aspek

    penyelesaian masalah. Kajian-kajian di luar negara menunjukkan pembelajaran

    koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam berbagai

    matapelajaran untuk semua peringkat pendidikan.

    2.2 Kosa Kata

    Penguasaan kosa kata yang meluas menjadi salah satu aspek yang

    penting dalam pemerolehan bahasa. Semakin banyak kosa kata diperoleh dan

    dikuasai oleh murid semakin berkemampuan dan berkeupayaan seseorang itu

    mengungkapkan apa-apa yang mahu diperkatakan dengan berkesan dan

    meyakinkan.

    Pemerolehan kosa kata berlaku bukan secara linear atau berderetan

    tetapi melalui proses yang bercabang (branching processes).

    Menurut Alan Maley (1986),

  • 28

    Dengan demikian, pemerolehan kosa kata tidak dapat dipelajari secara

    mekanikal, tetapi secara kait-mengait antara satu dengan yang lain.

    Beberapa orang ahli linguistik telah cuba membuat penyelidikan

    terhadap saiz bilangan kosa kata lisan murid darjah satu di sekolah rendah.

    Misalnya, di Amerika Syarikat, kajian tentang hal ini pernah dijalankan oleh

    Gates (1935), Rinsland (1945), dan Thorndike (1944), mendapati bahawa

    purata kanak-kanak mengetahui sekurang-kurangnya 2500 patah perkataan

    yang digunakan secara lisan. Di Malaysia pula, Atan Long (1971) telah

    melaporkan bahawa perbendaharaan kata asas kanak-kanak Melayu sewaktu

    berada dalam darjah satu adalah dalam lingkungan 2000 patah perkataan.

    Menurut Thorndike (1944), sekiranya kanak-kanak dalam lingkungan umur

    tujuh tahun purata mempunyai 2500 patah perkataan secara lisan, dan

    memerlukan lebih kurang 1000 patah perkataan lagi apabila mereka belajar

    membaca, hal ini bermakna mereka sudah mempunyai lebih kurang 3500 patah

    perkataan apabila mereka mula menulis dan mengarang dalam darjah satu.

    Sekiranya dilihat secara khusus dari sudut pengajaran dan pembelajaran

    kosa kata, kemahiran bahasa seperti bertutur dan menulis memberi peluang dan

    ruang yang amat baik serta sesuai untuk murid-murid berlatih menggunakan

    kosa kata yang telah mereka pelajari. Bagi tujuan ini, guru boleh menggunakan

    berbagai-bagai stimulus untuk merangsang murid-murid menulis dan

    mengarang dan mengeluarkan idea dengan menggunakan perkataan sendiri.

  • 29

    2.3 Rumusan

    Di dalam bab ini, penyelidik membuat tinjauan kajian yang berkaitan

    dengan penggunaan pembelajaran koperatif dan hubungan dalam

    mempertingkatkan kosa kata. Daripada hasil tinjauan dapatlah dirumuskan

    bahawa terdapat banyak kajian yang telah dijalankan dalam dan luar negara

    menunjukkan kesan positif kaedah pembelajaran koperatif ini. Bukti-bukti

    kukuh ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif mempunyai kebaikan

    yang banyak berbanding pembelajaran tradisional. Kajian yang akan dijalankan

    ini juga adalah bagi mencari bukti terhadap pembelajaran koperatif.

    Metodologi kajian ini dibincangkan dalam bab seterusnya.

  • 30

    BAB TIGA

    METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pendahuluan

    Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi penyelidikan yang

    digunakan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian, sample kajian, instrumen

    kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisaan data

    diperjelaskan dalam bab ini.

    3.1 Rekabentuk Kajian

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana

    keberkesanan pembelajaran koperatif berbanding kaedah pembelajaran

    tradisional dalam mempertingkatkan kosa kata Bahasa Melayu. Kajian ini

    dijalankan di kelas biasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi

    eksperimen melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

    Kumpulan kawalan menggunakan pembelajaran tradisional manakala kumpulan

    eksperimen menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Kaedah kuasi

    eksperimen dipilih kerana murid yang terlibat dalam kajian tetap berada di

    dalam kelas sedia ada yang ditetapkan.

    Penyelidik memilih reka bentuk ini kerana murid-murid yang terlibat

    adalah dari kelas yang sama di mana separuh daripada murid-murid kumpulan

    kawalan dan separuh lagi daripada kumpulan eksperimen. Kesemua murid

  • 31

    akan diberi ujian pra dan ujian pos. Kesemua data ini akan dikumpul bagi

    menyokong hipotesis penyelidik.

    3.2 Populasi Kajian

    Populasi kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tahun 6. Kumpulan

    sasaran adalah terdiri daripada 10 orang kumpulan eksperimen dan 10 orang

    kumpulan kawalan, SK Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh. Kelas ini terdiri

    daripada pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana. Pembentukan

    kumpulan ditentukan sendiri oleh guru. Jenis kumpulan yang dibentuk adalah

    kumpulan heterogenius. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar

    berpencapaian tinggi, dua orang pelajar sederhana dan seorang pelajar

    berpencapaian rendah.

    3.3 Instrumen Kajian

    Bentuk kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos dan borang

    soal selidik yang disediakan oleh penyelidik. Antaranya adalah seperti di

    bawah ini:

    i. Ujian Pra

    Data instrumen ini disediakan untuk merekod prestasi murid dalam

    menjawab soalan mengisi tempat kosong sebelum program dijalankan.

    Ujian pra ini mengandungi tiga bahagian iaitu:

    Latihan 1 murid dikehendaki membina sepuluh lagi perkataan lain

    bagi perkataan yang diberi.

  • 32

    Latihan 2 murid dikehendaki memilih perkataan yang paling tepat

    bagi mengisi tempat kosong dengan kosa kata yang sesuai berdasarkan

    klu gambar yang diberi..

    Latihan 3 murid dikehendaki memberi sepuluh kosa kata melalui

    teknik kaitan perkataan (konsep) yang diberi.

    ii. Ujian pos

    Data instrumen ini disediakan untuk merekod prestasi murid menjawab

    soalan dengan mengisi tempat kosong selepas program dijalankan.

    Ujian pra dan Ujian pos adalah hampir sama. Rasional instrumen yang

    sama digunakan adalah untuk membandingkan prestasi murid dalam

    menjawab soalan mengisi tempat kosong sebelum dan selepas program

    dijalankan.

    iii) Borang soal selidik

    Borang soal selidik dirancang untuk diberikan hanya kepada kumpulan

    eksperimen selepas ujian pos. Melalui borang soal selidik ini,

    penyelidik akan memperoleh maklumat tambahan mengenai

    keberkesanan pembelajaran koperatif dalam mempertingkatkan kosa

    kata. Borang soal selidik ini mengandungi lima soalan. Murid-murid

    dikehendaki memilih satu daripada dua pilihan jawapan yang diberi.

    (Ya/Tidak)

  • 33

    3.4 Prosedur Kajian

    Sesi pembelajaran bagi kajian ini akan dijalankan selama enam minggu.

    Minggu pertama dan terakhir tidak termasuk dalam sesi pengajaran kerana pada

    kedua-dua minggu tersebut ujian pra dan ujian pos akan diberikan pada pelajar.

    Waktu pengajaran bagi kelas-kelas kajian akan dibincangkan bersama guru

    pembimbing. Pada minggu pertama kajian, ujian pra akan dilaksanakan.

    Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan

    pelajar. Kemudian penyelidik akan merancang aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran koperatif. Model pembelajaran

    koperatif yang digunakan dalam aktiviti pengajaran selama enam minggu

    tersebut adalah Model STAD. Cara pelaksanaan Model STAD ditunjukkan

    dalam Jadual 3.1

    Jadual 3.1

    Cara Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif (STAD)

    Minggu Pelaksanaan Pengajaran Koperatif

    1 Ujian pra.

    Pembentukan kumpulan heterogenius.

    Berbincang mengenai nama kumpulan.

    Penerangan guru mengenai model STAD.

    2

    hingga

    5

    Sesi pengajaran.

    Bahan pengajaran dipecahkan kepada beberapa sub tajuk.

    Pelajar membuat tugasan secara berkumpulan.

    Pelajar mengambil ujian secara individu.

    Skor setiap pelajar dikumpulkan untuk skor kumpulan.

    Kumpulan yang mendapat skor tertinggi diberi penghargaan.

    6

    Ujian pos

    Borang Soal selidik (Kumpulan Eksperimen)

  • 34

    Dalam masa yang sama, kumpulan kawalan pula akan menerima

    pengajaran tradisional bagi tajuk yang sama yang akan disampaikan oleh guru

    bahasa Melayu mereka. Apabila selesai satu topik kecil, pelajar menjawab

    secara individu soalan kuiz pendek. Pelajar diberi markah kuiz dalam bentuk

    peratus sahaja.

    Pada akhir kajian, pelajar dari kedua-dua kumpulan akan menjawab

    ujian pos. Sampel kajian perlu menjawab kesemua item ujian dalam masa tiga

    puluh minit. Selepas semua kertas soalan ujian pos dikumpul, kumpulan

    eksperimen dikehendaki mengisi borang soal selidik. Kemudian penyelidik

    akan mengumpul dan menganalisis data-data tersebut. Rujuk Rajah 3.1

    Rajah 3.1

    Carta Aliran Prosedur Kajian

    UJIAN PRA

    KUMPULAN EKSPERIMEN

    Pengajaran berasaskan kaedah

    pembelajaran koperatif

    KUMPULAN KAWALAN

    Pengajaran berasaskan kaedah

    pembelajaran tradisional

    UJIAN POS

    SOAL SELIDIK

    (KUMPULAN EKSPERIMEN)

  • 35

    3.4.1 Prosedur pengumpulan data

    Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada instrumen kajian. Penyelidik

    akan mengutip kertas ujian daripada murid sebaik sahaja masa menjawab tamat.

    Semua markah akan dicampurkan daripada beberapa bahagian sebelum diberi

    gred. Penyelidik mengumpul skor mentah daripada ujian pra dan mengisi ke

    dalam jadual. Selepas mengumpul data ujian pra, penyelidik akan

    mengendalikan pelajaran selama tiga ratus minit dalam jangka masa enam

    minggu untuk membantu kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan akan

    belajar seperti biasa Selepas program berakhir, murid-murid akan menjalani

    ujian pos pula. Masa yang diperuntukkan adalah sama dengan ujian pra iaitu

    tiga puluh minit. Penyelidik akan mengutip kertas ujian dan seterusnya

    mengira markah. Markah yang telah dicampur akan diberi mengikut gred.

    Data-data yang diperolehi direkod secara terperinci dalam borang skor.

    3.4.2 Prosedur analisis data

    Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada kedua-dua ujian yang

    dijalankan. Jumlah markah ujian daripada ujian pra dan ujian pos ialah 30

    markah. Penyelidik mengira markah dengan menjumlahkan keseluruhan

    bahagian ujian iaitu Latihan 1, 2, dan 3. Data-data yang diperoleh akan direkod

    secara terperinci dalam borang skor. Kemudian data-data tersebut akan

    dianalisis menggunakan kaedah gred A hingga E. Hasil dapatan akan dianalisis

    berdasarkan prosedur biasa yang kemudiannya akan dijadikan dalam bentuk

    gred. Rujuk jadual skema markah di bawah ini.

  • 36

    Gred Markah Lulus/Gagal

    A

    B

    C

    D

    E

    24 - 30

    19 23

    13 18

    7 -12

    0 6

    Lulus

    Lulus

    Lulus

    Gagal

    Gagal

    Jadual 3.2

    Skema Pemarkahan

    Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan

    pelajar. Kemudian penyelidik akan merancang aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran koperatif. Model pembelajaran

    koperatif yang digunakan dalam aktiviti pengajaran selama enam minggu

    tersebut adalah model STAD.

    3.4.3 Prosedur Pemprosesan Data

    Empat jenis maklumat diperlukan bagi menjawab soalan kajian, seterusnya

    menulis laporan akhir kajian. Maklumat pertama diperlukan untuk

    memperihalkan profil pelajar. Manakala tiga set data diperlukan untuk

    menjawab soalan kajian. Pertama sekali penyelidik perlu memastikan pelajar

    menjawab kesemua item dalam instrumen kajian dan data-data tersebut

    direkodkan dengan terperinci. Borang skor yang telah disediakan digunakan

    mencatat data-data yang telah dikumpul. Bagi analisis statistik deskriptif, min

    dan sisihan piawai digunakan.

  • 37

    3.5 Rumusan

    Di dalam bab ini, penyelidik menghuraikan metodologi yang digunakan

    dalam kajian termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian,

    prosedur kajian, cara pengumpulan dan penganalisaan data. Data yang

    dikumpul dijangkakan dapat memberi maklumat yang secukupnya untuk

    penyelidik menilai kesan kaedah pembelajaran koperatif dalam

    mempertingkatkan kosa kata murid tahun enam.

  • 38

    RUJUKAN

    .

    Abd. Aziz Abd.Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip,

    Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors

    Sdn. Bhd.

    Dahlia Janan (2004). Pengajar dan Belajar Bahasa Melayu

    Tafsiran Sukatan Pelajaran Baharu. Tanjung Malim: UPSI

    Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu Satu

    Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

    Distributors Sdn Bhd.

    Subadrah Nair, (2005). Kesan pendekatan koperatif terhadap pencapaian

    dan minat pelajar dalam pembelajaran. Seminar Penyelidikan Pendidikan

    Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2005. URL

    http://219.93.192.238/mpgaya/abstrak/Subadra_Nair.doc. .

    Suhaida Abdul Kadir, (2002). Perbandingan pembelajaran koperatif dan

    tradisional terhadap prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri

    akademik

    dan hubungan social dalam Pendidikan Perakaunan. Universiti Putra

    Malaysia.

    Zainab bt Wahab (2005). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA.

    Diperolehi daripada URL http://www.kertaskajian/sikap.html.

    Tingkatkan Penguasaan kosa kata Sumber dari

    http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1614

    tarikh muat turun23.4.2014

    Kosa kata dalam penulisan karangan

    http://cikgutum.blogspot.com/2012/05/kosa-kata-dan-ungkapan-dalam-

    penulisan.htmltarikh muat turun 23.4.2014