pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu …19. hana tidak suka berkawan dengan hani...

44
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR3B Fasa Latih Tubi Modul 8 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 25-Jul-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR3B

Fasa Latih Tubi

Modul 8

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

A. Latih Tubi Tatabahasa – Simpulan Bahasa

1. Puan Aniza menjadi _____ apabila melihat barang-barang

perhiasan di kedai itu.

A. bunga wang

B. harga mati

C. rambang mata

D. buka mata

2. Bapa membawa _____ semasa menziarahi nenek di hospital.

A. buah tangan

B. lepas tangan

C. bekas tangan

D. dalam tangan

3. Pemuda yang dilangar kereta itu tinggal _____ semasa dibawa ke

hospital.

A. putih mata

B. tidur mati

C. hancur hati

D. nyawa-nyawa ikan

4. Kehidupan Ali dan adik-adiknya menjadi _____ setelah kematian

bapa mereka.

A. patah hati

B. patah kandar

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

C. putih mata

D. hancur hati

5. Kita mesti _____ untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh para

remaja pada masa ini.

A. beri jalan

B. cari jalan

C. angkat kaki

D. memerah otak

6. Berita kecurian itu telah menjadi _____ orang ramai di kampung

itu.

A. buah tangan

B. buah mulut

C. buah hati

D. buah fikiran

7. “Makanlah sedikit kuih ini sebagai _____ sebelum kamu pergi ke

sekolah,” kata ibu kepada Asmah.

A. ikat perut

B. alas perut

C. buah tangan

D. alas meja

8. Ahmad seperti _______ kerana asyik memerap di dalam bilik

sahaja.

A. kaki ayam

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

B. kera sumbang

C. jauh hati

D. keramat hidup

9. Minggu hadapan, Pak Usu sekeluarga akan _____ ke Pulau

Langkawi.

A. makan gaji

B. makan angin

C. makan suap

D. makan angkat

10. Azlan dan Azlina berjalan-jalan di _____ kedai itu.

A. kaki ayam

B. kaki ayam

C. kaki lima

D. kaki bangku

11. Amir menjadi _____ kerana kedua-dua ibu bapanya meninggal

dunia akibat kemalangan jalan raya.

A. anak emas

B. anak angkat

C. anak kandung

D. anak yatim

12. Sungguhpun Encik Saad orang kaya di kampung ini tetapi dia

sangat kedekut. Penduduk kampung memanggilnya _____.

A. tangkai jering

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

B. lipas kudung

C. ayam tambatan

D. bapa ayam

13. “Janganlah kamu _____ apabila melihat kawan kamu berjaya,”

pesan Cikgu Hamidah.

A. ambil hati

B. hati batu

C. iri hati

D. curi hati

14. Penduduk Kampung Sri Wangi telah _________ melantik Pak Uda

sebagai ketua kampung.

A. ada hati

B. bulat hati

C. buah hati

D. ambil hati

15. Datuk tidak pandai membaca dan menulis kerana dia_____

A. buta hati

B. buta huruf

C. buta mata

D. buta ayam

16. Bapa mengambil _____ untuk menyelesaikan pergaduhan abang

dengan isterinya.

A. jalan mati

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

B. jalan buntu

C. jalan tengah

D. jalan belakang

17. “Kita mesti menjaga _____ supaya sentiasa dihormati orang,”

nasihat ibu kepada adik.

A. air muka

B. harga diri

C. harga mati

D. hati batu

18. Salmah dan adiknya _____ untuk pulang dari rumah Mak Som

apabila hari sudah petang.

A. bawa diri

B. minta diri

C. minta nyawa

D. angkat kaki

19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____

A. telinga nipis

B. berat tangan

C. hidung tinggi

D. iri hati

20. “Saya tidak mahi memberitahu perkara ini kepada Aminah kerana

dia _____, nanti semura orang akan tahu rahsia ini,” kata Alia kepada

Fazli.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

A. mulut murai

B. mulut tempayan

C. lidah pendita

D. lidah masin

21. “Budak itu _____. Simpanlah barang-barang yang berharga di

tempat yang selamat,” pesan Rosnah kepada Marlia.

A. ringan tangan

B. panjang tangan

C. banyak tangan

D. banyak lemak

22. Kawan-kawan memanggil Ramasamy _____ kerana dia tidak

pandai bermain bola.

A. kaki bola

B. kaki bangku

C. kaki ayam

D. kaki lima

23. Encik Hasihm megambil Haslina sebagai ______ kerana kedua-

dua ibu bapanya telah meninggal dunia.

A. anah buah

B. anak kandung

C. anak yatim

D. anak angkat

24. Semua orang tidak suka berkawan dengan Laila kerana dia _____

dan sering kali menghasut orang supaya ____ bergaduh.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

A. batu loncatan

B. batu api

C. mulut tempayan

D. mulut murai

25. Encik Ratna dan Puan Zuhaila sangat gembira kerana mendapat

seorang ______ lelaki.

A. anak emas

B. anak buah

C. cahaya mata

D. anak yatim

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

B. Latih Tubi Ala UPSR – Kertas Model

Kertas 1 (Pemahaman)

Bahagian A (20 Markah)

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Guru Besar menasihati semua calon UPSR supaya bersedia.

_____ akan mengikuti kelas tambahan pada setiap hari.

A. Anda C. Kami

B. Kita D. Mereka

2. Sultan Kelantan akan berangkat ke Pasir Mas untuk merasmikan

pembukaan bandar baharu, ke sana dengan diiringi oleh Menteri

Besar Kelantan.

A. Dia C. Baginda

B. Beliau D. Mereka

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

3. Beberapa orang penduduk kampung itu terpaksa _____ banjir

sambil menjunjung dan memikul barang mereka.

A. melawani C. mengharungi

B. merentasi D. mengaliri

4. Puan Eton berasa _____ kerana anak bujangnya masih belum

pulang dari pejabat walaupun hari semakin senja.

A. gusar C. bimbang

B. keliru D. ngeri

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Markonah menghulurkan duit kepada penjual itu untuk membeli

se _____ majalah di kedai itu.

A. keping C. naskhah

B. buah D. helai

6. Damia kelihatan _____ akibat kurang tidur untuk menyiapkan

tempahan kuih raya.

A. muram C. tampan

B. tegang D. lesu

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

7. Kakak suka berada di tepi pantai pada waktu pagi untuk melihat

keindahan alam ketika matahari _____ .

A. lahir C. terbit

B. muncul D. timbul

8. Doktor menasihati Kamarul supaya mengurangkan makanan yang

kerana dia menghidap darah tinggi.

A. pahit C. tawar

B. masin D. manis

9. "Tolong ambilkan bapa RM10.00 di _____ dompet itu." kata

Encik Zailan kepada Suriana.

A. tepi C. dalam

B. bawah D. belakang

10. Mesyuarat Agung PIBG sekolah itu berlangsung dari pukul

8.00 pagi _____ pukul 2.00 petang.

A. dalam C. ke

B. hingga D. di

11. Abang Ady _____ mencari jalan ke rumah rakannya kerana

pertama kali ke sana.

A. corat-coret C. kusut-masai

B. sesat-barat D. desas-desus

12. Para penyokong badminton _____ keriangan apabila Lee

Chong Wei berjaya menumpaskan Lin Dan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

A. terkebil-kebil

B. terlonjak-lonjak

C. terjingkit-jingkit

D. terhayun-hayun

13. Sudah lima tahun kami _____ di Kampung Sertik sebelum

berpindah ke bandar ini.

A. menetap C. menduduki

B. mendiami D. meninggal

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Norehan meyakinkan ibunya bahawa dia akan menjaga diri

dengan baik sepanjang lawatan ke Pulau Langkawi.

A. "Saya yakin ibu akan menjaga diri semasa berada di Pulau

Langkawi nanti," kata Norehan kepada ibunya.

B. "Di Pulau Langkawi nanti pandailah saya dan ibu menjaga diri,"

kata Norehan kepada ibunya.

C. "Saya yakin dapat menjaga diri semasa berada di Pulau

Langkawi nanti," kata Norehan kepada ibunya.

D. "lbu, jagalah diri baik-baik semasa saya berada di Pulau

Langkawi nanti," kata Norehan kepada ibunya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

15. "Jangan berbual dan membuat kerja lain ketika saya

sedang mengajar," kata Cikgu Aina kepada murid-muridnya.

A. Cikgu Aina melarang saya berbual dan membuat kerja lain

ketika beliau sedang mengajar.

B. Murid-muridnya melarang Cikgu Aina berbual dan membuat

kerja lain ketika sedang mengajar.

C. Cikgu Aina melarang murid-muridnya berbual dan membuat

kerja lain ketika kami sedang mengajar.

D. Cikgu Aina melarang murid-muridnya berbual dan membuat

kerja lain ketika beliau sedang mengajar.

Pilih ayat yang betul.

16. A. Adik memakai mini telekung sebelum ke surau.

B. Rajah gambar yang dilukis oleh pelukis grafik itu sangat

kemas.

C. Nadia telah membuat janji temu untuk berjumpa

dengan doktor gigi.

D. Rumah contoh di Rinching itu sangat kecil dan maha!.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Bersempena sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah,

Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Alaf Semenanjung Event

akan mengadakon Pesta Joran Merdeka 2015 yang akan diadakan di

Taman Tasik Darul Aman, Jitra.

Pesta ini merupakan aktiviti yang mampu menarik ramai

pengunjung untuk menyertainya bersama keluarga masing-masing

kerana pemilihan tarikh untuk mengadakan Pesta Joran Merdeka

2015 adalah pada hari cuti hujung minggu.

Selain itu, program ini bermatlamat menarik minat rakyat

Kedah dalam acara riadah yang berfaedah selain menggalakkan

aktiviti sihat. Pesta ini juga merupakan aktiviti riadah yang mampu

menarik orang ramai ke Taman Tasik Darul Aman yang indah di

samping dapat mempromosikan tempat tersebut untuk mengadakon

aktiviti yang sihat.

Bagi pertandingan memancing, tetamu khas iaitu, Exco

Pelancongan dan Pembangunan Mosyarakat Negeri Kedah akan

melepaskan ikan pada 6 September 2015 dan beliau juga akan

menyampaikan hadiah kepada pemenang pada 13 September 2015.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai

sebanyak RM200 000, tempat kedua RM12 000, tempat ketiga

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

RM8000 serta banyak hadiah menarik lagi yang bakal diperoleh oleh

para peserta.

Pertandingon ini akan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada

jam 6.00 petang. Di samping acara memancing, pelbagai aktiviti khas

untuk semua peringkat umur seperti pertandingon mewarna,

pertandingan suara emas, dan sebagainya turut diadakan bagi

memeriahkan pesta joran yang julung-julung kali diadakan ini.

17. Mengapakah Pesta Joran Merdeka 2015 mampu menarik

ramai pengunjung untuk menyertainya?

A. Kerana pesta itu diadakan di Taman Tasik Darul Aman, Jitra

B. Kerana pesta ini menyediakan hadiah yang lumayan

C. Kerana pemilihan tarikh untuk mengadakan pesta itu jatuh

pada hari cuti hujung minggu

D. Kerana julung-julung kali diadakan di Kedah

18. Apakah matlamat utama Pesta Joran Merdeka 2015

diadakan?

A. Memupuk semangat perpaduan dan ukhuwah rakyat jelata

B. Menarik minat rakyat Kedah dalam acara riadah yang

berfaedah selain menggalakkan aktiviti sihat

C. Mempromosikan tempat tersebut untuk mengadakan aktiviti

yang sihat

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

D. Banyak hadiah menarik yang bakal diperoleh oleh para

peserta

19. Berapa lamakah pertandingan memancing akan diadakan?

A. 8 jam C. 10 jam

B. 9 jam D. 11 jam

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A. Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Negeri

Kedah akan melepaskon ikan pada 13 September 2015.

B. Pesta ini menggalakkan aktiviti sihat.

C. Di samping acara memancing, pelbagai aktiviti khas untuk

semua peringkat umur diadakan.

D. Pesta joran ini julung-julung kali diadakan.

Bahagian B (30 Markah)

Soalan 21 (4 markah)

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong

dalam petikan yang diberi.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Amalan membaca perlu dipupuk dalam jiwa murid-murid. Surat

khabar __________ bahan bacaan yang terbaik, termurah, dan

mudah didapati. Hampir setiap orang mampu membeli surat khabar.

Apabila membaca surat khabar, murid-murid akan dapat

__________ penguasaan bahasa. Pengetahuan seseorang bukan

sahaja hanya menerusi buku teks, malah ditambah dengan bahan

bacaan lain seperti surat khabar.

Amalan membaca akhbar dapat __________ ketegangan

fikiran. Pelbagai bentuk hiburan, cerita, dan berita menarik termuat

dalam akhbar yang tentu dapat membantu kita __________ fikiran.

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

_______________________________________________

_______________________________________________

Jawapan: Mereka membawa sabit, cangkul, dan parang semasa

bergotong-royong membersihkan surau.

[2 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah. [2 markah]

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas?

_______________________________________________

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

Selamat pagi saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan Pengerusi

Majlis, yang dikasihi Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan

Batu, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Pada pagi ini

saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Menjaga

Kebersihan Alam Sekitar.”

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Hadirin yang saya hormati,

Kebersihan alam sekitar dapat membantu kita untuk menjalani

kehidupan yang sihat dan harmoni. Kita juga dapat menghirup udara

yang segar apabila alam sekitar bersih.

Pencemaran darat terjadi apabila terdapat banyak sampah

dibuang di tempat-tempat tertentu oleh orang yang tidak

bertanggungjawab. Kebersihan alam sekitar tanggungjawab bersama,

bukan hanya tugas pembersih. Oleh itu, jangan ada yang bersifat

tidak ambil peduli kerana kita mesti melakukannya dengan sukarela

dan tanamkanlah sifat menjaga kebersihan ke dalam diri setiap

individu.

Guru-guru dan rakan-rakan,

Bagi mereka yang membuang sampah sesuka hati di merata-rata

tempat pula perlulah dikenakan hukuman sebagai pengajaran kepada

mereka agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Oleh itu, dengan menjaga kebersihan secara tidak langsung

dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kedatangan pelancong-

peloncong dari negara asing yang datang meloncong ke negara kita

sama ada untuk melancong atau melabur di negara kita.

Sekian, terima kasih.

a. Kebersihan alam sekitar untuk ________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

_______________________________________________

[1 markah]

b. Bagaimanakah kebersihan secara autamatik dapat meningkatkan

ekonomi negara?

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu

daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

[2 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

"Sudah lima kali kamu kandas dalam ujian Sains. Mengapakah

kamu tidak berusaha untuk membaiki kelemahan kamu? Jika kamu

sedar bahawa kamu lemah dalam mata pelajaran ini, mengapakah

tidak bertanya kepada guru atau kawan-kawan?" Cikgu Maimon

bertanya dengan agak keras.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Jai diam. Dalam hatinya, dia bertekad untuk belajar dengan

lebih gigih. Baginya, kata-kata Cikgu Maimon ada benarnya. Dia tidak

panas hati mendengar kata-kata itu.

Sejak peristiwa itu, sikap Jai berubah. Dia tidak mengganggu

kawan-kawannya lagi. Dia menumpukan perhatian yang sepenuhnya

terhadap mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu Mariam.

Masa yang terluang digunakannya untuk membuat latihan Sains.

Selain itu, dia mengulang kaji pelajaran tanpa rasa jemu. Dia ingin

membuktikan bahawa dia boleh berjaya seperti murid-murid yang lain

juga.

Perubahan pada diri Jai disedari oleh kawan-kawannya. Mereka

melemparkan pelbagai sindiran dan cemuhan kepadanya. Namun

demikian, Jai tetap sabar. Dia yakin bahawa dia akan berjaya suatu

hari nanti.

Kini, peperiksaan akhir tahun bermula. Sepanjang peperiksaan

itu, Jai menjawab setiap soolan dengan yakin. Dia tidak menghadapi

sebarang masalah semasa menjawab setiap soalan Sains kerana kali

ini dia membuat persediaan yang cukup.

Apabila markah ujian Sains diumumkan, Jai tersenyum gembira.

Dia mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas itu. Cikgu Maimon

menepuk-nepuk bahunya. Kawan-kawan Jai berpandangan sesama

sendiri. Mereka faham akan perkara yong sebenarnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

“Teladanilah sikap Jai. Dia telah berpegang pada peribahasa, di

mana ada kemahuan di situ ada jalan. Oleh sebab itu, dia berjaya

dengan cemerlang,” kata Cikgu Maimon.

a. Perkataan kandas dalam petikan boleh juga digantikan dengan

perkataan ______________________________________ .

[1 markah]

b. Mengapakah Jai tidak marah apabila mendengar kata-kata

Cikgu Maimon terhadapnya?

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

c. Pada pendapat anda, apakah yang memungkinkan kejayaan Jai

dalam pelajarannya?

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

d. Apakah maksud peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada

jalan?

_______________________________________________

_______________________________________________

[3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Soalan 25

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku anak tani

aku dilahir nun di desa nan indah

saban hari di tengah bendang

jauh terbentang

nun sayup mata memandang

Aku anak tani

mentari belum meninggi diri

berpanas, berhujan mainan diri

lumrah pada jasad ini

Aku anak tani

lumpur di bendang jadi mainan

mentari terik membakar diri

beburung berkicau peneman sunyi

di kala senja

Lebar senyuman merenung permaidani nan hijau

menanti soot tiba musim menuai rezeki

penat dan leleh terbayar sudah.

a. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

b. Apakah yang menemani petani semasa bertani?

_______________________________________________

[1 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi

pernyataan yang salah berdasarkan sajak tersebut.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

[3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Kertas 2 (Penulisan)

Bahagian A (10 Markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam

gambar di bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Bahagian B (15 Markah)

Gambar di bawah menunjukkan sikap budi bahasa golongan muda.

Tulis ulasan tentang amalan budi bahasa dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah

perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 25

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Bahagian C (25 Markah)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab hanya satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah

perkataan.

Soalan 1

Laporan

Panduan Mengarang

1. Laporan ialah karangan jenis berformat. Tajuk laporan (bergaris),

tanda tangan dan nama pelajar serta tarikh laporan hendaklah

ditulis.

2. Terdapat dua jenis laporan, iaitu laporan tahunan persatuan dan

laporan peristiwa.

3. Dalam laporan perisitiwa, laporkan apa yang dilihat, didengar atau

diketahui tanpa memasukkan pendapat atau perasaan peribadi.

4. Untuk laporan tahunan persatuan, selain daripada tajuk, anda

hendaklah menyenaraikan jawatankuasa persatuan serta harapan

persatuan pada masa akan datang.

5. Jangan gunakan kata-kata yang indah. Gunakan bahasa yang tepat

dan ringkas.

Karangan Contoh:

Kamu sebagai setiausaha persatuan diminta oleh guru penasihat

membuat laporan tahunan mengenai persatuan kamu. Sediakan

laporan tersebut selengkapnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 26

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 29: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Laporan Tahunan

Persatuan Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Taman Melatiu

Tahun 2016

Penaung : Encik Sidek Bin Ramli

Guru Penasihat : Puan Rokiah Binti Amran

Pengerusi : Abdullah Shuib

Setiausaha : Kamarul Zakirin

Bendahari : Laila Mohamad

Ahli Jawatankuasa : 1. Tan Meng Hui

2. Ramli Selamat

3. Kumaresan Govindasamy

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Taman Melati

telah ditubuhkan sejak tahun 1985. Penubuhannya bertujuan untuk

mengembang dan memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam

kalangan murid.

Seperti tahun-tahun yang lalu, barisan kepimpinan dengan

sokongan guru penasihat telah merangka pelbagai aktiviti. Aktiviti-

aktiviti tesebut telah dijalankan untuk dimanfaatkan oleh seramai 92

orang ahli.

Untuk melicinkan aktiviti yang dirancang, setiap ahli dikenakan

yuran tahunan sebanyak RM3.00. Kutipan ini dijalakan secara

beransur atau bayaran sekali gus. Kami berbangga kerana ahli-ahli

memberi kerjasama penuh dalam hal ini.

Sepanjang bulan Januari hingga Mac, pelbagai aktiviti telah

dijalankan untuk melatih bakat kepimpinan. Aktiviti yang dijalankan

ialah pertandingan syarahan dan kuiz bertulis. Kedua-dua aktiviti ini

dimenangi oleh Rihana Haslam daripada kelas 6 Azam.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 27

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 30: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai setiap

aktiviti anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kami

mengambil bahagian dalam pertandingan berbalas pantun, bercerita,

perbahasan dan kuiz bertulis. Kamu berbangga kerana ahli kami,

Sharon Lee memenangi tempat pertama dalam pertandingan

bercerita.

Pada I November 2002, satu jamuan perpisahan telah diadakan.

Ahlis-ahli tidak keberatan untuk membayar RM 3.00 setiap seorang.

Jamuan itu diadakan untuk meraikan guru penasihat kami yang akan

berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungei Besi sebagai Guru Penolong

Kanan HEM.

Kami berharap agar persatuan kami lebih aktif lagi pada tahun

hadapan.

Laporan disediakan oleh, 25 NOVEMBER 2002

__________________

(KAMARUL ZAKIRIN)

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Taman Melati.

Latihan:

A. Latihan Kelas

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 28

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 31: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Kamu sebagai setiausaha persatuan diminta oleh guru penasihat

membuat laporan tahunan mengenai persatuan kamu. Sediakan

laporan tersebut selengkapnya.

Pendahuluan : tajuk

jawatankuasa

Isi 1 : -ditubuhkan pada

-tujuan ditubuhkan pada

-dibuka kepada murid tahun….

-bilangan ahli

Isi 2 : -keadaan persatuan

-penambahan ahli

-aktiviti dalam sekolah

jenis aktiviti

sambutan

bulan/masa dijalankan

Isi 3 : -aktiviti lawatan/luar sekolah

lawatan ke mana

masa lawatan

terbuka kepada murid tahun

sambutan

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 29

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 32: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Isi 4 : -jamuan perpisahan ahli Tahun 6

-aktiviti : penyampaian sijil

penyampaian cenderamata

Isi 5 : -harapan tahun hadapan

Penutup : -Laporan disediakan oleh /nama/jawatan

-Tarikh laporan ditulis

Soalan 2 :

Sekolah kamu atau sekolah kawan kamu telah mengadakan sambutan

hari kantin.

Ceritakan suasana semasa sambutan Hari Kantin itu dijalankan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 30

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 33: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

C. Rampaian Bahasa

Simpulan Bahasa

1. Naik daun : Mendapat keuntungan atau kesenangan

2. Naik gila : Terlalu asyik dengan sesuatu

3. Naik kepala : Kelakuan yang melampaui batas

4. Naik takut : Timbul perasaan takut

5. Naik tangan : a. bertuah / beruntung b. mudah

pukul orang

6. Orang atas : Orang yang berpangkat tinggi

7. Orang dalam : Orang yang bekerja dalam sesuatu

jabatan

8. Orang harapan : Orang yang dipercayai

9. Orang rumah : Isteri

10. Orang tengah : Orang perantaraan dalam sesuatu

perundingan / perniagaan

11. Otak udang : Bodoh

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 31

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 34: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Kata Ganda

1. bermaaf-maafan : saling memaaf dan meminta maaf

2. termengah-mengah :tercungap-cungap

3. mentah-mentah : belum masak

4. moga-moga : diharap

5. muda-mudi : orang muda

6. mudah-mudahan : moga-moga

7. mundar-mandir : berulang-alik di sesuatu tempat

8. oleh-oleh : buah tangan

9. berombak-ombak : berbentuk ombak

10. olok-olok : yang tidak benar

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 32

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 35: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Perkataan Banyak Makna

1. sah

A. lulus di sisi : Ramlah ialah isteru Pak Itam yang sah.

undang-undang

B. benar :Berita yang disiarkan itu tidak sah..

2. sakit

A. tidak sihat : Bapanya kerap sakit sejak kebelakangan

ini.

B. sedih : Perbuatannya membuat saya sakit hati.

3. salah

A. tidak betul : Cikgu membetulkan jawapan saya yang

salah.

B. menyalahi hukum: Perbuatannya yang salah itu

menyebabkannya didenda oleh cikgu.

4. salin

A. tiru : Murid-murid dilarang menyalin karangan

murid lain.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 33

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 36: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

B. tukar : Dia menyalin pakaian di dalam bilik..

C. melahirkan anak : Puan Rosnah baru sahaja bersalin.

5. sampai

A. tiba : Mereka akan sampai pada pukul 10.00

malam.

B. sehingga : Buatlah kerja itu sampai siap.

C. had : Wang yang dibawanya tidak sampai

seringgit.

6. senang

A. mudah : Soalan ujian kali ini senang sahaja.

B. bahagia : Dia berasa iri hati melihat kehidupan

Amanda yang senang.

C. suka, puas : Siakpnya yang peramah disenangi ramai.

D. lapang : Datanglah ke rumah saya jika senang.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 34

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 37: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Perkataan Hampir Sama Makna

A. Cara Menutup

1. tutup : menutup sesuatu dengan benda / cara

2. katup : ditutup rapat-rapat (pintu)

3. lindung : menyembungikan sesuatu supaya tidak dilihat

4. selindung : secara diam-diam, tidak ketara

5. menyelubungi : menutup dengan selubung (kain untuk menutup

badan)

6. diliputi : ditutupi/dipenuhi (air)

7. dilitupi : tertutup rapat-rapat sehingga tidak kelihatan

(tudung)

B. Menolak & menarik

1. menolak : menggerakkan sesuatu ke arah depan dengan

tangan

2. menyorong : menolak ke hadapan (kerusi. gerai)

3. mendorong : menolak ke hadapan

4. menarik : menghela supaya ke arah sendiri

5. menghela : menarik (benda atau orang)

6. mengheret : menarik (benda atau orang)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 35

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 38: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

7. menyeret : menarik (benda atau orang)

C. Menjerit

1. menjerit : panggilan atau teriakan yang kuat

2. memekik : teriakan yang kuat , menjerit

3. berteriak : berseru dengan suara yang kuat (untuk

memanggil)

4. melaung : berteriak untuk memanggil/menyeru

(=meneriak)

5. melolong : menjerit. memekik, (seperti perempuan

meratap)

6. meraung : bunyi nyaring lagi panjang (anjing, serigala,

kesakitan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 36

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 39: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Pepatah Melayu

1. Indah khabar dari rupa

Maksud : Sesuatu berita yang biasanya ditokok tambah daripada

keadaan sebenarnya

Contoh : Berita yang mengatakan tentang kecantikan anaknya itu

seperti indah khabar dari rupa

2. Jangan dibawa resmi jagung, makin berisi semakin cekang

Maksud : Jangan bersikap sombong setelah mendapat kedudukan

atau menjawat jawatan tinggi

Contoh : Encik Razak selalu mengingatkan anak-anaknya supaya

jangan dibawa resmi jagung, makun berisi semakin

cekang.

3. Kalah jadi abu, menang jadi arang

Maksud : Tidak akan menguntungkan mana-mana pihak

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 37

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 40: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Contoh : Janganlah kita bergaduh atas perkara yang remeh-

temeh kerana kalah jadi abu, menang jadi arang

4. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Jika tidak berusaha, masakan mendapat kejayaan

Contoh : Sebagai pelajar, kita hendaklah berusaha untuk mencapai

kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya.

5. Kata dikota, janji ditepati

Maksud : Menunaikan janji yang telah ditaburkan

Contoh : Ramli mesti membuat pekerjaan tersebut kerana apa

yang dia kata dikota, janji ditepati

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B08 38

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 41: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20
Page 42: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20
Page 43: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20
Page 44: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …19. Hana tidak suka berkawan dengan Hani kerana dia_____ A. telinga nipis B. berat tangan . C. hidung tinggi D. iri hati . 20

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my