pusat sukan komersial

30
Pusat Sukan Komersial

Upload: adada-eric

Post on 24-Jun-2015

185 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Sukan Komersial

Pusat Sukan Komersial

Page 2: Pusat Sukan Komersial

Pusat Sukan berperanan sebagai penggerak dan

penyelaras dalam merancang aktiviti sukan dan

rekreasi untuk pelajar dan staf.

Page 3: Pusat Sukan Komersial

Merancang, melaksana, menyelia, mengkaji dan

menambahbaik aktiviti - aktiviti sukan dan rekreasi

warga universiti untuk merangsang menjadi lebih

cergas, sihat dan ceria di mana akan mewujudkan

budaya pembelajaran yang cemerlang, berfikiran

positif dan proaktif serta dapat membantu

meningkatkan produktivii kerja dikalangan kakitangan

universiti.

Fungsi Pusat Sukan

Page 4: Pusat Sukan Komersial

Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir

kompleks sukan universiti dan kemudahan sukan

dari aspek pemantauan,penyelarasan dan

penyelenggaraan kemudahan sukan serta

selamat digunakan.

Page 5: Pusat Sukan Komersial

Merancang,melaksana,menyelia,mengkaji dan

menambahbaik prasarana sukan yang dapat

membantu meningkatkan prestasi dan

pencapaian sukan berprestasi tinggi khususnya

sukan anjuran MASUM,Sukan Staf Antara

Universiti Malaysia,Sukan Universiti ASEAN(SUA)

dan beberapa jenis pertandingan lain.

Page 6: Pusat Sukan Komersial

Menggalakkan dan membantu pelaksanaan

program penerapan kemahiran insaniah melalui

sukan secara meluas baik bagi pelajar mahupun

staf UMP yang pastinya akan menonjolkan

kompetensi dan kewibaan warga UMP.

Page 7: Pusat Sukan Komersial

Mewujudkan jalinan jaringan sihat dan bermanfaat antara

universiti dengan agensi-agensi luar atau masyarakat luar

melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi serta khidmat

sosial seperti menawrkan penggunaan kemudahan sukan

dan khidmat nasihat kepakaran suka dan rekreasi yang

mana boleh membantu meningkatkan rasa hormat dan

digniti universiti. 

Page 8: Pusat Sukan Komersial

• Sebuah perniagaan yang berasaskan barangan, kepakaran dan perkhidmatan sukan.

• Contoh Sukan Komanwel, Formula 1 telah membawa masuk berjuta-jutawang ringgit asing.

• Semua keuntungan diperolehi melalui

pengelolaan, pembuatan alatan sukan, pelancongan, pengiklanan dan penyiaran. Industri ini telah menjana keuntungan bagi negara.

Komersialisme dalam sukan

Page 9: Pusat Sukan Komersial

KeuntunganPihak penaja akan meraih keuntungan berlipat ganda melalui penjualan tiket,penajaan dan hak penyiaran.

Pembangunan sukan negara

Sokongan dan tajaan daripada pihak swasta dapat membangunkan program sukan negara.

 Atlet profesional

Kewujudan atlet profesional yang popular dapat membantu pihak swasta mengiklan produk mereka.

FAKTOR PENDORONG KOMERSIALISME:

Page 10: Pusat Sukan Komersial

Perkembangan pesat industri penyiaran dan multimedia memudahkan sukan untuk dipromosikan di seluruh dunia.

Kesan Positif komersialisme dalam sukan: Membantu membangunkan program sukan

negara melalui tajaan daripada pihak swasta dengan menyediakan dana kewangan yang besar.

Pembangunan teknologi

Page 11: Pusat Sukan Komersial

Melahirkan ramai bintang sukan bertaraf dunia melalui tajaan dan sokongan pihak korporat seperti Shalin, Nicole, Ong Beng Hee

Menyediakan peluang pekerjaan menerusi sektor-

sektor berkaitan dgn sukan spt pelancongan, perhotelan, penyiaran dan perkilangan.

Page 12: Pusat Sukan Komersial

Memetingkan keuntungan dan mengetepikan nilai-nilai murni yang ingin dibentuk melalui sukan.

Melahirkan atlet yang kurang jati diri, komitmen

dan semangat patriotisme kerana mereka hanya mengejar kebendaan.

Membebankan penonton dengan mengenakan

bayaran atau harga tiketyang tinggi untuk menyaksikan acara sukan

Mempromosikan negara ke seluruh dunia melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa

Kesan negatif komersialisme:

Page 13: Pusat Sukan Komersial

Tidak ramai di kalangan masyarakat Malaysia menyedari bahawa industri sukan adalah satu industri yang besar nilai serta impaknya dan telah mula berkembang di negara kita.

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dalam Majlis Perasmian KISMAS 2009, “di Amerika Syarikat (AS) industri sukan merupakan antara salah satu industri yang terbesar dan yang paling pesat membangun.

Page 14: Pusat Sukan Komersial

Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh

Sports Business Journal melaporkan bahawa nilai

industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun

2008 sahaja telah bernilai USD 213 billion iaitu

lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan

dan tujuh kali ganda lebih besar daripada industri

perfileman”.

Page 15: Pusat Sukan Komersial

 

a) Sektor pengiklanan mencatat USD 30.86 billion;

b) Sektor endorsmen mencatat USD 1.1 billion;

c) Sektor peralatan/pakaian/kasut mencatat USD 33.86

billion;

d) Sektor pembangunan kelengkapan mencatat USD 3.35

bilion;

e) Sektor internet mencatat USD 927 juta;

f) Sektor produk berlesen mencatat USD13.9 billion;

Laporan kajian tersebut juga telah menyatakan bahawa pendapatan yang diperolehi oleh Amerika Syarikat dalam industri sukan mengikut beberapa sektor-sektor adalah sepertiberikut:

Page 16: Pusat Sukan Komersial

g) Sektor hak penyiaran mencatat USD 7.7billion;

h) Sektor perkhidmatan professional mencatat USD 17.5

billion;

i) Sektor perbelanjaan penonton mencatat USD 32.06

billion;

j) Sektor penajaan mencatat USD 10 billion;

k) Sektor perubatan mencatat USD 14.7bilion;

l) Sektor perjalanan mencatat USD 19.27billion;

m) Sektor multimedia mencatat USD 2.2billion, dan

n) Sektor pengurusan mencatat USD 25.85 billion.

Page 17: Pusat Sukan Komersial

Justeru itu, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pelan Strategik KBS 2010-2015 telah meletakkan industri sukan sebagai teras strategik kelima kementerian yang mana “pembangunan industri sukan sebagai penjana ekonomi negara”.

Antara langkah strategik untuk membangunkan sukan sebagai satu industry seperti yang termaktub dalam Pelan Strategik KBS 2010-2015 adalah seperti berikut:

 

Page 18: Pusat Sukan Komersial

a) Menggalakkan badan-badan sukan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri sukan;

b) Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan sukan untuk penggunaan tempatan dan eksport;

c) Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan sukan melalui penyediaan insentif yang sesuai;

d) Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan sukan tempatan dan;

e) Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih banyak penganjuran acara di peringkat antarabangsa.

Page 19: Pusat Sukan Komersial

Oleh itu, adalah diharapkan agar industri sukan di

Malaysia dapat merangsang dan

menyumbangkan sesuatu kepada pertumbuhan

ekonomi negara terutamanya dalam Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mampu

meningkatkan Gross National Income (GNI)

selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

Page 20: Pusat Sukan Komersial

Industri Konvensional Industri Sukan

Produk industri biasa boleh digunakan padabila-bila masa. Contoh: kereta

Produk industri sukan mempunyai jangkahayat pendek (short shelf-life) dan diguna pada masa itu juga (on site). Contoh: perlawanan bola sepak.

Produk industri konvensional mempunyai hadgunaan yang tidak begitu terbatas.

Kegunaan produk industri sukan sangat terhad. Contohnya stadium hanya boleh menampung sebilangan penonton sahaja dan padang bola sepak di dalam stadium tersebut yang boleh menampung jumlah yang lebih kecil.

INDUSTRI KONVENSIONAL VS INDUSTRI SUKAN 

Page 21: Pusat Sukan Komersial

Produk industri biasa biarpun mempunyai elemen kemanusiaan itu seperti kereta yang menimbulkan rasa bangga kepada pemiliknya namun pemasar kereta tersebut tidaklah begitu bergantung kepada sentimen yang sama untuk memastikan penjualan keretanya laris.

Produk industri sukan sangat bergantung kepada elemen kemanusiaan (human element) seperti perasaan yang dikongsi bersama semua peminat bolasepak negeri Perak apabila pasukan kesayangan mereka berjaya mara ke perlawanan akhir dan seterusnya menjuarai Liga Perdana2000 hingga menyebabkan kesemua 25,000 tiket ke perlawanan akhir itu habis dijual.

Industri konvensional sangat bermotifkan komersial dan keuntungan.

Industri sukan biarpun keuntungan juga adalah satu matlamat, namun kerap kali matlamat sebenar sesuatu acara sukan dijalankan adalah lebih bersifat bukan keuntungan. Contoh: penganjuran Sukan Paralimpiad Rantau Pasifik (FESPIC) 2006 yang sangat tinggi dari segi kos, namun ia masih pentingkerana dapat membuka ruang keterlibatan lebih ramai atlit kurang upaya.

Page 22: Pusat Sukan Komersial

Faktor dan elemen luaran walaupun penting tetapi tidaklah mempunyai pengaruh yang besar industri sukan konvensional.

Oleh kerana elemen dalaman seperti natijah sesuatu acara itu hamper mustahil ditafsir maka elemen luaran sangat diambil berat. Contoh: cuaca dan bagaimana caranya untuk mengadakan sesuatu acara walaupun terdapat gangguan semulajadi seperti itu. Ini adalah kerana factor luaran seperti cuaca itu sangat mempengaruhi kualiti produk sukan yang bakal disajikan kepada pengguna hingga boleh menurunkan tahap keseronokan penonton.

Page 23: Pusat Sukan Komersial

2) SUKAN SEBAGAI KERJAYA

Bidang sukan boleh dijadikan sebagai salah satu karier buat belia dengan penglibatan mereka secara aktif sebagai atlet ataupun sebagai pentadbir dibahagian pengurusan.

Sukan mampu memberikan pendapatan yang lumayan setimpal dengan tahap pencapaian mereka.

Page 24: Pusat Sukan Komersial

Sebagai contoh, pemain bola sepak diperingkat antarabangsa, bahkan di peringkat negeri pun sudah cukup lumayan bro! Sebenarnya mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit, tetapi ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka dalam sesuatu perlawanan. Ini kerana, kemenangan yang diperolehi mampu memberikan kesan yang besar terhadap sukan dan juga pasukan yang diwakili.

Di Malaysia, prospek kerjaya sukan masih dipandang remeh kerana sumber pendapatan yang rendah berbanding di negara luar.

Page 25: Pusat Sukan Komersial

Malah terdapat sesetengah cabang sukan yang memerlukan atlet mendapatkan sendiri tajaan bagi membolehkan mereka terus maju.

Walau bagaimanapun, bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada masakini seperti penghargaan dalam bentuk wang tunai selepas menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak membantu merangsang kesungguhan atlet.

Dari sudut pentadbiran dan pengurusan, kemampuan mengurus sesebuah pasukan dilihat mampu memberikan lebih banyak tajaan dan sokongan kewangan.

Page 26: Pusat Sukan Komersial

Industri sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk yang berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.

Hal ini menunjukkan sukan dapat menjana ekonomi menerusi pengiklanan sesuatu barangan.

Page 27: Pusat Sukan Komersial

Pada asasnya, industri sukan adalah gabungan kumpulan perniagaan yang bukan sahaja menghasilkan produk berkaitan sukan bahkan turut melibatkan pelbagai komponen termasuk perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri di mana sasaran yang utama adalah untuk menjana keuntungan (Aminuddin Yusof & Parilah Mohd Shah, 2008).

Oleh itu, untuk mencapai matlamat industri sukan, kerjasama daripada pelbagai sektor diperlukan seperti sektor media, secktor perniagaan dan sektor politik.

Page 28: Pusat Sukan Komersial

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dalam Majlis Perasmian KISMAS 2009, “di Amerika Syarikat (AS) industri sukan merupakan antara salah satu industri yang terbesar dan yang paling pesat membangun. Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Sports Business Journal melaporkan bahawa nilai industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun 2008 sahaja telah bernilai USD 213 billion iaitu lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan dan tujuh kali ganda lebih besar daripada industri perfileman”.

Page 29: Pusat Sukan Komersial

Justeru itu, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pelan Strategik KBS 2010-2015 telah meletakkan industri sukan sebagai teras strategik kelima kementerian yang mana “pembangunan industri sukan sebagai penjana ekonomi negara”.

Page 30: Pusat Sukan Komersial

TERIMA KASIH