pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filepercuma 27 mac - 3 april 2015, 6 - 13...

16
PERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 www.selangorku.com LAPORAN LANJUT DI MUKA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta beri jaminan siapkan 5,000 unit rumah mampu milik, menghampiri sasaran 15,000 unit dalam tempoh dua tahun. OLEH AFEEQA AFEERA SHAH ALAM - Kerajaan Sela- ngor meningkatkan kumpul- an wang disatukan sebanyak RM226 juta dalam tempoh dua bulan tahun ini. Dato’Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia memperku- kuh kedudukan kewangan Sela- ngor berikutan peningkatan ri- zab simpanan sebanyak RM3.4 bilion sehingga 28 Februari 2015. Menyatakan angka itu ber- dasarkan Mesyuarat Tertinggi Kewangan Negeri Selangor, be- liau berkata, simpanan itu perlu memberi manfaat bagi memas- tikan rakyat turut menikmati hasil negeri. “Seperti yang ditegaskan berulang kali, apa maknanya kalau mencatat pertumbuhan tinggi, simpanan kukuh tetapi tidak dikongsi rakyat? “Tiada makna kerajaan dan pimpinan kaya kalau rakyat su- sah. Sebab itulah kita lancarkan pelbagai program supaya ke- kayaan dapat dikongsi dengan rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian pa- da Majlis Pelancaran dan Peras- mian Program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak di sini, 24 Mac lalu. Rumah Selangorku diserbu Rizab simpanan naik RM226 juta Tiada makna kerajaan dan pimpinan kaya kalau rakyat susah. Sebab itulah kita lancarkan pelbagai program supaya kekayaan dapat dikongsi dengan rakyat MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar Hijrah: Modal bantuan RM50,000 kepada peniaga Program Hijrah dapat memb- esarkan lapisan kelas me- nengah kerana kita tahu ada kumpulan berpendapa- tan rendah berpendapatan kurang RM1,500. Ini bukan ke- bajikan biasa tetapi membole- hkan penerima keluar dari kemiskinan BERITA DI MUKA 3 Belanjakan rizab RM3.4 bilion Penekanan penting bagi memberi tumpuan kepada pembangunan industri kecil sederhana (IKS) berkembang dan merancakkan ekonomi. Kerajaan Negeri perlu mem- beri tumpuan kepada perka- ra yang kita katakan ‘soft-infra’ seperti hospitaliti dan latihan kepada IKS. BERITA DI MUKA 4 Senario, cabaran ancaman Asean Dalam berhadapan dengan senario baru yang mampu mengganggu gugat kesela- matan negara dan serantau; ASEAN kelihatan ketandusan kepimpinan. Ternyata, per- paduan ASEAN kini digugat oleh persoalan Laut China Selatan dan peranan kuasa luar untuk meretakkan per- paduan ASEAN. BERITA DI MUKA 6 & 7 Pantai Remis kaya hasil laut Hasil lautnya yang kaya den- gan pelbagai spesis keran- gan seperti mentarang, lokan, siput sedut, remis, kepah, lala, pepahat dan ku- pang menjadi taruhan da- ya penarik unik berbanding pantai lain di Selat Melaka. BERITA DI MUKA 12 PJ City Bus Service diperluas Sebanyak 10 buah bas dari syarikat Rapid Bus Sdn Bhd diperuntukkan bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam dengan kekerapan setiap 25 minit BERITA DI MUKA 14 Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon IMPIAN... Orang ramai berpusu-pusu hadir ke Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangor- ku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang untuk mendaftar dan mengetahui lokasi pembinaan rumah mampu milik yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. l 9 projek Rumah Selangorku l Bina 22,444 unit menjelang 2018

Upload: vucong

Post on 25-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

PERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 www.selangorku.com

LAPORAN LANJUT di mUkA 2

MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta beri jaminan siapkan 5,000 unit rumah mampu milik, menghampiri sasaran 15,000 unit dalam tempoh dua tahun.

Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAm - Kerajaan Sela-ngor meningkatkan kumpul-an wang disatukan sebanyak RM226 juta dalam tempoh dua bulan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia memperku-kuh kedudukan kewangan Sela- ngor berikutan peningkatan ri-zab simpanan sebanyak RM3.4

bilion sehingga 28 Februari 2015.Menyatakan angka itu ber-

dasarkan Mesyuarat Tertinggi Kewangan Negeri Selangor, be-liau berkata, simpanan itu perlu memberi manfaat bagi memas-tikan rakyat turut menikmati hasil negeri.

“Seperti yang ditegaskan berulang kali, apa maknanya kalau mencatat pertumbuhan tinggi, simpanan kukuh tetapi

tidak dikongsi rakyat?“Tiada makna kerajaan dan

pimpinan kaya kalau rakyat su-sah. Sebab itulah kita lancarkan pelbagai program supaya ke-kayaan dapat dikongsi dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pa-da Majlis Pelancaran dan Peras-mian Program hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak di sini, 24 Mac lalu.

Rumah Selangorku diserbu

Rizab simpanan naik RM226 jutaTiada makna kerajaan dan pimpinan kaya kalau rakyat susah. Sebab itulah kita lancarkan pelbagai program supaya kekayaan dapat dikongsi dengan rakyatMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

hijrah: Modal bantuan RM50,000 kepada peniagaProgram hijrah dapat memb-esarkan lapisan kelas me-nengah kerana k ita tahu ada kumpulan berpendapa-tan rendah berpendapatan kurang RM1,500. Ini bukan ke-bajikan biasa tetapi membole-hkan penerima keluar dari kemiskinan

BERiTA di mUkA 3

Belanjakan rizab RM3.4 bilion Penekanan penting bagi memberi tumpuan kepada pembangunan industri kecil sederhana (IKS) berkembang dan merancakkan ekonomi. Kerajaan Negeri perlu mem-beri tumpuan kepada perka-ra yang kita katakan ‘soft-infra’ seperti hospitaliti dan latihan kepada IKS.

BERiTA di mUkA 4

Senario, cabaran ancaman AseanDalam berhadapan dengan senario baru yang mampu mengganggu gugat kesela-matan negara dan serantau; ASeAN kelihatan ketandusan kepimpinan. Ternyata, per-paduan ASeAN kini digugat oleh persoalan laut China Selatan dan peranan kuasa luar untuk meretakkan per-paduan ASeAN.

BERiTA di mUkA 6 & 7

Pantai Remis kaya hasil lauthasil lautnya yang kaya den-gan pelbagai spesis keran-gan sepert i mentarang, lokan, siput sedut, remis, kepah, lala, pepahat dan ku-pang menjadi taruhan da-ya penarik unik berbanding pantai lain di Selat Melaka.

BERiTA di mUkA 12

PJ City Bus Service diperluasSebanyak 10 buah bas dari syarikat Rapid Bus Sdn Bhd diperuntuk k an ber mula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam dengan kekerapan setiap 25 minit

BERiTA di mUkA 14

Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon

IMPIAN... Orang ramai berpusu-pusu hadir ke Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangor- ku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang untuk mendaftar dan mengetahui lokasi pembinaan rumah mampu milik yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

l 9 projek Rumah Selangorkul Bina 22,444 unit menjelang 2018

Page 2: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

TINJAUAN ORANG RAMAI

SHAH ALAm - Pemaju swasta yang menerima kelulusan me-rancang bagi membina rumah mampu milik diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk mendapatkan kebenaran me-rancang.

exco Perumahan, Penguru-san Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata permohonan akan ditarik semula dan dise-narai hitam, jika gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya be-

lum ada pemaju yang disenarai hitam dan mereka diberi tem-poh untuk melaksanakannya.

“Seramai 42 pemaju mene-rima kelulusan merancang se-jak 2009. Kita sudah bincang dengan pemaju dan ramai bersetuju tetapi tertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian se-lepas menghadiri Majlis Pelan-caran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rim-bayu, Telok Panglima Garang di sini, 22 Mac lalu.

SHAH ALAm - Jaminan pemaju swasta membina Rumah Sela-ngorku menyakinkan Kerajaan Selangor mencapai sasaran membina 15,000 unit rumah mampu milik dalam dua tahun.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata Kera-jaan Negeri serius bekerjasama dengan pemaju swasta bagi mencapai sasaran berkenaan.

“Ini pemaju swasta kedua selepas Sime Darby Property Berhad yang beri komitmen membina 2,403 unit rumah. hari ini, IJM land akan bina 2,330 unit rumah.

“Kurang seminggu, kita su-

Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAm - Pusat jualan Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu berhampiran Kota Kemuning dekat sini, menda-pat sambutan luar biasa.

Sekalipun hujan renyai, lebih 500 orang menyerbu pusat jualan itu untuk tahu lebih lanjut skim rumah mam-pu milik yang diperkenal Kerajaan Selangor.

Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa berhimpit-himpit dan beratur panjang di pusat jualan yang dikendali pemaju, IJM land pada 22 Mac lalu.

Ia berlaku berikutan kesukaran orang ramai memiliki ru-mah berikutan harga di pasaran terlalu tinggi manakala Se-langor pula menawarkan skim yang menambat hati rakyat.

Pusat jualan yang mempromosi Rumah Selangorku pada harga berpatutan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana itu dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

IJM land menawarkan 2,330 unit kediaman di ka-wasan itu dengan tawaran harga antara RM42,000 hingga RM250,000 seunit.

Ada sembilan projek Rumah Selangorku mengikut Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015 dengan jumlah keseluruhan 11,833 unit.

Komitmen pemaju swasta dalam skim rumah mampu milikSime Darby Property Berhad 2,403 unit IJM Land 2,330 unit W City 1,041 unit

Saya terpaksa menyewa lebih 10 tahun di Kota Kemuning kerana pendapatan sebagai pemandu lori tidak melayakkan saya memiliki rumah. Tanpa kepriha-tinan Kerajaan Selangor, rakyat ber-

pendapatan rendah tidak akan dapat peluang macam ini. Ta-

waran ini perlu digunakan sebaik mungkin, kalau tidak

sampai bila-bila pun saya terpaksa duduk rumah sewa.

Bagi Chandran a/l Mu-nian, 54, pemohon

Ratusan rebut peluang daftar

Golongan berpendapat-an rendah dan sederha-na sukar membeli rumah ekoran harganya terlalu tinggi, menyebabkan mereka menyewa untuk tempoh panjang. Pelak-sanaan Rumah Se-langorku di Bandar Rimbayu mem-beri sinar untuk memiliki kediam-an pada harga berpatutan.

Rumah Selangorku boleh dijadikan platform bagi orang ramai untuk membeli kediaman tanpa dikenakan caj yang tinggi.Orang berpendapa-tan tinggi pun, tidak semua mampu memiliki rumah sendiri, apatah lagi golongan seperti saya. Jadi, bila di-tawar rumah mampu milik ini, saya gem-bira dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri.

Fadly Soaid,39,

Mohon kebenaran sebelum hujung tahun

Jaminan pemaju swasta bina 15,000 unit

dah mendapat jaminan pemaju swasta untuk menyokong has-rat membina lebih 5,000 unit rumah mampu milik.

“Minggu depan, kita akan lancarkan satu lagi projek sama yang akan dibina W City dengan komitmen 1,041 unit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancar-

kan Rumah Selangorku di Ban-dar Rimbayu, Telok Panglima Garang di sini, 22 Mac lalu.

hadir sama, exco Peru-mahan Pengurusan Bangu-nan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Pegawai eksekutif IJM land, Datuk Soam heng Choon.

Peluang keemasan tidak seharusnya disia-siakan kerana ramai belum berpeluang memiliki rumah sendiri atas faktor penda-patan.Segeralah rebut sebab ia tidak datang selalu, tidak kisah kalau kediaman itu kecil seka-lipun asalkan ia milik kita sendiri.

Azmi Ismail, 35, kakitangan kerajaan pekerja kilang

Rumah Selangorku beri peluang kepada orang ramai miliki kediaman sendiri pada harga berpatutan

Utama2 Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015

Page 3: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Hijrah: Modal bantuan RM50,000 kepada peniagaOleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAm - Modal bantuan bagi program hijrah akan di-naikkan sehingga RM50,000 jika penerima berupaya mem-bayar balik pinjaman secara konsisten.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia da-pat membantu peniaga dalam program itu untuk meluaskan perniagaan sekaligus mening-katkan keuntungan.

“Program hijrah dapat mem-besarkan lapisan kelas me-nengah kerana kita tahu ada kumpulan berpendapatan ren-dah berpendapatan kurang RM1,500.

“Ini bukan kebajikan biasa tetapi membolehkan peneri-ma keluar dari kemiskinan,” ka-tanya pada Majlis Pelancaran

dan Perasmian Program hijrah di Dewan Jubli Perak, SUK di sini 24 Mac lalu.

Seramai 1,169 orang mene-rima bantuan perniagaan anta-ra RM5,000 hingga RM10,000 me-lalui program itu.

hijrah diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjakkan go-longan miskin berhijrah me-masuki kumpulan berpenda-patan menengah.

Program itu diperkasa mela-lui peranan Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Pro-gram Mikrokredit Miskin Ban-dar (MiMBAR).

Pada pembentangan Be-lanjwan 2015, siling peruntuk-an dinaikkan bagi kedua-dua dana itu kepada RM100 juta berbanding RM70 juta sebe-lum ini

Mohamed Azmin berkata,

Kerajaan Negeri mensasarkan 1,000 penerima untuk setiap DUN bagi menerima manfaat

berkenaan.“Pengurusan hijrah perlu

membuat kajian terperinci un-

tuk lihat berapa ramai orang yang akan keluar dari putaran garis kemiskinan,” katanya.

Kenaikan tambang baharu jejas rakyatGOmBAk - Kenaikan kadar tambang baru bagi pengang-kutan awam membebankan rakyat berikutan kos sara hidup meningkat, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Kesal dengan pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu, beliau berkata, tumpuan harus diberi kepada usaha meningkatkan perkhidmatan sedia ada ke ta-hap lebih efisyen.

“Sepatutnya Kerajaan Perse-kutuan memberi tumpuan be-lanjawan lebih besar kepada SPAD supaya langkah dapat diambil untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

"Ia seperti Aliran Transit Ri- ngan (lRT) dan Bas Rapid Tran-sit (BRT). Ia membantu me-nyuraikan trafik selain men-gurangkan kos pengangkutan menjadi lebih efisyen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis

Penyerahan Notis 5A di Kom-pleks Muhibbah di sini, 21 Mac lalu.

SPAD mengumumkan ke-naikan kadar tambang teksi dan kereta sewa baharu antara 20 hingga 67 peratus manaka-la bas ekspres naik 22.6 pera-tus bermula 15 Mei.

Mohamed Azmin berkata nisbah yang ditetap SPAD juga perlu dikaji semula bagi memastikan tumpuan ter-hadap pengangkutan awam ditingkatkan untuk jangka masa panjang.

“Kita cadangkan nisbah itu ditukar kepada 60:40 (lebih kepada pengangkutan awam) supaya kita boleh capai mat-lamat penyuraian trafik dan mengurangkan kos pengang-kutan,” katanya.

SPAD menetapkan sasa-ran 40:60 iaitu 40 peratus bagi pengangkutan awam manakala selebihnya kende-raan persendirian.

Satukan perumahan dan pengangkutanSHAH ALAm - Dato’ Menteri Be-sar, Mohamed Azmin Ali mahu 60 peratus penduduk menggu-nakan perkhidmatan pengang-kutan awam yang boleh diakses dengan berkesan.

Beliau percaya polisi sede-mikian menyepadukan pembi-naan perumahan dengan sistem pengangkutan yang efisyen.

“Tidak semestinya dengan bina lebuh raya (dapat selesai-kan masalah trafik), sebaliknya perhatian serius perlu bagi me- ningkatkan pengangkutan awam,” katanya Beliau berkata demiki-an pada sidang media selepas melancarkan Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Pangli-ma Garang di sini, 22 Mac lalu.

Mohamed Azmin berkata, sasaran pengangkutan awam iaitu 40:60 perlu dirombak se-mula bagi kemudahan awam dan penyelesaian masalah ke-sesakan trafik.

“Kerajaan Negeri mahu kadar 40 peratus perkhidmatan pe-ngangkutan awam ditingkat ke-pada 60 peratus,” katanya.

MB: Tetapkan garis kemiskinan RM1,500SHAH ALAm - Kerajaan Perse-kutuan patut meningkatkan garis kemiskinan sekurang-kurangnya kepada pendapatan RM1,500 sebulan, selaras den-gan realiti semasa.

“Selangor menetapkan gaji minimum RM1,500. Kita perlu pastikan polisi gaji minimum dan undang-undang pekerja dilaksana sebaik mungkin,” kata Dato’ Men-teri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian pada forum “Rancangan Malaysia ke-11, Ketidaksamaan di Malaysia dan Cabaran kepada Komuniti India’ di Shah Alam Convention Centre di sini, 22 Mac lalu.

Kerajaan Persekutuan me- netapkan golongan berpendapa-tan bawah RM900 sebagai miskin berbanding Selangor (RM1,500).

Mohamed Azmin berkata lati-han kemahiran perlu bagi me-mastikan rakyat ada pekerjaan baik sekaligus memiliki penda-patan lebih tinggi.

“Pekerja perlu diberi kemudah-an secukupnya bagi memastikan mereka hidup selesa,” katanya.

Adun Sekinchan, Ng Suee lim pula menyifatkan saranan itu ber-sesuaian dengan situasi rakyat yang menempuh kehidupan de-ngan kos tinggi.

Katanya, paras kemiskinan

RM900 yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan tidak relevan kerana rakyat berdepan pelbagai ba-yaran yang membebankan.

“Kos sara hidup tinggi, apatah lagi dengan pengenalan Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST). hidup rakyat semakin tertekan.

“Tambahan lagi di bandar de-ngan segalanya seperti tol, parkir perlu dibayar. Mereka dikategori sebagai miskin bandar,” katanya.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga berkata garis ke-miskinan di negara ini tidak rea-listik, malah gaji minimum bersa-maan kos sewa bilik sesetengah kawasan.

Program Hijrah dapat membantu meramaikan golongan kelas menengah

Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015 3Utama

Page 4: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Belanjakan rizab RM3.4 bilion Oleh AFiX REdZUAN

SHAH ALAm - Jumlah rizab sim-panan tunai RM3.4 bilion yang dimiliki Selangor perlu diman-faat untuk pembangunan in-frastruktur dan program kebaji-kan rakyat.

Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan berkata, peneka-nan itu penting bagi memberi tumpuan kepada pembangu-nan industri kecil sederhana (IKS) berkembang dan merancakkan ekonomi.

“Kerajaan Negeri perlu mem-beri tumpuan kepada perkara yang kita katakan ‘soft-infra’ sep-erti hospitaliti dan latihan kepa-da IKS.

“Soal kebajikan rakyat pun penting seperti aspek pemban-gunan, penyelesaian masalah untuk ibu tunggal, masalah anak-anak terbiar dan pendidikan,” ka-tanya kepada Selangor Kini.

Tolak GST, perangi rasuahSHAH ALAm - Pelaksanaan Cu-kai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini bukan penyelesaian tunggal dalam meningkatkan pendapatan negara.

Dato’ Menteri Besar, Mo-

hamed Azmin Ali berkata, pendapatan negara mampu ditingkat dengan cara mem-erangi ketirisan, rasuah dan ketidaktelusan.

“Kita persoalkan kenapa GST dilaksanakan sekarang dalam

keadaan rakyat belum sedia, lebih-lebih lagi ada cara lain un-tuk menambah pendapatan.

“lebih elok GST ditangguh,” katanya dalam Majlis Perhim-punan Bulanan Jabatan Kera-jaan di sini, 17 Mac lalu.

PKR tidak tentang hukum AllahSHAH ALAm - PKR tidak per-nah menentang hukum Allah, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali meruju-kan kepada isu pelaksanaan hudud.

Sebaliknya, beliau berkata PKR tidak bersetuju dengan mekanisme PAS kerana ia tidak menghormati prinsip dan se-mangat bersama dalam Paka-tan Rakyat.

“Sebagai Muslim, kita tidak boleh menentang hukum Al-lah yang terkandung dalam al-

Quran. Cuma mekanisme yang dibawa dalam PAS itu tidak menghormati prinsip dan se-mangat PR, itu sahaja.

“Kita mahu sebarang cadan-gan mesti dibentang dan dipu-tuskan Majlis Presiden tetapi ini tidak berlaku. Sebab itu kita bantah,” katanya.

Mohamed Azmin juga menolak andaian Pakatan mungkin berpecah jika ketiga-tiga parti gabungan tidak ber-sepakat dalam isu pelaksanaan hudud.

Beliau berkata, Selangor per-lu menjadikan negara seperti Singapura yang memperuntuk perbelanjaan pembangunan in-frastruktur sehingga 30 peratus. Katanya, penyelesaian masalah air juga perlu disegerakan su-paya ekonomi Selangor dapat membangun dengan baik.

Naib Canselor Universiti Ke-bangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali

berkata rizab simpanan sama ada kecil mahupun besar, bukan masalah tetapi penumpuan per-belanjaan perlu diberi kepada hal kritikal.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengu-mumkan kumpulan wang disat-ukan meningkat RM226 juta da-lam masa dua bulan, menjadikan jumlah rizab negeri RM3.4 bilion setakat 28 Februari lalu.

Pegang prinsip muafakatGOmBAk - Pakatan Rakyat berpegang kepada prinsip bersama yang menjadi kekua-tan gagasan itu meski wujud perbezaan pendapat.

Timbalan Presiden PKR, Mo-hamed Azmin Ali, berkata isu hudud yang sudah dibincang pada peringkat tertinggi Paka-tan bagi memastikan ia disele-saikan secara muafakat.

“Saya berharap sekali se-mua pihak iaitu PKR, DAP dan PAS harus berpegang kepada prinsip permuafakatan ini.

“Ada perbezaan pendap-at dalam beberapa isu tetapi saya tidak mahu ia memecah-belahkan perpaduan Pakatan. Terasnya ialah isu kepentingan rakyat,” katanya pada Majlis Pe-nyampaian Notis 5A di Kom-pleks Muhibbah, Batu Caves di sini, 21 Mac lalu.

Mohamed Azmin perca-ya semangat Pakatan yang berbincang dalam Majlis Pres-iden dan Majlis Sekretariat berupaya mencari jalan penye-lesaian.

Hadi perlu hadir mesyuarat PakatanSHAH ALAm - Pimpinan Paka-tan Rakyat memberi peluang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang untuk menjelaskan hasratnya untuk melaksanakan hudud.

Timbalan Presiden PKR, Mo-hamed Azmin Ali, berkata Pak-atan perlu berlaku adil kepada Abdul hadi dan membenar-kannya memperinci pendirian PAS meskipun ada perbezaan pendapat.

“Saya rasa kita boleh sele-saikan masalah berbangkit ini melalui perbincangan kerana itulah semangat PR.

“Abdul hadi perlu hadir da-lam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan Jawa-tankuasa Tertinggi Pusat (CeC) DAP dan PKR sebelum ini.

"Ia bagi mengetahui men-

Abdul Hadi perlu hadir dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan PKR sebelum ini

MOHAMED AZMINTimbalan Presiden PKR

gapa keputusan diambil ber-sendirian, bukan secara sepa-kat,” katanya ketika diminta mengulas isu hudud selepas pelancaran program hijrah di sini, 24 Mac lalu

4 Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015

Utama

Himpunan aman membantah pelaksanaan GST di kompleks kastam kelana Jaya

dr Noor Azlan Ghazali dr Nazri khan

Page 5: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Hasrat ibu tunggal miliki tanah selama 35 tahun tertunaiOleh AFEEQA AFEERA

GOmBAk - Penantian seorang ibu tunggal mendapatkan surat hak milik tanah (Notis 5A) bagi tanah diduduki selama 35 tahun akhirnya tercapai.

Khadijah Shaari, 60, berkata beliau pernah mencuba na-sib memohon hak milik tanah sebelum ini, namun terpaksa menunggu proses panjang bagi melayakkannya.

Namun, katanya proses per-mohonan itu menjadi mudah sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mula mengambil alih pen-tadbiran Selangor pada 2008.

“Syukur alhamdulillah, pe-nantian saya selama 35 tahun akhirnya berakhir setelah me-nerima surat hak milik tanah daripada Kerajaan Selangor ini.

“Saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan no-tis 5A, malah bayaran premium juga tidak terlalu tinggi, jadi saya sangat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memudahkan urusan ini,” katanya yang menetap di Kam-pung Sri Gombak Indah kepada Selangor Kini.

Perasaan sama turut dikongsi A.Muthusamy, 45, yang merasa

gembira apabila permohonan kali pertama untuk mendapat-kan hak milik tanah diluluskan Kerajaan Selangor dalam tem-poh singkat.

khadijah Shaari

A. muthusamy

Beliau yang berasal dari Kam-pung Jaya Sepakat sudah men-diami kawasan terbabit sejak sepuluh tahun lalu bersama is-teri dan empat orang anaknya.

“Saya percaya proses pembe-rian hak milik tanah ini dapat di-lakukan dengan cepat disebab-kan sikap Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang peka terhadap masalah rakyat.

“Bayaran premium juga mu-nasabah dan tidak membe-

bankan rakyat untuk melunas-kannya. Terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.

Bagi Saidin Mat Saman, 79, beliau merasa terharu setelah hasratnya untuk mendapatkan hak milik tanah terlaksana sete-lah menunggu selama 30 tahun sejak 1985.

“hajat saya untuk mendapat-kan notis 5A tertunai walaupun perlu melalui proses yang pan-jang sebelum ini,” katanya.

Seramai 132 penerima layak menerima notis 5A yang dise-rahkan Azmin dalam satu majlis penyerahan di Kompleks Muhib-bah, Batu Caves.

Penyerahan notis 5A itu membabitkan empat buah kawasan di daerah Gombak, antaranya Kampung Sri Gom-bak Indah, Kampung Selayang Baru, Kampung Jaya Sepakat dan Kampung Melayu Jalan Ki-lang Papan.

Kampungku Kesayanganku

Jadikan masjid tempat transformasiSUNGAi BESAR - Karnival Kampungku Ke-sayanganku dirancang Kerajaan Negeri dengan masjid sebagai lokasi program bagi melahirkan masyarakat mencintai ilmu dan bertaqwa.

exco hal ehwal Agama Islam, Adat Me-layu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus hairi, berkata Kerajaan Negeri menjayakan-nya di setiap daerah dan Sabak Bernam dipi-lih daerah pertama dan dijangka berakhir di hulu Selangor pada November nanti.

“Kerajaan Negeri menggalakkan teruta-ma masyarakat kampung khasnya supaya jadikan masjid sebagai, pusat transformasi, jantung pembangunan, pusat keilmuan ser-ta di mana program kemasyarakatan diada-kan di sini," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis peras-mian Karnival Kampungku Kesayanganku di Masjid Ma’muniah, Simpang lima di sini.

Dr Yunus berkata, program itu diran-cang dengan pertemuan pelbagai jabatan dan komuniti membuktikan Kerajaan Ne- geri mengambil berat setiap isu dan perkara berkaitan dengan kebajikan serta keperluan semua pihak.

“Kerajaan Negeri berharap setiap kam-pung mampu menggalakkan industri desa bagi membangunkan ekonomi kampung masing-masing,” katanya.

Karnival Kampungku Kesayanganku yang berlangsung dua hari itu diisi dengan pelba-gai aktiviti seperti keagamaan, kemasyarakat, gotong royong, sukan, keusahawanan, kesu-karelaan, forum dan sebagainya.

Saidin mat Saman, terharu menerima hak milik tanah yang ditunggu-tunggu sejak 30 tahun lalu

Program kampungku kesayanganku mampu membangunkan industri desa

5Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015

Utama

Page 6: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Selangorkini 27 Mac - 3 April 20156Utama

Oleh mOHAmEd AZmiN ALi

Sekitar 50 tahun lalu, pada 29 Mei 1966, Al-marhum Tun Abdul Razak sebagai Timbalan

Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia mengada-kan pertemuan dengan Tun Adam Malik, Menteri luar Indo-nesia di Bangkok.

Setelah berunding tiga hari, kedua-dua negarawan mengam-bil keputusan menamatkan permusuhan dan memulihkan semula hubungan diplomatik Malaysia dengan Indonesia yang terputus selama dua tahun sem-bilan bulan akibat konfrontasi.

Jurnal sejarah merakam catatan sumbangan Abdul Razak dalam membina hubun-gan Malaysia-Indonesia dan pembentukan ASeAN.

Tiga bulan kemudian, pada 11 Ogos 1966, Abdul Razak ter-bang ke Jakarta untuk menan-datangani perjanjian dengan Adam Malik bagi menamatkan Konfrontasi. Kejayaan menamat konfrontasi mengembirakan rakyat Malaysia.

Kembalikan persahabatan serumpun

Bagi mengukuhkan lagi hu-bungan, Adam Malik menge-tuai delegasi 45 orang ke Ma-laysia. Pertemuan bersejarah di Bangkok dan pemeteraian per-janjian di Jakarta bukan sahaja mengembalikan persahabatan antara dua negara serumpun tetapi juga menyemai benih ke-pada pembentukan ASeAN.

Setahun kemudian, lima Men-teri luar Asia Tenggara, Abdul Razak dari Malaysia, Adam Malik (Indonesia), Narciso Ramos (Filipi-na), Rajaratnam (Singapura) dan Tun Thanat Khoman (Thailand) bertemu di Bangkok dan me-ngasaskan pembentukan ASeAN.

Dua percubaan sebelum itu, ASA – Association of South-east Asia dan Maphilindo – un-tuk memperkukuh perpaduan negara serantau gagal kerana prasangka, kebencian selain sikap tidak peduli.

Pembentukan ASeAN penca-paian besar negarawan rantau ini, juga Malaysia dan Indonesia yang menjadi pengasas kepada pertubuhan itu. Rumusan Tun Dr Mahathir Mohamad di Kon-gres pertama ASeAN sempena 25 tahun pertubuhan itu pada 8

Peking dengan Moscow, juga memberi kesan langsung kepada keselamatan Asia Tenggara.

Bagi negarawan yang me-ngasaskan ASeAN, pembentu-kan itu jawapan untuk menge-lakkan rantau ini terjebak dalam Perang Dingin antara kuasa be-sar dan ideologi.

Justeru, salah satu dokumen terpenting ASeAN ialah Perisy-tiharan Menteri-Menteri luar ASeAN di Kuala lumpur pada 27 November 1971 iaitu Zone of Peace, Freedom and Neutrality Declaration.

hari ini, ketika dunia ber-hadapan dengan pelbagai caba-ran baru, termasuk soal kesela-matan ASeAN, dua ketetapan itu perlu diingati semula iaitu:

Senario, cabaran ancaman Asean

Oktober 1992 tepat:“It was out of this crucible of

conflict, indifference, even con-tempt, that there arose the con-viction, that it was time to get to know each other better. It was out of this realization, that the leaders of Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore and Thailand made the crucial deci-sion to undertake a historical act of regional reconciliation.

A decision was made to turn a region in turmoil into an oasis of tranquility, peace and security; to transform a region of strangers, into a society of friends; to turn a region of poverty and underde-velopment into a dynamic zone of prosperity and cooperation; and to take a region of cold peace and cold war and transform it into a community of warm and cooperative engagement.”

Konflik merata benuaCabaran kepada ASeAN bu-

kanlah kecil. Tatkala ditubuh, Perang Vietnam, perang yang paling berdarah di zaman Perang Dingin, sedang memuncak. Bu-kan sahaja Perang Dingin antara blok demokrasi de-ngan blok komunis mencetuskan kon- flik di merata benua tetapi ketika sama, berlaku Perang Dingin da-lam blok komunis sendiri - antara

That Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore and Thai-land are determined to exert ini-tially necessary efforts to secure the recognition of, and respect for, South East Asia as a Zone of Peace, Freedom and Neutrality, from any form or manner of inter-ference by outside powers;

That South East Asian coun-tries should make concerted ef-forts to broaden the areas of cooperation which would con-tribute to their strength, solidarity and closer relationship.

Meskipun ASeAN dianggotai 10 negara, namun dua ketetapan itu perlu menjadi panduan da-lam mengemudi suasana baru.

Jika dahulu kita berhadap- an konflik dan persaingan antara Washington dengan Moscow, kini kita berhadapan dengan Washington yang ingin mengekalkan pengaruh dan ke-pentingannya di rantau ini den-gan China yang bakal menjadi ekonomi terbesar di dunia dan juga sedang pantas membesar-kan kekuatan tenteranya.

Bulan ini, Kementerian Perta-hanan China mengumumkan peningkatan 10 peratus per-belanjaan pertahanan kepada USD144.2 bilion, menjadikan per-belanjaan pertahanan yang ke-dua terbesar di dunia selepas AS.

Sebagai reaksi kepada pe-

ningkatan ketenteraan China, AS membuat keputusan un-tuk memindahkan 60 peratus kekuatan tentera lautnya ke Asia Pasifik menjelang 2020.

Kemerosotan muafakat

Dalam berhadapan dengan senario baru yang mampu meng-ganggu gugat keselamatan nega-ra dan serantau; ASeAN kelihatan ketandusan kepimpinan. Kega-galan sidang kemuncak ASeAN di Phnom Penh, tiga tahun lalu membuat kenyataan bersama - buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun, memberi petanda ke-merosotan muafakat mengenai persoalan dasar di rantau ini.

Ternyata, perpaduan ASeAN kini digugat oleh persoalan laut China Selatan dan peranan kua-sa luar untuk meretakkan per-paduan ASeAN.

Sidang kemuncak di Myan-mar tahun lalu juga tidak me- nyentuh persoalan terpenting rantau ini, sikap yang dikehenda-ki oleh pihak tertentu (China).

Pada Februari, tatkala Presi-den Barack Obama melawat India, satu kenyataan bersama dikeluarkan yang menyentuh isu laut China Selatan.

Mengapakah kuasa luar se-perti China, Amerika Syarikat dan India begitu lantang membuat pendirian tentang laut China Selatan sedangkan ASeAN dan Malaysia menyepikan diri?

Situasi keselamatan di laut China Selatan yang menunjuk-kan peningkatan kehadiran Re-publik Rakyat China (RRC) jika tidak ditangani dengan tegas, mampu mengganggu gugat ke-selamatan negara, serantau dan antarabangsa.

Malaysia ada kepentingan khusus di Kepulauan Spratleys. Kita melalui pengalaman perit kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Apakah kita mahu kehilangan Kepulauan Spratleys pula?

Putrajaya kelihatan menga-bai doktrin ZOPFAN, sumbang-an terbesar Abdul Razak untuk

FILIPINA

MALAYSIA

vIeTNAM

ChINA

ThAILAND

Dua percubaan sebelum itu, ASA – Association of Southeast Asia dan Maphilindo – untuk memper-kukuh perpaduan negara serantau gagal kerana prasangka, kebencian selain sikap tidak peduli.

Page 7: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

7Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015

Utama

mencapai kestabilan serantau.Apakah langkah yang diambil

Putrajaya bagi memelihara kedau-latan dan keselamatan di perairan apabila ada maklumat peningka-tan kehadiran aset ketenteraan RRC yang mulai kelihatan di laut China Selatan dan boleh meng-gugat kedudukan Malaysia seba-gai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan bermaruah?

Jamin keselamatan serantau

Kestabilan dan keselama-tan serantau sebahagian dari kepentingan nasional. Justeru, kita perlu mewujudkan mua-fakat nasional dalam menjelas-kan peranan Malaysia dalam menjamin dan mempertahan keselamatan kolektif serantau.

Kepentingan nasional perlu mengatasi politik kepartaian.

Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, berdaulat dan bermaruah perlu menjamin kes-tabilan dan keselamatan kolek-tif serantau melalui ASeAN.

Tahun ini, Malaysia meme-gang tampuk kepimpinan ASe-AN dan sidang kemuncak akan diadakan di negara kita. Ini san-gat bermakna apatah lagi apa-bila kita berjaya membentuk ASeAN economic Community.

Pembentukan itu tidak lain, tidak bukan adalah kejayaan me-realisasi hasrat “to transform a re-gion of strangers into a society of friends; to turn a region of poverty and underdevelopment into a dy-namic zone of prosperity.”

Namun, “zone of prosperity”,

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar & Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected], Hafizan Taib: [email protected], Naeem Raffi: [email protected],

Afix Redzuan : [email protected], Lizawati Madfa : [email protected], Norhayati Umor: [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

bahawa penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dunia Islam ialah melalui ilmu, prinsip keadilan dan demokrasi.

Dunia kini sedang berhadapan dengan ancaman keganasan IS (Islamic State) atau dikenali juga sebagai “pengganas da’ish”.

Gerakan ganas (al ’unfu) sa-ngat menggugat masa depan dunia. Kita perlu memastikan generasi muda tidak dipenga-ruhi dakyah golongan pengga-nas dan militan seperti IS, Boko haram dan lain-lain yang terse-bar melalui laman media sosial.

Malaysia sebagai sebuah negara pluralistik yang me-nikmati keamanan dan kese- jahteraan sejak enam dekad lalu, wajar melihat secara seri-us ancaman keganasan hari ini sebagai antara fiqh keutamaan (fiqh al-awlawiyyat).

Kewajipan kita menolak ke-berbahayaan yang boleh berlaku di dalam negara sepertimana di Iraq, Syria, Yaman, Mesir, libya, Pakistan, Afghanistan dan Nige-ria. Bahkan, kini fenomena itu tu-rut menjalar di negara eropah.

Kita perlu menegaskan ajaran Islam tentang keadilan dan kese- derhanaan dan makna sebenar jihad seperti yang diulas dengan jitu oleh ulama besar dan Tokoh Maal hijrah, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi untuk menangani propaganda golongan militan.

Karya monumental beliau, Fiqh al-Jihad wajar diangkat sebagai rujukan bagi mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan kumpulan militan.

Selain al-Qaradhawi, bebera-pa ulama ternama dunia seperti Syeikh Wahbah Zuhaili (Syria), Syeikh Abdul Majeed al-Zindani (Yaman), Dr Ahmad Talib, Syeikh al-Azhar (Mesir), Dr Tariq Rama-dan (Switzerland), Syeikh Dr Mus-tafa Ceric (Bosnia) dan lain-lain bermuafakat bahawa gerakan IS (Da’ish) yang kononnya hendak mendaulatkan Islam, sama sekali

gerakan radikal akibat peme-rintahan yang tidak demokratik. Jalan penyelesaian kepada kri-sis ini adalah melalui demokrasi Islam yang berlandas keadilan dan kesederhanaan.

Inilah sumbangan bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim ke-pada dunia, amnya dan dunia Islam khususnya. Kepetahannya mengungkap prinsip keseder-hanaan dan keadilan di merata dunia, seterusnya mengemu-kakan gelombang kebangkitan demokrasi di dunia Islam seka-rang sebagai gelombang keem-pat demokrasi dunia.

Ahli sains politik Samuel huntington mengemukakan tesis bahawa perkembangan demokrasi di dunia bergerak dalam tiga gelombang.

Gelombang pertama ber-mula pada awal abad ke-19 apa-bila majoriti lelaki berkulit putih mendapat hak mengundi dan memuncak sehingga wujud 29 negara demokrasi. Gelombang kedua bermula selepas Perang Dunia Kedua dan gelombang ke-tiga bermula dalam 1970an hing-galah runtuhnya Tembok Berlin.

Gelombang keempat demo-krasi bermula dengan tumpas-nya rejim tentera di Indonesia dan menjadikan negara itu se-bagai negara demokrasi Islam terbesar di dunia dan memun-cak kepada Arab Spring.

Dunia mengiktiraf peranan Anwar Ibrahim sebagai juru-cakap demokrasi Islam. Sudah 15 tahun, pelbagai usaha dilakukan untuk membungkam dan men-gaibkan beliau secara sistematik. Usaha itu gagal dan konspirasi sekarang juga akan gagal.

Dunia dan sejarah akan ber-sama insan demokrat sejati.

Disunting dari teks ucapan di Dewan Rakyat

bertentangan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Isu keganasan juga wajar di-jadikan agenda sosial dengan melibatkan seluruh rakyat sama ada warga Muslim dan bukan Muslim.

Kebangkitan demokrasi

Saya mencadangkan agar sebuah Majlis Perundingan Rakyat Untuk Memerangi Ke-ganasan Agama ditubuh di per-ingkat Kerajaan Persekutuan.

Kita harus belajar dari pen-galaman buruk Asia Tengah yang menjadi pusat tumbuhnya

Malaysia sebagai sebuah negara pluralistik yang menikmati keaman-an dan kesejahtera-an sejak enam dekad lalu, wajar melihat secara serius ancaman keganasan hari ini sebagai antara fiqh keutamaan (fiqh al-awlawiyyat).

rantau kemakmuran yang kita capai kini digugat kembali de-ngan persaingan ketenteraan antara China dan AS. Doktrin ZOPFAN – zon aman, bebas dan berkecuali – yang merupakan ‘Grand Strategy’ Abdul Razak bersama pemimpin serantau “to turn a region in turmoil into an oasis of tranquility” seolah-olah dilupakan dan disia-siakan.

Justeru, kita menggesa Per-dana Menteri menggunakan kesempatan kedudukan Malay-sia sebagai Pengerusi ASeAN untuk memberi kepimpinan ke-pada ASeAN dan memperbaha-rui komitmen ASeAN terhadap ZOPFAN dan mengisytiharkan laut China Selatan sebagai laut aman, bebas dan berkecuali.

Sebarang pertelingkahan perlulah diselesaikan dengan aman melalui perundingan dan mengikut undang-undang antarabangsa.

Keselamatan dan kedaulatan wilayah wajib dipertahan. Ke-pimpinan dan pihak keselamatan perlu peka dan bersiap siaga untuk memelihara kedaulatan dan kese-lamatan negara di semua perairan dari anasir pencerobohan.

Penyelesaian kepada ancaman

Pencerobohan seperti di la-had Datu membuktikan ada kealpaan yang tidak boleh dibenarkan berulang. Kita tidak boleh berkompromi dengan pencerobohan yang menggu-gat keselamatan negara.

Pihak keselamatan, juga go-longan agamawan perlu pri-hatin terhadap individu atau sel-sel yang menjalankan akti-viti militan serta dakyah ekstri-misme yang menggugat kesela-matan negara.

Januari lalu, rakyat Malaysia kelahiran Muar, Zulkifli hir, mati ditembak dalam pertempuran dengan polis Filipina di Tuka-nalipao, Mindanao. Beliau di-anggap sebagai salah seorang pengganas yang paling dike-hendaki di dunia.

Ini bukan pertama kali pengli-batan rakyat Malaysia dalam ke-giatan keganasan di rantau ini. Meskipun mereka dari golongan profesional berpendidikan tinggi - jurutera telekomunikasi dan pa-kar matematik, namun pemikiran mereka dikeliru dan disesatkan sehingga bertindak militan.

Kita perlu menyakinkan generasi muda yang idealistik

Kita menggesa Perdana Menteri menggunakan kesempatan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN untuk memberi kepimpinan kepada ASEAN dan memperbaharui komitmen ASEAN terhadap ZOPFAN dan mengisytihar-kan Laut China Selatan sebagai laut aman, bebas dan berkecuali.

Page 8: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

8 Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015

Tempatan

SHAH ALAm - Mesyuarat rundingan semula air Sela-ngor berjalan lancar sekaligus membuka laluan kepada pe-nyelesaian isu berbangkit.

“Kita hadap dapat selesai-kan isu berbangkit dalam masa terdekat,” kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Sambutan hari Air Sedunia 2015 di Plaza Alam Central di sini, 23 Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, perjanjian penstrukturan air dengan Ke- rajaan Persekutuan lupus beri-kutan pelanggaran terma per-janjian yang ditandatangani pada 2014.

Beliau berharap syarat terdahulu (condition pre- cedent) mengikut perjanjian

Rundingan semula berjalan lancar

induk penstrukturan air dapat dimuktamad dalam runding-an susulan.

Rundingan susulan di-jangka dibuat bersama Men-teri Datuk Seri Dr. Maximums Johnity Ongkili.

Pada pertemuan itu, Mo-hamed Azmin berkata, isu rampasan tanah tidak lagi berbangkit.

“Tak berbangkit kerana mereka (Putrajaya) sudah meneliti semua terma asal. Jika mereka kembali kepada terma asal perjanjian, hal ini (bantahan Kerajaan Selangor) tidak timbul,” katanya.

Pasukan rundingan Kera-jaan Selangor pada mesyuarat itu diwakili Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato Khusrin Mu-nawi.

GOmBAk - Perjanjian pen-strukturan air Selangor de-ngan Kerajaan Pusat yang terbatal Mac lalu, akan dite-ruskan berikutan Putrajaya bersetuju untuk kembali ke-pada terma asal.

Ia berikutan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerima surat yang 'lebih lunak' dari Kementerian Te-naga, teknologi hijau dan Air berhubung isu perjanjian itu.

“Menteri lebih lunak dan berterima kasih kepada Kera-jaan Selangor yang menyata-kan kesediaan Kerajaan Pusat untuk kembali semula kepada terma perjanjian utama.

“Menteri buat secara bertu-lis untuk kembali ke terma asal, maka kita bersetuju un-tuk membincangkan semula. Kitaberi jaminan untuk me-muktamadkan perjanjian se-cepat mungkin.

“Itu komitmen Kerajaan Se-langor kepada Kerajaan Perse-kutuan,” katanya selepas pro-gram penyerahan Notis 5A di Kompleks Muhibbah, Batu Caves, 21 Mac lalu.

Beliau berkata, pertemuan di peringkat pegawai antara kementerian dan Kerajaan Negeri akan diadakan bagi membincangkan perjanjian itu.

Air: Menteri hantar surat 'lunak'

SHAH ALAm - Sistem Penuaian Air hujan (SPAh) akan diperluas ke seluruh negeri secara berpe-ringkat menerusi peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).

exco Alam Sekitar dan Teknologi hijau, elizabeth Wong berkata Kerajaan Ne-geri juga menggalakkan pema-ju perumahan membina SPAh dalam pembangunan baru.

“Usaha itu diambil sejak 2012. hanya beberapa PBT mewajibkan pemaju perumah-an membina SPAh khususnya ‘landed property’ (hartanah bertanah).

“Bagi perumahan bertingkat, insentif akan diberi menerusi diskaun dari ‘infrastructure ser-vices fund’ (tabung penyeleng-garaan prasarana).

“Ia melibatkan MBSA, MPSJ

dan MBPJ sebagai projek pe-rintis. Kita mahu lihat bagaima-na ‘blue print’ teknologi hijau itu dibangunkan sebelum dila-ksana secara menyeluruh,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada di sidang media selepas Majlis Perasmian Sistem Penu-aian Air hujan (SPAh) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SSAS), 23 Mac lalu.

SPAh ialah alternatif sistem kejuruteraan hidraulik yang menggalakkan guna semula air hujan untuk kegunaan bukan minuman (non-potable use).

Sumber air itu diguna-kan bagi menampung keper-luan kegunaan tandas, kerja pembersihan,dan tanaman lanskap bagi mengurangkan

kebergantungan ke atas sum-ber air terawat.

Teknik itu membantu mem-bekal air kepada pengguna jika berlaku krisis bekalan air awam.

elizabeth berkata, pelaksa-naan SPAh di Majlis Bandara-raya Petaling Jaya (MBPJ) me-nemukan hasil positif.

“MBPJ salur dana khas ke-pada persatuan penduduk dan ia menghasilkan kejayaan. Ia dibuat melalui Undang-Un-dang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986 (Pindaan 201),” katanya.

MBPJ mewajibkan pemasa-ngan SPAh di kediaman se-sebuah dan berkembar, ba-ngunan kerajaan, industri, institusi dan komersial yang ada keluasan bumbung me-lebihi 100 meter persegi.

SHAH ALAm - SPAh di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah membawa penjimatan sehingga 40 pera-tus penggunaan air terawat.

exco Alam Sekitar dan Teknologi hijau, elizabeth Wong, berkata ia juga sejajar dengan Pelan Tindakan hijau Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kera-

jaan Tempatan."Ia mampu menampung

penggunaan air di enam tandas dengan anggaran penggunaan 146 meter padu dalam tempoh sebulan.

“Sumber air itu sesuai untuk kegunaan pembersihan lantai dan tanaman lanskap,” katanya pada sidang media selepas maj-lis Perasmian Sistem Penuaian

Air hujan (SPAh), 23 Mac lalu.Pembinaan SPAh di Dewan

Jubli Perak bermula 4 Jun 2014 dan siap sepenuhnya pada 10 November 2014 dengan kos RM288,000.

“SPAh mampu mengatasi masalah bekalan air di musim kemarau, mengurangkan ba-yaran bil air dan mengurangkan gas rumah hijau,” katanya.

Jimat hingga 30 peratus

Sistem tuai air hujan diperluas

Page 9: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

9Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015

Tempatan

Oleh NAEEm RAFFi

Manfaat sumber air hujan dalam ke-hidupan harian bu-kan amalan asing di

negara ini. Malah, masyarakat tradisional

menggunakan tempayan atau palong untuk menadah air hujan bagi kegunaan harian, pertanian dan persediaan musim kemarau.

hari ini, kaedah sama diap-likasi menerusi sistem yang lebih efisen iaitu Sistem Penuaian Air hujan (SPAh).

Ia alternatif sistem kejurute-raan hidraulik yang menggalak-kan pendekatan guna semula air hujan sebagai sumber tambahan kegunaan bukan tujuan minu-man (non-potable use).

Inisiatif awal pelaksanaan SPAh di Malaysia bermula sejak 1998 berikutan krisis air di Kuala

Sistem menuai hujan elak air tersisalumpur sebagai langkah dalam Pelan Tindakan Pembangunan Kejiranan hijau.

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-64 pada 23 Mei 2011 meluluskan pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 untuk mewajib-kan pelaksanaan SPAh di rumah berkembar, banglo dan bangun-an berasingan untuk dibuat pada peringkat PBT.

Pengenalan itu dianggap se-bagai dasar awal Malaysia me-ngurangkan kebergantungan

kepada air terawat sekaligus mengatasi masalah kekurangan bekalan air di bandar.

Pengunaan SPAh diwarta di enam negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor, Perlis, Perak dan Kelantan.

Sumber bekalan

Dari perspektif ekonomi, penggunaan air hujan dapat mengurangkan bayaran bil air sama ada kegunaan domestik, komersil atau industri.

Institut Penyelidikan hidrau-lik Kebangsaan Malaysia (NAh-RIM) menyifatkan SPAh sebagai

sistem pengurusan air berkesan dan kos-efektif dalam jangka panjang.

Selain faktor penjimatan air terawat, SPAh juga memban-tu mengurangkan gas rumah hijau dan sebagai persediaan menghadapi masalah bekalan air awam.

Pengarah Makmal hidraulik dan Instrumentasi NAhRIM, Ir Mohd Fauzi Mohamad menyifat-kan penting bagi kediaman ada sistem penuaian air hujan beri-kutan Malaysia beriklim tropika dengan kadar hujan tinggi.

"Biarpun taburan hujan tinggi tetapi tidak semuanya tertumpu

(hujan) di empangan. "Jika hujan di bandar atau

jauh dari empangan, air hu-jan akan tersisa begitu sahaja. Sebab itu perlunya SPAh," ka-tanya.

Kelebihan air hujan Mengikut NAhRIM, air hujan

lebih berkualiti berbanding air tanah dan air permukaan ke-rana ia bebas dari unsur larutan garam dan mineral.

Malah, air hujan tidak me-ngandungi bahan pencemaran seperti yang ada di sungai.

Tahap ketulenan air hujan boleh menarik sesetengah per-industrian yang menggunakan air tulen seperti aktiviti pem-prosesan mikrocip.

Jadi, masyarakat perlu bijak menggunakan air dan kese-daran itu harus bermula awal tanpa menunggu wujud gang-guan bekalan air.

Pengarah Pusat Kajian Sum-ber Air dan Perubahan Iklim, NAhRIM, Mohd Zaki Mat Amin terkilan kerana ramai menggu-nakan air terawat secara salah.

Mereka menyiram tanaman, membasuh lantai, mencuci ken-deraan dan mencurah tandas menggunakan air yang sepatut-nya untuk diminum.

"Ini pembaziran sumber, tia-da kesedaran dan memandang remeh. Sedangkan aktiviti itu boleh dilakukan dengan air hu-jan.

"Pusat cuci kenderaan guna beratus-ratus liter air sehari se-dangkan boleh guna air hujan janaan SPAh," katanya, menam-bah penghuni rumah secara pu-rata menggunakan 227 liter air terawat sehari.

Andai SPAh diaplikasi di se-tiap rumah, setiap penghuni mampu menjimatkan 25 hing-ga 30 peratus penggunaan air terawat.

Pemasangan SPAh yang sistematik sebenarnya mampu memberi penjimatan sehingga 75 peratus permintaan terhadap air terawat.

Berkapasiti 100 meter padu jenis hot dipped galvanised steel.

Ke tandas dan sinki.

PALONGDireka bentuk dan dipasang dengan kecerunan bagi memastikan air hujan mengalir lancar.

Page 10: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

WarisanSuatu hari, anak-anak akan mencerca ibu bapa merekadan kencing di kuburan nenek moyangnyamereka – generasi baru yang terhimpitdalam hidup kian sempitoleh dasar-dasar menggigitoleh penarikan segala subsidioleh penindasan cukai GST.

Mereka akan bertanya kepada orang-orang tua:“Dulu semasa penguasa zalim berbuat sewenangnyamengapa kau tidak lakukan

apa-apa?”

Irfan ES, Mac 2015

Selangorkini 27 Mac - 3 April 201510Seni

Arsenal, Sakralara dan...Oleh NAJmUddiN YUSOFF

Kata penyair, Wahyudi Yunus dalam prakata antologi puisi Sakralara: "Tak ada berlian dalam Sakralara." Tapi Sakralara ada se-

mangat. Semangat bermain, yang pen-ting menurutnya.

entah mengapa semangat bermain itu penting, tidak pula difahami tapi boleh sahaja bersetuju. Mencari sajak yang membuatkan kau mengigau-igau tidak boleh tidur kerana kenikmatannya, tidak ada dalam Sakralara.

Apa yang ada?Begini. Ada dua cara menikmati puisi; yang

kau boleh selami dasarnya dan teguk manis pahitnya atau sekadar penon-ton - seperti bola sepak, tetap nikmat walau kau kaki bangku. Menang, se-nyumnya membawa berhari-hari. Ka-lah, pahitnya bagai menelan hempedu, makanlah kutukan seminggu.

Sakralara - himpunan karya lapan penulis, masuk dalam kategori kedua.

Bermula dengan Al-Abror Yusuf yang menjadi kekuatan antologi itu. Di seba-lik susunan katanya, kau boleh mem-bayangkan Bergkamp dengan hantaran tepat kepada Thierry henry. Ungkapan "sebelum mendakap angan/ kita mesti berani bermimpi" - umpama gol cantik dari luar kotak penalti. Kau menontonnya berulang kali.

Frasa "mimpi pecah bertaburan" da-lam sajak Tentang lelaki Gamang ada-lah satu lagi gol cantik. Dan sajak Matari

adalah gol solo beliau, volley dari bulatan tengah. "Saat kau lakarkan/ senyum/ dan manis kau kulum/ matari jadi /seteduh gunung."

Maisarah Atan pula bagai larian licik Tomas Rosicky. Tidak konsisten tetapi pada waktu puncak, kau tonton tanpa kelip mata. Sajak Pemanis dan lelaki Ter-larang misalnya, umpama kelincahan Rosicky menukar posisi bertah-an kepada counter-attack.

Baris "hanya satu malam denganku/ takkan hantar kau ke neraka" umpama sepakan lencung tendangan percuma. Me-lepasi benteng lalu menerjah penjuru gawang. Malangnya, saat-saat itu tidak banyak. lebih banyak cedera dan beraksi dari bangku simpanan.

"Sekuntum bunga raya tan-pa bau/ pernah maut digengga-manku" pula seperti ledakan kaki kiri lukasz Podolski yang entah dari mana munculnya, terus menggegar gawang. Antara yang baik dari N Faizal Ghazali. Sesekali ledak-an begitu muncul lagi se-perti "pada sederhana suhu waktu subuh / namamu bergetar, sayang."

Ia persis kesungguhan Podolski untuk memikat Arsene Wenger bagi meletak-

Rimanilzah pula adalah Theo Walcott dan Podolski dalam satu tubuh. Larian pantas dan sentiasa ada gol. Itulah Thierry Henry. Sajak romantis adalah padang buat Rimanilzah, maka tidak mengejutkan apabila sajaknya menjadi dan tidak dibuat-buat

Nadia Azam

kannya dalam kesebelasan utama. Kalau konsisten dengan gol cantik seperti "... malam itu / sajak-sajak berselerak / sece-bis cinta terjatuh dalam gelas" tentu ra-mai merindui aksinya.

Tapi itulah, kadang-kadang N Faizal terlebih bermain, malas; menjadikan sa-jaknya agak lewah. Kalau dipadat dengan sedikit lagi kesungguhan, tentunya kar-yanya lebih dihargai.

Nadia Azam pula umpama Theo Wal-cott yang kemahirannya terhad tapi pu-nya kelebihan tersendiri - kelajuannya berlari. Sesekali apabila meloloskan diri daripada pertahanan lawan, terhasillah gol seperti lalu Bagaimana, Semudah Itu dan Andailah.

Baris bagai larian solo yang mahu di-saksikan selalu, terpapar pada 'atau kau mampu melakar pelangi / di atas tali.' Selebihnya larian tanpa hasil, gol yang tak terjaring atau offside yang menyakit-kan hati.

Rimanilzah pula adalah Theo Walcott

Beeha

dan Podolski dalam satu tubuh. larian pantas dan sentiasa ada gol. Itulah Thier-ry henry. Sajak romantis adalah padang buat Rimanilzah, maka tidak mengejut-kan apabila sajaknya menjadi dan tidak dibuat-buat. Sajak bertaraf gol adalah Cinta Antara Gunung Dan lembah, Sepi, Prima Facie dan Blues Kota Basah (I).

Gol mudah tapi bermakna, umpama-nya "penjarakan aku/ dalam hatimu /selama-lamanya." Ada juga gol cantik, umpama larian solo menggelecek per-tahanan lawan pada musim 'Invisible', itu-lah baris "kuberikan luka paling dalam / untuk ingat yang paling lama."

Beeha pula umpama Denilson. Ada, bukan tiada kelebihannya. Sajak Ro-mantikalasofa dengan dua baris pemula "lukisan picasso menghiasi dinding/ re-tak seribu di sekeliling" bukti potensi-nya. Tapi itulah, ia terhenti di situ, tidak berkembang. Selebihnya hantaran liar tanpa tujuan.

Begitulah Sakralara. Seperti menikma-ti aksi pemain di padang bola. Dan ten-tunya mereka tidak boleh bermain sendi-rian. Sebagai sebuah buku atau pasukan, mereka saling melengkapi, ada kelebi-han, juga kekurangan.

Paling penting, setiap mereka ada momen tertentu yang boleh dijadikan sorotan mata sambil mencicip secawan kopi.

Seperti perlawanan bola, cukuplah Sakralara sebagai bahan pemecah sunyi kau dan kawan sekerja di meja makan tengah hari. Ia bukan karya yang diwa-cana atau dikertaskerjakan mana-mana sasterawan mahupun ahli akademik.

Ia adalah sajak-sajak cinta kita, sajak-sajak orang kebanyakan. Tulus dari hati orang biasa-biasa, untuk dinikmati biasa-biasa, oleh kita semua yang biasa-biasa.

Page 11: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Kirim cerpen dan puisi kepada [email protected] untuk disiar di halaman ini setiap minggu. Karya yang terpilih akan dinilai untuk pemberian anugerah - Ketua Pengarang

OLeh HAFIz HAMzAH

Matahari belum terbit pagi itu, ketika kau meninggal-kan aku semula di dalam kekosongan. Aku bingkas

bangun, dari tilam yang tak lagi em-puk aku rasakan sesudah ketiadaan-mu; di dalam tubuhku, aku merasakan seperti ada runtuhan. Jiwa yang du-lunya mendampingi, pagi itu terbang berpergian bersama langkahmu ke-tika kau keluar pintu. hanya haruman pewangi yang terlekat ditanganku. Aku melihat bayang-bayangmu pada dinding, dengan separuh ketakutan.

Diwaktu-waktu beginilah puisi datang membawa penyembuh, walaupun sedikit. Seperti seorang ibu yang luluh hati me-lihat anaknya bermuram. Sewaktu aku hanya mampu menatap helaian ker-tas yang untuk beberapa detik itu kekal bersih tanpa dapat aku catatkan apa-apa; tentang perasaanku yang lompong, tentang ingatan-ingatanku terhadapmu atau tentang perkataan-perkataan yang menolak untuk ditangkap oleh fikiran.

Aku membaca sedikit puisi-puisi lama yang aku tulis, yang pernah kau bacakan semula pada senja yang hangat ketika hatiku resah. Puisi-puisi yang katamu, mengingatkanmu terhadap sebuah ke-celakaan. “Mana mungkin ada manusia yang terhumban di dalam suasana pilu yang begini,” katamu, mencuba-cuba memahami baris-baris ayat yang terse-mat di dalam buku notaku. Aku mem-bayangkan sebuah labirin yang gelap, walau bukan tanpa harapan.

“Di sela usia dan wak-tu yang dilalui di dalam wujud ini, kita akan seka-li-sekali men-etap diruang seperti itu, walau jarang untuk dise-dari atau di-akui,” jawa-panku yang s e m b e r o n o ketika itu, tan-pa mengetahui sebetulnya apa yang aku ucapkan kepadamu entah dapat ditangkap atau tidak.

Yang tidak kau ketahui, tentulah – kerana kau menganggap puisi hanya mengada-ngada dan tak punya jejak yang mengakar di dalam kalbumu – ialah ba-hawa jika kau berani melepaskan kekalu-tan yang dihadapi seharian, dan melihat ke dalam dirimu dengan mata yang po-los, puisi sentiasa menunggumu di sana.

Tetapi, pagi itu, baris ayat yang telan-jang sedemikian rupa, walaupun terse-mat di dalamnya sebuah perasaan yang dalam, tak lagi mampu berbuat apa-apa terhadapku. Aku merasakan dingin yang membeku, mengeraskan setiap perasaan yang pernah ada. Di dalam keadaan aneh

seperti ini, aku berasa gemuruh ketika merenung ke arah diri sendiri.

Aku berdiri di hadapan himpunan cakera padat muzik yang kau kumpul-kan pada dinding ditepi meja tempat aku bekerja. Menelusuri satu per satu nama dan judul pada tulang setiap cakera itu, sehinggalah aku tiba di kotak keempat baris pertama dan mataku terhenti di satu titik; aku terlihat sebuah tajuk yang

tak pernah aku ingati; mungkin saja sebuah cakera padat

yang kita beli bersama, atau yang aku beli

dan hajatkan untuk diberi kepadamu,

atau kekasihku yang lain meng-hadiahkannya kepadaku atau s e b a l i k n y a , boleh jadi keka-sihmu yang lain

tak sengaja tert-inggal di dalam

keretamu. Aku tak tahu.Cakera padat dengan

tujuh lagu; Endless Vision oleh Hossein Alizadeh dan Dji-

van Gasparyan. Aku tak ada apa-apa in-gatan yang dapat dipanggil balik tentang muzik yang satu ini. Ia seolah-olah mun-cul pagi itu dari ketiadaan menjadi ada di rak kecil itu, dan meminta untuk dide-ngari, tanpa terlalu memaksakan keha-dirannya. Hari masih gelap. Selepas doa dan memelukmu, aku mendengarkannya berulang kali.

Dengan penuh kesedihan. Hossein, seorang Iran yang cermat dan fasih ber-main tar dan Djivan, seorang Armenia yang akrab dan ahli bermain duduk, rupa-rupanya bertemu seolah-olah un-tuk menuliskan sebuah muzik khusus

untuk orang-orang yang mencari angin bagi meniupkan kembali kekuatan dan menghadirkan semula jiwa dan sema-ngat yang hilang. Aku tak sepenuhnya tahu apa yang aku rasakan.

Mereka merakam muzik itu di luar, dikawasan terbuka disebuah tempat yang dikenali Niavaran Palace, Tehran. Di dalam kepalaku, serta-merta aku ter-lentang di tengah, dengan satu bulatan sederhana terbentuk oleh kedua-dua mereka, yang disambung lingkungan-nya oleh pengkagum-pengkagum mere-ka yang sedang khayal dan membentuk Lilitan Kesedihan.

Tar, yang diwarisi awal mula dari sebuah shurangiz, dan di dalam bentuk yang lebih dikenali adalah mirip sebuah sitar, ditangan Hossein diberi sentuhan baru; membran kulit yang diletakkan di bawah bridge untuk meningkatkan bunyian yang keluar dari alat itu. Men-dengarkan getar talinya yang dipetik jari-jari kasar Hossein, aku terbayangkan kemarahan dan kekecewaanmu.

Duduk, sejenis seruling yang diperbuat sejak 1,500 tahun dulu, ketika singgah dibibir Djivan dan mengeluarkan bunyi- nya yang merdu dan sayu, mencam-pak ingatanku kepada setiap kesedihan dan kepiluanmu. Cuma aku berasa agak aneh; kau tak sedikit pun ingin berbicara tentang itu atau menunjukkannya.

Sesekali, Azad atau Djivan atau Mola-vi akan mengiringi getar muzik ringkas yang sarat perasaan itu dengan bait-bait puisi mereka. Ketika itu, keyakinan aku yang sekejap tadi hilang terhadap puisi, dan juga terhadap kerumitan cinta, kem-bali seperti seorang perempuan cantik yang mengetuk semula pintu akal. Aku membayangkan bibirmu.

Melalui muzik, mereka mengham-parkan kesemua hal-hal yang tidak lagi dihargai orang; lirih yang melumpuh-

kan, kosong yang menyedut tenaga dan ghairah yang terletak antara hati dan akal yang selalu bersembunyi, yang tak dihiraukan pencariannya.

Cerminan dan pantulan yang selalu mengingatkan aku terhadap diri sendi-ri, walaupun mereka melagukan irama dalam bahasa dan latar yang asing dan mungkin saja membawa maksud yang lain. Muzik dengan kuasa seperti itu tak memerlukan penjaga gerbang untuk membenarkannya masuk dan menero-bos dengan rakus ke dalam jiwa; hanya untuk satu tujuan kebaikan dan magis – penyembuhan.

Bagi Hossein dan Djivan, muzik me-reka adalah perdamaian dari sebuah perseteruan sejarah bangsa, tetapi bagi-ku, mendengarkan muzik yang mem- bawakan naluri seperti itu, adalah sebuah perdamaian daripada sebuah perseteruan dengan diri sendiri. Labirin, yang selalu mendekap di dalam diri tu-buh yang kadangkala berasa punah, tak kerap disedari. Hanya setelah kepergian-mu pagi itu, aku seperti tersedar akan hal berkenaan.

Sekali lagi, di dalam kepalaku, aku seperti terdampar di sebuah kawasan lapang, mungkin disebuah padang pa-sir yang luas, melihat langit gelap yang penuh bintang-bintang. Tetapi, perla- han-lahan, aku tak lagi di dalam kes-akitan. Aku menatap langit dengan se-nyuman. Bintang dan senyuman itu ba-rangkali akan menjelma sepertimu lagi, sebagai sebuah harapan yang sebetul-nya, tak pernah lari meninggalkanku.

lirih

Melalui muzik,

mereka menghamparkan

kesemua hal-hal yang

tidak lagi dihargai orang;

lirih yang melumpuhkan,

kosong yang menyedut

tenaga dan ghairah yang

terletak antara hati dan

akal yang selalu

bersembuyi, yang

tidak dihiraukan

pencarianya

Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015 11Cerpen

Page 12: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Selangorkini 27 Mac - 3 April 201512Tempatan

Pantai Remis kaya hasil lautOleh NAEEm RAFFi

Seawal matahari terbit, Pantai Re-mis sudah me-nerima kunjungan

orang ramai. Dari pen-duduk setempat hingga orang luar semata-ma-ta ingin mendapatkan kerangan segar.

Malah, Pantai Re-mis lebih meriah di hu-jung minggu dan hari kelepasan am. Deretan kenderaan di pakir cukup membuktikan betapa popularnya pantai itu.

hasil lautnya yang kaya dengan pelba-gai spesis kerangan seperti mentarang, lo-kan, siput sedut, remis, kepah, lala, pepa-hat dan kupang menjadi taruhan daya penarik unik berbanding pantai lain di Se-lat Melaka.

Selain produk laut seperti ikan bilis, ikan kering dan belacan buatan tempatan, be-langkas juga turut dijual di sini. Semuanya dijual pada harga murah.

Ini diakui Poziah Isa, 50 yang membo-rong hasil laut di sini untuk bekalan lauk setiap minggu.

"Saya berkunjung ke sini untuk menda-patkan bekalan ikan. Segar dan murah," katanya.

Pendapat sama turut dikongsi Mohd Zaki Aini, 47 yang sanggup berbelanja be-sar.

"Saya dan keluarga pengemar makan-an laut. Di sini semuanya ada. Berbaloi da-tang dari jauh," kata Mohd Zaki Aini yang berbelanja sekitar RM150.

Ada ketikanya, peniaga tidak menang tangan menjual hasil mereka. Pendek kata, apa sahaja hasil lautan boleh dipe-roleh di pantai itu.

"Tenggiri Batang, Merah Sepang dan Jenahak antara ikan yang popular. Saya menjualnya pada harga RM35 setiap kilo-gram," kata Mohamad Mak Imun, 52, pe-niaga hasil laut yang sudah tujuh tahun mencari rezeki di pantai itu.

Inilah yang dikatakan syurga kerangan bagi pengemar makanan laut. Begitu juga nelayan kecil dan peniaga tempatan

atas rezeki laut yang me-limpah ruah.

Berkelah santai

Kesempatan berada di sini, pengunjung juga boleh berkelah bersama keluarga.

Walaupun air tidak se-jernih atau pasir pantainya tidak seputih, segebu pan-tai di timur Semenanjung, namun Pantai Remis tetap

miliki keunikan yang mendamaikan.Biarpun berlumpur dan dipenuhi

taburan cengkerang, itu bukanlah alasan untuk pengunjung melepaskan kemaruk mandi laut.

Simbahan ombak yang sederhana selain kawasan pantainya yang landai

membuatkan pengunjung tenang untuk membasahkan diri mahupun menikmati panorama.

"Tidak bosan walaupun sudah berkali-kali kunjungi. Berkelah bawah pokok dan makan bersama-sama ahli keluarga antara perkara wajib setiap kali datang," kata Rogayah Zulkifli, 54 yang tiba seawal 9 pagi dari Rawang.

Jika tiupan angin sem-purna, layang-layang juga boleh dimainkan secara berkumpulan mahupun individu. Ia tentu menjan-jikan kenangan terindah buat pengunjung.

layang-layang pelba-gai jenis dan warna boleh dibeli pada harga seren-dah RM3 hingga RM50, bergantung ke-pada saiz dan keunikannya. Kehadirannya di layar langit, tambah mewarnai suasana perkelahan.

Kemudahan Awam

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pula mengambil langkah awal sejak 2014 dengan menaik taraf bebera-pa pusat pelancongan bagi mer-ancakkan lagi sambutan Ta-hun Melawat Selangor 2015.

Di Pantai Remis, MDKS berbelanja sekitar RM20,000 bagi menaik taraf prasarana.

Poziah isa

Selain kemudahan pakir yang luas dan berturap, pondok rehat dan taman per-mainan kanak-kanak, surau turut dise-diakan.

Aspek kebersihan turut diberi penekan-an. Tandas awam, bilik mandi dan persalinannya dalam keadaan terurus dan bersih.

Seperti pantai pe- ranginan lain, makanan laut di pantai Remis tidak kurang hebatnya. Pe- ngunjung boleh me-nikmati pelbagai jenis makanan laut yang la-zat dengan harga ber-patutan.

Tidak cukup dengan kerang rebus serendah RM7 sepinggan, pelang-

gan boleh menempah ikan bakar pelba-gai jenis seperti gerut, siakap, bawal dan cencaru pada harga antara RM5 hingga RM35 seekor.

Tambah menarik lagi apabila menjamu selera di remang senja sambil menikmati pemandang-an matahari terbenam di pantai Remis, pantai yang tak pernah le-kang dikunjungi di mata pencinta alam, penggemar riadah mahupun peminat masakan laut.

Saya dan keluarga pengemar makanan laut. Di sini semuanya ada. Berbaloi datang dari jauhZAKI AINIPengunjung

mohamad

Page 13: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015 13Tempatan

Pada hari ke-20, kami me-masuki Austria, sebuah negara di tengah Pergu-nungan Alps. Perjalanan

amat menjerihkan kerana banyak berkayuh mendaki tanah tinggi tetapi kepenatan tidaklah dirasai sangat.

Sepanjang perjalanan, kami terpukau dengan panorama in-dah. Air sungainya dan tasiknya sangat jernih seperti cermin dan mempersonakan.

Austria sangat menitik berat penjagaan hutan semula jadi. Penebangan pokok dikawal ketat.

Sebenarnya mereka bukan kisah sangat de-ngan isu alam seki-tar, bahkan banyak mengimport balak dari Malaysia, Indo-nesia, Filipina dan negara beriklim Khatulistiwa yang kayunya lebih tebal.

Tentang makanan pula, tidak-lah jadi masalah besar kerana hampir setiap bandar ada pasar raya Carefour manakala di bandar terpencil, ada Tesco express ber-saiz kedai serbaneka Seven ele-ven di Malaysia.

Kemudian kami ke Slovenia - asalnya sebahagian dari Yugo-slavia. harga makanannya lebih murah berbanding Jerman dan Austria yang satu kebab halal ber-harga 7 euro bersamaan RM35 tetapi di sini, lebih kurang RM20 sahaja. Orangnya pula agak pera-mah.

Sangkaan Islam dianuti orang Arab

Selepas melalui empat ne-gara, kami menyedari betapa masyarakatnya memiliki ciri iden-titi masing-masing walaupun tia-da sempadan memisahkan me-reka. Cuma kebanyakan mereka tidak mengenali Malaysia dan ramai yang salah tanggapan ter-hadap Islam.

Di Slovenia, mereka terkejut mengetahui kami menganuti Is-lam kerana menyangka hanya orang Arab menganutinya. Mere-ka sangka penganut Islam sentia-

naran’. Akhirnya mereka memeluk hindu hingga sekarang.

Walaupun mengetahui kami beragama Islam, mereka meneri-

Tanggapan Islam Malaysia di sebalik keindahan Alps

ma saya dengan baik. Tiada unsur rasis, tiada diskriminasi terhadap kami.

Keesokannya, kami berkayuh

menyambung perjalanan yang masih jauh. Bumi Crotia menanti...

Siri 5 Rentasi bumi terpanas Eropah

Siri ekspedisi kayuhan UK-

Malaysia seperti diceritakan

Badrul hisham Baharuddin

kepada wartawan Selangor-

Kini, NAzlI IBRAHIM

SIRI 4

sa berjubah, berpur-dah, tidak bersukan dan hanya duduk rumah.

Dalam perjalanan ke Croatia, basikal saya rosak berham-

piran bandar lublana. Ketika membaikinya di depan sebuah kompleks membeli belah, saya disapa sebuah keluarga.

Mereka terkejut mengeta-hui kami berbasikal dari london ke Malaysia. Kemudian, mereka masuk ke kompleks membeli be-lah dan datang semula lalu mem-beri sekeping coklat.

Saya teruja. Sangka ia tamat begitu sahaja.

Selang 15 minit, mereka da-tang semula, mengajak bermalam di rumah mereka. Bagaikan orang mengantuk disorong ban- tal, kami menerima pelawaan itu.

Rumah mereka dibina di atas bukit dan seratus peratus diper-buat daripada kayu. Sangat cantik. Isterinya pula seorang wartawan di stesyen televisyen kebangsaan Slovenia.

Waktu makan malam, bim-bang juga kalau-kalau disaji ma-kanan tidak halal. Nasib baik, belumpun buka mulut, mereka menyatakan mereka hanya ma-kan sayur-sayuran sahaja. lega. Malam itu, kami makan seke-nyang-kenyangnya hidangan kus-kus bersama sejenis makan-an ala kari.

Kerbual bermacam-macam perkara khususnya sejarah Slove-nia. Saya diberitahu mereka per-nah ke India untuk mencari ‘kebe-

Page 14: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Tempatan14 Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015

PJ City Bus Service diperluasOleh SYASYA SUFiAN

SHAH ALAm - Perkhidmatan bas percuma ‘PJ City Bus Service’ diperluas kawasan operasinya merangkumi SS2, sebahagian Seksyen 17 dan 19, bermula 11 April.

Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), lee Suet Sen berkata, sambutan orang ramai menggalakkan sejak ber-mulanya perkhidmatan pada 1 Mei tahun lepas.

“Sebanyak 10 buah bas dari syarikat Rapid Bus Sdn Bhd diperuntukkan bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam dengan kekerapan setiap 25 minit,” kata beliau.

Sehingga kini bilangan pe-numpang kepada perkhidmat-an PJ01 meningkat daripada 3,500 penumpang sehari kepa-da 8,000 penumpang.

Bas elektrik perlu di PJSHAH ALAm - Penggunaan bas elektrik perlu dilaksanakan di kawasan Petaling Jaya ekoran bilangan penduduk yang padat selain mengurangkan kesesak-an lalu lintas.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata, pelaksa-naan itu bagi meningkatkan bi-langan bas di Petaling Jaya.

“Penggunaan bas elektrik diperlukan dan sesuai dilaksa-nakan, bas mini juga masih rele-van dan yang penting bilangan bas di kawasan seperti ini di- pertingkatkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin bagaimanapun berkata, setakat ini masih tiada cadangan untuk pelaksanaan menyediakan bas elektrik.

Sehubungan itu katanya, bagi mempertingkatkan kemu-dahan pengangkutan awam, penduduk memerlukan bas ulang alik terutama yang meng-hubungkan Transit Aliran Ri-ngan (lRT) ke pusat komersial dan kawasan perumahan.

“Buat masa ini, tidak ada apa-apa cadangan lagi, tetapi kita pasti perlu bas ulang-alik lebih yang menghubungkan lRT un-tuk komersial dan kawasan pe-rumahan,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Bandara-ya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mengkaji kemungkinan un-tuk menggunakan bas elektrik pada masa akan datang.

Perkhidmatan Bas Rapid

Transit–laluan Sunway (BRT) bakal mencatat sejarah seba-gai perkhidmatan bas elektrik penuh negara pertama bermu-la operasi pada Jun ini.

Projek itu dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius di Bandar Sunway dan Subang Jaya.

Rajiv Rishyakaran

Yeo Bee Yin

60 Earth Hour seluruh Shah AlamSHAH ALAm - Program 60 earth hour anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan melindungi keseimbangan alam sekitar diadakan di Dataran Ke-merdekaan Shah Alam, bermula jam 8 malam, pada 28 Mac ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, kempen itu bertujuan memberi kesedaran masyarakat umum berkenaan kepentingan penjimatan tenaga elektrik.

“Penggunaan tenaga elektrik berlebihan mempercepatkan pengurangan sumber tenaga.

“85 peratus tenaga elektrik dijana menggunakan bahan api fosil seperti gas asli, minyak

dan arang batu,” katanya ketika pelancaran program 60 earth hours 2015, di sini.

Ahmad Zaharin berkata, MBSA turut menganjurkan Kem-pen Saya Boleh Jika Anda Boleh atau ‘ I Will If You Will’ sempena kempen 60 earth hour, sehing-ga 19 April ini.

“MBSA mengajak penduduk Shah Alam menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok di halaman atau sekitar kediaman masing-masing.

“Muat naik gambar bersama pokok ditanam dan jadi salah seorang daripada 6,000 penyer-taan terawal untuk memenangi anak pokok dari MBSA,” katanya.

laluan dipanggil ’PJ02’ ber-mula dari stesen lRT Taman Jaya, dan menuju ke Jalan Se-mangat, dan meliputi jalan uta-

ma di SS2, sebelum beralih ke Jalan Universiti, dan berhenti di Pusat Perubatan Universiti Ma-laya (PPUM).

‘PJ City Bus Service’ melancarkan urusan warga Petaling Jaya

Masjid Taman Tun Teja dalam proses reka bentukSHAH ALAm - Projek pembi-naan Masjid Taman Tun Teja, Rawang berjalan lancar dan kini sedang dalam proses me-muktamadkan reka bentuk sebelum tender dibuka dijang-ka, Ogos ini.

exco hal ehwal Agama, Datuk Dr Ahmad Yunus hairi berkata, projek itu tidak pernah tergan-tung seperti dilaporkan media.

Jangan salah guna kemudahan OKUSHAH ALAm - Orang ramai disarankan lebih prihatin tidak menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk Orang Ke-lainan Upaya (OKU) khususnya tempat meletak kenderaan.

exco Kebajikan, Kesihatan dan hal ehwal Wanita, Daroyah Alwi berkata masyarakat perlu menunjukkan contoh baik agar kemudahan OKU sentiasa da-lam keadaan baik serta boleh digunakan untuk golongan itu.

“Diseru agar orang awam su-

“Pada awal 2014 ada sedikit isu tapak kerana ada penduduk nak pindahkan tapak masjid ke Taman Pelangi. Selepas bebe-rapa kali mesyuarat, penduduk sepakat kekalkan di tapak asal.

“Jadi, tapak dah tak jadi isu lagi. Kini, dalam proses memuk-tamadkan reka bentuk Jabatan Kerja Raya dan dijangka Ogos nanti tender projek dibuka," ka-

tanya kepada Selangor Kini.Dr Ahmad Yunus berkata,

Adun Rawang, Gan Pei Nei yang terlibat dalam mesyuarat bersa-ma penduduk itu turut menge-sahkan persetujuan dicapai.

“Biasanya, projek pembinaan sebuah masjid menelan kos RM6 juta hingga RM8 juta tetapi bergantung kepada reka ben-tuknya,” katanya.

paya tidak mengambil kesem-patan di atas prasarana yang disediakan untuk warga OKU,” kata beliau sewaktu dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata masyarakat perlu memberikan keutamaan kepada golongan OKU menda-pat kemudahan disediakan ke-rana tidak banyak kemudahan disediakan di sesuatu kawasan.

“Tunjukkan sikap prihatin kita tehadap golongan kurang upaya ini,” katanya.daroyah Alwi

Page 15: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

WAKTU SOLAT SeLAngOr27 Mac - 3 April 2015

6 - 13 Jamadilakhir 1436H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Gombak, hulu Selangor, Rawang, hulu langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala langat

27 Jumaat 5:50 6:00 7:16 1:22 4:23 7:25 8:3328 Sabtu 5:49 5:59 7:15 1:21 4:22 7:24 8:3329 Ahad 5:49 5:59 7:15 1:21 4:21 7:24 8:3330 Isnin 5:48 5:58 7:14 1:21 4:20 7:24 8:3331 Selasa 5:48 5:58 7:14 1:20 4:20 7:24 8:3301 Rabu 5:47 5:57 7:14 1:20 4:21 7:24 8:3302 Khamis 5:47 5:57 7:13 1:20 4:21 7:23 8:3203 Jumaat 5:46 5:56 7:13 1:19 4:22 7:23 8:32

27 Jumaat 5:52 6:02 7:18 1:24 4:25 7:27 8:3528 Sabtu 5:51 6:01 7:17 1:23 4:24 7:26 8:3529 Ahad 5:51 6:01 7:17 1:23 4:23 7:26 8:3530 Isnin 5:50 6:00 7:16 1:23 4:22 7:26 8:3531 Selasa 5:50 6:00 7:16 1:22 4:22 7:26 8:3501 Rabu 5:49 5:59 7:16 1:22 4:23 7:26 8:3502 Khamis 5:49 5:59 7:15 1:22 4:23 7:25 8:3503 Jumaat 5:48 5:58 7:15 1:21 4:24 7:25 8:34

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/ kiriman wang/ wang pos di atas nama Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

- T1 Syarikat 100% milik tempatan - A1 Syarikat 100% milik tempatan dan syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 10% warganegara. - A2 Syarikat 100% milik tempatan, syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL dan Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

*Jenis SyarikatTempatan:

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:

Bahagian Kontrak

Dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN KOMPLEKS PEJABAT PER-TANIAN HULU SELANGOR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL(N)/011(T)/2015

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

Tingkat. 1, Bangunan SSAAS 40582 Shah Alam,

Selangor

01/04/2015 (Rabu)

Sehingga 14/04/2015

(Selasa)

RM 770.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama Pengarah Kerja

Raya Negeri Selangor

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582 Shah Alam,

Selangor

21/04/2015(Selasa)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari.

Tajuk Projek(Pembiayaan)**

Lawatan Tapak Digalakkan. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Selangor. No. Tel: 03 55447752

Pejabat yang Memanggil

tender

Taraf/Jenis Syarikat

Gred, Kategori, Pengkhususan/

KelasTajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala

& Sub kepala

Tempat & Tarikh Dokumen Mulai

Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas

Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

BumiputraT1

CIDB,SPKK,PKK, UPEN

Gred : G7Kategori :B

Pengkhususan:B04

Selangorkini 27 Mac - 3 April 2015 15

Page 16: Pusat jualan dikerumuni ratusan pemohon bajikan biasa ... filePERCUMA 27 Mac - 3 April 2015, 6 - 13 Jamadilakhir 1436 LAPORAN LANJUT di mUkA 2 MB: Kurang satu minggu, tiga pemaju swasta

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd (140879-U), No. 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51929800 Faks: 03-51929819

PRIHATIN... Adun Kajang, Datuk Seri

Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengunjungi mangsa

kemalangan, Hamzah Abu dan isteri serta anak yang uzur

di Kampung Batu 10, Kajang. Dalam lawatan itu beliau turut mengunjungi

Rendah Agama (SRA) Sungai Kantan dan

menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk

pembinaan lantai dan ruang solat.

Gambar oleh Remy Ariffin

Elak penyokong terbeban

SHAH ALAm - Selangor mengintai peluan untuk membawa pasukan handalan, liverpool bertandang ke negeri ini pada masa akan datang, kata Amirudin Shari.

Terdahulu, exco Pembangu-nan Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan Usahawan itu melalui twitter menyatakan ada pengumuman berkaitan pasukan

“Saya ada cuba usahakan perl-awanan Selangor-liverpool sebe-lum ini tetapi kali ini agak lewat memandangkan jadual liverpool yang agak ketat.

“Mungkin, kalau kita bernasib baik dan ada permintaan, Sela-ngor juga berpeluang bertemu pasukan liga Perdana Inggeris pada masa akan datang,” katanya kepada Selangor Kini.

liverpool, antara kelab bola se-pak paling berjaya di dunia dengan pencapaian 18 kali menjulang ke-juaraan liga Inggeris dan lima kali kejuaraan liga eropah, memiliki ra-mai peminat di negara ini.

Bagaimanapun, Amirudin ber-kata, usaha membawa pasukan elit ke Stadium Shah Alam bukan mu-dah dan bukan keutamaan ber-banding usaha membangunkan bola sepak Selangor.

“Selain menonton lebih dekat pemain bintang beraksi, pasukan yang bermain dengan pasukan elit seperti liverpool, dapat menimba pengalaman dan pendedahan ber-guna,” katanya.

liverpool dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menen-tang pasukan pilihan Malaysia pa-da 24 Julai di Stadium Bukit Jalil.

Kos GST tiket diserap

Selangor intai peluang bawa Liverpool

Oleh NAZLi iBRAHim

SHAH ALAm - Formula se-dang dicari bagi mengelak-kan penyokong bola sepak yang membeli tiket perla-wanan bola sepak di Sta-dium Shah Alam dibebani Cukai Barangan dan Perkhid-matan (GST) bermula 1 April.

Pengurus Pasukan Sela-ngor, Amirudin Shari ber-kata, harga tiket pada masa sekarang cuba dikekalkan dengan menyerap GST se-

bagai kos yang ditanggung pengurusan.

“Perkara ini belum dimuk-tamadkan, kita serap GST sebagai kos yang perlu kita tanggung bukan peminat bo-la sepak? kata Amirudin keti-ka dihubungi Selangor Kini.

Beliau juga berharap lang-kah ini akan melegakan pe- minat sekaligus tidak mem-bantutkan kerancakan so-kongan peminat pasukan Se-langor hadir beramai-ramai ke stadium.

Perkara ini belum dimuktamadkan, kita serap GST sebagai kos yang perlu kita tanggung, bukan peminat bola sepakAMIruDIN SHArIPengurus Pasukan Selangor