punca hakisan tebing sungai dan pantai

5
Punca Hakisan Sungai Dan Tebing Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya fenomena hakisan sungai dimana faktor-faktor ini adakalanya bergabung antara satu sama lain dan mempercepatkan lagi kemerosoton kestabilan tebing sungai sekaligus menyebabkan berlakunya hakisan. Punca hakisan sungai dan tebing boleh dibahagikan kepada dua iaitu punca semula jadi dan juga disebabkan oleh buatan manusia. a) Faktor Semula jadi i. Isi padu dan halaju air Isi padu dan halaju air adalah antara punca terjadinya hakisan sungai dan tebing. Halaju aliran air sungai akan bertambah seiring dengan pertambahan air sungai. Hal ini menyebabkan hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir. Sungai yang mengalir deras dikawasan bercerun curam akan menjalankan hakisan dengan aktif berbanding dengan sungai yang mengalir perlahan. Keupayaan sungai untuk menghakis akan bertambah apabila hujan lebat dan sewaktu banjir berlaku. Apabila kemarau berlaku, kadar hakisan akan berkurangan kerana isipadu air akan berkurangan. Semakin deras aliran air, tenaga kinetik yang terhasil juga adalah tinggi maka keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi menyebabkan kadar hakisan meningkat. ii. Kecerunan Kecerunan juga turut mempengaruhi berlakunya hakisan sungai dan tebing. Hal ini kerana halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasar sungai. Apabila kecerunan bertambah, halaju aliran air akan turut bertambah. Semakin curam sesuatu cerun, maka tindakan daya graviti juga tinggi dan menyebabkan halaju sungai akan turut meningkat. Sungai diperingkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam, menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar adalah sangat dominan pada peringkat ini. Sungai diperingkat tengah pula mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini adalah sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai. Di bahagian hilir sungai pula, topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini adalah begitu minima sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.

Upload: shazlina-sahrizal

Post on 21-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pembangunan Lestari

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Hakisan Tebing Sungai Dan Pantai

Punca Hakisan Sungai Dan Tebing

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya fenomena hakisan sungai

dimana faktor-faktor ini adakalanya bergabung antara satu sama lain dan mempercepatkan

lagi kemerosoton kestabilan tebing sungai sekaligus menyebabkan berlakunya hakisan.

Punca hakisan sungai dan tebing boleh dibahagikan kepada dua iaitu punca semula jadi dan

juga disebabkan oleh buatan manusia.

a) Faktor Semula jadi

i. Isi padu dan halaju air

Isi padu dan halaju air adalah antara punca terjadinya hakisan sungai dan

tebing. Halaju aliran air sungai akan bertambah seiring dengan

pertambahan air sungai. Hal ini menyebabkan hakisan dan halaju air

bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir.

Sungai yang mengalir deras dikawasan bercerun curam akan

menjalankan hakisan dengan aktif berbanding dengan sungai yang

mengalir perlahan. Keupayaan sungai untuk menghakis akan bertambah

apabila hujan lebat dan sewaktu banjir berlaku. Apabila kemarau berlaku,

kadar hakisan akan berkurangan kerana isipadu air akan berkurangan.

Semakin deras aliran air, tenaga kinetik yang terhasil juga adalah tinggi

maka keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi menyebabkan kadar

hakisan meningkat.

ii. Kecerunan

Kecerunan juga turut mempengaruhi berlakunya hakisan sungai dan

tebing. Hal ini kerana halaju aliran sungai adalah berkadar langsung

dengan kecerunan dasar sungai. Apabila kecerunan bertambah, halaju

aliran air akan turut bertambah. Semakin curam sesuatu cerun, maka

tindakan daya graviti juga tinggi dan menyebabkan halaju sungai akan

turut meningkat. Sungai diperingkat hulu mempunyai topografi yang

sangat curam, menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat

deras. Proses hakisan dasar adalah sangat dominan pada peringkat ini.

Sungai diperingkat tengah pula mempunyai kecerunan yang semakin

berkurangan. Aliran air pada peringkat ini adalah sederhana deras

menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai.

Di bahagian hilir sungai pula, topografinya rata dan rendah. Proses

Page 2: Punca Hakisan Tebing Sungai Dan Pantai

hakisan pada peringkat ini adalah begitu minima sebaliknya aliran sungai

mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.

iii. Bentuk Alur

Faktor lain yang menyebabkan hakisan sungai dan tebing adalah bentuk

alur. Alur sungai yang lurus akan menyebabkan aliran air sungai deras

dan menggalakkan hakisan menegak. Bentuk alur sungai yang semakin

lurus akan melancarkan aliran sungai dan hal ini akan meningkatkan

kadar hakisan kerana tiada halangan yang boleh menyekat kederasan

aliran sungai. Manakala, alur sungai yang berliku pula menyebabkan

aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang.

Kesannya, kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan

yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

iv. Jenis Batuan

Faktor lain yang turut mempengaruhi hakisan sungai dan tebing adalah

jenis batuan. Tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras

iaitu daripada kumpulan batuan igneus yang tahan terhadap hakisan,

maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai tersebut akan

menjadi kurang giat. Berbanding dengan bahagian dasar dan tebing

sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut iaitu kumpulan

batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit yang lebih lembut, maka

kadar hakisannya adalah lebih giat.

v. Bahan Muatan

Bahan muatan juga turut menjadi punca berlakunya hakisan sungai dan

tebing. Bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai

banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan.

Bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan,

batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan

dan lain-lain dengan giat. Semakin banyak bahan muatan dalam sungai,

kadar hakisan secara lelasan juga akan meningkat.

vi. Komposisi Bahan Tebing Sungai

Komposisi bahan tebing sungai sangat mempengaruhi proses hakisan

tebing sungai. Sungai yang terdiri daripada bahan pasir ( tidak likat )

Page 3: Punca Hakisan Tebing Sungai Dan Pantai

adalah lebih mudah mengalami hakisan tebing berbanding sungai berlikat

yang terdiri daripada bahan liat.

b) Faktor Buatan Manusia

i. Pembangunan Yang Semakin Menghimpit Ke Kawasan Sungai

Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan

kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan

infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan

pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian kini

pesat dilakukan di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sungai.

Semua aktiviti ini akan menimbulkan masalah hakisan yang akan

mengurangkan kapasiti sungai. Pembangunan yang menyempitkan

keratan rentas sungai dan tidak mengambil kira parameter rekabentuk

kapasiti sungai akan menyempitkan sungai di kawasan tersebut.

ii. Pembangunan Kawasan Tadahan Yang Tidak Terkawal

Pembangunan di kawasan tadahan yang tidak terkawal akan

mengakibatkan pengaliran kelodak ke saluran sungai dan seterusnya

menghakis tebing dan dasar sungai serta mengakibatkan aliran

permukaan meningkat. Pembangunan bukan sahaja mengakibatkan

tambahan aliran air permukaan tetapi juga kelodak dari hakisan-hakisan

akan mengurangkan kapasiti saluran sungai

iii. Penggunaan Bahan Binaan Lapik Permukaan Yang Tidak Telus

Proses urbanisasi dan penggunaan bahan binaan yang tidak telus

(impermeable) menyebabkan air larian permukaan tidak dapat di serapkan

di kawasan setempat tetapi mengalir terus sebagai aliran permukaan.

Fenomena ini menjadikan peningkatan kadar alir yang mendadak. Begitu

juga dengan ketiadaan rizab yang mencukupi, tiada alternatif lain kecuali

dengan membina saluran sungai yang berlapik untuk menyalirkan air

larian permukaan. Kerja-kerja melapik pada regangan tertentu sungai,

telah menyebabkan hakisan tebing yang lebih serius di bahagian hulu dan

hilir regangan tersebut.

iv. Pembinaan Halangan Merentasi Sungai

Pembinaan jeti di tebing sungai, pembinaan jambatan dan titi yang

merentasi sungai akan menghalang pergerakan air sungai. Arus sungai

Page 4: Punca Hakisan Tebing Sungai Dan Pantai

akan menjadi perlahan dan mengurangkan keupayaan mengangkut

muatan sungai yang akhirnya menyebabkan berlakunya proses

pemendapan sungai

Bentuk Muka Bumi Yang Terhasil Akibat Hakisan Sungai

a) Peringkat Hulu / Muda

i. Air Terjun

Air terjun terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan

batuan yang tersusun secara mendatar dan berselang-seli antara batuan

keras dan batuan lembut. Lapisan batuan lembut akan lebih mudah

dihakis berbanding batuan keras. Lapisan batuan keras yang tahan

hakisan akan tertanggal lalu menghalang aliran air sungai lalu membentuk

air terjun.

ii. Jeram

Jeram terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai susunan

batuan lembut dan batuan keras yang tersusun berselang seli secara

tegak atau hampir tegak. Hakisan sungai yang giat ke atas batuan lembut

menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas.

Akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu mengalir secara melompat-

lompat menuruni bonjolan yang keras.

iii. Lubuk

Lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di bahagian dasar sungai.

Tindakan aliran air sungai yang berpusar akan mengorek dan melelaskan

dasar lurah sungai terutama di bahagian dasar air terjun menyebabkan

terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar sungai tersebut.

Lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk.

iv. Gaung dan Lurah

Gaung dan lurah merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai yang

terjadi di peringkat hulu sungai. Hakisan yang giat terhadap dasar alur

sungai menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan sempit

dan bertebing curam. Lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali

sebagai gauung.

Page 5: Punca Hakisan Tebing Sungai Dan Pantai

Kesan Hakisan Sungai Dan Tebing

Tidak dapat dinafikan bahawa hakisan sungai dan tebing membawa kesan terhadap alam

sekitar dan ekonomi negara. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak dapat

dielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar.

Kesan hakisan dapat disenaraikan seperti berikut:-

i. Banjir

Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir terutama sekali

kawasan yang terdedah pada hakisan. Kejadian banjir sering berlaku

akibat daripada tanah-tanih yang termendap di dalam sungai

menyebabkan sungai menjadi cetek, ini seterusnya menyebabkan air

sungai tertumpah keluar dan berlakunya banjir. Kejadian dasar sungai

menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktiviti hakisan sungai di kawasan

hulu atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang

terdedah pada air hujan. Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai

oleh aktiviti pembalakan dan aktiviti pertanian pindah.

ii. Dasar sungai dan empangan menjadi cetek

Aktiviti hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai lama kelamaan boleh

menyebabkan dasar sungai dan empangan akan menjadi cetek yang

boleh menyebabkan banjir. Bahan-bahan yang dihakis dan diangkut oleh

air hujan akan termendap di bahagian-bahagian dasar sungai, ini

menyebabkan keluasan dan kedalaman sungai terjejas. Jadi hal ini sangat

merugikan kerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk

mengelakkan sungai menjadi kering pada musim panas dan banjir pada

musim tengkujuh.

iii. Gangguan ekosistem

Terjadi akibat daripada tanah dan batu yang terhakis akan terjatuh terus

ke dalam sungai, ini akan menyebabkan kematian hidupan sungai.

iv. Pencemaran air

Tanah yang terjatuh ke dalam sungai akan mengeruhkan air sungai dan

ini akan menjejaskan kualiti air sungai