pertanyaan-pertanyaan bertulis daripada y.b...

57
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH (N54 TANJUNG SEPAT) TAJUK : PERLESENAN SAMPAN DI KUALA LANGAT DAN SEPANG 21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Adakah punca lesen sampan dibekukan ekoran sumber laut berkurangan? b) Apakah langkah-langkah pihak berwajib memastikan sumber laut sentiasa mencukupi dengan jumlah nelayan yang ada? c) Senaraikan statistik kompaun yang dikenakan kepada nelayan yang tidak mempunyai lesen ketika aktiviti menangkap ikan. JAWAPAN: a) Jabatan Perikanan Malaysia membekukan pengeluaran lesen vesel menangkap ikan bagi Zon A (Tradisional) di seluruh negara sejak tahun 1980an lagi. Perkara tersebut dinyatakan adalah berdasarkan kepada hasil kajian saintifik yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (IPP). - (Rujuk Sisipan Tambahan 1). Kajian sumber perikanan yang dilakukan pada tahun 1970an, 1980an, 1990an dan 2010 di Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia menunjukkan sumber perikanan di Semenanjung Malaysia terutamanya Zon Pantai mengalami kemerosotan ketara dan telah mencapai tahap eksploitasi optima. Hasil kajian sumber perikanan ini juga menunjukkan bahawa sumber perikanan laut dalam di Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga mengalami kemerosotan dan mencapai tahap eksploitasi optima. Oleh yang demikian, Jabatan Perikanan Malaysia juga telah membekukan pengeluaran lesen vesel menangkap ikan Zon B, Zon C, dan Zon C2 di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. b) Jabatan Perikanan Malaysia mengambil inisiatif dalam memastikan kadar eksploitasi sumber laut adalah seimbang dengan status sumber terutamanya di Negeri Selangor bagi memastikan kelestarian industri perikanan. Antara langkah- langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia untuk memastikan sumber perikanan di perairan negeri sentiasa lestari iaitu seperti :

Upload: others

Post on 22-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

    (N54 TANJUNG SEPAT)

    TAJUK : PERLESENAN SAMPAN DI KUALA LANGAT DAN SEPANG

    21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Adakah punca lesen sampan dibekukan ekoran sumber laut berkurangan?

    b) Apakah langkah-langkah pihak berwajib memastikan sumber laut sentiasa

    mencukupi dengan jumlah nelayan yang ada?

    c) Senaraikan statistik kompaun yang dikenakan kepada nelayan yang tidak

    mempunyai lesen ketika aktiviti menangkap ikan.

    JAWAPAN:

    a) Jabatan Perikanan Malaysia membekukan pengeluaran lesen vesel menangkap

    ikan bagi Zon A (Tradisional) di seluruh negara sejak tahun 1980an lagi. Perkara

    tersebut dinyatakan adalah berdasarkan kepada hasil kajian saintifik yang

    dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (IPP).

    - (Rujuk Sisipan Tambahan 1).

    Kajian sumber perikanan yang dilakukan pada tahun 1970an, 1980an, 1990an dan

    2010 di Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia menunjukkan

    sumber perikanan di Semenanjung Malaysia terutamanya Zon Pantai mengalami

    kemerosotan ketara dan telah mencapai tahap eksploitasi optima.

    Hasil kajian sumber perikanan ini juga menunjukkan bahawa sumber perikanan

    laut dalam di Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga mengalami kemerosotan

    dan mencapai tahap eksploitasi optima. Oleh yang demikian, Jabatan Perikanan

    Malaysia juga telah membekukan pengeluaran lesen vesel menangkap ikan Zon

    B, Zon C, dan Zon C2 di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

    b) Jabatan Perikanan Malaysia mengambil inisiatif dalam memastikan kadar

    eksploitasi sumber laut adalah seimbang dengan status sumber terutamanya di

    Negeri Selangor bagi memastikan kelestarian industri perikanan. Antara langkah-

    langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia untuk

    memastikan sumber perikanan di perairan negeri sentiasa lestari iaitu seperti :

  • i) Tiada pengeluaran lesen vesel menangkap ikan yang baru.

    ii) Memperbanyakkan kawasan melabuh tukun tiruan di dasar laut untuk

    meningkatkan sumber perikanan.

    - (Rujuk sisipan tambahan 2)

    iii) Bekerjasama dengan agensi lain seperti Majlis-Majlis Daerah dan Jabatan

    Perhutanan bagi program menanam pokok bakau persisir pantai yang

    merupakan habitat penting organisma marin.

    iv) Jabatan Perikanan Malaysia juga dalam proses pelaksanaan exit policy

    bagi peralatan pukat tunda di Zon B bertujuan untuk

    untuk menghentikan penggunan peralatan pukat tunda oleh nelayan di

    Zon B (5 bn-15 bn).

    v) Meningkatkan penguatkuasaan bagi peralatan yang merosakkan sumber

    seperti bubu naga, belat dan pukat surung.

    vi) Membuat pelepasan umum benih ikan di perairan pantai dan muara.

    c) Seksyen 8 Akta Perikanan 1985, menyatakan bahawa;

    “Mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan,

    mengendali atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa

    vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan –

    S.8(a) tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini;

    Adalah bersalah melakukan suatu kesalahan”.

    Sehingga kini Jabatan Perikanan Negeri Selangor menguatkuasakan Seksyen 8(a)

    kepada mana-mana nelayan tradisi tempatan di Negeri Selangor dengan memberi

    amaran secara lisan sahaja. Walau bagaimanapun, jika didapati mana-mana

    nelayan tradisi yang menangkap ikan tanpa lesen dan menggunakan peralatan

    yang tidak dilesenkan seperti belat ikan dan bubu naga pihak penguatkuasa

    jabatan akan menyita peralatan menangkap ikan dan sampan.

    Tahun 2019 sebanyak 12 kes sitaan bubu naga dan sampan tanpa lesen berjaya

    dilakukan dengan melibatkan lapan buah sampan dan 168 buah bubu naga. Juga

    terdapat dua kes sitaan belat ikan direkodkan untuk tahun yang sama. Bagi tahun

    2020, sebanyak tiga(3) kes tangkapan bagi sampan dan peralatan yang tidak

    dilesenkan melibatkan peralatan pukat hanyut oleh Agensi Penguatkuasaan

    Maritim Malaysia (APMM) iaitu satu(1) kes di perairan Kuala Langat dan dua(2)

    kes di perairan Jeram, Kuala Selangor.

    Bagi kes tersebut nelayan telah dibawa ke mahkamah untuk disabitkan kesalahan

    dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda(kompaun) sebanyak RM

  • 500.00 bagi kes tangkapan sampan dan peralatan tidak dilesenkan melibatkan

    peralatan pukat hanyut.

    - (Rujuk sisipan tambahan 3)

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

    (N54 TANJUNG SEPAT)

    TAJUK : LGBT DAN HIV

    22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Senarai statistik kesalahan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku LGBT yang pernah

    direkodkan di Negeri Selangor.

    b) Apakah langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan budaya

    sonsang ini tidak menular dalam golongan remaja yang meningkat dewasa?

    JAWAPAN:

    a) Sejak tahun 2017 sehingga 2019 sebanyak 16 aduan dan 15 kes tangkapan

    berkaitan dengan pelakuan LGBT yang melibatkan seksyen 27,28 dan 30

    Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995. Sebahagian kes tersebut

    masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah .

    b) Dalam memastikan budaya songsang ini tidak menular dalam golongan remaja

    yang meningkat dewasa, langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

    1) Bahagian Pendidikan JAIS telah menyediakan kukurikulum berkaitan akhlak

    dalam Islam daripada peringkat sekolah rendah lagi.

    2) Merangka plan tindakan dan modul memantapkan akidah, syariah dan akhlak

    dikalangan remaja bagi mendepani gejala songsang ini dari terus berlaku.

    3) Beri penjelasan kedudukan sebenar Islam terhadap pelakuan LGBT yang

    boleh memberi kesan terhadap akidah, syariah dan akhlak melalui khutbah,

    wacana, seminar , bengkel dan lain-lain yang berkaitan.

    4) Mewujudkan penceramah dan pendakwah pakar dalam bidang akidah,

    syariah dan akhlak khususnya berkaitan LGBT untuk berhadapan dengan

    mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan atau mempertahankan

    pelakuan LGBT dan juga untuk memberi penjelasan kepada masyarakat

    mengenai bahayanya LGBT.

  • 5) Pertingkatkan media dakwah untuk memberi penjelasan dan berhadapan

    dengan sebarang bentuk penyebaran berkaitan LGBTsehingga ke akar umbi.

    6) Menyediakan awareness infografic ciri dan elemen awal kecenderungan

    songsang.

    7) Menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 atas mana-mana

    seksyen kesalahan yang mempunyai kaitan dengan LGBT.

    8) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Ar riqab telah

    mengadakan taklimat ke sekolah-sekolah bagi menjelaskan isu-isu berkaitan

    LGBT dalam usaha pencegahan dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Program

    penerangan diteruskan untuk perancangan MAIS bagi tahun 2020 ini dengan

    kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor. Selain itu, terdapat juga pusat-

    pusat pemulihan yang disediakan bagi golongan LGBT ini seperti Usrah

    Fitrah di Kelang dan Pintas di Bangi. Kelas-kelas dipemulihan diadakan

    sepanjang berada di pusat-pusat pemulihan berkenaan.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

    (N54 TANJUNG SEPAT)

    TAJUK : HAKISAN SEPANJANG PANTAI SELAT MELAKA

    23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan peruntukan untuk setiap pantai di Negeri Selangor yang telah diluluskan

    untuk mengelakkan hakisan ombak.

    JAWAPAN:

    a) Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Selangor menerima peruntukan bagi

    mengelakkan hakisan ombak di pantai-pantai Negeri Selangor melalui Kerajaan

    Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Di dalam RMK-11 Kerajaan Negeri telah

    memperuntukkan sebanyak RM24.2 juta untuk pelaksanaan projek kawalan

    hakisan pantai di Negeri Selangor. Manakala bagi peruntukan persekutuan pula,

    JPS telah menerima peruntukan sebanyak RM42 juta melalui Peruntukan

    Fenomena Air Pasang Besar bagi menaiktaraf ban pantai yang terhakis. Senarai

    projek yang berkaitan adalah seperti berikut:

    Peruntukan Pembangunan Negeri (P13)

    BIL PROJEK/PANTAI KOS

    (RM)

    1

    Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan

    Benteng Pantai Di Blok 1, Blok 2 Dan Coastal

    Belt Daerah Sabak Bernam.

    7,000,000

    2

    Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan

    Benteng Pantai Di Kawasan Pertanian Daerah

    Kuala Selangor.

    6,500,000

    3

    Kerja-Kerja Menaiktaraf Struktur Dan Ban Pantai

    Di Batu Laut, Daerah Kuala Langat, Selangor

    Darul Ehsan.

    3,000,000

    4 Kerja-Kerja Membina Lapis Lindung Dan Lain-

    Lain Kerja Yang Berkaitan Di Pantai Morib -

    Kelanang, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul

    5,200,000

  • BIL PROJEK/PANTAI KOS

    (RM)

    Ehsan

    5

    Kerja-Kerja Pembaikan Tembok Penahan Ombak

    Di Pantai Dataran Morib, Daerah Kuala Langat,

    Selangor Darul Ehsan

    2,500,000

    JUMLAH 24,200,000.00

    Peruntukan Persekutuan

    BIL PROJEK/PANTAI KOS

    (RM)

    1

    Kerja - Kerja Pengawalan Hakisan Pengukuhan

    Benteng Persisiran Pantai Sungai Apong,

    Benteng Kepah dan Sg. Lang Daerah Sabak

    Bernam

    6,500,000

    2

    Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan

    Benteng Pantai Di Sg. Hj. Dorani, Daerah Sabak

    Bernam, Selangor

    2,500,000

    3

    Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan

    Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Pantai Batu

    23, Daerah Sabak Bernam, Selangor

    2,500,000

    4

    Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan

    Memperkukuhkan Benteng Pantai Di kg. Seri

    Sentosa, Daerah Sabak Bernam, Selangor

    3,000,000

    5

    Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan

    Benteng Pantai Di Kawasan Kg. Lembah Pantai

    Sg. Kajang Tanjung Karang, Daerah Kuala

    Selangor

    6,000,000

    6

    Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan

    memperkukuhkan Benteng Pantai Di Kg. Sungai

    Janggut dan Kg. Tok Adam, Kuala Selangor

    6,000,000

  • BIL PROJEK/PANTAI KOS

    (RM)

    7

    Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Hakisan Pantai

    Bagi Mengatasi Fenomena Air Pasang Besar Di

    Tok Muda dan Kg. Sg. Serdang, Daerah Klang

    6,000,000

    8

    Kerja-kerja fizikal bagi Kerja-kerja Menaiktaraf

    Tebing Hakisan Pantai Bagi Mengatasi

    Fenomena Air Pasang Besar Di Pantai Kelanang,

    Pantai Cunang, Tg. Sepat, Pulau Carey, Daerah

    Kuala Langat

    9,500,000

    JUMLAH 42,000,000.00

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

    (N54 TANJUNG SEPAT)

    TAJUK : INDUSTRI TERNAKAN AYAM

    24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berapa jumlah dan senaraikan setiap satu syarikat yang berdaftar untuk

    menjalankan industri ternakan ayam di DUN Tanjung Sepat?

    b) Apakah mekanisme yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk tidak memastikan

    tiada gangguan vektor lalat di sekitar reban-reban ternakan ayam?

    c) Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam untuk melaporkan masalah kebersihan

    dan gangguan vektor lalat dari industri ini?

    JAWAPAN:

    a) MPKL tidak mengeluarkan lesen kepada syarikat yang terlibat menjalankan

    industri ternakan ayam.

    Permohonan lesen premis perniagaan ternakan ayam akan diproses setelah

    borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap. Permohonan ini

    akan dipertimbangkan selepas mendapat ulasan jabatan teknikal dalaman MPKL,

    Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Veterinar.

    b) Penternak ayam perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan

    Veterinar dan memastikan tahap kebersihan persekitaran reban sentiasa dititik

    beratkan.

    c) Aduan boleh disalurkan terus kepada pihak MPKL untuk tindakan selanjutnya.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : PENGIMPORTAN SAMPAH

    25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah SOP untuk memastikan pengawalan pencemaran alam sekitar di kawasan

    perindustrian dilaksanakan secara baik?

    b) Apakah tindakan yang telah diambil untuk meningkatkan kawalan pencemaran

    alam sekitar?

    c) Nyatakan bilangan dan maklumat berkenaan lesen import sampah plastik yang

    diluluskan di Negeri Selangor.

    JAWAPAN:

    a) Bagi memastikan pengawalan pencemaran alam sekitar di kawasan perindustrian

    dilaksanakan secara baik, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor

    melaksanakan dua (2) pendekatan utama iaitu:

    Di peringkat perancangan projek

    Kewujudan kawasan perindustrian baru adalah dikaji dari segi kesesuaian lokasi

    (siting) dan pengezonan guna tanah (zoning) serta langkah-langkah kawalan bagi

    mengurangkan impak kepada alam sekitar berdasarkan Garis Panduan

    “Environmental Essentials for Siting of Industries in Malaysia (EESIM)”; dan

    Di peringkat operasi projek

    Program penguatkuasaan terhadap premis-premis dalam kawasan perindustrian

    yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dilaksanakan

    berdasarkan kepada Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP). Dokumen

    ATOP ini menggariskan perancangan aktiviti penguatkuasaan berdasarkan

    beberapa kriteria dan kekerapan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang

    perlu diambil bagi ketidakpatuhan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam

    Sekeliling, 1974 serta Peraturan-Peraturan di bawahnya.

  • b) Bagi meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran

    yang dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, pada tahun 2020 ini,

    pihak JAS melaksanakan penguatkuasaan secara bersasar dan berkesan

    dengan memberi tumpuan atau keutamaan kepada sektor industri yang berikut:

    (i) Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual);

    (ii) Loji Pengolahan Kumbahan; dan

    (iii) Industri Kimia

    Ketiga-tiga sektor utama ini telah dikenalpasti menyumbang kepada masalah

    pencemaran semasa seperti insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim-Kim,

    Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019. Penentuan keutamaan ini akan

    membolehkan JAS melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan

    terutama kepada kawasan industri atau punca-punca pencemaran yang

    terletak di kawasan sensitif alam sekitar seperti hulu takat pengambilan air.

    Selain itu, JAS akan menumpukan penguatkuasaan mengikut musim iaitu

    kepada punca yang menjadi punca pencemaran pada masa tertentu, contohnya

    semasa musim kering, tumpuan penguatkuasaan adalah terhadap punca yang

    menyebabkan pencemaran udara yang tinggi, kawasan tanah gambut, kawasan

    pembinaan dan kawasan yang mudah berlakunya pembakaran terbuka.

    Tindakan pemantauan punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam

    Sekeliling 1974 turut dilaksanakan secara Smart Enforcement iaitu melalui

    sistem atas talian seperti „Online Environmental Reporting‟ (OER) bagi

    pelepasan efluen, kumbahan dan larut resapan, „electronic Scheduled Waste

    Information System‟ (eSWIS) bagi pengurusan dan pengendalian Buangan

    Terjadual dan „Continuous Emission Monitoring System‟ (CEMS) bagi

    pemantauan pelepasan udara dari cerobong.

    Dari aspek teknologi, JAS juga melaksanakan pemantauan punca pencemaran

    dengan menggunakan drone bagi membolehkan pengawasan dilakukan meliputi

    kawasan yang lebih luas dan menjimatkan masa serta kos.

    c) Berdasarkan data yang diterima dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

    (JPSPN), sehingga Januari 2020, sebanyak 60 syarikat telah mendapat AP untuk

    lesen import sisa plastik bagi seluruh Malaysia dan sebanyak 23 syarikat adalah

    dari Selangor.

  • Sebanyak 18 Syarat-Syarat Pengimportan Sisa Plastik HS kod 3915 yang

    dikenakan kepada pemegang AP oleh JPSPN dan perlu mematuhi semua

    kehendak AKAS 1974 dan mematuhi semua peraturan dibawahnya. Syarat-syarat

    Pengimportan Sisa Plastik HS kod 3915 dilampirkan sebagai rujukan.

    Jabatan Alam Sekitar terlibat dalam menyemak status pematuhan terhadap Akta

    Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi 26 premis yang ingin mengimport sisa plastik

    sebagai salah satu input kepada pihak JPSPN dalam memberikan kelulusan

    mengimport.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : KLINIK KESIHATAN DAN HOSPITAL

    26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah perkembangan projek pembinaan hospital SELCARE di Rawang?

    b) Apakah perkembangan untuk pemohonan pembinaan Klinik Kesihatan Bandar

    Country Homes?

    c) Apakah perkembangan untuk naiktaraf Klinik Kesihatan Batu Arang?

    JAWAPAN:

    a) Perkembangan projek pembinaan SELGATE Rawang Hospital adalah seperti

    berikut :

    BIL. TARIKH STATUS PROJEK

    1. 19/02/2016 SELGATE telah menerima kelulusan zoning hospital daripada

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    2. 06/03/2017

    Hatimuda Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor utama

    bagi projek SELGATE Rawang Hospital setelah melalui

    proses tender

    3. 23/06/2017

    Projek pembangunan SELGATE Rawang Hospital telah

    menerima kelulusan Kebenaran Merancang daripada Majlis

    Perbandaran Selayang

    4. 12/09/2017 KKM telah meluluskan Borang 2 Kebenaran Membina

    Bangunan Hospital bagi SELGATE Rawang Hospital

    5. 12/12/2017

    Kontraktor utama telah mengambil alih tapak projek (site

    possession) untuk melaksanakan kerja-kerja awalan dan

    kerja-kerja tanah (early commencement and earthwork)

    6. 09/02/2018 Pindaan kepada Kebenaran Merancang telah diluluskan

    selepas proses mencantum dua plot tanah menjadi satu

  • BIL. TARIKH STATUS PROJEK

    7. 22/03/2018 Projek tersebut seterusnya menerima kelulusan Pelan

    Bangunan dan kerja-kerja pembangunan telah dimulakan

    8. 29/02/2020 Projek pembangunan kini berada pada tahap 25%

    9. 30/06/2021 Projek pembangunan SELGATE Rawang Hospital dijangka

    siap

    b) Tapak cadangan bagi Klinik Kesihatan ini adalah tapak serahan yang masih

    berstatus tanah negeri dan Bandar Country Homes mempunyai Klinik Komuniti

    untuk menyediakan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

    c) Kerja Ujian Tanah dijangka diadakan pada bulan Mac 2020 dan penyediaan

    dokumen rekabentuk dan dokumen tender dijangka pada bulan Mac hingga Jun

    2020.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : KAD KISS

    27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berapakah jumlah pemohonan Kad Kiss yang layak menerima Kad Kiss tetapi

    ditolak atas sebab had kuota mengikuti DUN?

    b) Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu golongan ini yang layak menerima

    bantuan?

    JAWAPAN:

    a) dan b)

    Hasil dari proses pemurnian yang telah dilaksanakan pada 15 Jun 2019 hingga 15

    Julai 2019 yang lalu, didapati seramai 1,312 orang penerima sedia ada tidak dapat

    dipertimbangkan untuk menerima manfaat Program KISS memandangkan mereka

    adalah dari kawasan DUN yang telah melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh

    Kerajaan Negeri.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membantu

    golongan berkenaan dengan mengaktifkan semula penggunaan kad KISS serta

    menjadikan mereka sebagai penerima Program KISS untuk tahun 2020. Inisiatif

    dilaksanakan terus agar mereka menerima manfaat dengan menggunakan

    tambahan kuota sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri

    Besar Selangor semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2020 pada 1

    November 2019 yang lalu.

    Jadual di bawah menunjukkan jumlah kuota dan penerima yang layak untuk terus

    menerima manfaat Program KISS serta jumlah penerima yang layak tetapi

    melebihi kuota yang telah ditetapkan seperti berikut :-

  • DUN Kuota

    Layak

    Layak Melebihi

    Kuota

    N/A 0 178 -

    N01 Sungai Air Tawar 215 215 116

    N02 Sabak 215 215 58

    N03 Sungai Panjang 314 189 -

    N04 Sekinchan 215 155 -

    N05 Hulu Bernam 215 154 -

    N06 Kuala Kubu Baharu 215 212 -

    N07 Batang Kali 425 425 26

    N08 Sungai Burong 215 215 147

    N09 Permatang 215 215 97

    N10 Bukit Melawati 215 215 60

    N11 Ijok 215 149 -

    N12 Jeram 215 164 -

    N13 Kuang 215 215 76

    N14 Rawang 425 344 -

    N15 Taman Templer 314 265 -

    N16 Sungai Tua 314 314 105

    N17 Gombak Setia 425 169 -

    N18 Hulu Kelang 425 176 -

  • DUN Kuota

    Layak

    Layak Melebihi

    Kuota

    N19 Bukit Antarabangsa 425 237 -

    N20 Lembah Jaya 425 207 -

    N21 Pandan Indah 425 104 -

    N22 Teratai 425 94 -

    N23 Dusun Tua 425 125 -

    N24 Semenyih 425 425 36

    N25 Kajang 520 267 -

    N26 Sungai Ramal 425 214 -

    N27 Balakong 520 202 -

    N28 Seri Kembangan 314 57 -

    N29 Seri Serdang 425 135 -

    N30 Kinrara 520 128 -

    N31 Subang Jaya 520 72 -

    N32 Seri Setia 425 179 -

    N33 Taman Medan 314 314 84

    N34 Bukit Gasing 314 26 -

    N35 Kampung Tunku 425 33 -

    N36 Bandar Utama 425 28 -

    N37 Bukit Lanjan 520 219 -

  • DUN Kuota

    Layak

    Layak Melebihi

    Kuota

    N38 Paya Jaras 314 314 20

    N39 Kota Damansara 425 309 -

    N40 Kota Anggerik 425 217 -

    N41 Batu Tiga 425 237 -

    N42 Meru 314 314 98

    N43 Sementa 314 257 -

    N44 Selat Klang 314 59 -

    N45 Bandar Baru Klang 425 212 -

    N46 Pelabuhan Klang 314 314 351

    N47 Pandamaran 425 177 -

    N48 Sentosa 425 65 -

    N49 Sungai Kandis 425 328 -

    N50 Kota Kemuning 425 249 -

    N51 Sijangkang 314 152 -

    N52 Banting 314 137 -

    N53 Morib 314 199 -

    N54 Tg Sepat 215 215 20

    N55 Dengkil 425 425 18

    N56 Sungai Pelek 215 210 -

  • DUN Kuota

    Layak

    Layak Melebihi

    Kuota

    Jumlah 19,991 11,462 1,312

    [Sumber : Selcare Management Sdn Bhd]

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : JOM SHOPPING SMUE

    28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan berapa orang yang layak dapat Jom Shopping SMUE setiap bulan sejak

    bulan September 2019.

    b) Nyatakan bilangan ahli SMUE yang tidak mengambil voucher Jom Shopping

    mengikuti bulan dan DUN.

    c) Apakah kelemahan yang patut diperbaiki untuk program ini?

    JAWAPAN:

    a) Berikut adalah jumlah ahli yang layak dan dijemput untuk menghadiri Program Jom

    Shopping Skim Mesra Usia Emas mengikut bulan sejak September 2019.

    BIL PERKARA TAHUN JUMLAH

    1. September 2019 11,925

    2. Oktober 2019 24,112

    3. November 2019 25,423

    4. Disember 2019 24,646

    5. Januari 2020 12,868

    6. Februari 2020 26,258

    7. Mac 2020 21,784

    b) Untuk makluman jumlah tidak hadir adalah ahli yang tidak mengambil baucer jom

    shopping dalam bulan yang telah ditetapkan dan pelaksanaan bagi program ini

    PKM DUN boleh memanggil setiap ahli yang layak sebanyak 3 kali bermula

    dengan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut :

    Contoh :

    Ahli lahir pada bulan Februari dan tidak hadir pada program bulan Februari yang

    diadakan oleh PKM DUN boleh dipanggil semula untuk program pada bulan Mac

    atau pada program bulan April, bergantung pada PKM DUN.

  • BULAN SEPTEMBER 2019

    DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    BALAKONG 362 125 35% 237 65%

    BANDAR BARU

    KLANG

    244 97 40% 147 60%

    BANDAR UTAMA 523 61 12% 462 88%

    BATANG KALI 226 94 42% 132 58%

    BUKIT

    ANTARABANGSA

    115 43 37% 72 63%

    BUKIT GASING 153 53 35% 100 65%

    BUKIT LANJAN 101 54 53% 47 47%

    BUKIT

    MELAWATI

    104 104 100% 0 0%

    DUSUN TUA 331 116 35% 215 65%

    GOMBAK SETIA 327 163 50% 164 50%

    HULU BERNAM 225 152 68% 73 32%

    HULU KELANG 339 75 22% 264 78%

    IJOK 194 113 58% 81 42%

    KAJANG 493 44 9% 449 91%

    KAMPUNG

    TUNKU

    346 151 44% 195 56%

    KINRARA 280 218 78% 62 22%

    KOTA ANGGERIK 482 87 18% 395 82%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    KOTA

    DAMANSARA

    169 41 24% 128 76%

    KOTA

    KEMUNING

    269 66 25% 203 75%

    KUALA KUBU

    BAHARU

    276 187 68% 89 32%

    LEMBAH JAYA 200 120 60% 80 40%

    MERU 110 89 81% 21 19%

    MORIB 240 156 65% 84 35%

    PANDAMARAN 362 125 35% 237 65%

    PANDAN INDAH 238 84 35% 154 65%

    PERMATANG 179 142 79% 37 21%

    SABAK 222 160 72% 62 28%

    SELAT KLANG 118 94 80% 24 20%

    SEMENTA 217 99 46% 118 54%

    SEMENYIH 337 76 23% 261 77%

    SENTOSA 146 90 62% 56 38%

    SERI

    KEMBANGAN

    376 159 42% 217 58%

    SERI SETIA 251 118 47% 133 53%

    SIJANGKANG 217 43 20% 174 80%

    SUBANG JAYA 359 210 58% 149 42%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    SUNGAI AIR

    TAWAR

    189 147 78% 42 22%

    SUNGAI

    BURONG

    180 119 66% 61 34%

    SUNGAI KANDIS 146 111 76% 35 24%

    SUNGAI

    PANJANG

    327 168 51% 159 49%

    SUNGAI PELEK 218 163 75% 55 25%

    SUNGAI TUA 285 83 29% 202 71%

    TAMAN MEDAN 425 129 30% 296 70%

    TAMAN

    TEMPLER

    419 69 16% 350 84%

    TANJUNG SEPAT 260 159 61% 101 39%

    TERATAI 345 105 30% 240 70%

    Jumlah

    Keseluruhan

    11925 5062 42% 6863 58%

    BULAN OKTOBER 2019

    DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    BALAKONG 383 167 44% 216 56%

    BANDAR UTAMA 529 96 18% 433 82%

    BANTING 708 385 54% 323 46%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    BATANG KALI 369 151 41% 218 59%

    BATU TIGA 533 361 68% 172 32%

    BUKIT

    ANTARABANGSA

    193 56 29% 137 71%

    BUKIT GASING 261 105 40% 156 60%

    BUKIT LANJAN 509 102 20% 407 80%

    BUKIT

    MELAWATI

    198 157 79% 41 21%

    DENGKIL 245 29 12% 216 88%

    DUSUN TUA 563 190 34% 373 66%

    GOMBAK SETIA 370 225 61% 145 39%

    HULU BERNAM 252 158 63% 94 37%

    HULU KELANG 440 195 44% 245 56%

    JERAM 406 167 41% 239 59%

    KAJANG 941 191 20% 750 80%

    KAMPUNG

    TUNKU

    382 166 43% 216 57%

    KINRARA 747 254 34% 493 66%

    KOTA ANGGERIK 443 92 21% 351 79%

    KOTA

    DAMANSARA

    344 100 29% 244 71%

    KOTA 365 150 41% 215 59%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    KEMUNING

    KUALA KUBU

    BAHARU

    413 250 61% 163 39%

    KUANG 207 126 61% 81 39%

    LEMBAH JAYA 500 192 38% 308 62%

    MERU 561 184 33% 377 67%

    MORIB 286 182 64% 104 36%

    PANDAMARAN 581 185 32% 396 68%

    PANDAN INDAH 402 111 28% 291 72%

    PAYA JARAS 552 118 21% 434 79%

    PELABUHAN

    KLANG

    475 163 34% 312 66%

    PERMATANG 204 159 78% 45 22%

    RAWANG 800 180 23% 620 78%

    SABAK 368 241 65% 127 35%

    SEKINCHAN 312 197 63% 115 37%

    SEMENTA 596 233 39% 363 61%

    SEMENYIH 236 98 42% 138 58%

    SENTOSA 467 191 41% 276 59%

    SERI

    KEMBANGAN

    600 185 31% 415 69%

    SERI SERDANG 294 70 24% 224 76%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    SERI SETIA 245 135 55% 110 45%

    SIJANGKANG 422 206 49% 216 51%

    SUBANG JAYA 553 256 46% 297 54%

    SUNGAI AIR

    TAWAR

    267 171 64% 96 36%

    SUNGAI

    BURONG

    288 224 78% 64 22%

    SUNGAI KANDIS 1187 284 24% 903 76%

    SUNGAI

    PANJANG

    371 214 58% 157 42%

    SUNGAI PELEK 301 151 50% 150 50%

    SUNGAI RAMAL 596 168 28% 428 72%

    SUNGAI TUA 468 251 54% 217 46%

    TAMAN MEDAN 711 212 30% 499 70%

    TAMAN

    TEMPLER

    518 196 38% 322 62%

    TANJUNG SEPAT 324 190 59% 134 41%

    TERATAI 631 241 38% 390 62%

    WPKL - BANDAR

    TUN RAZAK

    195 56 29% 139 71%

    Jumlah

    Keseluruhan

    24112 9517 39% 14595 61%

  • BULAN NOVEMBER 2019

    DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    BALAKONG 382 230 60% 152 40%

    BANDAR BARU

    KLANG

    1197 480 40% 717 60%

    BANDAR UTAMA 539 147 27% 392 73%

    BANTING 493 220 45% 273 55%

    BATANG KALI 381 141 37% 240 63%

    BATU TIGA 425 227 53% 198 47%

    BUKIT

    ANTARABANGSA

    127 51 40% 76 60%

    BUKIT GASING 316 83 26% 233 74%

    BUKIT

    MELAWATI

    207 160 77% 47 23%

    DENGKIL 798 450 56% 348 44%

    DUSUN TUA 578 281 49% 297 51%

    GOMBAK SETIA 488 215 44% 273 56%

    HULU BERNAM 375 279 74% 96 26%

    HULU KELANG 398 155 39% 243 61%

    IJOK 226 88 39% 138 61%

    JERAM 195 92 47% 103 53%

    KAJANG 895 219 24% 676 76%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    KAMPUNG

    TUNKU

    760 287 38% 473 62%

    KINRARA 712 264 37% 448 63%

    KOTA ANGGERIK 499 170 34% 329 66%

    KOTA

    DAMANSARA

    389 89 23% 300 77%

    KOTA

    KEMUNING

    524 158 30% 366 70%

    KUALA KUBU

    BAHARU

    419 245 58% 174 42%

    KUANG 204 134 66% 70 34%

    LEMBAH JAYA 461 230 50% 231 50%

    MERU 633 253 40% 380 60%

    MORIB 301 198 66% 103 34%

    PANDAMARAN 582 348 60% 234 40%

    PANDAN INDAH 430 200 47% 230 53%

    PAYA JARAS 301 135 45% 166 55%

    PELABUHAN

    KLANG

    403 198 49% 205 51%

    PERMATANG 211 157 74% 54 26%

    RAWANG 445 200 45% 245 55%

    SABAK 370 236 64% 134 36%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    SEKINCHAN 279 175 63% 104 37%

    SELAT KLANG 850 320 38% 530 62%

    SEMENTA 578 232 40% 346 60%

    SEMENYIH 467 210 45% 257 55%

    SENTOSA 474 190 40% 284 60%

    SERI

    KEMBANGAN

    370 157 42% 213 58%

    SERI SERDANG 612 167 27% 445 73%

    SERI SETIA 262 146 56% 116 44%

    SIJANGKANG 211 78 37% 133 63%

    SUBANG JAYA 570 277 49% 293 51%

    SUNGAI AIR

    TAWAR

    253 186 74% 67 26%

    SUNGAI

    BURONG

    250 198 79% 52 21%

    SUNGAI KANDIS 789 269 34% 520 66%

    SUNGAI

    PANJANG

    417 210 50% 207 50%

    SUNGAI PELEK 397 272 69% 125 31%

    SUNGAI RAMAL 319 108 34% 211 66%

    SUNGAI TUA 399 171 43% 228 57%

    TAMAN MEDAN 678 155 23% 523 77%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    TAMAN

    TEMPLER

    460 166 36% 294 64%

    TANJUNG SEPAT 335 176 53% 159 47%

    TERATAI 605 239 40% 366 60%

    WPKL - KEPONG 184 87 47% 97 53%

    Jumlah

    Keseluruhan

    25423 11209 44% 14214 56%

    BULAN DISEMBER 2019

    DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    BALAKONG 400 228 57% 172 43%

    BANDAR UTAMA 1849 317 17% 1532 83%

    BANTING 549 298 54% 251 46%

    BATANG KALI 366 104 28% 262 72%

    BATU TIGA 420 260 62% 160 38%

    BUKIT

    ANTARABANGSA

    226 76 34% 150 66%

    BUKIT GASING 350 100 29% 250 71%

    BUKIT LANJAN 577 238 41% 339 59%

    BUKIT

    MELAWATI

    216 142 66% 74 34%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    DUSUN TUA 522 218 42% 304 58%

    GOMBAK SETIA 538 292 54% 246 46%

    HULU BERNAM 278 205 74% 73 26%

    HULU KELANG 367 187 51% 180 49%

    IJOK 467 261 56% 206 44%

    JERAM 216 105 49% 111 51%

    KAJANG 930 222 24% 708 76%

    KAMPUNG

    TUNKU

    498 171 34% 327 66%

    KINRARA 1267 201 16% 1066 84%

    KOTA ANGGERIK 479 124 26% 355 74%

    KOTA

    DAMANSARA

    578 193 33% 385 67%

    KOTA

    KEMUNING

    515 130 25% 385 75%

    KUALA KUBU

    BAHARU

    387 207 53% 180 47%

    KUANG 611 306 50% 305 50%

    LEMBAH JAYA 509 277 54% 232 46%

    MERU 510 201 39% 309 61%

    MORIB 284 202 71% 82 29%

    PANDAMARAN 387 240 62% 147 38%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    PANDAN INDAH 366 162 44% 204 56%

    PERMATANG 256 184 72% 72 28%

    RAWANG 446 130 29% 316 71%

    SABAK 353 212 60% 141 40%

    SELAT KLANG 90 44 49% 46 51%

    SEMENTA 570 222 39% 348 61%

    SEMENYIH 347 159 46% 188 54%

    SENTOSA 457 181 40% 276 60%

    SERI

    KEMBANGAN

    371 174 47% 197 53%

    SERI SERDANG 465 97 21% 368 79%

    SERI SETIA 291 0 0% 291 100%

    SIJANGKANG 259 90 35% 169 65%

    SUBANG JAYA 529 239 45% 290 55%

    SUNGAI AIR

    TAWAR

    248 166 67% 82 33%

    SUNGAI

    BURONG

    314 248 79% 66 21%

    SUNGAI KANDIS 532 165 31% 367 69%

    SUNGAI

    PANJANG

    449 237 53% 212 47%

    SUNGAI PELEK 527 183 35% 344 65%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    SUNGAI RAMAL 270 103 38% 167 62%

    SUNGAI TUA 400 140 35% 260 65%

    TAMAN MEDAN 461 205 44% 256 56%

    TAMAN

    TEMPLER

    395 101 26% 294 74%

    TANJUNG SEPAT 351 192 55% 159 45%

    TERATAI 575 251 44% 324 56%

    WPKL - KEPONG 162 77 48% 85 52%

    WPKL -

    SEPUTEH

    758 37 5% 721 95%

    WPKL - WANGSA

    MAJU

    108 0 0% 108 100%

    Jumlah

    Keseluruhan

    24646 9504 39% 15142 61%

    BULAN JANUARI 2020

    DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    BALAKONG 348 197 57% 151 43%

    BANTING 452 150 33% 302 67%

    BATANG KALI 243 50 21% 193 79%

    BATU TIGA 337 181 54% 156 46%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    DENGKIL 551 117 21% 434 79%

    DUSUN TUA 516 217 42% 299 58%

    GOMBAK SETIA 480 238 50% 242 50%

    HULU BERNAM 274 210 77% 64 23%

    HULU KELANG 369 143 39% 226 61%

    IJOK 204 97 48% 107 52%

    KAMPUNG

    TUNKU

    501 116 23% 385 77%

    KOTA

    ANGGERIK

    500 116 23% 384 77%

    KOTA

    DAMANSARA

    306 115 38% 191 62%

    KUALA KUBU

    BAHARU

    403 210 52% 193 48%

    LEMBAH JAYA 456 224 49% 232 51%

    MERU 478 204 43% 274 57%

    MORIB 257 174 68% 83 32%

    PAYA JARAS 591 259 44% 332 56%

    PERMATANG 209 178 85% 31 15%

    RAWANG 423 124 29% 299 71%

    SABAK 359 218 61% 141 39%

    SEKINCHAN 363 251 69% 112 31%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    SELAT KLANG 680 155 23% 525 77%

    SEMENTA 549 218 40% 331 60%

    SENTOSA 429 176 41% 253 59%

    SUBANG JAYA 560 270 48% 290 52%

    SUNGAI AIR

    TAWAR

    247 173 70% 74 30%

    SUNGAI

    BURONG

    219 184 84% 35 16%

    SUNGAI

    PANJANG

    414 251 61% 163 39%

    SUNGAI TUA 430 64 15% 366 85%

    TAMAN

    TEMPLER

    394 168 43% 226 57%

    WPKL -

    SEPUTEH

    326 45 14% 281 86%

    Jumlah

    Keseluruhan

    12868 5493 43% 7375 57%

    BULAN FEBRUARI 2020

    DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    BALAKONG 357 198 55% 159 45%

    BANDAR BARU 953 542 57% 411 43%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    KLANG

    BANDAR UTAMA 1408 334 24% 1074 76%

    BANTING 502 158 31% 344 69%

    BATANG KALI 389 163 42% 226 58%

    BATU TIGA 348 224 64% 124 36%

    BUKIT

    ANTARABANGSA

    238 79 33% 159 67%

    BUKIT GASING 579 120 21% 459 79%

    BUKIT LANJAN 469 134 29% 335 71%

    BUKIT

    MELAWATI

    367 271 74% 96 26%

    DENGKIL 450 265 59% 185 41%

    DUSUN TUA 457 187 41% 270 59%

    GOMBAK SETIA 502 268 53% 234 47%

    HULU BERNAM 243 155 64% 88 36%

    HULU KELANG 326 219 67% 107 33%

    IJOK 158 83 53% 75 47%

    JERAM 406 195 48% 211 52%

    KAJANG 1030 407 40% 623 60%

    KAMPUNG

    TUNKU

    567 179 32% 388 68%

    KINRARA 870 234 27% 636 73%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    KOTA ANGGERIK 453 129 28% 324 72%

    KOTA

    DAMANSARA

    296 132 45% 164 55%

    KOTA

    KEMUNING

    519 177 34% 342 66%

    KUALA KUBU

    BAHARU

    369 197 53% 172 47%

    KUANG 413 228 55% 185 45%

    LEMBAH JAYA 419 237 57% 182 43%

    MERU 475 210 44% 265 56%

    MORIB 214 172 80% 42 20%

    PANDAMARAN 693 210 30% 483 70%

    PANDAN INDAH 474 263 55% 211 45%

    PELABUHAN

    KLANG

    449 134 30% 315 70%

    PERMATANG 182 133 73% 49 27%

    RAWANG 457 142 31% 315 69%

    SABAK 308 208 68% 100 32%

    SEMENTA 499 212 42% 287 58%

    SEMENYIH 323 130 40% 193 60%

    SENTOSA 367 165 45% 202 55%

    SERI 673 340 51% 333 49%

  • DUN JUMLAH

    PESERTA

    JUMLAH

    HADIR

    %

    HADIR

    JUMLAH

    TIDAK

    HADIR

    %

    TIDAK HADIR

    KEMBANGAN

    SERI SERDANG 506 183 36% 323 64%

    SERI SETIA 533 227 43% 306 57%

    SIJANGKANG 373 257 69% 116 31%

    SUBANG JAYA 530 340 64% 190 36%

    SUNGAI

    BURONG

    216 162 75% 54 25%

    SUNGAI KANDIS 1218 281 23% 937 77%

    SUNGAI

    PANJANG

    399 242 61% 157 39%

    SUNGAI PELEK 418 312 75% 106 25%

    SUNGAI RAMAL 483 190 39% 293 61%

    SUNGAI TUA 428 170 40% 258 60%

    TAMAN MEDAN 778 306 39% 472 61%

    TAMAN

    TEMPLER

    348 163 47% 185 53%

    TANJUNG SEPAT 535 316 59% 219 41%

    TERATAI 736 413 56% 323 44%

    WPKL - BANDAR

    TUN RAZAK

    555 153 28% 402 72%

    Jumlah

    Keseluruhan

    26258 11549 44% 14709 56%

  • c) Ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak YAWAS untuk

    meningkatkan lagi kualiti program dan juga melicinkan lagi perjalanan program:

    1) Data tidak dikemaskini

    Disebabkan oleh data-data yang ada di dalam sistem adalah data lama,

    maka ramai ahli SMUE tidak mengetahui berkenaan Program Jom Shopping

    dan terlepas untuk menerima baucer bernilai RM100.00.

    Oleh yang demikian, YAWAS juga telah fokus meningkatkan aktiviti promosi

    untuk mewarwarkan kepada umum dan dengan kerjasama Pusat Khidmat

    Masyarakat di seluruh Selangor supaya ahli atau waris memaklumkan pada

    PKM DUN atau YAWAS untuk mengemaskini maklumat terutamanya nombor

    telefon untuk dihubungi. Warwar akan dibuat melalui media sosial, surat

    khabar dan billboard mengikuti demografik ahli SMUE

    2) Peranan PKM dan Ketua komuniti tempatan

    Pihak YAWAS perlu bantuan pihak PKM DUN dan Ketua Komuniti Tempatan

    untuk mewarwarkan maklumat berkenaan Jom Shopping SMUE dan

    pengemaskini data SMUE

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : DEWAN MASYARAKAT

    29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah prosedur untuk memohon membina dewan masyarakat?

    b) Nyatakan berapa jumlah dewan yang telah dibina oleh Kerajaan mengikuti PBT

    dengan tarikh pembinaan.

    c) Nyatakan status pembinaan dewan baru di Bandar Tasik Puteri dan Bandar

    Country Homes.

    JAWAPAN:

    a) Prosedur bagi pembinaan dewan masyarakat adalah:

    i. Mengkaji setiap permohonan yang diterima atau mencadangkan permohonan

    melalui keperluan semasa;

    ii. Semakan status tanah bagi pewartaan tapak dewan; dan

    iii. Kelulusan bagi cadangan pembinaan akan dibentangkan dalam mesyuarat di

    peringkat Majlis untuk kelulusan.

    b) Jumlah bilangan dewan masayarakat yang dibina oleh Kerajaan adalah seperti

    berikut:

    PBT BILANGAN DEWAN YG DIBINA

    OLEH KERAJAAN TARIKH PEMBINAAN

    MBSA MBSA tidak mempunyai dewan yang dibina oleh Kerajaan.

    Kesemua dewan yang ada dibina oleh pemaju (bina dan serah).

    MBPJ 38 buah Tiada rekod

    MPK 28 buah Tiada rekod

    MPAJ 12 buah 2000 hingga 2015

    MPSJ 17 buah Tiada rekod

    MPS 15 buah 1992 hingga 2004

    MPKj 11 buah 2014 hingga 2018

    MPSp 18 buah 1977 hingga 2018

  • PBT BILANGAN DEWAN YG DIBINA

    OLEH KERAJAAN TARIKH PEMBINAAN

    MPKL 8 buah 1964 hingga 2018

    MDHS Tiada Tiada

    MDKS 10 buah 1979 hingga 2018

    MDSB 12 buah 1981 hingga 2007

    Nota : Sumber Pihak Berkuasa Tempatan

    c) Pembinaan dewan di Tasik Puteri masih dalam peringkat perancangan bersama

    pemaju Rawang Lakes. Perbincangan lanjut serta pelan konsep akan diadakan

    pada penghujung Mac 2020 di antara Majlis dengan Rawang Lakes.

    Pembinaan dewan di Bandar Country Homes masih tiada dalam perancangan dan

    tertakluk kepada kelulusan rezab dewan.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : KEMPEN BEBAS PLASTIK

    30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah statistik terkini berkenaan kempen pengurangan kegunaan plastik sejak

    tahun 2008?

    b) Apakah cara untuk menambahbaik kempen tersebut?

    JAWAPAN:

    a) dan b)

    Kerajaan Negeri telah mengambil langkah mengadakan larangan untuk

    memberikan beg plastik secara percuma dan larangan penggunaan polisterina

    pada setiap hari bermula 1 Januari 2017. Kempen yang diadakan ini adalah

    bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai bahaya

    beg plastik terhadap alam sekitar dan kesihatan. Menerusi kempen ini, pelbagai

    inisiatif dilaksanakan dalam siri promosi kempen dan program-program yang

    dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuklah memperkasakan budaya untuk

    membawa beg sendiri ketika berbelanja.

    Pada ketika ini, tiada maklumat menyeluruh mengenai statistik kempen

    pengurangan penggunaan plastik. Walau bagaimanapun, mulai 1 Januari 2020,

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah untuk menambahbaik

    mekanisma pelaksanaan Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor bagi

    mendapatkan data yang menyeluruh mengenai statistik penggunaan dan kutipan

    caj beg plastik melalui pelaksanaan program tersebut. Jumlah kutipan dan

    maklumat bilangan penggunaan beg plastik akan diserahkan oleh premis-premis

    perniagaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jumlah kutipan terkumpul

    tersebut seterusnya disalur ke Akaun Tabung Amanah Kerajaan Negeri Selangor

    dan Akaun Tabung Amanah yang ditetapkan di PBT masing-masing bagi tujuan

    program-program berkaitan alam sekitar di Negeri Selangor.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

    31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah prosedur dan masa yang perlu diambil untuk kelulusan Program Bantuan

    Blueprint Pembasmian Kemiskinan?

    b) Apakah perancangan Kerajaan untuk menambahbaik program ini?

    JAWAPAN:

    a) Untuk makluman Yang Berhormat, prosedur untuk meluluskan permohonan bagi

    program ini adalah dilakukan dengan begitu terperinci dan telus. Ianya adalah

    bertujuan bagi memastikan pemohon yang bakal menerima bantuan ini adalah dari

    kalangan rakyat yang benar-benar layak sahaja.

    Bermula dengan proses siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Daerah/ Tanah,

    satu kertas kerja lengkap akan dibentangkan oleh Pejabat/ Daerah Tanah ke

    dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan untuk dipertimbangkan. Seksyen

    Sektoral akan meneliti setiap borang permohanan termasuklah dengan menelefon

    setiap pemohon bagi membuat pengesahan peralatan/ mesin yang dipohon,

    menyemak dokumen sokongan di borang permohonan, meneliti setiap anggaran

    harga peralatan/ mesin dan memasukkan setiap data permohonan ke dalam

    sistem pangkalan data sebelum satu kertas kelulusan disediakan bagi penyaluran

    waran ke Pejabat Daerah/ Tanah untuk proses pembelian peralatan/ mesin.

    Segala proses tersebut adalah rumit dan terperinci namun ianya adalah satu

    keperluan dalam memastikan setiap permohonan diproses mengikut tatacara yang

    lengkap sejajar dengan objektif dan sasaran program bantuan ini.

    Berhubung dengan berapa tempoh masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu

    permohonan, Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri berpegang

    kepada Piagam Pelanggan iaitu memproses permohonan Program Bantuan

    Blueprint Pembasmian Kemiskinan (dokumen lengkap) dalam tempoh 3 bulan.

    b) Pada tahun 2018, satu Kajian Penilaian Impak melibatkan Program Bantuan

    Blueprint Pembasmian Kemiskinan telah dilaksanakan oleh Institut Darul Ehsan

  • (IDE). Merujuk kepada Laporan Akhir Kajian Penilaian Impak Program Bantuan

    Blueprint Pembasmian Kemiskinan, majoriti responden iaitu 71.6% daripada 1171

    orang penerima bantuan bersetuju bahawa latihan keusahawanan seperti kursus

    kewangan dan pemasaran amat diperlukan dalam membantu meningkatkan

    pendapatan dan perniagaan mereka.

    Oleh yang demikian, berdasarkan dapatan kajian tersebut dalam menambah baik

    program ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengupayakan penerima-penerima

    Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan untuk diangkat ke satu

    peringkat yang lebih tinggi. Usaha ini bakal dilaksanakan dengan menyediakan

    kursus-kursus kemahiran keusahawanan secara berfasa seperti pengurusan

    kewangan, kaedah pemasaran secara online, pensijilan, pembungkusan produk

    dan lain-lain.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : KOLAM TAKUNGAN AIR

    32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan perkembangan projek kolam takungan di Sungai Gong.

    b) Apakah cara dan jadual untuk penyelesaian projek sakit tersebut?

    JAWAPAN:

    a) Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Sg. Gong dan Pembinaan

    Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-kerja Berkaitan Fasa 1 di Mukim Rawang,

    Daerah Gombak. Projek ini sepatutnya siap pada 5/6/2019. Namun begitu,

    kontraktor gagal untuk menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang telah

    ditetapkan. Kemajuan terkini projek adalah sebanyak 92% dan Perakuan Sijil

    Tidak Siap Kerja (CNC) telah pun dikeluarkan pada 5/6/2019. JPS telah

    mengeluarkan surat peringatan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan baki

    kerja projek tersebut namun kontraktor masih gagal melaksanakan kerja dengan

    baik.

    b) Untuk makluman, kontraktor projek tersebut telah dikenakan LAD sebanyak

    RM1440.00/hari. Pemantauan secara berterusan telah dibuat di mana mesyuarat

    tapak diadakan 2 mingu sekali untuk menyiapkan baki kerja. Ini selaras dengan

    pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 4.5) di mana kontraktor diberi peluang

    meneruskan projek jika keadaan-keadaan berikut berlaku;

    i. Kemajuan kerja di tapak yang telah siap melebihi 90%

    ii. Sebahagian besar kerja yang telah siap dan memberi manfaat kepada

    Kerajaan.

    Jika prestasi kontraktor ini tidak dipertingkatkan dan kontraktor tidak

    berkemampuan untuk menyelesaikan baki kerja di tapak, tindakan terhadap

    kontraktor akan dilaksanakan sejajar dengan klausa 51.0 (b) syarat kontrak.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : KAWASAN RIZAB SUNGAI

    33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apa syarat-syarat untuk kegunaan kawasan lapang rizab sungai?

    b) Apa tindakan yang akan diambil terhadap penceroboh rizab sungai?

    c) Adakah kekangan untuk memantau dan penguatkuasaan untuk kawasan rizab

    sungai?

    JAWAPAN:

    a) Kawasan lapang rizab sungai adalah untuk tujuan sebagai kawasan laluan jentera

    untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan. Kawasan ini juga adalah

    merupakan kawasan dataran banjir bagi menampung limpahan air sungai.

    Sesetengah kawasan lapang rizab sungai di Negeri Selangor telah dirizabkan di

    bawah seksyen 13 Kanun Tanah Negara. Syarat-syarat kegunaan kawasan

    lapang rizab sungai adalah tertakluk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran dan

    Pejabat Daerah dan Tanah. Selain itu, kawasan rizab juga telah diwartakan di

    bawah subseksyen 48(3) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

    b) Pihak jabatan akan memberi maklumat awal dengan kadar segera dan bagi

    tindakan penguatkuasaan perobohan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sekiranya terdapat aduan berkaitan

    pencerobohan dan juga laporan daripada pemantauan berkala kawasan rizab

    sungai oleh pihak jabatan. Tindakan penguatkuasaan secara bersepadu akan

    dilaksanakan bersama agensi/jabatan.

    c) Kekangan untuk memantau dan penguatkuasaan kawasan rizab sungai bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah tidak mempunyai punca kuasa bagi

    melaksanakan penguatkuasaan ke atas penceroboh. Manakala bagi pemasangan

    pagar di sepanjang rizab pula memerlukan kos yang tinggi. Namun begitu, pihak

    jabatan juga ada membuat halangan di laluan masuk ke rizab sungai

    (Pemasangan Boom Gate) di kawasan hot spot pencerobohan. Namun begitu,

    pencerobohan dan vandalisme masih berlaku di kawasan berkenaan.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

    (N14 RAWANG)

    TAJUK : MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

    34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan atlet sukan dan perbelanjaan yang ditaja oleh MSN.

    b) Apakah syarat yang dikenakan untuk mendapati bantuan MSN kepada atlet yang

    mewakili negeri untuk pertandingan sukan?

    JAWAPAN:

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE

    (N48 SENTOSA)

    TAJUK : HAL EHWAL SELAIN ISLAM

    35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berapakah dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan

    kuil Hindu?

    b) Berapakah jumlah kuil Hindu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

    c) Berapa banyak tapak yang digazetkan bagi pembinaan kuil?

    JAWAPAN:

    a) Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) ke 4/2019 yang diadakan pada 15 Februari

    2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 5/2019 pada 20 Februari 2019 telah

    menimbang dan meluluskan pembahagian peruntukan hal ehwal selain Islam di

    bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam bagi tahun 2019 seperti berikut :

    Bersetuju agar pembahagian bagi setiap kategori agama adalah mengikut

    peratusan penganut Selain Islam Negeri Selangor iaitu seperti berikut (Jadual 1) :

    Agama Penganut

    (%)

    Peruntukan

    (RM)

    Buddha, Tao dan

    Lain-lain 60.47 3,628,200.00

    Hindu 28.75 1,725,000.00

    Kristian 9.42 565,200.00

    Sikh 1.36 81,600.00

    Jumlah Keseluruhan 6,000,000.00

    Jadual 1

    b) Sehingga Januari-Februari 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam

    telah menyokong sebanyak tujuh (7) tapak rumah ibadat selain Islam (Kuil) untuk

    tujuan pewartaan, manakala bilangan terkini permohonan pewartaan bagi kuil

    Hindu yang masih berada di dalam pertimbangan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain

    Islam pada masa ini adalah sebanyak 5 permohonan.

  • c) Sehingga Februari 2020, sebanyak 69 tapak telah digazetkan bagi tujuan rumah

    ibadat selain Islam. Namun, ianya belum dibahagi mengikut agama. Penentuan

    tapak rumah ibadat selain Islam ini akan ditentukan di dalam Mesyuarat

    Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (HESI) mengikut permohonan serta

    komposisi kaum setempat serta berdasarkan Garis Panduan Pihak Berkuasa

    Tempatan sedia ada yang sedang digunapakai. Berikut adalah jumlah tanah yang

    telah digazetkan bagi tujuan rumah ibadat selain Islam mengikut PBT seperti

    berikut (Jadual 2) :

    PBT BIL TAPAK YANG DIGAZETKAN

    UNTUK TUJUAN RIBI

    MBSA 10

    MBPJ 4

    MPK 0

    MPSJ 18

    MPSP 7

    MPAJ 0

    MPKJ 9

    MPS 4

    MDKL 9

    MDKS 8

    MDHS 0

    MDSB 0

    JUMLAH 69

    Jadual 2

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE

    (N48 SENTOSA)

    TAJUK : MASALAH PENJUALAN ARAK

    36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah tindakan PBT untuk menangani isu penjualan arak di kedai

    serbaneka/runcit secara haram/tanpa lesen?

    b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberikan lesen

    kepada premis perniagaan untuk hanya menjual arak sahaja?

    c) Adakah PBT mengambil tindakan serius ke atas premis-premis yang menjual arak

    selepas jam 9 malam?

    JAWAPAN:

    a) Isu penjualan arak di kedai serbaneka/ runcit secara haram atau tanpa lesen

    adalah di bawah bidang kuasa pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak

    Lembaga Pelesenan Eksais Pejabat Daerah dan Tanah. PBT hanya memberi

    sokongan kelulusan dan ulasan bagi premis perniagaan yang menjual minuman

    keras berdasarkan kesesuaian premis perniagaan tersebut di dalam kawasan

    pentadbiran PBT masing-masing. Walau bagaimanapun, PBT sentiasa

    melaksanakan pemantauan bagi memastikan isu penjualan arak tanpa lesen ini

    dapat dibendung. Tindakan penguatkuasaan seperti kompaun dan notis berhenti

    niaga boleh dikenakan ke atas kedai serbaneka/ runcit yang menjual arak tanpa

    lesen.

    b) Penjualan arak di Malaysia dikawal oleh beberapa peruntukan undang-undang

    sedia ada dan penguatkuasaannya dipertanggungjawabkan kepada beberapa

    Agensi Kerajaan berkaitan pada peringkat persekutuan, negeri dan juga PBT.

    Pada peringkat persekutuan, penjualan arak dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja

    Malaysia (JKDM) di bawah Kementerian Kewangan dan undang-undang yang

    berkaitan dengan pelesenan jualan arak oleh JKDM ialah Akta Kastam 1967 (Akta

    235) dan Akta Eksais 1976 (Akta176) serta peraturan yang dibuat di bawahnya.

    PBT hanya melesenkan premis perniagaan bagi permohonan menjual minuman

    keras samada kategori runcit atau borong. Kelulusan lesen menjual minuman

    keras samada runcit atau borong pula di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan

    Daerah tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

  • c) Premis-premis yang menjual arak perlu mematuhi syarat-syarat lesen/ permit

    jualan minuman keras yang telah ditetapkan terutamanya tempoh/ masa bagi

    jualan. Mana-mana premis yang melanggar syarat yang dikeluarkan boleh diambil

    tindakan oleh pihak PBT dengan tidak menyokong pembaharuan lesen untuk

    tahun berikutnya dan aduan akan dipanjangkan terus ke Pejabat Tanah & Daerah

    dan Kastam Malaysia merujuk kepada Seksyen 35 Akta Eksais 1976.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE

    (N48 SENTOSA)

    TAJUK : PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG HARAM DI DUN

    SENTOSA

    37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri

    dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.

    b) Apakah Kerajaan Negeri mempunyai senarai kilang haram yang dilaporkan kepada

    PBT?

    c) Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka

    oleh PBT di DUN Sentosa.

    JAWAPAN:

    a) Senarai kilang haram yang menyebabkan pencemaran dan yang telah diambil

    tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang di DUN Sentosa adalah seperti berikut :

    BIL. NAMA KILANG ALAMAT

    1. SURIA JAYA INDUSTRIES

    SDN BHD

    LOT 10439 C3 JALAN SUNGAI JATI

    2. WAYLUCK MULTI

    SERVICES SDN BHD

    LOT 10439 C7 JALAN SUNGAI JATI

    41200 KLANG SELANGOR.

    3. YK TRADING

    LOT 10439 JALAN SUNGAI JATI

    41200 KLANG SELANGOR

    4. AIK SENG SERVICE &

    MARKETING

    LOT 10479 BATU 1 JALAN NENAS

    KAMPUNG JAWA 41000 KLANG.

    5. TIADA PENAMA LOT 10439 C6 JALAN SUNGAI JATI

    41200 KLANG SELANGOR

    b) SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPBT), UPEN

  • c) Tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Klang bagi menangani isu

    pembakaran terbuka di DUN Sentosa :

    i. Pemantauan dijalankan dari masa ke semasa;

    ii. Pemantauan yang dijalankan ke lokasi aduan mendapati hanya kesan dari

    aktiviti pembakaran terbuka telah berlaku. Walaubagaimanapun, tiada

    tangkapan atau tindakan dilakukan kerana tiada individu yang melakukan

    pembakaran di lokasi semasa siasatan dilakukan;

    iii. Sekiranya berlaku aktiviti pembakaran terbuka, laporan akan dimajukan

    kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan lain-lain agensi

    berkaitan;

    iv. Pada 27 Januari 2020, terdapat aduan pembakaran terbuka di Lot 10439,

    Jalan Sungai Jati. Semasa pemantaaun dijalankan oleh Unit PANTAS,

    beberapa individu disyaki melakukan kebakaran tersebut melarikan diri.

    Tindakan pemadaman dilaksanakan bagi mengelakkan kemerebakan

    kebakaran. Dalam pada masa sama tindakan penyitaan ke atas bahan-

    bahan bakar sepert wayar telah diambil untuk tindakan selanjutnya.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE

    (N48 SENTOSA)

    TAJUK : PASAR AWAM DUN SENTOSA

    38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membina pasar awam di DUN Sentosa?

    JAWAPAN:

    a) Pembangunan di Taman Sentosa adalah melalui kaedah ‘piecemeal development’

    yang melibatkan sebahagian besar tanah milik persendirian. Majlis Perbandaran

    Klang mengambil maklum keperluan tapak pasar awam di Taman Sentosa dan

    akan mengenalpasti lokasi yang sesuai. Mengambilkira aspek lalulintas,

    kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi, privasi penduduk dan di lokasi

    yang terkeluar daripada kawasan kediaman bagi menggelak kacau ganggu.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE

    (N48 SENTOSA)

    TAJUK : NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM

    39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar

    wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?

    b) Sejauh manakah keberkesanan pihak KDEB dalam menangani isu kebersihan

    awam?

    JAWAPAN:

    a) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang

    telah menggunakan pelbagai pendekatan berstrategik termasuk:

    i) Kempen Selangor Gempur Aedes Siri 1-4 bagi tahun 2019 bagi

    mengurangkan kes/ wabak denggi;

    ii) Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Denggi di lokaliti hotspot/ wabak;

    iii) Gotong royong pemusnahan tempat pembiakan denggi di lokaliti wabak/

    hotspot;

    iv) Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes di tempat Kerja dan Kuarters;

    v) Mengukuhkan Program Bebas Denggi di Sekolah; dan

    vi) Mengukuhkan peranan COMBI dalam lokaliti wabak denggi.

    b) KDEBWM sentiasa komited dalam memastikan kerja-kerja pembersihan awam

    yang telah diamanahkan dilaksanakan dengan baik mengikut jadual yang telah

    ditetapkan. Kualiti dan mutu kerja KDEBWM sentiasa dipantau oleh Majlis

    Perbandaran Klang (MPK) dan KDEBWM juga telahpun menyediakan pelbagai

    medium untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai sekiranya ada

    kelompangan di dalam kerja-kerja pembersihan yang dilakukan. KDEBWM juga

    telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan

    dengan Ahli Majlis, Persatuan Penduduk dan kontraktor kawasan dari semasa ke

  • semasa bagi mendapatkan maklum balas untuk memastikan kerja-kerja

    pembersihan awam dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    Faktor terpenting yang menyumbang kepada keberkesanan dalam menangani isu

    kebersihan awam adalah penglibatan dan kerjasama semua pihak terutamanya

    dari kalangan penduduk sendiri dan orang awam. KDEBWM akan sentiasa

    memainkan peranan sebagai kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja

    pembersihan awam. Sekiranya semua pihak berganding bahu dan bekerjasama

    serta sentiasa mengutamakan kebersihan, isu kebersihan awam ini akan dapat

    diatasi secara total dan berkesan.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE

    (N48 SENTOSA)

    TAJUK : PENGANGKUTAN AWAM

    40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk meningkatkan mobilisasi Bas

    Smart Selangor?

    JAWAPAN:

    a) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk meningkatkan lagi mobilisasi Bas

    Smart Selangor terutamanya merentasi kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa

    Tempatan (PBT) mahupun sempadan daerah dengan memperluas dan

    memperbanyakkan lagi laluan-laluan serta penggunaan bas yang bersesuaian

    bagi menghubungkan pelbagai jaringan pengangkutan awam sedia ada di Negeri

    Selangor.

    Dengan jumlah penumpang Bas Smart Selangor yang kini mencecah 46 juta orang

    (bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 31 Januari 2020), dalam memastikan

    perkhidmatan bas ini dapat dikekalkan untuk jangkamasa yang panjang, satu

    kajian keberkesanan dan kepuasan penumpang Bas Smart Selangor perlu

    dilaksanakan bagi mengenalpasti keperluan serta ruang-ruang penambahbaikan

    yang boleh diperbaiki dalam merencana hala tuju perkhidmatan Bas Smart

    Selangor pada masa hadapan supaya ianya relevan untuk diteruskan dan

    diperluaskan dengan lebih baik dan berkesan.