puasa dan orang kristian
TRANSCRIPT
Puasa dan Orang Kristian
Petikan di Facebook (#puasa_Kristian)
Alkitab tidak memerintahkan orang Kristian untuk berpuasa. Puasa bukanlah sesuatu yang
dituntut atau diminta Allah dari orang Kristian. Pada masa yang sama, Alkitab memperkenalkan
puasa sebagai sesuatu yang baik, berguna dan perlu dilakukan.
Terlalu sering fokus puasa adalah tidak makan. Seharusnya tujuan puasa adalah untuk
melepaskan fokus kita daripada hal duniawi dan berpusat pada Tuhan.
Bagi sesetengah orang Kristian, puasa adalah cara untuk berdemonstrasi kepada Tuhan, dan
kepada diri sendiri, bahawa mereka serius dalam hubungan mereka dengan Tuhan. Puasa
menolong mereka untuk memperoleh perspektif baru dan memperbaharui ketergantungan pada
Tuhan.
Puasa perlu dibatasi waktu, khususnya puasa makanan. Tidak makan dalam jangka waktu yang
panjang dapat merosak tubuh. Puasa bukan untuk menghukum tubuh Anda, tapi untuk
memberi peluang untuk Anda memusatkan perhatian pada Tuhan. Puasa tidak boleh dianggap
sebagai salah satu kaedah diet. Jangan berpuasa untuk menghilangkan berat badan, tetapi
untuk memperoleh persekutuan yang lebih dalam dengan Allah. Masa makan dipakai untuk
bersekutu dengan Tuhan dan perhatian khusus kepada doa dan renungan Alkitab.
Apabila orang Kristian berpuasa, sikap yang betul sangat penting (bukan hanya tidak makan
dan/atau minum).
Satu sikap utama ialah merendahkan diri di hadapan Tuhan, mengaku dosa kita sambil
menguatkan diri untuk melakukan kehendak Bapa semasa berpuasa (lihat Nehemia 9:1).
Bila orang Kristian berpuasa, ia bukan satu pertunjukan umum, tapi satu amalan peribadi,
bukan untuk ditunjukkan kepada orang lain. Tuhan Yesus menyuruh kita meminyaki rambut kita
dan mencuci muka kita, agar tidak kelihatan sedang berpuasa (Matius 6:16,18).
Semasa berpuasa, yang penting bukan tidak makan atau minum tetapi sikap dan kelakuan
anda semasa berpuasa. Ingatlah teguran Allah ini dalam Yesaya 58:4 "Sesungguhnya, kamu
berpuasa sambil berbantah dan berkelahi serta memukul dengan tinju dengan tidak semena-
mena. Dengan caramu berpuasa seperti sekarang ini suaramu tidak akan didengar di tempat
tinggi."
Orang Kristian biasanya berpuasa kerana mahu membebaskan diri daripada semua yg terlibat
dalam proses makan supaya mereka ada banyak masa bebas untuk membaca firman Tuhan,
berdoa dan mendengarkan suara Roh Kudus (Kis. 13:2-3, Mzm. 35:13, Luk. 2:37). Puasa
bukan hanya tidak makan tetapi ia adalah masa untuk mencari wajah Allah.
Apabila orang Kristian berpuasa, Allah mementingkan perbuatan baik mereka semasa
melakukan ibadah puasa. Ingat, tidak makan dan minum adalah hal kecil semasa berpuasa; hal
lebih besar adalah amalan anda semasa berpuasa.
Yesaya 58:6 Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki, ialah supaya engkau membuka belenggu-
belenggu kelaliman, dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang
teraniaya dan mematahkan setiap kuk
Dalam Perjanjian Lama, kita boleh menemukan orang yang berpuasa seperti: Musa, melakukan
puasa 40 hari 40 malam tidak makan dan tidak minum (Kel 24:16 dan Kel 34:28), Daud, tidak
makan dan semalaman berbaring di tanah (2 Sam 12:16), Elia, puasa 40 hari 40 malam (1 Raj
19:8), Ester yang memaklumkan puasa 3 hari 3 malam tidak makan dan tidak minum (Est 4:16),
Ayub, 7 hari 7 malam tidak bersuara (2:13), Daniel, 10 hari hanya makan sayur dan minum air
putih (Dan 1:12), doa dan puasa (Dan 9:3), berkabung selama 21 hari (Dan 10:2), juga Yunus,
3 hari 3 malam dalam perut ikan (Yunus 1:17), dan Niniwe, 40 hari 40 malam tidak makan, tidak
minum dan tidak berbuat jahat (Yunus 3:7).
Berdasarkan kisah Yesus di gurun, disimpulkan bahawa puasa biasa ialah berpantang semua
makanan, baik yang keras maupun yang lembut, tetapi tidak berpantang air
Setelah berpuasa "empat puluh hari dan empat puluh malam ... laparlah Yesus" lalu dicobai
oleh Iblis agar Ia makan. Hal ini rupanya menunjukkan bahawa Yesus berpantang makan tetapi
tidak berpantang minum. Ini disokong oleh Luk 4:2 "Di situ Ia tinggal empat puluh hari lamanya
dan dicobai Iblis. Selama di situ Ia tidak makan apa-apa dan sesudah waktu itu Ia lapar."
Apakah tujuannya kita berpuasa?
1. Untuk merendahkan diri di hadapan Allah
2. Untuk menyatakan rasa kasih kita kepada Tuhan Yesus
3. Untuk mendisiplinkan tubuh kita daripada keinginan duniawi, salah satu cara untuk
menyangkal diri.
4. Untuk menambah rasa simpati kepada sesama, agar bisa merasakan penderitaan orang lain.
5. Untuk meminta jawaban Tuhan atas permasalahan kita.
6. Untuk mengusir jenis setan tertentu yang hanya bisa diusir dengan doa puasa.
Apabila anda berpuasa sifat-sifat kurang baik anda mungkin timbul. Ambil kesempatan untuk
berdoa ttg kelemahan itu dan fikir langkah2 yang anda boleh ambil untuk membetulkan diri.
Berpuasa banyak kali mendedahkan betapa kita terikat kepada makanan fizikal dan betapa
cetek kelaparan kita untuk Firman Allah. Masa yang dipakai untuk makan baik dipakai
merenung Firman Tuhan apabila anda berpuasa. Juga, setiap kali timbul keinginan untuk
makan, minum segelas air dan berdoa memuji Tuhan.
Puasa dan doa bukan jalan mendapatkan pengampunan dosa dan kuasa rohani; puasa
berserta doa menyediakan peluang untuk intim dengan Allah, yang memberi pengampunan
kepada mereka yg bertaubat dan kuasa kpd mereka yg rendah hati.
Ramai orang Kristian tidak berfikir panjang tentang bagaimana mengakhiri puasa mereka. Ini
adalah beberapa tip:
a) bermula dengan doa kesyukuran dan pujian kepada Allah
b) makan sedikit dahulu - buah2an dan makanan manis yang lembut
c) makan hidangan seperti mana makan pada hari biasa - jangan cuba 'bayar hutang'
d) makan bersama kawan seiman - ceritakan pengalaman anda untuk menggalakkan mereka
e) bersedia dan terbuka untuk masa berpuasa seterusnya seperti mana dipimpin Roh dan
situasi