prosiding kajian tindakan

8
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM BENTUK LAZIM BAGI MURID TAHUN 2 MENGGUNAKAN KAEDAH “ RUMAH PANT ” NOR AZIA BINTI MISRAN DR. YAHYA BIN OSMAN Institut Pendidikan Kampus Ipoh [ [email protected] ] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu saya dalam menambah baik amalan pengajaran saya supaya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam topik “Operasi Penolakan Dengan Mengumpul Semula Dalam Bentuk Lazim” dengan menggunakan kaedah Rumah PANT. Lima orang murid dari tahun Dua Cemerlang telah dipilih sebagai responden bagi penyelidikan ini selepas ujian diagnostik dan temu bual dijalankan. Kaedah Rumah PANT ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berperingkat dari konkrit iaitu PANT atau Petak Asas Nilai Tempat seterusnya keperingkat abstrak iaitu dalam bentuk lazim. Untuk menilai keberkesanan intervensi dijalankan, data dikumpul melalui kaedah semakan lembaran kerja, ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Kaedah triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan data yang dikumpul. Hasil analisis data menunjukkan pencapaian responden meningkat selepas kaedah Rumah PANT diperkenalkan. Secara kesimpulannya, kaedah Rumah PANT ini dapat membantu responden menjalankan operasi penolakan mengumpul semula dalam bentuk lazim dengan yakin. LATAR BELAKANG KAJIAN Operasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah atau songsangan kepada operasi tambah (Mohamad, 2011). Murid-murid yang baru melepasi saringan Linus Numerasi, amat lemah dalam pembelajaran matematik terutamanya melibatkan soalan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Berdasarkan pemerhatian hasil kerja murid, saya mendapati ramai murid tidak dapat menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Masalah timbul apabila satu atau lebih digit pada nombor pertama adalah lebih kecil daripada digit yang sepadan dengannya pada nombor kedua. Hal ini menunjukkan murid kurang faham konsep pengumpulan semula. Menurut Mohamad (2011), kanak- kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan menghafal

Upload: nor-azia-misran

Post on 18-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM BENTUK LAZIM BAGI MURID TAHUN 2 MENGGUNAKAN KAEDAH RUMAH PANT

NOR AZIA BINTI MISRANDR. YAHYA BIN OSMANInstitut Pendidikan Kampus Ipoh[ [email protected] ]

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu saya dalam menambah baik amalan pengajaran saya supaya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam topik Operasi Penolakan Dengan Mengumpul Semula Dalam Bentuk Lazim dengan menggunakan kaedah Rumah PANT. Lima orang murid dari tahun Dua Cemerlang telah dipilih sebagai responden bagi penyelidikan ini selepas ujian diagnostik dan temu bual dijalankan. Kaedah Rumah PANT ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berperingkat dari konkrit iaitu PANT atau Petak Asas Nilai Tempat seterusnya keperingkat abstrak iaitu dalam bentuk lazim. Untuk menilai keberkesanan intervensi dijalankan, data dikumpul melalui kaedah semakan lembaran kerja, ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Kaedah triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan data yang dikumpul. Hasil analisis data menunjukkan pencapaian responden meningkat selepas kaedah Rumah PANT diperkenalkan. Secara kesimpulannya, kaedah Rumah PANT ini dapat membantu responden menjalankan operasi penolakan mengumpul semula dalam bentuk lazim dengan yakin.

LATAR BELAKANG KAJIANOperasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah atau songsangan kepada operasi tambah (Mohamad, 2011). Murid-murid yang baru melepasi saringan Linus Numerasi, amat lemah dalam pembelajaran matematik terutamanya melibatkan soalan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Berdasarkan pemerhatian hasil kerja murid, saya mendapati ramai murid tidak dapat menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Masalah timbul apabila satu atau lebih digit pada nombor pertama adalah lebih kecil daripada digit yang sepadan dengannya pada nombor kedua. Hal ini menunjukkan murid kurang faham konsep pengumpulan semula. Menurut Mohamad (2011), kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan menghafal sesuatu konsep. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) perlu diperbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran yang dijalankan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan (Mok, 2009). Justeru, saya menyedari bahawa pembentukan konsep pengumpulan semula secara konkrit dan bermakna adalah perlu untuk membantu murid melakukan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula terutamanya dalam bentuk lazim.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian saya untuk memperkembangkan pemahaman konsep mengumpul semula dengan penggunaan bahan konkrit dalam kalangan murid yang menghadapi masalah dalam membuat penolakan. Bagi mewujudkan pembelajaran yang bermakna, saya memilih kaedah Rumah PANT. Saya berharap kemahiran dan keyakinan murid dalam menyelesaikan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula yang kukuh dapat dibina serta dipertingkatkan.Soalan kajian saya ialah (1) Adakah kaedah ini dapat membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran penyelesaian hasil tolak sebarang dua nombor hingga tiga digit yang melibatkan pengumpulan semula? (2) Sejauhmanakah kaedah Rumah PANT dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim?

TINDAKAN YANG DIAMBIL

Program intervensi dijalankan sebanyak empat sesi intervensi. Dalam sesi pertama, pengajaran fokus kepada pembinaan konsep nilai tempat. Murid diberi penegasan cara menulis nilai tempat dalam bentuk lazim

rapusa

153

__89

Rajah 1: Cara menulis nilai tempat.Sesi kedua ialah pengenalan penolakan menggunakan kaedah Rumah PANT. Mula-mula murid diperkenalkan dengan nilai PANT

Rajah 2: Satu petak kecil Rajah 3: Satu jalur PANT Rajah 4: Satu petak besar PANT mewak mewakili 1 puluh PANT mewakili 1 ratus

Kemudian, murid dibimbing menolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim menggunakan PANT dan murid menulis dalam bentuk lazim pada rumah yang disediakan. Murid-murid dibimbing mengenal PANT seratus, sepuluh dan sa. Semasa sesi intervensi kedua ini, murid diberi penegasan tentang konsep menolak terutamanya yang melibatkan pinjaman dari rumah puluh ke rumah sa dan dari rumah ratus ke rumah puluh dan ke rumah sa atau sebaliknya. Sesi kedua ini merupakan sesi yang terpenting kerana murid-murid dapat memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula. Sesi ketiga murid diberi peluang menolak menggunakan kaedah Rumah PANT secara latih tubi sehingga mereka faham dan mahir. Pada sesi keempat pula, murid-murid dilatih menyelesaikan soalan operasi tolak dalam bentuk lazim tanpa bahan konkrit iaitu PANT. Murid hanya boleh menyelesaikan soalan tolak menggunakan rumah nilai tempat.

METODOLOGI

Kumpulan sasaran

Saya telah memilih lima orang murid dari kelas Dua Cemerlang yang berumur lapan tahun sebagai kumpulan sasaran melalui ujian diagnostik. Kelas ini merupakan kelas terakhir dalam tahun dua di sekolah tersebut. Murid-murid ini juga baru sahaja melepasi saringan linus numerasi. Pencapaian akademik murid-murid ini juga lemah dan kurang memuaskan kerana kebanyakan murid dalam kelas ini gagal dalam peperiksaan. Oleh itu, mereka dikategorikan murid tahap rendah atau bawah.

Cara mengumpul data

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Ujian pra dan pasca digunakan untuk melihat tahap pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Ujian pra dilaksanakan sebelum sesi intervensi manakala ujian pasca dilaksanakan selepas sesi intervensi selesai dijalankan. Kaedah pemerhatian untuk mengesan tahap pemahaman murid mengenai kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Saya melakukan pemerhatian melalui semakan latihan yang diberi semasa sesi intervensi. Selain itu saya juga menjalankan pemerhatian melalui senarai semak. Sepanjang sesi intervensi dijalankan, saya membuat pemerhatian tentang beberapa item yang telah ditentukan terlebih dahulu untuk melihat tahap kemahiran murid-murid sasaran. Kaedah temu bual dijalankan bagi mengetahui penerimaan murid sebelum dan selepas kaedah Rumah PANT diperkenalkan. Sesi temubual ini juga saya rakamkan dan dibuat dalam bentuk transkrip. Transkrip ini saya rumuskan untuk mengetahui sama ada kajian berkesan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran dan meningkatkan pencapaian murid-murid sasaran dalam melakukan penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim.

ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Rajah 5: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan Rajah 5, sebanyak lima orang murid kumpulan sasaran telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca. Ini menunjukkan kaedah Rumah PANT telah berjaya meningkatkan pencapaian kumpulan sasaran dalam penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim.

Pemerhatian

Hasil analisis pemerhatian menunjukkan bahawa murid pada mulanya tidak mahir menolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim serta kurang berkeyakinan semasa menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Namun, keadaan berubah selepas habis sesi intervensi dijalankan, kemahiran murid menolak semakin meningkat dan lebih berkeyakinan untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim.

Temu Bual

Hasil analisis temu bual sebelum kaedah ini diperkenalkan menunjukkan bahawa murid tidak berminat dengan operasi penolakan kerana menganggap ia sesuatu yang sukar. Namun selepas intervensi dijalankan, perubahan dapat dilihat di mana murid lebih ceria semasa temu bual dijalankan. Murid juga lebih berkeyakinan menjawab soalan yang diberi dan kelima-lima menyatakan mereka minat kepada operasi tolak kera ia mudah atau senang.

Semakan Latihan

Hasil semakan latihan pada sesi intervensi menunjukkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam ujian diagnostik telah dapat diperbetulkan. Latihan juga diberikan selepas intervensi dijalankan. Hasil semakan latihan yang diberikan semasa sesi intervensi, di dapati berlakunya peningkatan jawapan betul murid sasaran secara berperingkat-peringkat iaitu beransur maju. Ini menunjukkan bahawa kemahiran menolak dengan mengumpul semula murid-murid sasaran semakin meningkat.

DAPATAN KAJIAN

Soalan kajian 1: Adakah kaedah ini dapat membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran penyelesaian hasil tolak sebarang dua nombor hingga tiga digit yang melibatkan pengumpulan semula? Hasil pemerhatian melalui senarai semak dan semakan latihan kerja murid semasa sesi intervensi menunjukkan bahawa kaedah ini dapat membantu murid-murid sasaran saya meningkatkan kemahiran menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit yang melibatkan pengumpulan semula. Ini terbukti dengan peningkatan jumlah jawapan betul dalam latihan yang diberikan semasa sesi intervensi dijalankan.Jadual 1:Keputusan Lembaran Kerja.BilNama MuridIntervensiPertamaJawapan BetulIntervensiKeduaJawapan BetulIntervensiKetigaJawapan BetulIntervensiKeempatJawapan Betul

1.M11 / 103 / 1210 / 1212 / 12

2.M28 / 105 / 1212 /1212 / 12

3.M30 / 103 / 128 / 1211 / 12

4.M46 / 108 / 1212 / 1211 / 12

5.M53 / 104 / 129 / 1212 / 12

Soalan kajian 2: Sejauhmanakah kaedah Rumah PANT dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim?Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca (Lihat Rajah 5) menunjukkan prestasi kelima-lima orang murid telah meningkat selepas kaedah Rumah PANT diperkenalkan. Markah murid 1 telah meningkat daripada 0% kepada 70%. Markah murid 2 telah meningkat daripada 20% kepada 100%. Manakala murid 3 pula telah meningkat daripada 0% kepada 90%. Markah murid 4 telah menunjukkan peningkatan daripada 10% kepada 100%. Markah murid 5 juga menunjukkan peningkatan daripada 20% kepada 100%. Hasil semakan latihan juga menunjukkan kesilapan yang dilakukan sebelum sesi intervensi telah berjaya dikurangkan dan diperbetulkan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan kaedah Rumah PANT telah menunjukkan kesan yang positif dalam pembelajaran penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim. Kaedah Rumah PANT ini berjaya membantu murid-murid yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran menolak yang melibatkan pinjaman atau mengumpul semula serta meningkatkan pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim. Kaedah ini juga diharap dapat membantu guru Matematik dalam pengajaran topik penolakan.

BIBLIOGRAFI

Mohamad Hasrul Daud. (2011). Konsep operasi tolak bagi murid Tahun 1. [Versi Elektronik]. Diperoleh pada 23 Ogos 2014, dari http://mathprimary.blogspot.com/2011/03/konsep_operasi_tolak_bagi_murid_Tahun_1.htmlMok, S. S. (1996). Pengajaran matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Sdn. Bhd.Mok, S. S. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.