prosedur permainan batu seremban

2
Prosedur permainan batu seremban 1. Tujuh biji batu akan disediakan kepada para pemain 2. Setiap pemain harus menentukan giliran terlebih dahulu dengan menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 3. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. 4. Apabila giliran telah ditentukan, pemain harus menabur batu dan kemudian memilih sebiji batu untuk dijadikan sebagai ibu. 5. Ibu batu akan dilambung dan sebiji batu akan diambil dari lantai dan ibu batu harus disambut. Kemudian ibu batu dilambung lagi dan dua biji batu dari lantai akan diambil. Seterusnya ibu batu dilambung lagi dan tiga biji batu dari lantai akan diambil. 6. Batu harus diambil dengan tururtan 1, 2 dan 3. 7. Selesai peringkat ini maka pemain harus menimbang semula batu untuk mengumpulkan mata. 8. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji

Upload: akmal286

Post on 03-Feb-2016

456 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cara bermain

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Permainan Batu Seremban

Prosedur permainan batu seremban

1. Tujuh biji batu akan disediakan kepada para pemain

2. Setiap pemain harus menentukan giliran terlebih dahulu dengan menimbang

buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain

dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

3. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak

tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan

belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira

sebagai mata.

4. Apabila giliran telah ditentukan, pemain harus menabur batu dan kemudian

memilih sebiji batu untuk dijadikan sebagai ibu.

5. Ibu batu akan dilambung dan sebiji batu akan diambil dari lantai dan ibu batu

harus disambut. Kemudian ibu batu dilambung lagi dan dua biji batu dari lantai

akan diambil. Seterusnya ibu batu dilambung lagi dan tiga biji batu dari lantai

akan diambil.

6. Batu harus diambil dengan tururtan 1, 2 dan 3.

7. Selesai peringkat ini maka pemain harus menimbang semula batu untuk

mengumpulkan mata.

8. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti

permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah

yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara

mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat

disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat

menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh

meneruskan permainan semula langkah 5 hingga 7.

9. Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai

tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga

ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji

buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan

kepada pemain seterusnya.

Page 2: Prosedur Permainan Batu Seremban