proposal teks perutusan guru besar

6
1 PROPOSAL TEKS PERUTUSAN GURU BESAR MESYUARAT AGUNG PIBG, SK TAMAN SERI GOMBAK 2 Dewan Tun Teja, SKTSG2 16 FEBRUARI 2013 Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan salam 1Malaysia Yang Berbahagia, Dato Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Penyelaras BN Parlimen Gombak Yang Berusaha, Encik Amaluddin bin Abdul Manaf, …………………………………………………………… selaku Bapa Angkat SK Taman Seri Gombak 2. Yang Dimuliakan, Encik Abdul Hamid bin Mohamned Yusof, YDP PIBG, SK Taman Seri Gombak 2 Yang Dihormati barisan pentadbir, para ibu bapa dan warga guru SK Taman Seri Gombak 2. Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Seri Gombak tahun 2013. Pertama-tamanya saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin ke Mesyuarat Agung PIBG SKTSG2 pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dititipkan khusus kepada Yang Berbahagia Dato yang telah begitu sudi menerima undangan kami pada pagi ini. Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di ujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra berimbuh sepanjang zaman Gunungan terima kasih saya ungkapkan kepada Encik Amaluddin bin Abdul Manaf, Bapa Angkat SKTSG2 yang telah melapangkan diri untuk bersama-sama kita hari ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kesemua ibu bapa yang telah berusaha untuk hadir bagi menjayakan dan memaknakan Mesyuarat Agung PIBG SKTSG2 pagi ini. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan puan jadi sanjungan.

Upload: wardah-munirah

Post on 30-Apr-2015

3.320 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal teks perutusan  guru besar

1

PROPOSAL TEKS PERUTUSAN GURU BESARMESYUARAT AGUNG PIBG, SK TAMAN SERI GOMBAK 2

Dewan Tun Teja, SKTSG216 FEBRUARI 2013

Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan salam 1MalaysiaYang Berbahagia, Dato Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Penyelaras BN Parlimen GombakYang Berusaha, Encik Amaluddin bin Abdul Manaf,……………………………………………………………selaku Bapa Angkat SK Taman Seri Gombak 2.Yang Dimuliakan, Encik Abdul Hamid bin Mohamned Yusof, YDP PIBG, SK Taman Seri Gombak 2Yang Dihormati barisan pentadbir, para ibu bapa dan warga guru SK Taman Seri Gombak 2.

Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Seri Gombak tahun 2013.Pertama-tamanya saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Megat

Zulkarnain bin Tan Sri Omardin ke Mesyuarat Agung PIBG SKTSG2 pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dititipkan khusus kepada Yang Berbahagia Dato yang telah begitu sudi menerima undangan kami pada pagi ini.

Akar keladi melilit selasihSelasih tumbuh di ujung taman

Kalungan budi junjungan kasihMesra berimbuh sepanjang zaman

Gunungan terima kasih saya ungkapkan kepada Encik Amaluddin bin Abdul Manaf, Bapa Angkat SKTSG2 yang telah melapangkan diri untuk bersama-sama kita hari ini.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kesemua ibu bapa yang telah berusaha untuk hadir bagi menjayakan dan memaknakan Mesyuarat Agung PIBG SKTSG2 pagi ini.

Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladiBudi tuan puan jadi sanjungan.

Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat utama dan penting bagi membolehkan kita merangka usaha dan cara untuk melonjakkan pencapaian anak-anak dalam sisi akademik akademik dan koakademik serta memastikan kemenjadian mereka sepanjang pengalaman mereka berada di SKTSG2 ini. Sebenarnya, PIBG ini merupakan pentas dan wahana bagi pihak sekolah dan para ibu bapa untuk berkolaborasi dalam menjayakan program yang pelbagai demi kepentingan anak-anak kita di sekolah ini. Malah jalinan dan jaringan hubungan ibarat isi dengan kuku serta umpama aur dengan tebing antara ibu bapa dengan pihak sekolah merupakan resipi tanpa rahsia kejayaan gemilang sesebuah sekolah.

Marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh menyemai dan mencanai generasi muda ini untuk menjadikan anak-anak berpotensi membentuk kelompok remaja dan dewasa seperti yang diaspirasikan oleh ibu bapa sendiri, pihak sekolah, pihak komuniti setempat dan Negara. Kelak jiwa-jiwa kecil ini diacuankan untuk tegak berdikari berhati waja sebagai pemimpin besar hari esok. Insya-Allah.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dimuliakan,Sebagai makluman tuan-tuan dan puan-puan, enrolmen guru dan murid di SKTSG2 bagi tahun

2013 adalah seperti yang berikutnya:-

Page 2: Proposal teks perutusan  guru besar

2

Guru - orangMurid sesi pagi - orangMurid sesi petang - orangBilangan kelas :-Arus Perdana -PPKI -Prasekolah - 1

Dengan bilangan murid yang ramai ini, Insya-Allah, pihak sekolah amat yakin dan percaya bahawa kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG SKTSG2 tahun 2013 akan memastikan prasarana di sekolah ini kondusiif lagi selesa untuk anak-anak SKTSG2. Keberadaan mereka selama 6/7 tahun di sekolah ini akan diasuh dengan iklim pengalaman persekolahan yang menyeronokkan.

Hal ini telah terbukti apabila SKTSG2 sudah berhasil mencapai lonjakan saujana dalam keputusan UPSR 2012. Sebenarnya sasaran asal pihak sekolah bagi tahun 2012 ialah hanya 73%. Yang amat membanggakan adalah kerana keputusan sebenarnya ialah 80.09% yakni mencatat peningkatan 10.2% sekali gus mengatasi sasaran bukan sahaja pada tahun 2012 malah hingga ke tahun 2015, iaitu SKTSG2 telah menjadi antara 10 sekolah terbaik di daerah Gombak. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada warga guru SKTSG2 yang semestinya telah mendapat sokongan padu berterusan dan kerjasama erat daripada ibu bapa semua, khasnya melalui PIBG, SKTSG2

Sebagai pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, pencapaian SKTSG2 dalam UPSR 2012 adalah seperti yang berikutnya:-

Perbandingan Keputusan UPSR Tahun 2011 dan 2012

Perkara Tahun StatusPencapaian2011 2012

Peratus Lulus 70.7% 80.09% +10.2%5A 27 orang 37 orang +10 orang

GPS 2.26 2.06 -0.20

Peningkatan SKTSG2 dalam peratus lulus dan bilangan murid mendapat 5A serta penurunan peratus GPS ternyata membuktikan bahawa formula kejayaan anak-anak ini sebenarnya bergantung kepada usaha tekun para guru dengan sokongan jitu ibu bapa.

Selain itu, sepanjang tahun 2012, SKTSG2 juga menempah kejayaan cemerlang dalam bidang koakademik.

Pencapaian Koakademik SKTSG2 Tahun 2012

Bil Tarikh Aktiviti Pencapaian1 21.3.2012 Bola sepak peringkat daerah Ke-32 22 -23.2.2012 Kejohanan Balapan dan Padang

MSSD Zon Gombak :a. Lompat jauhb. Lompat tinggic. 80 m lari berpagar

JohanNaib JohanKe-3

3 4.4.2012 Pertandingan Kawad Kaki TKRS Peringkat Daerah

Naib Johan

4 23.5.2012 Pertandingan Nasyid, Hafazan dan Bercerita Peringkat Daerah

Johan Hafazan

5 23.6.2012 Pertandingan Kawad Kaki Unit Pengakap Peringkat Daerah

Johan

Page 3: Proposal teks perutusan  guru besar

3

6 27.6.2012 Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah

Naib Johan

7 14.7.2012 Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik Tenaga Nasional Berhad Peringkat Negeri Selangor

Johan Aktiviti Membina Menara

Pasukan Nasyid PPKI telah mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah pada tahun 2012.. Syabas dan tahniah Unit Kokurikulum atas pencapaian tahun 2012.

Walaubagaimanapun, kita belum boleh berada dalam zon selesa meskipun telah mencapai kejayaan lonjakan saujana tahun lepas. Kejayaan gemilang 2012 seharusnya menjadi pemangkin serta penandaarasan untuk mencipta peningkatan berterusan dalam UPSR tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Begitu juga dengan pencapaian dalam bidang koakademik tahun ini. Hal ini diyakini akan tercapai dengan kerjasama 100% daripada ibu bapa. Insya-Allah. Langkah awal kerjasama daripada ibu bapa telah tercapai pada hari pertemuan dengan ibu bapa tahun 6 pada 2 Februari 2013. Ketika pertemuan ini, ibu bapa tahun 6 telah sebulat suara bersetuju menyumbang RM200 bagi menjayakan program peningkatan prestasi UPSR 2013. Tahniah dan syabas khasnya kepada kesemua ibu bapa anak tahun 6. Dengan sumbangan dana ini, program kecemerlangan anak-anak tahun 6 akan dapat dilaksanakan demi lonjakan pencapaian UPSR tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Kajian mencatatkan bahawa kejayaan anak-anak sangat-sangat bergantung bukan sahaja

kepada para guru malah harus ada sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa. Sokongan 100% daripada ibu bapa ini menjelma dalam pelbagai bentuk seperti sokongan spiritual, emosi, kasih sayang, penjagaan kesihatan, pemakanan untuk fizikal dan minda cerdas, motivasi dan yang lebih utama ialah pemantauan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak semasa di rumah. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mampu menjadi fasilitator atau pembimbing/mentor mereka ketika mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah maka itulah yang terbaiknya. Sekiranya tidak, keberadaan tuan-tuan dan puan-puan di sisi mereka semasa mereka belajar di rumah sudah pun memberi pengertian tersirat bahawa pelajaran mereka sangat diutamakan oleh ibu bapa. Oleh itu, carilah ruang dan peluang untuk berada di sebelah anak-anak setiap kali mereka menelaah dan menyiapkan tugasan sekolah.

Sejajarnya dengan usaha ini, KPM melalui dasar Transformasi Pendidikan, iaitu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Sarana Ibu Bapa ada menggariskan panduan penglibatan ibu bapa untuk membantu pihak sekolah dalam strategi peningkatan prestasi anak-anak. Berdasarkan sarana ini ada enam peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak di rumah yakni menjadi jurulatih, mentor, Penyokong, sentiasa bermaklumat, menjadualkan kehidupan dan sahabat kepada anak. Saya yakin jika ibu bapa memainkan enam peranan tersebut secara total, Insya-Allah kemenjadian serta kecemerlangan anak-anak di rumah dan di sekolah akan selari serta mudah tercapai.

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang ada anak di Tahun Satu hingga Tahun 3, untuk pengetahuan semua, mereka kini sedang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011. Mulai tahun 2016 KSSR akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sepenuhnya. KSSR merupakan satu bentuk Kurikulum Transformasi yang memberi penekanan terhadap pembentukan insan seimbang melalui pemikiran kritis dan kreatif serta inovatif. Kurikulum ini dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid-murid ini memiliki kemahiran yang diperlukan di peringkat global. Penilaiaan terhadap murid tahun enam pada tahun 2016 tidak lagi berdasarkan keputusan UPSR semata-mata kerana akan digabungkan dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan secara menyeluruh apabila KSSR dimulakan sejak tahun 2011. PBS merupakan pentaksiran PdP yang dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini bersifat autentik dan holistik. Terdapat dua komponen PBS, iaitu Komponen Akademik bagi Pentaksiran

Page 4: Proposal teks perutusan  guru besar

4

Sekolah dan Pentaksiran Pusat manakala Komponen Bukan Akademik bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.Tujuan PBS dilaksanakan adalah untuk mengurangkan peperiksaan yang juga akan memberi peluang kepada para guru dan murid untuk menumpukan perhatian kepada peningkatan kemahiran dan kreativiti. Kaedah pelaksanaannya merujuk kepada Standard Prestasi yang menerangkan tentang pencapaian seseorang murid yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran melalui satu penanda aras yang dikenal pasti serta merujuk standard yang telah ditetapkan. Murid-murid semestinya akan dinilai secara adil dan saksama berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat. Kemahiran dan potensi tanpa dibandingkan dengan individu lain.

Sebenarnya murid-murid perlu menguasai 6 peringkat penguasaan kemahiran mengikut Standard Prestasi, iaitu dari Band 1 (paling asas-Tahu) hingga Band 6 (paling tinggi -berupaya menzahir idea kreatif dan inovatif). Penguasaan Band 1 hingga Band 6 ini dinilai bagi tahun semasa bagi semua subjek yang dipelajari.

Memandangkan Transformasi Pendidikan mulai dijayakan tahun 2013 maka kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk menerima segala perubahan dengan minda terbuka dan lapang dada serta keterlibatan bersepadu kita dalam kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak akan dirasai.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama sederap dan selangkah menggalas amanah dan memikul tanggungjwab untuk melahirkan anak-anak SKTSG2 yang cemerlang secara menyeluruh. Kelak mereka inilah generasi pemimpin alaf transformasi yang diaspirasikan memacukan Negara di pentas global.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Sebelum menyudahi ucapan saya ini, sekali lagi saya merakamkan mengangkasa penghargaan dan bilionan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang berbahagia Dato Megat Zulkarnain, Encik Amaluddin, Bapa Angkat SKTSG2 dan kesemua ibu bapa yang hadir pagi ini. Selamat bermesyuarat agung PIBG nanti.

Sekian, terima kasih.