teks ucapan perasmian kursus induksi utm siri 1/ .dengan buku siri perutusan naib ... mencapai...

Download TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/ .dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

Post on 03-Mar-2019

221 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010

OLEH :

HJ. WAN MOHD. ZAWAWI WAN ABD. RAHMAN

PENDAFTAR

18 MEI 2010

DEWAN KULIAH, BLOK P16 FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UTM, SKUDAI

ANJURAN :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN PEJABAT PENDAFTAR

2

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah.

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis,

Pn. Hjh Halijah bte Hj. Sawal, Timbalan Pendaftar

(FKKKSA) selaku Ketua Fasilitator Kursus Induksi

Siri 1/2010. Timbalan-Timbalan Pendaftar,

Penolong-Penolong Pendaftar Kanan, Penceramah-

penceramah, fasilitator kursus, Ustaz Azli bin

Abdul Rahman dan saudara/i peserta Kursus

Induksi UTM Siri 1/2010.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama

hadir dan turut serta di dalam Majlis Perasmian

Kursus Induksi UTM Siri 1/2010 ini. Selawat

dan salam kepada Junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W dan para sahabat serta tabiin.

3

Saudara/i sekelian,

Pihak Universiti ingin mengucapkan tahniah di

atas pelantikan saudara sebagai staf UTM dengan

jawatan tetap. Tahniah juga kerana telah berjaya

ditawarkan untuk mengikuti kursus induksi ini.

Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan

kehadiran dan penyertaan saudara/i di dalam

kursus ini walaupun dalam keadaan saudara/i

terpaksa mengorbankan kerja harian selama

2 minggu. InsyaAllah kursus yang akan saudara/i

ikuti selama 14 hari mulai kelmarin, 17 Mei

hingga 4 Jun 2010 akan memberi pendedahan

dan penjelasan serba sedikit tentang sistem

pentadbiran Universiti dan arahan kerajaan.

Saya percaya dalam tempoh tersebut, saudara/i

akan menjalani pelbagai latihan intensif, kelas-

kelas kemahiran, perundangan dan sebagainya

bagi persiapan saudara/i untuk menjalankan

tugas sebagai staf UTM. Semoga dengan latihan

dan ilmu pengetahuan yang diberikan saudara/i

dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah

dan dedikasi.

4

Di samping itu juga saya telah meminta agar

semua staf baru yang melapor diri dibekalkan

dengan buku panduan yang mengandungi

pelbagai maklumat Universiti dan pekeliling-

pekeliling kerajaan termasuk dibekalkan juga

dengan buku siri Perutusan Naib Canselor bagi

tahun berkenaan. Contohnya bagi tahun ini, Siri

Perutusan Naib Canselor/Siri Perutusan Tahun

Baru Naib Canselor 2010 bertajuk Berpaksi

Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai

Tinggi harus dibaca dan difahami oleh setiap staf

UTM bagi memastikan segala hasrat Y. Bhg. Dato

Naib Canselor dapat dihayati.

Selaras dengan perkara ini juga, Universiti

meminta setiap staf berkenaan menyediakaan satu

laporan ringkas dalam tempoh sebulan mulai

tarikh lapor diri berkaitan dengan hala tuju

Universiti seperti mana Perutusan Naib Canselor

bagi tahun berkenaan.

Ini kerana didapati terdapat pegawai yang lama

berkhidmat tetapi masih tidak dapat memberi

jawapan apabila ditanya tentang hala tuju atau

KPI Universiti.

5

Saudara/i yang dihormati,

Bagi memastikan kursus ini berjaya dianjurkan,

pihak Universiti telah menyediakan peruntukan

kewangan yang banyak (sebanyak RM100,000.00).

Oleh itu, pihak universiti mengharapkan kursus

yang dianjurkan ini akan menjadi pegangan dan

dorongan setiap staf untuk diaplikasikan apabila

kembali bagi memulakan tugas saudara atau

sekurang-kurangnya sebagai pengetahuan umum

sekiranya ia tidak berkaitan dengan tugas harian

saudara. Seperti yang saudara/i sedia maklum,

salah satu syarat untuk disahkan dalam skim

perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia

(SSM) yang memperuntukkan bahawa saudara/i

perlu :

i. Memenuhi tempoh percubaan.

ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi.

iii. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang telah

ditetapkan.

iv. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/

Perkhidmatan.

v. Mengikuti Kursus Sijil Pengajaran

Pengajian Tinggi (SPPT) (khas untuk staf

6

akademik yang dilantik mulai 1 November

2009).

Salah satu daripada 5 kriteria tersebut adalah

HADIR DENGAN JAYANYA KURSUS

INDUKSI. Dengan kata lain kursus yang

saudara hadiri pada hari ini adalah kursus

penting dan wajib dihadiri oleh semua staf

kerajaan sebelum seseorang boleh disahkan

dalam jawatan. Kalau tak sah jawatan, tak

boleh ambil PTK dan seterusnya tak dapat

anjakan gaji dan kenaikan pangkat. Kalau

dulu ada satu lagi syarat tambahan university

iaitu selagi tak dapat Ph.D, staf akademik tak

boleh disahkan dalam jawatan. Kami dah

bawa ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti

(JPU) untuk gantikan syarat ini dengan daftar

Ph.D sahaja, dah boleh memenuhi salah satu

criteria untuk disahkan dalam jawatan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan konsep

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di dalam

7

Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang mana

SSM menekankan konsep pengurusan modal

insan berasaskan kompetensi selaras dengan

hasrat kerajaan untuk meningkatkan

penguasaan ilmu, kemahiran dan budaya

kerja yang positif.

Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan

hasrat tersebut saya menyeru kepada semua

staf UTM khususnya, agar mengambil peluang

untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran ke peringkat yang setinggi yang

mungkin. Peningkatan ilmu boleh dibuat

melalui saluran latihan dalam pekerjaan

ataupun bagi yang layak meneruskan

pengajian ke peringkat ijazah dan pasca

ijazah, attachment, kursus di luar Negara dan

sebagainya.

Saudara/i sekelian,

8

Asas kewujudan dan kecemerlangan sesebuah

universiti ialah pemantapan budaya ilmu dan

ekosistem akademiknya. Itu sebabnya universiti

ternama biasanya dikaitkan dengan sejarahnya

yang panjang tanda kematangan dan kemantapan.

Justeru, untuk menjadikan sebuah institusi ilmu

sebagai universiti yang cemerlang dan ternama,

langkah utama yang perlu disegerakan ialah

mewujudkan komuniti akademik yang mantap

dari segi budaya ilmu dengan ekosistem

intelektual yang kondusif. Hal ini boleh

dimantapkan lagi menerusi pelbagai prasarana

intelektual (tanpa mengabaikan prasarana fizikal)

dengan pelbagai insentif akan menggalakkan

proses pembenihan dan penyuburan ilmu.

Universiti Teknologi Malaysia sentiasa memberi

galakan kepada semua staf untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Keutamaan diberikan kepada staf akademik untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan

Ph.D di mana biasiswa disediakan oleh UTM dan

juga KPT.

9

Universiti telah menetapkan satu set Petunjuk

Prestasi yang mana salah satunya adalah

mencapai 75% staf mempunyai kelayakan ijazah

doktor falsafah (Ph.D) pada tahun 2013.

Ini juga selaras dengan dasar dan pelancaran

program baru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

iaitu My Brain 15 dalam usaha melahirkan kira-

kira 100,000 penyelidik dan pekerja yang

mempunyai Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam

tempoh 15 tahun akan datang.

[Type a quote from the document or the summary of an

interesting point. You can position the text box anywhere in

the document. Use the Text Box Tools tab to change the

formatting of the pull quote text box.]

10

Sehubungan dengan itu, Universiti telah

mengambil inisiatif untuk menambah staf Ph.D di

UTM melalui:

i) Menambah staf yang berkelayakan Ph.D

(Part time, full time, compilation of

papers.

ii) Menambah bilangan staf Ph.D

antarabangsa melalui menetapkan KPI

kepada setiap fakulti (15 setiap fakulti)

dan juga head-hunting ke luar Negara

oleh Pengurusan Universiti.

iii) Menggalakkan staf berusia >45 tahun

membuat Ph.D secara separuh masa.

iv) Memberi peluang naik pangkat yang lebih

cepat kepada staf yang ada Ph.D.

v) Memberi kemudahan-kemudahan

tambahan kepada staf luar Negara.

Sasaran kita tahun ini 1,000 orang staf ada Ph.D,

(sekarang 800 sahaja). 3 tahun dari sekarang

1,500 orang. Sebagai contoh: Harvard University

ada 3,600 staf Ph.D, Osaka University (2,498),

Tohuku University (2,958), UKM (1,500).

11

Bagi mencapai status Universiti Penyelidikan,

Universiti juga sangat menitikberatkan hasil

penerbitan staf akademiknya. Ianya dinilai

berdasarkan hasil penulisan dan penerbitan,

khususnya dalam bentuk jurnal impak tinggi.

Saya sebut perkara ini kerana ini sahaja yang kita

kurang untuk jadi RU, iaitu Ph.D dan jurnal.

Saudara/i yang dihormati,

Pada akhir tahun 1990