proposal nombor perpuluhan

Upload: norhafizah-renlei

Post on 02-Jun-2018

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    1/9

    Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 4 Menambah Nombor

    Perpuluhan Sehingga Dua Tempat Perpuluhan

    PENGHARGAAN

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat secara

    langsung ataupun tidak dalam menyempurnakan kajian ini. Terutamanya kepada

    Guru Besar SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan, Cik Ooi Ah La dan PK Tadbir dan

    Kurikulum iaitu Cik Lim Pau Chu atas keprihatian pihak pentadbiran sepanjang saya

    menjalnkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada PH HEM dan PK Kokurikulum SJKC

    Tat Choi Tanjung Rambutan, atas kerjasama baik yang diberikan.

    Selain itu, ucapan terima kasih ini juga dihulurkan kepada penasihat-

    penasihat kajian saya iaitu semua ahli jawatankuasa Panitia Matematik iaitu Puan

    Chow Sau Fang, Puan Chu Cheng Mooi, Puan Lee Jye Shan dan Puan Low Mei

    Ling, serta murid-murid Tahun 4 SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan sesi 2012 yang

    menjadi responden Kajian Tindakan saya.

    Kalungan penghargaan ini juga ditujukan khas kepada UPSI, kerana telah

    memberi peluang kepada saya menimba ilmu di Tutorial Kali Pertama dan Tutorial

    Kali Kedua. Pengetahuan dan bahan yang diperolehi di tutorial tersebut membantu

    saya membuat Kajian Tindakan kali ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan

    kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk menyiapkan

    laporan ini samaada secara eksplisit mahupun implisit.

    Sekian, terima kasih.

    Chin Yoong LengD20112055356

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran

    murid-murid Tahun 4 menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat

    perpuluhan. Terdapat segelintir murid Tahun 4 yang tidak dapat menguasai konsep

    operasi tambah yang melibatkan nombor perpuluhan dan nombor bulat. Murid-murid

    yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid Tahun 4 dari SJKC Tat

    Choi Tanjung Rambutan.

    Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam

    pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang

    dibuat oleh murid (makropengajaran), jawapan peperiksaan akhir tahun berhubung

    dengan kemahiran ini, pemerhatian semasa aktiviti kumpulan dijalankan

    (makropengajaran) serta temubual. Soal selidik juga digunakan bagi meninjau

    pandangan murid terhadap pengajaran guru.

    6 soalan (Pra Ujian) mengenai operasi menambah yang melibatkan nombor

    perpuluhan telah diberikan semasa makropengajaran untuk meninjau kekuatan

    pelajar dalam konsep operasi menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat

    perpuluhan. Berdasarkan analisis tersebut, terdapat segelintir murid masih belum

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    2/9

    menguasai konsep tersebut, terutama soalan yang melibatkan penambahan nombor

    bulat dengan nombor perpuluhan.

    Pelaksanaan kajian memperkenalkan satu Kaedah Permaianan iaitu

    Lakonan Jual Beli dengan wang permainan. Kaedah ini diaplikasikan supaya

    disamping belajar, murid dapat bermain bagi mengelakkan berasa cepat bosan danmudah putus asa. Dalam aktiviti jual beli, terdapat barangan yang nilainya terdapat

    perpuluhan ataupun nombor bulat sahaja.

    Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti

    dijalankan amat memberangsangkan. Perbezaan skor antara Pra Ujian dengan Pos

    Ujian yang amat ketara bagi semua membuktikan tahap penguasaan murid dalam

    operasi menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat sehingga dua tempat.

    Murid-murid didapati lebih berani untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

    Ini bermakna pendekatan yang diambil dalam Kajian Tindakan ini tepat.

    Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini,

    saya berasa puas hati apabila melihat murid yang rendah pencapaiannya dalam

    kajian ini turut melibatkan diri dan menyatakan seronok untuk menjawab soalan

    secara tidak langsung. Oleh itu, saya mendapati terdapat sesetengah murid

    memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang

    hendak diterapkan dalam pembelajaran.

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    3/9

    FOKUS KAJIAN : REFLEKSI P&P LEPAS

    Sewaktu menyemak latihan murid Tahun 4, didapati terdapat segelintir murid tidak

    dapat menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan yang melibatkan

    nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Berdasar pemerhatian semasa sesi

    makropengajaran dijalankan, terdapat murid yang menunjukkan reaksi keliru danhilang fokus semasa belajar. Beberapa murid gagal menyelesaikan masalah yang

    ditunjukkan oleh guru pada slide. Terdapat kekeliruan penambahan titik perpuluhan

    pada nombor bulat serta bilangan nombor sifar yang perlu ditambahkan pada

    akhiran nombor bulat.

    Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati atas kegagalan ini, kerana guru

    telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid. Guru

    berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu,

    satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Guru perlu membuat

    sesuatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap mata

    pelajaran matematik. Satu Kaedah Permainan akan diaplikasikan untuk menarik

    minat murid dan mengelakkan murid hilang fokus semasa P&P dijalankan.

    Pendekatan Lakonan Jual Beli akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran

    murid-murid Tahun 4 menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat

    perpuluhan.

    ISU KEPERIHATIAN

    Nombor perpuluhan kerap kali muncul di soalan yang melibatkan nilai wang,

    panjang, kuatiti cecair, kuantiiti berat dan sebagainya. Operasi menambah pula

    adalah operasi asas bagi mata pelajaran Matematik, jika pelajar tidak dapatmenguasai kemahiran ini dengan baik, bagaimana mereka dapat menyelesaikan

    soalan Matematik yang melibatkan operasi menolak, mendarab dan membahagi.

    Namun realitinya, masih terdapat murid yang gagal mengenal tempat yang perlu

    menambahkan titik perpuluhan dan bilangan nombor sifar yang perlu ditambahkan,

    apabila bertemu dengan soalan yang terdapat nombor bulat bersama dengan

    nombur perpuluhan.

    Kesannya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dalam bentuk lazim

    sedemikian, seterusnya memberikan jawapan yang salah. Oleh itu, konsep nombor

    perpuluhan ini amat perlu menilai serta membimbing murid memahami dan

    menjawab soalan yang bersituasi sedemikian. Guru juga berpendapat bahawa

    masalah ini amatlah perlu ditangani segera sebelum murid melangkah atau

    melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    4/9

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif Umum

    Meningkat kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat

    perpuluhan.

    Objektif Khusus

    i.Murid dapat mengenalpasti tempat titik perpuluhan yang sepatutnya letakkan.

    ii.Murid boleh menambah bilangan nombor sifar yang betul di akhiran titik

    perpuluhan.

    iii.Murid boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan

    dalam bentuk lazim dengan cara yang betul.

    iv.Guru boleh melihat perubahan pencapaian pelajar sebelum dan selepas

    Kajian Tindakan ini dilaksanakan melalui Pra Ujian dan Pos Ujian.

    SOALAN KAJIAN

    Pra Ujian

    a) 0.05 + 0.62 =

    b) 0.46 + 0.27 =

    c) 7 + 0.73 + 2.64 =

    d) 0.08 + 0.33 + 1.04 + 2.16 =

    e) 5.42 + 1 + 3.87 =

    f) 9 + 6.11 + 3 + 0.85 =

    Pos Ujian

    a) 0.05 + 0.62 =

    b) 0.46 + 0.27 =

    c) 7 + 0.73 + 2.64 =

    d) 0.08 + 0.33 + 1.04 + 2.16 =

    e) 5.42 + 1 + 3.87 =

    f) 9 + 6.11 + 3 + 0.85 =

    KUMPULAN SASARAN

    Responden atau kumpulan kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 4 SJKC Tat

    Choi Tanjung Rambutan sesi 2012, dan seorang guru sebagai pengkaji. Kumpulan

    ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan, di mana 11

    orang daripadanya adalah berbangsa Cina, 6 orang berbangsa Melayu dan 4 orang

    berbangsa India (Rujuk Lampiran 1).

    MERANCANG TINDAKAN

    Pemerhatiandibuat semasa aktiviti P&P Makropengajaran berlangsung, melalui

    respon kepada soalan-soalan yang diajukan (kad White Board) dan latihan bertulis

    (Pra Ujian). Di samping itu,pemerhatiandibuat juga untuk menilai keberkesanan

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    5/9

    aktiviti yang sedang dijalankan, seperti sepanjang proses P&P, tindakbalas terhadap

    penyoalan (kad White Board) serta latihan bertulis (Pra Ujian).

    Temu bualdigunakan untuk mengumpul data, dan kaedah ini digunakan

    secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Melalui temu bual,saya dapat mengenalpasti punca sebenar masalah murid dalam menguasai

    kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan, serta

    penyertaan murid dalam aktiviti P&P tersebut kurang memuaskan.

    Hasilan soal selidikdapat membantu guru mengutip maklumat atau data

    untuk meninjau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kumpulan sasaran, dan

    menentukan sama ada kaedah Kajian Tindakan yang dijalankan sesuai dengan

    keupayaan murid atau tidak. Di samping itu, guru dapat merancang P&P yang paling

    releven dalam meningkatkan pencapaian murid berdasarkan data yang

    dikumpulkan.

    Latihan bertulis dalam buku latihan dijadikan Pra Ujian untuk mengukur

    sejauh mana pencapaian dan pemahaman murid dalam menguasai kemahiran

    menambah nombor perpuluhan. Pada peringkat awal, saya telah menyediakan 6

    soalan untuk menguji tahap pencapaian murid. Selepas bimbingan dijalankan, saya

    juga sediakan bilangan soalan yang sama dalam menguji keberkesanan Tindakan

    Kajian saya.

    Hasilan daripada pengumpulan data di atas, didapati masih terdapat muridyang tidak dapat menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan

    baik. Maka, saya akan menerapkan unsur main peranan dan belajar sambil bermain

    dalam aktiviti P&P saya agar menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif.

    Dengan itu, guru juga dapat menjadikan aktiviti P&P lebih aktif dan menarik.

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    6/9

    MENJALANKAN TINDAKAN

    Tindakan yang diambil untuk menangani masalah murid keliru dan tidak mahir

    meletakkan titik perpuluhan dan penambahan bilangan nombor sifar di tempat

    nombor, serta mengatasi masalah murid cepat rasa bosan atau putus asa, maka

    guru menggunakan satu Kaedah Permainan iaitu Lakonan Jual Beli.

    Sebelum mengaplikasi kaedah tersebut, terlebih dahulu guru perlu

    menyediakan barangan berikut:

    a) Meja kecil (5 buah)

    b) Pelbagai barangan yang siap dilekatkan harga

    c) Wang permainan (wang kertas dan syiling)

    Di bawah adalah langkkah-langkah Lakonan Jual Belidijalankan.

    Langkah 1 : Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, salah satu kumpulan akan

    main peranan

    sebagai peniaga, dan setiap peniaga mempunyai gerai dan barangan

    jualannya

    sendiri. Ahli kumpulan yang selainnya adalah pelanggan, dan mereka akan

    dibekalkan wang permainan.

    : Semua pelanggan bertindak berpasangan ke gerai yang dikehendaki untuk

    membeli 2-3 barangan yang ditugaskan oleh guru.

    : Pelanggan diminta memberi jumlah nilai wang yang mencukupi kepada peniaga,

    manakala peniaga perlu memastikan wang yang diberi oleh pelanggan adalah betul.

    Guru membimbing pelanggan atau peniaga untuk mengira jumlah harga barangan

    yang dibeli atau dijual.

    Setelah Lakonan Jual Beli, bagi membuat penilaian akhir, satu Pos Ujiandijalankan.

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    7/9

    MEMANTAU DAN MENILAI TINDAKAN

    Saya berasa bersyukur kerana Kajian Tindakan ini berjaya dilaksanakan walaupun

    menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Dan berdasarkan perbandingan

    keputusan Pra Ujian dengan Pos Ujian (Rujuk Lampiran 2), didapati terdapat

    peningkatan kemahiran murid menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempatperpuluhan. Saya berasa puas hati terdapat perubahan dalam kalangan murid

    sasaran ini, bukan sahaja mencapai peningkatan dalam penguasaan asas

    Matematik, malahan perubahan dari segi tingkah laku murid berkenaan juga.

    Seperti yang disebut tadi, hasilan kajian menunjukkan terdapat perubahan

    yang positif dari segi amalan P&P guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga

    hasil kajian ini dapat memanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik,

    berkesan dan menyeronokkan bagi rakan setugas saya. Namun, terdapat juga

    kelemahan dalam kajian ini, berikut adalah kekuatan dan kelemahan kajian saya.

    Kekuatan

    Saya amat puas hati khususnya dari segi pencapaian murid dalam ujian yang

    menunjukkan peningkatan yang begitu positif dan memberangsangkan. Daripada

    pemerhatian secara tidak formal yang dilakukan oleh guru matematik kelas lain,

    komen-komen yang diberikannya adalah positif dan menggalakkan. Malah, terdapat

    juga guru yang tertarik dengan Kajian Tindakan saya dan bercadang untuk

    dikongsikan bersama. Daripada pemerhatian saya sendiri, semua murid telah

    melebatkan diri sepanjang sesi tersebut dengan aktif.

    Kelemahan

    Walaupun secara keseluruhannya, analisis telah menunjukkan hasilan yang baik,

    namun saya masih tidak puas hati, kerana masih ada murid yang tidak dapat

    menjawab semua soalan dengan betul. Masih ada murid melakukan kecuaian,

    justeru saya perlu memikirkan satu cara untuk mengatasi masalah kecuaian murid

    tersebut.

    CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah murid

    memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang

    hendak diterapkan dalam P&P guru. Maka, kajian terhadap pelbagai kaedah yang

    boleh digunakan dalam proses P&P amat diperlukan. Saya percaya, penerapan

    pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat murid tidak kira untuk apa jua

    mata pelajaran sekalipun. Pengalaman kali ini akan membantu saya dalam

    meminimumkan lagi kelemahan yang wujud semasa kajian akan datang untuk

    sampel yang lebih besar.

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    8/9

  • 8/10/2019 PROPOSAL Nombor Perpuluhan

    9/9

    LAMPIRAN

    Lampiran 1

    Lampiran 2

    Lampiran 3

    Latar Belakang

    SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan adalah sebuah sekolah gred B dengan enrolmen

    murid seramai 168 orang. Sungguhpun sekolah ini adalah sekolah aliran Cina,

    namun murid-murid di sini terdiri daripada pelbagai kaum yang telah merangkungmi

    sebanyak 45% daripada jumlah murid di sekolah ini. Adalah didapati murid-murid

    sangat lemah dalam menjawab soalan-soalan Matematik terutamanya soalan dalam

    Matematik Kertas 2.

    Jadual Pelaksanaan Kajian

    Bil. Aktiviti Tarikh

    Pelaksanaan

    1 Mengenalpasti Masalah (Makropengajaran) 5 Oktober 2012

    2 Mengumpul Data Awal (Pra Ujian) 8 Oktober 2012

    3 Merancang Tindakan 9-12 Oktober 2012

    4 Menjalankan Tindakan 15 Oktober 2012

    5 Memantau dan Menilai Tindakan (Pos Ujian) 16 Oktober 2012

    6 Menulis Laporan Kajian 19-21 Oktober

    2012

    7 Penyerahan Laporan Kajian Tindakan Ke Tapak

    Tugasan UPSI

    22 Oktober 2012

    8 Penyerahan Laporan Kajian Tindakan Secara bercetak

    Ke UPSI

    25 Oktober 2012

    Anggaran Perbelanjaan

    Bil. Jenis Bahan Kuantiti X Harga

    Seunit

    Jumlah Kos

    1 Kertas A4 RM 10.00 RM 10.00

    2 Printer Cartridge (HP) RM 65.00 RM 65.00

    3 BBB Lakonan Jual Beli RM 10.00 RM 10.00

    Jumlah RM 85.00