promosi media sosial sebagai faktor ransangan minat buku ilmiah.docx

25
PROMOSI MEDIA SOSIAL SEBAGAI FAKTOR RANSANGAN MINAT BUKU ILMIAH Muhammad Shahrul Abdul Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Media sosial dipercayai digunakan sebagai medium interaksi, pencarian bahan atau produk dan paling penting promosi kepada ransangan seseorang untuk minat kepada buku ilmiah yang kini telah mula digunakan secara aktif sebagai ransangan minat kepada ilmu yang berterusan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah faktor media sosial meransang pelajar dalam meminati buku ilmiah yang diterbitkan oleh institusi pengajian tinggi melalui media sosial yang dipilih. Kajian telah dijalankan di Universiti Sains Islam Malaysia yang melibatkan 40 pelajar dari segenap program dengan bantuan dan kerjasama fakulti bagi mempromosikan bahan ilmiah dari universiti berkenaan. Kajian mendapati 95 peratus responden mempunyai laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dan setengah daripada mereka melayari internet lebih daripada 6 jam dalam seminggu. Analisis hubungan kajian mendapati minat kepada buku ilmiah berkait rapat dengan promosi yang kuat dari media sosial yang menjadi pendorong utama responden meminati secara mendalam buku-buku ilmiah yang dikeluarkan oleh mana- mana institusi. Walaupun bidang keilmuan dan bahan ilmiah adalah berbeza dalam kalangan pelajar, tetapi faktor media sosial adalah ransangan terkuat mempengaruhi minat terhadap 1

Upload: ayoi

Post on 23-Sep-2015

41 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

PROMOSI MEDIA SOSIAL SEBAGAI FAKTOR RANSANGAN MINAT BUKU ILMIAHMuhammad Shahrul Abdul RahmanUniversiti Kebangsaan Malaysia

AbstrakMedia sosial dipercayai digunakan sebagai medium interaksi, pencarian bahan atau produk dan paling penting promosi kepada ransangan seseorang untuk minat kepada buku ilmiah yang kini telah mula digunakan secara aktif sebagai ransangan minat kepada ilmu yang berterusan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah faktor media sosial meransang pelajar dalam meminati buku ilmiah yang diterbitkan oleh institusi pengajian tinggi melalui media sosial yang dipilih. Kajian telah dijalankan di Universiti Sains Islam Malaysia yang melibatkan 40 pelajar dari segenap program dengan bantuan dan kerjasama fakulti bagi mempromosikan bahan ilmiah dari universiti berkenaan. Kajian mendapati 95 peratus responden mempunyai laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dan setengah daripada mereka melayari internet lebih daripada 6 jam dalam seminggu. Analisis hubungan kajian mendapati minat kepada buku ilmiah berkait rapat dengan promosi yang kuat dari media sosial yang menjadi pendorong utama responden meminati secara mendalam buku-buku ilmiah yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi. Walaupun bidang keilmuan dan bahan ilmiah adalah berbeza dalam kalangan pelajar, tetapi faktor media sosial adalah ransangan terkuat mempengaruhi minat terhadap buku ilmiah. Dengan itu promosi buku ilmiah dalam media sosial dengan pelbagai pendekatan yang jitu akan meningkatkan minat pelajar dalam memotivasikan mereka ke arah kecintaan dan penghargaan kepada golongan intelektual lebih-lebih lagi dari kalangan pendidik.Kata Kunci: promosi; media sosial; ransangan; buku ilmiahPengenalanPenggunaan media sosial sebagai medium untuk mempromosi bahan atau produk sememangnya telah banyak dikaji (Ran et al. 2010 dan Maggie et al. 2010). Media sosial samada memberikan impak yang positif terhadap promosi kerana jaringan dan jangkauan kepada media baharu ini adalah meluas untuk sampai kepada sasaran yang berpendidikan. Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), promosi merupakan aktiviti atau proses penting yang perlu dilalui dalam sesebuah perluasan ilmu, termasuk penggunaan buku ilmiah. Proses ini penting untuk kelangsungan minat pengguna. Apatah lagi, penerbitan ilmiah atau buku-buku pengajian tinggi dikatakan amat sukar untuk mencipta keserasian dan minat yang mendalam melainkan dengan pendapatan yang lumayan (Shaharom 2012) walaupun penerbitannya bertujuan untuk penyebaran dan pembinaan tembok ilmu yang merealisasikan kepada peningkatan kualiti kehidupan dan kemajuan manusia (Shahril Anwar 2012). Oleh itu, promosi pemasaran yang baik dan efektif amat diperlukan. Penggunaan laman sosial dalam membentuk strategi promosi terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Antaranya ialah faktor seperti faktor teknologi, faktor penggunaan media sosial dan minat buku ilmiah menjadi antara faktor yang tidak boleh dinafikan dalam sesuatu proses promosi. Faktor ini boleh mempengaruhi penyebaran bahan maklumat seperti buku ilmiah, terutama dalam mendapatkan perhatian dan menggarapkan minat pelajar atau pelanggan. Teknologi juga lazimnya membantu pelajar menjimatkan masa dan kos. Perkembangan dan pembangunan teknologi yang berlaku membantu menyebarluas ilmu dengan lebih efektif dan pantas. Hubungan teknologi dengan pengguna yakni pelajar juga dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, faktor ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya untuk terus berada dalam promosi bahan ilmiah dengan lebih holistik. Walaupun perkara ini tidak begitu dihiraukan dalam pertimbangan ekonomi dan pengurusan tradisional, teknologi tidak lagi diambil mudah dan semakin diambil kira dalam polisi sesebuah promosi (Capon & Glazer 1987).Menurut Pyun dan James (2009) mengatakan bahawa dalam promosi (berkaitan pengiklanan), apa yang penting adalah mengenai perancangan promosi secara efektif yang dapat mendorong keberhasilan suatu bahan ilmu diperluaskan. Matlamat akhirnya adalah untuk mendapatkan keuntungan dari segi mencapai target kepada pengguna terakhir bagi suatu bahan yang dirangsangkan. Dengan itu, ransangan promosi mestilah mampu meningkatkan motivasi dan minat pelajar (pengguna) untuk bertindak meminati serta membaca bahan ilmiah (Wang & Sun 2010). Yang dimaksudkan dengan perancangan promosi yang efektif adalah dengan menyebarluaskan informasi dan maklumat mengenai suatu bahan mahupun produk yang bertujuan untuk menciptakan dan memperkenalkan secara terperinci ciri-ciri bahan atau produk yang diransangkan. Diharapkan ransangan tersebut dapat mempengaruhi sikap pelajar, sehingga mereka dimotivasi untuk lebih berminat dan mengetahui secara terperinci mengenai bahan ilmiah yang diransangkan.Ransangan media sosial yang pantas dan efektif lazimnya akan menimbulkan perhatian yang lebih menarik dan membantu pelajar memproses maklumat sehingga menimbulkan minat dan bersikap positif terhadap bahan ilmiah yang ditonjolkan.Dalam Facebook umpamanya, pengguna memilih media sosial itu kerana media tersebut menawarkan potensi maklumat yang lebih dekat dan praktis dalam perluasannya, serta terdapat kepuasan yang dirasakan dalam mendapatkan informasi yang lengkap lagi-lagi laman sosial yang diguna oleh pengguna seluruh dunia. Twitter dan Instrgram sebagai medium kepada pelajar yakni pengguna yang mempunyai inisiatif dalam memuaskan keperluan mereka menggunakan tweet dan foto yang menjadi media yang spesifik, maksudnya adalah manusia menyampaikan bahan ilmu kepada yang lain dan akhirnya mereka memilih media tersebut untuk mendapatkan faedah dari penggunaan yang melalaikan. Satu hal yang berkaitan dengan promosi, ia meliputi semua perkara yang terdapat dalam elemen promosi yang peri utamanya adalah mengadakan komunikasi yang bersifat memujuk. Menurut pengkaji Slanton, "Promotion is an exercise in information persuasion and communication". Menurutnya promosi merupakan usaha dalam bidang informasi yang berusaha memujuk dan berkomunikasi. Ketiga-tiga hal ini tersebut saling berkait antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, selaku pemberi informasi, kita berusaha untuk memujuk pengguna, di lain pihak pula yang dipujuk kerana mereka adalah penerima yang mendapatkan informasi. Promosi penjualan adalah insentif atau perkara jangka pendek untuk meningkatkan pembelian atau penjualan suatu produk yang mana pembelian dilakukan serta-merta. Kegiatan promosi yang termasuk dalam promosi penjualan ini misalnya pemberian kupon, pertandingan, pameran dan lain-lain. Selain itu juga, dalam meluaskan suatu program promosi penjualan, langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah: (1) Pemasar harus menentukan besarnya insentif yang akan diberikan; (2) Pemasar harus menetapkan syarat-syarat yang diikutserta para peserta; (3) Pemasar harus memutuskan bagaimana cara mempromosikan dan menyebarluaskan program promosi itu sendiri; (4) Pemasar harus menetapkan lamanya waktu berpromosi; (5) Pemasar harus menetapkan anggaran promosi penjualannya.Pernyataan MasalahBahan ilmu atau lebih dekatnya, bahan ilmiah seperti buku akademik, keagamaan, bahan berfakta, jurnal dan penyelidikan yang berkepentingan daripada penulis atau penerbit akademik sering dipandang enteng dan sepi oleh hampir semua pelajar atau penuntut di sesebuah sekolah atau institusi kerana sikap kurang minat rakyat Malaysia dalam membaca bahan-bahan ilmiah dan akademik melainkan mereka yang benar-benar mencari bahan ilmiah walau dalam pelbagai keadaan sekalipun termasuk membelinya secara terus di kedai atau mendapatkannya daripada penulis akademik itu sendiri. Rakyat Malaysia khususnya pelajar dan penuntut universiti lebih cenderung mencari bahan-bahan bacaan seperti novel, komik dan bahan berunsur humor dan komedi. Ini boleh dilihat dalam pelbagai ekspo buku yang dianjurkan di negara ini seperti The Big Bad Wolf yang diadakan setiap tahun, pembeli seakan terlalu sakan dan lebih berminat terhadap bahan-bahan selain akademik dan ilmiah yang sepatutnya menjadi pilihan terutama pelajar dan penuntut universiti. Pelajar dan penggemar buku lebih berminat kepada buku yang bersifat hiburan dan novel percintaan sahaja tanpa mengambil kira keutamaan mereka dalam membeli iaitu membeli bahan ilmiah melainkan musim peperiksaan atau tugasan. Bahan ilmiah tidak menjadi tumpuan kepada seseorang ketika mana mereka melayari media sosial, sambil berkomunikasi dan berkongsi sesuatu perkara. Mereka lebih suka mempromosi atau berkongsi tentang produk atau bahan selain bahan ilmiah dan sering dipandang sepi. Cabaran Membentuk Budaya Yang MembacaDesakan keperluan ekonomi isi rumah boleh dikatakan salah satu punca golongan pelajar kurang membaca. Peningkatan kos kehidupan negara membangun seperti Malaysia menghimpit mereka untuk mengejar kesenangan material dengan mengorbankan masa untuk membaca dan perolehan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi bahan ilmu dan berilmiah.Lebih membimbangkan ialah sifat cintakan ilmu pengetahuan yang semakin menipis dek kerana promosi dan pasaran yang begitu sempit sehinggamasyarakat hanyut dibawa arus hedonisme yang membuatkan tabiat membaca terbatas kepada buku-buku teks dan nota-nota kuliah untuk tujuan peperiksaan, dan bukannya lahir daripada kecintaan ilmu dan keinginan meneroka perbatasan ilmu yang sedia ada.Komuniti setempat berperanan penting meringankan beban ini melalui penubuhan kelab-kelab buku di kalangan para pelajar universiti, persatuan atau fakulti. Sedikit sebanyak, beban kos buku berkualiti yang tinggi dapat dipikul bersama. Malahan, kelangsungan budaya membaca dan kebertanggungjawaban membaca sebagai ahli kelab buku juga dapat diterapkan. Wujud langkah-langkah memperkasa koleksi perpustakaan tempatan serta kempen-kempen mengimarahkannya turut berperanan melengkapi usaha menggalakkan budaya membaca dan menyegarkan kecintaan terhadap ilmu. Namun ia masih tidak cukup untuk memupuk mereka dalam memiliki dan menjadikan bahan ilmiah sebagai bahan utama dan ia tidak lari dengan konsep kebiasaan dan merupakan langkah manual yang tidak dilihat sebagai faktor ransangan yang begitu sempurna kerana semakin dilupai masyarakat masa kini. Dengan itu, langkah drastik yang memungkinkan mereka merangsang untuk membaca bahan ilmiah dan akademik adalah melalui media soaial.Dengan adanya media sosial dewasa ini, secara tidak langsung penulis-penulis akademik dapat mempromosi dan memasarkan hasil karya dan dapatan mereka dengan pencinta atau penuntut sesebuah institusi atau sekolah yang ingin mendapatkan bahan untuk menelaah dan menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang masing-masing di samping sifat media baharu seperti media sosial yang merentasi dunia tanpa sempadan, memungkinkan pelajar boleh mendapatkan bahan ilmiah dengan lebih teransang, mudah, efisien dan berkesan.

Objektif Kajian1. Untuk mengenalpasti media sosial sebagai bahan ransangan minat pelajar terhadap bahan ilmiah.2. Untuk menjadikan bahan ilmiah sebagai bahan atau produk pilihan pelajar.3. Untuk menentukan mana-mana tiga media sosial sebagai medium terbaik mempromosi dan meransang pelajar terhadap bahan ilmiah.

Metodologi KajianKajian ini telah dijalankan ke atas 40 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar Unversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai yang mana mereka datang dari pelbagai bidang, fakulti dan program di universiti tersebut. Pengumpulan data melalui kaedah tinjauan dan kaji selidik dilakukan dari 4 hingga 21 Mei 2015 yang mana penulis melakukan tinjauan di sekitar perpustakaan dan beberapa fakulti ke atas 40 pelajar yang dipilih. Rata-rata yang dipilih merupakan pelajar yang sering menggunakan internet sebagai rujukan utama tanpa melakukan rujukan daripada bahan ilmiah tertentu untuk tugasan mahupun kerja mereka. Adapun responden dilihat tidak begitu berminat untuk membeli bahan aau rujukan ilmiah melainkan membuka media sosial, internet atau media baharu yang mudah untuk diakses di mana sahaja. Dengan melihat ketaksuban dan rujukan pilihan mereka adalah media sosial, penulis telah mengambil tindakan berpakat dengan pihak fakulti masing-masing bagi mempromosi dan memasarkan buku akademik dan bahan ilmiah terkini bagi mempengaruhi pelajar untuk memilikinya selain membuat rujukan ke atas tugasan yang mereka perolehi daripada pensyarah mereka. Memandangkan kos pembelian dan untuk memiliki sesebuah buku juga diambil kira oleh mereka, kerjasama dengan pihak fakulti melalui laman sosial setiap fakulti memudahkan pelajar universiti merujuk dengan tidak teragak-agak. Walau ahli akademik seperti pensyarah mewajibkan mereka membelinya namun tidak semua mampu memilikinya. Dengan adanya laman sosial yang diwujudkan bermula Facebook, diikuti Twitter dan seterusnya Instagram membolehkan promosi dan pasaran bahan ilmiah sebagai faktor ransangan dan pengaruh kepada pelajar universiti berkenaan. Kajian ini telah menggunakan beberapa konstruk:Pendedahan media Pendedahan media dalam kajian ini bermaksud sejauh manakah individu memberikan tumpuan kepada sesuatu promosi berkaitan dengan bahan ilmiah dalam media sosial. Untuk mengukur pemboleh ubah ini responden ditanya dengan soalan berikut : Dalam satu minggu berapa jam anda menghabiskan masa untuk melayari internet dan mengemudi laman sosial? Kategori jawapan terbahagi kepada 5 iaitu kurang daripada 2 jam, 2-4 jam, 5-7 jam, 8-10 jam, dan lebih 10 jam. Skor tertinggi ialah 5, sedangkan skor terendah ialah 1 poin.

Tumpuan terhadap iklan bahan ilmiahTumpuan terhadap promosi maksudnya sejauh mana responden memberi tumpuan terhadap promosi dan pasaran dengan mengemukakan soalan berikut: Sejauhmanakah anda memberi tumpuan kepada promosi bahan ilmiah yang terdapat dalam internet dan media sosial? Terdapat tiga kategori jawapan yang boleh dipilih oleh responden tidak memberi tumpuan, sedikit tumpuan dan banyak tumpuan. Skor tertinggi bagi setiap kategori tumpuan terhadap sesuatu media adalah 3, sedangkan skor terendah ialah 1 poin.

Minat terhadap bahan ilmiah Minat terhadap sesuatu bahan bermaksud perasaan responden terhadap bahan yang diiklankan dalam media. Untuk mengukur minat responden terhadap promosi bahan ilmiah dan akademik, responden telah ditanya seperti berikut: Sejauh manakah anda berminat terhadap bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan oleh pensyarah dan penulis hebat, yang anda lihat melalui internet dan media sosial?. Responden diberikan pilihan berdasarkan empat kategori jawapan iaitu sangat berminat, berminat, kurang berminat, dan tidak berminat. Bagi responden yang memperolehi skor tertinggi iaitu 4 poin, bermakna responden berkenaan mempunyai minat yang tinggi terhadap bahan ilmiah.

Membeli bahan ilmiahSetelah tahap berminat, maka tahap yang terakhir adalah membeli bahan. Membeli bahan ilmiah dalam kajian ini bermaksud membeli bahan tersebut sepanjang tempoh 6 bulan yang lalu. Soalan yang yang dikemukakan pada responden adalah seperti berikut : Dalam tempoh 6 bulan lepas, berapa kalikah anda membeli bahan ilmiah? Kategori jawapan yang boleh dipilih oleh responden terbahagi kepada: tidak pernah membeli, sekali, 2-3 kali dan lebih dari 3 kali. Skor tertinggi bagi setiap kategori ialah 3 sedangkan skor terendah ialah 1. Responden yang menghampiri poin tertinggi dapat dikategorikan mereka lebih cenderung membeli, berbanding responden yang menghampiri poin terendah. Adapun responden mempunyai sebab tertentu mengapa mereka tidak membeli dengan menyediakan ruang kosong untuk menyatakan sebarang pernyataan seperti contoh bahan ilmiah telah disediakan dalam bentuk PDF. Hasil kajianKajian ini mendapati sejumlah 90 peratus responden aktif di dalam internet. Dalam kalangan responden yang aktif, 42 peratus mengakses lebih daripada lapan jam seminggu atau sekurang-kurangnya satu jam sehari. Sejumlah 30 peratus lagi menggunakan media sosial antara dua hingga 7 jam seminggu. Responden yang menggunakan media sosial kurang daripada satu jam seminggu hanyalah 15 peratus sahaja (lihat Jadual 1).Data seterusnya menunjukkan perhatian terhadap promosi. Dalam kalangan responden yang menggunakan media sosial, 67% memberikan tumpuan kepada promosi yang dipaparkan melalui media sosial dan 23% lagi tidak pernah memberikan perhatian langsung. Jadual 1: Tumpuan promosi bahan ilmiah dalam media sosial

Media sosial (%)

Akses kepada internet

Ya 90

Tidak 10

Menggunakan media sosial

Kurang dari 1 jam 15

2-4 jam 12

5-7 jam 30

8-9 jam 14

Lebih dari 10 jam 42

Tumpuan terhadap promosi

Tiada beri tumpuan langsung 23

Memberi sedikit tumpuan 33

Memberi banyak tumpuan 67

Jadual 2: Minat dan melakukan pembacaan bahan ilmiah/pembelian dalam media sosialMedia Sosial

Pernyataan FacebookTwitterInstagram

Minat

Sangat berminat

Tidak pasti

Kurang berminat

Tidak berminat

75%

12%

8%

5%

14%

34%

23%

29%

71%

14%

9%

6%

Melakukan pembacaan/membeli

Tidak pernah

Sekali

2-3 kali

Lebih dari 3 kali

5%

66%

14%

15%

73%

11%

9%

7%

14%

66%

15%

5%

Selepas kajian tumpuan terhadap promosi bahan ilimiah, menerusi jadual 2 menunjukkan peratus kajian yang diperolehi yang mana melalui minat, seterusnya konstruk melakukan pembacaan atau membeli bahan ilmiah menerusi pilihan media sosial yang disediakan. Hasil kajian menunjukkan laman sosial atau media pilihan pelajar adalah Facebook. Sehubungan dengan itu, Facebook menjadi pilihan pelajar dengan mencatatkan 75 peratus bagi tujuan promosi bahan ilmiah terhadap ransangan mereka. Seterusnya melalui tindakan pelajar untuk membaca sekurang-kurangnya selain membeli, kebarangkalian pelajar membeli dengan sekali berada pada peratus yang sangat memberangsangkan iaitu, 66 % melalui Facebook. Selain dari Facebook, media sosial lain yang juga mencatatkan peratus tertinggi dan menjadi pilihan iaitu Instagram. Sebanyak 71% pelajar mengakui promosi di Instagram lebih meransang mereka untuk minat terhadap bahan ilmiah. Seterusnya, sama seperti yang dicatatkan untuk Facebook, Instagram menjadi media sosial pilihan pelajar untuk meransang mereka membeli atau sekurang-kurangnya membaca pada di laman sosial tersebut bagi memupuk minat mereka. Berbanding kedua-dua laman sosial, Facebook dan Instagram, Twitter kurang menjadi pilihan pelajar dengan mencatatkan peratus sangat berminat dengan peratus yang rendah iaitu 29% manakala pernyataan kurang pasti mencatatkan peratus tertinggi iaitu 34%. Ia juga bersangkut paut dengan peratus yang dicatatkan untuk pernyataan tidak pernah membeli atau membaca sekurang-kurangnya (bentuk PDF) dengan catatan 73 %, iaitu juga tertinggi bagi meransang mereka terhadap bahan ilmiah. Ini mungkin disebabkan sifat Twitter itu sendiri yang hanya berkonsep kepada penghantaran pos dan mesej secara ringkas dan terlalu mudah yang mana tidak sesuai kepada promosi sesuatu produk atau bahan ilmiah berbanding Facebook dan Instagram.Melalui kajian ini juga, peratus kajian juga menunjukkan pelajar tidak terlalu berminat untuk mengulangi pembelian atau melakukan pembacaan secara berulang melalui konstruk 2-3 kali atau lebih daripada 3 kali dengan peratus tidak melebihi 15 peratus selain konstruk sekali yang sememangnya mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dan tidak dijangka. Dengan peratus kajian bagi konstruk-konstruk di atas menunjukkan pelajar masih berminat untuk memiliki bahan ilmiah atau sekurang-kurangnya membaca sekaligus pelajar berminat terhadap promosi yang dibuat bagi tujuan ransangan mereka terhadap bahan ilmiah di media sosial.

Perbincangan KajianMelalui hasil kajian di atas, sememangnya suatu kajian yang masih dianggap releven di atas promosi bagi bahan ilmiah kerana ia bersandarkan kekuatan promosi bagi meransang pelajar untuk meminati, membeli atau membaca bahan ilmiah sekaligus tidak mengabaikan promosi bahan atau buku ilmiah yang sering dipandang sepi oleh bukan sahaja pelajar malah pengguna-pengguna media sosial lain. Sehubungan dengan itu, pilihan media sosial juga penting bagi merealisasikan kegiatan promosi yang lebih kuat dan jitu berkenaan bahan ilmiah yang dihasilkan oleh penerbit, pensyarah dan pihak-pihak berkaitan. Di sini kita melihat bagaimana media sosial menguasai seseorang pelajar mahupun pengguna dalam memilih, membeli, membaca, mengenalpasti produk dan bahan seterusnya menjadi tunjang kepada perhatian dan ransangan yang berkekalan. Facebook dilihat media sosial paling diminati dan menjadi pilihan kerana ia sudah terbukti berjaya memberikan promosi yang sangat cepat meluas dan pantas, lebih-lebih lagi pengguna telah menemui laman sosial yang sangat bersesuaian dengan tujuan promosi untuk meransang iaitu Instagram yang hanya memerlukan gambar, kapsyen dan membuat tag kepada sesiapa yang berkenaan. Oleh itu media sosial bukan sahaja menjadi medium promosi tetapi ia juga digunakan dan dilihat sebagai multi-medium dan berseuaian dalam apa jua keadaan dan masa tanpa rentetan atau tergendala.

Penggunaan Media Sosial sebagai Saluran Ransangan Terhadap Bahan Ilmiah dan buku akademikPenerbitan bahan ilmiah adalah antara elemen penting yang perlu ada pada sesebuah universiti, sekolah atau institusi dan lazimnya diuruskan oleh penerbit, pensyarah university atau guru sekolah. Penerbit bahan ilmiah ini mampu menjadi alat perhubungan awam yang dapat mempromosi nama mereka sendiri dan merangsang minat seseorang pelajar sesebuah institusi di dalam mahupun luar negara (Hamedi 2010). Kebanyakan dari mereka menggunakan media sosial sebagai salah satu strategi promosi dan pemasaran untuk bahan terbitan dan ilmiah mereka. Dua elemen utama media sosial sebagai bahan ransangan kepada bahan ilmiah:

1) Media Sosial sebagai Medium Perhubungan AwamMedia sosial mengenengahkan skop yang lebih baik untuk tujuan perhubungan awam, iaitu dalam membangunkan dan menguruskan aliran maklumat terhadap pelajar dengan bahan atau produk yang dirangsangkan (Grunig & Hunt 2010). Media sosial boleh mengubah sifat perhubungan awam kerana media sosial itu sendiri boleh bertindak sebagai alat perhubungan awam, yang merupakan sesuatu yang amat penting dalam semua aktiviti promosi dan pemasaran. Kewujudan media sosial dapat meningkatkan ransangan dan minat kepada seseorang. Ini kerana dengan media sosial, bahan ilmiah lebih mudah dikenali dan diketahui kewujudannya oleh orang ramai. Dengan paparan halaman yang menarik serta pengisian maklumat yang lengkap, imej bahan dapat dibina dengan lebih cepat berbanding menerusi kaedah konvensional. Ia juga menawarkan cara baharu untuk mewujudkan perhubungan yang erat dengan pelanggan, yakni pelajar (Sterne 2009), di samping kebanyakan pendedahan yang menggunakan media sosial hanyalah produk atau bahan yang bersifat keuntungan, bukan kepada bahan yang bermanfaat dan berguna. Oleh itu, media sosial juga mampu menjadi media pehubungan awam kepada sesuatu bahan ilmiah mahupun akademik, bukan perhubngan awam kepada produk atau pihak yang hanya mengejar keuntungan semata, tanpa meletakkan manfaat di aras yang betul dan terkini.

2) Media sosial sebagai Saluran PromosiPromosi dilihat sebagai satu bentuk ransangan dan komunikasi istimewa yang khusus bersifat pujukan. Ada juga yang melihatnya sebagai cara untuk memotivasikan dan menarik pelajar untuk bertindak balas dan minat kepada bahan ilmiah. Di sini jelas bahawa promosi bertujuan untuk merangsang permintaan atau minat terhadap sesuatu produk, bahan atau perkhidmatan. Malah bagi Yesil (2008), media sosial merupakan medium baharu promosi, terutama pengiklanan, yang terbaik selepas kehadiran televisyen dan radio dan terdapat perbezaan yang besar antara promosi tradisional dengan Internet. Promosi tradisional merupakan aktiviti pasif yang membolehkan orang ramai menerima mesej tanpa mencarinya. Namun, Internet, yakni media sosial adalah segala-galanya yang mempunyai nilai yang hebat sejak media sosial menyediakan peluang untuk menyampaikan maklumat melalui ruang perkongsian dan komentar berkenaan produk atau bahan dan faedah-faedahnya berbanding media lain yang memerlukan penggiat promosi membayar berdasarkan masa dan ruang. Sesuatu media sosial juga boleh dianggap sebagai ransangan kerana boleh memenuhi objektif dan tujuan utama promosi seperti untuk memaklumkan, memujuk, dan mengingatkan orang ramai lebih-lebih lagi pelajar tentang sesuatu bahan ilmiah dan produk akademik. Cara yang paling lazim adalah dengan menggunakan risalah atau katalog elektronik. Paparan katalog membolehkan pengunjung media sosial mendapat maklumat berkenaan judul-judul bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan atau diterbitkan dan memudahkan mereka melakukan pembacaan, revisi, pesanan atau tempahan. Katalog ini boleh diubah atau dikemaskinikan pada bila-bila masa untuk memaparkan sebarang maklumat baharu dan terkini seperti terbitan baharu, tawaran, mahupun info terkini.Cadangan KajianKajian ini hanya melibatkan tiga media sosial yang terkini dan terpakai iaitu Facebook, Twitter dan Instagram. Mungkin perlu adanya kajian ke atas promosi yang dibuat ke atas laman blog atau web yang menjurus kepada promosi tentang bahan akademik universiti dan buku akademik yang diterbitkan oleh pihak university dan sekolah bagi memastikan buku dan bahan ilmiah tetap menjadi pilihan pelajar atau pengguna media sosial bukan sekadar bermusim. Untuk kajian di atas juga, tumpuan hanya dilakukan ke atas pelajar-pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan responden hanya sebanyak 30 orang. Untuk kajian mendatang, responden dilihat mampu ditambah kerana bilangan bagi sesebuah institusi tidak terhad dan terdapat ramai pelajar yang boleh dijadikan responden dan sampel dari pelbagai latar belakang pendidikan dan bidang, fakulti, semester serta kelab dan persatuan. Ia juga boleh diperluaskan kepada mana-mana institusi, universiti atau sekolah selain dari USIM seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) atau mana-mana sekolah yang dirasakan sesuai dengan kajian yang diajalankan. Bermakna kajian ini tidak terhad kepada sesuatu tempat sahaja, ia boleh dilakukan di mana sahaja dan diubah beberapa konstruk yang lebih sesuai dengan responden yang ingin dikaji seperti pelajar-pelajar sekolah atau pelajar universiti swasta dan kolej yang menjadi pilihan. Ia juga tidak tertakluk kepada pelajar dan boleh diperluaskan kepada pengguna media sosial, orang awam, pengguna blog serta web dan sebagainya. RumusanPenemuan kajian ini menunjukkan bahawa media sosial sebagai satu medium baharu dan terkini sebagai alat ransangan kepada minat seseorang lebih-lebih lagi pelajar terhadap bahan ilmiah. Dalam konteks kajian ini golongan pelajar telah menggunakan media sosial sebagai sumber iklan bagi bahan-bahan dan buku ilmiah. Kajian ini menyokong andaian bahawa ransangan terhadap iklan dan minat terhadap produk ilmiah sebagai pemboleh ubah pendorong untuk seseorang membeli sesuatu bahan ilmiah walaupun ia bersifat konservatif dan subjektif . Dengan itu bagi penggiat promosi, kreativiti sesuatu ransangan atau tarikan mestilah dapat menarik perhatian pengguna, lebih-lebih lagi pelajar bagi kajian ini untuk memberikan tumpuan yang tinggi terhadap sesuatu produk ilmiah sebelum dapat menarik minat dan seterusnya mempengaruh tingkah laku pembelian sesuatu bahan ilmiah. Begitu juga bagi yang sudah pun membeli sesuatu bahan ilmiah atau produk tidak semua akan berpuashati dengan pembelian tersebut. Kajian ini mendapati tidak semua yang membeli bahan ilmiah ini akan mengekalkan rasa puas dan ingin membeli lagi di masa akan datang. Dalam kalangan yang tidak berpuas hati, ransangan terhadap pembelian kali pertama akan terhenti tanpa ada kesinambungan dalam ransangan tersebut. Walau bagaimanapun dalam kalangan yang berpuas hati kemungkinan besar mereka akan mengulangi pembelian di masa akan datang mungkin kerana kaedah media sosial yang dekat dan mudah menarik perhatian sehingga menimbulkan minat dan keterujaan sesuatu bahan ilmiah.Di samping itu, bahan ilmiah memerlukan ransangan dari media yang berkaliber dan terkini seperti media sosial kerana ia mengikut peredaran zaman yang begitu pesat. Jika diikutkan, bahan ilmiah kurang diberi pendedahan dan tidak ditanam minat oleh para pelajar disebabkan terlalu biasa disediakan atau kurang publisiti di dalam mana-mana media. Seharusnya bahan ilmiah menjadi bahan yang terkuat dari segi promosi dan ransangan kepada pembeli agar ia releven dan kekal sehingga bila-bila dan bukan menjadi pilihan yang terakhir kepada bahan ransangan yang diminati. Jelas dengan adanya media sosial, ia menunjukkan kehadiran internet memberi pelbagai kebaikan kepada semua pihak kerana keistimewaan yang ditawarkan dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk promosi bagi bahan ilmiah. Malah, potensi media sosial untuk menarik minat dan merangsang pelajar dilihat sebagai sesuatu yang unik. Juga, dengan adanya laman sosial ini memberi peluang kepada pensyarah atau penerbit bahan ilmiah untuk mengekalkan keadaan dan pelanggan yakni pelajar meneroka peluang dan pasaran yang lebih luas, terkini dan terkehadapan.

RujukanGeuens, M. Pelsmacker, P. D. dan Faseur, T. (2010). Emotional advertising: Revisiting the role of product category. Journal of Business Research. Elseiver. Jen-Her Wu, Shu-Ching Wang, Ho-Huang Tsai. (2010). Falling in love with online games: The uses and gratifications perspective. International Journal Computers in Human Behavior (26 ):18621871.Mohd Khori Md Saman. 2012. Laksanakan strategi pemasaran yang efektif. MAPIM. www.1mapim.my/index.php?option=com_content&view=article&id=115:laksanakanstrategi-pemasaran-yang-efektif-&catid=42:latihanbangkel&Itemid=40Pyun, D. Y. dan James, J.D. .(2010). Attitude toward advertising through sport: A theoretical framework. International Journal of Intercultural Relations. Elseiver Ltd.Ran, W., Hao, X., & Ji, P. ( 2010). Examining user behavioral response to SMS ads: Implications for the evolution of the mobile phone as a bona-fide medium. Telematics and Informatics (27)3241.Rusmini (2013). Strategi Promosi sebagai Dasar Peningkatan Respons Konsumen. Politeknik Negeri Semarang. Jurnal Pengembangan Humaniora Vol. 13 No. 1, April 2013. Shahrom TM Sulaiman. 2012. Kelesuan penerbitan ilmiah. Kosmo. 3 Ogos. www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htmShahril Anuar Abdul Ghalim. 2012. Kelangsungan penerbitan ilmiah. Dewan Masyarakat. Ogos.Soehadi, Agus. 2010. Effectiveness Brand Building. Jakarta : Penerbit Quantum Bisnis dan Manajemen.Triady, Dendy dan Bharata, Addy Sukma. 2010. Ayo Bikin Iklan : Memahami Teori & Prakterk Iklan Media Lini Bawah. Jakarta : Elex Media Komputindo.

Wang, Y. & Sun, S. (2010). Assessing beliefs, attitudes, and behavioral responses toward online advertising in three countries. International Business Review.Elseiver.

10