projek warga

4
4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 4.1 Demografi Pelajar tiga buah sekolah di daerah Timur Laut iaitu pelajar-pelajar SMK (P) St George (SGGS), SMK Convent Pulau Tikus (CPT) dan SMK Padang Polo (PP). Responden ini adalah daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira bangsa, agama dan jantina. 5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan Secara keseluruhannya, projek warga ini adalah untuk mengkaji tentang sebabnya kurangnya minat dalam kalangan pelajar di Georgetown Daerah Timur Laut, serta mencadangkan langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah ini. Melalui kajian soal selidik yang telah menunjukkan pelajar kurang membudayakan amalan membaca. Kajian kami menunjukkan hanya 24% pelajar suka membaca. Dapatan kajian menunjukkan pelajar kerap membaca dengan melayari internet. Kajian kami jelas menunjukkan faktor yang paling utama pelajar tidak suka membaca ialah kekurangan masa. Masalah ini tidak harus dipandang remeh. Apabila pelajar tidak membudayakan amalan membaca, kesannya ialah mereka dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu 1

Upload: tang-lih-fang

Post on 09-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

CONTOH PANEL 4

TRANSCRIPT

4.0 Perbincangan Dapatan Kajian4.1 DemografiPelajar tiga buah sekolah di daerah Timur Laut iaitu pelajar-pelajar SMK (P) St George (SGGS), SMK Convent Pulau Tikus (CPT) dan SMK Padang Polo (PP). Responden ini adalah daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira bangsa, agama dan jantina.5.0 Rumusan, Cadangan dan KesimpulanSecara keseluruhannya, projek warga ini adalah untuk mengkaji tentang sebabnya kurangnya minat dalam kalangan pelajar di Georgetown Daerah Timur Laut, serta mencadangkan langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah ini. Melalui kajian soal selidik yang telah menunjukkan pelajar kurang membudayakan amalan membaca. Kajian kami menunjukkan hanya 24% pelajar suka membaca. Dapatan kajian menunjukkan pelajar kerap membaca dengan melayari internet. Kajian kami jelas menunjukkan faktor yang paling utama pelajar tidak suka membaca ialah kekurangan masa. Masalah ini tidak harus dipandang remeh. Apabila pelajar tidak membudayakan amalan membaca, kesannya ialah mereka dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya serta menyebabkan kelembapan daya fikir dan gagal memahami realiti semasa.Sebenarnya kurangnya amalan membaca dalam kalangan pelajar di sekolah menengah bukan lagi perkara yang baru. Selama ini, kerajaan kita telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, Dasar Galakan Membaca 1988 telah dijalankan sejak sekian lama. Namun, masih kurang nampak keberkesanannya. Usaha kerajaan menganjurkan Kempen Bulan Membaca setiap tahun memang dialu-alukan dan seharusnya dimanfaatkan rakyat seluruhnya. Hal ini demi untuk memupuk sikap cintakan ilmu dalam diri individu seterusnya membina masyarakat celik ilmu pengetahuan dan bertamadun tinggiOleh hal yang demikian, kami telah mengemukakan beberapa cadangan supaya pelajar dapat membudayakan amalan membaca. Napolean Benaporte pernah berkata Read, you will conquer the world! Dasar-dasar yang kami cadangkan ialah Program Jom Membaca, Satu Pelajar Satu Buku dan Program Akademi Buku. Dasar yang telah kami bangunkan sebagai polisi kelas ialah Program Jom Membaca.Program Jom Membaca ialah merupakan satu program untuk menggalakkan pelajar menggunakan masa untuk membaca dengan berfaedah secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial. Di bawah program ini, pelajar diminta untuk membaca buku pada 10 minit sebelum bermula P & P dan 10 Minit sebelum tamat waktu persekolahan. Pelajar juga dikehendaki menjalankan aktiviti membaca sepanjang waktu relief.Selepas memilih polisi kelas, kami telah mencadangkan cara-cara untuk mewartakan polisi ini. Antaranya ialah melalui kertas kerja. Kertas kerja ini akan dibentangkan oleh pihak pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meraihkan sokongan mereka bagi polisi kita. Seandainya polisi ini diterima, ia akan dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Inilah harapan kita untuk membangunkan pelajar yang berasaskan ilmu pengetahuan. . Tidak hairanlah jika ungkapan Membaca Jambatan Ilmu sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.Inilah yang dinamakan paradigma atau cara pandang. Membetulkan cara pandang kepada amalan membaca sebagai tanggungjawab, membaca sebagai kewajipan dan membaca menajamkan minda, amatlah penting. Mengubah paradigma dan cara pandang adalah di antara cabaran sukar kalau ianya tidak dilaksanakan dengan penuh mujahadah. Tukarkan amalan membaca ini sebagai amalan seronok, menarik-tertarik-memang da bomb, amalan harian adalah satu anjakan awal untuk menjadikan membaca sebagai darah daging kita. Pandanglah membaca sebagai proses menajamkan gergaji minda kita.

1