projek taman sumber sains

6
PROJEK TAMAN SUMBER SAINS 1. PENGENALAN Projek Pembinaan Taman Sumber Sains di persekitaran sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Pembinaan Taman Sumber sains ini juga amat diperlukan kerana Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid. 2. MATLAMAT Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. 3 . MISI Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan akademik dan sahsiah murid 4 . OBJEKTIF Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah : 1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid 2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam sains 3. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid 4. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran 5. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas

Upload: jumiati-ibrahim

Post on 18-Dec-2014

113 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Taman Sumber Sains

PROJEK TAMAN SUMBER SAINS

1. PENGENALAN

Projek Pembinaan Taman Sumber Sains di persekitaran sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Pembinaan Taman Sumber sains ini juga amat diperlukan kerana Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid.

2. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

3. MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan akademik dan sahsiah murid

4. OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :

1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid

2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam sains

3. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid

4. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran

5. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas

 

Page 2: Projek Taman Sumber Sains

5. MATLAMAT

Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i) Jangka Pendek:

Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur - Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

Penyediaan tanaman, mendapatkan haiwan yang sesuai

(iii) Jangka Panjang:

Menjadikan taman ilmu tempat kegemaran setiap murid

Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar taman sumber sains

Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keceriaan Taman Sumber Sains secara khususnya dan kawasan sekolah amnya

.Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan taman.

6. KUMPULAN SASARAN

kumpulan sasaran projek ialah untuk para murid dan guru-guru SK, Rancangan Biah para ibu bapa dan pelawat ke sekolah.

7. LOKASI CADANGAN

gate

pondok sekuriti

PRASEKOLAHKawasan cadangan

taman sumber sains

Page 3: Projek Taman Sumber Sains

8. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt:- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.- Pembentangan struktur projek- Pemerhatian dan lawatan ke tapak Taman Sumber Sains- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.

Memperbaiki dan mencantikkan landskap di kawasan projek- Mendapatkan benih-benih, anak pokok dan haiwan untuk Taman Sumber Sains- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan dan haiwan di Taman Sumber Sains (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan nama saintifik)

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi En. Mohd. Asrim Yakub Guru besarNaib pengerusi 1 En. Bajib Basukub Pk kurikulumNaib pengerusi 2 En. Haidin Sarumin Pk HEMNaib pengerusi 3 Pn. Malati Banaran Pk kokumSetiausaha Pn. Jumiati Ibrahim Penyelaras kelab sainsBendahari Pn. Henritta FungAJK1. Pondok Taman sains

2. Kolam Taman Sains

3. Taman Herba

4. Taman Bunga-bungaan

5. Taman Haiwan

En.Rahimih Armiah Ustz. Ahmad Salman

En. Roger Lawas En. Sointim Sadah Pn.Jaine Balang Cik Shiela J.Sampil

Cik Hanniefah Foo Ustzh.Zarina Zainom Pkrja pembersih sekolah Alpinni Husin Ustz.Shahrani En.Sayed Nuzaihan

9. STRATEGI PELAKSANAAN

Page 4: Projek Taman Sumber Sains

i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK indukii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab dan sasaran projek.iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan .iv Keberkesanan akan dinilai.

10. TARIKH PELAKSANAAN Tarikh pelaksanaan pada 03 september 2012

11. SENARAI PROJEKa) Taman bunga-bungaan b) Taman Herbab) Taman Haiwanc) Kolam Ikand) Pondok

11. KEWANGAN

i. SUMBER KEWANGAN :

Bil SUMBER Nilai (RM)1. Kewangan sekolah (pembelian bahan) RM 392.001. PIBG RM 400.002. Derma RM 208.00

Jumlah RM1000.00

Ii ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BAHAN ANGGARAN1. Bahan-bahan pembinaan (simen, paku,

pasu ,dan cat )RM 392.00

2 Bata (sumber PIBG) RM 230.003. Haiwan (ikan)(PIBG) RM 100.004. Tayar terbuang(derma) RM 128.005. Pokok/bunga(derma) RM 150.006. beroti RM 250.007 VRC RM 150.008 Cat kilat RM 150.009 Pagar berdawai RM10 Pasir RM

Page 5: Projek Taman Sumber Sains

Jumlah RM 1550.00

12. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman Sumber Sains sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………… ……………….. ………………………(JUMIATI IBRAHIM) (PN.MALATI BANARAN) ( EN. MOHD. ASRIM YAKUB)Penyelaras Kelab Sains PK KOKum Guru BesarSK. Rancangan Biah SK. Rancangan Biah SK. Rancangan Biah.Keningau. .Keningau. Keningau.

s.k : Fail sekolah,Fail Panitia dan fail kokum