program sentuhan kasih

Upload: jiejierezalius-muhammad

Post on 07-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dasd

TRANSCRIPT

PROGRAM SENTUHAN KASIH

Pada 12 September 2015 berdasarkan tentatif program sekitar jam 8 pagi hingga 5 petang ini telah dijalankan satu Program Sentuhan Kasih khidmat kemasyarakatan dan memberi sumbangan di Rumah Kanak-Kanak Kuching, Batu 12 Jalan Kuching Serian. Seramai 9 orang ahli terbabit dalam program khidmat masyarakat ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia Pusat Kuching, 6 orang kakitangan Rumah Kanak-Kanak Kuching dan 62 orang kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga 12 tahun.

Program ini adalah hasil bimbingan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku penyelaras program Sentuhan Kasih iaitu Encik Yusman Yacob dan diketuai oleh pelajar PJJ UUM yang terlibat iaitu saudara Nabil Fiqri Bin Abdul Wahab. Program ini dirancang untuk melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan sesuatu projek dan mengaplikasikan ilmu kepimpinan yang dipelajari serta menabur bakti kepada masyarakat setempat. Projek ini dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan kursus kokurikulum Khidmat Masyarakat IV bagi semester Julai 2015/2016.

Program ini juga menyarankan satu bentuk khidmat bakti, sokongan sosial dan derma kepada badan kebajikan. Melalui program ini pelajar akan dapat mengadaptasi secara langsung objektif kursus ini iaitu, memupuk semangat cinta kasih dan memahami konsep ilmu kemasyarakatan, menyemai semangat membantu ahli masyarakat di dalam pembangunan mental dan fizikal, menampilkan semangat kerjasama, kreatif, inovatif, sabar serta setia kawan melalui landasan teori dan pengalaman dan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan dengan menggabungkan ilmu pengetahuan dan tenaga untuk merancang serta menjalankan sesuatu projek.

Matlamat Umum adalah memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang kepentingan pertolongan sosial terhadap golongan yang memerlukan, dapat membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dari segi emosi, fizikal, mental dan rohani para peserta atau ahli. Melahirkan masyarakat yang bermaklumat tentang golongan yang terpinggir ini tidak tertumpu kepada satu kelompok sahaja tetapi mempunyai tanggungjawab dan kebajikan dengan cara cuba mendekati dan memahami golongan tersebut dan menjadikan ahli keluarga sebagai role model yang baik antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga dan kepada keluarga dan individu yang lain.

Manakala bagi matlamat pelaksanaan kumpulan sasaran iaitu golongan kanak-kanak di Rumah Kanak-Kanak Kuching yang terdiri daripada 53 orang murid Sekolah Rendah dan 9 orang murid Pra Sekolah. Bagi meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak ini supaya tidak rasa terpinggir dan masyarakat diluar sana masih mengambil berat dan sudi berkongsi kasih sayang bersama mereka, memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam penglibatan bersama masyarakat dalam aktiviti atau program khidmat masyarakat dan mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira jurang atau taraf.

Di samping itu, kumpulan sasaran kedua pelajar-pelajar Pengajian Jarak Jauh UUM, Pusat Kuching ini adalah jabatan kerajaan dan swasta dalam memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses menolong dalam kumpulan sokong bantu kepada masyarakat, meningkatkan kerjasama bersepadu dan berpasukan dalam menyalurkan perkhidmatan yang mampu diberikan kepada golongan sasaran dan menerapkan nilai-nilai murni dan baik serta positif dalam sanubari setiap insan tentang kepentingan menolong kepada semua golongan yang memerlukan dan kerja kumpulan adalah lebih baik kerana tenaga yang dicurahkan begitu besar.Manakala matlamat teknikal pelajar PJJ ini adalah mengetahui secara jelas tentang pelaksanaan program ini banyak mendedahkan kepentingan semangat tolong menolong, bekerjasama dan bimbingan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan khidmat masyarakat dan memberi pendedahan dan kefahaman tentang proses menolong golongan sasaran supaya mereka tidak dipinggirkan dan disisihkan untuk menjalani kehidupan harian dengan sempurna. Di samping itu, kepentingan projek kepada masyarakat dan pelajar adalah memupuk semangat kerjasama dan bertoleransi dalam kalangan peserta, mengenal pasti kebolehan diri dalam merancang masa depan masing-masing, merupakan peluang kepada mereka yang melibatkan diri untuk menabur bakti dan menyemai budi dalam program kemasyarakatan dan sekalugus menjana etika dan minat yang mendalam berkaitan masyarakat dan perhubungan sesama ahli masyarakat bagi memudahkan perlaksanaan tanggungjawab social dan kebajikan demi manfaat masyarakat.

Sejarah penubuhan Rumah Kanak-kanak Kuching dibina pada tahun 2002 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2003. Mempunyai keluasan 9.83 hektar dan berfungsi menjadi satu tempat yang telah diwartakan satu tempat selamat kepada kumpulan kanak-kanak dibawah 18 tahun yang memerlukan penjagaan dan perlindungan. Kemasukan ke rumah kanak-kanak adalah sebagai langkah terakhir. Penempatan ke rumah kanak-kanak adalah bagi satu tempoh sementara sehingga keluarga kandung kanak-kanak bersedia menerimanya atau sehingga Pegawai Kebajikan Masyarakat berjaya mencari keluarga angkat / pelihara yang sesuai. Pada masa kini terdapat 92 orang kanak-kanak dari lingkungan umur 1 tahun sehingga 16 tahun dan 52 orang kakitangan yang bertugas di rumah kanak-kanak kuching.

Objektif Rumah Kanak-Kanak adalah institusi tempat selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001. Objektif penubuhan adalah untuk member jagaan gantian kepada kanak-kanak disamping menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni. Selain itu, RKK bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh. Manakala visi dan misi penubuhan Rumah Kanak-Kanak (RKK) bertujuan untuk memberi perlindungan dan pemeliharaan yang menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan emosi yang sihat secara holistik kepada kanak- kanak yang berada di RKK. Bagi mencapai visi di atas, misi RKK mestilah mewujudkan persekitaran yang mesra kanak-kanak iaitu suasana yang kondusif/terancang dan selamat untuk perkembangan, perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.Situasi semasa, setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.

Menurut Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan (WHO), penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial yang merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi 'survival', perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited untuk memastikan kebajikan kanak-kanak di bawah Rumah Kanak-Kanak dijaga dengan baik selaras dengan fungsi Rumak Kanak-Kanak yang memberikan perlindungan dan pemeliharaan kepada kanak-kanak yang berada di Rumah Kanak-Kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga komited untuk memastikan kanak-kanak di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak mendapat perlindungan dan pemeliharaan yang terbaik serta membantu perkembangan menyeluruh untuk tumbesaran kanak-kanak dalam suasana yang merangsang pembangunan individu cemerlang. Rumah Kanak-Kanak akan memastikan semua kanak-kanak, tanpa mengira umur, budaya, bangsa, kecacatan, gender, bahasa dan agama mempunyai hak untuk dilindungi daripada penderaan atau sebarang bentuk unsure penderaan sepanjang berada di Rumah Kanak-Kanak. Rumah Kanak-Kanak akan memastikan semua bentuk tuduhan atau pengaduan melibatkan kes penderaan atau sebarang kes yang mengandungi kebarangkalian unsur-unsur penderaan diberi perhatian dan diambil tindakan segera dan bersesuaian. Rumah Kanak-Kanak komited untuk melaksanakan dan memelihara hak kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak seperti yang termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Peraturan-Peraturan Tempat Selamat 2006, Akta Pusa Jagaan 1993 dan Akta TASKA 1984 di RKK.

Keperluan untuk perubahan kanak-kanak ini merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

Dalam program Sentuhan Kasih beberapa aktiviti telah dijalankan seperti senaman Aero Combats yang dikendalikan oleh salah sorang pelajar terlibat iaitu saudara Muhammad Quazy Razali, ianya adalah senaman gabungan tarian moden dan seni beladiri mengikut tempo muzik. Senaman ini juga adalah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan. Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan, mampu memberikan individu lebih banyak variasi meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan, meningkatkan tenaga dan stamina untuk melakukan tugasan harian, mempertingkatkan kawalan glukosa dan menguatkan tulang serta sistemnya.Acara Sukaneka pula yang diadakan adalah seperti cari gula dalam tepung, tiup belon, bola ping pong dan musical chair. Matlamat permainan sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan lebih produktif pada hari tersebut.

Disamping itu, pengetahuan am dari Unit Siasatan Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) bahagian Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuching turut memberi taklimat Anjing Pengesan Dadah (K9). Masalah dadah merupakan musuh utama negara, terutamanya kepada remaja yang menjadi aset modal insan. Dadah juga adalah musuh utama kepada setiap ahli masyarakat yang inginkan keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi pendedahan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak dalam semua aspek berkenaan pembanterasan penyalahgunaan dadah. Menyedari tanggungjawab tersebut, kita juga akan mengdakan Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah dengan kerjasama daripada Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sarawak, bertempat di tempat parkir Rumah Kanak-Kanak.

Melalui program khidmat masyarakat ini, para pelajar PJJ dapat mencurahkan kemahiran dan menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari di Universiti Utara Malaysia kepada masyarakat umum dengan adanya kerjasama semua pihak yang terlibat. Dengan adanya kerjasama semua pihak yang terlibat, besarlah harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Semoga program seumpama ini dapat memberi manfaat dan faedah yang berguna serta sokongan moral kepada penghuni Rumah Kanak-kanak Kuching.