program pertandingan tulisan jawi

10
Persatuan Agama Islam INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PULAU PINANG KERTAS KERJA PERTANDINGAN TULISAN JAWI TARIKH 11 JULAI 2013 MASA 2.30-4.30 PETANG TEMPAT BLOK AKADEMIK, IPG KAMPUS PULAU PINANG ANJURAN UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PERSATUAN AGAMA ISLAM UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 1

Upload: shahakim

Post on 20-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PULAU PINANG

KERTAS KERJA PERTANDINGAN TULISAN JAWI

TARIKH 11 JULAI 2013

MASA2.30-4.30 PETANG

TEMPATBLOK AKADEMIK, IPG KAMPUS PULAU PINANG

ANJURANUNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

PERSATUAN AGAMA ISLAM

| 1

Page 2: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

Disediakan Oleh,

Khairul Haffiz Bin AzizanSetiausaha Program Pertandingan Tulisan Jawi

Disemak Oleh,

Shahmi Hakim Bin TajudinPengarah Program Pertandingan Tulisan Jawi

Disahkan Oleh,

(Puan Wan Fazah Binti Wan Ahmad)

Pensyarah Penasihat

Persatuan Agama Islam,

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Diluluskan Oleh,

Tn. Haji Khalid Bin AhmadPengarah,

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pulau Pinang

| 2

Page 3: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN..............................................................................................................4

1. 0 OBJEKTIF........................................................................................................5

2. 0 ANJURAN........................................................................................................5

3.0 LOKASI PROGRAM........................................................................................5

4.0 TARIKH / MASA..............................................................................................5

5.0 SASARAN........................................................................................................5

6.0 TENTATIF LANTUNAN MAHABBAH…………………………………………….5

7.0 SENARAI ORGANISASI..................................................................................6

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN...........................................................................6

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN.............................................................6

10.0 PENUTUP........................................................................................................8

| 3

Page 4: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.

Khat merupakan salah satu kesenian Islam yang dikagumi oleh umat Islam. Ia diminati oleh setiap lapisan masyarakat Islam daripada raja sehinggalah masyarakat umum. Keindahannya diabadikan pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, ukiran logam dan lain-lain lagi. Seni khat juga merupakan satu bidang yang paling tinggi pencapaiannya dalam kesenian Islam (Mustafa Haji Daud,1996:369).

Seni khat juga dikenali sebagai kaligrafi. Perkataan khat dalam bahasa Arab bermaksud garis atau garisan indah. Manakala perkataan kaligrafi berasal daripada perkataan Latin kalios yang bererti indah dan graph yang bererti tulisan atau aksara (Mahayudin Hj. Yahaya,2001:489).

Menurut Abdullah Jusuh (1990:128), seni khat adalah satu ciri aktiviti tamadun manusia yang merupakan salah satu keperluan asas kemasyarakatan. Daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran, manusia mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan.

Menurut Hasrul Hashim (2008), Seni khat adalah antara salah satu seni yang indah dan halus, sangat dihargai serta mempunyai kedudukan yang istimewa kepada umat Islam. Sejarah perkembangannya adalah seiring dengan sejarah perkembangan tamadun Islam. Pada abad pertama dan kedua hijrah, khat merupakan salah satu cirri untuk memperindahkan sesuatu penulisan. Melalui khat, setiap maksud dapat diungkapkan. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Kesimpulannya, seni khat adalah antara khazanah Islam yang amat berharga. Ia juga merupakan tulisan yang mempunyai kedudukan yang mulia berikutan kaitannya secara langsung dengan kitab suci Al-Quran. Kelebihan atau kemahiran menulis khat sepatutnya ada pada setiap umat Islam. Ia bukan sahaja sebagai tanda kecintaan kepada agama yang suci, bahkan satu kemahiran yang mampu menjadi metod dakwah yang paling berkesan.

| 4

Page 5: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

1. 0 OBJEKTIF

1.1 Melahirkan pelajar guru yang kritis dan kreatif

1.2 Melahirkan pelajar guru yang mahir dalam penulisan tulisan jawi

1.3 Memupuk sikap cakna terhadap seni tulisan dalam Islam

1.4 Memupuk perasaan cinta terhadap Kesenian Islam

2. 0 ANJURAN

Unit Kebudayaan Dan Kesenian, Persatuan Agama Islam

3.0 LOKASI PROGRAM

Blok Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang

4.0 TARIKH / MASA

11 Julai 2013 / 2.30 – 4.30 Petang

5.0 SASARAN

Semua Ahli Persatuan Agama Islam

6.0 TENTATIF PERTANDINGAN TULISAN KHAT

MASA PERKARA

2 :30 - 2: 45 PTG Taklimat Penganjur

2 :45 – 4: 15 PTG Pertandingan Menulis Tulisan Jawi Bermula

4 :15 – 4 :30 PTG Pengumuman Pemenang Dan Majlis Bersurai

| 5

Page 6: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

7.0 SENARAI ORGANISASI

Pengarah projek : Shahmi Hakim Bin Tajudin

Timbalan Pengarah projek : Mohd Zuhasnan Bin Abdullah

Setiausaha : Khairul Haffiz Bin Azizan

Bendahari : Muhammad Luqman Bin Md Abu

AJK : Khairul Naim Bin Jaafar

: Saiful Ridhuan Bin Mohd

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. Perkara Kuantiti Kos Perunit Jumlah

1 Kertas Putih 10 RM 0.50 RM 5

JUMLAH RM 5

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1- Penyertaan :- Terbuka kepada semua ahli Persatuan Agama Islam

2- Potongan ayat khat :Akan disediakan oleh urusetia pertandingan.- Menggunakan khat Nasakh sahaja.- Peserta yang menulis selain dari jenis khat Nasakh terkeluar dari pertandingan

dan tidak diadili.

3- Peralatan :- Sebarang alat tulis jawi dan dakwat dibawa oleh peserta.- Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.- Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang

kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri.

| 6

Page 7: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

4- Persembahan :- Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan jawi sahaja.- Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.- Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.- Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan

kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.

5- Pakaian :- Lelaki (menutup aurat)- Perempuan ( mentutup aurat).- Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

6- Masa :- Setiap peserta diberi masa 1 jam 30 minit untuk menulis jawi- Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang telah ditetapkan.

7- Pemarkahan :Dibahagikan kepada 3 bahagian :- Tulisan : 50 markah- Persembahan : 30 markah- Kebersihan :20 markah

JUMLAH :100 markah

8- Penentuan Keputusan :- Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.- Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib

Johan dan begitulah seterusnya.- Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk

kepada :

Pertama : EjaanKedua : TulisanKetiga : Kebersihan

- Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri hakim.

- Keputusan hakim adalah muktamad.

| 7

Page 8: Program Pertandingan Tulisan Jawi

Persatuan Agama Islam

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan dilaksanakan dengan jayanya. Semoga

perjalanan program ini dapat mencapai matlamat yang digariskan. Seterusnya semoga

natijah daripada program ini akan dapat memantapkan lagi hubungan antara manusia

dan Maha Pencipta serta kebergantungan kita kepadaNya.. Sekian, Terima kasih.

Semoga kemantapan pelajar islam dari segi rohani dan jasmani dapat kita capai dalam

melahirkan modal insan soleh wa musleh.

Wassalam.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

( Khairul Haffiz Bin Azizan) Setiausaha,Program Pertandingan Tulisan Jawi

(Shahmi Hakim Bin Tajudin)Pengarah Program Pertandingan Tulisan Jawi

Disahkan Oleh Diluluskan Oleh,

(Puan Wan Fazah Binti Wan Ahmad)Pensyarah Penasihat,Persatuan Agama Islam

(Tuan Haji Khalid bin Ahmad)Pengarah,IPG Kampus Pulau Pinang

| 8