program pendidikan guru buku panduanakademik · program diploma perguruan malaysia iii kandungan...

58
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) Program Pendidikan Guru INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA kementerian pendidikan MALAYSIA IPGM

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUANAKADEMIKSESI 2017/2018PROGRAM

DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA(PDPM)

Program Pendidikan Guru

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAkementerian pendidikan MALAYSIA

IPGM

Page 2: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

ii

AkademikBuku Panduan

ProgramDiploma Perguruan Malaysia

(PDPM)

Disediakan oleh:Pusat Pembangunan Akademik

Institut Pendidikan Guru MalaysiaAras 1-3, Blok 2250

Jalan Usahawan 1, 63000 CYBERJAYA

Panel Penyedia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Pendidikan Guru

© Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia

September 2017

Penasihat:YBrs. Dr. Sariah binti Abd JalilRektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Pengerusi Panel:Dr. Jamiah binti MohamadPengarah Pusat Pembangunan Akademik

Ahli Panel:Dr. Nazifah binti Shaik IsmailPn. Zainab Bee binti HamidCik Hamidah binti SamsudinDr. Chin Peng YeeDr. Hj. Mohd Nordin bin Abu BakarUstaz Othman bin LomanEncik Muhammad bin IbrahimDr. Hajah Razila binti Aw KamaludinCik Yusalina binti YusofPuan Nor Zalina binti NasirHj. Mohd Nahwiuddin bin Abdul Manaf Encik Vijayan a/l PeriasamyUstaz Mohd Nasaruddin bin IsmailPuan Nik Noralhuda binti Nik MohamedDr. Yusfarina binti Mohd YusoffPuan Amrien Hamila binti Ma’aropUstaz Izuddin bin MuhammedPuan Sa’adah binti SumrahDr. Siti Iwana Sharizan binti Abu Samah

Reka Bentuk dan Susun Atur:En. Muntasir bin Muaz

Page 3: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Panel Penyedia ii

Kata Alu-Aluan Rektor v

MAKLUMAT AM

Lagu Institut Pendidikan Guru 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2

Falsafah Pendidikan Guru 2

Visi dan Misi 2

Latar Belakang IPG 3

Pengurusan Tertinggi IPGM 3

Pengarah IPG Kampus 5

Kalendar Akademik Sesi 2017/2018 8

MAKLUMAT AKADEMIK

Pengenalan 10

Matlamat Program 11

Objektif Pendidikan Program (PEO) 11

Hasil Pembelajaran Program (PLO) 12

Kemahiran Insaniah 13

Syarat Kemasukan 14

Tempoh Pengajian Program 14

Pelaksanaan Kurikulum Program 14

Penilaian 14

Penganugerahan Diploma 14

Page 4: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

iv

KANDUNGAN MUKA SURAT

STRUKTUR PRoGRAM 15

1. KOMPONEN TERAS MAJOR PENDIDIKAN ISLAM 16

i. Struktur Kurikulum Komponen Teras Major Pendidikan Islam 16ii. Struktur Kursus Mengikut Semester Bagi Komponen Teras Major

Pendidikan Islam 17

iii. Sinopsis Kursus Wajib Bagi Komponen Teras Major Pendidikan Islam 20iv. Sinopsis Kursus Komponen Teras Major Pendidikan Islam 22v. Sinopsis Kursus Elektif Bagi Komponen Teras Major Pendidikan Islam 23vi. Sinopsis Kursus Ikhtisas Bagi Komponen Teras Major Pendidikan Islam 25

2. KOMPONEN TERAS MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 27i. Struktur Kurikulum Komponen Teras Major Pendidikan Awal Kanak-

Kanak 27

ii. Struktur Kursus Mengikut Semester Bagi Komponen Teras MajorPendidikan Awal Kanak-Kanak 29

iii. Sinopsis Kursus Wajib Bagi Komponen Teras Major Pendidikan AwalKanak-Kanak 31

iv. Sinopsis Kursus Komponen Teras Major Pendidikan Awak Kanak-Kanak 33v. Sipnopsis Kursus Elektif Bagi Komponen Teras Major Pendidikan Awal

Kanak-Kanak 35

vi. Sinopsis Kursus Ikhtisas Bagi Komponen Teras Major Pendidikan AwakKanak-Kanak 36

3. KOMPONEN TERAS MAJOR BAHASA MELAYU 38

i. Struktur Kurikulum Komponen Teras Major Bahasa Melayu 38ii. Struktur Kursus Mengikut Semester Bagi Komponen Teras Major Bahasa

Melayu 40

iii. Sinopsis Kursus Wajib Bagi Komponen Teras Major Bahasa Melayu 43iv. Sinopsis Kursus Komponen Teras Bagi Major Bahasa Melayu Sekolah

Rendah 45

v. Sinopsis Kursus Komponen Teras Bagi Major Bahasa Melayu SekolahMenengah 47

vi. Sinopsis Kursus Elektif Komponen Teras Bagi Major Bahasa Melayu 47vii. Sinopsis Kursus Elektif Komponen Teras Bagi Major Bahasa Melayu 49

Page 5: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

v

REKTORINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izin-Nya jua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah berjaya menghasilkan Buku Panduan Akademik Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) bagi sesi 2017/2018.

IPGM sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru telah diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah dan menengah yang terlatih. Selain Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM), IPG KPM juga mengendalikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Serjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI).

Buku Panduan Akademik IPG Sesi 2017/2018 ini mengandungi maklumat menyeluruh berkaitan struktur dan kandungan kursus-kursus yang ditawarkan. Maklumat yang terkandung dalam buku ini seperti Matlamat Program, Struktur Program, Objektif Pendidikan Program, Hasil Pembelajaran Program, Sinopsis Kursus, Syarat Kemasukan dan Takwim Akademik.

Akhir kata, saya berharap agar buku ini dapat menjadi panduan kepada warga IPG KPM dan semua pihak yang berkepentingan dalam usaha melahirkan para pendidik profesional selaras dengan aspirasi IPG.

Sekian, salam hormat dan selamat maju jaya.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALILRektorInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia

KATA ALU-ALUAN

Page 6: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan
Page 7: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program diploma perguruan malaysia

http://ipgm.moe.edu.my 1

MAKLU

MAT AMLAGU IPG

Institut Pendidikan GuruKami sentiasa bersedia

Menjulang etika kerjaBerkorban jiwa ragaMenjunjung aspirasi

Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegritiKeunggulan peribadi

Berteraskan keimananMendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guruKerjaya dihormati

Tidak jemu menimba ilmuBakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrarMembentuk guru berkualitiPenyayang berakhlak mulia

Mendokong visi misi IPG

Page 8: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

2

pengurusan tertinggi ipgm

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

VISI IPG

IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru

mISI IPG

IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

Page 9: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

3

LATAR BELAKANG IPG

pengurusan tertinggi ipgm

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (IKPM) merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan sekolah menengah. IPG menawarkan enam program utama iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP), Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI), Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM). IPG melaksanakan latihan perguruan melalui mod sepenuh masa dan mod sambilan.

Dr. Sariah binti Abdul JalilRektorInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan MalaysiaEmel: [email protected]

Dr. Hjh. Rusmini binti Ku AhmadTimbalan RektorInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan [email protected]

Page 10: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

4

Tuan Hj. Rahim bin Abdul Latif (sehingga 29 Disember 2017)PengarahSektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan LuarEmel: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6777

Dr. Mohd Nashruddin bin BasarPengarahPusat Penyelidikan, Pembangunan dan InovasiEmel: Tel : 03-8312 6666 samb. 6814

En. Mohd Bustaman bin Abdul AzizPengarahSektor Khidmat PengurusanEmail: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6605

Dr. Jamiah binti MohamadPengarahPusat Pembangunan AkademikEmel: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6606

Dr. Azma binti Mahmood (sehingga 4 Disember 2017)Ketua JabatanJabatan Pengurusan Kualiti dan KeutuhanEmel: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6607

Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, AMNKetua JabatanJabatan Kepimpinan & Pembangunan ProfesionalismeEmail: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6741

Page 11: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

5

En. Zulkifli bin Mat SomKetua JabatanJabatan Pengurusan Peperiksaan dan SenatEmail: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6681

En. Zulkarnain bin Abdul KadirKetua UnitUnit Kaunseling dan PsikologiEmail: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6672

Tuan Hj. Ideris bin Abu BakarPengarahIPG Kampus PerlisJalan Behor Pulai, 01000 Kangar, PerlisLaman Web: http://ipgkp.moe.edu.my/Tel: 04-9781522 Faks: 04-9781593

Tuan Hj. Hashim bin AsmanPengarahIPG Kampus Sultan Abdul HalimJln Kuala Ketil, 09200 Sungai Petani, KedahLaman Web: http://ipgksah.moe.edu.my/Tel: 04-4218621 Faks: 04-4218582

YBhg. Datin Hjh. Naimah binti JaafarPengarahIPG Kampus Darul AmanBandar Darul Aman, 6000 Jitra,Kedah Laman Web: http://ipgkda.moe.edu.my/Tel: 04-914 8300/8310 Faks:04-9175492

Tuan Hj. Khalid bin Hj. AhmadPengarahIPG Kampus Pulau PinangPersiaran Tunku Kudin, 11700 Pulau Pinang Laman Web: http://ipgkpp.moe.edu.my/Tel: 04-6603100 Faks: 04-6583680

Tn. Hj. Huzaifah bin Abd. RahmanKetua UnitUnit Teknologi Maklumat dan KomunikasiEmail: [email protected] : 03-8312 6666 samb. 6667

pengarah ipg kampus

Page 12: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

6

Dr. Hj. Sazali bin YusoffPengarahIPG Kampus Tuanku BainunMengkuang, 14000 Bukit Mertajam Laman Web: http://ipgktb.moe.edu.my/Tel: 04-5215227 Faks: 04-5214955

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed AliPengarahIPG Kampus Ilmu KhasJalan Yaacob Latif, 56000 Kuala LumpurLaman Web: http://ipgkik.moe.edu.my/Tel: 03-91318160 Faks: 03-91319393

Cik Siti Norkiah IdrisPengarahIPG Kampus Perempuan Melayu MelakaDurian Daun, 75400 MelakaLaman Web: http://ipgkpm.moe.edu.my/Tel: 06-2824827 Faks:06-2818467

Dr. Hjh. Maridah binti AliasPengarahIPG Kampus Bahasa Melayu59990 Lembah Pantai, Kuala LumpurLaman Web: http://ipgkbm.moe.edu.my/Tel: 03-22814400 Faks: 03-22814444

Dr. Yazid bin Abd ManapPengarahIPG Kampus Pendidikan Teknik71760 Bandar Enstek, Negeri SembilanLaman Web: http://ipgkpt.moe.edu.my/Tel: 06-7979600 Faks: 06-7979699

Tuan Hj. Mohd Zain bin BaduiPengarahIPG Temenggong IbrahimJalan Datin Halimah, 80350 Johor BahruLaman Web: http://ipgkti.moe.edu.my/Tel: 07-2364624 Faks: 07-2379736

Tuan Hj. Kamarulizhan bin HaziziPengarahIPG Kampus IpohJalan PPH. 31150 Hulu Kinta, Ipoh, PerakLaman Web: http://ipgki.moe.edu.my/Tel: 05-533-1311 Faks: 05-5332743

Dr. Mohamad Hussin bin Mohamad YusofPengarahIPG Kampus Pendidikan IslamJalan Maktab, 43650 Bandar Baru BangiLaman Web: http://ipgkpi.moe.edu.my/Tel: 03-89250352 Faks: 03-8925078

Tn. Hj. Adib bin Sulaiman PengarahIPG Kampus Tun Hussein OnnKM 7.75 Jalan Kluang, 83009 Batu PahatLaman Web: http://ipgktho.moe.edu.my/Tel: 07-4323275 Faks: 07-4343687

Dr. Nagalingam a/l KaruppiahPengarahIPG Bahasa AntarabangsaLembah Pantai, 59200 Kuala LumpurLaman Web: http://ipgkba.moe.edu.my/Tel: 03-22847525 Faks: 03-22847364

Tuan Hj. Baharom bin Mohd. NoorPengarahIPG Kampus Raja MelewarJalan Sikamat, 70990 SerembanLaman Web: http://ipgkrm.moe.edu.my/Tel: 06-7654000 Faks: 06-7624822

Tuan Hj. Hashim bin DeramanPengarahIPG Kampus Kota BharuPengkalan Chepa, 16109 Kota BharuLaman Web: http://ipgkkb.moe.edu.my/Tel: 09-7717700 Faks: 09-7738488

Page 13: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

7

Dr. Hj. Mohd Aziz bin Mohd DinPengarahIPG Kampus Sultan MizanKampung Raja, 22200 Besut, Terengganu.Laman Web: http://ipgksm.moe.edu.my/Tel: 09-695 7012 Faks: 09-6957429

Encik Romli bin DarusPengarahIPG Kampus KentPeti Surat 2, 89207 Tuaran, SabahLaman Web: http://ipgkkt.moe.edu.my/Tel: 088-788500 Faks: 088-788007

Puan Hamsiah binti Abdullah MasniPengarahIPG Kampus Tun Abdul RazakJln. Dato’ Mohd Musa, 94300 Kota SamarahanLaman Web: http://ipgktar.moe.edu.myTel: 082-673800 Faks: 082-672984

Tuan Hj. Abdullah bin Mohd YusofPengarahIPG Kampus Tengku Ampuan AfzanJalan Padang Tengku, 27200 Kuala LipisLaman Web: http://ipgktaa.moe.edu.my/Tel: 09-3123000 Faks: 09-3125002

KosongPengarahIPG Kampus TawauKM 36, Jalan Balung, 91009 Tawau, SabahLaman Web: http://ipgkt.moe.edu.my/Tel: 089-951250 Faks:089-213814

Encik Gumbang Anak PuraPengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus SarawakJalan Bakam, 98009 Miri, SarawakLaman Web: http://ipgks.moe.edu.myTel: 085-421201 Faks: 085-424178

Dr. Hjh. Rohani binti Abdul HamidPengarahIPG Kampus Dato’ Razali IsmailBatu Rakit, 21030 Kuala TerengganuLaman Web: http://ipgkdri.moe.edu.my/Tel: 09-6696470 Faks: 09-6696866

Puan Rujinah binti MikiPengarahIPG Kampus KeningauBeg Berkunci 11, 89009 Keningau, SabahLaman Web: http://ipgkk.moe.edu.my/Tel: 087-331444 Faks: 087-331817

Dr. Lambat anak LindongPengarahIPG Kampus RajangJalan KJD, 96500 Bintangor, SarawakLaman Web: http://ipgkr.moe.edu.my/Tel: 084-691910 Faks: 084-691913

Pn. Gerturude JockPengarahIPG Kampus GayaPeti Surat 10491, 88805 Kota KinabaluLaman Web: http://ipgkg.moe.edu.my/Tel: 088-2195301 Faks: 088-217124

Encik Jamiran bin SalamPengarahIPG Kampus Batu LintangJalan College, 93200 Kuching,SarawakLaman Web: http://ipgkbl.moe.edu.my/Tel: 082-24350 Faks: 082-252382

Page 14: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

8

KALENDAR AKADEMIK SESI 2017/2018Kalendar Akademik disediakan secara berpusat berdasarkan keperluan dan standard MQF, MS ISO dan takwim persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

AKTIVITITARIKH

(Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor)

TARIKH(Negeri-negeri lain) MINGGU

PDPM KDC AMBILAN NoV. 2017

Semester Pertama

KULIAH (Cuti Akhir Tahun Persekolahan) 26 Nov. 2017-30 Dis. 2017 27 Nov. 2017-1 Jan. 2017 5

Pembelajaran Kendiri 1 Jan 2018 - 15 Mac 2018 2 Jan 2018 - 16 Mac 2018 12

KULIAH (Cuti Pertengahan Semester I Persekolahan)

16 Mac 2018 – 24 Mac 2018 17 Mac 2018 – 25 Mac 2018 1

Page 15: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

9

AKTIVITITARIKH

(Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor)

TARIKH(Negeri-negeri lain) MINGGU

PDPM KDC AMBILAN NoV. 2015

Semester Kelima

Praktikum Fasa I1 Jan - 22 Mac 201714 Jan – 19 April 2018

2 Jan - 23 Mac 201715 Jan – 20 April 2018 12

KULIAH (Cuti Pertengahan Semester I Persekolahan)

16 Mac 2018 – 24 Mac 2018 17 Mac 2018 – 25 Mac 2018 1

Pembelajaran Kendiri 1 April 2018 - 23 Jun 2018 2 April 2018 -24 Jun 2018 10

KULIAH (Cuti Semester I Persekolahan) 8 Jun 2018-23 Jun 2018 9 Jun 2018-24 Jun 2018 2

Pembelajaran Kendiri 24 Jun 2018-23 Ogos 2018 25 Jun 2018-24 Ogos 2018 9

KULIAH (Cuti Pertengahan Semester II Persekolahan)

17 Ogos 2018-25 Ogos 2018 18 Ogos 2018-26 Ogos 2018 1

Pembelajaran Kendiri 26 Sept. 2018 – 23 Nov 2018 27 Ogos. 2018 – 24 Nov 2018 12

Semester Keenam

Praktikum II 8 Julai – 04 Okt. 2018 9 Julai – 5 Okt. 2018 12

KULIAH (Cuti Semester II Persekolahan) 23 Nov. 2018-31 Dis. 2018 24 Nov. 2018-31 Dis. 2018 5

Catatan: Kalendar Akademik tertakluk kepada perubahan semasa dan takwim persekolahan KPM.

Page 16: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

10

MAKL

UMAT

AkademikPR

OGRA

M DI

PLOM

A PER

GURU

AN M

ALAY

SIA (P

DPM) SEKOLAH RENDAH (SR) DAN SEKOLAH MENENGAH (SM)

Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak swasta untuk melahirkan guru sekolah rendah dan menengah sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Asas Perguruan. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

PENGENALAN

Page 17: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

11

MAKL

UMAT

Akademik

PROG

RAM

DIPL

OMA P

ERGU

RUAN

MAL

AYSIA

(PDPM) S

EKOLAH RENDAH (SR) DAN SEKOLAH MENENGAH (SM)

matlamat Program

objektif PENDIDIKAN Program (PEO)

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru lepasan Diploma Perguruan sekolah rendah atau menegah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

PEO adalah pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama di antara 3 hingga 5 tahun. Program ini mempunyai lima (5) PEO yang perlu dicapai oleh setiap graduan.

PE0

PE0

PE0

PE0

PE0

1

2

3

4

5

Berpengetahuan (LO1) dan berkemahiran praktikal (LO2) dalam bidang keguruan selaras dengan kehendak organisasi dan pelanggan.

Berkomunikasi (LO4) secara berkesan, melibatkan diri dan menyumbang dalam pasukan (LO5) untuk menyelesaikan masalah secara saintifik dan kritis (LO3).

Berkemahiran dalam mengurus maklumat untuk meningkatkan pengetahuan dan potensi diri ke arah pembelajaran sepanjang hayat (LO6).

Mempunyai semangat keusahawanan (LO7)

Memiliki nilai profesionalisme, sikap dan etika dalam profesion keguruan (LO8), dan menunjukkan kemahiran kepemimpinan (LO9) dalam pelaksanaan pendidikan.

Page 18: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

12

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PO)

PLO adalah pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan semua kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik. Program ini mempunyai sembilan (9) PLO yang mencangkum sembilan (9) domain hasil pembelajaran KPM.

01

09

02

03

04

05

06

07

08

PLO

PLO

PLO

PLO

PLO

PLO

PLO

PLO

PLO

Menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan dengan teori dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pendidikan Islam.

Mempamerkan kemahiran praktik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang Pendidikan Islam.

Mempunyai kebolehan berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai pihak.

Mempunyai kebolehan mengurus maklumat dan mempunyai jangkaan tentang keperluan dan kapasiti untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

Mengamalkan nilai profesionalisme, sikap dan etika dalam profesion keguruan.

Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik, dan kritis dalam bidang keguruan.

Mempunyai keupayaan dan kesungguhan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan.

Mempamerkan ciri-ciri keusahawanan untuk pembangunan kerjaya.

Mempamerkan ciri-ciri kepemimpinan dalam pelaksanaan pendidikan.

Page 19: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

13

KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

Kemahiran Insaniah adalah kemahiran rofess yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kemahiran berkumpulan. KI adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global. Pelajar IPG tidak terkecuali dalam memiliki KI yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehdupan harian serta dinilai secara komprehensif dan berkesan semasa bergelar pelajar. Terdapat tujuh elemen kemahiran insaniah yang perlu dikuasai:

1

23

45

67

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Critical Thinking & Problem Solving, CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovasi, analitis, serta kebolehan megaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baharu dan berlainan.

Kemahi ran Berkomunikas i (Communication Skills, CS) melibatkan komunikasi yang berkesan dalam rofes Melayu dan rofes Inggeris dalam konteks yang berlainan dengan peserta komunikasi yang berlainan.

Pembela jaran Ber terusan & Pengurusan Maklumat (Life Long Learning, LL) melibatkan usaha belajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baharu.

Etika & Moral Profesional (Et ika Moral , EM) melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan rofessional dan interaksi rofes.

Kemahiran Keusahawanan (Kemahiran Keusahawanan, KK) melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.

Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skills, LS) melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepemimpinan dalam pelbagai aktiviti.

Kemahiran Berpasukan (Team Skills, TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.

KEMAHIRANINSANIAH

Page 20: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

14

Syarat dan kelayakan am untuk menjalani pengajian di peringkat PDPM ialah pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan kelayakan akademik memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala syarat-syarat lain yang berkaitan akan dimaklumkan melalui iklan.

Tempoh pengajian bagi PDPM ialah selama 3 tahun atau dalam 6 semester.

Semua pelaksanaan pengajian PDPM adalah melalui kuliah, amali dan projek. Kuliah diadakan setiap minggu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan kerja amali di makmal atau bengkel atau di lapangan bagi mendapatkan kemahiran yang berkaitan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar juga diamalkan termasuk Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning) dan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning). Penggunaan Unit Plan, Portfolio Pembelajaran, kajian kes, penyelidikan tindakan, pentaksiran prestasi (performance assessments), penilaian tugasan terarah, dan penilaian portfolio dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran diaplikasi kepada masalah amalan atau praktis yang sebenar. Pelajar juga diwajibkan menjalani amalan rofessional di sekolah yang menekankan pengalaman klinikal dan bimbingan melalui pengalaman berasaskan sekolah, praktikum, internship, latihan industri, dan service learning akan dilaksanakan sepanjang pengajian untuk mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar.

Penilaian terhadap setiap kursus dibuat secara berterusan di sepanjang semester berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan bertulis. Penilaian kerja kursus lazimnya dibuat berasaskan kuiz, tugasan, kertas projek, ujian amali dan ujian akhir kursus kendalian kampus. Penilaian bagi amalan Professional dilakukan oleh pensyarah bersama guru pembimbing yang dilantik oleh IPG dan pihak sekolah mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Seseorang pelajar akan dianugerahkan Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 3 tahun 6 semester dengan jumlah kredit 91 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG.

TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM

Syarat kemasukan

PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM

Penilaian

PENGANUGERAHAN DIPLOMA

Page 21: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

15

STRUKTUR PROGRAM

Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya. Secara umumnya kurikulum program ini mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu Kursus Wajib, Kursus Teras dan Kursus Ikhtisas.

KoMPoNEN KURSUS BIL. KREDIT PERATUS

WAJIB

1. Bina Insan Guru 2

19%

2. Hubungan Etnik 2

3. Bahasa Melayu Kontekstual 3

4. Tamadun Islam & Tamadun Asia 2

5. Pendidikan Islam/ Moral* 2

6. Kefasihan Bahasa Inggeris 3

7. Permainan dan Olahraga 1

8. Persatuan 1

9. Unit Beruniform 1

TERAS

Major (8 Kursus X 4 Kredit) 32

55%Elektif 1 (3 Kursus X 3 Kredit) 9

Elektif 2 (3 Kursus X 3 Kredit) 9

IKHTISAS KEGURUAN

Pengajian Profesional (4 Kursus) 1226%

Praktikum 12

JUMLAH 91 100%

Struktur kurikulum PDPM komponen teras menawarkan 3 kursus major itu Pendidikan Islam, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Page 22: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

16

1. KOMPONEN TERAS MAJOR PENDIDIKAN ISLAM

I. STRUKTUR KURIKULUM KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN ISLAM

Bagi memenuhi keperluan Struktur Kurikulum Komponen Teras Major Pendidikan Islam PDPM seseorang pelajar perlu menyempurnakan 91 kredit adalah seperti berikut:

KoMPoNEN KURSUS KREDIT

WAJIB(19 Kredit)

1 Bina Insan Guru 2

2 Hubungan Etnik 2

3 Bahasa Melayu Kontekstual 3

4 Tamadin Islam dan Tamadun Asia (TITAS) 2

5 * Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 2

6 Kefasihan Bahasa Inggeris 3

7 Kokurikulum (Permainan, Persatuan dan Unit Beruniform) 3

TERAS(32 Kredit)

1 Pengenalan Pendidikan Islam 4

2 Jawi dan Khat 4

3 Ulum Syariah I 4

4 Fiqh Al-Dakwah 4

5 Ulum Syariah II 4

6 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 4

7 Pedagogi Pendidikan Islam 4

8 Pentaksiran Pendidikan Islam 4

Elektif 1(9 Kredit

1 Fonologi dan Tatabahasa Arab 3

2 Pengajaran Bahasa Arab 1 3

3 Pengajaran Bahasa Arab 2 3

Page 23: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

17

KoMPoNEN KURSUS KREDIT

Elektif 2(9 Kredit)

1 Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadis 3

2 Tahsin Al-Quran dan Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani 3

3 Tarannum Al-Quran 3

IKHTISAS KEGURUAN(24 Kredit)

1 Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan 4

2 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak 4

3 Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak 4

4 Pentaksiran dalam Pendidikan

1 Praktikum Fasa I 6

2 Praktikum Fasa II 6

JUMLAH 91*Pelajar Islam ambil Pendidikan Islam dan bukan Islam ambil Pendidikan Moral

II. STRUKTUR KURSUS MENGIKUT SEMESTER BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER 1

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Kursus Wajib English Language Proficiency WAJ2013 3

2 Ikhtisas Keguruan Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan EDU2013 3

3Teras

Pengenalan Pendidikan Islam PIM2014 4

4 Jawi dan Khat PIM2024 4

5 Elektif 1 (a) Fonologi dan Tatabahasa Arab BAM2013E 3

JUMLAH 17

Page 24: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

18

SEMESTER 2

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1Kursus Wajib

* Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral WAJ2022i WAJ2022M 2

2 Bahasa Melayu Kontekstual WAJ2033 3

3 Ikhtisas Keguruan Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak EDU2023 3

4Teras

Ulum Syariah I PIM2034 4

5 Fiqh Al-Dakwah PIM2044 4

6 Elektif 2 (a) Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadis PQE2013E 3

JUMLAH 19*Pelajar Islam ambil Pendidikan Islam dan bukan Islam ambil Pendidikan Moral

SEMESTER 3

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Ikhtisas Keguruan Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak EDU2033 3

2Teras

Ulum Syariah II PIM2054 4

3 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064 4

4 Elektif 1 (b) Pengajaran Bahasa Arab 1 BAM2023E 3

5 Elektif 2 (b) Tahsin Al-Quran dan Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani PQE2023E 3

JUMLAH 17

Page 25: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

19

SEMESTER 4

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Ikhtisas Keguruan Pentaksiran Dalam Pendidikan EDU2043 3

2Teras

Pedagogi Pendidikan Islam PIM2074 4

3 Pentaksiran Pendidikan Islam PIM2084 4

4 Elektif 1 (c) Pengajaran Bahasa Arab 2 BAM2033E 3

5 Elektif 2 (c) Tarannum Al-Quran PQE2033E 3

JUMLAH 17

SEMESTER 5

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1Wajib

Bina Insan Guru WAJ2042 2

2 Hubungan Etnik WAJ2052 2

3 Ikhtisas Keguruan Praktikum Fasa I PRK2016 6

JUMLAH 10

SEMESTER 6

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1

WAJIB

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) WAJ2062 2

2 Kokurikulum – Permainan dan Olehraga WAJ2071 1

Kokurikulum - Persatuan WAJ2081 1

Kokurikulum – Unit Beruniform WAJ2091 1

3 Ikhtisas Keguruan Praktikum Fasa II PRK2026 6

JUMLAH 11

Page 26: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

20

III. SINoPSIS KURSUS WAJIB BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN ISLAM

Kursus wajib ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar IPG. Ia bertujuan untuk membantu mengembangkan berbagai potensi kognitif, afektif dan psikomotor pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Kursus ini diperuntukkan sejumlah 17 kredit .

WAJ2013 English Language Proficiency 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada golongan kata, jenis-jenis ayat, jenis-jenis soalan, sistemtbunyi Bahasa Inggeris, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kaedah membaca, penulisan perenggan dan penulisan pelbagai jenis teks.

WAJ2022i Pendidikan Islam 2 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada Ilmu Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah; Asas Akidah; Fiqh Solat; Fiqh Muamalat; Pendidikan Anak Dalam Islam; dan Asas Akhlak Islam.

WAJ2022M Pendidikan Moral 2 Kredit

Kursus ini memberi pendedahan tentang konsep asas moral; menghuraikan ciri-ciri insan bermoral; mengaplikasikan teori-teori etika moral dalam menyelesaikan isu-isu moral; menghubungkait proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu; menilai isu-isu moral di peringkat tempatan dan global.

WAJ2033 Bahasa Melayu Kontekstual 3 Kredit

Kursus ini memfokuskan penguasaan kemahiran komunikasi secara kontekstual yang meliputi kemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kursus ini ialah kemahiran komunikasi, pengucapan awam, laras bahasa, bahasa dalam komunikasi bertulis, dan pengurusan majlis serta atur cara.

WAJ2042 Bina Insan Guru 2 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berpengetahuan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing dan mempunyai nilai dan sikap profesionalisme yang bersesuaian dengan nilai-nilai tempatan. Kursus ini memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran sosial melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual.

Page 27: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

21

WAJ2052 Hubungan Etnik 2 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada latar belakang, kepentingan dan konsep-konsep asas hubungan etnik, kejamakan masyarakat, pembangunan ekonomi, pembangunan politik, perlembagaan, agama, cabaran serta pemupukan hubungan etnik dan peranan masyarakat serta kerajaan dalam hubungan etnik.

WAJ2062 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) 2 Kredit

Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun), Islam dalam tamadun Melayu, pengaruh tamadun Islam di Asia dan Eropah, tokoh-tokoh tamadun Islam, dan isu-isu kontemporari yang menjadi cabaran masyarakat masa kini.

WAJ2071 Kokurikulum - Permainan & olahraga 1 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dalam bidang kokurikulum Permainan & Olahraga merangkum pengenalan sukan; kemahiran asas; asas kepegawaian; asas kejurulatihan; pengurusan pasukan; perancangan dan pengelolaan pertandingan; acara padang dan acara balapan.

WAJ2081 Kokurikulum- Persatuan 1 Kredit

Kursus ini menjelaskan pengenalan, definisi, identiti, pengurusan dan perancangan aktiviti/projek persatuan. Kursus ini juga mewajibkan pelajar menjalankan satu kajian kes berkaitan persatuan atau pertubuhan.

WAJ2091 Kokurikulum- Unit Beruniform 1 Kredit

Kursus ini menjelaskan konsep dan kepentingan unit beruniform dari segi pengurusan dan pentadbiran perkhemahan, sejarah Unit Beruniform, struktur organisasi dan perlembagaan pertubuhan. Kursus ini juga memberi fokus kepada orientasi kurikulum sekolah rendah, asas pertolongan cemas dan kawad kaki. Pada akhir kursus pelajar dinilai melalui amali Perkhemahan Unit Beruniform.

Page 28: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

22

IV. SINoPSIS KURSUS KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN ISLAM

Kursus Major Pendidikan Islam ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar yang memilih sebagai kursus teras di IPG. Ia bertujuan membantu pelajar mengetahui, memahami dan menghayati mengenai pendidikan Islam, profesionalisme guru Pendidikan Islam, psikologi Pendidikan Islam dan pentaksiran Pen-didikan Islam. Kursus ini mempunyai 8 kursus dan diperuntukkan sejumlah 32 kredit.

PIM2014 Pengenalan Pendidikan Islam 4 Kredit

Kursus ini memfokuskan perbincangan terhadap Sejarah Pendidikan Islam; Falsafah Pendidikan Islam; Konsep Pendidikan Islam; Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah Di Malaysia; Pengurusan Pendidikan Islam Di Malaysia; dan Cabaran Pendidikan Islam.

PIM2024 Jawi dan Khat 4 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada Perkembangan Tulisan Jawi; Peranan dan Kepentingan Tulisan Jawi; Ejaan Jawi yang Disempurnakan; Amali Penulisan Jawi; Pengenalan Seni Khat; dan Amali Penulisan Khat.

PIM2034 Ulum Syariah I 4 Kredit

Kursus ini memfokuskan kepada Akidah Islam; Ihsan; Ibadah; Isu dan Permasalahan Akidah Semasa; Ibadah; Fardu Ain dan Fardu Kifayah; Taharah; Solat; Zakat; Puasa; Haji; Sembelihan; dan Sistem Muamalat dalam Islam.

PIM2044 Fiqh al-Dakwah 4 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep dakwah Islamiah; prinsip-prinsip dakwah; sahsiah Daie serta golongan yang menerima dakwah; metodologi dakwah; dan cabaran-cabaran dalam dakwah.

PIM2054 Ulum Syariah II 4 Kredit

Kursus ini memfokuskan kepada Peristiwa Sebelum Kerasulan Rasulullah s.a.w; Peristiwa Selepas Kerasulan Hingga Hijrah Ke Madinah; Peristiwa Hijrah ke Madinah hingga kewafatan; Akhlak Islamiah; Akhlak Rasulullah s.a.w; Akhlak Dalam Kehidupan; Isu-Isu Akhlak; Konsep Asas Tasawwur Islam; Ciri-Ciri Tasawur Islam; dan Asas Perundangan Islam.

Page 29: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

23

PIM2064 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 4 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep Pendidik Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah; Sahsiah Rasulullah s.a.w. sebagai pendidik; Sahsiah Para Sahabat Rasulullah s.a.w. dan Tokoh Ilmuan Islam; Sahsiah Guru Pendidikan Islam Cemerlang; Peranan Guru Pendidikan Islam; Guru Pendidikan Islam dalam Perkhidmatan Awam Malaysia; dan Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia.

PIM2074 Pedagogi Pendidikan Islam 4 Kredit

Kursus ini mengandungi tajuk Metodologi Pengajaran Tokoh-tokoh Islam; Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Abad ke 21; Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia; Bahan Sumber Pengajaran; Persediaan Perancangan Pengajaran; Pengajaran Mikro dan Makro; dan Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan Islam.

PIM2084 Pentaksiran Pendidikan Islam 4 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada Definisi Pentaksiran; Penilaian Formatif Dan Sumatif dalam Pendidikan Islam; Bentuk Pentaksiran; Bidang Pentaksiran; Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Islam; Pembinaan Item Pendidikan Islam; dan Penilaian PAFA Sekolah Rendah dan Menengah.

V. SINoPSIS KURSUS ELEKTIF BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN ISLAM

Kursus elektif ditawarkan bagi membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran kursus teras major. Oleh itu PDPM menawarkan 2 kursus elektif bagi setiap kursus teras major yang dipilih. Skop kursus elektif tersebut merangkumi aspek pengetahuan kandungan dan pedagogi pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran.

Pelajar yang memilih kursus teras major Pendidikan Islam sebagai kursus major, mereka ditawarkan kursus Bahasa Arab sebagai kursus elektif 1 dan Pendidikan al-Quran sebagai elektif 2.

A. KURSUS ELEKTIF 1 - BAHASA ARAB

Kursus Bahasa Arab ini bertujuan membantu pelajar mengetahui tatabahasa Arab dan kaedah mengajar Bahasa Arab. Kursus ini mempunyai 3 kursus dan diperuntukkan sejumlah 9 kredit.

Page 30: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

24

BAM2013E Fonologi dan Tatabahasa Arab 3 Kredit

Kursus ini memfokuskan perbincangan terhadap fonologi Arab dari aspek makhraj dan sifat huruf, serta aspek nada suara dan intonasi untuk meningkatkan keupayaan pelajar bertutur dan membaca teks Arab dengan betul, di samping fokus kepada kaedah morfologi bagi meningkatkan keupayaan pelajar membentuk kata nama dan kata kerja bahasa Arab yang tepat. Kursus ini juga menumpukan perbincangan kepada beberapa topik penting dalam Nahu Arab seperti pembahagian kata, jenis dan komponen ayat, analisis tatabahasa terhadap kata nama dan kata kerja, pernomboran dan bilangan, serta beberapa tajuk pengukuhan Bahasa Arab antaranya al-Na't, al-Hal dan al-'Atf.

BAM2023E Pengajaran Bahasa Arab 1 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah dan Menengah, kemahiran berbahasa Arab dan kaedah pengajarannya serta menjelaskan tentang seni penyampaian dalam pengajaran bahasa dan permainan bahasa.

BAM2033E Pengajaran Bahasa Arab 2 3 Kredit

Kursus ini memfokuskan kepada konsep dan jenis-jenis bahan bantu belajar yang terkini, pentaksiran dan pengajaran mikro dan makro Bahasa Arab. Kursus ini juga membincangkan tentang penyediaan rancangan pengajaran harian, mingguan dan semester mengikut format yang betul.

B. KURSUS ELEKTIF 2 - PENDIDIKAN AL-QURAN

Kursus Pendidikan al-Quran ini bertujuan membantu pelajar mengetahui Ulum al-Quran dan al-Hadis dan menbetul serta memperelokkan bacaan al-Quran sebagai persediaan mengajar Pendidikan al-Quran di sekolah. Kursus ini mempunyai 3 kursus dan diperuntukkan sejumlah 9 kredit.

PQE2013E Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadis 3 KreditKursus ini menfokuskan kepada memperkenalkan Ulum al-Quran dan Ulum hadis yang merangkumi pelbagai aspek iaitu ulum al-Quran, sejarah Al-Quran, penyusunan ayat dan surah dalam Al-Quran, mukjizat al-Quran, pengenalan ulum al-hadis dan pembahagiannya, penulisan hadis, kedudukan hadis dalam perundangan Islam dan isu-isu berkaitan.

Page 31: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

25

PQE2023E Tahsin Al-Quran dan Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani 3 Kredit

Kursus ini memfokuskan kepada pengenalan Tilawah, Rasm Uthmani, tajwid, hafazan al-Quran dan Kaedah Iqra’.

PQE2033E Tarannum Al-Quran 3 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada pengenalan lagu Bayyati, Hijaz dan Nahawand, kaedah membaca al-Quran secara berlagu dalam lagu Bayyati, Hijaz dan Nahawand, pengenalan teori dan amali pada tabaqat, harakat, burdah dan wuslah dan mengalunkan tarannum tersebut ke dalam ayat-ayat yang berbeza strukturnya.

VI. SINoPSIS KURSUS IKHTISAS BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN ISLAM

Kursus ikhtisas ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar di IPG. Ia bertujuan untuk membantu pelajar mengetahui dan menghayati etika keguruan, psikologi kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran dalam pendidikan. Kursus ini mempunyai 4 kursus dan diperuntukkan sejumlah 17 kredit.

EDU2013 Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan 3 Kredit

Kursus ini merangkumi sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat; Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG); Kurikulum Standard Pra Sekolah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta etika dalam profesion keguruan.

EDU2023 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini membincangkan psikologi perkembangan kanak-kanak merangkumi proses perkembangan kanak-kanak dari sudut fitrah kejadian manusia menurut perspektif agama dan biologi; faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya; prinsip-prinsip asas perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanakdan teori-teori yang berkaitan.; perbezaan individu ; keperluan dan personaliti kanak-kanak; gaya pembelajaran ; kecerdasan emosi; dan kecerdasan pelbagai. Pelajar juga diperkenalkan dengan kategori kanak-kanak berkeperluan khas; perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak serta kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan intervensi kaunseling kanak-kanak yang boleh digunakan untuk mengurus emosi kanak-kanak.

Page 32: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

26

EDU2033 Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak 3Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran guru dalam merancang, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dan model pengajaran; membuat perancangan dan pelaksanaan pengajaran; kemahiran asas pengajaran mikro dan membuat refleksi terhadap pengajaran; dan mengurus bilik darjah.

EDU2043 Pentaksiran Dalam Pendidikan 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada konsep, tujuan dan prinsip pentaksiran; jenis alat pentaksiran; pembinaan ujian; cara pemarkahan; statistik asas, interpretasi data dan pelaporan; pentaksiran berasaskan sekolah; pemulihan dan pengayaan; dan isu-isu berkaitan pentaksiran sekolah rendah di Malaysia.

PRK2016 Praktikum I 6 Kredit

Kursus ini memfokuskan terhadap menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, mempraktik dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai situasi sebenar melalui bimbingan dan kolaborasi dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia serta rakan pelajar. Kursus ini juga membolehkan pelajar merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari serta melibatkan diri dalam pengendalian aktiviti kokurikulum. Pelajar dikehendaki membudayakan amalan refleksi untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi. Melalui pengalaman secara langsung di bilik darjah, pelajar dapat menampilkan ciri-ciri profesionalisme keguruan.

PRK2026 Praktikum II 6 Kredit

Kursus ini memfokuskan terhadap menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, mempraktik dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai situasi sebenar melalui bimbingan dan kolaborasi dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia serta rakan pelajar. Kursus ini juga membolehkan pelajar merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari serta melibatkan diri dalam pengendalian aktiviti kokurikulum. Pelajar dikehendaki membudayakan amalan refleksi untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi. Melalui pengalaman secara langsung di bilik darjah, pelajar dapat menampilkan ciri-ciri profesionalisme keguruan.

Page 33: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

27

2. KOMPONEN TERAS MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

I. STRUKTUR KURIKULUM KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bagi memenuhi keperluan Struktur Kurikulum Komponen Teras Major Pendidikan Awal Kanak-kanak PDPM seseorang pelajar perlu menyempurnakan 91 kredit adalah seperti berikut:

KoMPoNEN KURSUS KREDIT

WAJIB(19 Kredit)

1 Bina Insan Guru 22 Hubungan Etnik 23 Bahasa Melayu Kontekstual 34 Tamadin Islam dan Tamadun Asia (TITAS) 25 *Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 26 Kefasihan Bahasa Inggeris 37 Kokurikulum – Permainan dan Olahraga 18 Kokurikulum - Persatuan 19 Kokurikulum - Unit Beruniform 1

TERAS(32 Kredit)

1 Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

4

2 Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4

3 Pengajian Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

4

4 Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4

5 Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4

6 Bimbingan dan Asuhan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4

7 Pentaksiran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4

8 Profesionalisme Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

4

Page 34: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

28

6 PEO yang perlu d i c a pa i o l e h setiap graduan

KoMPoNEN KURSUS KREDIT

Elektif 1(9 Kredit

1 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3

2 Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3

3 Pedagogi Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3

Elektif 2(9 Kredit)

1 Nyanyian dan Muzik dengan Pergerakan 32 Permainan Alat Perkusi Dalam Pendidikan

Awal Kanak-Kanak3

3 Pembelajaran Muzik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3

IKHTISAS KEGURUAN(12 Kredit)

1 Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan 42 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak 43 Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak 44 Pentaksiran dalam Pendidikan

1 Praktikum Fasa I 62 Praktikum Fasa II 6

JUMLAH 91

*Pelajar Islam ambil Pendidikan Islam dan bukan Islam ambil Pendidikan Moral

Page 35: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

29

II. STRUKTUR KURSUS MENGIKUT SEMESTER BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER 1

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Kursus Wajib English Language Proficiency WAJ2013 3

2 Ikhtisas Keguruan Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan EDU2013 3

3Teras

Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak PAK2014 4

4 Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PAK2024 4

5 Elektif 1Pengenalan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Pendidikan Awal Kanak-Kanak

PSV2013E 3

JUMLAH 17

SEMESTER 2

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Kursus Wajib * Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral WAJ2022i WAJ2022M 2

2 Bahasa Melayu Kontekstual WAJ2033 3

3 Ikhtisas Keguruan

Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak EDU2023 3

4Teras

Pengajian Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak PAK2034 4

5 Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak PAK2044 4

6 Elektif 2 Nyanyian dan Muzik dengan Pergerakan PMK2013E 3

JUMLAH 19*Pelajar Islam ambil Pendidikan Islam dan bukan Islam ambil Pendidikan Moral

Page 36: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

30

7 elemen kemahiran insaniah yang perlu dikuasai

SEMESTER 3

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Ikhtisas Keguruan Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak EDU2033 3

2Teras

Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PAK2054 4

3 Bimbingan dan Asuhan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PAK2064 4

4 Elektif 1 Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PSV2023E 3

5 Elektif 2 Permainan Alat Perkusi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PMK2023E 3

JUMLAH 17

SEMESTER 4

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Ikhtisas Keguruan Pentaksiran Dalam Pendidikan EDU2043 3

2Teras

Pentaksiran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PAK2074 4

3 Profesionalisme Dalam Pendidikan Awal Kanak PAK2084 4

4 Elektif 1 Pedagogi Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PSV2033E 3

5 Elektif 2 Pembelajaran Muzik Pendidikan Awal Kanak-Kanak PMK2033E 3

JUMLAH 17

Page 37: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

31

SEMESTER 5BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Wajib Bina Insan Guru WAJ2042 22 Wajib Hubungan Etnik WAJ2052 23 Ikhtisas Keguruan Praktikum Fasa I PRK2016 6

JUMLAH 10

SEMESTER 6

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Wajib Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) WAJ2062 2

2 Wajib Kokurikulum WAJ2072 3

3 Ikhtisas Keguruan Praktikum Fasa II PRK2026 6

JUMLAH 11

III. SINoPSIS KURSUS WAJIB BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kursus wajib ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar IPG. Ia bertujuan psikomotor pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Kursus ini diperuntukkan sejumlah 17 kredit.

WAJ2013 English Language Proficiency 3 Kredit

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris sedia ada pelajar. Tumpuan diberi kepada tajuk-tajuk sistem bunyi Bahasa Inggeris, tatabahasa, jenis-jenis ayat, kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis pelbagai penulisan.

WAJ2022i Pendidikan Islam 2 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada ilmu menurut perspektif al-Quran dan al-sunnah, asas akidah, fiqh solat, fiqh munakahat, pendidikan anak dalam Islam dan asas akhlak Islam.

Page 38: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

32

WAJ2022M Pendidikan Moral 2 Kredit

Kursus ini memberi pendedahan tentang konsep asas moral; menghuraikan ciri-ciri insan bermoral; mengaplikasikan teori-teori etika moral dalam menyelesaikan isu-isu moral; menghubungkait proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu; menilai isu-isu moral di peringkat tempatan dan global.

WAJ2033 Bahasa Melayu Kontekstual 3 Kredit

Kursus ini memfokuskan penguasaan kemahiran komunikasi secara kontekstual yang meliputi kemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kursus ini ialah kemahiran komunikasi, pengucapan awam, laras bahasa, bahasa dalam komunikasi bertulis, dan pengurusan majlis serta atur cara.

WAJ2042 Bina Insan Guru 2 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berpengetahuan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing dan mempunyai nilai dan sikap profesionalisme yang bersesuaian dengan nilai-nilai tempatan . Kursus ini memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran sosial melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual.

WAJ2052 Hubungan Etnik 2 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada latar belakang, kepentingan dan konsep-konsep asas hubungan etnik, kejamakan masyarakat, pembangunan ekonomi, pembangunan politik, perlembagaan, agama, cabaran serta pemupukan hubungan etnik dan peranan masyarakat serta kerajaan dalam hubungan etnik.

WAJ2062 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) 2 Kredit

Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun), Islam dalam tamadun Melayu, pengaruh tamadun Islam di Asia dan Eropah, tokoh-tokoh tamadun Islam, dan isu-isu kontemporari yang menjadi cabaran masyarakat masa kini.

WAJ2071 Kokurikulum - Permainan & olahraga 1 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dalam bidang kokurikulum Permainan & Olahraga merangkum pengenalan sukan; kemahiran asas; asas kepegawaian; asas kejurulatihan; pengurusan pasukan; perancangan dan pengelolaan pertandingan; acara padang dan acara balapan.

Page 39: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

33

WAJ2081 Kokurikulum- Persatuan 1 Kredit

Kursus ini menjelaskan pengenalan, definisi, identiti, pengurusan dan perancangan aktiviti/projek persatuan. Kursus ini juga mewajibkan pelajar menjalankan satu kajian kes berkaitan persatuan atau pertubuhan.

WAJ2091 Kokurikulum- Unit Beruniform 1 Kredit

Kursus ini menjelaskan sejarah, struktur, organisasi dan perlembagaan pertubuhan unit beruniform. Kursus ini juga memberi pendedahan aktiviti amali perkhemahan dan pengurusan unit berunifom.

WAJ2042 Bina Insan Guru 2 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berpengetahuan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing dan mempunyai nilai dan sikap profesionalisme yang bersesuaian dengan nilai-nilai tempatan . Kursus ini memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran sosial melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual. \

IV. SINoPSIS KURSUS KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN AWAK KANAK-KANAK

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar yang memilih sebagai kursus teras di IPG. Ia bertujuan membantu pelajar mengetahui, memahami dan menghayati men-genai Pendidikan Awal Kanak-kanak, profesionalisme guru Pendidikan Awal Kanak-kanak, psikologi Pen-didikan Awal Kanak-kanak dan pentaksiran Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kursus ini mempunyai 8 kursus dan diperuntukkan sejumlah 32 kredit.

PAK2014 Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak 4 Kredit

Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan , sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dalam dan luar negara, pandangan tokoh-tokoh, Akta Taman Asuhan kanak-kanak (Akta 308), Akta pendidikan (Akta 550), Akta kanak-kanak 2001(Akta 611), Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Pindaan 2007 dan mengenalpasti potensi kanak-kanak mengikut domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosial.

PAK2024 Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 4 Kredit

Kursus ini membincangkan tentang pengenalan kepada kreativiti, pemikiran kreatif, estetika dan imaginasi kanak-kanak, seni untuk kanak-kanak, muzik dan pergerakan kreatif kanak-kanak, sastera kanak-kanak, lakonan kreatif kanak-kanak dan teater kanak-kanak.

Page 40: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

34

PAK2034 Pengajian Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak 4 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada menginterpretasikan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di samping menyediakan sumber dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bidang-bidang pembelajaran dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

PAK2044 Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 4 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus pusat pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi aspek perancangan, pentadbiran dan pengurusan. Kursus ini juga memberi penekanan dalam aspek mengurus organisasi, rekod, sumber pengajaran dan pembelajaran serta merancang dan mengurus program penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak.

PAK2054 Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 4 Kredit

Kursus ini memberi fokus tentang konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak, menerangkan pendekatan, strategi, teknik, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan konsep 3E (Explore, Experiment, Experience) untuk mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

PAK2064 Bimbingan dan Asuhan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 4 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada amalan asuhan dan Interaksi dengan Kanak-kanak, prosedur operasi standard (SOP) dalam pengurusan bayI dan kanak-kanak, penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak, penyusuan untuk bayi dan kanak-kanak, pemakanan seimbang, keselamatan kanak-kanak dan peranan pengasuh dan pendidik.

PAK2074 Pentaksiran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 4 Kredit

Kursus ini meliputi tinjauan umum penilaian dan pentaksiran; pengenalan kepada pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak; pemerhatian; proses-proses pentaksiran; kaedah perekodan dan pengumpulan data; penganalisisan data, pelaporan dan tindakan susulan.

PAK2084 Profesionalisme Dalam Pendidikan Awal Kanak 4 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada profesionalisme for pendidik PAKK berdasarkan kod etika National Association For The Education Young Children (NAEYC), Hak Asasi Kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, isu-isu semasa dan cabaran serta dapat mengaplikasi budaya penyayang dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penekanan juga diberikan kepada pengurusan dan pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak melalui projek khas.

Page 41: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

35

V. SIPNoPSIS KURSUS ELEKTIF BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kursus elektif ditawarkan bagi membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran kursus teras major. Oleh itu Program Diploma Perguruan Malaysia menawarkan 2 kursus elektif bagi setiap kursus teras major yang dipilih. Skop kursus elektif tersebut merangkumi aspek pengetahuan kandungan dan pedagogi pengajaran dan pembelajaran

Pelajar yang memilih kursus teras major Pendidikan Awal Kanak-kanak sebagai kursus major, mereka ditawarkan kursus Pendidikan Seni Visual sebagai kursus elektif 1 dan kursus Pendidikan Muzik sebagai kursus elektif 2.

A. KURSUS ELEKTIF 1 - PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kursus Pendidikan Seni Visual ini bertujuan membantu pelajar mengetahui kurikulum Pendidikan Seni Visual Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan kaedah mengajar PSV PAKK. Kursus ini mempunyai 3 kursus dan diperuntukkan sejumlah 9 kredit.

PSV2013E Pengenalan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Pendidikan Awal Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini meliputi Konsep dan Prinsip Pendidikan Seni Visual yang terdiri daripada Sukatan pelajaran, Asas Seni Reka, dan proses penghasilan karya kreatif kanak-kanak. Termasuk Persepsi dan Perkembangan Estetik kanak-kanak serta aktiviti seni visual peringkat awal kanak-kanak.

PSV2023E Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual kanak-kanak dalam Pendidikan Seni Visual PAKK. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran tentang alat, bahan, proses, teknik dan asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam penghasilan karya serta membuat apresiasi karya seni.

PSV2033E Pedagogi Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini meliputi peranan dan pengurusan guru Pendidikan Seni Visual, aplikasi pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik bagi menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantú mengajar mengikut tahap dalam pengajaran mikro dan makro termasuk pelaksanaan proses pentaksiran yang berkesan.

Page 42: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

36

B. KURSUS ELEKTIF 2 - PENDIDIKAN MUZIK

Kursus Pendidikan Muzik ini bertujuan membantu pelajar mengetahui Muzik, Nyanyian dan Pergerakan dan mengetahui kaedah pengajaran kursus ini pada PAKK . Kursus ini mempunyai 3 kursus dan diperuntukkan sejumlah 9 kredit.

PMK2013E Muzik, Nyanyian dan Pergerakan 3 Kredit

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan pengetahuan tentang pelbagai kemahiran, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran muzik, nyanyian dan pergerakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan juga dengan pelbagai jenis nyanyian dengan pergerakan yang boleh diintegrasikan dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

PMK2023E Pengajaran Muzik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar pengetahuan dan kemahiran tentang pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran apresiasi muzik awal kanak-kanak.Teknik danpendekatan yang sesuai juga akan digunakan dalam mengintegrasikan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kaedah pengujian dan penilaian akan diperkenalkan supaya prestasi dan pencapaian murid dapat dinilaisecara berterusan dalam bentuk formatif dan sumatif.

PMK2033E Pembelajaran Muzik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang permainan alat muzik yang meliputi kibod dan alat-alat perkusi. Pelajar juga akan didedahkan dengan kaedah dan strategi pengajaran alat muzik dan perkusi untuk mini orkestra dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga akan memainkan alat-alat muzik tradisional dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

VI. SINoPSIS KURSUS IKHTISAS BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR PENDIDIKAN AWAK KANAK-KANAK

Kursus ikhtisas ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar di IPG. Ia bertujuan untuk membantu pelajar mengetahui dan menghayati etika keguruan, psikologi kanak-kanak, proses pengajaran dan pembe-lajaran dan pentaksiran dalam pendidikan. Kursus ini mempunyai 4 kursus dan diperuntukkan sejumlah 17 kredit.

Page 43: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

37

EDU2013 Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan 3 Kredit

Kursus ini merangkumi sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat; Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG); Kurikulum Standard Pra Sekolah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta etika dalam profesion keguruan.

EDU2023 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini membincangkan psikologi perkembangan kanak-kanak merangkumi proses perkembangan kanak-kanak dari sudut fitrah kejadian manusia menurut perspektif agama dan biologi; faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya; prinsip-prinsip asas perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanakdan teori-teori yang berkaitan.; perbezaan individu ; keperluan dan personaliti kanak-kanak; gaya pembelajaran ; kecerdasan emosi; dan kecerdasan pelbagai. Pelajar juga diperkenalkan dengan kategori kanak-kanak berkeperluan khas; perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak serta kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan intervensi kaunseling kanak-kanak yang boleh digunakan untuk mengurus emosi kanak-kanak.

EDU2033 Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran guru dalam merancang, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dan model pengajaran; membuat perancangan dan pelaksanaan pengajaran; kemahiran asas pengajaran mikro dan membuat refleksi terhadap pengajaran; dan mengurus bilik darjah.

EDU2043 Pentaksiran Dalam Pendidikan 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada konsep, tujuan dan prinsip pentaksiran; jenis alat pentaksiran; pembinaan ujian; cara pemarkahan; statistik asas, interpretasi data dan pelaporan; pentaksiran berasaskan sekolah; pemulihan dan pengayaan; dan isu-isu berkaitan pentaksiran sekolah rendah di Malaysia.

PRK2016 Praktikum I 6 Kredit

Kursus ini memfokuskan terhadap menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, mempraktik dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai situasi sebenar melalui bimbingan dan kolaborasi dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia serta rakan pelajar. Kursus ini juga membolehkan pelajar merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari serta melibatkan diri dalam pengendalian aktiviti kokurikulum. Pelajar dikehendaki membudayakan amalan refleksi untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi. Melalui pengalaman secara langsung di bilik darjah, pelajar dapat menampilkan ciri-ciri profesionalisme keguruan.

Page 44: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

38

PRK2026 Praktikum II 6 Kredit

Kursus ini memfokuskan terhadap menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, mempraktik dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai situasi sebenar melalui bimbingan dan kolaborasi dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia serta rakan pelajar. Kursus ini juga membolehkan pelajar merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari serta melibatkan diri dalam pengendalian aktiviti kokurikulum. Pelajar dikehendaki membudayakan amalan refleksi untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi. Melalui pengalaman secara langsung di bilik darjah, pelajar dapat menampilkan ciri-ciri profesionalisme keguruan.

3. KOMPONEN TERAS MAJOR BAHASA MELAYU

I. STRUKTUR KURIKULUM KoMPoNEN TERAS MAJoR BAHASA MELAYU

Bagi memenuhi keperluan Struktur Kurikulum Komponen Teras Major Bahasa Melayu PDPM seseorang pelajar perlu menyempurnakan 91 kredit adalah seperti berikut:

KoMPoNEN KURSUS KREDIT

WAJIB

(19 Kredit)

1 Bina Insan Guru 22 Hubungan Etnik 23 Bahasa Melayu Kontekstual 34 Tamadin Islam dan Tamadun Asia 25 * Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 26 Kefasihan Bahasa Inggeris 37 Kokurikulum - Permainan dan Olahraga 18 Kokurikulum - Persatuan 19 Kokurikulum - Unit Beruniform) 1

Page 45: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

39

Kurikulum PDPM mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu Kursus Wajib, Kursus Teras dan Kursus Ikhtisas.

KoMPoNEN KURSUS KREDIT

TERAS

(32 Kredit)

1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 42 Linguistik Bahasa Melayu 43 Tatabahasa Bahasa Melayu 4

4

Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4

** Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Se-kolah Menengah 4

5 Pedagogi Bahasa Melayu 4

6 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Me-layu Berbantukan Komputer 4

7Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4** Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Menengah 4

8

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Se-kolah Rendah 4

** Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu Sekolah Menengah 4

Elektif 1

(9 Kredit

1 Sains I 32 Sains II 33 Pengajaran Sains 3

Elektif 2

(9 Kredit)

1 Pendidikan Asas Matematik 32 Pengajaran Matematik 3

3 Mengajar Nombor Dan Operasi, Sukatan Dan Geometri, Dan Statistik Dan Kebarangkalian 3

Page 46: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

40

KoMPoNEN KURSUS KREDIT

IKHTISAS KEGURUAN(12 Kredit)

1 Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan 42 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak 43 Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak 44 Pentaksiran dalam Pendidikan 4

1 Praktikum Fasa I 62 Praktikum Fasa II 6

JUMLAH 91

* Pelajar Islam ambil Pendidikan Islam dan bukan Islam ambil Pendidikan Moral** Bagi 3 kursus yang bertanda bintang adalah kursus untuk sekolah menengah. Kursus-kursus yang lain bagi sekolah menengah adalah sama seperti kursus sekolah rendah

II. STRUKTUR KURSUS MENGIKUT SEMESTER BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR BAHASA MELAYU

Bagi memenuhi keperluan Diploma Perguruan Malaysia (Bahasa Melayu SR/ SM), seseorang pelajar perlu menyempurnakan 91 kredit berasaskan struktur yang berikut:

SEMESTER 1BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Kursus Wajib English Language Proficiency WAJ2013 3

2 Ikhtisas Keguruan Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan EDU2013 3

3Teras

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu PIM2014 4

4 Linguistik Bahasa Melayu PIM2024 45 Elektif 1 Sains I SCE2013E 3

JUMLAH 17

*Pelajar Islam ambil Pendidikan Islam dan bukan Islam ambil Pendidikan Moral

Page 47: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

41

SEMESTER 2BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1Kursus Wajib

* Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

WAJ2022iWAJ2022M 2

2 Bahasa Melayu Kontekstual WAJ2033 3

3 IkhtisasKeguruan

Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak EDU2023 3

4

Teras

Tatabahasa Bahasa Melayu BMM2034 4

5

Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu SR BMM2044

4* Pengajian Kurikulum Bahasa Melay u SM BMM2094

6 Elektif 2 Pendidikan Asas Matematik MTE2013E 3

JUMLAH 19

*Pelajar Islam ambil Pendidikan Islam dan bukan Islam ambil Pendidikan Moral

SEMESTER 3BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Ikhtisas Keguruan Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak EDU2033 3

2 Teras Pedagogi Bahasa Melayu BMM2054 43 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu Berbantukan Komputer BMM2064 4

4 Elektif 1 Sains II SCE2023E 35 Elektif 2 Pengajian Matematik MTE2023E 3

JUMLAH 17

Page 48: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

42

SEMESTER 4BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 Ikhtisas Keguruan Pentaksiran Dalam Pendidikan EDU2043 3

2

Teras

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM2074 4

*Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Menegah

BMM2104

4

3

Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu SR BMM2084

* Kesusasyteraan dan Kebudayaan Melayu SM BMM2114

4 Elektif 1 Pengajaran Sains SCE2033E 3

5 Elektif 2Mengajar Nombor Dan Operasi, Sukatan Dan Geometri, Dan Statistik Dan Kebarangkalian

MTE2033E 3

JUMLAH 17

SEMESTER 5

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1Wajib

Bina Insan Guru WAJ2042 2

2 Hubungan Etnik WAJ2052 2

3 Ikhtisas Keguruan Praktikum Fasa I PRK2016 6

JUMLAH 10

SEMESTER 6

BIL. KoMPoNEN KURSUS KoD KREDIT

1 WajibTamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) WAJ2062 2

2 Kokurikulum WAJ2072 3

3 Ikhtisas Keguruan Praktikum Fasa II PRK2026 6

JUMLAH 11

Page 49: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

43

III. SINoPSIS KURSUS WAJIB BAGI KoMPoNEN TERAS MAJoR BAHASA MELAYU

Kursus wajib ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar IPG. Ia bertujuan psikomotor pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Kursus ini diperuntukkan sejumlah 17 kredit.

WAJ2013 English Language Proficiency 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada golongan kata, jenis-jenis ayat, jenis-jenis soalan, sistem bunyi Bahasa Inggeris, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kaedah membaca, penulisan pereng-gan dan penulisan pelbagai jenis teks.

WAJ2022i Pendidikan Islam 2 Kredit

Kursus ini memberi tumpuan kepada Ilmu Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah; Asas Akidah; Fiqh Solat; Fiqh Muamalat; Pendidikan Anak Dalam Islam; dan Asas Akhlak Islam.

WAJ2022M Pendidikan Moral 2 Kredit

Kursus ini memberi pendedahan tentang konsep asas moral; menghuraikan ciri-ciri insan bermoral; men-gaplikasikan teori-teori etika moral dalam menyelesaikan isu-isu moral; menghubungkait proses sosialisa-si dalam pembentukan moral individu; menilai isu-isu moral di peringkat tempatan dan global.

WAJ2033 Bahasa Melayu Kontekstual 3 Kredit

Kursus ini memfokuskan penguasaan kemahiran komunikasi secara kontekstual yang meliputi kemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kursus ini ialah kemahiran komunikasi, pengucapan awam, laras bahasa, bahasa dalam komunikasi bertulis, dan pengurusan majlis serta atur cara.

WAJ2042 Bina Insan Guru 2 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berpengetahuan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing dan mempunyai nilai dan sikap profesionalisme yang bersesuaian dengan nilai-nilai tempatan. Kur-sus ini memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan dan kemahi-ran sosial melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual.

Page 50: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

44

WAJ2052 Hubungan Etnik 2 Kredit

Kursus ini memfokuskan latar belakang, kepentingan dan konsep-konsep asas hubungan etnik di Malaysia, masyarakat pluralistik Alam Melayu, pembangunan ekonomi pembangunan politik, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran pemupukan hubungan etnik di Malaysia, serta peranan kerajaan dan masyarakat dalam pemupukan hubungan etnik.

WAJ2062 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) 2 Kredit

Kursus ini merupakan satu kursus yang menghuraikan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun), Islam dalam tamadun Melayu, pengaruh tamadun Islam di Asia dan Eropah, tokoh-tokoh tamadun Islam dan isu-isu kontemporari yang menjadi cabaran masyarakat pada masa kini.

WAJ2071 Kokurikulum - Permainan & olahraga 1 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dalam bidang kokurikulum Permainan dan Olahraga merangkum pengenalan sukan; kemahiran asas; asas kepegawaian; asas kejurulatihan; pengurusan pasukan; perancangan dan pengelolaan pertandingan; acara padang dan acara balapan.

WAJ2081 Kokurikulum- Persatuan 1 Kredit

Kursus ini menjelaskan pengenalan, definisi, identiti, pengurusan dan perancangan aktiviti/projek persatuan. Kursus ini juga mewajibkan pelajar menjalankan satu kajian kes berkaitan persatuan atau pertubuhan.

WAJ2091 Kokurikulum- Unit Beruniform 1 Kredit

Kursus ini menjelaskan konsep dan kepentingan unit beruniform dari segi pengurusan dan pentadbiran perkhemahan, sejarah Unit Beruniform, struktur organisasi dan perlembagaan pertubuhan. Kursus ini juga memberi fokus kepada orientasi kurikulum sekolah rendah, asas pertolongan cemas dan kawad kaki. Pada akhir kursus pelajar dinilai melalui amali Perkhemahan Unit Beruniform.

Page 51: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

45

IV. SINoPSIS KURSUS KoMPoNEN TERAS BAGI MAJoR BAHASA MELAYU SEKoLAH RENDAH

Kursus Major Bahasa Melayu ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar yang memilih sebagai kursus major di IPG. Ia bertujuan membantu pelajar mengetahui sejarah, linguistik, tatabahasa, kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan kesusateraan Bahasa Melayu. Kursus ini mempunyai 8 kursus dengan diperun-tukkan sejumlah 32 kredit.

BBM2014 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 4 Kredit

Kursus ini menjelaskan asal usul bahasa Melayu mengikut zaman, menghuraikan pengaruh bahasa asing, dan konsep variasi dan sosiolinguistik dalam bahasa Melayu. Kursus ini juga menghuraikan tentang kepelbagaian laras bahasa dalam lisan dan tulisan.

BBM2024 Linguistik Bahasa Melayu 4 Kredit

Kursus ini menghuraikan bidang linguistik bahasa Melayu. Terdapat lima komponen utama dalam kursus ini, iaitu bidang Fonetik dan Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik dan Wacana. Komponen Fonetik dan Fonologi merangkumi tajuk tentang alat dan daerah artikulasi, simbol-simbol fonetik serta latihan mentranskripsikan perkataan dan perenggan dalam ayat. Komponen Morfologi menjelaskan bentuk dan golongan kata serta proses pembentukan kata bahasa Melayu. Komponen Sintaksis pula memfokuskan aspek ayat yang terdiri daripada binaan ayat, struktur ayat dan proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu. Komponen Semantik membincangkan teori makna dan perubahan makna atau perubahan semantik dalam bahasa Melayu. Akhir sekali, komponen Wacana membincangkan konsep, ciri, keutuhan dan jenis-jenis penanda wacana.

BMM2034 Tatabahasa Bahasa Melayu 4 Kredit

Kursus ini menghuraikan bidang Tatabahasa bahasa Melayu, iaitu Morfologi dan Sintaksis. Bidang morfologi mengandungi bentuk kata, jenis-jenis imbuhan, proses pembentukan kata, golongan kata dan pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu. Bidang Sintaksis pula menghuraikan struktur sintaksis, susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kursus ini juga mendalami ayat dalam bahasa Melayu yang merangkumi frasa, klausa, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk, dan proses penerbitan ayat.

BMM2044 Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4 KreditKursus ini memperkenalkan kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah, memperincikan kemahiran bahasa, aspek seni bahasa dan sistem bahasa yang terkandung dalam kurikulum, mengaplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran tambah nilai dan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

Page 52: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

46

BMM2054 Pedagogi Bahasa Melayu 4 Kredit

Kursus ini memfokuskan pedagogi bahasa abad ke-21. Tumpuan kursus ini adalah dari aspek pengetahuan pedagogi yang berkaitan dengan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

BMM2064 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer 4 Kredit

Kursus ini menjelaskan tentang pembangunan bahan PdP Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Dalam proses penghasilan bahan PdP ini, konsep serta kemahiran yang akan didedahkan adalah penggunaan Internet; sumber Internet; garis panduan dan etika; cara penghasilan bahan pembelajaran digital dan laman web; penggunaan Struktur Perpautan; model-model pengajaran berbantukan komputer; pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian; penggunaan alat pengarangan dan animasi dalam bahan PdP; dan penggunaan penilaian secara digital. Di akhir kursus, seminar dan pameran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan dilaksanakan.

BMM 2074 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4 Kredit

Kursus ini menjelaskan konsep dan prinsip pengujian, pengukuran, penilaian, taksonomi dan domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam pentaksiran serta jenis-jenis ujian. Kursus ini juga memberi fokus terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), instrumen penilaian, pembinaan soalan berunsur KBAT, dan kaedah penilaian kemahiran-kemahiran bahasa, sistem bahasa dan aktiviti berbahasa di sekolah rendah.

BMM2084 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Sekolah Rendah 4 Kredit

Kursus ini menghuraikan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang memfokuskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, sastera kanak-kanak, pendekatan pemahaman teks, teknik dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran, apresiasi teks sastera sekolah rendah, rancangan pengajaran harian, kebudayaan Melayu pada Abad 15 – 19 dan Abad 20 – 21, adat dan pantang larang, kesenian Melayu serta permainan tradisional.

Page 53: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

47

V. SINoPSIS KURSUS KoMPoNEN TERAS BAGI MAJoR BAHASA MELAYU SEKoLAH MENENGAH

Kursus ini mempunyai 3 kursus dengan diperuntukkan sejumlah 12 kredit. Manakala 24 kursus lagi adalah sama dengan sekolah rendah

BMM2094 Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah 4 Kredit

Kursus ini mentafsirkan Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Menengah (KSSM) organisasi kandungan, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa, aspek tatabahasa, elemen bernilai tambah, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, rancangan pengajaran tahunan Bahasa Melayu, kepelbagaian sumber bahan, dan isu, cabaran, dan trenda dalam pengajaran Bahasa Melayu.

BMM 2104 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Menengah 4 Kredit

Kursus ini menjelaskan konsep dan prinsip pengujian, pengukuran, penilaian, taksonomi dan domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam pentaksiran serta jenis-jenis ujian. Kursus ini juga memberi fokus terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3), instrumen penilaian, pembinaan soalan berunsur KBAT, dan kaedah penilaian bahasa dan aktiviti berbahasa di sekolah menengah.

BMM2114 Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu Sekolah Menengah 4 Kredit

Kursus ini menghuraikan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang memfokuskan komponen sastera dalam bahasa Melayu, sastera remaja, pendekatan pemahaman teks, unsur sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu, teknik dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas, apresiasi teks sastera sekolah menengah, rancangan pengajaran harian, kebudayaan Melayu pada Abad 15–19 dan Abad 20–21, adat dan pantang larang, kesenian Melayu serta permainan tradisional.

VI. SINoPSIS KURSUS ELEKTIF KoMPoNEN TERAS BAGI MAJoR BAHASA MELAYU

Kursus elektif ditawarkan bagi membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran kursus teras major Bahasa Melayu. Oleh itu Program Diploma Perguruan Malaysia menawarkan 2 kursus elektif bagi setiap kursus major yang dipilih. Skop kursus elektif tersebut merangkumi aspek pengetahuan kandungan dan pedagogi pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar yang memilih kursus Bahasa Melayu sebagai kursus major, mereka ditawarkan kursus Pendidikan Seni Visual sebagai kursus elektif 1 dan kursus Pendidikan Muzik sebagai kursus elektif 2.

Page 54: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

48

A. SINoPSIS KURSUS ELEKTIF 1 – SAINS

SCE2013E Sains I 3 Kredit

Kursus ini membincangkan tentang hidupan dan proses yang berlaku dalam hidupan, struktur sel dan fungsi, respirasi, pertumbuhan, nutrisi dan pengangkutan dalam haiwan dan tumbuhan. Kursus ini juga membincangkan tentang konsep jirim, struktur atom, pengelasan unsur, kuantiti fizik, daya, kerja, tenaga dan aplikasi konsep sains dalam kehidupan seharian.

SCE2023E Sains II 3 Kredit

Kursus ini membincangkan tentang hidupan dan proses hidup, perubahan fizik dan perubahan kimia, interaksi antara bahan, cahaya, keelektrikan dan kemagnetan. Kursus ini juga membincangkan ciri Bumi, Bulan, Matahari dan Sistem Suria. Aplikasi konsep-konsep ini dalam kehidupan turut dibincangkan.

SCE2033E Pengajaran Sains 3 Kredit

Kursus ini membincangkan pendidikan sains di Malaysia, pendekatan, strategi P&P dan kemahiran saintifik. Pelajar juga memperolehi kemahiran-kemahiran mengenai pengurusan makmal sains, pengajaran mikro dan pengajaran makro untuk diaplikasikan dalam pengajaran mereka.

B. KURSUS ELEKTIF 2 – MATEMATIK

Kursus Matematik ini bertujuan membantu pelajar mengetahui asas matematik dan kaedah mengajar matematik. Kursus ini mempunyai 3 kursus dan diperuntukkan sejumlah 9 kredit.

MTE2013E Pendidikan Matematik 3 Kredit

Kursus ini membincangkan Matematik, kurikulum Matematik di Malaysia, sistem pernomboran, dan penyelesaian masalah berkaitan nombor.

MTE2023E Pengajaran Matematik 3 Kredit

Kursus ini membincangkan kaedah dan teknik mengajar Matematik, bahan bantu belajar matematik, rancangan pengajaran serta pengujian dan penilaian.

Page 55: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

49

MTE2033E Mengajar Nombor dan operasi, Sukatan dan Geometri, dan Statistik dan Kebarangkalian 3 Kredit

Kursus ini membincangkan kaedah mengajar Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, dan Statistik dan Kebarangkalian.

VII. SINoPSIS KURSUS KoMPoNEN IKHTISAS BAGI TERAS MAJoR BAHASA MELAYU

Kursus ikhtisas ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar di IPG. Ia bertujuan untuk membantu pelajar mengetahui dan menghayati etika keguruan, psikologi kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran dalam pendidikan. Kursus ini mempunyai 4 kursus dan diperuntukkan sejumlah 17 kredit.

EDU2013 Pendidikan Di Malaysia dan Etika Keguruan 3 Kredit

Kursus ini merangkumi sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat; Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG); Kurikulum Standard Pra Sekolah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta etika dalam profesion keguruan.

EDU2023 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini membincangkan psikologi perkembangan kanak-kanak merangkumi proses perkembangan kanak-kanak dari sudut fitrah kejadian manusia menurut perspektif agama dan biologi; faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya; prinsip-prinsip asas perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanakdan teori-teori yang berkaitan.; perbezaan individu ; keperluan dan personaliti kanak-kanak; gaya pembelajaran ; kecerdasan emosi; dan kecerdasan pelbagai. Pelajar juga diperkenalkan dengan kategori kanak-kanak berkeperluan khas; perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak serta kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan intervensi kaunseling kanak-kanak yang boleh digunakan untuk mengurus emosi kanak-kanak.

EDU2033 Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran guru dalam merancang, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dan model pengajaran; membuat perancangan dan pelaksanaan pengajaran; kemahiran asas pengajaran mikro dan membuat refleksi terhadap pengajaran; dan mengurus bilik darjah.

Page 56: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2017/2018

50

EDU2043 Pentaksiran Dalam Pendidikan 3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada konsep, tujuan dan prinsip pentaksiran; jenis alat pentaksiran; pembinaan ujian; cara pemarkahan; statistik asas, interpretasi data dan pelaporan; pentaksiran berasaskan sekolah; pemulihan dan pengayaan; dan isu-isu berkaitan pentaksiran sekolah rendah di Malaysia.

PRK2016 Praktikum I 6 Kredit

Kursus ini memfokuskan terhadap menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, mempraktik dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai situasi sebenar melalui bimbingan dan kolaborasi dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia serta rakan pelajar. Kursus ini juga membolehkan pelajar merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari serta melibatkan diri dalam pengendalian aktiviti kokurikulum. Pelajar dikehendaki membudayakan amalan refleksi untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi. Melalui pengalaman secara langsung di bilik darjah, pelajar dapat menampilkan ciri-ciri profesionalisme keguruan.

PRK2026 Praktikum II 6 Kredit

Kursus ini membolehkan pelajar mengukuh dan memantapkan penguasaan dan berkemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta menulis refleksi; membuat persediaan RPH dan BBM; mentaksir prestasi pembelajaran murid secara formatif dan sumatif dalam mata pelajaran yang diajar; menjalankan aktiviti kokurikulum/ peranan-peranan lain; menyediakan portfolio yang berkonsepkan e-Portfolio.

9 pernyataan PLO m e n j e l a s k a n h a s i l pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar.

Page 57: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

KAMPUS IPG

Page 58: Program Pendidikan Guru BUKU PANDUANAKADEMIK · program DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA iii KANDUNGAN MUKA SURAT Panel Penyedia ii Kata Alu-Aluan Rektor v MAKLUMAT AM Lagu Institut Pendidikan

http://ipgm.moe.edu.my

+603-8312 6655

+603-8312 6666

Aras 1-3, Blok 2250Jalan Usahawan 163000 Cyberjaya

Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia