program pementasan teater perdana bukan 404 · tugas seperti mencari dan membeli bahan-bahan...

10
PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404 [ ] December 13, 2013 HHHC9501: KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA NAMA: NORASMAWATI BINTI JOMITOL NO. PENDAFTARAN: A 143714 FAKULTI: FAKULTI PERUBATAN SET: SET KURSUS 22 TAHUN: TAHUN 1 2013/2014 NAMA PENSYARAH: Puan TATY ANNA BINTI KAMARUDIN

Upload: tranbao

Post on 29-Apr-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

HHHC9501: KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH

DAN PENDEKATA

NAMA: NORASMAWATI BINTI JOMITOL

NO. PENDAFTARAN: A 143714

FAKULTI: FAKULTI PERUBATAN

SET: SET KURSUS 22

TAHUN: TAHUN 1 2013/2014

NAMA PENSYARAH: Puan TATY ANNA BINTI KAMARUDIN

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

Nama Projek : PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404

Kod Kelulusan Projek : DN 00788/2013

Jawatan yang Disandang : AHLI JAWATANKUASA PROP DAN SETTING

Tarikh Projek : 13-15 DISEMBER 2013

Pada 13,14 dan 15 Disember 2013, Kumpulan Pentas Anak Seni Tun Dr.

Ismail(KUPAST) telah berkolaborasi dengan Geliga Merah Opera(GMO) dan Majlis

Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) dalam menjayakan pementasan teater “Bukan 404” yang

bertempat di Auditorium MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Persediaan pementasan teater ini

mengambil masa selama sebulan. Persediaan pementasan teater “Bukan 404” dijalankan di dua

tempat yang berbeza iaitu di Kolej Tun Dr.Ismail dan Menara MPAJ,Pandan Indah,Kuala

Lumpur. Mesyuarat dan latihan diadakan setiap malam di Menara MPAJ manakala persediaan

barang-barang pementasan dilakukan di Kolej Tun Dr.Ismail . Ahli KUPAST akan bergilir-gilir

menghadiri mesyuarat seperti yang telah dijadualkan, manakala yang lain akan berkumpul dalam

Kolej Tun Dr. Ismail bagi menyiapkan barang-barang pementasan.

Saya telah diamanahkan oleh Ketua Projek teater “Bukan 404” untuk menggalas

tanggungjawab sebagai AJK Prop dan Seting. Penglibatan dalam teater ini telah mengajar saya

banyak benda yang tidak akan saya perolehi di dalam kelas mahupun kuliah khususnya

berkenaan dengan kemahiran pemikiran kritikal,penyelesaian masalah dan pendekata .

Sebagai Ahli Jawatankuasa Prop dan Setting,saya bertanggungjawab dalam menyediakan

bahan-bahan yang diperlukan dalam pementasan teater tersebut termasuklah bahan-bahan setting

atas pentas. Kami telah melakukan beberapa inisiatif dalam mengurangkan kos pembinaan

setting pentas antaranya menggunakan bahan terpakai seperti perabot-perabot yang tidak

digunakan lagi. Langkah ini telah memupuk sikap berjimat cermat serta berfikiran kreatif dalam

menyelesaikan masalah berkenaan bahan-bahan seting dalam diri saya. Saya juga melakukan

tugas seperti mencari dan membeli bahan-bahan pameran,membuat sepanduk,lakaran pentas dan

sebagainya. Tugas ini agak mencabar kerana saya perlu memenuhi kehendak Pengarah dan

bahan-bahan tersebut perlu bersesuaian dengan tema teater “Bukan 404”. Disini saya telah

mempelajari tentang pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang sistematik dalam

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

mengendalikan duit untuk membeli bahan-bahan tersebut. Memandangkan ini adalah kali

pertama saya melibatkan diri dalam dunia teater, saya telah menjalankan beberapa strategi dalam

mencari maklumat berkaitan teater seperti melayari internet, bertanya dengan ahli kumpulan

KUPAST yang lain serta bertanya dengan pelakon-pelakon dan pengurus pentas itu sendiri iaitu

Encik Ahmad Rezalludin. Selain itu, kami saling berkongsi pengetahuan bukan sahaja dalam

aspek professional namun turut merangkumi aspek-aspek peribadi seperti misi, visi,masalah,

perasaan dan pandangan setiap warga teater dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Saya dapat

melihat bahawa perkongsian yang berkesan dapat memberi faedah kepada organisasi kami

kerana perkongsian pengetahuan menggalakkan budaya kerja yang baik,menggalakkan

percambahan idea secara produktif dan inovatif dalam aspek pembuatan dan perkhidmatan serta

meningkatkan kecekapan menyelesaikan masalah. Melalui penglibatan ini juga saya berpeluang

berkerjasama dengan individu yang berbeza profesion dengan kami dan berpengalaman dalam

mengendalikan teater. Pada hari pementasan saya telah bertugas sebagai pengurus belakang

pentas. Tugas ini mengajar saya agar lebih peka dan menguruskan sesuatu secara sistematik.

Jujur saya katakan ia agak mencabar kerana saya perlu mengingat prop dan pelakon dalam setiap

babak dalam teater “Bukan 404”. Namun ,ia menjadi mudah setelah saya cuba untuk

menggunakan simbol-simbol yang mewakili prop di setiap babak dan bekerjasama dengan para

pelakon di belakang pentas.

Penglibatan dalam teater ini juga merupakan satu medium untuk saya terus mempelajari

benda-benda baru di luar profesion saya. Ia membantu saya dalam pemikiran kritikal dan

penyelesaian masalah untuk peribadi dan juga professional yang dilakukan sepanjang masa. Ia

juga dapat membangunkan potensi diri saya dalam pemikiran secara saintifik yang

memotivasikan dan mengupayakan saya dalam menguasai ilmu,menghayati nilai murni yang

diperlukan dalam sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya saya mengambil

tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi

segala cabaran hidup.

Pada masa yang sama, kami juga telah mempelajari bagaimana untuk menyediakan

barang yang sesuai dengan kehendak pengarah dan bersesuaian dengan tema teater tersebut,

menyediakan pameran dan juga “photo booth” serta cara pengurusan di belakang pentas semasa

pementasan sedang dijalankan.

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

GAMBAR 1: di awal persediaan dan pembahagian tugas

GAMBAR 2: mesyuarat yang diadakan di Menara MPAJ,Pandan Indah

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

GAMBAR 3: melakar pelan pameran luar auditorium

GAMBAR 4: semasa menyiapkan bahan-bahan pameran

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

GAMBAR 5: semasa menyiapkan seting atas pentas

GAMBAR 6 menyiapkan pameran luar auditorium

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

GAMBAR 7: perjumpaan bersama penyelia projek Cik Nur Azimah Mahmood

GAMBAR 8: bersama pelakon utama Kaka Azraff dan Kathy Azian di belakang pentas

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

GAMBAR 9 :krew-krew dan pelakon-pelakon "Bukan 404” tampil di hadapan pentas

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

GAMBAR 10: di akhir pementasan Kaka menyanyikan lagu single terbarunya

PROGRAM PEMENTASAN TEATER PERDANA BUKAN 404[ ] December 13, 2013

GAMBAR 11: teater "Bukan 404" di akhbar

Kesimpulannya, setelah melakukan projek ini, saya mendapati bahawa Kemahiran

Pemikiran Kritikal,Penyelesaian Masalah dan Pendekata adalah berkait rapat antara satu sama

lain. Melalui projek ini juga, saya mendapati bahawa kemahiran ini boleh dipupuk untuk bekalan

masa depan apabila berada di alam pekerjaan kelak dengan penglibatan secara aktif dalam

aktiviti di luar kelas. Penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal yang efektif hanya berlaku

sekiranya seorang individu mempunyai rangka minda yang positif serta motivasi diri yang yang

tinggi. Justeru , setiap individu perlu melengkapkan diri dengan prasyarat tersebut untuk

membolehkan mereka menguasai maklumat serta bersaing dalam dunia maklumat tanpa

sempadan hari ini dan pada masa akan datang.