program jom ke sekolah 2014

6
PROGRAM JOM KE SEKOLAH 1. PENDAHULUAN Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa. Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if you aren’t there”. Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan Allah. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya. 2. RASIONAL

Upload: izdc9165

Post on 18-Jul-2016

110 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Program Jom Ke Sekolah 2014

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang

menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan

semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam

menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah

berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak

hadir tidak akan mendapat apa-apa.

Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not

if you aren’t there”. Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar

pahalanya dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan

Allah. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau

ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti

melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.

2. RASIONAL

Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan

merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini menunjukkan

bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban tahun. Jumlah peratus pelajar

yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan

kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke

arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang

sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini

diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu

kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

Page 2: Program Jom Ke Sekolah 2014

3. MATLAMAT

Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku ponteng dan menggalakkan

kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah sosial yang kerap

berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana remaja mudah

terdedah dengan gejala tidak sihat. Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak

langsung meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh

dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru

matapelajaran.

4. OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.

4.2 Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam

mengawal prestasi kehadiran pelajar.

4.3 Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka

ponteng.

4.4 Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu

kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.

4.5 Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan

kokurikulum.

 

5. PELAN TINDAKAN

5.1 Pembentukan JK dan mesyuarat JK program ‘Jom Ke Sekolah’

5.2 Taklimat kepada semua guru-guru petang

5.3 Pelancaran program “Jom Ke Sekolah” peringkat sekolah

5.4 Menjadikan Dewan Utama sebagai Pusat Sehenti Bermaklumat (PSB)

5.5 Ceramah Keibubapaan peringkat sekolah

5.6 Memperhebatkan perkongsian dan ceramah daripada pihak polis, AADK DAN

LPPKN negeri

5.7 Penilaian program

Page 3: Program Jom Ke Sekolah 2014

 6.    JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Hjh Siti Esah bt Yaacob

Naib Pengerusi : En. Zakaria bin Mat Adanam

Personalia : En  Supian bin Ab. Ghani

Jawankuasa kerja : Unit Bimbingan dan Kaunseling dan semua guru

  

6. SUMBER KEWANGAN

6.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling

Bulan September: 30 orang x RM 10.00 = RM 300.00

Bulan Oktober : 30 orang x RM 10.00 = RM 300.00

Jumlah RM 600.00

 

7. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga program ini mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak,

sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang. Sesungguhnya adalah

menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk membantu pelajar kita hari ini ke arah insan

yang lebih berilmu dan progresif. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Semoga

segala perancangan yang diusahakan mendapat berkat daripada Ilahi. Insya-Allah.

 

 

Disediakan oleh,

(NIK AIZON BINTI NIK BAIDILLEH)

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Page 4: Program Jom Ke Sekolah 2014

KERTAS KERJAPROGRAM JOM KE SEKOLAH

2014

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU

AMALIN A’ISHAH PUTRI