program bersepadu sekolah sihat

Upload: gituen-sann

Post on 19-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PROGRAM BERSEPADU

TRANSCRIPT

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHATPersekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan SelamatBerdasark pemantauan dan penilaian, keadaan sekolah mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang agak bersih, ceria, selamat dan sihat. Pihak sekolah telah memastikan kemudahan asas atau kemudahan fizikal seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan serbaguna , bilik darjah, tandas, parit padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih dan berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah. Selain daripada itu, persekitaran sekolah juga bebas dari risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

Persekitaran Sosial Sekolah yang Sihat dan SelamatHasil dapatan pemantauan dan penilaian mendapati bahawa persekitaran sekolah ini boleh membentuk sikap dan amalan kea rah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran. Pihak sekolah berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Contohnya, sekolah ini menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, menyediakan aktiviti unit beruniform seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), sudut Rakan Pembaca, mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan pengawas sekolah, Kem Bestari Solat dan lain-lain lagi.Rawatan Pertolongan CemasRawatan pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama diberi kepada seseorang yang tercedera dalam suatu kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang bertauliah. Ianya juga diberikan kepada murid yang menjadi mangsa untuk mengurangkan kesakitan, mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius dan dapat menyelamatkan nyawa mangsa.

Perkhidmatan Kesihatan SekolahDijalankan secara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak sekolah. membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah kepentingan penjagaan kesihatan. Antaranya ialah: Pengesanan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes. Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepat tentang anak mereka memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi. Kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan membantu meningkatkan tahap kesihatan murid dan masyarakat amnya.Rancangan Makanan Tambahan (RMT)Murid- sebagai salah satu agen perubahan. kanak-kanak lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan/pendapat daripada orang dewasa. diharapkan perubahan sikap dan amalan kesihatan akan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya mereka melalui pergaulan harian mereka. Matlamat Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur buluh biarlah dari rebungnya" sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan yang tidak diingini. Sekolah mempunyai sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia yang boleh digembelingkan dijadikan agen perubahan dalam masyarakat. Sebagai sebuah institusi membolehkan murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kira-kira 6-10 jam sehari, persekitaran sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa dan indah. Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.