program bersepadu sekolah sihat

12
1.0 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) 2.1 Tujuan Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. 2.2 Rasional Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut : 2.2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu 2.2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa 2.2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah

Upload: rosdimohamed

Post on 04-Aug-2015

1.654 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Bersepadu Sekolah Sihat

1.0 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS)

2.1 Tujuan

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967.

Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara

khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren

penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk

membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih

komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )

dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek

" Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah,

Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep

"HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO )

berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada

bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada

diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat

( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua

aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

2.2 Rasional

Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )

adalah berdasarkan rasional berikut :

2.2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang

perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu

2.2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif

serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan

kepada keperluan semasa

Page 2: Program Bersepadu Sekolah Sihat

2.2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu

melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga

sekolah

2.2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang

menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya

2.2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama

diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam

menangani isu kesihatan

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu

dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan

pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap

sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan

rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti

2.3 Matlamat PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke

arah pencapaian wawasan negara.

2.4 Visi PBSS

Generasi yang berilmu, sihat dan progresif

2.5 Misi PBSS

Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan

2.6 Objektif PBSS

Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat

2.6.1 Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah

2.6.2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih,

ceria , selamat dan sihat

Page 3: Program Bersepadu Sekolah Sihat

2.6.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan

amalan cara hidup sihat

2.6.4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan

dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang

bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,

keluarga dan masyarakat

2.6.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam

program kesihatan sekolah

2.6.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi

2.7 Teras Utama PBSS

Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan

bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah

melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:

2.7.1 Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan

kesihatan

2.7.2 Persekitaran Fizikal Sekolah

2.7.3 Persekitaran Sosial Sekolah

2.7.4 Penglibatan Komuniti

2.7.5 Kemahiran Kesihatan Diri

2.7.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

2.8. Pelaksanaan

PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat.

Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan

secara formal atau tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah

sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah

memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan

Page 4: Program Bersepadu Sekolah Sihat

dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah

dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.

Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth.

Penasihat : Pn. Asiah Binti Othman

Pengerusi : Pn. Rosenah Bt. Samsudin

Setiausaha : En. Mohd. Yusof Bin Abu Bakar

AJK

Pn. Rozinah bte Mat Jizat

Pn. Zaharah Bt. Yahaya

Pn. Zuraidah Bt. Zakariah

En. Mohd. Roshidi Bin Zainul

Pasukan Kesihatan Sekolah

Pasukan Kesihatan Gigi

2.9 Pemantauan Dan Penilaian

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya,

pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah

yang digunakan :

2.9.1 Rekod Kesihatan Murid

2.9.2 Rekod Rancangan Makanan Tambahan

2.9.3 Laporan Bulanan

2.9.4 Laporan Tahunan

2.9.5 Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

2.10 Kesimpulan

Page 5: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di

kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai

cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab

mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir

masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.

2.0 PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

3.1 APA ITU RMT?

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu

seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya

bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% -

30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang

bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan

kesihatan dan pemakanan murid tersebut.

Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan

di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak

untuk menyertai program ini.

3.2 Tujuan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara

penyaluran bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Sekolah Rendah

oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

3.3 Latar Belakang

Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang

bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan

murid sekolah rendah. Program ini yang pada asalnya dikendalikan oleh

Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut

Page 6: Program Bersepadu Sekolah Sihat

pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.

Sejumlah 532,500 murid sekolah rendah daripada “golongan termiskin”

(keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00

per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan

minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada

setiap tahun. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi

negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah

dan Sarawak. Jumlah peruntukan semasa yang disediakan berasaskan

kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM 123,647,250.00

setahun.

Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan tambahan

dan sekolah-sekolah dibenarkan mengambilkira kemampuan dan

kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi menyediakan makanan bagi

murid-murid yang terlibat.

Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah

diadakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Hasil kajian yang

dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan bahawa penyaluran

peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana sekolah

perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU

mengesyorkan bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat

terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak

pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini

program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama

persekolahan.

3.4 Prosedur Pembayaran

Page 7: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Bagi melaksanakan syor yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU prosedur

pembayaran bantuan RMT telah diseragamkan dan penyelenggaraan program

RMT hendaklah diawasi oleh Penyelia Kesihatan di JPN. Prosedur pembayaran

yang ditetapkan adalah

seperti berikut:

Jumlah murid yang sedang menerima bantuan RMT pada 1

Oktober tahun semasa di setiap sekolah rendah akan menjadi asas

perkiraan untuk membayar bantuan RMT bagi tahun 2003.

Bagi tahun-tahun berikutnya, perkiraan jumlah penerima bantuan

hendaklah dikemaskini dengan mengambil kira kemasukan murid

baru ke tahun satu dan jumlah murid tahun enam yang tamat

sekolah, berserta dengan pertambahan murid bagi sekolah-sekolah

yang baru dibuka.

Kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan

hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan

menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di

JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara berkomputer

melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolah-

sekolah yang terlibat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak pembayaran

hendaklah dibuat secara waran peruntukan kepada Pejabat

Pendidikan Daerah negeri masing-masing.

Penyelia Kesihatan di JPN hendaklah menyampaikan rekod

pengagihan peruntukan RMT di sekolah sehingga 31hb. Januari

tahun berkenaan kepada Bahagian Sekolah. Bahagian Sekolah

pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri

kepada Bahagian Kewangan.

3.5 Pematuhan

Page 8: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Sebarang kelewatan pengagihan peruntukan akan dilaporkan dalam

Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di peringkat Kementerian

Pendidikan untuk tindakan yang sewajarnya. Setiap JPN hendaklah menyimpan

rekod perbelanjaan peruntukan RMT dan mempastikan peruntukan ini digunakan

sepenuhnya.

Objektif RMT

1. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,

terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah,

secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan

kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan

Negara.

2. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada

murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi

masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

3. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara

langsung dan secara tidak langsung.

4. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta

amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan

makanan dan kebersihan alam sekitar.

5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam

usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

3.6 Prosedur RMT Di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan 2011

Sepertimana pihak tuan sedia maklum, Program Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) adalah merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid

golongan miskin. Pelaksanaan program ini bertujuan menyediakan makanan

yang berkhasiat dan mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi

membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas.

Page 9: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Untuk makluman pihak tuan, mulai tahun 2011 murid yang layak mendapat

bantuan RMT adalah murid yang ibu/ bapa/ penjaga berdaftar dengan sistem

eKASIH dan disahkan sebagai miskin atau miskin tegar. Pelaksanaan RMT di

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan bagi tahun 2011 perlu diteruskan seperti

butiran berikut :-

l. Perkara Butiran a. Tarikh mula & 

tempohDilaksanakan mulai pada hari pertama persekolahan untuk tempoh 190 hari.                 

                                                   b.    

Kadar Bantuan RMT

RM 1.80/ murid/ hari (Semenanjung)

d. Menu Makanan               

               

Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Surat Pekeliling Kew. Bil. 7 Tahun 2010)

e. Waktu Makan Sebelum waktu pertama persekolahan dimulakan atau waktu rehat.                                                                                                                                    

 

f.

Jawatankuasa Bantuan Sekolah

Mengurus pelaksanaan RMT termasuk penetapan menu, penentuan kaedah pembekalan makanan serta penyimpanan rekod-rekod berkaitan.

g. Pemantauan JPN/PPD/Jawatankuasa RMT Sekolah hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan semua peruntukan dan prosedur dipatuhi.

h.Lebihan RMT

Tahun 2011 &   tahun

sebelumnya

Semua lebihan dan baki peruntukan tahun semasa hendaklah dipulangkan kepada Bah. Kewangan, KPM (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010).

 Bilangan Murid SKKD Yang Menerima Peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

 

Page 10: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Tahun 2010 Tahun 2011TAHUN BIL.PENERIM

ATAHUN BIL.PENERIM

ATahun 6 3  Orang Tahun 6 3  OrangTahun 5 3  Orang Tahun 5 3  OrangTahun 4 3  Orang Tahun 4 3  OrangTahun 3 3 Orang Tahun 3 3  OrangTahun 2 3 Orang Tahun 2 2  OrangTahun 1 2  Orang Tahun 1 3 OrangTOTAL 17 Orang TOTAL 17  Orang

3.7 Carta Alir dan pelaksanaan

Berikut merupakan carta organisasi pelaksanaan Program Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) SK Taman Senangan:

Pengerusi

Pn. Asiah Bt. Othman

Naib Pengerusi

En. Zakaria Bin Hj. Ahmad

Setiausaha

Pn. Rosenah Bt. Samsudin

Ahli Jawatankuasa

Pn. Patimah Bt. Mohamad

En. Mohd. Yusof Bin Abu Bakar

En. Nasir Bin Hasan

Pn. Shahariza Bt Desa

Cik Sarmellaa A/P Rajandran

Pn Siti Zurina Bt Salleh

Pn Rosmah Bt Idris

Page 11: Program Bersepadu Sekolah Sihat

3.8 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya dapat melihat perjalanan Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) ini berjalan dengan sangat baik semasa berada di

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan. Walaubagaimanapun, murid yang

terlibat dengan program ini adalah sedikit berbanding di sekolah lain

memandangkan kebanyakan murid-murid terdiri daripada latarbelakang keluarga

yang berada.

3.0 PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH RENDAH

4.1 Tujuan

Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada

tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini

diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang

baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.

Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid

tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.

4.2 Bagaimana Prosedur Perkhidmatan Ini Dijalankan?

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:

• Klinik Pergigian Sekolah

Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-

sekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang

terpilih.

• Pasukan Pergigian Bergerak

Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada

murid- murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan

pedalaman.

Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di

sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.

Page 12: Program Bersepadu Sekolah Sihat

• Klinik Pergigian Bergerak

Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi

dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini

memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah

yang mempunyai ruang terhad.

4.3 Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan?

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas

termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran

dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah

tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian.

4.4 Adakah Bayaran Dikenakan?

Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid sekolah tidak dikenakan

sebarang bayaran.

4.6 Siapakah Yang Layak Menerima Rawatan?

Semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi

keizinan (consent) oleh ibu bapa atau penjaga, layak menerima rawatan ini.

4.5 Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini ialah sepanjang sebulan berada di

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, saya dapat melihat program Kesihatan

Pergigian ini berjalan. Semasa minggu kedua saya berada di sekolah ini saya

dapat meihat murid-murid akan diperiksa seorang demi seorang keadaan gigi

dan jika terdapat kerosakan, jururawat bertugas akan menandakan tindakan

susulan yang akan dilakukan di dalam kad kesihatan gigi. Jadi, program ini

sangat bermanfaat kepada murid-murid sekolah supaya mereka dapat belajar

bagaimana untuk menjaga kesihatan gigi mereka dan bagaimana cara

menggosok gigi yang betul.

Page 13: Program Bersepadu Sekolah Sihat