professor zulkifli muhammad

3
Professor Zulkifli Muhammad Ucapannya telah dibukukan dengan tajuk ‘Amanat Zulkifli Muhammad’ oleh tokoh PAS, Amaluddin Darus pada tahun 1981. Antara lain Akmarhum berpesan: “Inilah saudara-saudara (wakil rakyat), kedudukan kita pada hari ini, iaitu satu kedudukan yang sungguh dan benar, bukan kedudukan yang dibuat-buat. Tetapi satu kedudukan yang memang kita kehendaki di mana Allah telah berikan kepada kita. “Oleh itu, janglah kita lepaskan peluang ini dengan lengah dan lalai, cuai dan lupa apa yang ada pada diri kita ini, dan menjadikan apa yang didapati sebagai satu nikmat yang hanya datang dari langit. Sebab kita akan menghadapi Tuhan. Marilah kita jadikan kesungguhan sebagai motto hidup kita,” katanya. Almarhum menyeru supaya menjadikan perjuangan Islam tidak sebagai kerja main-main, tidak hanya kerja pilihan raya bahkan tidak hanya kerja PAS, tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas yang ditetapkan oleh Tuhan. "Kita tidak kurang tukang angguk, kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang orang yang mahu membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa yang sudah digeleng," tambahnya. Lantikan Exco, Wakil Rakyat dan Penjawat Kerajaan, kata Almarhum Zulkiflly, adalah tempat subur dengan kuman yang membawa sengketa kepada kita akan apa yang akan kita lakukan. Oleh sebab itu, katanya, pada waktu kita menghadapi semuanya ini maka berpeganglah kepada keikhlasan, menyucikan tujuan kita kepada pelaksanaan dasar parti kita dan mengenepikan sebarang kepentingan perinadi.

Upload: zakri-zakaria

Post on 10-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

prof zulkifli muhammad

TRANSCRIPT

Professor Zulkifli Muhammad

Professor Zulkifli Muhammad

Ucapannya telah dibukukan dengan tajuk Amanat Zulkifli Muhammad oleh tokoh PAS, Amaluddin Darus pada tahun 1981.

Antara lain Akmarhum berpesan:

Inilah saudara-saudara (wakil rakyat), kedudukan kita pada hari ini, iaitu satu kedudukan yang sungguh dan benar, bukan kedudukan yang dibuat-buat. Tetapi satu kedudukan yang memang kita kehendaki di mana Allah telah berikan kepada kita.

Oleh itu, janglah kita lepaskan peluang ini dengan lengah dan lalai, cuai dan lupa apa yang ada pada diri kita ini, dan menjadikan apa yang didapati sebagai satu nikmat yang hanya datang dari langit. Sebab kita akan menghadapi Tuhan. Marilah kita jadikan kesungguhan sebagai motto hidup kita, katanya.

Almarhum menyeru supaya menjadikan perjuangan Islam tidak sebagai kerja main-main, tidak hanya kerja pilihan raya bahkan tidak hanya kerja PAS, tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas yang ditetapkan oleh Tuhan.

"Kita tidak kurang tukang angguk, kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang orang yang mahu membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa yang sudah digeleng," tambahnya.

Lantikan Exco, Wakil Rakyat dan Penjawat Kerajaan, kata Almarhum Zulkiflly, adalah tempat subur dengan kuman yang membawa sengketa kepada kita akan apa yang akan kita lakukan. Oleh sebab itu, katanya, pada waktu kita menghadapi semuanya ini maka berpeganglah kepada keikhlasan, menyucikan tujuan kita kepada pelaksanaan dasar parti kita dan mengenepikan sebarang kepentingan perinadi.

Almarhum mencipta rekod berucap di parlimen Malaysia selama 4 jam dan membangkitkan pelbagai isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirkby dan Brinsford di United Kingdom.

Almarhum bukan saja sebagai pemimpin politik, tetapi juga sebagai sasterawan dengan menulis syair dan sajak. Menurut sahabatnya, Dato Asri Haji Muda, bahawa Almarhum Zulkifly adalalah seorang pemikir setelah menatap karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya.

Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato' Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan 'Dewan Zulkeflee Muhammad' bersempena namanya. Almarhum juga dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan oleh Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra yang membawa gelaran Dato pada 11 Julai 1964.

Almarhum juga dianugerahkan gelaran Profesor dari Universitas Sawerigading, Makassar, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

Sungguh banyak sumbangan Almarum, termasuklah: Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar. Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu. Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan. Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953), Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965. Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.

Itulah Alnarhum Zulkifli Muhamad, sebuah nama besar, pejuang Islam melalui PAS, pemikir umat, maka sangat tepatlah Sambutan 63 tahun PAS diadakan di kampung halamannya.

Setengah abad telah berlalu sejak kepergian Almarhum, di mana PAS menempuh pelbagai pengalaman sepanjang perjuangannya hingga kini. Sebagai parti politik yang bernuansa Islam, PAS meneruskan perjuangannya dengan pemimpinnya silih berganti.

Disebabkan sifat politik moden yang sangat dinamik, pelbagai perubahan telah berlaku sejak ditubuhkan, maka PAS juga ikut serta dengan perubahan itu. Antaranya, mengadakan tahalluf-siyasi dengan pelbagai parti politik, mengadakan hubungan dengan pelbagai pihak dan pelbagai perubahan lagi. Namun seperti kata Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor, Betapapun PAS bersikap terbuka dan bertoleransi, tetapi PAS tetap dalam orbit Islam.

Demikianlah ketika mengamati Sambutan 63 Tahun PAS itu, saya bertanya kepada beberapa orang tokoh di majlis itu mana road-map PAS untuk melakar gambaran masa depannya.

Para tokoh itu menjawab sinis, Kita sedang sibuk melayani nostalgia, kenangan masa lampau. Mungkin selepas ini baru difikirkan semua itu.