universiti teknologi malaysia...menceburi bidang jahitan. seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan...

25
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI PELAJAR LELAKI TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ZULKIFLI MUHAMMAD SLIM RIVER, PERAK TERHADAP MATA PELAJARAN JAHITAN DI SEKOLAH SESI PENGAJIAN: 2005-2006 Saya SITI ASIAH BINTI MOHD ARIF (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 33 KG PASIR, TUAN HAJI MOHSIN BIN UZIR SLIM VILLAGE, Nama Penyelia 35800 SLIM RIVER, PERAK. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR LELAKI TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN DATO’ ZULKIFLI MUHAMMAD SLIM RIVER, PERAK TERHADAP MATA PELAJARAN JAHITAN DI SEKOLAH

SESI PENGAJIAN: 2005-2006

Saya SITI ASIAH BINTI MOHD ARIF (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

33 KG PASIR, TUAN HAJI MOHSIN BIN UZIR SLIM VILLAGE, Nama Penyelia 35800 SLIM RIVER, PERAK. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

PERSEPSI PELAJAR LELAKI TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ZULKIFLI MUHAMMAD SLIM RIVER, PERAK

TERHADAP MATA PELAJARAN JAHITAN DI SEKOLAH

SITI ASIAH BINTI MOHD ARIF

Laporan Projek Sarjana Muda Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

Saya akui bahawa karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………...........................

Nama Pelajar : SITI ASIAH BINTI MOHD ARIF

Tarikh : …………………...........................

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : …………………...........................

Nama Penyelia : TUAN HAJI MOHSIN BIN UZIR

Tarikh : …………………...........................

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

iv

DEDIKASI UNTUK

Suami tercinta

NOOR RAHIM BIN DAUD

Segala pengorbanan, pengertian dan kasih sayangmu

tidak sekali-kali akan aku persiakan

Ayahanda Bonda yang dikasihi

MOHD ARIF @ MOHD ARIF SHAH BIN KAHAR

HAMIAH BINTI LOPE

Mertua yang dihormati

DAUD BIN TASIR

LATIPAH BINTI ALIAS

Doa restu kalian memberi aku kekuatan untuk mengharungi onak duri kehidupan

di sepanjang hidup ini

Cahaya mata hatiku

NUR YASMIN FATIHA

LUQMANUL HAKIM

Tiada harta yang melimpah ruah yang akan ibu tinggalkan selain dari memberi kalian ilmu

pengetahuan untuk menjadi bekalan mengharungi kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini

Rakan-rakan seperjuangan & tenaga pengajar

Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan, semoga Allah membalasnyanya jua

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

v

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan

hidayah-Nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan

kepada penyelia saya Tuan Haji Mohsin Bin Uzir di atas bimbingan, tunjuk ajar serta

teguran yang membina sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.

Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat di atas kerjasama

yang diberikan iaitu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Unit

Perhubungan, Pendaftaran & Pendidikan Swasta, Pengetua serta Kakitangan Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi

Malaysia yang telah banyak berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan sebagai

bekalan saya di masa hadapan. Akhirnya jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T

membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar lelaki terhadap mata

pelajaran jahitan di sekolah. Dalam konteks kajian ini, hanya empat aspek yang dikaji

iaitu tentang keupayaan diri dalam menguasai mata pelajaran jahitan, faktor kerjaya,

dorongan ibu bapa serta keluarga, dan faktor persekitaran mempengaruhi mereka

menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’

Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang

digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik yang berbentuk soalan

objektif. Ia mengandungi 20 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan

alat kajian adalah α=0.91. Analisis statik deskriptif telah digunakan dalam menganalisis

data. Secara keseluruhannya menunjukkan persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 di SMK

Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak terhadap mata pelajaran jahitan di sekolah

adalah sederhana.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to observe the perception of male students

towards subject of sewing in school. There are four aspects in the research methods

about self-ability in majoring the subject, profession factor, the support of family and

relatives, and the influence from surrounding in order to involved in the sewing field. 75

form 4 male students of SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak were

involved in the research. Questionnaire in a form of objective questions used as a

research tool. The questionnaire consists of 20 items. The trustworthy value for the

research tool is α=0.91. Descriptive statistic analysis used to analyse data. In

conclusion, the perception of form 4 male students of SMK Dato’ Zulkifli Muhammad

Slim River, Perak towards the subject of sewing is moderate.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

viii

KANDUNGAN

Bab Perkara Muka Surat

Pengesahan Status Tesis

Halaman Judul

Halaman Perakuan

Pengesahan Penyelia

Halaman Dedikasi

Halaman Penghargaan

Halaman Abstrak

Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Lampiran

i

ii

iii

iv

v

vi – vii

viii – xi

xii – xiii

xiv

Bab 1 Pendahuluan

1.0

1.1

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

1.7

1.8

1.9

Pengenalan

Latar Belakang Masalah

Pernyataan Masalah

Tujuan Kajian

Objektif Kajian

Persoalan Kajian

Kepentingan Kajian

Skop dan Batasan Kajian

Terminologi Yang Digunakan Dalam Kajian

Penutup

1 – 3

3 – 8

9

9

10

10 – 11

11 – 12

13 - 14

14 – 17

17 – 18

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

ix

Bab 2 Sorotan Penulisan

2.0

2.1

2.2

Pengenalan

Sejarah Perkembangan Kemahiran Hidup

Kajian Berkaitan Faktor Pelajar Lelaki Memasuki

Bidang Jahitan

19 – 22

22 – 23

2.2.1

2.2.2

2.2.3

2.2.4

Faktor Keupayaan Diri

Faktor Peluang Kerjaya

Faktor Pengaruh Keluarga

Faktor Persekitaran

23 - 25

25 – 26

26 – 28

28 – 30

2.3 Penutup 31

Bab 3 Metodologi Kajian

3.0

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

3.9

Pengenalan

Reka Bentuk Kajian

Populasi Kajian

Sampel Kajian

Instrumen Kajian

Prosedur Kajian

Analisis Data

Kesahan Soal Selidik

Kajian Rintis

Penutup

32

33

33 – 34

34

34 – 36

37 – 38

38 – 40

40

40 – 41

41

Bab 4 Analisis Data

4.0

4.1

Pengenalan

Bahagian A: Analisis Deskriptif Latar Belakang

Responden

42 – 43

4.1.1

4.1.2

4.1.3

Taburan Responden Mengikut Minat

Taburan Responden Mengikut Bangsa

Taburan Pekerjaan Ibu Bapa Atau Penjaga

Responden

43

43 – 44

44

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

x

4.1.4

4.1.5

Taburan Pendapatan Ibu Bapa Atau

Penjaga Responden

Taburan Keputusan Peperiksaan PMR

Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Responden

44 – 45

45

4.2 Analisis Deskriptif Bagi Bahagian B

4.2.1

4.2.2

42.3

4.2.4

Analisis Deskriptif Persepsi Pelajar Lelaki

Terhadap Keupayaan Diri Dalam

Menguasai Mata Pelajaran Jahitan Di

Sekolah

Analisis Deskriptif Faktor Peluang Kerjaya

Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi

Bidang Jahitan

Analisis Deskriptif Faktor Dorongan Ibu

Bapa Dan Keluarga Mempengaruhi Pelajar

Lelaki Menceburi Bidang Jahitan

Analisis Deskriptif Faktor Persekitaran

Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi

Bidang Jahitan

48 – 50

50 – 52

52 – 54

54 – 56

4.3 Peratusan Dan Min Keseluruhan Aspek Yang

Dikaji

57 – 58

Bab 5 Perbincangan, Rumusan Dan Cadangan

5.0

5.1

5.2

Pengenalan

Perbincangan Latar Belakang Responden

(Bahagian A)

Perbincangan Hasil Dapatan Kajian (Bahagian B)

59

60

5.2.1

5.2.2

Persepsi Pelajar Lelaki Terhadap

Keupayaan Diri Dalam Mata Pelajaran

Jahitan Di Sekolah

Faktor Peluang Kerjaya Mempengaruhi

60 – 63

63 – 64

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

xi

5.2.3

5.2.4

Pelajar Lelaki Menceburi Bidang Jahitan

Faktor Dorongan Ibu Bapa Dan Keluarga

Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi

Bidang Jahitan

Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pelajar

Lelaki Menceburi Bidang Jahitan

65

66 – 67

67 – 69

5.3

5.4

5.5

5.6

Rumusan

Cadangan

Cadangan Kajian Lanjutan

Penutup

69 – 70

70 – 72

72

72

Bibliografi 73 – 78

Lampiran 79 - 98

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

xii

SENARAI JADUAL

No Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Bilangan Pelajar Lelaki Tingkatan 4 SMK Dato’

Zulkifli Muhammad Slim River, Perak Pada Tahun

2006

34

3.2 Skor 5 Peringkat Mengikut Skala Likert 36

3.3 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 36

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min. 38

3.5 Skala Likert dan Skor 39

3.6 Skor Pemeringkatan Skala Likert 39

3.7 Skala Tiga Mata Dan Skor 39

3.8 Skor Min 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Minat 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44

4.3 Taburan Pekerjaaan Ibu Bapa Atau Penjaga

Responden

44

4.4 Taburan Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga

Responden

45

4.5 Taburan Keputusan Peperiksaan PMR Bagi Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Responden

45

4.6 Taburan Peratusan Persepsi Pelajar Lelaki Terhadap

Keupayaan Diri Dalam Menguasai Mata Pelajaran

Jahitan Di Sekolah

48

4.7 Taburan Peratusan Faktor Peluang Kerjaya

Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi Bidang

Jahitan

50

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

xiii

4.8 Taburan Peratusan Faktor Dorongan Ibu Bapa Dan

Keluarga Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi

Bidang Jahitan

53

4.9 Taburan Peratusan Faktor Persekitaran Mempengaruhi

Pelajar Lelaki Menceburi Bidang Jahitan

54

4.10 Taburan Peratusan Dan Min Keseluruhan Aspek Yang

Dikaji

57

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

xiv

SENARAI LAMPIRAN

Bil Perkara No Lampiran

1. Penentuan Saiz Sampel Krejcie Dan Morgan (1970) 1

2. Soal Selidik 2

3. Realibility Coefficiens Untuk Kajian Rintis 3

4. Realibility Coefficiens Untuk Kajian Sebenar 4

5. Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah,

Maktab Perguruan Negeri Dan Bahagian-Bahagian Di

Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

5

6. Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah-

Sekolah Dalam Negeri Perak

6

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Semenjak mencapai kemerdekaan 48 tahun yang lalu, Malaysia kini telah

berkembang dengan pesat daripada segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan

pendidikan. Negara kini sedang dalam proses untuk merealisasikan hasrat menjadi

sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi sebuah negara maju menjelang

2020. Di antara unsur-unsur penting yang perlu ada bagi merealisasikan Wawasan

2020 ialah sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan

teknologi yang mencukupi.

Dalam ucapan pelancaran Wawasan 2020 YAB Perdana Menteri Malaysia

pada masa itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad (Petikan Ucapan Bekas Perdana

Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam Pelancaran Wawasan 2020

pada 3 April 2000). menyatakan “Daripada pengalaman ekonomi yang menakjubkan

selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas

sumber alamnya, maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi

sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya.

Tenaga atau kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.

Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990an

dan seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap

pembangunan sumber yang amat berharga itu”.

Melalui pernyataan di atas jelaslah bahawa hanya melalui kebolehan,

kemahiran dan daya usaha rakyat yang tinggi sahaja sesebuah negara boleh menjadi

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

2

sebuah negara maju. Oleh pembangunan sumber manusia yang berkemahiran, cekap

dan berpengetahuan ia menjadi ageanda penting bagi menyediakan sumber tenaga

kerja yang berkemahiran. Bagi merealisasikan impian kerajaan, usaha penerapan

nilai-nilai ini telah dimulakan dari peringkat sekolah melalui mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu yang dipelajari dari peringkat sekolah rendah, sekolah

menengah dan seterusnya ke IPTA atau IPTS.

Pada peringkat ini pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas

mengikut sukatan pelajaran Kemahiran Hidup yang telah diberikan seperti bidang

Elektrik dan Elektronik, Kerja Kayu dan Logam, Automotif, Perdagangan, Masakan,

Perkebunan dan Jahitan. Kesemua bidang ini perlu diikuti oleh setiap pelajar yang

memasuki sekolah menengah dari tingkatan satu hinggalah ke tingkatan tiga melalui

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti

bidang kemahiran ini selepas peperiksaan PMR mereka digalakkan meneruskannya

dengan memilih sekolah aliran teknik dan vokasional atau di sekolah harian biasa

yang menawarkan subjek MPV.

Melalui kemahiran-kemahiran yang diterapkan ini, salah satunya telah

menjadi penyumbang sumber pendapatan negara iaitu dari Industri Tekstil dan

Pakaian. Ianya merupakan industri kedua terpenting sebagai pendapatan dari eksport

negara dengan tenaga pekerja lebih dari 120 000 orang iaitu 10% dari sektor

pembuatan. Tekstil dan pakaian akan terus diperlukan oleh pengguna serata dunia.

Dengan itu industri ini mempunyai potensi yang luas untuk berkembang dengan

adanya tenaga pekerja yang mencukupi (http://www.polijb.edu.my).

Berdasarkan pernyataan di atas dapat dilihat betapa pentingnya kemahiran

dalam bidang jahitan dipelajari dan diikuti dengan baik. Ini kerana bidang rekaan

fesyen mula mendapat perhatian masyarakat pada masa kini. Hal ini terbukti apabila

beberapa nama milik anak Malaysia khasnya golongan lelaki mula terukir di persada

fesyen antarabangsa seperti Zang Toi, Rizalman Ibrahim dan Bernard Chandran.

Persepsi masyarakat kini menggambarkan kehidupan pereka fesyen sentiasa

dilimpahi ‘glamour’ kerana mereka berpeluang berdampingan dengan golongan yang

sering mendapat perhatian masyarakat (Dewan Siswa, Sept 2005).

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

3

Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar digalakkan mencontohi mereka yang

telah berjaya supaya dapat menyumbangkan idea dengan baik dan mempunyai

semangat besar disamping membuang perasaan takut untuk mengeluarkan idea

terutamanya idea-idea yang kreatif. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir

Muhammad pernah menyatakan “The greatest asset of any nation is the creativity of

its people” iaitu asset paling berharga kepada mana-mana negara ialah kreativiti

penduduknya (Petikan daripada Majalah Suara Negeri, Bil 2/2005).

Saintis terkemuka Albert Einstein pula pernah berkata, “great spirits have

always encountered violent opposition from mediocre minds” iaitu semangat-

semangat yang agung sentiasa menghadapi tentangan hebat daripada fikiran-fikiran

yang mediocre atau fikiran-fikiran yang biasa (Petikan Daripada Majalah Suara

Negeri, Bil 2/2005).

Oleh itu semua orang harus membebaskan diri daripada belenggu fikiran

yang biasa dan berfikirlah di luar daripada kebiasaan agar idea baru yang lahir akan

dapat dimanfaatkan sekaligus membawa kemajuan kepada bangsa dan negara.

1.1 Latar Belakang Masalah

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup mula diperkenalkan pada tahun 1989 yang

dikenali sebagai Kemahiran Hidup Program Peralihan (KHPP) ianya

menggabungkan antara Mata Pelajaran Elektif dan Kurikulum Lama Sekolah

Menengah (KLSM) yang terdiri pada masa itu ialah Sains Rumah Tangga (SRT),

Seni Perusahaan, Sains Pertanian dan Perdagangan. Ini termasuk juga mata pelajaran

pertukangan seperti Kerja Kayu, Kerja Logam serta Elektrik dan Elektronik. Pelajar-

pelajar yang mengambil KHPP ini akan mengambil peperiksaan PMR sebagai

menentukan tahap pencapaian mereka. Penggabungan ini bertujuan untuk

membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas (http://www.moe.gov.my).

Perlaksanaan program KHPP ini dirintiskan kepada pelajar-pelajar tingkatan

1 di sekolah yang dipilih. Pada tahun 1989 juga, Mata Pelajaran Kemahiran

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

4

Manipulatif telah dilancarkan pula ke 100 buah sekolah rendah yang terpilih. Sekitar

tahun 1991 Program ini diperkenalkan pula kepada 1000 buah sekolah rendah yang

lain kerana program ini berjaya menarik minat hampir ke semua pelajar-pelajar

sekolah (http://www.moe.gov.my).

Pada tahun 1991 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dimulakan di

Tingkatan 1 sepenuhnya di seluruh negara. Ianya telah diteruskan kepada Tingkatan

2 dan 3 tahun berikutnya sebagai kesinambungan. Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah yang lain pula pada tahun

1992. Pada tahun 1993 Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua

sekolah rendah di seluruh negara. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran

Manipulatif telah meneruskannya di Tahun 5 dan 6 di sekolah rendah tersebut.

(http(http://www.moe.gov.my).

Mata Pelajaran KHB yang dilaksanakan dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu Teras dan Elektif. Bahagian Teras mengandungi pelajaran Kemahiran

Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan, Pengurusan Diri, Kekeluargaan dan

Rekacipta. Kemahiran Manipulatif pula merangkumi Kerja Kayu dan Logam,

Elektrik dan Elektronik, Automotif, dan Kerja Paip Asas. Manakala Elektif terdiri

daripada Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) – Pilihan I, Ekonomi Rumah

Tangga (ERT) – Pilihan II dan Sains Pertanian (SPN) – Pilihan III. Penawaran

pelbagai jenis kemahiran ini bertujuan membolehkan pelajar mengendalikan

kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks

serta sentiasa berubah-ubah (Sukatan Pelajaran Tahun 2000).

Antara kemahiran-kemahiran awal yang diterapkan kepada pelajar ialah

seperti dalam bidang pertukangan, perpaipan, pendawaian, permotoran, perdagangan,

masakan dan jahitan. Kemahiran-kemahiran ini diterapkan bagi membekalkan

pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi memastikan mereka bersedia dengan

pelbagai situasi walau di mana jua mereka berada.

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ini perlu diambil oleh semua pelajar lelaki

dan perempuan Tingkatan 1, 2, dan 3. Bahagian Teras akan dipelajari oleh semua

pelajar manakala bahagian Elektif akan diberi pilihan kepada pelajar. Pelajar-pelajar

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

5

akan memilih elektif masing-masing berdasarkan kecenderungan dan minat mereka

dalam sesuatu bidang tersebut. Mereka bebas memilih elektif masing-masing tanpa

menghadkan kepada sesuatu elektif. Contohnya elektif ERT tidak hanya terbuka

kepada pelajar perempuan sahaja tetapi dibenarkan juga kepada pelajar lelaki.

Semasa proses pembelajaran Kemahiran Hidup ini dijalankan, terdapat juga

beberapa permasalahan yang biasa terjadi seperti wujudnya perbezaan jantina semasa

melakukan hampir kesemua kerja amali. Golongan pelajar lelaki akan

memperkecilkan keupayaan pelajar perempuan semasa proses amali Kemahiran

Manipulatif. Begitu juga sebaliknya kepada pelajar lelaki yang mengikuti amali

yang berunsurkan Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Sukar untuk mengubah

pandangan pelajar ini kerana di minda mereka telah tertanam bahawa mata pelajaran

jahitan hanya sesuai untuk pelajar perempuan sahaja. Kenyataan ini dapat

digambarkan dari Dusek & Flaherty (dalam Marsh, 1989) menyatakan terdapat

perbezaan dari segi konsep kendiri antara lelaki dan perempuan bergantung kepada

keadaan atau perkara tertentu. Mereka mendapati orang lelaki mempunyai konsep

kendiri yang lebih tinggi berbanding perempuan terhadap perkara-perkara yang

melibatkan aktiviti lasak, pencapaian matlamat, dan aspek kepimpinan. Sebaliknya

perempuan mempunyai konsep kendiri yang lebih rendah dalam aspek pembentukan

personaliti, minat dan kebolehan sosial.

Menurut Farah Damin (2002) dalam kajiannya, fenomena ini berlanjutan

sehinggalah kepada beberapa peringkat. Sebagai contohnya pelajar lelaki tidak

berminat dengan kemahiran dalam bidang jahitan. Mereka menganggap ianya lebih

bersifat kewanitaan dan lazimnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan jahit

menjahit banyak dilakukan oleh kaum wanita. Misalnya kerja-kerja membaiki

pakaian yang rosak seperti butang tertanggal, koyak dan sebagainya kurang

mendapat perhatian daripada pihak lelaki. Mereka mungkin merasakan ianya adalah

tugas yang remeh dan demikian lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang

rosak ke kedai atau pun mendapatkan pakaian yang baru sahaja. Sedangkan pada

hakikatnya pada masa kini terdapat ramai pereka fesyen yang terkenal terdiri

daripada golongan lelaki.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

6

Hal ini terbukti dengan adanya Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia

2004 (MIFA) yang diadakan sempena Minggu Fesyen Asia Kuala Lumpur

(KLAFW) yang berlangsung dari 22 hingga 28 November 2004. Ianya merupakan

anugerah fesyen paling berprestij dan ditunggu-tunggu oleh pereka-pereka fesyen di

negara ini. Hampir kesemua pemenang bagi pertandingan ini datangnya daripada

golongan lelaki. Berikut adalah pemenang anugerah MIFA tersebut (Kosmo, 26

November 2004):

Pereka Terbaik

Rizalman Ibrahim

Daniel Cho

Eric Choong

Khoon Hooi

Melinda Looi

Michael Ong

Radzuan Radzwill

Bernard Chandran

Tom Abang saufi

Villiam Ooi

Pereka-pereka fesyen terkenal melihat MIFA sebagai pengiktirafan kepada

hasil kerja mereka dan membuka peluang kepada mereka untuk melangkah ke arena

antarabangsa. Tidak dapat dinafikan anugerah MIFA ini diidamkan oleh setiap

pereka untuk meluaskan pasaran mereka (Kosmo, 26 November 2004).

Hampir kesemua pereka fesyen lelaki yang popular sama ada di dalam atau

luar negara mempunyai pendidikan khas dalam bidang jahitan. Mereka bermula dari

bawah iaitu dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat tertinggi. Contoh seperti

Justin Oh yang berjaya menghasilkan label sendirinya iaitu ‘Justin Oh’ sebagai

jenama rekaan fesyennya di Clerkenwell Green, London telah memperolehi ijazah

dari Central St. Martin College of Fashion juga The Royal College of Art pada tahun

1995. Beliau juga pernah bekerja dengan pereka terkenal dunia, Yohji Yamamoto di

Tokyo sebelum memulakan perniagaannya sendiri pada tahun 1996 dengan bantuan

New Generation (Mahani Awang, Stailo, Kosmo).

Kebanyakan pelajar lelaki tidak memandang serius betapa pentingnya

kemahiran dalam bidang jahitan ini. Mereka tidak mengambil iktibar dari kejayaan

pereka-pereka fesyen lelaki yang kebanyakkannya telah mencapai kejayaan yang

membanggakan. Sebaliknya mereka malu untuk mempelajarinya. Kemungkinan

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

7

pengaruh rakan, keluarga dan persekitaran mendorong mereka melupakan hasrat

mengikuti bidang jahitan ini dengan lebih mendalam. Walau pun pada hakikatnya

ada di antara mereka berminat dengan bidang ini.

Sesetengah pelajar lelaki pula mengganggap melakukan kerja amali dalam

bidang jahitan amat membosankan kerana perlunya kesabaran yang tinggi dan kerja

yang lebih teliti bagi menghasilkan sesuatu projek yang baik. Sedangkan pada

hakikatnya mereka tidak suka dengan perkara yang remeh-temeh ini. Masalah ini

disebabkan kerana kemahiran bidang jahitan ini tertumpu khas kepada kemahiran

menjalankan kerja buat sendiri dan perlu diselesaikan segera. Faktor-faktor inilah

yang selalu menyumbangkan kepada tidak berminatnya pelajar lelaki terhadap

bidang jahitan. Dengan itu persepsi dan minat pelajar lelaki terhadap bidang jahitan

perlu dinilai dan ditinjau.

Bagi pelajar lelaki yang berminat mendalami bidang jahitan ini perkara

penting yang perlu ada ialah bakat. Elemen ini amat penting sekali. Namun, bakat

sahaja tidak memadai. Bakat perlu diasah supaya lebih yakin dan menyerlah. Perlu

juga ada minat yang mendalam. Sabar, kerana terlalu banyak dugaan yang perlu

diharungi. Selain itu jangan cepat lupa diri atau merasakan diri kita terlalu bagus.

Setiap teguran atau pandangan harus diterima dengan hati yang terbuka (Shabri Saad,

Dewan Siswa, September 2005).

Oleh yang demikian dalam menentukan tahap pencapaian dalam sesuatu

pembelajaran, penglibatan tenaga pengajar bagi memotivasikan pengajaran amat

diperlukan umpamanya dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Sikap tenaga

pengajar, rakan dan faktor persekitaran boleh mempengaruhi proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar lelaki dalam bidang jahitan. Proses ini tidak dapat berjalan

dengan lancar serta berkesan tanpa kecekapan tenaga pengajar dan pencapaian yang

berjaya pula akan menambahkan minat yang akan berterusan sepanjang hayat.

Oleh itu penghasilan prestasi yang baik dalam amali khasnya bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Teras dalam bidang jahitan bagi pelajar lelaki dapat

dimanfaatkan. Kejayaan pelajar lelaki dalam bidang jahitan bergantung kepada

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

8

penerimaan mereka serta ketekunan, semangat, usaha gigih serta disiplin diri yang

akan merealisasikan keperluan ini.

Kita perlu ada daya tahan diri yang kuat kerana banyak ranjau yang perlu

ditempuhi. Seeloknya kita bermula dari bawah kerana itu merupakan ‘guru’ yang

sejati. Tidak semua manusia dikurniakan kelebihan ini. Manfaatkan bakat yang

dimiliki sebaik mungkin (Shabri Saad, Dewan Siswa, September 2005).

Kebiasaannya, perkara asing selalu menakutkan tetapi anda tidak akan

berpengalaman jika tidak mencubanya. Jika anda ingin mempunyai kehidupan

bermakna, anda mesti mengambil risiko. Ia tidak mempunyai jalan yang lain.

Percubaan itu memberi peluang kejayaan kehidupan. Jika tidak mencuba, kekalahan

sudah pasti berpihak. Anda memberi peluang kepada diri anda dengan mencuba.

(Ms. Selaine Lim. Up Hill Management Services, Mingguan Wanita, Ogos 2005)

1.2 Pernyataan Masalah

Amali jahitan merupakan satu fenomena baru bagi pelajar lelaki yang mana

sebelum ini bidang jahitan majoritinya dipelopori oleh kaum perempuan.

Sehubungan dengan itu, apabila mereka diwajibkan mengambil mata pelajaran KHB

semasa di peringkat menengah rendah, salah satu subjek terasnya ialah Pengurusan

Diri secara tidak langsung melibatkan diri mereka dalam bidang jahitan. Sukatan

pelajarannya bermula dari asas hinggalah menghasilkan satu projek yang ringkas

seperti menghasilkan jahitan butang dan kelim.

Tanggapan kebanyakan pelajar lelaki terhadap bidang ini juga amat

mengecewakan kerana mereka lebih menganggap ianya hanya sesuai untuk pelajar

perempuan sahaja kerana proses melakukan amali remeh dan perlukan penelitian

serta kesabaran yang tinggi dan apabila mereka melibatkan diri secara terus dalam

bidang ini ramai akan beranggapan mereka termasuk di dalam golongan yang

lembut. Selain dari itu pengaruh rakan serta keluarga juga menyumbangkan kepada

dorongan mereka untuk menghindari bidang jahitan walaupun sebenarnya mereka

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

9

juga berminat. Persoalannya ialah adakah mata pelajaran jahitan ini dapat menarik

minat pelajar lelaki mempelajarinya?

Sejajar dengan itu maka kajian ini adalah untuk mengkaji tentang persepsi

pelajar lelaki terhadap mata pelajaran jahitan dan faktor-faktor yang mendorong

minat mereka dalam bidang tersebut. Dalam hal ini minat merupakan perkara asas

yang perlu ada bagi pelajar lelaki dalam mempengaruhi pencapaian yang maksimum.

1.3 Tujuan Kajian

Tujuan pengkaji melaksanakan kajian ini ialah untuk membuat tinjauan

terhadap persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 di Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River,

Perak terhadap mata pelajaran jahitan di sekolah harian biasa.

1.4 Objektif Kajian

Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif kajian telah dikenalpasti bagi

mengetahui beberapa permasalahan yang timbul di kalangan pelajar lelaki dalam

melaksanakan amali jahitan semasa mengikuti kelas jahitan mata pelajaran teras

KHB.

Objektif khususnya ialah:

1. Meninjau persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Dato’ Zulkifli Muhammad

Slim River, Perak terhadap mata pelajaran jahitan di sekolah.

2. Meninjau persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Dato’ Zulkifli Muhammad

Slim River, Perak terhadap keupayaan diri dalam menguasai bidang jahitan

yang telah dipelajari di sekolah.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian

10

3. Meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK

Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang jahitan di

sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik akan mengemukakan lima aspek persoalan

yang berkaitan untuk dijawab oleh responden. Antara aspek-aspek persoalan

tersebut ialah:

1. Apakah persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Dato’ Zulkifli Muhammad

Slim River, Perak terhadap keupayaan diri dalam menguasai bidang jahitan

yang telah dipelajari di sekolah.

2. Adakah faktor peluang kerjaya yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4

SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang

jahitan.

3. Adakah faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK

Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang jahitan.

4. Adakah faktor persekitaran yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4

SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang jahitan

1.6 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan serba sedikit

gambaran tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar lelaki dalam mata

pelajaran jahitan di sekolah. Oleh itu pengkaji berharap agar dapatan ini dapat