prestasi pelaburan malaysia 2014 - mida.gov.my · pks untuk memperoleh akses teknologi visi mesin...

20
PRESTASI PELABURAN MALAYSIA 2014 MENCIPTA NAMA

Upload: others

Post on 19-Oct-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

PRESTASI PELABURAN MALAYSIA 2014

MENCIPTANAMA

Page 2: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas
Page 3: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

5,942PROJEK

178,360PEKERJAAN

2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

111.3

137.0

105.6

219.4

167.8148.8

104.9

154.6

235.9

1

Pelaburan diluluskan mencecah

RM235.9 billion pada 2014

Page 4: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

2

PELABURAN DOMESTIK

PELABURAN ASING

JUMLAH: RM 235.9 bil.Pelaburan domestik: 72.6%

Pelaburan asing: 27.4%

JUMLAH: RM 219.4 bil.Pelaburan domestik: 72.9%

Pelaburan asing: 27.1%

JUMLAH: RM 167.8 bil.Pelaburan domestik: 79.2%

Pelaburan asing: 20.8%

JUMLAH: RM 154.6 bil.Pelaburan domestik: 56.0%

Pelaburan asing: 44.0%

JUMLAH: RM 105.6 bil.Pelaburan domestik: 57.9%

Pelaburan asing: 42.1%

KERAJAANMELANCARKANPROGRAMTRANFORMASI EKONOMI(ECONOMIC TRANSFORMATION PROGRAMME, ETP)Sasaran 2020: 73% daripada pelaburan swasta datang dari sumber domestik;27% dari sumber asing

PELABURAN DALAM BIDANG EKONOMIUTAMA NEGARA MENCECAH RM 89.9 BIL.41% daripada pelaburan adalah dalam Bidang EkonomiUtama Negara (NKEA)

PELABURAN MENCAPAI SASARAN NISBAH PELABURAN SWASTA ETPNisbah pelaburan swasta asing:domestik mencapai 27.4 : 72.6

PELABURAN SWASTA ASING MENCAPAI 20% DARIPADA PELABURANKESULURUHAN

2010

2011

2012

2013

2014

27.4%RM64.6 bil.PELABURAN ASING

72.6%RM171.3 bil.PELABURAN DOMESTIK

PERKILANGAN(PEMBUATAN)RM32.3 BIL.

PERKILANGAN (PEMBUATAN)RM39.6 BIL.

UTAMARM7.1 BIL.

UTAMARM7.3 BIL.

PERKHIDMATANRM131.9 BIL.

PERKHIDMATANRM17.7 BIL.

RM235.9 bil.

Pelaburan swasta semakin hampir

dengan sasaran ETP...

Page 5: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

3

27.4%RM64.6 bil.PELABURAN ASING

72.6%RM171.3 bil.PELABURAN DOMESTIK

PERKILANGAN(PEMBUATAN)RM32.3 BIL.

PERKILANGAN (PEMBUATAN)RM39.6 BIL.

UTAMARM7.1 BIL.

UTAMARM7.3 BIL.

PERKHIDMATANRM131.9 BIL.

PERKHIDMATANRM17.7 BIL.

RM235.9 bil.

... dan pelabur domestik telah membuat

persediaan menghadapi transformasi ekonomi

Page 6: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

4

63.4%

PERKHIDMATANJumlah pelaburan diluluskan: RM 149.6 bil.

Bilangan projek: 5,059

Peluang pekerjaan: 98,540

30.5%

PERKILANGANJumlah pelaburan diluluskan: RM 71.9 bil.

Bilangan projek: 811

Peluang pekerjaan: 78,340

6.1%

UTAMAJumlah pelaburan

diluluskan: RM 14.4 bil.

Bilangan projek: 72

Peluang pekerjaan: 1,480

UTAMARM 14.4 bil.

PERKILANGANRM 71.9 bil.

PERKHIDMATANRM 149.6 bil.

RM235.9 bil.

Pelaburan dalam sektor perkilangan melonjak

38% kepada RM71.9 bil. pada 2014...

Page 7: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

5

PERKHIDMATAN LAINRM 1.4 bil.

PERKHIDMATAN PENDIDIKANRM 1.6 bil.

PERKHIDMATAN KESIHATANRM 2.3 bil.

HAB OPERASI GLOBALRM 2.4 bil.

STATUS MSCRM 2.9 bil.

PERTUBUHAN SERANTAURM 3.2 bil.

TELEKOMUNIKASIRM 4.5 bil.

PENGANGKUTANRM 6.1 bil.

HOTEL & PELANCONGANRM 6.7 bil.

PERKHIDMATAN KEWANGANRM 6.9 bil.

PERKHIDMATAN SOKONGANRM 5.3 bil.

PERDAGANGAN PENGEDARANRM 8.7 bil.

UTILITIRM 9.1 bil.

HARTANAHRM 88.5 bil.

PERTANIANRM 250.5 jutaPERLADANGAN & KOMODITIRM 724.2 juta

PERLOMBONGANRM 13.5 bil.

PERKHIDMATAN

UTAMA

PERKILANGAN PRODUK PETROLEUMRM 16.0 bil.

ELEKTRIKAL & ELEKTRONIKRM 11.1 bil.

KIMIARM 10.8 bil.

LOGAM ASASRM 9.9 bil.

PENGANGKUTANRM 5.6 bil.

PRODUK BUKAN LOGAMRM 3.4 bil.

JENTERA & PERALATANRM 2.5 bil.

LOGAM FABRIKASIRM 2.2 bil.

PERALATAN SAINTIFIKRM 1.8 bil.

PRODUK GETAHRM 1.7 bil.

TEKSTILRM 1.2 bil.

LAIN-LAIN*RM 2.9 bil.

PEMPROSESAN MAKANANRM 2.8 bil.

* Termasuk kertas, percetakan dan penerbitan; produk plastik; produk-produk kayu; perabot; minuman dan tembakau; produk kulit dan pelbagai barang perkilangan

...tetapi sektor perkhidmatan kekal sebagai

pemacu pelaburan terbesar negara

Page 8: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

6

15,982

2014

2013

6,171

11,147

9,815 9,94410,751

5,793

3,449

6,607

5,6155,5734,354

2,8472,272

RM juta

16,000 −

14,000 −

12,000 −

10,000 −

80,000 −

60,000 −

40,000 −

20,000 −

0 −Logam

asas

Pengangkutan Produk

bukan logam

Petroleum Makanan KimiaE&E

PELABURAN DALAM PROJEK PERKILANGAN DILULUSKAN

MENGIKUT INDUSTRI UTAMA, 2014 DAN 2013

(RM JUTA)

RM juta

12,000 −

10,000 −

8,000 −

6,000 −

4,000 −

2,000 −

0 −

SUMBER UTAMA PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) DALAM PROJEK-PROJEK

PERKILANGAN DILULUSKAN, 2014(RM JUTA)

Jepun

10,870

China

4,752

Singapura

7,822

Republik

Korea

1,549

EU

8,359

Amerika

Syarikat

1,350

70% sumber pelaburan langsung asing (FDI) bagi

sektor perkilangan adalah negara-negara Asia

Pelaburan dalam sektor perkilangan

di kebanyakan industri utama meningkat

Page 9: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

7

Malaysia menarik projek-projek berkualiti

dari pelabur tempatan dan pelabur asing

Infineon TechnologiesKos Projek

RM4.0 bil.*Pekerjaan: 9,390 orang** 14% jurutera, 9% pengurus / profesional / penyelidik, 36% pekerja mahir

Infineon merupakan pengilang semikonduktor terbesar di Jerman dan peneraju global bagi produk semikonduktor untuk industri automotif, pengurusan kuasa dan keselamatan perkakasan.

Syarikat ini menyumbang pelaburan kumulatif sebanyak RM11 bilion di tiga entiti di Malaysia. Syarikat kini melabur untuk membesarkan ketiga-tiga syarikat itu termasuk:

• Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd: Kemudahan fabrikasi wafer Infineon yang pertama di Asia ini kini mempunyai 1,800 kakitangan. Syarikat ini merancang untuk menggandakan kapasiti pengeluarannya dengan mengembangkan operasi dan membina lagi kemudahan fabrikasi tambahan berkeluasan 12,000 meter persegi.

• Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd: Kemudahan pemasangan dan pengujian terbesar Infineon di Melaka untuk produk-produk semikonduktor diskret, semikonduktor kuasa dan sensor. Kemudahan itu kini mempunyai lebih 5,700 kakitangan.

• Infineon Technologies (Advanced Logics) Sdn Bhd: Kemudahan pemasangan dan pengujian Infineon di Melaka untuk IC logik, semikonduktor kuasa. Syarikat ini sekarang menggaji lebih 1,900 kakitangan.

Pelaburan syarikat merangkumi penubuhan sebuah Pusat Kecekapan (Competence Centre) untuk teknologi Megatrend di Kulim dan pembesaran sebuah Pusat Pembangunan (Development Centre) di Melaka. Kedua-dua inisiatif ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi untuk rakyat Malaysia. Pusat Pembangunan itu memberi tumpuan kepada kecekapan penyelidikan dan

pembangunan (R&D) dalam bidang penyelesaian pembungkusan IC, pengujian dan pembangunan produk IC yang inovatif.

Infineon juga bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Malaysia Jerman (GMI) dalam bidang pembangunan bakat seperti Program Penggalakan Kejuruteraan (Engineering Booster Program) dan Program Vokasional Dual Jerman (German Dual Vocational Program) dalam pengurusan industri.

* ramalan 10-tahun tertakluk kepada perubahan

** Data pekerjaan sehingga kini

Page 10: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

8

Kompleks Bersepadu Pengerang

Kos Projek

US$27 bil.*Pekerjaan : 4,000 orang ** 20% pengurusan, 40% profesional teknikal, 40% juruteknik mahir

Pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang (Integrated Complex, PIC) PETRONAS terdiri daripada kompleks Pembangunan Bersepadu Kilang Penapis dan Petrokimia (Refinery and Petrochemical Integrated Development, RAPID) dan kemudahan-kemudahan berkaitan termasuk Loji Kojana Pengerang (Co-generation Plant, PCP), Terminal Penggasan Semula 2 (Re-gasification Terminal 2, RGT2), Unit Pemisahan Udara (Air Separation Unit, ASU), Projek Bekalan Air Mentah (Raw Water Supply Project, PAMER), Terminal Pukal Cecair (Liquid Bulk Terminal, SPV2) serta Utiliti dan Kemudahan Berpusat dan Berkongsi. Pada 2014, MIDA meluluskan lesen pengilangan untuk loji petrokimia bernilai RM 14.8 bilion untuk projek ini.

Dibangunkan di atas tapak seluas 6,242 ekar di Pengerang, Johor, PIC merupakan sebahagian daripada Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex, PIPC) Negeri Johor di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, ETP) Malaysia bagi membina enjin

pertumbuhan baharu Malaysia disamping memenuhi keperluan tenaga masa depan dan memperkukuhkan kedudukan PETRONAS sebagai pemain utama dalam pasaran bahan kimia Asia dengan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kimia yang terbeza dan istimewa (differentiated and specialty chemicals).

RAPID dianggarkan menelan belanja US$16 bilion manakala kemudahan-kemudahan berkaitan akan membabitkan pelaburan kira-kira US$11 bilion. PIC bakal memulakan operasi kilang penapisannya pada awal 2019.

Petronas kekal komited sepenuhnya kepada projek-projek di Pengerang yang telah menerima Keputusan Akhir Pelaburan (Final Investment Decision, FID). Lembaga Petronas telah meluluskan FID untuk Kompleks Bersepadu Pengerang pada 3hb April 2014, dan projek itu kini berjalan mengikut jadual.

* Ramalan 2019

** Unjuran peluang pekerjaan semasa Operasi PIC (2019)

Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja

Page 11: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

9

Fakta Pantas

Gas Petroleum Cecair & Nafta

O2

LOJI KOJANA PENGERANG (PENGERANG CO-GENERATION PLANT, PCP)

PCP akan menjana tenaga elektrik sebanyak 1,220 MW dan stim sehingga 1,480 tan sejam untuk menyalurkan kuasa kepada loji-loji di sekitar kompleks ini.

TERMINAL PENGGASAN SEMULA (RE-GASIFICATION TERMINAL, RGT-2)

RGT-2 ini akan menyediakan perkhidmatan memunggah dan memuat semula, penyimpanan, pengendalian dan penggasan semula LNG. Loji yang mempunyai kapasiti 3.5 mtpa ini akan disambungkan kepada Saluran Paip Gas Pengerang.UNIT PENGASINGAN UDARA (AIR SEPARATION UNIT, ASU)

ASU memisahkan udara atmosfera kepada komponen-komponen utamanya dan menyalurkan oksigen dan nitrogen dalam bentuk gas kepada pelanggan RAPID. Ia akan mempunyai kapasiti 1,600 TPD oksigen dan 1,800 TPD nitrogen.

PROJEK AIR MENTAH RAPID (PAMER)PAMER akan membekalkan 260 juta liter air mentah sehari ke kompleks ini, di mana 30 juta liter akan disalurkan kepada bekalan air sedia ada di Johor untuk kegunaan awam.

TERMINAL PUKAL CECAIR (LIQUID BULK TERMINAL SPV2)

Terminal industri SPV 2 akan mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 2.1 juta cbm untuk produk mentah, produk tertapis, produk petrokimia dan Gas Petroleum Cecair (LPG). Ia turut menampilkan kemudahan jeti laut dalam untuk mengendalikan kapal angkut minyak mentah sangat besar(Very Large Crude Carriers, VLCC).

PRODUK BAHAN API

PIC AKAN DISOKONG OLEH KEMUDAHAN SAMPINGAN PENTING

BAHAN PETROKIMIA

KILANG PENAPIS PEMECAH STIM

Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) akan

memproses sehingga 300,000 tong minyak

mentah sehari untuk menghasilkan

bahan-bahan api premium dan petrokimia

Euro 4M (Gasolin Motor & Diesel)Euro 5 (Diesel)

C2 Olefin

C3 Olefin

C4 Olefin

Komoditi

Terbeza

Bahan Kimia Istimewa

UTILITI, KEMUDAHAN BERSAMBUNGANDAN LUAR TAPAK(UTILITIES, INTERCONNECTING AND

OFFSITE (UIO) FACILITIES)

Keseluruhan kompleks ini akan disokong oleh utiliti dan kemudahan luar tapak yang komprehensif bagi sistem udara, sistem bahan api, air untuk kebakaran, suar, muatan tangki dan penyimpanan dan lain-lain.

Page 12: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

10

ViTrox Technologies Sdn Bhd

Kos Projek

RM1,226.13 juta

Pekerjaan: 1,000 orang56% jurutera, 3% penyelidik, 15% juruteknik / pekerja mahir

ViTrox Technologies, sebuah anak syarikat milik penuh ViTrox Corporation Berhad, merupakan salah satu pembekal penyelesaian pemeriksaan automatik visi mesin (machine vision) yang terkemuka di dunia dengan pangkalan pelanggan yang luas di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Taiwan, China, Jepun, Korea, India, Australia, Eropah, Brazil, Mexico, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Pada tahun 2014, ViTrox Technologies melancarkan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, COE) bagi teknologi visi mesin. COE mempunyai dua fungsi utama, iaitu sebagai Pusat R&D/Inkubator dan Pusat Latihan. Sebagai Pusat R&D/Inkubator, ia menyediakan ruang kepada PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai sebuah Pusat Latihan, ia menyediakan latihan

dalam teknologi visi mesin kepada para usahawan teknologi, profesional, penyelidik dan institusi-institusi pengajian tinggi.

ViTrox: Kos Projek & Pekerjaan (Ramalan 2020)

Alliance Contract

Manufacturing Sdn Bhd

Kos Projek RM178.12 juta

Pekerjaan: 444 orang 11.5% jurutera, 2.9% penyelidik, 23.9% pekerja mahir

Alliance Contract Manufacturing (ACM) yang berpangkalan di Pulau Pinang ini merupakan pembekal penyelesaian pengeluaran menyeluruh untuk pelbagai industri seperti semikonduktor, E&E dan peranti perubatan.

Sejak penubuhannya, ACM telah menjalin perkongsian pengilangan dengan beberapa Pengeluar Peralatan Asli (Original Equipment Manufacturers, OEM) terkemuka dalam bidang peralatan pelengkap komputer (computer peripherals) (peranti simpanan data, pencetak rangkaian), percetakan, paparan pengimejan, pengimejan kesihatan, peranti perubatan, telekomunikasi, kenderaan elektrik, peralatan industri dan produk minyak & gas untuk OEM.

Pada tahun 2014, syarikat ini telah memulakan program pemodenan untuk menaik taraf

kemudahan dan latihannya untuk menghasilkan pemasangan bahagian depan, pemprosesan semikonduktor bahagian belakang dan peralatan pemasangan elektronik dan komponen berkaitan. Majoriti (80%) daripada produk syarikat dieksport ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, ASEAN, China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.

Page 13: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

11

Kompleks Biopenapisan

Bersepadu Genting

Kos Projek

RM1.4 bil.

Pekerjaan: 427 orang 12.4% jurutera, 13.6% kakitangan sains, 66.7% pekerja mahir

Kompleks Biopenapisan (Biorefinery) Bersepadu Genting adalah kompleks perkilangan hiliran yang pertama seumpamanya di Malaysia yang akan menggunakan minyak sawit sebagai bahan mentah untuk menghasilkan olefin yang boleh diperbaharui, bahan kimia istimewa dan derivatif-derivatif lain bernilai ditambah tinggi.

Berpangkalan di Kelompok Industri Minyak Sawit (Palm Oil Industrial Cluster, POIC) Lahad Datu, Sabah, projek ini melibatkan penubuhan kemudahan yang menjimatkan kos untuk pengeluaran produk khas berprestasi tinggi secara kos berkesan, yang digunakan dalam pelbagai jenis barangan termasuk pelincir hibrid, bahan tambahan pelincir, cecair penggerudian minyak,

pembersih berprestasi unggul dan bahan pencuci, surfaktan dan pelarut nyahgris.

Semperit Engineering &

Technology Asia Sdn Bhd

Kos Projek

RM1.04 juta

Pekerjaan: 12 orang 67% jurutera, 17% saintis

Semperit Engineering & Technology Asia Sdn Bhd (SET) merupakan anak syarikat Semperit AG Holding dari Austria. Aktiviti utama syarikat meliputi pengilangan produk-produk khusus getah dan plastik untuk sektor perubatan dan industri lain. SET telah ditubuhkan pada 2013 untuk menjalankan aktiviti R&D ke atas peralatan dan proses pengilangan sarung tangan, menyediakan penyelesaian menyeluruh.

Perkhidmatan R&D yang ditawarkan oleh SET kepada syarikat yang berkaitan dan tidak berkaitan industri pengilangan sarung tangan di Malaysia akan memastikan daya saing Kumpulan Semperit untuk menghasilkan produk mesra alam. Melalui Latexx Partners Berhad, sebuah syarikat berkaitan yang akan memberi perkhidmatan R&D, sarung tangan pemeriksaan perubatan kini diedarkan kepada lebih 300 pelanggan di 80 negara.

Page 14: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

12

Oleon Solutions Sdn Bhd

Kos Projek

RM34.7 juta

Pekerjaan: 20 orang 90% penyelidik

Oleon Solutions Sdn Bhd, sebuah anak syarikat yang dicadangkan oleh Oleon NV dari Belgium, menjalankan aktiviti R&D terhadap ester lemak yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk oleokimia seperti sabun, syampu, kosmetik, plastik, cat, pengemulsi, pelincir dan minyak hidraulik terbiodegradasikan (biodegradable). Ia akan menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mempunyai Pusat Penyelidikan sendiri yang memberi tumpuan khusus kepada produk-produk oleokimia yang terhasil daripada sumber minyak sawit Malaysia.

Projek ini akan membangunkan ekosistem industri oleokimia di seluruh negara melalui perkongsian dengan agensi-agensi kerajaan seperti MPOB, universiti-universiti tempatan dan syarikat-syarikat reka bentuk. Ia akan mendaftarkan harta intelek di Malaysia yang seterusnya akan menyumbang kepada ekonomi negara. Projek ini juga melibatkan pemindahan teknologi dari Pusat Inovasi Oleon, Perancis dari segi pembangunan protokol analisis saintifik baharu yang melibatkan pengeluaran produk berasaskan ester-lemak.

Syarikat ini turut menawarkan program-program latihan amali kepada mahasiswa dan pelajar pasca siswazah yang melibatkan pengalaman amali dan praktikal dalam pembangunan produk dan alat-alat analisis.

Page 15: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

13

REDtone Mex Sdn Bhd

Kos Projek

RM120.9 juta

Pekerjaan: 118 orang 25% jurutera, 24% saintis, 25% pekerja mahir

REDtone Mex Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat REDtone International Berhad (REDtone International). Ditubuhkan pada Julai 2013, syarikat ini merancang untuk membangunkan Penyelesaian Telekesihatan Medical Exchange (MEX) terbesar di Asia Tenggara yang tertumpu kepada pertukaran teleperundingan / teleradiologi berasaskan imej dan rekod kesihatan peribadi (personal health records, PHR) berasaskan pengkomputeran awan.

Projek ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan pakar-pakar radiologi tempatan tetapi akan melahirkan lebih ramai pakar radiologi yang khusus dalam teleradiologi / teleperundingan di Malaysia melalui program pemindahan teknologi dari Amerika Syarikat dan Australia. Ini

seterusnya akan membangunkan hab diagnostik untuk pakar-pakar radiologi Malaysia yang lain. Dalam jangka masa pendek, projek ini akan mengurangkan perbelanjaan operasi hospital menerusi penyumberan luar aktiviti telekesihatan kepada sebuah syarikat pihak ketiga. Dalam jangka masa panjang, ia akan meningkatkan kualiti pelancongan perubatan yang menyumbang kepada sektor pelancongan negara.

Projek ini adalah selaras dengan matlamat EPP 5: Pelancaran e-Penjagaan Kesihatan, di bawah NKEA Kandungan Komunikasi & Infrastruktur, dengan sasaran untuk mencapai sumbangan sebanyak RM1,402.25 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang tahun 2020.

Page 16: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

14

Malaysian Bio-XCell Sdn Bhd

Kos Projek

RM440.1 juta

Pekerjaan: 62 orang26% jurutera, 55% peguam, kakitangan pembangunan perniagaan dan teknikal

Malaysia Bio-XCell Sdn Bhd adalah pemaju Bio-XCell, sebuah taman bioteknologi dan ekosistem di Nusajaya, Johor yang khusus untuk penjagaan kesihatan dan biologi perindustrian. Sebagai salah satu inisiatif untuk menarik syarikat-syarikat bioteknologi ke taman ini, syarikat telah melancarkan satu projek penjanaan stim dan air dingin menggunakan sumber biojisim (biomass) dan biogas dari tempurung isirung palma (palm kernel shell, PKS), gentian mesokarpa, pelet kayu, serpai kayu dan air sisa industri untuk dibekalkan kepada syarikat-syarikat di Taman Bioteknologi Bio-Xcell (Bio-XCell Biotechnology Park); dan juga bagi penjanaan tenaga elektrik menggunakan biogas daripada air sisa industri untuk kegunaan sendiri.

Konsep baharu kemudahan utiliti bersepadu ini dalam membekalkan stim dan air dingin kepada industri adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Projek ini juga selaras dengan pengumuman Kerajaan Malaysia untuk

menjadikan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy, RE) sebagai bahan api kelima selain minyak, gas asli, arang batu dan hidro, dan untuk mengurangkan intensiti pelepasan KDNK sebanyak 40% daripada menjelang tahun 2020.

Admanco Sdn Bhd

Kos Projek

RM340.1 juta

Pekerjaan: 82 orang 20.7% jurutera, 4% penyelidik, 51.2% pekerja mahir

Admanco Sdn Bhd, yang baru ditubuhkan pada tahun 2014, adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya rakyat Malaysia. Syarikat ini akan mengeluarkan bahagian-bahagian komposit pesawat untuk beberapa model terkemuka Airbus dan Boeing seperti A320, A350, B737 dan B787.

Syarikat merancang untuk melabur sebanyak RM340.1 juta dalam projek ini bagi tempoh tujuh tahun. Tapak-tapak kilang yang dicadangkan adalah di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka dan Green Asia Aerospace Teknologi Park, Sri Iskandar, Perak. Admanco Sdn Bhd akan terus merangsang pertumbuhan industri aeroangkasa di negara ini. Projek ini adalah selaras dengan strategi Malaysia untuk memacu pembangunan pelaburan domestik dengan memberi tumpuan

kepada industri yang bernilai ditambah tinggi dan industri berteknologi tinggi.

Page 17: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

15

Abbott Manufacturing

Malaysia Sdn Bhd

Kos Projek

US$ 60 juta

Pekerjaan: 500 orang

Abbott merupakan sebuah syarikat penjagaan kesihatan global dengan portfolio dalam bidang diagnostik, peralatan perubatan, tambahan pemakanan dan bahan-bahan farmaseutikal generik berjenama. Penubuhan Abbott Manufacturing Malaysia Sdn Bhd merupakan pelaburan perkilangan yang pertama di Malaysia oleh syarikat tersebut untuk perniagaan penjagaan penglihatan, yang memperluaskan kewujudan Abbott di peringkat global. Operasi kilang dijangka bermula pada tahun 2015 dan produk pertama akan mula dipasarkan pada separuh kedua tahun 2016.

Kemudahan ini akan menghasilkan kanta intraokular (intraocular lenses, IOL) yang digunakan untuk merawat katarak dan miopia dan akan dibekalkan ke pasaran IOL global.

Teknologi sama yang digunakan untuk menghasilkan IOL Abbott ini akan turut

digunakan di kemudahan baharu di Malaysia bagi memastikan tahap mutu IOL yang dikeluarkan adalah setara dengan kemudahan perkilangan lain di Añasco, Puerto Rico dan Groningen, Belanda.

Enaltec Labs (Malaysia) Sdn Bhd

Kos Projek

RM67.0 juta

Pekerjaan: 175 orang 26% saintis, 28% penyelidik, 16% pekerja mahir

Enaltec Labs (Malaysia) merupakan satu segmen pertumbuhan baharu bagi Scitech Limited, sebuah syarikat yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu. Syarikat ini menjalankan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan Bahan Farmaseutikal Aktif onkologi di Malaysia dan merupakan yang pertama seumpamanya di ASEAN.

Projek ini menggalakkan pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, terutamanya dalam bidang farmaseutikal dan dapat melengkapkan rantaian nilai ekosistem serta mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import. Vendor-vendor tempatan dan pembekal bahan mentah, peralatan dan bahan-bahan pembungkusan akan memperoleh manfaat

daripada projek ini. Manfaat jangka panjang projek ini akan menarik projek farmaseutikal lain ke dalam negara, membangunkan kumpulan bakat melalui latihan amali dan pemindahan teknologi dan pengetahuan, serta meningkatkan daya saing industri.

Page 18: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

16

PKT Logistics (M) Sdn Bhd

Kos Projek

RM1.0 bil.

Pekerjaan: 286 orang 27% kakitangan pengurusan, 45.1% pekerja mahir

PKT Logistics (M) Sdn Bhd (PKT) adalah sebuah syarikat milik rakyat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1974, untuk menyediakan perkhidmatan reka bentuk, pelaksanaan dan operasi penyelesaian logistik menyeluruh dalam pengangkutan barang, pembrokeran kastam, logistik kontrak, pengurusan pengangkutan dan pengedaran untuk syarikat-syarikat nasional dan multinasional bersaiz sederhana dan besar.

Baru-baru ini PKT telah meluaskan perkhidmatan logistik bersepadunya melalui dua projek pembesaran yang melibatkan One Logistics Hub di Shah Alam, Selangor dan One Eastern Hub di Kuantan, Pahang serta satu projek pempelbagaian iaitu One Auto Hub di Batu Kawan, Pulau Pinang.

One Logistics Hub yang sedia ada akan diperluaskan lagi untuk meliputi pembinaan “The Lighthouse Warehouse”, gudang yang tertinggi di Malaysia dan yang pertama diperakui mesra alam oleh Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index, GBI). Pembesaran One Eastern Hub akan melibatkan pembangunan “The Glacier Warehouse”, yang akan menjadi gudang mesra

alam yang terbesar di Pantai Timur, dan tertumpu kepada industri minyak & gas.

Projek pempelbagaian PKT di Pulau Pinang yang merupakan Projek Titik Permulaan (Entry Point Project, EPP) akan melibatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat automotif terkemuka seperti Peugeot, Mazda, Citroen, Kia, Naza, BMW, Inokom dan Hyundai. Antara kemudahan yang disediakan adalah kilang untuk pemasangan modul, gudang bagi Unit Dibina Sepenuhnya (Completely Built Unit, CBU) dan Unit Terurai Sepenuhnya (Completely Knocked Down, CKD) bahagian-bahagian automotif, Pusat Pemeriksaan Pra-Penghantaran (Pre-Delivery Inspection, PDI), Laman Kontena (Container Storage Yard) dan Pusat R&D. Kemudahan distingtif lain termasuk Kampus Universiti Antarabangsa Logistik dan bidang-bidang lain melalui kerjasama dengan University of Hull, United Kingdom. Projek ini akan meletakkan PKT sebagai pembekal logistik automotif terbesar di Malaysia serta syarikat logistik yang pertama mempunyai gudang ditinggikan yang disahkan mesra alam.

Page 19: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas
Page 20: Prestasi Pelaburan Malaysia 2014 - mida.gov.my · PKS untuk memperoleh akses teknologi visi mesin untuk produk mereka. Sementara itu, sebagai ... industri dan produk minyak & gas

Faks:Laman Web:E-mel:

Tel: