presentation seminar upm 2012 1

19
PENILAIAN MATA PELAJARAN LITERASI ICT (ICTL) BAGI MURID TINGKATAN DUA DARIPADA DIMENSI INPUT

Upload: rozitanasir

Post on 04-Aug-2015

52 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation seminar upm 2012 1

PENILAIAN MATA PELAJARAN LITERASI ICT (ICTL)

BAGI MURID TINGKATAN DUA DARIPADA DIMENSI INPUT

Page 2: Presentation seminar upm 2012 1

PENGENALAN

Era pendidikan dalam abad ke 21 telah berganjak dari “supply driven” kepada “demand driven” di mana ianya meletakkan keupayaan pelajar untuk belajar dalam sistem yang kaya dengan maklumat

Kemajuan ICT serta perkembangan infrastruktur informasi global yang meluas telah mengubah pola dan cara dalam melakukan pelbagai aktiviti dalam hampir semua bidang kehidupan termasuklah bidang pendidikan

Page 3: Presentation seminar upm 2012 1

LATAR BELAKANG

Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam bidang pendidikan masa kini, penggunaan komputer dalam pendidikan telah diperkenalkan se awal tahun 1980an lagi.  

Page 4: Presentation seminar upm 2012 1

PROGRAM ICTL1992 – Matapelajaran Literasi Komputer (60 buah sekolah untuk murid tingkatan 1 dan 2)

1996 - 90 buah sekolah

2002 - semua sekolah yang mempunyai makmal komputer perlu mengadakan kelas Literasi kepada murid.

2005 – program PIL semakan semula (domain internet)

2007 program matapelajaran Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTL)menggantikan program Literasi Komputer.

Page 5: Presentation seminar upm 2012 1

MODEL PENILAIAN STUFFLEBEAM

Daniel Stufflebeam (1971) –penilaian merupakan suatu proses menggambar, mengumpul dan menyedia maklumat yang berguna untuk memilih keputusan alternatif bagi penambahbaikan.

Model CIPP (Stufflebeam 1971) menilai dari empat dimensi iaitu konteks, input, proses dan produk

Penilaian “input” tertumpu kepada sumber yang terlibat dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program.

Page 6: Presentation seminar upm 2012 1

PERNYATAAN MASALAHAbd. Rahman Daud (2000) - faktor yang menyebabkan murid sekolah rendah tidak melibatkan diri di dalam penggunaan komputer di bilik darjah ialah masa yang diperuntukkan terlalu pendek untuk murid menggunakan komputer di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung tambahan pula dengan bilangan komputer yang sangat terhad di sekolah.

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa (2006) – Guru tidak menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi.

Zhao dan Cziko (2006) - guru kekurangan latihan yang sepatutnya, kekurangan sokongan teknikal dan pihak pengurusan, penekanan terhadap infrastruktur institusi, insentif yang sistemik dan akhir sekali kekangan yang disebabkan oleh kepercayaan tradisi dan kesukaran untuk berubah.

Page 7: Presentation seminar upm 2012 1

PERNYATAAN MASALAHAbd. Rahman Daud (2000) - guru mempunyai pengetahuan yang kurang bagi membolehkan mereka menggunakan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Karsenti dan Larose (2006) - mendapati bahawa halangan yang utama di dalam penggunaan teknologi dalam kurikulum oleh semua peringkat adalah disebabkan oleh kekurangan guru yang merasa selesa menggunakan teknologi tersebut dan kekurangan guru yang berupaya untuk memberikan sokongan dan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka yang tidak mahir dalam teknologi.

Tella, et al. (2007) mendapati antara kekurangan guru adalah kekurangan pengetahuan untuk menilai peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kekurangan kemahiran untuk menggunakan peralatan ICT dan perisian kursus di mana semua ini menyebabkan kurangnya keyakinan diri mereka untuk menggunakan perkakasan ICT.

• Kebanyakkannya melihat dari persepsi guru, kurang dari persepsi murid.

Page 8: Presentation seminar upm 2012 1

OBJEKTIF

Menilai tahap pelaksanaan mata pelajaran ICTL dari dimensi input iaitu berdasarkan aspek :

• kesesuaian masa dan waktu mata pelajaran ICTL

• kemudahan infrastruktur yang disedia kan

untuk mata pelajaran ICTL • faktor pengetahuan, kemahiran dan

keyakinan guru

 

Page 9: Presentation seminar upm 2012 1

SOROTAN LITERATUR

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan mata pelajaran ICTL di sekolah, antaranya ialah faktor kesesuaian masa yang diperuntukan dalam jadual waktu. • Fowziah (1991) menyatakan bahawa keberkesanan

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kesesuaian masa dan jadual waktu. Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru dan pelajar.

• Kajian oleh Suddakar Narayanan (2008) mendapati bahawa para guru menyatakan terdapat masalah kekangan masa untuk menjalankan program ICTL di sekolah rendah kerana program ICTL mengambil masa sebanyak hanya 60 minit (2 waktu) seminggu.

 

Page 10: Presentation seminar upm 2012 1

SOROTAN LITERATUR

Kemudahan infrastruktur yang baik perlu bagi pelaksanaan mata pelajaran ICTL. • Kajian oleh Suddakar Narayanan (2008) mendapati

pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan.

• Penyediaan kemudahan komputer yang mencukupi mempengaruhi penerimaan komputer oleh pelajar (Afifah Hamdzah, 2005).

Page 11: Presentation seminar upm 2012 1

SOROTAN LITERATURGuru yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeyakinan memainkan peranan di dalam pelaksanaan sesuatu mata pelajaran. • Rozina Jamaludin (2000) menyatakan bahawa

pelaksanaan sebarang program pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan, sikap, komitmen, pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru, lebih-lebih lagi bidang yang memerlukan kemahiran khusus seperti komputer dan teknologi.

• Faktor keyakinan guru berkait rapat dengan penerimaan guru terhadap elemen inovasi dan guru yang menganggap pembelajaran boleh dipertingkatkan melalui penggunaan ICT adalah didapati lebih komited dengan tugas mereka (Wan Zah Wan Ali, Hajar Mohd Nor, Azimi Hamzah & Nor hayati Alwi, 2006).

Page 12: Presentation seminar upm 2012 1

METODOLOGI KAJIAN

Kajian:• Deskriptif

(peratusan, min,frekuensi dan sisihan piawai

• Kuantitatif

Sampel:420 daripada 8149 populasi murid tingkatan dua

Tempat: Daerah Kinta Utara

Instrumen:Soal selidik (skala Likert 5 mata)

kajian Azizi Yahya (1999)

kajian Azizi Yahya, Nor’aini Saidun & Raja Roslan Raja Abd Rahman (2005)

Page 13: Presentation seminar upm 2012 1

METODOLOGI KAJIAN

 Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 2.33 Rendah (kurang setuju)

2.34 hingga 3.66 Sederhana (setuju)

3.67 hingga 5.00 Tinggi (sangat setuju)

Page 14: Presentation seminar upm 2012 1

DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 199 orang (53.2%) responden adalah murid lelaki manakala 175 orang (46.8%) terdiri daripada murid perempuan. Lebih separuh murid 196 orang (53.1%) mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM 1000. Seramai 274 orang (73.5%) murid memiliki komputer di rumah dengan 192 orang (51.2 %) mempunyai akses internet.

Page 15: Presentation seminar upm 2012 1

DAPATAN KAJIANJadual : Analisis Min Berkaitan Penilaian Pelaksanaan ICTL Dari Dimensi Input

Bil Aspek Min S.P Interpretasi

1 Kesesuaian masa/waktu mata pelajaran 3.71 .73 Tinggi2 Kemudahan Infrastruktur Yang Disediakan 3.33 .87 Sederhana3 Faktor Guru (pengetahuan, kemahiran keyakinan) 3.91 .74 Tinggi 

Keseluruhan 3.71 .66 Tinggi

Page 16: Presentation seminar upm 2012 1

DAPATAN KAJIANPelaksanaan mata pelajaran ICTL dari dimensi input sekolah secara keseluruhannya, memperoleh min 3.71 (S.P = .66). Min ini memperlihatkan tahap yang tinggi berdasarkan interpretasi skor min. Responden sangat bersetuju dengan kesemua dimensi input yang diukur. Bagi aspek kesesuaian masa mata pelajaran ICTL, nilai min yang diperolehi ialah 3.71 (S.P = .73). Berdasarkan interpretasi skor min menunjukkan ianya berada pada tahap tinggi. Skor ini menggambarkan bahawa murid tingkatan dua sangat setuju dengan kesesuaian masa yang diperuntukan untuk mata pelajaran ICTL. guru mengajar mata pelajaran ICTL adalah sangat memuaskan.

Page 17: Presentation seminar upm 2012 1

DAPATAN KAJIANSkor min bagi kemudahan infrastruktur yang disediakan bagi mata pelajaran ICTL adalah 3.33 (S.P = .87). Skor min ini berdasarkan interpretasi skor min menunjukkan ianya berada pada tahap sederhana dan ini menggambarkan yang murid setuju bahawa kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah memuaskan bagi mata pelajaran ICTL di sekolah. Bagi mengukur faktor pengetahuan, kemahiran dan keyakinan guru, min yang diperolehi adalah 3.91 (S.P = .66). Skor min ini menunjukkan ianya berada pada tahap tinggi dan ini menggambarkan murid sangat bersetuju bahawa pengetahuan guru, kemahiran guru dan keyakinan guru mengajar mata pelajaran ICTL adalah sangat memuaskan.

Page 18: Presentation seminar upm 2012 1

PERBINCANGANWalaupun secara keseluruhannya pelaksanaan mata pelajaran ICTL dari dimensi input berada pada tahap yang tinggi, secara terperincinya dapatan kajian nunjukkan bahawa pelaksanaan mata pelajaran ICTL dari aspek kemudahan infrastruktur berada pada tahap sederhana. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Afifah Hamdzah (2005); Zaidatun Tasir, Jamaluddin Harun & Lim Ser Yen (2006); Suddakar Narayanan (2008) di mana antara faktor kekangan yang terdapat dalam pengajaran ICT adalah bilangan komputer di makmal sekolah adalah tidak mencukupi bagi pelajar ditambah pula dengan bilangan komputer rosak yang lambat diperbaiki. Pihak KPM juga hendaklah memastikan kemudahan infrastruktur yang disediakan mencukupi dan dipantau penjagaannya.

Page 19: Presentation seminar upm 2012 1

SEKIAN TERIMA KASIH