pratulisan

12
PRATULISAN

Upload: lily

Post on 01-Oct-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

latihan awal pratulisan

TRANSCRIPT

Slide 1

PRATULISAN

PENGENALAN

KONSEP PRATULISAN Menurut Kamarudin Hj Husin menulis merupakan proses penghasilan symbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat.Menurut Yahya Othman menulis adalah penyaluran ilmu, idea ataupun maklumat secara bersistem. Ia mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam atau kehidupan secara lebih menyeluruh. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa menulis merupakan komunikasi tidak langsung yang berupa pemindahan fikiran atau perasaan dengan memanfaatkan struktur bahasa, dan kosa kata serta menggunakan simbol-simbol sehingga dapat dibaca seperti yang diwakili oleh simbol tersebut.

PRATULISAN

Kemahiran pratulisan ialah kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran tulisan mekanis. Aktiviti ini mengandungi aktiviti fizikal psikomotor.

Ia merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan untuk menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf.

Peringkat pratulisan ini adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.

Dalam kemahiran ini, murid-murid perlu menguasai pergerakan-pergerakan motor yang dapat membantu mereka dalam penguasaan kemahiran menulis.OBJEKTIF

PRATULISAN

Supaya murid dapat mengenal kesemua hurufSupaya murid dapat membezakan huruf kecil dan huruf besarSupaya murid menulis dari arah yang betul Supaya murid menulis huruf dalam posisi dan arah yang betulSupaya murid dapat mengikut urutan huruf yang betulKEPENTINGAN PRATULISAN

Latihan Pergerakan JariMemainkan jariMenggerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas.Menguntai manikMenyurihMelukisMengoyak

Latihan bagi tanganMenggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.Menggenggam dan merasa bola.Latihan bagi mataMenutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.

TERIMA KASIH