prakata, unit1_unit8

45
Modul Kajian Tindakan PPG ©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 1 Prakata Modul ringkas ini bertujuan memberikan input asas kepada para pelajar PPG berkenaan kajian tindakan. Namun begitu, sebelum mempelajari dan memahami secara khusus mengenai kajian tindakan di Unit 4, para pelajar perlu juga mengetahui sedikit sebanyak mengenai konsep asas penyelidikan, etika penyelidikan, sorotan literatur dan beberapa konsep lain yang yang perlu difahami oleh seseorang yang ingin menjalankan kajian. Kajian tindakan merupakan satu kajian yang mudah, praktikal dan relevan untuk dilaksanakan oleh guru di sekolah terutamanya bagi memperbaiki atau menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang seterusnya akan dapat membantu para pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Upload: fready-fook-liew

Post on 18-Jan-2016

135 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

buku ums

TRANSCRIPT

Page 1: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 1

Prakata

Modul ringkas ini bertujuan memberikan input asas kepada para pelajar PPG berkenaan

kajian tindakan. Namun begitu, sebelum mempelajari dan memahami secara khusus

mengenai kajian tindakan di Unit 4, para pelajar perlu juga mengetahui sedikit sebanyak

mengenai konsep asas penyelidikan, etika penyelidikan, sorotan literatur dan beberapa

konsep lain yang yang perlu difahami oleh seseorang yang ingin menjalankan kajian.

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang mudah, praktikal dan relevan untuk

dilaksanakan oleh guru di sekolah terutamanya bagi memperbaiki atau menambahbaik

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang seterusnya akan dapat

membantu para pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Page 2: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 2

Unit 1

Pengenalan Kepada Kajian

Pendahuluan

Hampir kesemua disiplin ilmu memerlukan pengkajian atau penyelidikan khususnya dalam

usaha menambahbaik atau memperkayakan lagi khazanah keilmuan dalam bidang

masing-masing. Justeru perlulah seseorang itu sebelum mendalami ilmu penyelidikan

dalam bidang pengkhususannya mengetahui dan memahami berkaitan sumber ilmu

pegetahuan, sifat umum sains dan peranan teori dalam proses asas penyelidikan.

Sumber Pengetahuan/ilmu pendidikan

Sebarang pendapat atau pengalaman seseorang individu mahupun pakar sebenarnya

tidak boleh dijadikan asas utama atau panduan sumber ilmu pengetahuan yang sahih.

Hanya maklumat yang didasari kepada kajian saintifik boleh dijadikan asas kepada

pembinaan teori atau hipotesis. Justeru memerlukan kepada inkuiri saintifik dalam

mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang terkini dalam dunia pendidikan.

Sifat Umum Sains

Sains diperihalkan sebagai kaedah inkuiri yang membolehkan penyelidik mengkaji

fenomena yang dikehendaki. Setiap kenyataan yang diutarakan bukanlah berdasarkan

andaian semata-mata, tetapi berasaskan kepada bukti-bukti yang konkrit serta nyata.

Andaian Sains

Universal Determinism – semua yang berlaku ada penyebabnya (sebab-akibat).

Pengetahuan yang boleh dipercayai hanya boleh ditemui melalui dapatan atau

pemerhatian yang langsung dan mempunyai tujuan spesifik (pemerhatian empirikal).

Sifatnya adalah berobjektif dan spesifik serta berfokus kepada bukti yang nyata dan

bukannya sesuatu yang abstrak.

Page 3: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 3

Teori Saintifik

Pengintegrasian kenyataan dalam suatu sistem supaya semua kenyataan terpencil

memberi sesuatu makna. (akan dibincangkan lebih lanjut dalam unit 5)

Kekangan Pendekatan Saintifik bagi bidang Pendidikan (Sains Sosial)

a) Kekompleksan Fenomena: Kajian sains sosial biasanya mengkaji sesuatu yang sifatnya

adalah abstrak seperti persepsi dan sikap. Justeru bukanlah satu perkara yang mudah

untuk mengukur variabel kajian dengan tepat dan sah. Oleh itu memerlukan kepada

ketelitian khususnya ketika pembinaan instrumen kajian agar betul-betul boleh mengukur

variabel kajian.

b) Kerumitan Pemerhatian: Sekiranya kajian yang dijalankan meibatkan pemerhatian,

kemungkinan terdapat faktor-faktor pengganggu lain yang tidak dapat dikawal oleh

pengkaji.

c) Interaksi Subjek dan Pemerhati: Apabila menjalankan kajian, berkemungkinan

berlakukan interaksi antara subjek kajian dengan pengkaji (pemerhati). Justeru boleh

menganggu kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikutip.

d) Kesukaran Kawalan: Tidak seperti bidang sains tulen yang melaksanakan eksperimen di

dalal makmal di mana variabel-variabel kajian boleh dikawal dan dimanipulasi, kajian sains

sosial sukar berupaya untuk mengawal variabel-variabel kajian.

e) Masalah Pengukuran: Begitu juga dengan instrumen yang digunakan untuk mengukur

sesuatu variabel, bukanlah sesuatu yang bersifat konkrit, contohnya seperti dalam bidang

sains yang menggunakan termometer (darjah celsius) untuk mengukur suhu, namun

bukanmudah untuk mengukur minat dan sikap terhadap sesuatu perkara sepertimana

yang dijalankan dalam bidang sains sosial.

Apakah yang anda faham tentang konsep asas penyelidikan?

Page 4: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 4

Unit 2

Kajian Pendidikan

Pendahuluan

Kajian merupakan tatacara yang teratur yang digunakan oleh individu untuk

menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara

kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang

diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru (Ahmad Mahzan, 1983).

Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai

sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan

kebenaran yang muktamad mengenai sesuatu fenomena tersebut. Fakta-fakta baru atau

fakta-fakta yang tidak diperoeh semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul

kemudian dan keadaan ini akan mengubah keputusan penyelidikan. Natijahnya ilmu

pengetahuan khususnya berkaitan dengan ilmu aplikasi akan sentiasa berubah dar masa

ke semasa (Mohd. Sheffie, 1987).

Justeru, bolehlah dinyatakan bahawa kajian merupakan usaha mencari data yang

akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk memecahkan sesuatu

persoalan tertentu, atau mungkin juga hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya

ataupun tidak sesuatu persoalan atau fenomena itu.

"... in carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try

to show something that was not known before. However small, however modest the

hoped for claim to knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and

self-critically, the search for knowledge is research..." (Bassey, 1990)

Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan penyelidikan

adalah satu langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah.

Langkah sistematik ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas

penyelidikan. Seseorang mungkin melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi

tindakan tersebut tidak akan membawa sebarang makna yang berkesan sekiranya proses

langkah sistematik diabaikan.

Page 5: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 5

Secara umumnya penyelidikan pendidikan bermaksud pendekatan saintifik ke atas

kajian berkaitan masalah atau isu yang berkaitan dengan pendidikan. Boleh juga

ditakrifkan sebagai tatacara untuk memperoleh atau mendapatkan maklumat yang

dipercayai dan sahih serta berguna tentang proses pendidikan.

Penyelidikan pendidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan

bersifat objektif, bukan subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain

perkataan, penyelidikan yang bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik

pemikiran manusia. Logik pemikiran manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap

oleh pancaindera manusia.

Menurut Gay (1992), kajian mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang

kepada pembinaan pengetahuan baru. Weber (1993) menekankan bahawa kajian dapat

membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan,

tujuan membuat kajian adalah berasaskan beberapa sebab. Pertamanya, membuat

jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction). Kemudian dengan

melaksanakan kajian akap dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan

fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam

sesuatu peperiksaan. Seterusnya dengan kajian juga akan berupaya membuat

penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (improvement). Selain itu,

dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki

program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Kajian juga berfungsi untuk emberi penjelasan (explanation) iaitu kajian dapat

menjelaskan fenomena yang dikaji. Fungsi lain ialah menyediakan deskripsi sesuatu

fenomena (description) iaitu dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang

dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. Menyediakan maklumat

statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya seperti kepada pembuat dasar. Akhirnya

dengan melaksanakan kajian akan dapat membantu menyelesaikan masalah (problem

solving) iaitu dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang

timbul.

Page 6: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 6

Perkembangan Kajian dalam Pendidikan

Penyelidikan atau kajian pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897

apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel berkaitan pencapaian ejaan pelajar-pelajar.

Dalam artikel tersebut, Rice mendapati kurangnya berkesanan penggunaan kaedah latih

tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja.

Abad ke-20 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam kajian. Dalam tempoh

1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan

pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang

diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian

Kecerdasan Stanford-Binet.

Setelah itu, ujian kecerdasan digunakan pula dalam bidang pendidikan. Penggunaan

kaedah statistik dalam kajian pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan

menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914)

berpendapat “Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud

dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan

kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek kajian

pendidikan.

Antara tahun 1920 hingga 1945, penemuan alat-alat pengukuran bagi kajian

pendidikan berlaku dengan pesatnya apabila munculnya penerbit-penerbit swasta yang

membekalkan instrumen-instrumen ujian dan kajian. Pada tahun 1935, Fisher

memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian (multivariate). Ini membolehkan

penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan pelbagai variabel dalam

kajian.

Sehubungan dengan itu, sejak tahun 1945 pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk

menilai semula kajian pendidikan. Pengukuran kajian pendidikan dibina melalui

pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk kajian untuk menghasilkan maklumat kajian

yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap kajian pendidikan menghasilkan lebih

banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam kajian pendidikan bagi

menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik.

Page 7: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 7

Ciri-ciri Penyelidikan Pendidikan

1. Penyelidikan adalah empirikal (berdata)

Kajian yang dijalankan mengumpulkan data daripada subjek kajian dan seterusnya

melakukan analisis secara saintifik untuk mendapatkan dapatan yang benar.

2. Penyelidikan adalah sistematik

Kajian yang dilaksanakan haruslah mengikut prosedur dan proses kajian yang betul sama

ada kuantitatif atau kualitatif, mahupun gabungan keduanya.

3. Penyelidikan adalah sah (valid)

Kajian juga perlu melalui proses kesahan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan

untuk memastikan dapatan dan rumusan boleh digunapakai dan bermakna.

4. Penyelidikan adalah bolehpercaya (reliable)

Kajian yang dijalankan mestilah boleh dipercayai daripada aspek proses dan juga

instrumennya agar boleh mengukur variabel yang ingin dikaji.

5. Penyelidikan adalah pelbagai pendekatan (forms)

Penyelidikan pendidikan boleh dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan

iaitu sama ada berbentuk eksperimen, bukan eksperimen, kuantitatif, kualitatif dan

menggunakan pelbagai kaedah seperti borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan

sebagainya.

Ciri-ciri Tambahan

1. Menambahkan ilmu pengetahuan

Melalui pemerhatian, pengumpulan data/maklumat tentang sesuatu fenomena dan

mengeluarkan prinsip-prinsip yang teguh untuk menerangkan fenomena tersebut dengan

menyatakan sebab dan akibatnya.

2. Bergantung semata-mata kepada logik penakulan akal manusia dan mesti berdasarkan

kepada fakta semata-mata atau andaian-andaian yang dianggap munasabah menurut

proses pemikiran manusia.

3. Mesti boleh diulangi oleh penyelidik lain dengan menggunakan kaedah yang sama atau

boleh diulangi secara empirikal.

4. Laporan secara objektif (tanpa emosi) dengan bahasa yang tegas.

Page 8: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 8

Langkah-langkah utama dalam penyelidikan

1. Kenalpasti masalah dan nyatakan objektif

2. Cadangkan hipotesis atau penyelesaian

3. Kumpulkan keterangan/data

4. Analisis data

5. Melaporkan keputusan

Tujuan penyelidikan.

1. Membantu manusia memahami sesuatu masalah.

2. Membina satu ilmu baru dengan penemuan yang diterokai.

3. Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli masyarakat melalui laporan yang jelas.

4. Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan yang serupa (jika ada)

untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh penyelidik lain.

5. Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan sebagai asas untuk

membuat keputusan oleh orang yang menjalankan penyelidikan atau pihak lain (penaja).

Proses Sistematik dalam Kajian

Definisi

Penyelidikan sebagai satu proses sistematik mengutip dan menganalisa maklumat (data)

untuk satu tujuan (McMillan dan Schumacher, 1997). Penyelidikan juga sebagai satu

proses yang sistematik, terkawal, empirikal, dan kritikal tentang sesuatu fenomena

semulajadi berasaskan teori dan hipothesis yang berkaitan (Kerlinger, 1986). Kriteria

utama dalam mensaintifikkan penyelidikan ialah perkara yang dikaji mesti diteliti,

maklumat disandarkan kepada bukti2 empirikal, menepati unsure logic dan rasional dan

segala dakwaan dapat dibuktikan dengan data.

Apakah yang dimaksudkan ‘sistematik?’

Berasaskan beberapa langkah seperti berikut:

1. Mengenal pasti masalah

menyediakan satu kerangka dan mengenalpasti andaian (assumptions/conditions).

2. Meninjau maklumat berkaitan

bagaimana penyelidik lain menjalankan kajian atau menangani masalah yang sama?

Page 9: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 9

3. Mengutip data

memerlukan satu perancangan yang seboleh-bolehnya dikawal (control)

4. Menganalisa data

sesuai dengan objektif/soalan/hipotesis kajian

5. Membuat rumusan

berdasarkan data yang diperolehi berdasarkan kepada kerangka konsepsual / teori

kajian

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas mungkin bertindan tindih. Contohnya dalam

kajian kuantitatif, hipotesis ditentukan sebelum mengutip data. Manakala, dalam kajian

kualitatif, hipotesis atau teori dihasilkan setelah data dikutip.

'Dakwaan' dalam Kajian

Bila membuat kajian, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji.

Biasanya ini adalah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk

laporan kajian. Dapatan ini merupakan satu 'claim' (dakwaan) atau tuntutan ilmu. Adakah

sesuatu dakwaan itu benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong

claim tersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia

menyentuh dua isu penting dalam kajian, iaitu kesahan dan kebolehpercayaan yang

berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian.

Kesahan berasaskan kepada bukti/data yang ada dan persoalannya ialah adakah

data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat dakwaan. Kesahan adalah perlu untuk

mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran

boleh dibuat pada dua peringkat iaitu terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu

soal `internal validity‟ dan diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal `external

validity‟.

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan

ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect‟. Dengan

demikian sebelum kita membuat 'claim' pastikan data yang ada bersesuaian dan

mencukupi dengan 'claim' yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai

Page 10: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 10

dan mencukupi sudah tentu sekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian

yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan

mencukupi) dengan 'claim' yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna 'claim' itu harus

dipercayai.

Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang

digunakan untuk membuat dakwaan. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan

menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan 'claim' yang dibuat.

Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung

dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan

keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.

Kesahan Kajian Pendidikan

Lazimnya terdapat 2 jenis kesahan dalam penyelidikan pendidikan iaitu:

1. Kesahan dalaman:

Menjelaskan setakat manakah dapatan kajian boleh diinterpretasikan dengan tepat.

Dengan kata lain, bagaimanakah hasil penyelidikan boleh ditafsirkan dengan tepat. Ada

kaitannya dengan dengan metodologi kajian seperti pemilihan dan penggunaan instrumen,

pemilihan sampel daripada populasi atau sekiranya melibatkan eksperimen akan merujuk

kepada intervensi yang dilakukan.

2. Kesahan Luaran:

Setakat mana dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi

dan/atau situasi lain. Dalam hal ini kesahan dalaman merupakan prasyarat kerana jika

ianya tidak betul, generalisasi pun tidak betul. Tambahan pula, kesahan luaran hanya

bergantung kepada situasi dan tujuan kajian. Dalam kajian sains sosial atau pendidikan,

tahap kesahan dalaman atau luaran bagi setiap kajian tidak akan sempurna (100%).

Biasanya ditetapkan pada tahap 95% ataupun 99%.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan bermaksud ketekalan (consistency) kajian dan setakat mana kajian

Page 11: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 11

boleh di ulang semula (replicated). Terdapat dua jenis kebolehpercayaan iaitu:

1. Kebolehpercayaan dalaman bermaksud kutipan data, analisis dan interpretasi akan

tekal (consistent) jika situasi (condition) yang sama diberi.

2. Kebolehpercayaan luaran bermaksud penyelidik lain boleh mengulang semula sesuatu

kajian dalam 'setting' yang sama dan memperoleh dapatan yang sama.

Secara umum, kebolehpercayaan kajian berkaitan dengan boleh ulang semula dan

ketekalan metodologi, situasi dan dapatan.

Klasifikasi Kajian

Terdapat 2 jenis kajian atau penyelidikan pendidikan iaitu Penyelidikan Asas (Basic

Research) dan Penyelidikan Gunaan (Applied Research). Pemilihan dan penggunaan jenis

penyelidikan adalah bergantung kepada objektif atau matlamatnya.

Types of Research :

Exploratory studies - to explore or investigate little understood phenomena and discover

the important underlying patterns, themes, and factors which affect them.

Explanatory studies - the researcher is interested in explaining the forces causing a

particular phenomenon, and in identifying important events, beliefs, attitudes, and/or

policies which might be shaping the phenomenon.

Predictive studies - involves the planned investigation of the outcome of a particular

prediction or set of predictions.

The main purposes of research is to develope new knowledge.

1. Penyelidikan Asas:

Dijalankan jika tujuannya untuk menambah (extension) ilmu dalam bidang yang dikaji.

Dapatannya tidak digunakan serta merta tetapi digunakan sebagai asas untuk kajian

lain/baharu. Objektif utamanya ialah semata-mata untuk menambahkan ilmu

pengetahuan manusia. Selain itu penyelidikan jenis mempunyai tujuan intelek untuk

memperkembangkan ilmu pengetahuan dan berdasarkan keinginan untuk mengetahui

Page 12: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 12

sesuatu. Termasuk juga dalam kajian ini adalah penyelidikan tentang alam sekelilingnya

tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contohnya

penyelidikan tentang mukabumi, dasar lautan, angkasa lepas dan cakerawala. Kajian ini

bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat diuji oleh ahli penyelidik

penyelidikan gunaan. Jika diuji dan tidak tepat/benar, para penyelidik penyelidikan asas

akan melakukan semula penyelidikan asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.

2. Penyelidikan Gunaan:

Dijalankan jika tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah serta merta (solution).

Selain itu penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan baru tentang

sesuatu aplikasi atau amalan untuk faedah dan manfaat manusia. Di samping itu juga

bertujuan untuk mengumpul maklumat atau pengetahuan yang akan digunakan

seterusnya. Tidak semestinya menggunakan teori sebagai titik tolak dan teori itu lahir dari

penyelidikan asas.

Contoh yang paling relevan dalam bidang pendidikan adalah Kajian Tindakan. Kajian

Tindakan dijalankan oleh guru, pentadbir atau professional di sekolah itu sendiri untuk

membuat keputusan tentang masalah harian yang dihadapi. Dapatan kajian tindakan

tidak bertujuan untuk generalisasi tetapi kegunaan sendiri.

Empirik

Merupakan satu ciri utama penyelidikan pendidikan. Istilah 'Empirisme' adalah satu

doktrin di mana semua pengetahuan diterbitkan dari pengalaman panca indera dan

merupakan bukti mengambil bentuk data. Tugas penyelidik melibatkan pengumpulan data,

menyusun, menganalisis, menguji hipotesis, membuat laporan dan perbincangan serta

rumusan akhir .

Jelaskan 2 ciri utama penyelidikan pendidikan.

Page 13: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 13

Unit 3

Etika Penyelidikan

Etika dalam penyelidikan pendidikan

Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/kod atau satu set prinsip/nilai

moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para

penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan

penyelidikan.

Kod etika penyelidikan

Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik

seperti berikut:

1) Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.

„Informed Consent‟ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah

memahami beberapa perkara berikut:

- Matlamat dan tujuan kajian

- Apa yang dikendaki oleh responden

- Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam

penyelidikan.

- Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat

- Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi

kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian

mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.

2) Penglibatan (Participation)

- Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan

masalah yang mungkin timbul dalam kajian.

- Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam

penyelidikan tersebut.

Page 14: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 14

- Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa

kesan negatif

- Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan

mengikut prosedur tertentu.

3) Kerahsiaan (Confidentiality)

- Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat

dijamin berkesan.

- Perlindungan hak responden diutamakan.

- Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.

- Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam

komuniti penyelidikan

4) Anomiti

- Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti

responden.

5) Rundingan (Negotiation)

Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

- Mendapat kebenaran dari institusi

- Mendapat kebenaran untuk access data

- Penggunaan data

- Penulisan laporan

- Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh penyelidik?

- Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk

menjalankan kajian.

- Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua

sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.

- Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang

akan diiukti untuk „clearing‟ data „field‟ berkait dengan peserta seperti

transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam

laporan akhir atau teks umum.

Page 15: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 15

- Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.

- Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf

laporan atau transkrip temubual.

- Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.

- Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.

- Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.

- Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

Mengapakan penyelidik perlu mematuhi etika penyelidikan?

Page 16: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 16

Unit 4

Kajian Tindakan

1) Konsep Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan sejenis penyelidikan yang dilaksanakan untuk memperbaiki

dan mempertingkatkan lagi bidang pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang

amalan mereka sendiri, menjadi lebih kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan

bersedia untuk mengubah amalan-amalan rutin. Pendekatan ini memerlukan guru

melaksanakan inkuiri penemuan secara individu dan boleh juga melibatkan guru-guru lain

secara kolaboratif.

Menyorot kembali sejarah, konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha

seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau telah

menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha

menyelesaikan pelbagai masalah yang terjadi dalam masyarakat dan telah menekankan

dua idea utama iaitu : 1. Keputusan kumpulan, dan 2. Komitmen kepada peningkatan

kerja. Kedua-dua idea awal ini merupakan asas kepada pendekatan Kajian Tindakan yang

menegaskan usaha kolaboratif atau usaha kumpulan serta meningkatkan lagi mutu

prestasi kerja. Selepas itu, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers

College, Columbia University, New York sebagai satu pendekatan penyelidikan yang

dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Rentetan daripada itu, John Elliot dan

rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford teaching Project di United Kigdom

sebagai satu alternatif pendekatan bagi membantu guru mengembangkan usaha inkuiri

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan

telah lama diaplikasikan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan

mutu pendidikan di sekolah.

Maka, bolehlah disimpulkan bahawa bahawa kajian tindakan merupakan satu

rangka kerja untuk penilaian kendiri di sekolah, dan pendekatan dalam kajian tindakan

mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah

amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial. Sebenarnya kajian tindakan boleh

dilaksanakan dalam mencari, meneroka dan menyelesaikan masalah bagi apa juga situasi

Page 17: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 17

yang berlaku dalam lingkungan pendidikan khususnya di sekolah. Namun apa yang akan

diberi penekanan di sini adalah penyelesaian dan penambahbaikan dalam amalan atau

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2) Ciri-ciri Kajian Tindakan

Berikut adalah ciri-ciri kajian tindakan:

Matlamatnya adalah perubahan positif yang akan berlaku pada akhir penyelidikan.

Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial atau komuniti.

Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa.

Berkaitan dengan tugasan harian.

Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri.

Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian.

Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri (practitioners).

Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik.

Ada tindakan praktikal dan intervensi (treatment).

Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif.

Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis).

Lebih berfokus kepada proses berbanding output.

Tidak digunakan untuk menguji hipotesis.

3) Kepentingan Kajian Tindakan

Berikut dinyatakan beberapa kepentingan menjalankan kajian tindakan:

Menambahbaik proses amalan harian khususnya pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik.

Memperbaiki keadaan tempat kerja.

Meningkatkan kepuasan bekerja.

Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan profesionalisme.

Pembangunan profesionalisme.

Page 18: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 18

4) Model-model Kajian Tindakan

Terdapat beberapa model kajian tindakan yang boleh diaplikasikan bergantung kepada

kesesuaian dan keperluan, antaranya adalah seperti berikut:

Rajah 1: Model Checkland

Checkland (1991) mencadangkan satu alternatif kajian yang bersifat positif. Checkland

menggunakan kitaran untuk menggambarkan proses kajian tindakan seperti rajah di atas.

Kitaran ini merangkumi beberapa komponen iaitu: Tema kajian, Situasi sebenar masalah

dunia, Refleksi berdasarkan rangka kerja (F) dan kaedah (M) yang digunakan dan

akhirnya adalah dapatan kajian.

Rajah 2: Model Kemmis & McTaggart

Kemmis & McTaggart (1981) telah membangunkan satu model yang mudah pada kitaran

Page 19: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 19

biasa dalam proses kajian tindakan. Model ini merupakan model yang popular dan kerap

digunakan dalam kebanyakan kajian tindakan. Setiap kitaran mempunyai 4 langkah iaitu :

Merancang, Bertindak, Memerhati dan Refleksi. Berikut adalah langkah dan penjelasan

bagi setiap kitarannya:

1. Rangka dan hasilkan satu rancangan yang berkaitan dengan tindakan kritikal yang telah

dikenalpasti untuk memperbaiki penggunaan atau amalan sedia ada. Rancangan ini

seharusnya fleksibel untuk membenarkan pengubahsuaian ataupun adaptasi bagi

kesan dan kekangan yang tidak dapat dilihat atau sesuatu yang di luar jangkaan dan

kawalan.

2. Pengkaji (pengkaji-pengkaji) akan melaksanakan tindakan sepertimana yang telah

dirancangkan sebelum ini.

3. Tindakan ini akan diperhatikan untuk mengumpulkan bukti atau data bagi

melaksanakan penilaian yang teliti. Pemerhatian mestilah dirancang dan satu jurnal

atau senarai semak mungkin akan digunakan untuk tujuan catatan. Proses tindakan

dan kesannya dalam situasi yang sepatutnya, akan diperhatikan dengan teliti secara

individu atau kumpulan.

4. Catatan refleksi yang dibuat semasa pemerhatian selalunya akan disusuli dengan

perbincangan antara ahli kumpulan (sekiranya berkumpulan). Refleksi individu/kendiri

atau kumpulan ini boleh membawa kepada pembinaan semula situasi sosial dan

menyediakan satu asas untuk perancangan yang lebih mendalam terhadap tindakan

yang kritikal tadi, terutamanya sekirannya tindakan atau intervensi yang dijalankan

tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ataupun tidak dapat mencapai

objektif kajian. Ini bermakna proses ini akan mengulangi pusingan kajian. Langkah ini

dilaksanakan dengan lebih berhati-hati dan sistematik berbanding dengan kitaran

sebelumnya.

Page 20: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 20

Rajah 3 : Model Susman

Gerald Susman (1983) telah mencadangkan satu model yang lebih terperinci. Beliau

membahagikan model ini kepada 5 fasa untuk dijalankan dalam setiap kitaran kajian. Pada

asalnya, satu persoalan dikenalpasti dan data dikumpulkan untuk didiagnosis dengan lebih

terperinci. Ini diikuti dengan beberapa cadangan yang terkumpul berkaitan beberapa

penyelesaian yang dikenalpasti, yang mana diambil daripada satu perancangan

kemudian diimplementasikan. Data atau keputusan daripada intervensi dikumpulkan dan

dianalisis, dan kemudian dapatan kajian akan diinterpretasi sama ada dan bagaimana

tindakan yang dilaksanakan berjaya dilakukan. Pada fasa ini, persoalan kajian telah dikaji

semula dan proses kajian akan bermula dengan kitaran yang lain pula. Proses ini akan

berulang sehingga persoalan tadi berjaya diselesaikan.

5) Keperluan Menjalankan Kajian Tindakan

Dewasa ini, guru-guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam bilik darjah

masing-masing untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah

kerana, kajian tindakan yang dijalankan dapat mengenal pasti atau mengesan kelemahan

pelajar atau guru itu sendiri, dan setelah itu guru perlulah memikirkan cara-cara atau

alternatif-alternatif yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut

kesesuaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini terbukti melalui kajian tindakan

yang telah dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya berjaya meningkatkan

pencapaian akademik pelajar masing-masing.

Page 21: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 21

Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, kajian tindakan ialah kajian yang

dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dan mencari

langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Namun, jika masalah tersebut

masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan dengan mencuba atau meneroka

langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Ini bermakna, guru-guru

perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat dan akhirnya mengatasi segala

permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya dengan cekap dan berkesan.

Sehubungan dengan itu, guru-guru amat disarankan agar menjalankan kajian

tindakan di dalam bilik darjah atau di sekolah masing-masing untuk mengatasi kelemahan

dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kelemahan-kelemahan dan masalah pelajar

tersebut perlu ditangani oleh guru itu sendiri dan sepatutnya guru itu perlu mencari cara

yang sesuai dan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Hakikatnya, guru-guru yang

mengajar di dalam sesebuah biik darjah itu sendiri yang betul-betul mengetahui serta

memahami kelemahan murid-muridnya. Oleh itu, guru tersebut perlu mencuba

langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

murid-murid di dalam bilik darjahnya sendiri.

Di samping cuba untuk memperbaiki kelemahan pelajar, satu perkara kritikal

yang perlu diberikan perhatian ialah para guru itu sendiri perlu membuat muhasabah diri

(refleksi) dan mengenalpasti kelemahan dirinya sendiri yang mungkin menjadi punca

kepada isu kemunduran dan masalah murid-muridnya. Hal ini kebiasaannya tidak disedari

oleh guru-guru di sekolah ketika mengajar di dalam bilik darjah masing-masing. Terdapat

juga segelintir guru yang menganggap dirinya sudah sempurna dan tiada kekurangan

langsung sehingga menyebabkan guru tersebut tidak dapat menerima teguran atau

komen daripada murid-muridnya, pandangan rakan sejawat ataupun pihak lain yang

memberikan teguran atau pandangan. Dalam hal ini, adalah sepatutnya guru-guru perlu

bersikap terbuka dan sanggup menerima kritikan demi kebaikan dirinya untuk membaiki

kelemahan dan kekurangan yang ada. Dengan kata lain, kajian tindakan ini juga boleh

digunakan untuk mengkaji kelemahan diri sendiri, seterusnya memikirkan cara untuk

membaiki kelemahan tersebut dan akhirnya akan dapat meningkatkan prestasi

pengajaran guru-guru di dalam bilik darjah.

6) Reka bentuk dan Kaedah Kajian Tindakan

Page 22: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 22

Reka bentuk, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan tidaklah

terlalu rumit, kerana apa yang lebih penting adalah proses pelaksanaan, hasil atau

dapatan yang hendak diperoleh. Kaedah untuk mendapatkan data atau maklumat perlulah

mudah dan tidak 'complicated' untuk mengenal pasti masalah para pelajar. Hal ini adalah

kerana, kajian tindakan tidak sama sepenuhnya dengan kajian konvensional yang

memerlukan rekabentuk dan kaedah kajian yang lebih lengkap dan agak 'complicated'.

Sampel atau subjek kajian juga tidak memerlukan angka atau jumlah yang besar kerana

masalah yang berlaku adalah tidak serupa antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain

atau antara satu kelas/bilik darjah dengan kelas yang lain. Lazimnya, kajian tindakan ini

bermula dengan refleksi pengajaran yang lepas. Oleh hal yang demikian, guru perlu

meneliti refleksi yang ditulis dalam buku rekod mengajar dan juga perkara yang dialami

semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kaedah menganalisis data dalam kajian tindakan juga tidak memerlukan analisis

yang rumit atau mengikut analisis data bagi penyelidikan secara konvensional, tetapi

cukup sekadar menggunakan laporan pemerhatian, peratus atau bilangan sahaja (analisis

deskriptif). Perkara yang perlu diberikan penekanan ketika menganalisis data ini ialah

perubahan yang berlaku terhadap pelajar-pelajar itu yang biasanya dapat dilihat dari

sudut perubahan tingkah laku ataupun perubahan dari segi markah yang diperoleh oleh

pelajar-pelajar tersebut. Hal ini adalah kerana, sampel kajian tindakan ini tidaklah begitu

ramai dan apa yang lebih penting adalah dapatan yang diperoleh hasil daripada analisis

data tersebut. Justeru, analisis data kajian tindakan juga kebiasaannya melibatkan teknik

kualitatif di samping kaedah yang biasa digunakan iaitu teknik kuantitatif. Perkara ini

memang tidak dapat dielakkan kerana kajian tindakan selalunya melibatkan aspek yang

berkaitan dengan sikap atau tingkah laku yang sukar diukur hanya dengan nombor

semata-mata.

Unit 5

Apakah manfaat yang boleh diperoleh daripada pelaksanaan kajian tindakan?

Page 23: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 23

Sorotan Literatur

Pendahuluan

Sorotan literatur merupakan satu proses yang dapat memberikan penambahan ilmu

pengetahuan khususnya kepada 'body of knowledge' pengkaji. Namun ramai yang

terkeliru dan tersilap apabila melaksanakan proses sorotan literatur. Seseorang penyelidik

itu harus memahami bahawa sorotan literatur bukanlan semata-mata satu ringkasan

(summary) pembacaan daripada pelbagai sumber rujukan yang dibaca.

Hakikatnya, sorotan literatur adalah suatu pengenalpastian, melokasi dan analisis

dokumen yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan masalah penyelidikan,

yang dilakukan secara sistematik. Dengan melaksanakan sorotan literatur yang

komprehensif, pengkaji akan memperoleh data-data sekunder yang berguna untuk

menyokong penyelidikan yang akan dijalankan. Sorotan literatur juga adalah pengelasan

dan penilaian penyelidik berkaitan satu-satu tajuk, kemudiannya disusun dengan dipandu

oleh konsep seperti objektif penyelidikan atau soalan kajian serta masalah dan isu yang

kita akan tangani. Selain itu sorotan literatur adalah merupakan suatu pernyataan tentang

apa yang telah diterbitkan oleh penyelidik dan sarjana yang telah diperakukan kesahan

dan kebolehpercayaannya. Tujuan kita ialah untuk menyampaikan kepada pembaca apa

pengetahuan dan idea yang telah diterima umum, kekuatan dan kelemahannya. Di

samping itu, tujuan utama sorotan literatur adalah untuk mencari dan menerangkan

teori-teori dan model-model kajian yang relevan dan bersesuaian dengan kajian yang

dilaksanakan.

Penilaian Sorotan Literatur

a) Adakah ianya komprehensif?

b) Adakah ia relevan?

c) Adakah sumbernya sumber primer ?

d) Adakah analisisnya kritikal khususnya perbandingan (persamaan dan perbezaan)?

e) Adakah penulisannya koheren ?

f) Wujudkah perbincangan tentang implikasi sorotan ?

Sorotan literatur seharusnya:

Page 24: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 24

a) Disusun dan diatur berkaitan secara langsung dengan soalan penyelidikan yang

dibangunkan.

b) Mensistesis hasil lampau dalam suatu ringkasan tentang apa yang diketahui dan apa

yang tidak diketahui (a state of the art).

c) Mengenal pasti perkara atau isu utama dan kontroversi dalam literatur.

d) Merumuskan soalan yang memerlukan penyelidikan lanjutan.

Ringkasnya, tujuan sorotan literatur adalah untuk mengenal pasti :

a) Maklumat dan data-data yang telah disahkan secara empirikal.

b) Perkara yang dianggap masih bersifat tentatif dan boleh berubah.

c) Maklumat yang mempunyai sokongan data atau sebaliknya.

d) Model-model atau teori baru yang membolehkan seseorang penyelidik mensintesis

pengetahuan yang berbeza-beza dan berupaya meramal masa depan dengan baik.

e) Indikator kepada sesuatu perkara yang belum diketahui yang boleh memberi manfaat

kepada kajian lanjutan.

Namun begitu, sorotan literatur berpotensi secara negatif sebagai:

a) Retorik: Sesuatu yang tidak didasari dengan sokongan data yang konkrit, hanya

berdasarkan andaian atau sesuatu terlalu ideal untuk diaplikasikan.

b) Spekulasi: Kenyataan awal yang dibuat tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang

sah, tepat dan benar.

c) Dapatan yang tidak sah daripada kajian yang tidak dirancang dan direkabentuk

dengan baik.

d) Satu usaha duplikasi untuk menyeleweng atau melaksanakan pelbagai bentuk

plagarisme.

"Whether the research literature helps you gain perspective of the problem or clouds your

vision will depend on how you search, how you critique, and how well you integrate

previous individual studies"

Fungsi Sorotan Literatur

Page 25: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 25

a) Justifikasi munasabah kepada kajian pengkaji – mengenal pasti apa yang telah dikaji

mengenai usaha kerja pengkaji, dan seterusnya apa yang perlu dikaji untuk

menambahbaik kajian terdahulu (mengapa kajian semasa perlu dijalankan).

b) Dapat menjamin bahawa variabel yang relevan dan penting tidak ditinggalkan.

c) Memberikan rasional kepada hipotesis pengkaji.

d) Justifikasi kepada pemilihan rekabentuk dan kaedah penyelidikan yang dipilih.

e) Rasional bagi kaedah pensampelan dan instrumen kajian yang digunakan.

f) Merangsang dan menggalakkan percambahan minda dan perbincangan.

g) Mencari dan membincangkan teori dan model yang sesuai serta relevan dengan

variabel-variabel kajian.

Antara Tujuan Sorotan Literatur

a) Meletakkan setiap kajian ke dalam konteks sumbangan kepada pemahaman topik

yang disorot.

b) Memperihalkan perhubungan setiap kajian antara satu dengan yang lain.

c) Mengenalpasti cara baru untuk menganalisis dan mentafsir, serta menerangkan

tentang jurang dalam penyelidikan lampau.

d) Menyelesaikan konflik di antara kajian-kajian lampau yang mungin bercanggah.

e) Membuka dan mengarahkan jalan ke hadpan untuk penyelidikan lanjutan.

f) Meletakkan kajian penyelidik dalam konteks ilmu sedia ada.

Sorotan literatur yang baik akan menjamin

a) Variabel kajian yang relevan dan penting tidak tertinggal.

b) Membantu pembinaan kerangka teori/konseptual dan hipotesis.

c) Meningkatkan tahap 'testability' dan 'replicability' dapatan kajian.

d) Pernyataan masalah boleh dilaksanakan dengan tepat, spesifik, dan jelas.

e) Mengurangkan mengalami risiko 'reinventing the wheel'.

f) Masalah yang diselidiki dianggap masih relevan dan penting oleh golongan penyelidik.

Beberapa tips untuk penulisan sorotan iteratur

Page 26: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 26

a) Masukkan yang relevan saja (anda sudah baca dan faham).

b) Susun mengikut idea bukan penerbitan.

c) Untuk menjamin aliran idea yang koheren.

d) Untuk mengarah ke kerangka teori dan hipotesis anda.

e) Jangan ringkaskan saja atau memetik kandungan.

Mengapa dilakukan sorotan literatur?

a) Untuk mengenalpasti jurang literatur.

b) Mengelakkan 'reinventing the wheel'

c) Untuk melanjutkan apa yang telah dicapai oleh orang lain

d) Untuk mengenalpasti orang lain yang bekerja dalam bidang yang sama

e) Untuk mengembangkan bidang ilmu anda dalam topik berkaitan

f) Untuk memberi konteks intelektual untuk kerja anda, meletakkan kerja anda dalam

kontek kerja orang lain

g) Mengenalpasti pandangan bercanggahan.

h) Meletakkan kerja anda ke dalam perspektif.

i) Menunjukkan bahawa anda boleh mengakses kerja-kerja lampau dalam bidang anda

j) Mengenalpasti maklumat dan idea yang relevan.

k) Mengenalpasti pendekatan atau kaedah yang relevan.

Skop penulisan sorotan literatur

Masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang pengkaji adalah sama ada beliau tahu bila

untuk berhenti atau sebaliknya, dalam menghasilkan sesuatu yang mencukupi untuk

dipertimbangkan secara serius. Berikut dinyatakan beberapa panduan yang mungkin

boleh membantu iaitu:

a) Lebih banyak tidak semestinya lebih baik.

b) Bidang yang banyak dikaji memerlukan fokus yang lebih kecil.

c) Bidang kajian baru memerlukan skop yang lebih meluas.

Strategi Asas Menjalankan Sorotan Literatur

Page 27: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 27

Pembangunan sorotan literatur memerlukan empat tahap seperti berikut:

a) Pernyataan masalah.

b) Pencarian Literatur.

c) Penilaian Data.

d) Analisis dan tafsiran.

Langkah-langkah Sorotan Literatur

a) Pencarian sumber atau bahan rujukan.

b) Membuat analisis, sintesis dan penilaian.

c) Melaksanakan pengabstrakan dan penintegrasian.

Mencari Literatur Penyelidikan

Apakah carian yang baik? Kebiasaaanya merujuk kepada tahap penyelidikan.

Tujuan: Peringkat Sarjana Muda, Sarjana, atau Doktor Falsafah

Cabaran dan Kekangan: Terlalu sempit (narrow') vs Terlalu luas (wide)

Platform Carian (Khususnya On-Line)

a) Pangkalan Data – EBSCO, Proquest, ScienceDirect, JSTOR, ERIC dan lain-lain yang

lazimnya dianggan oleh pihak perpustakaan universiti masing-masing.

b) Web search engines – Google Scholar atau Alta Vista dan lain-lain.

Kaedah Menfokuskan Carian

a) Memilih platform carian – EBSCO, ERIC, PsycINFO, Proquest atau Google Scholar

b) Menentukan nama variabel – memilih kata kunci atau sinonim.

c) Imbas atau 'copy' abstrak atau keseluruhan dokumen yang ditemui.

d) Jika hasil permulaan tidak memadai, fokuskan carian seperti carian 'Snowball' atau

carian komprehensif.

e) Simpan (save) fail dokumen tersebut menggunakan nama author dan tahunnya agar

memudahkan pengkaji apabila membuat 'citation' dan mengemaskini rujukan nanti.

Penilaian Umum Artikel dan Jurnal

Page 28: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 28

Kebiasaannya sesuatu jurnal dan artikel itu diukur dan dinilai dengan melihat kepada

tujuan dan objektif penulisannya, jenis dan kategori jurnal, isi kandungan, tahun artikel,

bibliografi, kegunaan, dan autoriti jurnal. Namun begitu dengan membaca dan memahami

abstrak kajian, pengkaji akan dapat membuat penilaian awal sama ada jurnal atau artikel

berkenaan relevan atau sebaliknya dengan kajian yang pengkaji laksanakan. Sungguhpun

begitu, adalah digalakkan agar pengkaji membaca jurnal itu secara menyeluruh kerana

berkemungkinan walaupun tidak relevan daripada aspek variabel kajian, mungkin sesuatu

jurnal itu dapat membantu daripada aspek-aspek lain seperti metodologi dan rujukan

kajian.

Penilaian Sorotan Literatur

a) Adakah komprehensif?

b) Adakah relevan?

c) Adakah daripad sumber primer ?

d) Adakah analisis kritikal: membuat perbandingan (persamaan dan perbandingan) ?

e) Adakah ditulis dengan koheren ?

f) Wujudkah perbincangan tentang implikasi sorotan ?

Contoh Penulisan Sorotan Literatur

Sorotan yang Lemah

Suatu siri perenggan berbentuk:

a) Green (1975) menemui….”;

b) Pada tahun 1978, Black melakukan eksperimen dan mendapati bahawa …”;

c) Kemudian Brown (1980) menjelaskan perkara ini dalam …”;

Contoh di atas tidak mempamerkan sama ada pemahaman atau keupayaan untuk menilai

literatur.

Sorotan yang Baik

Page 29: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 29

a) Berdasarkan kepada beberapa kajian lalu mendapati bahawa faktor psikososial

memberikan impak yang signifikan terhadap pembentukan sahsiah atau identiti remaja

(Green 1975; Black, 1988; Brown, 2001).

b) Sekolah merupakan institusi pendidikan yang memberikan bimbingan awal kepada

perkembangan kanak-kanak (Suhaimi, 2011; Juriany, 2013).

c) Ormrod (2000), dan Jarvis et al., (2003) telah menyenaraikan ciri-ciri pengajaran dan

penyampaian guru berkesan yang boleh memudahkan pelajar berfikir dan memahami isi

pelajaran yang disampaikan. Antara ciri-ciri tersebut ialah kejelasan dan ketepatan bahasa,

penyoalan, rangsangan, galakan, penglibatan, maklum balas, rumusan, dan penilaian.

d) Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh Atan Long (1980), Sharifah Alwiah

(1986), Mahfudh (1987), dan Rashidi dan Abdul Razak (1995) nampaknya yang dikatakan

kaedah pengajaran itu ialah yang ada nama seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates,

simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa penyelidik berupaya membuat analisis,

sintesis dan penilaian terhadap beberapa sumber rujukan dan akhirnya membuat integrasi

dan rumusan sendiri.

Unsur-unsur Sorotan Literatur

1) Overview tajuk, isu atau teori yang dipertimbangkan.

2) Pembahagian penerbitan kepada kategori tertentu.

3) Penjelasan bagaimana setiap penerbitan adalah serupa atau berbeza dengan yang

lain.

4) Kesimpulan.

Mengorganisasi Sorotan Literatur

1) Ianya bukanlah suatu tambahan atau tempekan tetapi sebahagian penting

keseluruhan kerja pengkaji. Maka, mestilah ditulis dalam konteks bidang.

2) Kemudian, hendaklah mengambil kira jangkaan pembaca yang ingin tahu bagaimana

kerja penyelidik sepadan dan selari dengan literatur.

3) Memberi justifikasi mengapa penyelidik melakukan apa yang ingin lakukan.

4) Membina kerangka teori dan konsptual kajian.

Page 30: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 30

5) Tiada satu cara yang paling betul atau tepat untuk menyusun – bergantung kepada

kajian yang dijalankan.

6) Mestilah ditakrifkan dengan dipandu oleh konsep dan tujuan kajian serta masalah dan

isu yang relevan dengan kajian yang dilaksanakan. Ia bukanlah suatu senarai

deskriptif bahan atau siri ringkasan dan seharusnya mempamerkan kemahiran

seseorang penyelidik dalam dua bidang iaitu mencari maklumat dan penilaian yang

kritikal.

Unit 6

Huraikan kepentingan sorotan literatur dalam sesuatu kajian?

Page 31: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 31

Instrumen Kajian

Pengukuran dalam Sains Sosial

Dalam disiplin sains tabie, aspek atau objek yang diukur adalah dalam bentuk konkrit.

Justeru pengukuran adalah mudah dibuat dengan menggunakan alat ukur. Sebagai

contoh, berat diukur dengan timbangan kilogram dan tinggi seseorang itu diukur dengan

menggunakan meter atau sentimeter, manakala suhu pula diukur dengan menggunakan

termometer untuk mendapatkan darjah celsius.

Dalam disiplin sains sosial pula, aspek atau variabel yang diukur kebanyakannya

adalah bersifat abstrak seperti sikap, motivasi, minat, komitmen dan lain-lain. Hakikatnya,

perkara yang bersifat abstrak amat sukar diukur. Justeru, kewujudan dan ukuran

mengenai aspek atau variabel tersebut hanya boleh ditentukan melalui inferensi daripada

tingkah laku yang ditunjukkan dan dikaji oleh pengkaji.

Maka timbul persoalan iaitu sejauh manakah tingkah laku itu dapat menjadi petunjuk

kepada aspek atau variabel yang hendak diukur? Dan sejauh manakah inferens yang

dibuat itu tepat. Maka ahli penyelidikan sains sosial telah mencadangkan pembinaan

konsep konstruk sebagai cara untuk mengatasi kedua-dua persoalan tersebut. Konstruk di

sini membawa maksud model yang diwujudkan melalui proses sintesis mental. Konstruk

yang dibina ini lah yang akhirnya dibentuk menjadi satu instrumen kajian.

Instrumen

Merupakan alat ukur yang mengandungi satu item ataupun beberapa siri item yang boleh

memberi gambaran bagi tujuan penilaian. Item-item tersebut mewakili konstruk atau

variabel yang ingin dikaji, dan seterusnya pengkaji akan membuat tafsiran daripada

angka-angka yang diperolehi dengan lebih bermakna. Borang set soal selidik dan set ujian

adalah merupakan instrumen yang biasanya digunapakai dalam kajian sains sosial

khususnya bagi pengkaji yang menggunakan pendekatan kuantitatif.

Proses Menghasilkan Instrumen yang Baik

Page 32: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 32

Bukan mudah untuk membina atau menghasilkan satu instrumen kajian yang baik. Di

antara proses yang perlu dilalui adalah:

a) Perancangan instrumen

b) Pembinaan instrumen

c) Pentadbiran dan pengujian instrumen

d) Penganalisisan (kesahan dan kebolehpercayaan)

e) Pemurnian instrumen

Ciri Utama Instrumen

a) Kebolehtadbiran

b) Kemudahtafsiran

c) Keobjektifan

d) Kesahan

e) Kebolehpercayaan

Langkah Membina Soal Selidik

a) Kenalpasti tujuan/objektif kajian

b) Kaji literatur

c) Bina item/konstruk

d) Uji Kesahan

e) Uji Kebolehpercayaan

f) Tambahbaik

Panduan Am Membina Soal Selidik

a) Gunakan soalan atau pernyataan yang tidak prejudis (elakkan menggunakan soalan

menghina atau sensitif)

b) Soalan tidak memesong. Soalan perlu tepat dan jelas. Jangan memaksa subjek

membuat andaian yang tidak kena mengenai dengan dirinya.

c) Tempoh menjawab perlu pendek. Soal selidik jangan terlalu panjang kerana akan

menjadikan responden berasa bosan dan memberikan kesan kepada respons yang

diberikan.

Page 33: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 33

d) Cadangan jawapan (sekiaranya item soalan pelbagai pilihan jawapan) hendaklah saling

ekslusif. Maksud ekslusif adalah tidak bertindan antara satu sama lain,

e) Memastikan jawapan ikhlas. Langkah keselamatan dan kerahsiaan jawapan responden

perlu ditekankan supaya responden tidak merasa terancam.

f) Arahan perlu jelas agar responden tidak keliru dan pasti dengan respons yang diberikan.

Jenis Soalan Soal Selidik

1. Demografi

Maklumat latar belakang sampel untuk digeneralisasikan kepada populasi.

2. Dikotomus

Mendapatkan pilihan sampel daripada dua pilihan

Contoh: Respon YA atau TIDAK

3. Susunan Kedudukan (Rank Order)

Mendapatkan penilaian sampel ke atas semua item dengan memberikan pemberatan.

Item perlu mutually exclusive. Sebagai contoh:

Skala: No. 1 peringkat tertinggi, No. 2 kedua tertinggi dan seterusnya sehingga No. 5

adalah paling rendah keutamaannya.

Soalan: Berikan penilaian anda mengikut keutamaan.

4. Skala Likert

Eksperimen

Kuliah

Latih Tubi

Lakonan

Lawatan

Page 34: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 34

Iaitu mendapatkan tingkat penilaian/persepsi/respons sampel. Kebiasaannya

menggunakan 5 skala, namun tedapat juga pengkaji yang menggunakan 7,9 dan 11

skala. Contohnya:

Tahap respons :

1. Sangat tidak bersetuju

2. Tidak bersetuju

3. Tidak pasti

4. Setuju

5. Sangat Setuju

5. Skala Semantik

Bermaksud pemeringkatan daripada kata sifat-kata sifat bagi mendapatkan pandangan

dan sikap responden terhadap sesuatu perkara. Untukk skala Semantik, boleh

menggunakan skala 3,5,7,atau 9. Contohnya:

Lemah :__:__:__:__:__:__:__: Teguh

Susah :__:__:__:__:__:__:__: Senang

Bosan :__:__:__:__:__:__:__: Menarik

Ciri-ciri Item Soal Selidik yang Baik

a) Relevan

Item-item kajian hendaklah berkaitan dengan variabel (konstruk) yang ingin diselidiki.

Kerelevanan item-item kajian boleh dirujuk kepada pakar-pakar dalam bidang berkenaan,

sorotan literatur dan melakukan analisis faktor.

b) Jelas dan mudah difahami

Ayat atau kenyataan bagi setiap item kajian hendaklah jelas dan mudah difahami oleh

responden atau subjek kajian agar tidak berlaku salah faham berkaittan maksud sebenar

sesuatu kenyataan itu.

c) Ringkas dan tepat

Page 35: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 35

Oleh kerana sesuatu variabel itu mengandungi banyak item, sebaik-baiknya item kajian

mengandungi kenyataan yang ringkas, tepat dan padat (precise).

d) Boleh dijawab

Item kajian khususnya iitem soal selidik hendaklah boleh dijawab oleh responden iaitu

dalam pengetahuan atau kefahaman responden (sesuatu yanng berkaitan dengan

responden) dan bukanahh sesuatu perkara yang di luar bidang pengetahuannya.

e) Semak silang menggunakan item negatif (cross check )

Item negatif adalah perlu sebagai 'perangkap' atau cara untuk mengenalpasti sekiranya

responden tidak menjawab atau memberikan respons kepada setiap item dengan

betul-betul membaca dan memahami item kajian. Namun begitu item negatif ini tidaklah

perlu banyakk iaitu satu bagi setiap sepuluh item sudah memadai.

f) Boleh diproses

Instrumen kajian digunakan untuk mengukur data atau variabel kajian. Justeru item--item

yang digunakan hendaklah boleh diproses sesuai dengan jenis data kajian. Maka pengkaji

semestinya mengetahui jenis-jenis data yang dikumpulkan, sama ada sesuai atau tidak

dengan analisis data yang akan digunakan.

Ciri-ciri Item Soal Selidik yang Tidak Sesuai

a) Perkataan Melampau

Pengkaji hendaklah mengelakkan daripada menggunakan perkataaan melampau seperti

'sangat', 'amat', dan sebagainya. Ini adalah kerana kebiasaanya dalam pilihan jawapan

ataupun respons sudah terdapat perkataan seperti 'sangat setuju' atau 'sangat tidak

setuju'.

b) Soalan Berpandu

Tidak ada soalan yang mengarah kepada jawapan yang diingini oleh penyelidik. Elakkan

daripada meletakkan perkataan terlalu, sangat yang seiring dengan ciri/sifat variabel yang

menjadi kunci item yang dibentuk, contohnya:

Page 36: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 36

- Adalah perlu bagi sesorang guru mengetahui latar belakang murid-muridnya

- Aktiviti kokurikulum sangat bergantung kepada takwim sekolah

- Saya sentiasa meningkatkan kebolehan profesionalisme

- Saya sangat suka dengan kaedah pengajaran guru

c) Dua perkara (Double barrelled)

Elakkan daripada menggunakan perkataan atau / dan yang memisah atau menggabung

dua variabel dalam ayat soalan (stem). Pastikan satu variabel satu ayat soalan (stem).

Contohnya:

- Hobi saya adalah memancing dan bermain bola sepak

- Pelajar saya meminati mata pelajaran sejarah dan geografi

- Pengetua mementingkan kebajikan guru dan pelajar

d) Dua Negatif (Double negative)

Elak daripada menggunakan lebih daripada satu perkataan berbentuk negatif dalam ayat

soalan/ penyata atau stem, contohnya:

- Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah bukanlah merupakan suatu yang tidak

perlu diberikan sokongan

- Menjadi guru bukanlah suatu pilihan kerjaya yang kurang memberikan kepuasan diri

- Ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak mereka yang sering tidak hadir ke sekolah

e) Andaian (Hypothetical)

Merupakan andaian atau jangkaan sesuatu pada masa akan datang, contohnya:

- Kalau pengetua sekolah ini ditukarkan ............................

- Sekiranya saya diberi peluang ..................................

f) Terlalu panjang

Elakkan membina item atau kenyataan yang terlalu panjang dan berjela-jela yang

berkemungkinan besar akan mengelirukan kefahaman responden.

g) Soalan sensitif

Page 37: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 37

Soal selidik tidak boleh sensitif dan seharusnya bersifat 'mesra' agar menjadikan

responden sentiasa bersedia untuk berkerjasama dengan penyelidik. Elakkan daripada

kenyataan sensitif contohnya:

- Sekolah ini sentiasa menunjukkan prestasi akademik di bawah purata peringkat daerah.

- Saya tidak dilibatkan dalam proses pemutusan dasar kerana dianggap tidak mempunyai

idea bernas.

- Anda gagal mencapai matlamat pengajaran anda.

Kesalahan Umum yang Perlu Dielakkan:

Gagal menwujudkan motivasi atau insentif yang cukup untuk menggalakkan sampel

memberi jawapan atau respons dengan segera.

Memasukkan item soal selidik yang boleh dianggap oleh responden sebagai

berlebihan dan tidak penting.

Memasukkan item-item yang menyediakan ruang untuk mendorong sampel

memberikan respons yang berat sebelah.

Item yang tidak jelas maksudnya.

Item yang dibentuk tidak memenuhi janji yang dibuat kepada responden seperti yang

terkandung dalam surat iringan.

Membina soal selidik yang terlalu panjang dan terlalu 'complicated'.

Ciri-ciri Set Ujian yang Baik

Mengukur dan menilai apa yang sepatutnya mahu dinilai.

Mengandungi pelbagai aras kesukaran (rendah, sederhana, dan tinggi).

Aras kesukaran yang telah ditetapkan bersesuaian juga dengan tahap kebolehan

pelajar (lemah, sederhana, dan pandai).

Jumlah soalan sesuai dengan tempoh masa yang diberikan untuk responden

menjawabnya.

Melaksanakan ujian kesahan dan kebolehpercayaan terhadap set ujian tersebut. Pada

masa kini, analisis terbaik bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan set ujian

adalah menggunakan 'Rasch Analysis/Model'.

Unit 7

Page 38: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 38

Analisis Data

Pendahuluan: Jenis Data

Sebelum diterangkan berkaitan analisis data dengan lebih lanjut, pengkaji perlu terlebih

dahulu mengetahui jenis-jenis data yang digunakan dalam penyelidikan agar tidak tersilap

memilih jenis analisis data yang bersesuaian. Berikut adalah jenis-jenis data penyelidikan:

Nominal iaitu data jenis klasifikasi atau kategori seperti jantina (lelaki/perempuan)

dan warna lampu isyarat (merah, kuning, hijau).

Ordinal iaitu data kategori yang disusun (ranking) atau mengikut keutamaan seperti

kedudukan dalam kelas atau mengklasifikasikan jenis-jenis makanan daripada yang

paling diminati kepada yang paling tidak diminati.

Selang (Interval) iaitu mengukur jarak antara dua poin dalam satu skala. Selain itu

nilai „0‟ bagi skala ini adalah bukan hakiki (not absolute) seperti ukuran suhu dalam

celcius. Dalam kajian sains sosial seperti bidang pendidikan pula contoh yang biasa

ditemui adalah skala Likert 5 poin. Namun begitu ahli-ahli statistik menetapkan

beberapa syarat bagi skala Likert untuk menjadi data interval. Pertamanya hendaklah

menggunakan skala Likert 5 poin dan ke atas. Kedua hendaklah terdapat lebih

daripada satu item bagi mengukur sesuatu konstruk/variabel.

Nisbah (Ratio) iaitu sepertimana skala selang tetapi nilai „0‟ yang hakiki (absolute)

seperti ukuran tinggi (sentimeter atau meter). Dalam kajian bidang sains sosial

seperti bidang pendidikan pula contoh yang biasa ditemui adalah markah peperiksaan

(0%-100%), pendapatan ( RM1 - RM 1,000,000) dan lain-lain.

Analisis Data

Kebiasaannya analisis data berstatistik adalah berkaitan secara langsung dengan

penyelidikan kuantitatif. Analisis data secara kuantitatif melibatkan proses seperti

berikut:

Pengkodan Data (Data Coding)

Page 39: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 39

Data coding merupakan proses penyusunan secara sistematik data mentah (yang terdapat

dalam soal selidik atau set ujian) ke dalam bentuk yang mudah dibaca oleh perisian

statistik seperti SPSS. Sebagai contoh ialah kenyataan item soal selidik seperti berikut:

Guru menyampaikan isi pelajaran dengan jelas.

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Tidak Pasti

4. Setuju

5. Sangat Setuju

Pemindahan / Memasukkan Data ke Komputer (Data Entering)

Data entering adalah memindahkan data yang telah di ubah menjadi kod ke perisian

komputer seperti SPSS. Ini bermakna data yang akan dimasukkan ke dalam perisian

seperti SPSS adalah data numerikal.

Pembersihan Data (Data Cleaning)

Data cleaning adalah memastikan bahawa seluruh data yang telah dimasukkan kedalam

perisian adalah betul dan sesuai dengan yang sebenarnya. Di sini pengkaji memerlukan

ketelitian dan ketepatan data. Caranya adalah dengan possible code cleaning,

contingency cleaning, dan modifikasi (melakukan pengkodan kembali data asal).

Possible code cleaning adalah melakukan pembaikan kesalahan pada kod yang jelas

tidak mungkin ada akibat salah memasukkan kod. Contoh: jenis jantina hanya terdiri dari

dua kod, iaitu kod 1 untuk lelaki dan kod 2 untuk perempuan, atau kod 0 untuk lelaki dan

kod 1 untuk perempuan, atau sebaliknya kerana variabel ini berskala nominal. Namun,

dalam kod yang dimasukkan kedalam perisian, tertera kod 8. Maka kod ini adalah salah

dan perlu dirujuk semula pada borang soal selidik yang asal.

Sementara itu contingency cleaning lebih rumit dibandingkan dengan possible code

cleaning. Kesalahan ini terjadi akibat adanya struktur soal selidik yang perlu dijawab

secara khusus oleh sebahagian orang saja, sedangkan yang lain tidak. Contohnya

pertanyaan tentang jumlah anak yang dimiliki oleh seorang perempuan. Pertanyaan ini

khusus ditanyakan pada perempuan. Namun, adakalanya terdapat pula kekeliruan

Page 40: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 40

sehingga responden lelaki pun turut menjawabnya.

Modifikasi adalah melakukan pengkodan semula (recode) data yang asal. Contohnya

ternyata jenis kelamin seperti kod di atas, iaitu 1 untuk laki-laki dan 2 untuk perempuan

diubah menjadi kod 0 untuk laki-laki dan 1 untuk perempuan.

Pelaporan Data (Data Output)

Data output adalah hasil pengolahan data. Bentuk hasil pengolahan data tersebut adalah

sebagai berikut.

1. Numerikal (dalam bentuk angka)

Hasil pengolahan data yang yang berupa numerikal dapat dilaporkan dalam bentuk jadual

kekerapan dan peratus.

Contoh jadual frekuensi:

Jantina Frekuensi Peratus

Lelaki 125 62.5%

Perempuan 75 37.5%

Jumlah 200 100%

Contoh lain:

Jantina Tahap Pendidikan Keseluruhan

Rendah Menengah IPT

Lelaki 75 (60.48%) 35 (28.23%) 14 (11.29%) 124 (100%)

Perempuan 35 (44.87%) 12 (15.39%) 31 (39.74%) 78 (100%)

Keseluruhan 110 (54.46%) 47 (23.27%) 45 (22.28%) 202 (100%)

2. Grafik (dalam bentuk gambar)

Pelaporan data dengan menggunakan grafik atau gambar lebih menarik (bergantung

kepada keperluan atau format laporan) jika dibandingkan pelaporan data dengan

menggunakan jadual. Namun pelaporan data menggunakan gambar atau grafik juga

memiliki kelemahan, iaitu kemungkinan adanya informasi yang hilang. Pelaporan grafik

perlu memberi penekanan tahap pengukuran yang diguna pakai. Penggunaan grafik yang

tepat berdasarkan tahap pengukuran dapat dilihat pada jadual berikut:

Page 41: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 41

Skala Grafik

Nominal Pai, Bar

Ordinal Pai, Bar

Selang Histogram, Poligon

Nisbah Histogram, Poligon, Stem-leaf plots, Scatter Plots

Penganalisisan Data (Data Analizing)

Penganalisisan data merupakan suatu proses lanjutan dari proses pengolahan data untuk

melihat bagaimana menginterpretasikan data, kemudian menganalisis data dari hasil yang

sudah ada pada tahap hasil pengolahan data. Penjelasan lebih lengkap tentang pengujian

statistik dan cara-cara mengujinya boleh dirujuk dengan lebih lanjut pada buku-buku

statistik. Namun begitu unit seterusnya akan mengemukakan beberapa cara analisis data

yang lazimnya digunapakai oleh pelajar di institut pendidikan tinggi dengan menggunakan

perisian SPSS. Analisis terhadap hasil pengolahan data dapat berbentuk sebagai berikut.

1. Analisis Univariat iaitu analisis terhadap satu variabel.

2. Analisis Bivariat iaitu melibatkan dua variabel seperti analisis hubungan antara satu

variabel bebas dengan satu variabel bersandar.

3. Analisis Multivariat iaitu melibatkan lebih daripada dua variabel sama ada melihat

hubungan ataupun pengaruh variabel-variabel bebas terhadap variabel bersandar.

Pengujian Hipotesis

Langkah selanjutnya dalam bahagian analisis ini adalah bagaimana melakukan pengujian

terhadap hipotesis yang telah dinyatakan sebelumnya. Ada beberapa tahap yang harus

dilakukan dalam melakukan pengujian hipotesis, iaitu:

1. Menyatakan/menetapkan hipotesis.

2. Menetapkan ujian statistik yang akan digunakan.

3. Menentukan tahap signifikan (contohnya 0.05 atau 0.01).

4. Melaksanakan analisis statistik (contohnya menggunakan perisian SPSS).

5. Membuat laporan dan kesimpulan.

Jenis Analisis Data

Page 42: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 42

a) Deskriptif

Tujuan utamanya adalah untuk eksplorasi data, membuat ringkasan dan rumusan iaitu

dengan melihat kekerapan dan peratus variabel kajian (data) dan juga melihat nilai skor

min min, median, dan mod. Di samping itu untuk melihat kecenderungan memusat

(central tendency) bagi mengukur normaliti.

Laporannya dilaksanakan dengan memaparkan kekerapan (frekuensi), peratus atau

skor min serta sisihan piawai. Biasanya laporan bagi kekerapan dan peratus adalah bagi

aspek demografi yang ingin dibincangkan seperti jantina, pendapatan, lokasi dan lain-lain.

Manakala laporan bagi skor min dan sisihan piawai pula adalah bagi variabel-variabel

kajian secara umum. Di samping itu boleh dilihat dan dilaporkan dalam bentuk ayat,

jadual, graf, atau carta.

b) Inferensi

Bermaksud dapatan kajian yang diperoleh memberikan jawapan kepada soalan kajian

secara keseluruhan (mewakili keseluruhan populasi). Sehubungan dengan itu adalah

penting atau kritikal bagi penyelidik merancang dan melaksanakan proses pensampelan

dengan tepat dan betul. Di samping itu, analisis data yang digunakan juga harus selari

dengan soalan/objektif/hipotesis kajian. Pendekatan dan metod yang digunapakai

mestilah betul dan mengikut proses yang sepatutnya sebagai contoh melihat dan

mengukur perbezaan sesuatu variabel berdasarkan aspek demografi, menganalisis

hubungan dan pengaruh melibatkan variabel bebas dan variabel bersandar.

Contoh-contoh analisis secara ringkas menggunakan perisian SPSS akan dikemukakan

dalam unit seterusnya.

Jadual berikut menunjukkan jenis analisis data menggunakan perisian SPSS yang

kebiasaannya sesuai digunapakai untuk mengukur atau menguji soalan / hipotesis kajian.

Objektif / Soalan / Hipotesis Analisis Data SPSS

Melihat kekerapan, peratus,

persepsi, tahap dan klasifikasi

Deskriptif, frekuensi, peratus, skor min, sisihan

piawai

Mengenalpasti perbezaan Ujian-t, ANOVA Sehala, ANCOVA, MANOVA

Melihat hubungan Korelasi Pearson

Melihat pengaruh Regresi mudah, Regresi berganda

Page 43: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 43

* Analisis data yang dipaparkan adalah analisis parametrik sahaja (andaian bahawa data kajian tertabur secara normal dan menggunakan data jenis selang atau nisbah). Sila rujuk senarai istilah dalam jadual berikut.

Istilah-istilah Statistik

Berikut adalah beberapa istilah (terms) yang perlu diketahui oleh para penyelidik:

Istilah Penjelasan

Min Skor purata bagi sesuatu variabel

Mod Skor yang paling kerap

Median Skor yang di tengah-tengah

Sisihan Piawai Kadar serakan data / skor daripada nilai min

Varians Kuasa dua bagi Sisihan Piawai (juga melihat keserakan data / skor)

Unit 8

Apakah yang dimaksudkan dengan analisis deskriptif?

Page 44: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 44

Format Kajian Tindakan

Berikut adalah format umum kajian tindakan, namun boleh diubahsuai mengikut

kesesuaian dan keperluan seseorang penyelidik.

Bab 1 Pengenalan

1.1 Latar belakang

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Tinjauan Awal

1.4 Objektif Kajian

1.5 Soalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi Operasional

Bab 2 Sorotan Literatur

2.1 Asas Penjelasan Masalah Kajian dan Program Intervensi

2.2 Teori dan Model Berkaitan

2.3 Kajian Lalu yang Berkaitan

2.4 Kerangka Konseptual Tindakan

Bab 3 Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

3.2 Subjek Kajian

3.3 Instrumen Kajian

3.4 Prosedur Kutipan Data

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bab 4 Laporan Pelaksanaan Kajian Tindakan

Page 45: Prakata, Unit1_Unit8

Modul Kajian Tindakan PPG

©Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, FPP, UMS. 2014 45

4.1 Konteks Kajian

4.2 Struktur Pelaksanaan

4.3 Lingkaran Pertama

4.4 Lingkaran Kedua (sekiranya perlu/ada)

Bab 5 Refleksi Penyelidik

5.1 Refleksi Kendiri

5.2 Refleksi Keseluruhan

Bab 6 Perbincangan, Rumusan, Implikasi dan Cadangan

6.1 Perbincangan

6.2 Rumusan

6.3 Implikasi

6.4 Cadangan Kajian Masa Depan

6.5 Penutup