practicum hand book for dummies untuk panduan pelajar prakt

Upload: hafizah-mustaffa

Post on 29-Oct-2015

97 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENTORING PRAKTIKUMuntuk pensyarah penyelia

1.0 Pengenalan

Latihan mengajar, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Internship merupakan komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Pendidikan guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara. Menurut Britzman (1991), latihan mengajar sering dilaporkan oleh guru pelatihsebagai satu program latihan yang amat penting dan berharga untuk mereka dalammenyediakan diri untuk mengajar.Melalui program ini , pelajar diberikan peluang untuk mengaplikasikan ilmu (teori) dan kemahiran (amalan) yang diterima semasa pengajian di IPG dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Selain itu, pelajar dapat mengalami sendiri pengalaman menguruskan kegiatan luar dan kegiatan kokurikulum, yang dapat memberikan banyak manfaat kepada pembentukan sahsiah guru.

1.2Konsep

Program amalan profesional perlu dilihat sebagal satu kesinambungan kepada latihan perguruan praperkhidmatan di IPG.

1.3Rasional

Program amalan profesional yang dirangka berdasarkan peringakat (semester) menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri .Program ini sangat menekankan pembentukan ilmu binaan hasil pengalaman dan proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan. Pelajar semestinya boleh menggunakan kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan (situational knowledge) dan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka . Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.

Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi dan komunikasi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar. Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran ini berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa ia akan membawa kepada perubahan pada seseorang.

Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Hal ini kerana latihan ini memerlukan pelajar memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan proses pelaksanaan dan bagaimana mengaplikasikan teori ke dalam dunia realiti pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Matlamat

Program amalan profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional. Amalan profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiah guru yang unggul dan bukan sebagai guru bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian, program amalan profesional perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan usaha sama antara IPG, JPN dan sekolah.

1.5Objektif

1.5.1Melalui program amalan profesional, diharapkan pelajar akan dapat:

1. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional perguruan

1. membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti

1. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid

1. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

1. menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran

1. menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran

1. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru

1. membuat refleksi/renungan, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas guru dan

1. membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional perguruan.

1. 5.2 Melalui program amalan profesional ini juga, pihak IPG dan sekolah dapat:

1. memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah

1. mengeratkan hubungan profesional antara IPG dengan sekolahmelalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran pembelajaran dan

1. menilai prestasi pelajar semasa program amalan profesional.1.6Pelaksanaan Program Amalan Profesional

Program amalan profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan seperti dalam Jadual 1.1.ProgramTempoh Pelaksanaan Program Amalan Profesional

Pengalaman Berasaskan SekolahPraktikumInternship

PBS 1PBS 2PBS 3PBS 4Prakt 1Prakt 2Prakt 3Internship

Tempoh1 minggu1 minggu1 minggu1 minggu4 minggu8 minggu12 minggu4Minggu

Semester12345678

Kredit-2462

Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional

1.7Syarat Penentuan KeputusanPrestasi pelajar dalam amalan profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkan dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG). (i) Penentuan lulus adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

Kehadiran 100 % dalam amalan profesional Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir amalan profesional- Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan(ii)Penentuan cemerlang adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

Lulus dan mendapat markah 90% dan ke atas dalam keseluruhan amalan profesional Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan Menunjukkan usaha ke arah inovasi dan kreativiti Pencalonan dibuat 2 minggu selepas tamat internship

(iii) Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategori lulus. Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan yang diberikan. Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak tiga kali. Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.0Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

2.1 KonsepPengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2.2Objektif

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat:

(i) memahami budaya sekolah

(ii) menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah

(iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid

(iv) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran

(v) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah

(vi) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah

(vii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal

(viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan

(ix) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru

(x) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas dua minggu program PBS dilaksanakan .

2.3STRATEGI PELAKSANAAN

1. Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

ProgramSemesterTempohPenempatan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

11 MingguSekolah Rendah

21 MingguSekolah Rendah

31 MingguSekolah Rendah

41 MingguSekolah Rendah

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (ii) Penempatan

Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan Unit Praktikum IPG.

(iii) Prosedur Pelaksanaana) IPG akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

b) IPG akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.

c) IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pengurus sekolah (sebelum PBS 1 bermula).

d) IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.

e) IPG menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.

f) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/ elektif memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi selepas PBS.

g) Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat. (rujuk Jadual 2.2).

SemesterTugasanPenyeliaan dan Penilaian

1Pengajian ProfesionalJabatan Ilmu Pendidikan

2Subjek majorJabatan subjek major

3Elektif 1Jabatan subjek elektif 1

4Elektif 2Jabatan subjek elektif 2

Jadual 2.2: Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

(iv) Bidang Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

a)Pelajar dikehendaki membuat tugasan berdasarkan semua aspek yang ditetapkan oleh Jabatan Ilmu pendidikan dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan.

b) Cadangan tugasan PBS bagi semester 1 hingga semester 4 disediakan dalam Lampiran 7A, 7B, 7C dan 7D.

c)Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan mata pelajaran major dan Jabatan mata pelajaran elektif hendaklah menyesuaikan tugasan PBS berdasarkan persoalan yang dicadangkan di dalam Lampiran 7A, 7B, 7C dan 7D.

2.4Kehadiran

a) Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. b) Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan.

c) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPG.

d) Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

2.5PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i)Pelajar:a) Menghadiri taklimat PBS

b) Memahami objektif PBS

c) Melaksanakan tugasan PBS

d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS

e) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah

f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah

g) Berbincang dengan guru tentang tugas yang dilaksanakan di sekolah

h) Bersama mentor sebagai pembantu dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh PBS.

i) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi.

j) Mendokumentasikan segala hasil tugasan dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu.

k) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS.

l) Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan, bimbingan dan penilaian.

(ii)Sekolah

a) Mengenal pasti dan melantik guru terlatih yang berpengalaman sebagai mentor untuk membantu pelajar yang menjalani PBS

b) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

c) Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan program PBS

d) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah/pengajaran/aktiviti bimbingan guru yang berpengalaman

e) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan PBS

f) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah

g) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran PBS

h) Menilai kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)

i) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar

j) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan sempurna

k) Melibatkan pelajar sebagai pembantu guru sahaja dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh PBS

(iii)IPG (Unit Praktikum, Jabatan dan Penyelaras PISMP)

a) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS

b) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS

c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat.

d) Memastikan tugasan PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar

e) Memberikan taklimat kepada pihak sekolah dan pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan tugasan dalam pelaksanaan PBS

f) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan

g) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan

h) Memastikan pelajar membuat tugasan dan menyerahkan kepada pensyarah mata pelajaran yang berkaitan untuk dinilai

i) Menetapkan satu sesi refleksi dua minggu selepas Laporan PBS disiapkan sebagai ruang untuk pembentangan, perbincangan dan penilaian.

j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPG dengan sekolah

k) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPG dengan segera

2.6Panduan menulis pernyataan profesional/kontrak tugasan

2.6.1Pengenalan

Pernyataan profesional/kontrak tugasan merujuk kepada harapan/tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

2.6.2Tujuan Pernyataan Profesionali. Menyatakan fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas ii. Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematikiii. Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan iv. Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/ penambahbaikan2.6.3Pernyataan Profesionala. Sebelum PBSi. Kenal pasti fokus utama tugasanii. Tujuan tugasaniii. Merancang strategi pelaksanaaniv. Instrumen penilaian

b. Semasa PBSi. Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancangii. Mengumpul dataiii. Merekod

c. Selepas PBS (refleksi)i. Menganalisis dataii. Menilaiiii. Melapor

d. Penilaian Pernyataan Profesional (pencapaian objektif fokus tugasan)e. Pencapaian objektiff. Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

2.7Panduan Penyediaan Portfolio - Pengalaman Berasaskan Sekolah2.7.1 Pengertian Portfolio Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar. Bahan porfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian porfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani , intelek, sosial dan estetika ( JERISE ).

Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar. Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan .

Porfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer ( 1991 ), porfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.

Merujuk kepada amalan profesional Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi:i. Pengetahuanii. Kemahiraniii. Pengalamaniv. Kelayakanv. Matlamat dan pencapaian Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman, 1992).

2.7.2 Tujuan Portfolio

i. Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBSii. Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai iii. Perkembangan profesionalisme pelajar.iv. Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman baru.v. Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan profesional.2.7.3 Ciri-Ciri Portfolio

i. Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.ii. Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar menghargai usaha dan diri sendiri.iii. Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.iv. Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan. 2.7.4 Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolioi. Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.ii. Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.2.8Pengalaman berasaskan sekolah - senarai semak penyediaan portfolioBilTajukItemTandakan

1Biodata (ditulis dalam helaian berasingan)1.1) Nama

1.2) No. Kad Pengenalan

1.3) Major dan Ambilan

1.4) Tarikh PBS

2Pernyataan Profesional / Kontrak Tugas (Lampiran 1)2.1) Penyataan sebelum PBS

2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

2.3) Penilaian dan laporan

3Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (yang mana sesuai mengikut keperluan)3.1) Pemerhatian

3.2) Senarai semak

3.3) Temu bual

3.4) Soal selidik

4Kolaborasi (Lampiran 3)4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2) Perbincangan dengan mentor

4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5) Interaksi dengan murid

5Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui5.1) Pemerhatian

5.2) Senarai Semak

5.3) Temu bual

5.4) Soal selidik

5.5) Pengalaman di bilik darjah (Lampiran 6)

6Refleksi (Lampiran 5)6.1) Aktiviti

6.2) Perbincangan/Interaksi

7Laporan Akhir

Ulasan Pensyarah: ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Tandatangan :__________________________Nama:______________________________________________

Tarikh:__________________________1

11

2.9Pengalaman Berasaskan Sekolah - Rekod Kolaborasi/Interaksi/PerbincanganNama Pelajar :Tandakan PBS

No. Kad Pengenalan:1

Opsyen/Ambilan:2

Sekolah ditempatkan3

Rekod Kolaborasi/Interaksi/Perbincangan4

Bil.Tarikh /Masa

Nama Guru/Indfividu Yang Ditemui/Perkara DibincangCatatan

2.10PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH - PENULISAN REFLEKSI2.10.1 Definisi Refleksi Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

2.10.2 Tujuan Refleksi Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

2.10.3 Ciri-ciri Refleksi Bermula dengan mengingat kembali Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

2.11 Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBSRefleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:Hendaklah dilaksana selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan: Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai? Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ? Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ? Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

2.11.1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH - AMALAN REFLEKSINama Pelajar :Tandakan PBS

No. Kad Pengenalan:1

Opsyen/Ambilan:2

Sekolah ditempatkan3

AMALAN REFLEKSI4

1. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

1.1 Kekuatan:

1.2 Kelemahan:

2. Cadangan Penambahbaikan:

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

2.12PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PENGAJIAN PROFESIONAL-ILMU PENDIDIKAN ) CONTOH AKTIVITI PROFESIONAL 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di dalam borang berikut BilPerkaraCatatan / data

1Nama dan Alamat Sekolah

2No. telefon sekolah

3Alamat e-mail/web Sekolah

4Lokasi

5Nama Guru Besar

6Nama GPK 1

7Nama GPK HEM

8Nama GPK Kokurikulum

9Nama Penyelia Petang

10Gred Sekolah

11Bilangan GuruLelaki:

Perempuan:

12Kelayakan Profesional GuruSiswazah:

Bukan Siswazah:

13Bilangan Kelas

14Purata Saiz Kelas

15Jumlah MuridMelayuCinaIndiaLain-lain

Lelaki

Perempuan

16Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)i. Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.ii. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.iii. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? iv. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT ?v. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran?vi. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu

2.13PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2 ( SUBJEK MAJOR)CONTOH AKTIVITI PROFESIONAL Pengurusan Bilik DarjahArahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan mata pelajaran major. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalan berikut:1. Bagaimanakah perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran?2. Bagaimanakah murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan?3. Bagaimanakah pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan?4. Bagaimanakah cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid?5. Bagaimanakah murid digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan?6. Bagaimanakah guru menangani gangguan luar jangkaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan?7. Bagaimanakah guru menangani masalah tingkah laku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran?8. Adakah peraturan bilik darjah disediakan ? Jika ada, adakah peraturan itu dilaksanakan secara berkesan ? 9. Adakah aktiviti berkumpulan dijalankan? Jika ada, bagaimanakah aktiviti kumpulan diuruskan dan dilaksanakan?10. Bagaimanakah sesi pengajaran dan pembelajaran ditamatkan?2.14PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 3 CONTOH AKTIVITI PROFESIONALA. Pembelajaran MuridArahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalan berikut:a) Apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru?b) Bagaimanakah guru memastikan objektif yang ditetapkan itu tercapai?c) Bagaimanakah guru dapat mengesan pembelajaran telah berlaku?d) Bagaimanakah guru melaksanakan pembelajaran berdasarkan perbezaan individu murid?

B. Masalah Pembelajaran MuridArahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kenal pasti beberapa orang murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalan berikut:a) Huraikan secara ringkas masalah pembelajaran murid yang anda kenal pasti.b) Laksanakan sesi temu bual dengan murid berkenaan untuk mendapatkan maklumat dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah yang dikenal pasti.c) Senaraikan jenis dan punca yang menyebabkan masalah pembelajaran itu berlaku.d) Cadangkan apakah tindakan yang anda dapat laksanakan untuk membantu mengatasi masalah murid tersebut?Nota:Sila berbincang dan mendapatkan bimbingan daripada mentor dan guru-guru lain yang terlibat secara langsung dengan murid yang terlibat dengan masalah yang dikaji.

2.1.5PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4CONTOH AKTIVITI PROFESIONAL

A. Kemahiran Mengajar dan Strategi PengajaranArahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi dua orang guru. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan pernyataan/aspek-aspek berikut dan buat catatan: Teknik penyoalan gurua) Cara guru memberikan peneranganb) Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaranc) Respons guru terhadap hasil kerja muridd) Penggunaan papan tulis, papan kenyataan dan persekitaran pembelajarane) Pelaksanaan aktiviti kelas, kumpulan dan individuf) Hubungan mata ke mata (eye-contact) dan intonasi suara gurug) Kemahiran-kemahiran lain yang dikenal pasti

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHATBORANG KEHADIRAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHSekolah: ___________________________________________________________________________Alamat Sekolah: ___________________________________________________________________________Tarikh PBS: ______________________ hingga ____________________________BilNama PelajarNo. KPMajorTarikh

1

2

3

4

5

6

Catatan:

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit Praktikum IPG selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah* Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGTandatangan Ketua Kumpulan: _____________________Nama: ______________________________________________________Tarikh: __________________________Pengesahan Guru Besar:Tandatangan _________________________Tarikh: ____________________

Cop Sekolah

22

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHLAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar: ____________________________No. K.P.: ___________________________

Major : _____________________________ Ambilan : ___________________________

Tandakan ()

AspekLemahSederhanaBaikUlasan

Sahsiah dan Perwatakana) Penampilan diri

b) Pekerti

c) Keprihatinan

d) Sifat/Peribadi sebagai pendidik

Komunikasi Berkesan:Berinteraksi secara beretika

b) Keupayaan memerhati, berbincang dan membuat refleksi

c) Berupaya menyampaikan idea secara berkesan

Budaya Profesional Guru: Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah

b) Sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain

c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPG

Tandatangan Guru Besar ________________________Tarikh ____________________13

23

PRAKTIKUM

PRAKTIKUM 3.1 KONSEPPraktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM.

3.2OBJEKTIFMelalui program praktikum ini, pelajar dapat:a) menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran b) mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaranc) mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai d) merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu e) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran f) memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai profesionalisme kerguruan;g) memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendirih) mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran pembelajarani) menguasai kemahiran fasilitator danj) menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

3.3PROSEDUR PELAKSANAAN(i)SyaratPelajar dikehendaki menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi setiap semester. Rujuk Jadual 3.1.(ii) PenempatanPenempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPG dan sekolah dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Pelajar ditempatkan di sekolah rendah. (iii) Tempoh Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus. Rujuk Jadual 3-1. (iv) Bilangan Waktu Mengajar Minimum 8 waktu mengajar semingguMaksimum 12 waktu mengajar semingguPelajar major Prasekolah dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran sepenuhnya dalam seminggu.Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major dan dua mata pelajaran elektif.Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum.Pelajar major Prasekolah perlu mengajar secara berpasangan bagi satu hari pengajaran penuh sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum.

(v) Bilangan PenyeliaanPenyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.Penyeliaan bersama antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing perlu dijalankan dua minggu sebelum tamat praktikum.Jadual 3.1 ialah panduan agihan penyeliaan praktikum untuk pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Penyeliaan perlulah melibat pelaksanaan aktiviti kokurikulum. PraktikumMata PelajaranPra penyeliaanIPGSekolahPenyeliaan BersamaJumlah

Praktikum 1(4 minggu)Major11215

Praktikum 2(8 minggu)Major13419

Elektif 12215

Elektif 2224

Praktikum 3(12 minggu)Major13419

Elektif 12215

Elektif 2224

Jadual 3.1 : Agihan Penyeliaan

3.4PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB(i) Pelajara) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikumb) Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikumc) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikumd) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sokongan di sekolahe) Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumatmaklumat lain kepada pensyarah major dan elektif sebelum prapenyeliaanf) Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolahg) Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikumh) Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan i) Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran praktikum ke Unit Praktikum pada setiap bulan j) Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran k) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajarl) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap mengikut format sebelum melaksanakan pengajaran m) Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang pengajarann) Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran (Rujuk Lampiran 2-2)o) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yang kritikal semasa praktikum. Penulisan Jurnal dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan (Rujuk Lampiran 2-3 dan 2-3A)p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum (Rujuk Lampiran 2-4)q) Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pada setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankanr) Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Ketua Unit Praktikum IPGs) Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke IPG selepas tamat praktikum.

(ii) Pensyarah Pembimbing a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Pengarah IPGb) Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh Unit Praktikumc) Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan praktikumd) Merancang jadual bimbingan dan penyeliaan praktikume) Mengadakan perbincangan dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesionalf) Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasa kepada Unit Praktikum g) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan.h) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kinii) Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikumj) Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum dengan menggunakan borang yang ditetapkank) Menyemak dan mengesahkan buku persediaan mengajar pelajar l) Memberi bimbingan berasaskan prinsip-prinsip pencerapan klinikal (Rujuk (Lampiran 2-5)m) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah dicadangkann) Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum o) Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan praktikump) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlangq) Melengkapkan borang bimbingan (PR1) dan menyerahkan salinan asal kepada pelajarr) Pensyarah major dan elektif wajib membuat rumusan prestasi praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing major atau elektif dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2)s) Menyerahkan Borang Penilaian Prestasi (PR2) yang lengkap dan kemaskini kepada Ketua Unit Praktikum .

(iii)Guru Pembimbinga) Menghadiri taklimat praktikum dan kursus yang dijalankan oleh IPGb) Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru pembimbing c) Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah : Jadual waktu Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru Rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian Sumber pengajaran pembelajaran Proses pengajaran pembelajaran Pengajaran berpasangan Amalan pemulihan dan pengayaan di dalam pengajaran pembelajaran Teknik penyoalan Pentaksiran dan penilaian murid Pengurusan bilik darjah Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum) Hal-hal lain yang berkaitand) Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajaran e) Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar pelajarf) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan g) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlangh) Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip pencerapan klinikal dengan menggunakan borang bimbingan (PR1)i) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kinij) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh amalan profesionalk) Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum l) Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas ( cemerlang, gagal, masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG dengan segeram) Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah pembimbing dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2)

(iv)Pengurus Sekolaha) Menghadiri taklimat pengurusan praktikum yang dijalankan oleh pihak IPGb) Jawatankuasa Praktikum di peringkat sekolahc) Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang berpengalaman dan sanggup membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikumd) Memberi taklimat kepada pelajar tentang:e) Sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolahf) Tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongang) Latar belakang murid dan masyarakat setempath) Tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolahi) Pengelolaan gerak kerja kokurikulumj) Maklumat-maklumat lain yang berkaitank) Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajarl) Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.m) Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG tentang pelajar yang:n) Menunjukkan prestasi cemerlango) Tidak menjalankan tugas dengan memuaskanp) Tidak hadir tanpa sebab.q) Terlibat dengan kes-kes disiplinr) Menghadapi masalah kesihatan dan kemalangans) Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajart) Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikumu) Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang disediakanv) Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar w) Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesanx) Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru dalam salah satu komponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan, unit beruniform atau sukan/permainan

(v)Pasukan Pengurusan Praktikum a) Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh BPG KPMb) Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikumc) Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPNd) Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah pembimbinge) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan praktikum kepada pelajar, pensyarah pembimbing dan pihak sekolahf) Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah pembimbing dan guru pembimbingg) Memastikan kelancaran pelaksanaan program praktikumh) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikumi) Melaksanakan sesi refleksi praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke IPGj) Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikumk) Menguruskan dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan oleh JKIAPIPG sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaanl) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes amalan profesional untuk dibawa ke JKIAPIPGm) Menyediakan laporan tahunan praktikum untuk kegunaan IPGn) Membantu Unit Kewangan IPG menguruskan borang tuntutan elaun guru pembimbing dan pelajaro) Menyediakan Laporan Pelaksanaan Praktikum Pelajar dan menghantarkannya kepada BPGp) Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru (JKIAPIPG)q) Menentukan dasar amalan profesional dilaksanakanr) Menjalankan pemantauan pelaksanaan amalan profesionals) Menjalankan penyeliaan rentasan ke atas pelajar yang dicadangkan sebagai kes gagal dan kes berpotensi cemerlang. t) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh amalan profesional, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan sewajarnyau) Mengesahkan kehadiran dan keputusan amalan profesional

3.5KEHADIRAN PRAKTIKUMa) Pelajar diwajibkan hadir 100% semasa praktikum b) Pelajar dikehendaki melengkapkan praktikum sekiranya kehadiran kurang 100%c) Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum hanya dengan kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari praktikum ialah : i. Pelajar jatuh sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan ii. Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamahiii. Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematianiv. Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasanv. Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPGTindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% dengan kebenaran adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.2.Kehadiran PraktikumTindakan

90% ke atasJKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlu melengkapkan kehadiran praktikum atau tidak.

70% - 89.9%Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum.

Kurang daripada 70%Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum.

Jadual 3.2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Praktikum Kurang Daripada 100%

Kehadiran praktikum yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib IPG untuk diambil tindakan.

3.6.PENANGGUHAN PRAKTIKUMa) Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Pengarah Pendidikan Guru. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Pengarah IPG.b) Penangguhan tidak boleh melebihi tempoh satu tahun dari tarikh berkuat kuasa penangguhan praktikum c) Pelajar dibenarkan menangguh praktikum sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian d) Pelajar mesti melaporkan diri ke institut asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan yang dipohon untuk meneruskan praktikum e) Elaun tidak akan dibayar dalam masa penangguhan praktikum. Elaun hanya akan dibayar semula bermula daripada tarikh pelajar melaporkan diri f) Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah bimbingan dan penyeliaan IPG asal masing-masing kecuali mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Guru. 3.7KES GAGAL PRAKTIKUMa) Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG).b) Pelajar yang gagal praktikum dikehendaki mengulang Praktikum 3 sahaja.c) Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang praktikum sekali sahaja.

3.8 SYARAT TAKSIRAN PRESTASI PELAJAR DALAM PRAKTIKUMa) Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.b) Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dengan menggunakan borang bimbingan (PR1).c) Pensyarah pembimbing dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2).d) Penilaian prestasi pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 3-3.Komponen PenilaianRujukanWajaran

1. Kemahiran Interpersonal dan IntrapersonalPortfolio dan perbincangan dengan pihak sekolah10%

2. Pengetahuan tentang Mata PelajaranPortfolio10%

3. Pengajaran dan PembelajaranPortfolio30%

4. KomunikasiPorfolio10%

5. Pengurusan Bilik DarjahPortfolio10%

6. PenilaianPorfolio dan buku kerja murid10%

7. KokurikulumPortfolio10%

8. Peranan-peranan lainPortfolio dan hasil kerja pelajar10%

Jumlah100%

Jadual 3-3: Komponen Penilaian Praktikum

3.9Format Rancangan Pengajaran Harian

Profil pengajaranTarikh:19 Ogos 2012 (Jumaat)Masa:10.00 -11.00 Pagi (60 minit)Tema:Tema 5: Malaysiaku NegarakuTopik:Berbangga Dengan Identiti NegaraSubtopik:Keranamu MalaysiaTahun :4 SalinatanHP:Pada akhir pengajaran murid dapat:Membanding beza identiti negaraMenyenaraikan sekurang-kurangnya tiga langkah yang diambil untuk mengharumkan nama negara.Isi Pelajaran:Berbangga dengan identiti negara.Penerapan Nilai Murni :Menghargai, menghormati, MenyayangiUnsur-unsur Patriotisme : Berbangga sebagai warganegara Malaysia.Kemahiran Berfikir: Membanding beza, menyenaraiPengetahuan Sedia ada: Mengetahui latar belakang negara Malaysia.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)BilSumberKuantitiFormat

1.Tayangan slaid 1Power Point

2.Lagu Keranamu Malaysia1MP3

3

Carta 3Carta Bergambar 2Carta Tunggal 1

4Kertas manila4-

ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012

Langkah/ masaIsi kandunganAktiviti pengajaran & pembelajaranCatatan

Set Induksi3-5 minitGuru menayangkan slaid beberapa imej yang menjadi identity Negara

1. Soalan guru :2. i. Senaraikan gambar yang baru kita lihat tadi.3. Ii. Pada pendapat anda, bagaimana kita boleh menunjukkan perasaan bangga terhadap identity Negara

ABM :Slaid Power Point- Panorama Bangunan Identiti NegaraKBK: Menyenarai

Langkah 110 minitPenerangan mengenai topik .Guru menerangkan mengenai identiti negara : i. Maksud identitiii. Jenis identiti negara

ABM : Carta Bergambar

KBK : Menamakan

Langkah 220 minitKuiz-Pengetahuan sedia adaPelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pelajar memberikan contoh perbezaan yang terdapat pada beberapa identiti negara berdasar gambar ditunjukkan.

ABM : Carta markah, carta gambarKBK : Membanding beza

Langkah 320 minitMenyenarai langkah memelihara identiti negara.i. Setiap kumpulan dibekal kertas manila dan diminta menuliskan lebih daripada tiga pendapat.ii. Pelajar membentangkan dapatan dan membuat perbincangan dengan seliaan guru

KBK : Menyenaraikan

Penutup(5 Minit)

Merumus isi pelajaranGuru membuat rumusan tentang topik dengan perluasan maklumat.

Catatan Guru Pelatih

Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Orked Bilangan Murid : 32 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 12 Februari 2007 Masa : 60 minit Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masingmasing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran: 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.

LangkahIsi KandunganAktivitiCatatan

Set Induksi (5 minit)

Paparan slaid power point mengenai perayaan kaum

i) murid perlu melihat paparan power point dan menghayatinya. ii) murid diminta untuk - membezakan jenis perayaan mengikut kaum - menceritakan pengalaman mereka. iii) guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu ;Pengalaman murid menyambut perayaanKB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBB : power point Guru memberi teks cerita yang bertajuk Perayaan Di Malaysia melalui power point.

Langkah 1 (15 minit)

Penerangan / Perbincangan :Perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.

1. Penerangan guru :i. Cara membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teksii. Cara menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk

Aktiviti Pelajar :i. Membaca petikan ii. menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.

KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonalNilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : power point, kertas latihan (lembaran kerja)

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti penulisani) Guru memberi latihan kepada murid berdasarkan kecerdasan :

Kumpulan A-Cmembuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia berdasar isi penting

Kumpulan D-EGuru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan.

Langkah 3(20 minit)Guru membuat rumusan

Guru juga bertanyakan - nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. - beza ayat tunggal dan ayat majmuk

Murid dikehendaki bercerita tentang hasil penulisan mereka.

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan.

Langkah 4PenutupKesimpulan guruGuru menggalakkan murid supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. Murid juga digalakkan mengamalkan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

Catatan Guru Pelatih

Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing

Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam Kelas : Ibnu Sina Tarikh : 11.07.2005 Bilangan Pelajar : 20 orang Masa : 30 minit Tajuk : Taharah Sub Tajuk : Tayammum Objektif Umum : Pelajar akan dapat menjaga kebersihan dan kesucian diri setiap masa. Objektif khusus : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat ; a) Menyebut pengertian tayammum b) Membanding beza antara tayammum dengan berwudu c) Melaksanakan tayammum dengan betul Peng. Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan dalam Islam dan kehidupan seharian Gabungjalin : Aqidah, al-Quran Penerapan Nilai : Bersyukur, Istiqamah, Bersih dan Jujur Kemahiran Berfikir : Menjana Idea, Banding beza (Peta Minda) Bahan Bantu Mengajar : VCD, Gambar, Debu Tanah dan Air 2

LangkahIsi KandunganAktivitiCatatan

Set Induksi (3 minit)

Doa belajar - Pelajar membaca doa beramai-ramai Guru memainkan tayangan video lagu Bersuci.

Refleksi tentang perbuatan/amalan yang telah dilakukan sejak awal pagi 1. Pelajar diminta merenungkan apakah perbuatan yang dilakukan pada awal pagi? 2. Pelajar diminta menyatakan apakah yang mereka telah melakukan perkara serupa pada awal pagi.. 3. Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini.

KB: Pemikiran reflektif Teknik: Sumbangsaran

Langkah 1 (5 minit)

Teori Tayammum

1. Guru menerangkan pengertian tayammum dan bertanyakan mengapa dibolehkan bertayammum dan sebab yang membolehkan bertayammum? 2. Pelajar memberi jawapan dan guru merumuskan 3. Guru menjelaskan konsep dan cara-cara bertayammum

KB: Menjana idea Teknik: Soal jawab Syarahan

Langkah 2 (13 minit)

Amali Tayammum

1. Guru akan mendemonstrasikan cara tayammum dengan diperhatikan oleh pelajar 2. Guru akan meminta pelajar melakukan tayammum seorang demi seorang.

BBM: Debu / bedak Teknik: Tunjukcara / Demonstrasi

Langkah 3(7 minit)Penilaian Guru akan meminta pelajar: a) Menyebut pengertian tayammum b) Membanding beza antara tayammum dengan wudu c) Melaksanakan tayammum dengan betul

KB: Banding beza

Langkah 4Penutup(2 minit )Rumusan dan Refleksi

* Islam menitik beratkan aspek kebersihan * Suci dan bersih adalah dua perkara yang berbeza * Bersuci boleh dilakukan dengan tayammum apabila ada sebab-sebab yang diharuskan syarak. *Islam menekankan soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa beribadat.

Nilai: Kesedaran kendiri

Catatan Guru Pelatih

Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing

3.10Membina rancangan pengajaran harian bagi kerja projek / amaliMata pelajaran yang melibatkan kerja projek atau amali, contohnya Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni Visual memerlukan lebih banyak masa untuk dilaksanakan. Pelajar boleh membahagikan RPH tersebut kepada beberapa segmen dan minggu, hingga projek tersebut berjaya dilaksana oleh murid, Apa yang penting disini ialah murid kita berupaya memahami dan melaksana proses pembuatan. Di samping itu, kita juga mahukan produk yang lebih kemas dihasilkan dan tiada murid yang ketinggalan dalam menghasilkannya.Untuk membahagikan kepada segmen/minggu, kita boleh melakukannya berdasarkan proses. Pastikan juga objektif sesuai dengan sukatan pelajaran.MelakarMenyedia aturan kerjaMenyedia bahanMencantum bahanMembuat kemasanMembuat kemasanMenghias tempat surat dengan bahan hiasanBercerita tentang teknik dan proses penghasilan

Rajah : Proses Pembinaan RPHBerikut merupakan perincian bagi pembahagian segmen pengajaran dan pembelajaran : Mata pelajaran Pendidikan Seni VisualTajuk : Membina Model Kereta MingguKemahiranObjektif

M1MelakarMenyedia aturan kerjaMenyedia bahanPelajar boleh bercerita tentang reka bentuk model kereta membuat lakaran reka bentuk model kereta menyedia bahan

M2Pelajar boleh menghasilkan model kereta (menggunting, memotong dan mencantum) mewarna

M3Pelajar boleh menghasilkan model kereta Menghias model kereta dengan bahan hiasan Bercerita tentang teknik dan proses penghasilan

Contoh Minggu 1MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG:Membentuk dan Membuat BinaanAKTIVITI:Membentuk KeretaTAJUK:Kereta IdamanTARIKH :12/06/2012MASA:8.30 hingga 9.30 pagiBILANGAN MURID:34/35KEMAHIRAN FOKUS:Mereka cipta sebuah kereta idamanOBJEKTIF MODUL:Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan sebuah model kereta idaman

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPada akhir pelajaran murid dapat:a.Mereka bentuk sebuah model kereta dengan menggunakan bahan-bahan buangan b.membuat lakaran reka bentuk model keretac.menyedia bahan

KEPERLUAN Alat - gunting Bahan- bahan buangan(straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman, gam, tapeRujukan: BBBM/BBBKad gambarObjek maujud model-model kereta mainanBuku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Slaid power point

PROSEDURGuru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan KreatifGuru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaranGuru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawabGuru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta dari bahan buangan

Apresiasi dan KritikanKBKK :Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitanPENERAPAN NILAI:Ketekunan dan Ketelitian

LangkahIsi KandunganAktivitiCatatan

Set Induksi (3 minit)

Aras 1

Murid memerhati dan membuat analisa tentang gambar

Murid memberikan pandangan mereka tentang gambar berkenaan

Sesi soal jawab :Guru menayangkan video klip The Transformer

a. Apakah pandangan anda tentang tayangan tersebutb. Adakah anda berminat dengan kenderaan dipaparkan

c. Guru membawa murid kepada tajuk pembelajaran.

Teori Kajian Masa DepanMenjangkaFungsi produk

Teori Kecerdasan PelagaiVerbal Linguistik

KBKK (Kreatif)Mereka cipta Mensintesis

BBM :Video

Langkah 2 (10 minit)

Sesi tunjuk cara

a. Guru menunjukkan cara membuat model keretab. Guru membimbing murid semasa menghasilkan model keretac. Memotong bentuk yang diinginkand. Menebuk tayar keretae. Mencantum bahan keretaf. Menampal kertas warna

KBKK (Kreatif)Mereka cipta inovatif

NilaiKBKK KritisMembanding bezaMenganalisis

Teori Kecerdasan PelbagaiVerbal LinguistikBBM :Bahan maujud

Aktiviti 3 (40 minit)

Aras 2Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan model keretaMeneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan

Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsur ruang, bentuk dan warna penting dalam membuat model keretaMurid membuat bahagian model kereta dengan

MemotongMenebuk

Penerokaan

Membanding bezaMenilai akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan

KBKK (Kreatif)Menjana ideaMereka ciptaMenghubung kaitan

Langkah 4

RefleksiMembuat refleksi berkaitan aktivitiMurid bercerita tentang - Lakaran dan reka bentuk-Teknik dan alatan digunaKBKK (Kreatif)Menjana ideaMereka ciptaMenghubung kaitan

PenutupKesimpulan guruGuru mengaitkan tugasan murid dengan kerjasama kumpulan.

Pentingnya organisasi idea serta pemilihan bahan dan teknik yang betul.

Guru memaklumkan pengkaryaan akan disambung pada minggu berikutnya.

Catatan Guru Pelatih.

Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing

Minggu 2MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG:Membentuk dan Membuat BinaanAKTIVITI:Membentuk KeretaTAJUK:Kereta IdamanTARIKH :19/06/2012MASA:8.30 hingga 9.30 pagiBILANGAN MURID:34/35KEMAHIRAN FOKUS:Mereka cipta sebuah kereta idamanOBJEKTIF MODUL:Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan sebuah model kereta idaman OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPada akhir pelajaran murid dapat:Pelajar boleh a. menghasilkan bentuk /bahagian model kereta (menggunting, memotong dan mencantum)b. Lihat perubahan objektif.Fokus kepada kemahiran apa yang perlu dilaksanakan pelajar pada minggu ke-2 ini.mewarna model kereta secara kreatifKEPERLUAN Alat - gunting Bahan- bahan buangan(straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman, gam, tapeRujukan: BBBM/BBBKad gambarObjek maujud model-model kereta mainanBuku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Slaid power pointPROSEDURGuru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan KreatifGuru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaranGuru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawabGuru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta dari bahan buangan

Apresiasi dan KritikanKBKK :Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitanPENERAPAN NILAI:Ketekunan dan Ketelitian

LangkahIsi KandunganAktivitiCatatan

Set Induksi (3 minit)

Memerhati dan menanalisa gambar Sesi soal jawab :Guru menayangkan video klip In The Car Factory

a. Apakah pandangan anda tentang tayangan tersebutb. Adakah anda berminat dengan teknik pembuatan ini?

c. Guru membawa murid kepada tajuk pembelajaran.

Teori Kajian Masa DepanMenjangkaFungsi produk

Teori Kecerdasan PelagaiVerbal Linguistik

KBKK (Kreatif)Mereka cipta Mensintesis

BBM :Video

Langkah 2 (10 minit)

Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit)

Sesi ApresiasiMempamerkan hasik kerjaPerlumbaan keretaMembuat refleksi bagaimana penghasilkan model kereta dilakukanPenerangan

a. Guru membimbing murid menghasilkan model keretab. Berbincang dengan pelajar mengenai reka bentuk kereta yang dihasilkan

KBKK (Kreatif)Mereka cipta inovatif

NilaiKBKK KritisMembanding bezaMenganalisis

Teori Kecerdasan PelbagaiVerbal LinguistikBBM :Bahan maujud

Aktiviti 3 (40 minit)

Aras 2Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan model keretaMeneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan

Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsur ruang, bentuk dan warna penting dalam membuat model keretaMurid membuat model kereta dengan

a. Mencantum bahan keretab. Mewarna

Penerokaan

Membanding bezaMenilai akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan

KBKK (Kreatif)Menjana ideaMereka ciptaMenghubung kaitan

Langkah 4

RefleksiMembuat refleksi berkaitan aktivitiMurid bercerita tentang - Reka bentuk-Teknik dan alatan diguna-Perasaan mereka terhadap aktivitiKBKK (Kreatif)Menjana ideaMereka ciptaMenghubung kaitan

PenutupKesimpulan guruGuru mengaitkan tugasan murid dengan kerjasama kumpulan.

Pentingnya pemilihan bahan dan teknik yang betul.

Guru memaklumkan pengkaryaan akan disambung pada minggu berikutnya.

Catatan guru pelatih

Ulasan pensyarah/ guru pembimbing

Minggu 3MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG:Membentuk dan Membuat BinaanAKTIVITI:Membentuk KeretaTAJUK:Kereta IdamanTARIKH :26/06/2012MASA:8.30 hingga 9.30 pagiBILANGAN MURID:34/35KEMAHIRAN FOKUS:Mereka cipta sebuah kereta idamanOBJEKTIF MODUL:Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan sebuah model kereta idaman OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPada akhir pelajaran murid dapat:Pelajar boleh a. menghasilkan hiasan pada model kereta secara kreatifb. Lihat perubahan objektif.Fokus kepada kemahiran apa yang perlu dilaksanakan pelajar pada minggu ke-3 ini.membuat apresiasi seniKEPERLUAN Alat - gunting Bahan- bahan buangan(straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman, gam, tapeRujukan: BBBM/BBBKad gambarObjek maujud model-model kereta mainanBuku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Slaid power pointPROSEDURGuru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan KreatifGuru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaranGuru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawabGuru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta dari bahan buangan

Apresiasi dan KritikanKBKK :Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitanPENERAPAN NILAI:Ketekunan dan Ketelitian

LangkahIsi KandunganAktivitiCatatan

Set Induksi (3 minit)

Memerhati dan menanalisa gambar Sesi soal jawab :Guru menayangkan video klip Future Car

a. Apakah pandangan anda tentang gambar tersebutb. Adakah anda berminat dengan kereta ini?

c. Guru membawa murid kepada tajuk pembelajaran.

Teori Kajian Masa DepanMenjangkaFungsi produk

Teori Kecerdasan PelagaiVerbal Linguistik

KBKK (Kreatif)Mereka cipta Mensintesis

BBM :Video

Langkah 2 (10 minit)

Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit)

Sesi ApresiasiMempamerkan hasik kerjaPerlumbaan keretaMembuat refleksi bagaimana penghasilkan model kereta dilakukanPenerangan

a. Berbincang dengan pelajar mengenai reka bentuk kereta yang dihasilkanb. menerangkan bahan lain yangt boleh diguna untuk membuat model kereta-polistrin-tin minuman-tanah liatc. menunjukkan gambar-gambar penghasilan model kereta

KBKK (Kreatif)Mereka cipta inovatif

NilaiKBKK KritisMembanding bezaMenganalisis

Teori Kecerdasan PelbagaiVerbal LinguistikBBM :Bahan maujud

Aktiviti 3 (40 minit)

Aras 2Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai hiasan dalam menghasilkan model keretaMeneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan

Murid membuat hiasan pada model kereta dengan

a. Mencantum bahan

Penerokaan

Membanding bezaMenilai akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan

KBKK (Kreatif)Menjana ideaMereka ciptaMenghubung kaitan

Langkah 4

RefleksiMembuat refleksi berkaitan aktivitiMurid bercerita tentang -Teknik dan alatan diguna-Perasaan mereka terhadap aktivitiKBKK (Kreatif)Menjana ideaMereka ciptaMenghubung kaitan

PenutupKesimpulan guruGuru mengaitkan tugasan murid dengan kerjasama kumpulan.

Pentingnya pemilihan bahan dan teknik yang betul.

Guru memaklumkan pengkaryaan terbaik akan dipamerkan di sudut seni

PEMIKIRAN REFLEKTIF

4.0PEMIKIRAN REFLEKTIF

Dewey (1933) menyatakan individu yangmempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yangdihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi Boud et al., (1985) refleksi adalah proses meneutralkan kembali segala perasaaan negatif yang menyelubungi pengalaman yang dilalui supaya satu perspektif baru dapat dihasilkan daripada pengalaman tersebut sekali gus berjaya mengubah tingkahlaku dan tindakan seseorang. Ia juga merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati (Loughran, 1996), melakukan penilaian secara kritikal (Mezirow, 1991) dan melibatkan proses menyiasat dan mengenal pasti pengalaman yang telah mereka lalui.

Keseluruhannya,pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu aktiviti kognitif yang memerlukan penglibatan aktif individu hasil daripada cetusan sesuatu pengalaman yang amat member kesan kepada dirinya dengan melibatkan pengujian tindak balas, kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan integrasi antara pemahaman baru dengan pengalaman yang telah dilalui. Ia juga sangat perlu diterapkan kepada guru pelatih kerana ia adalah kunci dan elemen yang penting bagi mereka yang baru mula untuk mengenali dunia pengajaran (Giovannelli, 2011).

Pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu bentuk pemikiran yang sukarditerjemahkan secara eksplisit. Ong (2004) berpendapat penulisan berupaya memainkan peranan sebagai bahan bukti yang membolehkan guru menterjemahkan pemikirannya secara tersurat untuk diselaraskan dan mengambil tindakan susulan serta salah satu alat yang sangat efektif untuk mengaplikasikan pemikiran dan amalan refleksi adalah jurnal refleksi Melalui penulisan jurnal refleksi individu tersebut dapat menjadi lebih kritikal terhadap pengalaman atau masalah yang dihadapi dan dipertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku dan berusaha mencari pelbagai alternatif bagi mengatasi situasi tersebut (Hoover, 1994).

Walau bagaimanapun Hatton dan Smith menegaskan terdapat empat kategori bagipenulisan refleksi iaitu penulisan deskriptif, penulisan refleksi deskriptif, penulisanrefleksi dialog dan penulisan refleksi kritikal.

Rajah 1 berikut menjelaskan secara terperinci setiap tahap penulisan refleksi

Rajah 1: Tahap Penulisan Refleksi Hatton dan Smith (1995)

Namun begitu, hasil kajian yang dilaksanakan oleh Hatton dan Smith ke atas guru pelatih mendapati majoriti guru pelatih mempamerkan penulisan refleksi pada tahap yang paling rendah iaitu penulisan deskriptif dan diikuti pada tahap kedua. Hanya beberapa orang sahaja guru pelatih yang berupaya melaksanakan penulisan refleksi pada tahap yang ketiga dan keempat. Oleh yang demikian, beberapa model refleksi telah dikemukakan oleh para penyelidik antaranya Model Pengajaran Reflektif (Pollard dan Tann, 1990), Model Tindakan Refleksi (Eby, 1998) dan Model Refleksi (McAlpine et al., 1999) yang bertujuan untuk membantu memfokuskan guru pelatih melaksanakan pemikiran refleksi dalam proses pengajaran serta berupaya melakukan refleksi secara lebih teliti dan kritikal. Kajian yang dilaksanakan ini mencadangkan suatu model pemikiran refleksi yang baru hasil daripada penelitian yang dilaksanakan ke atas beberapa model refleksi dan penerapan elemen-elemen yang baru yang dirasakan berkesan dalam meningkatkan keupayaan guru pelatih sains melaksanakan pemikiran dan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di kawasan luar bandar.

4.1Model Pemikiran

Refleksi ini mengandungi beberapa komponen sebagaimana rajah 2 berikut:

Model Pemikiran Refleksi merupakan suatu model refleksi yang berkitar danmenjelaskan dengan terperinci panduan bagaimana guru pelatih sains menangani sesuatumasalah yang telah dikenalpasti melalui usaha pemantauan mereka terhadap prosespengajaran dan pembelajaran. Permasalahan-permasalahan yang boleh menganggumatlamat kesarjanaan pengajaran sains dikenalpasti dan diselesaikan secara sistematikmelibatkan langkah-langkah yang berkitar. Langkah-langkah ini dilaksanakan oleh gurupelatih sains untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sekaligus mempertingkatkan pemikiran dan amalan guru pelatih sains ke tahap yang lebih kritikal.

Sumber: Kepentingan Pemikiran dan Amalan Refleksi Dalam Pengajaran Sains di Kawasan Luar Bandar, Norhaniza Ibrahim dan rakan-rakan , Universiti Teknologi Malaysia.4.2Refleksi Rancangan Pengajaran Harian :

Contoh RefleksiStatus

REFLEKSI Pelajar A:Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.

Lemah

REFLEKSI Pelajar B:Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapatmenyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belakaLemah

REFLEKSI Pelajar C:Saya telah mengajar tajuk Bentuk Muka Bumi Tahun 5 Kuning. Hari ini sayatelah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapatimurid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik denganmenjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati.

Lemah

REFLEKSI Pelajar D:Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namunbegitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang pelajarsaya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di rumahyang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan juga dalampengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan airtelaga bukan kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang perlu ialah air itu perludimasak. Adalah lebih baik jika saya menyatakan apabila saya pulang kekampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek saya. Yang pentingialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang diBosnia atau Somalia.Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia danMalaysia. Saya minta pelajar-pelajar nyatakan bagaimana kita boleh sampai disana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti Bosnia.Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.

Sangat Baik

.

4.3Pemikiran reflektif melalui penulisan jurnal.4.3.1 KonsepJurnal merupakan satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa atau masalah yang perlu diberi penekanan oleh pelajar terutama dalam usaha membentuk keyakinan diri dan kemahiran menyelesaikan masalah.Melalui penulisan jurnal pelajar berpeluang merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan tindakan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri.

4.3.2 ObjektifMelalui penulisan jurnal diharapkan pelajar dapat:i. menyimpan catatan refleksi penglibatkannya di sekolah semasa praktikum untuk dijadikan renunganii. menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya.iii. menjadikannya sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan lagi keberkesanannya melalui penambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara berterusaniv. meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar guru profesional yang sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan muridv. menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan denganpensyarah penyelia/guru pembimbing bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruannyavi. meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana pemikiran kritis dan analitikalvii. meningkatkan kemahiran profesionalisme khususnya dalam tatacara mengendali masalah dan prosedur menanganinya4.3.3 Garis Panduani. Pelajar diwajibkan menulis dan menyimpan jurnal sepanjang tempoh praktikum.ii. Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah, pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum.iii. Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi pandangan, cadangan dan tindakan susulan.iv. Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review) supaya setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan.

4.3.4Contoh penulisan jurnal

Minggu 4Tarikh :11/7/2012 hingga 15/7/20121. Isu / MasalahPada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.3. Cadangan Untuk Memperbaikia. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan .d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.4. Tempoh MasaSaya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.5. Penilaian KejayaanSaya akan meminta kerjasama pensyarah maktab dan rakan pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan lain yang mengajar kumpulan pelajar saya ini.6. Tindakan SusulanSemasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir.

Petikan pendapat/pandangan tokoh:Isu : Tingkah laku melampau/sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran pembelajaran. Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedures. Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan. Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur dan rutin akan memberi keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap masa. routines and procedures offer security. Students cannot get down to the serious business of learning unless they feel secure in the classroom. They want instruction and guidance on all the how-tos in the classroomhow to head a paper, how to ask for help, how to sharpen a pencil, how to get to work, how to turn on the computer, how toIsu: Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain. Yvonne. J. Clerehugh, (2000) dari Notre Dame High School, Norwich, UK telah melaksanakan satu kajian tindakan ke atas pengajaran bahasa asing moden. Dalam kertas kajiannya yang bertajuk ICT as a Motivator for Disaffected Pupils? Beliau mendapati penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran seperti penggunaan Powerpoint memang boleh mengurangkan pupil disaffection. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat bias gender dalam pembelajaran bahasa asing. Di UK murid-murid lelaki akan suka mempelajari bahasa Jerman kerana ia lebih bersifat kejantanan sedangkan murid-murid perempuan suka pada bahasa Spanyol kerana ia lebih romantik. Perbezaan minat ini mungkin dapat menerangkan pencapaian dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris di Malaysia.

Clerehugh ( 2000 ) mendapati kerelevanan dan penggunaan sesuatu bahasa dalam situasi kehidupan pelajar adalah penting .Pupils want to learn quickly; that is, they want to see results in that they areable to use the language in a meaningful way as a reward for the learningeffort put in. They want to discuss things which are of personal interest orwhich are of direct relevance to their situation. It is not usual to hear a groupof fourteen year olds discussing the time they get up, get dressed or cleantheir teeth, and if they have no real desire to communicate on a given topicthey may naturally become disengaged with the subject.Isu : Pelajar bising di dalam kelasLinda Ashton (1996) dari James Cook University dalam artikelnya Shared Reading Strategies In Secondary Art Classes: An Opportunity For Reflective Practice, mengatakan bahawa strategi pembacaan bersama (shared reading strategies) boleh menangani isu pupil disaffection dalam bilik darjah. Beliau menyenaraikan langkah-langkah dalam strategi ini seperti di bawah: - mereka permainan apabila berkongsi bacaan teks, - menarik perhatian pelajar melalui mod pendengaran aktif - memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat serta petunjuk pemahaman - memberi sokongan kepada pelajar yang mungkin bermasalah ingkah laku kerana menghadapi masalah membaca Berdasarkan prosedur yang diyatakan dalam California Standards for the Teaching Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang. Canter model of Assertive Discipline (2002). Model disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu pendekatan Fokuskan kepada pengalaman yang direfleks dengan menurunkan isi-isi pemikiran dalam bentuk tulisan. Buat tinjauan literatur berkaitan pengajaran dan pembelajaran atau buat refleksi tentang cadangan yang ingin diambil berasaskan soalan-soalan berikut: Bagaimanakah ini berkait dengan amalan saya? Apakah prinisip pengajaran dan pembelajaran yang terlibat? Apakah yang saya boleh ubah dalam hal ini? Apakah akan berlaku jika saya melakukannya?

Isu : Kawalan disiplin pelajarMenurut Canter (2002) seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua. Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this requirement. It is mandatory. You cant enforce the rule with one student-and let it go with another. You cant call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.PERATURAN TETAP GURUKehadiran Bertugas:1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.Kepatuhan Tugas:1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan.2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertang-gungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.Tugas Akademik Guru:1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.Buku Ringkasan Mengajar:1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan