pra keracunan makanan

Upload: noriyanie

Post on 07-Mar-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

keracunan makanan

TRANSCRIPT

Home About PB Pengiklanan Contact Kalendar 2016Top of Form

Bottom of Form

Puanbee.comPengalaman seorang ibu

Punca dan kesan keracunan makanan

posted byPUANBEE4 COMMENTSPunca dan kesan keracunan makanan :Baru baru ini anak saya sendiri telah megalamai keracunan makanan , setelah pulang dari membuat lawatan bersama sama rakan sekolah. Mereka mengikuti rombongan yang telah di anjurkan pihak sekolah. Gambar adalah dari cikgu husna. Terima kasih cikgu hantar gambar di whatsapp.Setelah husna balik dari lawatan , malam tu dia muntah dan cirit birit , esok nya dia demam.

Saya memberi tahu cikgu dan mendapat tahu dari ibu bapa kawan-kawan husna ramai lagi kawan-kawan husna juga mengalami gejala yang sama. Malahan ada seorang cikgu sendiri pun turut keracunan makanan.Apa boleh buat lagi , terus saya bawa jumpa doktor. Dah lah keadaan berjerebu baru-baru ini menyesakkan hidung.

Tak ada apa-apa isu di sini , perkara telah pun berlalu. Cuma ibu bapa pula lah kena buat rawatan secepat mungkin , takut takut melarat pula sakitnya. Di bawah saya kongskan info biasa tentang keracunan makanan. Akan datang saya akan tulis tips pula untuk menjaga dan merawat anak yang telah pun mengalami keracunan makanan.

ketika melawat rabbit farm semenyih

Apa itu keracunan makanan? Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?Punca keracunan makanan: Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.

Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.

Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.

Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada : Agen penyebab keracunan tersebut

Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin

Umur seseorang

Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami : Rasa loya

Cirit-birit

Muntah-muntah

Sakit perut

Berpeluh/demam

Sakit kepala

Keletihan

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan? Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah : Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).

Makanan tidak dimasak dengan sempurna.

Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).

Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.

Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.

Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.

Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :1. Sentiasa menjaga kebersihan

2. Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan

3. Basuh tangan selepas keluar dari tandas

4. Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan

5. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain

6. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:

7. Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak

8. Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak

9. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang

10. Sentiasa masak dengan sempurna

11. Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut

12. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul

13. Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam

14. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku

15. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih

16. Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.

17. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat

18. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)

19. Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput

20. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar

21. Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan

2. Ikut nasihat doktor

3. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa

4. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut

5. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Share this:

1

Filed Under:TIPS KEKELUARGAAN,TIPS KESIHATANTagged With:INFO,KANAK-KANAK,KERACUNAN MAKANAN,PENYEBAB KERACUNAN MAKANAN,PUNCA DAN KESAN KERACUNAN MAKANANComments

1. emalin mohd27/09/2015 at 10:37 pmBahaya kena keracunan makanan ni. Kena dapatkan rawatan seawal mungkin

Reply2. Abang Hasan27/09/2015 at 7:22 pmSemoga lekas sembuh ya. Sekarang ini harus pandai pilih makanan dan jajanan di badar juga harus hati-hati sebab banyak juga oknum yang jual dengan bahan pengawet

Reply3. Ani25/09/2015 at 8:08 pmSaya pun pernah terkena keracunan makanan, terasa peritnya nak lalui. dengan diarrhea dan sakit kepalanya lagi, mmg flat out. Pastikan byk minum air ye sbb surely akan dehydrated bila diarrhea nak nak lagi dengan cuaca bahang jerebu sekarang niReply4. Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier22/09/2015 at 12:20 pmsemoga lekas sembuh

doktor bagi air garam tak bee?

ReplySpeak Your Mind

Top of Form

Name*

Email*

Website

Confirm you are NOT a spammer

Bottom of Form

Recent Posts

NURRAYSA Kelebihan StemCell Feminin Wash Lan Coffee House Nasi Ayam Authentic Chinese style Kisah anak 2 tahun 3 bulan. Buat Sendiri : Resepi Popia Basah Kalendar 2016 Rumah Kasih Nurul Hasanah Simple. Diy Sendiri Sarung Tablet Kesayangan. Kura kura Kek coklat minyak lembab di kukus sukatan cawan Kedai gunting rambut menarik hati kanak-kanak Tesco Ampang Pertama kali isi e-Filing salah pula.Popular Posts

Pabila di jangkiti kurap petua mengubati dan elakkan di jangkiti.73 views NURRAYSA Kelebihan StemCell Feminin Wash39 views Tips Kecantikan : Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka38 views Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak35 views Website rasmi GMKlang untuk mendapatkan barangan perniagaan secara borong online.32 views Tukar Bateri iPhone 5 Bateri kembung31 views Sakit bahu , urat belikat dan bahagian belakang30 views Memborong di Plaza GM Kuala Lumpur25 views Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara20 views Perlu nyatakan sebab nak tarik diri dari melabur di ASB dengan membuat pinjaman di Maybank ????20 viewsFind me on:

Puan Admin

Recent Comments

ohpt3onNURRAYSA Kelebihan StemCell Feminin Wash Raihanah AhmadonKisah anak 2 tahun 3 bulan. puanbeeonTukar Bateri iPhone 5 Bateri kembung ainonTukar Bateri iPhone 5 Bateri kembung musadunonLan Coffee House Nasi Ayam Authentic Chinese styleTOP 10 / Month

cik tom (9) Raihanah Ahmad (9) semak saman (6) akubiomed (4) Cik Nis AnnisaBiz (4) permohonan upu (4) bisnis borneo (3) Ummi Hanie (3) zik (3) Fyda Noh (2)Popular post

Pabila di jangkiti kurap petua mengubati dan elakkan di jangkiti.2.35 views per day NURRAYSA Kelebihan StemCell Feminin Wash1.26 views per day Tips Kecantikan : Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka1.23 views per day Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak1.13 views per day Website rasmi GMKlang untuk mendapatkan barangan perniagaan secara borong online.1.03 views per dayArchives

Archives Categories

Categories Kategori

FEATURED POST HAMIL INFO AM JJCM JALAN JALAN CARI MAKAN KERJA SAMPINGAN KURA-KURA NUKILAN NURRAYSA PRODUK PANDORA MY LOVE PENJAGAAN KUCING CATS LOVER HERE PERSONAL , PARENTING & LIFE RESEPI & HASIL TANGAN IBU REVIEW , ADSVERTORIAL & SHARING RUMAH ANAK YATIM MALAYSIA SAVING & MONEY TIPS TENTANG BLOG TIPS KEKELUARGAAN TIPS KESIHATAN TIPS KURUS TIPS PENYUSUAN SUSU IBU TRAVEL MAKAN ANGINReturn to top of pageCopyright 2016 Decor ThemeonGenesis FrameworkWordPressLog in_1517749613.unknown

_1517749615.unknown

_1517749616.unknown

_1517749614.unknown

_1517749611.unknown

_1517749612.unknown

_1517749609.unknown

_1517749610.unknown

_1517749608.unknown