ppt_sejf2_2016 (amendment)

13
BAHAGIAN A (50 markah) Bahagian ini mengandungi 25 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawaban yang bertanda A, B, C dan D. Pilih jawaban yang paling tepat. 1. Antara kenyataan di bawah ini yang manakah menunjukkan faktor- faktor pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang? A Menjadi pangkalan tentera dan pusat pengumpulan barang-barang B Menjadi pangkalan tentera dan pusat persinggahan kapal-kapal dagang C Menjadi pangkalan tentera, pusat pengumpulan barang dan menjadi pelabuhan persinggahan D Menjadi pusat pangkalan tentera, pusat mendapatkan bekalan air bersih dan menjadi pusat pertanian yang baharu 2. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Persetiaan London telah memberi kesan kepada Kepulauan Melayu. Apakah kesan tersebut? A Penyatuan negeri-negeri di Kepulauan Melayu B Perebutan kuasa di kalangan pembesar Melayu C Penguasaan penuh British ke atas Kepulauan Melayu D Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua pengaruh 3. Antara berikut yang manakah faktor-faktor yang menyebabkan campur tangan British di negeri-negeri Melayu? I Desakan penduduk tempatan II Keadaan kucar-kacir di Tanah Melayu III Perubahan dasar kerajaan British di London IV Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah yang lain A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 4. Mengapakah British ingin menguasai Pahang, walaupun British mengetahui bahawa Pahang bukannya sebuah negeri yang kaya? 1

Upload: nor-afidah-mohd-sarayany

Post on 08-Jul-2016

268 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh kertas soalan sejarah peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 2

TRANSCRIPT

Page 1: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

BAHAGIAN A (50 markah)

Bahagian ini mengandungi 25 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawaban yang bertanda A, B, C dan D. Pilih jawaban yang paling tepat.

1. Antara kenyataan di bawah ini yang manakah menunjukkan faktor-faktor pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang?

A Menjadi pangkalan tentera dan pusat pengumpulan barang-barangB Menjadi pangkalan tentera dan pusat persinggahan kapal-kapal dagangC Menjadi pangkalan tentera, pusat pengumpulan barang dan menjadi pelabuhan persinggahanD Menjadi pusat pangkalan tentera, pusat mendapatkan bekalan air bersih dan menjadi pusat

pertanian yang baharu

2. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Persetiaan London telah memberi kesan kepada Kepulauan Melayu. Apakah kesan tersebut?

A Penyatuan negeri-negeri di Kepulauan MelayuB Perebutan kuasa di kalangan pembesar MelayuC Penguasaan penuh British ke atas Kepulauan MelayuD Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua pengaruh

3. Antara berikut yang manakah faktor-faktor yang menyebabkan campur tangan British di negeri-negeri Melayu?I Desakan penduduk tempatanII Keadaan kucar-kacir di Tanah MelayuIII Perubahan dasar kerajaan British di LondonIV Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah yang lain

A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

4. Mengapakah British ingin menguasai Pahang, walaupun British mengetahui bahawa Pahang bukannya sebuah negeri yang kaya?

A Melengkapkan penjajahannya di negeri-negeri Melayu B Bimbang pertapakan kuasa-kuasa Eropah lain di PahangC Sultan Ahmad tidak mahu menerima Residen British di PahangD Kekacauan di Pahang telah menjejaskan ekonomi pelabur-pelabur British

5. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.1

Page 2: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

Bagaimana British menghadapi kemaraan tersebut?

A Mendapatkan bantuan BelandaB Menetapkan pengaruh kuasa besarC Menandatangani perjanjian dengan SiamD Menambahkan bilangan angkatan tentera British

6. Maklumat berikut merujuk kesan satu perjanjian penting dalam sejarah Tanah Melayu.

Apakah perjanjian tersebut?

A Perjanjian BurneyB Perjanjian BangkokC Perjanjian Inggeris-BelandaD Perjanjian Perisytiharan British-Siam

7. Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut?

A Meminta nasihat BritishB Meminta bantuan dari SiamC Menentang kemasukan BritishD Memberi bantuan kepada British

8. Berikut ialah usaha Tunku Mahmud mengekalkan identiti negeri Kedah.

2

Menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.

Surat rasmi tidak perlu ditapis. Penggunaan kalendar Hijrah Cuti umum pada hari Jumaat Keutamaan melantik orang Melayu dalam pentadbiran

Tahun Peristiwa

1909 15 000 penduduk Melayu Tabal berhijrah ke Kelantan.

Negeri TokohPerlis Raja Syed AlwiKedah Sultan Abdul Hamid Halim ShahKelantan Sultan Muhammad IV

Page 3: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan tokoh di atas?A Jati diriB ToleransiC DiplomasiD Berbudi bahasa

9. Maklumat di bawah merujuk kepada penguasaan British di Kelantan.

Apakah jabatan pentadbiran yang dikuasai oleh British?I Pejabat Tanah III Jabatan KesihatanII Mahkamah Tinggi IV Jabatan Pendidikan

A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

10. Rajah berikut menunjukkan pemerintahan kesultanan Terengganu.

Apakah faktor yang menyebabkan Sultan Muhammad II akhirnya turun takhta?A Penentangan kerabat dirajaB Penentangan para pembesarC Enggan tunduk kepada tekanan BritishD Enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok

11. Maklumat di bawah berkaitan dengan strategi Sultan Abu Bakar dalam usahanya untukmemajukan negeri Johor.

Apakah X?A Memindahkan ibu negeriB Membuka pelabuhan antarabangsaC Memperkenalkan tanaman daganganD Mengisytiharkan perlembagaan negeri

12. Apakah tujuan penggubalan perlembagaan undang-undang berikut?

3

1918

Sultan Zainal Abidin III mangkat

Sultan Muhammad II naik takhta

Memodenkan pentadbiran

Menjamin keamanan

X

Sumbangan Sultan Abu Bakar

Tahun Peristiwa1915 British mengambil alih pentadbiran jajahan di Kelantan

Page 4: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

I Mengekalkan kedaulatan negeriII Menghalang pertapakan kuasa asingIII Memelihara kedudukan orang MelayuIV Mengelak penentangan daripada rakyatA I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

13. Dato’ Abdul Rahman Bin Andak memainkan peranan penting dalam sejarah negeri Johor. Apakah sumbangan utama beliau?A Memajukan pendidikan JohorB Menjaga kebajikan rakyat JohorC Melukis peta lengkap negeri JohorD Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor

14. Senarai berikut merupakan pemimpin yang berwibawa di Johor.

Apakah persamaan antara pemimpin tersebut?A Memajukan sekolah InggerisB Melaksanakan Sistem KangcuC Mengekalkan kedaulatan negeriD Menggubal perlembagaan negeri

15. Apakah muslihat yang dirancang oleh British untuk mengawal kewangan Johor?A Membina beberapa kemudahan awam di JohorB Melantik orang British sebagai penasihat kewanganC Mencadangkan pembinaan landasan kereta api di JohorD Membentuk jawatan juruaudit dalam pentadbiran Johor

16. Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim ke Sarawak. Apakah tujuannya?A Menguasai ekonomi SarawakB Menamatkan pemberontakan di SarawakC Membantu James Brooke menentang pemberontakD Meningkatkan ekonomi bumiputera orang Sarawak

17. Pembesar berikut terlibat dalam pentadbiran James Brooke.

Mengapakah James Brooke melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbirannya?

4

Datu Patinggi Datu Bandar Datu Temenggung

Dato’ Jaafar Bin Muhammad Dato’ Abdul Rahman Bin Andak

Tahun Nama undang-undang1911 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu1895 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

Page 5: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

A Memajukan ekonomiB Melicinkan pentadbiranC Mengurangkan krisis kewanganD Mendapatkan sokongan orang tempatan

18. Pernyataan berikut menerangkan dasar pentadbiran Kesultanan Brunei terhadap Sarawak?

Mengapakah berlakunya perubahan tersebut?

A Menguasai kekayaan SarawakB Menghalang kemerdekaan SarawakC Mengehadkan kemasukan orang CinaD Menjadikan Sarawak sebagai zon penampan

19. Dialog berikut mungkin berlaku di Sarawak pada tahun 1830-an.

Apakah kesan tindakan tersebut?

A Kebangkitan rakyat berlakuB Pelaburan asing berkuranganC Kemajuan infrastruktur terjejasD Perpindahan penduduk ke pedalaman

20. Garis masa berikut menunjukkan peringkat pengukuhan kuasa James Brooke di Sarawak.

Apakah faktor kejayaan James Brooke

mengukuhkan kuasa di Sarawak?

A Kekayaan kewangan B Kekuatan ketenteraan C Kemahiran berdagangD Kehebatan berdiplomasi

21. Maklumat berikut menunjukkan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1842.

5

Pangeran Indera Mahkota : Saya akan menaikkan cukai terhadaphasil penduduk.

Pembantu Pangeran : Bagus juga cadangan Pangeran. Ini dapat menanbahkan pendapatan.

Sebelum SelepasPembesar tempatan dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak

Abad ke 19Melantik Pembesar Brunei sebagai wakil Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak

Tahun Peringkat Pengukuhan Kuasa James Brooke1840 Pangeran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke

untuk menamatkan pemberontakan.1841 Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke sebagai

Gabenor dan Raja Sarawak.1842 Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf perjanjian antara Pangeran

Raja Muda Hashim dengan James Brooke.1846 Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf James Brooke sebagai

Raja Sarawak yang merdeka.

Tahun Perjanjian

1842 Perjanjian antara Sultan Omar Ali Saifuddin dengan James Brooke

Page 6: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?A Sarawak menjadi negeri naungan BritishB James Brooke diiktiraf sebagai Raja Putih SarawakC James Brooke perlu menyerahkan hasil cukai kepada Sultan BruneiD Pangeran Raja Muda Hashim akan mendapat pampasan 3000 dolar setiap tahun

22. Antara berikut, manakah tugas Majlis Bahagian di Sarawak?I Menasihati Residen III Mengutip cukaiII Menjaga keamanan IV Meluluskan undang-undang

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

23. Maklumat berikut menunjukkan beberapa peristiwa yang berlaku sejak keluarga Brooke memerintah Sarawak.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang peristiwa-peristiwa tersebut?A Keluarga Brooke sangat kayaB Pembesar-pembesar tempatan tidak berwawasanC James Brooke merupakan seorang pemerintah yang berwawasanD Keluarga Brooke berusaha untuk mengembangkan wilayahnya di Sarawak

24. Senarai berikut adalah penglibatan pemimpin tempatan dalam pentadbiran Brooke.

Jawatan tersebut adalah anggota dalam ________________.A Majlis NegeriB Majlis TertinggiC Majlis BahagianD Majlis Cawangan

25. Apakah tujuan keluarga Brooke menubuhkan Jabatan Pelajaran di Sarawak pada tahun 1924?

6

Ketua Kampung Pegawai Anak Negeri Penolong Pegawai Daerah

Tahun Peristiwa

1853 Kawasan antara Sungai Samarahan dengan Sungai Rajang diserahkan dengan bayaran 1500 dolar setahun.

1861 Sungai Rajang diserahkan dengan bayaran 4500 dolar setahun.

1905 Lawas dibeli daripada Sultan Hashim Jalal.

Page 7: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

A Menyediakan prasarana pendidikanB Mengawal perkembangan pendidikanC Menghalang kemasukan bahan pendidikan luarD Menggalakkan pendidikan dalam kalangan rakyat

Jawaban Untuk Bahagian A

1 6 11 16 21

2 7 12 17 22

3 8 13 18 23

4 9 14 19 24

5 10 15 20 25

BAHAGIAN B[30 markah]

Bahagian ini mengandungi 6 soalan pengurusan grafik. Jawab semua soalan.

1. Tandakan (√) pada jawaban yang betul dan (X) pada jawaban yang salah berkaitan dengan faktor-faktor Syarikat Hindia Timur Inggeris ingin menguasai Singapura.

(a) Memerlukan pangkalan tentera.

(b) Menyelesaikan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor.

(c) Mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

(d) Kedudukan Pulau Pinang yang terlalu jauh ke utara Selat Melaka.

[4 markah]

2. Padankan negeri dengan faktor campur tangan British di negeri tersebut.

[4 markah]

3. Namakan dua buah negara yang terlibat dalam zaman imperialis baru di Asia Tenggara pada kurun7

NEGERI

(a) Perak

(b) Selangor

NAMA PENASIHAT BRITISH

(ii) Pembunuhan Goh Hui

(i) Ancaman lanun

(c) Negeri Sembilan (iii) Pergaduhan Kongsi Gelap

(d) Pahang (iv) Perebutan Sungai Linggi

Page 8: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

Ke-19.

[2 markah]

4. Lengkapkan jadual di bawah ini berkaitan hasil tradisional dan hasil perlombongan yang terdapat di negeri Sarawak.

(a) HASIL TRADISIONAL (b) HASIL PERLOMBONGAN

[4 markah]

5. Gariskan pilihan jawaban yang betul dalam ruangan pilihan jawaban yang disediakan.

(a) Pelantikan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah telah menimbulkan penentangan daripada kerabat diraja Kedah. Mereka telah berpakat dengan ( Bugis ; Burma ) untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Kangar.

(b) Dalam urutan Sistem Pewarisan Takhta Kerajaan Perak, seseorang anak raja perlu memegang jawatan ( Raja Muda ; Raja Bendahara ) sebelum berhak ditabalkan menjadi Sultan.

(c) Sistem Kangcu merupakan pemberian surat kebenaran yang dikenali sebagai surat (Pertanian ; Sungai) untuk membenarkan orang Cina menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai.

(d) Sultan Abu Bakar merupakan sultan yang banyak membangunkan kerajaan Johor sehingga baginda digelar sebagai (Bapa Pembangunan Johor ; Bapa Pemodenan Johor) kerana kestabilan dan kemakmuran ekonomi Johor.

(e) Dalam Perlembagaan Sarawak 1941, Charles Vyner Brooke berazam untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak. Namun hasrat ini tidak sempat dilaksanakan kerana (Perang Dunia Kedua ; Perang Saudara) telah meletus.

(f) Mahkamah keadilan telah ditubuhkan untuk mengadili kes jenayah di Sarawak. Untuk kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum, kes ini akan dihakimi oleh (Residen ; Ketua Kaum).

[6 markah]

8

(i) ……………..……………………………... (ii) …………………………………………...

(i) ………………………………….………...

(ii) …………………………………………...

(i) ………….………………………………...

(ii) …………………………………………...

Page 9: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

6. Isikan tempat kosong dengan memilih jawaban yang disediakan.

a) James Brooke merupakan seorang bekas ____________________ yang pernah terlibat dalam peperangan di Burma.

b) Selepas bersara, beliau melibatkan diri dalam bidang ____________________.

c) Beliau belayar dengan kapalnya “Royalist” dan berusaha mencari kawasan perdagangan di ____________________ dan Sarawak.

d) Pada tahun 1840, ____________________ telah menerima kunjungan James Brooke.

e) Beliau telah meminta bantuan James Brooke untuk menamatkan ____________________ rakyat Sarawak.

f) James Brooke dijanjikan akan dilantik sebagai ____________________ Sarawak.

g) Dengan bantuan dan kekuatan _____________________ James Brooke, kebangkitan tersebut berjaya di tamatkan.

h) Pada tahun 1842, James Brooke menghadap Sultan Brunei bagi _____________________ kedudukannya.

i) Beliau datang bersama-sama dengan angkatan tentera laut British dari Singapura yang diketuai oleh ____________________.

j) ____________________ terpaksa mengiktiraf perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1841.

[10 markah]

BAHAGIAN C[20 markah]

Bahagian ini mengandungi 7 soalan struktur. Jawab semua soalan.

1. Pada akhir kurun ke-19, keunggulan British sebagai kuasa besar tercabar dengan kemunculan zaman imperialis baru. Apakah yang dimaksudkan dengan zaman imperialis baru ?………………………………………………………………………………………………………..

9

Pangeran Raja Muda Hashim kebangkitan mengesahkanSultan Omar Ali Saifuddin perdagangan Tanah MelayuEdward Belcher Gabenor tenteraketenteraan Brunei perindustrianDouglas Campbell Residen polis

Page 10: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………..

[2 markah]

2 Namakan jabatan-jabatan baru yang diperkenalkan oleh Penasihat British di Perlis.

(i) …………………………………………………………………………………………………….(ii)…………………………………………………………………………………………………….(iii)……………………………………………………………………………………………………

[3 markah]

3. Johor merupakan negeri Melayu yang terakhir menerima Penasihat British iaitu pada tahun 1914.Nyatakan faktor-faktor Johor dapat mengekalkan kedaulatan negeri sehingga tahun 1914.

(i) ……………………………………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………………………………………………[3 markah]

4. Sistem Kangcu telah diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim untuk memajukan ekonomi Johor. Nyatakan dua jenis tanaman yang diusahakan melalui Sistem Kangcu ini.(i) ……………………………………………………………………………………………………………

(ii) …………………………………………………………………………………………………………… [2 markah]

5. Sultan Abu Bakar sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh baginda untuk membawa perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan negeri Johor?

(i) ……………………………………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………………………………………………[3 markah]

6. Pada kurun ke-19, Sultan Brunei telah melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak.Mengapakah kedatangan Pangeran Indera Mahkota ke Sarawak mengecewakan penduduk tempatan?

(i) ……………………………………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………………………………[4 markah]

7. Penggunaan kuasa tentera membolehkan keluarga Brooke meluaskan kuasa dan kawasan pentadbiran di Sarawak serta mengeksploitasi hasil ekonomi Sarawak. Apakah iktibar yang dapat anda pelajari daripada peristiwa ini ?

(i) …………………………………………………………………………………………………… (ii)…………………………………………………………………………………………………… (iii)…………………………………………………………………………………………………...

[3 markah]

10

Page 11: PPT_SEJF2_2016 (amendment)

~KERTAS SOALAN TAMAT~

11