pn.noemi

10
1.0 PENGENALAN Transformasi sistem pendidikan di abad ke-21 ini menuntut warga pendidik di seluruh dunia untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara optimum kerana keupayaan ICT dalam menambahbaik sistem pendidikan. Teknologi pendidikan khususnya, merupakan salah satu cabang utama ICT yang tidak dapat dinafikan, sangat berupaya untuk membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran murid. Boleh dikatakan bahawa peranan utama teknologi pendidikan adalah untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, para guru harus inovatif dalam mengaplikasikan teknologi terutamanya dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi semasa proses pengajaran dijalankan dalam bilik darjah.

Upload: qasehsafinah

Post on 16-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja projek

TRANSCRIPT

Page 1: pn.noemi

1.0 PENGENALAN

Transformasi sistem pendidikan di abad ke-21 ini menuntut warga pendidik di

seluruh dunia untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara

optimum kerana keupayaan ICT dalam menambahbaik sistem pendidikan.

Teknologi pendidikan khususnya, merupakan salah satu cabang utama ICT yang

tidak dapat dinafikan, sangat berupaya untuk membantu guru meningkatkan proses

pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran murid. Boleh dikatakan

bahawa peranan utama teknologi pendidikan adalah untuk membantu memperbaiki

keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

perkataan lain, para guru harus inovatif dalam mengaplikasikan teknologi

terutamanya dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi semasa

proses pengajaran dijalankan dalam bilik darjah.

Page 2: pn.noemi

2. (a) .

TEKNOLOGI PENGAJARAN DIKATAKAN BOLEH MEMPENGARUHI SISTEM ATAU PENDEKATAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. JELASKAN APA YANG ANDA FAHAMI DENGAN KENYATAAN TERSEBUT.

Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) sentiasa berubah.

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa pembelajaran berorientasikan pelajar

sedang di arus perdanakan secara radikal. Teknologi pendidikan ialah penggunaan

kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dan latihan, yang meliputi

kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ia menimbulkan

pembelajaran . Sebagai contoh cara penyampaian guru yang dulunya menggunakan

system ‘Chalk & talk’ yang hanya melibatkan interaksi satu hala. Dan dalam era

komedenan ini, pendekatan telah berubah kepada interaksi 2 hala dan 3 hala iaitu guru

dengan murid, murid dengan murid. Pembelajaran Jarak Jauh(PJJ) boleh di aplikasikan

bagi memudahkan pengajaran sekaligus dapat mewujudkan kalobarasi serta

tercetusnya idea- idea kreatif.

Oleh yang demikian teknologi sangat mempunyai peranan yang penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid.

Page 3: pn.noemi

2. (b).

TEKNOLOGI TIDAK SEMATA-MATA SESUATU PERALATAN TETAPI KAEDAH MENGGUNAKAN PERALATAN BERKENAAN UNTUK MATLAMAT TERTENTU. JELASKAN.

Teknologi yang kita sedia maklum sangat berkait rapat dengan aspek

penggunaannya secara aturan, sistematik dan praktikal. Ibarat satu analogi yang

dinyatakan iaitu penggunaan daun inai sebagai bahan yang melewatkan rambut

beruban. Akan tetapi penggunaan daun inai yang betul sahaja dapat memberi

keberkesanannya. Oleh hal demikian, teknologi bukan semata-mata suatu ilmu

pengetahuan dan bukan juga alat (daun inai untuk rambut), malah yang dititikberatkan

ialah proses, kaedah dan idea untuk menempa kejayaan. Bagaimana seorang guru itu

mengolah proses teknologi komputer dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk

mencapai sesuatu matlamat. Contohnya seorang pensyarah ingin pelajarnya

memahami penggunaan bahan-bahan 2 dimensi dan 3 dimensi. Pelaksanaan yang

pertama pensyarah harus mengenalkan dahulu apa itu bahan 2 dimensi dan 3 dimensi,

mencari definisi seterusnya jenis-jenis dan fungsi bahan tersebut dan diaplikasikan oleh

pelajar supaya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan yang ada dalam pembelajaran.

Ianya mengikut langkah-langkah secara sistematik dan mempunyai aturan yang betul.

Begitu juga di sekolah kelak. Seorang guru harus kreatif dan inovatif dalam

penyampaikan pengajaran bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Rancangan

Pengajaran Harian itu sangat penting untuk melaksanakan aktiviti yang berkesan.

Rancang dahulu segala aktiviti sebelum memulakan sesi pengajaran. Setiap langkah

demi langkah pengajaran mempunyai aktiviti yang saling berkait untuk mencapai

objektif pembelajaran. Oleh itu teknologi sangat memainkan peranan yang penting

sebagai bahan bantu mengajar untuk memastikan murid dapat berfikir secara kreatif

dan kritis. Maka, teknologi itu sebenarnya ialah penggunaan alat dalam

menyempurnakan peranan dan fungsinya bagi mencapai sesuatu tujuan.

Antara kaedah yang perlu ada adalah kaedah tutorial, penerokaan dan ICT

sebagai alat komunikasi. Keberkesanan pengajaran guru mampu mendorong pelajar

memperoleh maklumat, memproses maklumat dan mengaplikasikannya serta berlaku

perubahan tingkah laku yang baharu.

Page 4: pn.noemi

2.(c).

MENJELASKAN PERANAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN.

Tujuan teknologi adalah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap

pembelajaran. Pembelajaran pula adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara

untuk mencapai matlamat yang dituju. Sebagai contoh, untuk mencapai sesuatu objektif

pembelajaran perlulah ada aktiviti di setiap langkah pengajaran,supaya murid dapat

mencapai objektif tersebut dengan adanya pengajaran dari guru.

Oleh hal yang demikian, teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem,

pendekatan dan teknik-teknik ke arah merealisasikan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Dengan pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu

memainkan peranan yang penting bagi mencapai objektif ini. Antara peranan dan

kepentingan teknologi pendidikan yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran adalah membina kemahiran kognitif. Hal ini kerana menurut (Mayer,

2001) proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian pengajaran dan

pembelajaran lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses

pengulangan melalui bahan bercetak. Oleh hal yang demikian dengan adanya perisian

yang terdapat dalam komputer seperti audio, video, gambar dan sebagainya boleh

meningkatkan lagi minat murid untuk lebih fokus terhadapt proses pengajaran dan

pembelajaran. Secara tidak langsung dapat membina kognitif murid dengan adanya

kreativiti seorang guru untuk melaksanakannya.

Seterusnya menjadikan pembelajaran aktif. Menurut (Sewell 1990) interaktiviti

menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid. Semakin dinamik

interaktiviti, semakin aktif proses pembelajaran akan berlaku. Dengan menjadikan

pembelajaran secara aktif ini, banyak kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan

murid, membina ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan

motivasi belajar.

Kemudiannya mengatasai masalah bilangan murid yang ramai. Guru

Sememangnya dapat menumpukan pengajaran secara individu sekiranya jumlah murid

Page 5: pn.noemi

adalah kecil. Namun, sekiranya berurusan dengan murid yang ramai, penumpuan

secara individu adalah di luar kemampuan mereka. Masalah ini dapat diatasi dengan

penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang menawarkan

kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu serta

menjamin pencapaian yang baik.

Diteruskan lagi dengan membantu meningkatkan pencapaian akademik

murid Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi

pendidikan melalui penggunaan perisian pengajaran dari sudut peningkatan

pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan 946

kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti oleh North Central Regional

Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL). Sudah tebukti setiap kajian ini

dirumuskan bahawa penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan

memberikan kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi

dalam peperiksaan.

Selaras dengan itu, menggalakkan persekitaran pembelajaran positif adalah

peranan yang seterusnya. Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat

merangsang persekitaran pembelajaran yang positif dan dapat menarik minat murid.

Penggunaan teknologi terkini seperti tayangan slaid, paparan gambar dapat meransang

perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat

pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat dilaksanakan di dalam kelas dengan

mengunakan teknologi pendidikan bagi menjana persekitaran pembelajaran yang

berkesan.

Jelaslah bahawa teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

mempunyai peranan yang sangat penting untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Antara peranan lain yang tidak dinyatakan adalah seperti di bawah:

I Membina kemahiran kognitif

ii. Menggalakkan pembelajaran kendiri

iii. Menjadikan pembelajaran aktif

iv. Menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan

v. Mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar

Page 6: pn.noemi

vi. Mengatasi masalah bilangan murid yang ramai

vii. Melibatkan lebih daripada satu deria

viii. Menjimatkan masa pembelajaran

ix. Membantu meningkatkan pencapaian akademik murid

x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif

xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif

xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif

xiii. Mengubah pengalaman pembelajaran

xiv. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran

xv. Mengubah peringkat membuat keputusan

Page 7: pn.noemi

2. (d)

MENGAPAKAH TEKNOLOGI DIPERLUKAN DALAM PENGAJARAN MASA KINI? ADAKAH

PENGAJARAN TRADISIONAL TIDAK BERKESAN YANG MENYEBABKAN TEKNOLOGI

DIPERLUKAN? BINCANGKAN.

Di Malaysia arus kemodenan makin meluas disetiap sudut sekolah. Oleh itu

perkembangan- perkembangan yang kian membangun ini harus dititikberatkan.

Andaikata,pendidikan di Malaysia masih menggunakan pengajaran tradisional,

sedangkan kemudahan yang ada tidak diguna pakai. Tidak salah jika masih ada yang

mengamalkan pengajaran tradisional di sekolah dan lebih beruntung jika teknologi

diperlukan pada masa ini.

Oleh demikian, cuba kita fikir secara rasional kenapa teknologi diperlukan pada

masa ini. Peredaran zaman ini makin tahun makin canggih, begitu juga dengan anak

murid di sekolah. Tidak boleh disamakan dengan kanak-kanak yang terdahulunya.

Kenapa? Kanak-kanak dahulunya terdedah dengan aktiviti permainan tradisional

contohnya bermain guli, getah dan sebainya. Sedangkan kanak-kanak di zaman

sekarang ini, bermain game hanya menggunakan telefon dan mendapat keseronokan di

situ sahaja. Sebab ibu bapa telah mendedahkan teknologi ini lebih awal lagi.

Dengan menggunakan teknologi, dapat menjimatkan masa pembelajaran. Hal ini

kerana, banyak dapatan kajian mendapati penggunaan perisian pengajaran dalam

teknologi pendidikan mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika

dibandingkan dengan kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003). Justeru itu, dapat

memudahkan tugas guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar seterusnya

menarik minat murid untuk terus lebih focus dari masa ke semasa. Apa yang penting di

sini, dalam pembelajaran murid-murid haruslah merasa seronok dengan aktiviti

pembelajaran dan bukannya kerana keterpaksaan. Jika guru tidak pandai memainkan

peranan untuk menarik murid merasa keseronokan belajar, murid akan merasa tertekan

dan menjadikan setiap aktiviti tidak menyeronokkan.

Teknologi pendidikan ini adalah satu kaedah yang boleh menarik perhatian

murid, dengan perisian yang serba canggih sudah semestinya guru harus bijak

mengendalikan

Page 8: pn.noemi

Keadaan seperti ini. Guru boleh menggunakan animasi, gambar, tayangan video, grafik,

audio dan sebagainya. Selain itu juga, dengan menggunakan teknologi secara tidak

langsung dapat mewujudkan komunikasi antara satu dengan yang lain. Teknologi ini

juga salah satu elemen merentas kurikulum yang mana pelajar boleh belajar secara

kolaberatif Antara satu sama lain. Pembelajaran juga boleh berlaku secara interaktif

dan ini memberi kesan yang sungguh menarik pelajar.

Kaedah tradisional ini, tidak salah jika digunakan disekolah. Akan tetapi murid

akan lebih tertumpu kepada buku dan papan tulis. Hal ini tidak akan adanya interaksi

antara murid dan murid, ianya hanya interaksi antara guru dan murid sahaja. Oleh itu

peranan seorang guru amatlah penting dan harus peka dengan perubahan-perubahan

semasa ini. Jika seorang guru tidak ada pengetahuan tentang teknologi, guru haruslah

mencari inisiatif contohnya dengan mengikuti kursus, pembelajaran jarak jauh (PJJ).

Semuanya mudah hanya di hujung jari sahaja pada abad ini.