pmr trial 2012 bm (sbp)

Upload: simpor

Post on 04-Apr-2018

316 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    1/19

    SULIT 02/1

    Bahasa Melayu

    Ogos 2012

    1 Jam

    Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak

    2012Hakcipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

    SULIT

    BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

    DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012

    PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH

    BAHASA MELAYU

    Kertas 1

    Satu Jam

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    Arahan:

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.2. Jawabsemuasoalan.3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

    soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada kertas

    jawapan objektif yang disediakan.

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    2/19

    SULIT 2 02/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 1-7

    Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yangpaling sesuai.

    Soalan 1berdasarkan gambar di bawah.

    1 Abang terpaksa_______basikal kerana tayar basikalnya bocor.

    A menonton

    B menolak

    C menuntun

    D mengheret

    2 Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat_____________ anak-anak mereka baikdari segi tingkah laku mahupun pergaulan.

    A tentang

    B kepada

    C terhadap

    D pada

    3 Ubi yang direbus oleh Najwa masih belum ________ kerana apinya terlalu perlahan.

    A rangup

    B empuk

    C rapuh

    D lembik

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    3/19

    SULIT 3 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 4berdasarkan gambar di bawah.

    4 Habis pakaiannya _______ akibat digigit oleh anjing yang garang itu.

    A compang camping

    B comot-momot

    C koyak-rabakD serbah-serbih

    5 Ibnu Sina merupakan _________ Islam yang banyak menyumbangkan idea dalam

    bidang perubatan.

    A ilmuwan

    B karyawan

    C budayawan

    D hartawan

    6 Kerana sering kali _______ dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh

    beberapa orang rakan sekelasnya.

    A membesar

    B memperbesarkan

    C memperbesar

    D membesar-besarkan

    7 Penglihatan Pak Abu semakin ________ sejak dia disahkan mengidap diabetes setahun

    yang lalu.

    A berkunang-kunangB bersuram-suram

    C berbalam-balam

    D berkabur-kabur

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    4/19

    SULIT 4 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 8-14

    Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,

    kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah

    ditandakan denganD.

    8 Pertandingan akhir bola sepak di antara sekolah akan bermula dari pukul 8.00 pagi

    A B

    hingga pukul 3.00 petang ini. Tiada kesalahan.

    C D

    9 Salah satu daripada tanggungjawab guru ialah untuk memastikan bahawa para pelajar

    A B C

    menjadi orang yang berguna. Tiada kesalahan.

    D

    10 Sambil membebel Puan Zaharah menunjukkan cara-cara mengukus puding karamel

    A B C

    kepada para penonton Rancangan Saji. Tiada kesalahan.

    D

    11 Cikgu Suhaimi membawa tiga batangjoran, dua butir mata kail dan beberapa ekor katak

    A B C

    untuk dijadikan umpan semasa pertandingan memancing nanti. Tiada kesalahan.

    D

    12 Oh, rupa-rupanya Faiz yang menyembunyikan kasut saya semalam! kata Wafiq.

    A B C

    Tiada kesalahan.

    D

    13 Tariannya yang lemah longlai itu telah mendapat tepukan gemuruh daripada para

    A B

    penonton yang begitu minat akan tarian tradisional. Tiada kesalahan.

    C D

    14 Oleh kerana Hakimi sering tidak membuat kerja sekolah, dia dibawa berjumpa dengan

    A B C

    guru disiplin. Tiada kesalahan.

    D

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    5/19

    SULIT 5 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 15 hingga 17

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

    15 I Dia menjelaskan bil elektrik yang sudah tertangguh selama tiga bulan.

    II Najah cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada Hasliza agar tiada lagi

    persengketaan antara mereka.

    III Perbuatannya yang suka mengampu majikannya amat menjelaskan .

    IV Azri cuba menjelaskan suasana yang keruh itu kepada rakan-rakan kelasnya.

    A I dan II

    B III dan IV

    C I, II dan III

    D II, III dan IV

    16 I Tanah di kawasan itu lembutdan tidak sesuai untuk bercucuk tanam.

    II Gadis yang berwajah lembutitu sudah lama memikat hati Aaron Azli.

    III Baju yang dipakai oleh Puan Fatimah sungguh lembutbak sutera.

    IV Gadis itu bukan sahaja cantik malahan tutur katanya juga sungguh lembut

    dan sopan.

    A I dan II

    B III dan IV

    C I, II dan III

    D II, III dan IV

    17 I Tugu Peringatan Negara menjadi lambang berkorban perajurit kita yangterdahulu.

    II Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi

    mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.

    III Guru itu telah banyakberkorban masa dan tenaga untuk mendidik anak muridnya.

    IV Orang yang sanggup berkorban prinsip hidupnya selalunya akan menemui

    kebahagiaan.

    A I dan II

    B III dan IV

    C I, II dan IIID II, III dan IV

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    6/19

    SULIT 6 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 18 hingga 21

    Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikutmungkin mengandungi kesalahan

    penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.

    Tandakansama adaA, BatauCjika ayat itumengandungi kesalahan dan tandakanDjika

    tiada kesalahan.

    18. Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku

    sekolah lagi.

    A sejak di bangku sekolah lagi

    B sejak bangku sekolah lagi

    C sejak daripada bangku sekolah lagi

    D sejak dari bangku sekolah lagi

    19. Ayah membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun

    perkahwinan mereka.

    A membeli ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

    B membelikan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

    C membelikan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

    D membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

    20. Adik akhirnya bersetuju untuk ke Annur Klinik setelah lima setengah jam menahan

    sakit gigi.

    A Annur Klinik setelah lima jam setengah

    B Klinik Annur setelah lima setengah jam

    C Klinik Annur setelah lima jam setengah

    D Annur Klinik setelah lima setengah jam

    21. Kekalahan Rumah Hang Lekir dalam temasya sukan sekolah tahun ini memaksa mereka

    membuat perancangan yang lebih rapi sebagai persediaan untuk tahun depan.

    A merancang lebih rapi

    B merancang dengan lebih rapiC membuat lebih rapi perancangan

    D membuat perancangan yang lebih rapi

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    7/19

    SULIT 7 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 22 hingga 24

    Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan

    ayat yang dicetak tebal.

    22. Perkhemahan di Hutan Belum selama tiga hari itu telah membentuk ikatanpersaudaraan yang kuat antara murid Kelas 3 Asuh yang selama ini sering

    bertengkar.

    A Murid Kelas 3 Asuh sering bergaduh ketika perkhemahan di Hutan Belum selama

    tiga hari.

    B Murid Kelas 3 Asuh telah membentuk hubungan yang erat sewaktu mereka

    berkhemah selama tiga hari di Hutan Belum.

    C Ikatan persaudaraan yang utuh telah dibentuk antara pelajar Kelas 3 Asuh yang

    selalu bergaduh ketika perkhemahan di Hutan Belum selama tiga hari.

    D Hubungan yang erat antara murid Kelas 3 Asuh yang telah sering bergaduh telahdibentuk ketika perkhemahan mereka selama tiga hari di Hutan Belum.

    23. Marilah semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaan para atlet kita yang akan

    berjuang dalam Sukan Olimpik di London nanti, seru Menteri Belia dan Sukan

    Malaysia.

    A Menteri Belia dan Sukan Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia berjuang

    bersama-sama para atlet dalam Sukan Olimpik nanti.

    B Rakyat Malaysia diminta oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia supaya berdoa

    untuk kejayaan semua atlet dalam Sukan Olimpik di London nanti.

    C Para atlet Malaysia di London diseru oleh Menteri Belia dan Sukan supaya berdoa

    untuk kejayaan dalam Sukan Olimpik di London nanti.

    D Menteri Belia dan Sukan Malaysia menyeru warganegara Malaysia berdoa agar

    semua atlet Malaysia berjaya dalam Sukan Olimpik di London nanti.

    24. Penggubalan Dasar MBMMBI diharapkan dapat mengekalkan kedaulatan bahasa

    Melayu di negara kita tanpa meminggirkan bahasa Inggeris.

    A Dasar MBMMBI dibentuk dengan harapan martabat bahasa Melayu dikekalkan

    tanpa mengabaikan bahasa Inggeris di negara kita.

    B Bahasa Inggeris akan dikekalkan tanpa meminggirkan kedaulatan bahasa Melayumelalui penggubalan dasar MBMMBI di negara kita.

    C Dasar MBMMBI digubal bagi mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu dan bahasa

    Inggeris di negara kita.

    D Dasar MBMMBI digubal agar kedudukan bahasa Melayu dikekalkan tanpa

    mengabaikan bahasa Inggeris di negara kita.

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    8/19

    SULIT 8 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 25-27

    Pilih ayat-ayat yang betul.

    25. I Ibu membuat air kopi sambil menggoreng nasi untuk sarapan pada pagi itu.

    II Zikri bukan sombong malah belum memiliki kawan kerana baru berpindah ke

    sekolah itu.

    III Fauzana belum membuat keputusan untuk tinggal di asrama atau di rumah nenek.

    IV Dila akur kegagalannya dalam peperiksaan itu oleh kecuaiannya ketika menjawab

    soalan.

    A I dan II

    B III dan IV

    C I, II dan III

    D II, III dan IV

    26. I Ketangkasan pemain itu tidak terlawan oleh saya, kata Amir kepada pengurus

    badmintonnya.

    II Kamu perlu contohi usaha pelajar cemerlang itu untuk meraih kejayaan, nasihat

    Cikgu Julia kepada Linda.

    III Kami mendoakan awak berjaya dalam pertandingan pidato itu, kata Adif dan

    Zul kepada Iman.

    IV Kami berhasrat mengahwini Suriati dengan kamu sebelum ayah dan ibu ke

    Mekah, ujar ayah kepada Hafizuddin.A I dan II

    B III dan IV

    C I, II dan III

    D II, III dan IV

    27. I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung.

    II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Faizatun setelah sekian

    lama.

    III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan oleh Aizat sebaik-baik mungkin.

    IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu.

    A I dan II

    B III dan IV

    C I, II dan III

    D II, III dan IV

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    9/19

    SULIT 9 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 28-30

    Pilih peribahasa atau maksud peribahasayang paling sesuai.

    28. Buat kerja biarlah sampai selesai

    Manakah antara peribahasa berikut yang bertepatan dengan maksud di atas?

    A Alang berjawab, tepuk berbalas

    B Alang-alang berminyak biarlah licin

    C Biar berputih tulang jangan berputih mata

    D Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

    29. Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang

    dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.

    Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

    A cacing hendak menjadi naga

    B kaduk naik junjung

    C kera mendapat bunga

    D anak kucing menjadi harimau

    30. Peribahasa bagai ada nasi di balik kerakbermaksud

    A mempunyai maksud yang tersembunyi

    B memiliki kelembutan di sebalik ketegasan

    C menyembunyikan sesuatu daripada orang lain

    D masih ada perkara yang belum selesai

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    10/19

    SULIT 10 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 31 -35

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikutnya.

    Kemangkatan Tuanku Si Helang Laut dan permaisuri baginda di negeri Bandar Mengkalih

    tidak diketahui oleh kakandanya Uli Emak Si Anjing hingga pada suatu malam Datuk Batin

    Alam telah mendapat alamat.

    Ya adinda, pada malam tadi kakanda telah mendapat alamat kesusahan, entah

    betapalah halnya saudara kita di negeri Bandar Mengkalih. Pada fikiran kakanda sekaranglah

    baik kita pergi.

    Baiklah kakanda, adinda pun telah rindu kepada mereka, jawab Uli Emak Si

    Anjing.

    Mereka segera ke istana Bandar Mengkalih untuk memastikan benar tidak mimpinya

    itu. Setibanya di istana itu Datuk Batin Alam dan isterinya merasa sangat hairan, suasana

    istana terlalu lengang, sunyi sepi tiada berorang.

    Hai, apakah gerangan yang telah berlaku? Anakandanya ada, kedua ibu bapanya

    tiada! Kalaupun bidan salah mengeluarkan uri tembuninya sekalipun tentulah isterinya saja

    yang mati, mustahil suaminya ikut mati!

    Setelah mengambil keputusan, anak saudaranya Awang Suluh Merah Muda pun

    diambilnya lalu dibawa pulang ke tempatnya. Awang Sulung telah menjadi anak susu kepada

    Uli Emak Si Anjing dan menjadi saudara susu pula kepada puterinya, Tuan Puteri Dayang

    Nuramah. Kini Datuk Batin Alamlah menjadi bapa angkat kepada Awang Sulung.

    Datuk Batin Alam dan isterinya sangat kasih kepada kedua-dua orang anaknya itu,

    kerana mereka menganggap kedua-duanya sebagai anak sendiri.

    Pada suatu hari kata Datuk Batin Alam, Wahai adinda, putera kita sudah besar,baiklah kita serahkan mereka belajar mengaji Quran dan merawi.

    Baiklah.

    (Dipetik daripada prosa tradisionalBudi Seorang Bapa Angkat

    antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1,

    Dewan Bahasa dan Pustaka)

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    11/19

    SULIT 11 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    31 Hubungan antara Uli Emak Si Anjing dengan Awang Sulung Merah Muda ialah

    A kekanda.

    B bonda saudara.

    C nenda saudara.

    D adinda.

    32 Bagaimanakah kemangkatan ayahanda dan bonda Awang Sulung diketahui oleh Datuk

    Batin Alam?

    A Melalui mimpi.

    B Melalui surat setelah mendapat alamat.

    C Melalui orang suruhan.

    D Melalui bidan.

    33 Berdasarkan petikan, pilih perwatakan yang benar tentang Datuk Batin Alam?

    A Datuk Batin Alam seorang yang cinta akan ilmu.

    B Datuk Batin Alam ialah adinda permaisuri.

    C Datuk Batin Alam seorang yang adil.

    D Datuk Batin Alam seorang yang berani.

    34 Nilai yang terdapat dalam petikan cerita ini ialah

    A kebijaksanaan.

    B kasih sayang.

    C cinta akan ilmu.

    D kesabaran.

    35 Pilih plot yang betul berdasarkan cerita Budi Seorang Bapa Angkat.

    A Awang Sulung mengaji Quran di rumah Tuan Kadi Alim belajar mantik dan nahu

    bahasa Arab di rumah Tuan Malim Kecil berguru dengan Datuk Batin Alam

    ikhatankan oleh Datuk Mudim Raja diasah gigi oleh Cuti.

    B Awang Sulung belajar mantik dan nahu bahasa Arab di rumah Tuan Malim Kecil

    belajar mengaji Quran di rumah Tuan Kadi Alim berguru dengan Datuk Batin

    Alam dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja diasah gigi oleh Cuti.

    C Awang Sulung mengaji Quran dengan Tuan Malim Kecil belajar mantik dan nahu

    bahasa Arab di rumah Tuan Kadi Alim berguru dengan Datuk Batin Alam

    dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja diasah gigi oleh Cuti.

    D Awang Sulung belajar mantik dan nahu bahasa Arab di rumah Datuk Batin Alam

    mengaji Quran di rumah Tuan Kadi Alim berguru dengan Tuan Malim Kecil

    diasah gigi oleh Cuti dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja.

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    12/19

    SULIT 12 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Soalan 36 40

    Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    WARKAH KEPADA GENERASI

    Generasiku tercinta

    kalian adalah kelompok bertuah

    yang sempat berteduh di langit alaf baru

    dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah

    di tanah merdeka milik abadi kita.

    Generasiku yang bijak bestari

    ini bumi suci perjuangan nenek moyangyang bersumpah setia memartabatkan bangsa

    mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan

    membina istana merdeka yang kalian diami.

    Penutup warkah ini

    ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah

    tercabut dari bumi bertuah ini.

    AMIRUDDIN MD. ALI HANAFIAH

    ( Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,

    Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka )

    36 Persoalan yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap pertama sajak di

    atas ialah

    A generasi kini bertuah kerana keberanian nenek moyang kita berjuang.

    B generasi kini bertuah kerana hidup di negara yang merdeka pada alaf baru.

    C generasi kini bertuah kerana mereka dicintai oleh generasi dahulu.

    D generasi kini bertuah kerana perlu berjuang untuk merdeka.

    37 Berdasarkan rangkap ketiga sajak ini, peranan generasi kini ialah

    A berani menghadapi cabaran.

    B memelihara alam sekitar.

    C tidak melupakan sejarah.

    D cinta akan tanah air.

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    13/19

    SULIT 13 2/1

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    istana merdeka

    38 Frasa di atas merupakan gaya bahasa

    A simile.

    B metafora.

    C personifikasi.

    D hiperbola.

    39 Sajak Warkah kepada Generasi bernada

    A melankolik.B protes.

    C patriotik.

    D romantis.

    40 Nilai yang berikut terdapat dalam sajak di atas kecuali

    A keberanian.

    B kesyukuran.

    C pengorbanan.

    D kerajinan.

    KERTAS SOALAN TAMAT

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    14/19

    SULIT 02/2

    Bahasa Melayu

    Ogos 2012

    2 Jam

    Kertas ini mengandungi 6 halaman bercetak

    2012Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah

    SULIT

    BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

    DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012

    PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH

    BAHASA MELAYU

    Kertas 2

    Dua Jam

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    Arahan:

    1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian Cdan Bahagian D.

    2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan BahagianA(ii). Andadikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D

    juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda

    diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

    3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25minit untukBahagian B, 45 minit untukBahagian Cdan 10 minit untukBahagian D.

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    15/19

    SULIT 2 02/2

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Bahagian A (i) : Ringkasan

    [ 20 markah ]

    Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan

    tentang usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum di

    negara kita. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda

    digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

    Semangat cinta akan tanah air amat perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat negara ini.

    Namun usaha ini bukanlah satu tugas yang mudah. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menuntut

    setiap rakyat berusaha mengukuhkan dan mengekalkan perpaduan. Hal ini kerana perpaduan

    menjadi benteng utama keselamatan negara pada masa hadapan.

    Perpaduan dan semangat cinta akan negara mempunyai hubung kait dengan

    penghayatan falsafah Rukun Negara yang merupakan kunci keharmonian dan perpaduan

    negara. Namun perlu diingat , hal ini hanya dapat direalisasikan seandainya setiap warga

    Malaysia menghayati dan betul-betul memahami falsafah dan tujuan penbentukan Rukun

    Negara. Kini, masih banyak rakyat negara ini kurang memahami falsafah di sebalik Rukun

    Negara.

    Pendedahan generasi muda terhadap sejarah negara kita berupaya membantu remaja

    kini memahami dan menyedari proses pembentukan negara berasaskan pelbagai kaum . Di

    samping itu, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai pembelajaran wajib di sekolah untuk

    pelajar mengenal sejarah bangsa dan negara. Selain itu, penubuhan Kelab Rukun Negara di

    setiap sekolah ialah pelengkap kepada usaha kerajaan mempercepat penyatuan bangsa Malaysiayang selari dengan Gagasan 1 Malaysia.

    Pembelajaran di sekolah juga membantu dalam pemupukan semangat perpaduan

    antara kaum selain penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa

    kebangsaan. Persoalannya, sejauh manakah bahasa Melayu didukung sebagai bahasa

    kebangsaan dan bahasa perpaduan? Halangan utama dalam usaha memupuk semangat

    perpaduan dan integrasi kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini ialah sistem pendidikan

    dan persekolahan yang berbeza-beza.

    Selain itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dilancarkan mampu

    membangun dan membentuk remaja yang akan menjadi bentang negara pada masa depan.

    Program yang membabitkan remaja pelbagai kaum ini bertujuan membantu remaja membina

    personaliti untuk cemerlang dalam akademik seterusnya mempunyai semangat patriotisme

    yang tinggi terhadap negara, selain memupuk semangat perpaduan yang kental dan bersatu

    padu sebagai satu bangsa Malaysia.

    ( Dipetik dan diubah suai daripada rencana Tanah Tumpahnya Darahku,

    Muhd Izhar Abu Samah,Dewan Siswa, Ogos 2011 )

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    16/19

    SULIT 3 02/2

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Bahagian A(ii) : Pemahaman

    [ 10 markah ]

    Berdasarkan petikanBahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan

    ayat sendiri.

    1. Beri maksud rangkai kata membina personaliti ? [ 2 markah ]2. Apakah kekangan yang dihadapi dalam usaha memupuk perpaduan kaum di negara

    kita? [ 4 markah ]

    3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya perpaduan tidak dapatdicapai? [ 4 markah ]

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    17/19

    SULIT 4 02/2

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    Kempen

    Bahagian B

    [ 20 markah ]

    Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untukmeningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional. Panjang huraian anda

    hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.

    PERMAINAN

    TRADISIONAL

    Galakan ibu bapa

    Peranan

    media massa

    Penubuhan kelab /

    persatuan

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    18/19

    SULIT 5 02/2

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    BAHAGIAN C

    [ 40 markah ]

    Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada180 patah perkataan.

    1. Baru-baru ini anda telah terpilih menyertai Kem Bina Insan yang dianjurkan oleh UnitBimbingan Kaunseling di sekolah anda.

    Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai kem itu.

    2. Pertubuhan Sukarela merupakan satu persatuan atau organisasi yang melakukan sesuatuaktiviti kemasyarakatan secara sukarela.

    Tulis sebuah rencana tentang kepentingan menyertai Pertubuhan Sukarela.

    3. Kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum melayakkan seseorang murid itudinobatkan sebagai murid cemerlang.

    Bincangkan faktor-faktor kejayaan murid cemerlang.

    4. Kebersihan sungai adalah tanggungjawab kita bersama. Namun, masyarakat kini masihtidak mengambil peduli tentang pencemaran sungai yang semakin serius.

    Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi

    pencemaran sungai.

    5. Kata-kata hikmatBahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa sesuatu bangsa ituterkenal kerana mempunyai bahasa yang berdaulat.

    Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

    www.papercollection.wordpress.com

  • 7/31/2019 Pmr Trial 2012 Bm (Sbp)

    19/19

    SULIT 6 02/2

    2012Hak Cipta BPSBPSK SULIT

    BAHAGIAN D

    [ 10 markah ]

    Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1

    atau Tingkatan 3.

    (i) Hikmah karya Mohd Faris Ikmal

    (ii) Istana Menanti karya Abdul Latip Talib

    (iii) Bukan Duniaku karya Aida Shahira

    (iv) Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will

    (v) 6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim

    (vi) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

    (vii) Merenang Gelora karya Roslan Ngah

    Berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, huraikan tiga persoalan berserta dengancontoh yang sesuai bagi menggambarkan persoalan-persoalan tersebut.

    KERTAS SOALAN TAMAT

    www.papercollection.wordpress.com